Wisma Putra diminta beri penjelasan kes Anwar

Wisma Putra diminta beri penjelasan kes Anwar

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Wisma Putra telah diarah memberi penjelasan berhubung perbicaraan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 50 orang Ahli Parlimen Australia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu perlu kerana beliau percaya kesemua Ahli Parlimen Australia terbabit tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes tersebut.

"Pihak Wisma Putra telah diminta untuk menghubungi kesemua Ahli Parlimen Australia berkenaan bagi tujuan menjelaskan kedudukan sebenar kes tuduhan liwat melibatkan Anwar.

"Saya sebenarnya percaya yang kesemua Ahli Parlimen berkenaan tidak tahu mengenai kedudukan sebenar kes ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah kerajaan berhubung tindakan 50 penggubal undang-undang Australia baru-baru ini yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat terhadap Anwar dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.

Dalam laporan agensi berita asing kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby berkata, pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar merupakan sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia dan merasakan mereka perlu menyokong pemimpin pembangkang itu.

********Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ketika memberi reaksi berhubung kenyataan itu sebelum ini menganggap pendirian beberapa Ahli Parlimen Australia itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ia pernah berlaku dalam perbicaraan kes Anwar sebelum ini.

MAKSUDNYA KERAJAAN AUSTRALIA NI SUKA AMBIL TAHU HAL NEGARA LUAR LAH

********Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Bung Moktar Radin semalam menyifatkan tindakan ahli-ahli Parlimen Australia itu sebagai perbuatan bodoh dan keterlaluan.

HE...HE...HE...NI LAGI SATU...BINI ENTAH BERAPA TAH....NAK KATA ORANG BODOH LAH YE...

***********Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just World Movement), Dr. Chandra Muzaffar pula menganggap gesaan mereka agar kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Anwar memperlihatkan mereka tidak memahami sistem demokrasi berparlimen di negar

KAH..KAH...KAH.....LAGI SATU SUKA LOMPAT

No comments: