Mutaligat
Kita ingin mengucap tahniah dan syabas kepada PAS yang begitu hebat dan
cerdik dengan mengeluarkan kenyataan bahawa bersedia untuk berlawan dan
bertanding dengan AMANAH.
Kami kira ini kenyataan yang cerdik dan hebat. Memang kita tidak hairan
dengan kenyataan ini kerana PAS sendiri menyatakan bahawa mereka
bertanding bukan untuk menang. Kata mereka kemenangan perkara yang
kedua.
Tetapi yang peliknya kalau sudah tahu tidak menang dan tak mahu kami
kira tidak perlulah PAS bertanding kerana ianya sudah tentu merugikan
masa dan duit sahaja. Bak kata orang Negoghi 'mengabihkan bogheh yo'.
Hari ini media melaporkan bahawa PAS sedia bertembung dengan Parti
Amanah Negara (AMANAH) bagi merebut kerusi dalam pilihan raya umum akan
datang.
Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan berkata sebagai sebuah parti yang
berpengalaman, PAS sudah bersedia berdepan dengan segala kemungkinan.
"Itu hak mereka. Mereka nak tanding di mana sekali pun itu hak mereka.
Ada pun kita PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum dengan keputusan
yang kita akan buat nanti.
"Berapa dan di mana kerusi yang kita nak tanding akan diputus kemudian.
"PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan besar sedia
hadapi apa jua situasi untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) akan
datang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Pelancaran Program
“Himpunan 60 Ribu” (H60K) di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.
Tahniah PAS.