Isu MP Kapar: Syed Husin minta semua henti bertelagah-Malaysiakini




Para pemimpin Pakatan Rakyat - gabungan pembangkang yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP - dinasihatkan supaya berhenti menimbulkan perbezaan dan konflik antara mereka melalui media."Saya ingin menggesa dan merayu kepada pelbagai pihak dalam Pakatan supaya berhenti daripada membawa perbezaan dan konflik mereka melalui media terutama yang dikawal oleh BN (Barisan Nasional)," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali."Ini termasuk bukan sahaja MB Selangor (Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Anggota Parlimen Kapar (S Manikavasagam) tetapi juga Speaker Selangor (wakil DAP Teng Chang Khim) dan Anggota Parlimen Klang (wakil DAP Charles Santiago),"







katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sebaliknya, kata beliaiu, mereka hendaklah duduk bersama dan berbincang bagi menyelesaikan perbezaan dan konflik secara dalaman. Menurutnya, terdapat banyak saluran dan prosedur untuk berbuat demikian.










soqang lagi ahli hangpa dari PKR....YB Fairus..............cantikkkkkk...hangpa gaduh....gaduh....gaduh...sekali lagi UMNO ambik balik.......kena fikir macam nak perintah negara.Bukan fikir macam nak jaga JKKK.Malu pada orang .........tak malu ka?

No comments: