‘Altantuya Monggolia’ jawab ‘Salam 1Malaysia



, 14 December 2009 2:18 PM
Oleh Mat Zahari Ali

Menteri Besar PR Perak, Nizar Jamaluddin berjaya mencuit hati penonton dan peminat kartun berhubung jawapan kepada 'salam 1Malaysia' yang sering di ucapkan oleh pihak media terutamanya media eletronik serta dalam majlis-majlis rasmi BN."Saya tak jumpa lagi apa-apa fatwa dari mana-mana mufti berhubung jawapan kepada salam 1Malaysia yang sedang hangat di ucapkan dalam mana-mana majlis kerajaan."Menjawab salam itu adalah wajib tapi kalau 'salam 1Malaysia' apa kita nak jawab.
"Saya ingat jawapan paling sesuai untuk salam 1Malaysia ialah 'Monggolia'," kata beliau sewaktu merasmikan buku 'Perak Darul Kartun'.Namun beberapa penonton yang hadir menyebut, 'Altantuya Monggolia'.
Nizar yang turut merasmikan pelancaran buku 'Perak Darul Kartun' kelolaan kartunis Zunar menyatakan krisis yang berlaku di Perak lebih kartun dari kartun setelah ditadbir oleh kerajaan haram sekarang.Sementara itu pada September lalu sebanyak 408 naskah majalah Gedung Kartun yang juga di terbitkan oleh Zunar telah dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana memaparkan karektor Perdana Menteri, Najib Razak yang mengibarkan bendera monggola sempena hari kemerdekaan.