Bapa Anwar Ibrahim meninggal


  • Alfatihah
1 / 1
SHAH ALAM - Bapa kepada Ketua Umum PKR, Datuk Ibrahim Abd Rahman telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.45 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi media sosial milik Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 "Jenazah dibawa pulang di alamat Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Height, Kajang. Jangkaan setakat ini pengebumian di Tanah Perkuburan Sg. Ramal, selepas Zuhur, InsyaALLAH.

"Kali pertama Anwar dipenjara beliau diuji dengan pemergian Ibunda beliau dan juga pemergian Ustaz Fadhil Noor. Kali ni diuji pula dengan pemergian TGNA dan kini, ayahanda beliau," tulis kenyataan di laman sosial Wan Azizah.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.