Malaysia jadi Filipina: Pelabur akan hilang keyakinan – Shafiee Apdal
Sesebuah negara sukar membangun sekiranya nilai kepercayaan terhadap negara itu sudah luntur.
Memetik laporan Sinar Online, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal mengambil contoh negara Filipina di mana keyakinan pelabur sudah luntur hingga mengambil masa puluhan tahun untuk membangun.
“Sebagai satu contoh apa yang terjadi terhadap negara Filipina. Dulu Filipina merupakan negara yang cukup kaya.
“Tetapi sesudah luntur keyakinan maka nak buat sesuatu mengambil masa berpuluh tahun untuk meyakinkan pelabur dalam dan luar negara,” katanya yang juga Ahli Parlimen Semporna.
Sementara itu, Shafee juga dilihat sependapat dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz supaya isu 1MDB perlu diselesaikan segera.
“Ia perlu diselesaikan segera seperti mana harapan rakyat,” katanya ringkas.
Semalam, Zeti berkata, bank pusat itu akan mengenakan tindakan pentadbiran ke atas 1MDB.
Ia susulan kegagalan syarikat itu menyediakan dokumen membuktikan bahawa dana RM1.83 bilion dolar yang diarahkan untuk dibawa pulang ke Malaysia.