Bekas pemimpin Semangat 46 bertemu bincang kedudukan Najib?
KUALA LUMPUR 11 FEB: Sebuah pertemuan bekas pemimpin dan ahli parti Semangat 46 akan diadakan di ibu negara pada hari Ahad, 23 Februari ini bagi membincangkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Keadilandaily difahamkan, pertemuan semula bekas pemimpin dan ahli parti Semangat 46 itu akan turut dihadiri ahli parlimen Gua Musang yang juga bekas Presiden parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.
Pertemuan tersebut juga dikatakan bagi membincangkan peranan kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam politik tanahair sejak kebelakangan ini.
Namun. sumber yang memaklumkan Keadilandaily tidak memberitahu lokasi sebenar pertemuan tersebut di Kuala Lumpur.