MEMANG DIA DAH "SEBAT" PUN

Seludup RM10 juta : MB Negeri Sembilan Dihukum Sebat

Saturday, 02 January 2010 6:15 PM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR, 2 Januari : Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah rakyat berhubung jenayah mengirim wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke london pada tahun 2008.
Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan (FRU) untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.
Badrul Hisham Shaharin dalam blognya mendedahkan hukuman yang dilaksanakan oleh Mahkamah Rakyat itu dalam blognya. Tindakan ini dilakukan berikutan tindakan berdiam diri pihak berkuasa dalam isu pengiriman wang 10 juta ringgit MB itu.
16 November lalu, pimpinan PKR telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan memohon penjelasan berhubung dakwaan itu, namun mohamad Hassan memilih untuk mendiamkan diri. Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998.
Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Sembilan namun sekali lagi mohamad gagal memberi penjelasan. Pada 3 disember lalu, pimpinan PKR nekad memfailkan kes ini ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, namun badan yang kononnya berkecuali itu juga mengambil langkah sama, mendiamkan diri.
Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.

KUALA LUMPUR, 2 Januari : Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah rakyat berhubung jenayah mengirim wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.