UMNO BERDEMONTRASI UNTUK MINTA ABDULLAH LEPASKAN JAWATAN
Pilau Pinang 15hb- Demontrasi UMNo yang dijalankan dihadapan bangunan KOMTAR didalangi oleh Nor Yaacob.Ini dilakukan dengan menyediakan bas di kawasan parlimen Tasek Gelugor, Kepala Batas, Bandar PERDA dan juga di beberapa kawasan disekitar Sungai Dua
Selain demontrasi untuk kononnya Barisan Rakyat akan menghapuskan DEB , antara yang ditonjolkan ialah mendesak Abdullah Ahmad supaya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.Maklumat yang diterima oleh sumber WRLR menyatakan satu perhimpunan besar-besaran akan dijalankan di Kuala Lumpur dan dalam masa yang sama mendesak Pak Lah melepaskan jawatannya.
Sebenarnya itu motif utama demonrasi UMNO dan bukannya soal DEB.DEB hanya diputarbelitkan oleh media BN.
Sementara itu, Guan Eng memberi jaminan kerajaan gabungan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan meminggirkan orang Melayu dan penganut agama Islam.
“Kedudukan Islam tidak perlu dipertikaikan lagi dan semua khabar angin mengenai azan tidak boleh dilaungkan adalah tidak benar sama sekali. Ini kali pertama saya dengar cerita seperti ini.
“Kita mahu dengar suara rakyat. Oleh itu, jika suara rakyat perlu didengar maka suara azan juga harus didengar,” jelasnya.
Sehubungan itu, Penasihat Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang, Dr. Danial Zainal Abidin yang mengetuai 21 NGO Islam dalam pertemuan dengan Guan Eng berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung kedudukan orang Melayu dan penganut agama Islam di negeri itu.