Kenapa Bangang Sangat?- Laman M@RHAEN
--------------------------------------------------------------------------------
Maaflah jika kata-kata yang akan saya utarakan disini menyakitkan hati banyak pihak. Namun sebagai seorang warga Malaysia yang prihatin, terpaksalah saya sebut juga perkara ini.
Setelah beberapa kali saya tegaskan bahawa semua yang menang dalam Pilihanraya Umum Ke-12 wajar menerima hakikat bahawa undi yang mereka dapat kali ini datangnya dari semua komposisi masyarakat Malaysia (lebih dikenali sebagai Bangsa Malaysia). Namun masih ada kedengaran sikap-sikap dan kata-kata bertaraf “bangang” yang dihamburkan oleh ramai pimpinan (yang menang dalam PRU12) Barisan Rakyat.
Sikap dan kata-kata yang bertaraf “bangang” ini tidak sewajarnya dicetuskan oleh pimpinan Barisan Rakyat (terutamanya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Syed Husin Ali dan Hj Abdul Hadi Awang) sama ada secara terus kepada mana-mana wartawan arus perdana mahupun melalui laman web.
Nampak gayanya kepimpinan ini masih tidak matang dalam membuat keputusan malah tidak mengkaji sedalam-dalamnya kesan dari keputusan yang mereka ambil tersebut. Apa yang pasti “Terlajak Perahu Boleh Di Undur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”.
Kini terserlah sikap sebenar (kematangan) dan kepimpinan Barisan Rakyat dan Barisan Nasional akan menggunakan segala peluang yang ada untuk membuat satu petisyen rakyat yang akhirnya boleh diadakan satu pilihanraya baru mengikut perlembangaan Malaysia sedia ada.
Kenapa bangang sangat sehingga tidak dapat mengawal emosi. Mungkinkah semua ini kesan dari keseronokan berjaya menyingkirkan Barisan Nasional dari empat (4) negeri dan satu (1) Wilayah Persekutuan pada PRU12?
Saya (kami) Bangsa Malaysia tidak akan memberikan peluang sekali lagi kepada mana-mana pimpinan yang bangang dalam menangani kemelut ini. Jika ini berlaku, kita tidak perlu tunggu sehingga empat tahun lagi. Waktu ini pun kita boleh membuat penukarannya.
Berbalik kepada persoalan yang saya kemukakan.
KENAPA BANGANG SANGAT?
http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/03/13/kenapa-bangang-sangat/
Ketua Perusuh
Bekas Fellow Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
(http://ketuaperusuh.wordpress.com/)
Catatan WM M@RHAEN:
KP. Saya berasa penat, cukup penat dan amat-amat penat...... setelah melalui TIGA kali PRU (sejak 1999) dan beberapa PRK saya mengendalikan laman ini (secara solo), 9 Mac 2008 (sehari selepas PRU ke-12) adalah hari yang amat membanggakan saya dan sebahagian besar RAKYAT MALAYSIA. Secara bersama, dengan kehendak Allah SWT, kita mampu lakukannya! Satu kepuasan setelah menunggu sekian lama.
Tapi masih ada makhluk yang tak tahu menghargai pengorbanan dan semangat padu Rakyat yang telah meletak ke tepi soal agama dan kepercayaan, soal bangsa dan kaum....
KP, makhluk-makhluk ini, bangang tahap apa, saya tak tahu.....
saya rasa, adalah lebih baik saya berehat.... saya penat, cukup penat dan ama-amat penat...