MUZIUM KOMUNIS DI SELATAN THAI-CATATAN MAT AMIN











Selepas penandatanganan persetujuan damai tiga pihak antara Kerajaan Malaysia – Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya, Abdullah C.D. mewakili pimpinan Rejimen Ke-10 telah memohon untuk membangunkan sebuah muzium khas untuk memaparkan sejarah perjuangan Rejimen Ke-10. Dengan keizinan pihak tentera Thai, sebuah muzium yang dinamakan MUZIUM SEJARAH telah didirikan pada tahun 1990.Muzium sederhana ini mempamerkan berbagai barang yang pernah digunakan oleh pasukan gerila tersebut. Selain itu terdapat banyak gambar, buku-buku, dokumendokumen,catatan-catatan dan lain-lain.Muzum Sejarah ini menjadi salah satu tarikan istimewa Daerah Sukhirin. Ribuan pelawat, ahli sejarah, penulis, pelancong dan lain-lain dari dalam dan luar negeri pernah berkunjung ke sini.