Anwar pemimpin yang berani
Tidak mengapa jika tanpa keberanian tiada pemimpin yang seberani beliau.Sama ada PAS nak bertanding sendirian, atau mahu bersama Umno itu terserah.Tetapi sehingga kini belum lagi ada kedengaran PKR bersekongkol untuk bersama Umno.tetapi tanya Mustafa Ali,Majlis Ulama, dan Hj Hadi sendiri.Bagaimana dengan UG???? Ahli PAS bawahan tidak mengetahui akan perkara ini.PETALUNG JAYA, 25 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan laporan polis berhubung penipuan pilihan raya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
“Saya sendiri akan membuat laporan polis di Permatang Pauh Isnin ini kerana saya mengundi di sana,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional KEADILAN ke-9 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.
Beliau mengingatkan anggota parti di semua peringkat memfokuskan pada pengumpulan bukti berhubung penipuan pilihan raya dan membuat laporan polis mengenainya selewat-lewatnya Isnin ini.
“Kita hendak selesaikan dahulu PRU ke 13 ini, barulah cerita mengenai PRU-14. Kita semua tahu memang berlaku penipuan pilihanaraya yang turut dibantu secara langsung oleh pimpinan SPR,” katanya.
Kata Anwar, perkara paling mudah dalam kandungan laporan polis ialah berhubung dakwat yang tidak kekal dijari semasa berlangsungnya pengundian dalam piliha raya umum lalu.
Berdasarkan nasihat peguam kata Anwar, jumlah laporan polis yang kecil akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang kini diusahakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Sebab itu semua pimpinan setiap negeri dan cabang mesti membuat laporan polis beramai-ramai bermula esok atau selewat-lewatnya Isnin ini,” tegas Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52574