NAMPAKNYA TAK ADA GAYA NAK PULIH

 

BOB KELANANG

Ini macam xder gaya la nak ada pemulihan bab Covid-19 ni... mana taknyer... orang yang gagal 17 bulan dulu telah dilantik mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara (MPN)...

Giler ker apa ni...

Memang giler aaa sapa yang melantik Muhyiddin Yasin (Mahiaddin Md Yasin) sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN)... dah tahu dulu dia gagal... nak lagi lantik...

Bodoh DAN bangang ke apa ni??


Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara - KSN

malaysiakini.com
Muhyiddin dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara - KSN
Jawatan bakal disandang bekas PM itu bertaraf menteri.


Panas! Muhyiddin punca Maszlee dipecat sebagai menteri pendidikan dahulu

 


Panas! Muhyiddin punca Maszlee dipecat sebagai menteri pendidikan dahulu


Presiden Parti Bersatu Marah Tamatkan Kontrak 1BestariiNet Punca Dr Maszlee Diminta Menyerahkan Balik Jawatan Menteri Pendidikan!

Seperti orang lain, saya juga tertanya-tanya apakah sebab Tun Mahathir mengarahkan Dr Maszlee menyerah balik jawatan Menteri Pendidikan? Sedangkan, secara am, ramai penganalisis dan netizen menilainya cemerlang terutama dari segi idea-idea baru dan model transformasi pendidikan yang praktikal yang beliau utarakan dan sebahagian telah diusahakan dalam tempoh yang singkat.

Saya mencari jawapannya dalam dalam buku terbaru Dr Maszlee Malik, “Memori Bukan Memoir”. Seperti yang diduga, beliau hilang jawatan kerana menyentuh kroni. Nampaknya, KRONI – PROJEK MEGA berpisah tiada, apatah lagi jika memimpin sektor awam yang menjadi lubuk emas.

Bagai cacing kepanasan dek matahari bila kroni dijentik. Membangunkan sektor awam yang bermaruah dan rakyat “driven” tetap cabaran besar bagi Malaysia walau sudah 64 tahun merdeka.

Saya seru kepada rakyat Malaysia, sempena bulan kemerdekaan, mari kita terus beri sokongan padu kepada anak-anak Malaysia yang membawa politik nilai dan integriti, tidak kira siapapun mereka.

Sebaliknya, bersama kita humbangkan ahli politik yang tidak setia kepada ibu pertiwi, pengamal dan penyokong rasuah dalam apa bentuk pun, menjadi mata rantai kepada amalan kronisme dari zaman ke zaman, tanpa rasa insaf. Tidak kira mereka berada di belah politik yang mana, kita tolak pengamal politik toksik ini.

Dalam buku “Memori Bukan Memoir” bab “1BestariNet dan KPM, Apakah yang Berlaku?” antara lain Dr Maszlee mendedahkan:

“Saya sering ditanyakan apakah permintaan PM ke-7 untuk saya memulangkan jawatan saya kepada beliau adalah disebabkan oleh isu 1BestariNet, atau lebih khusus kontrak YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) dengan KPM yang penuh kontroversi”.

“Saya tidak boleh mengatakan hal ini satu-satunya sebab namun boleh saya katakan hal

ini merupakan antara sebab mengapa Perdana Menteri (PM) meminta saya berbuat demikian, dan menurut beliau, atas permintaan Presiden Parti Bersatu ketika itu”.
“Sebanyak lima kali saya telah dipanggil oleh PM pada ketika itu untuk bertemu beliau di pejabatnya untuk berbincang isu ini. Malah saya juga telah hadir sebanyak dua kali dengan pimpinan tertinggi KPM untuk menerangkan kepada beliau perihal keputusan yang dibut oleh KPM”.

“Dalam mesyuarat terakhir bersama beliau, saya ingat lagi, beliau mengatakan, “Presiden Bersatu amat marah dengan anda kerana isu ini.”, tidak lama selepas itu saya menerima kiriman e-mel daripada beliau yang meminta saya memulangkan jawatan yang diamanahkan kepada saya pada Jun 2018 kepada beliau semula”.

“Apa yang penting, umum ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dengan 1 BestariNet dan KPM. Perkara yang saya akan bentangkan dalam artikel ini bukan sesuatu yang sulit. Ia merupakan fakta yang diketahui oleh kebanyakan warga KPM, pernah didedahkan oleh media tetapi tidak disensasikan seperti isu kasut hitam dan jawi, walaupun pihak KPM telah menyerahkan kepada media terutamanya, dalam bentuk jawapan-jawapan oleh KSU KPM pada ketika itu”.

“Kontrak mega jangka masa panjang untuk membekalkan internet ke sekolah-sekolah di bawah KPM ini telah menjadi tajuk penuh kontroversi sewaktu pemerintahan Barisan Nasional. Berkali-kali isu ini dibawa ke Parlimen oleh pihak pembangkang.

“Dalam kalangan guru pula, ia sering dikritik kerana bekalan internet yang dimonopoli oleh sebuah syarikat ini lembap, tidak memuaskan dan membebankan para guru”.

“Sebagai seorang yang menggalas amanah berdasarkan sumpah setia yang telah diucapkan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ketika pelantikan sebagai anggota kabinet, saya tekad untuk meletakkan kepentingan rakyat dan negara mendahului kepentingan mana-mana pihak mahupun individu.

“Keputusan KPM ialah keputusan profesional berteraskan fakta, hujah dan perundangan. Saya yakin dengan bayaran yang terlalu mahal yang akan saya hadapi dengan prinsip dan keputusan ini. Ia ujian kecil atas pengorbanan saya semenjak hari pertama lagi saya membuat keputusan untuk terlibat dengan politik”.

Demikian beberapa petikan daripada bab “1BestariNet dan KPM, Apakah yang Berlaku?”. Syabas Dr Maszlee. Satu pendedahan yang berani dan berasaskan prinsip. Rumusan awal yang saya boleh buat adalah:

1. Pertarungan antara kepentingan rakyat dan kroni adalah real di Malaysia. Seringkali ia memenangkan kroni walaupun oleh ahli politik yang sering menjual, “rakyat diutamakan”. Memerdekakan tanah daripada penjajah sudah selesai. Namun memerdekakan jiwa kita daripada keburukan dan penghalang kecemerlangannya, termasuk rasuah, kronisme, perkauman sempit dan ketidakeadilan sosial adalah cabaran paling kritikal bagi Malaysia hari ini.

2. Seperti ditulis Dr Maszlee, apa yang terjadi dalam 1BestariNet diketahui oleh warga KPM. Namun urus tadbir baik tidak hanya boleh ditegakkan oleh pegawai awam sahaja. Tetapi, ia memerlukan sokongan “political will” daripada PM dan jamaah Menteri yang benar-benar berintegriti dan kompeten. Sebab itulah, Islam mensyaratakn sifat al-Amin (amanah) dan qawi (kompeten) untuk calon pemimpin.

3. Masyarakat perlu berhati-hati dengan fitnah media kerana media mungkin memiliki maklumat daripada sumber sah seperti daripada KSU, tetapi menyusun atur isu mana yang perlu dibuat liputan adalah wewenang para editor. Ia terletak kepada integriti, iman, pengaruh politik dan kepentingan pengamal media.

4. Membaca buku “Memori bukan Memoir” Dr Maszlee, pada hemat saya, beliau adalah anak Malaysia daripada generasi muda yang memiliki banyak idea yang baru, keupayaan memahami, menganalisis dan membuat sintesis (mengadun) untuk mencetus idea-idea transformasi pendidikan yang baik. Namun ia menuntut kita sama-sama berfikir dengan jiwa yang bebas daripada belenggu politik kepartian ketika mencari idea-idea perubahan untuk Malaysia yang merdeka.

5. Usaha untuk melabel beliau sebagai Menteri Kasut Hitam atau Menteri Tulisan Jawi yang membawa maksud pemikir perkara remeh-temeh, ternyata amat meleset malahan satu manipulasi media yang menuntut orang ramai untuk lebih berhati-hati tatkala agenda pembunuhan karakter dimainkan mensasar sesiapa pun.

Sumber | MHD

Anwar Ibrahim, Amirudin Shari, Aminuddin Harun & Pimpinan: Pentas Rakyat...

PM BISIK PADA DSAI "TAK NAK BUAT UNDI PERCAYA DI PARLIMEN" [LIVE DS ANWA...

PANAS !! LANTIKAN MEREPEK ISMAIL SABRI TINDAKAN BOROS



Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob sekali lagi mengulangi tindakan PM terdahulu Mahiaddin Yassin apabila melantik menteri dan timbalan menteri yang terlalu ramai, di saat ekonomi negara yang tidak menentu akibat Covid-19. Malah tindakan PM mengekalkan tiga duta khas perdana menteri termasuk Presiden Pas, Hadi Awang juga dipersoalkan kerana tidak membawa sebarang kebaikan kepada negara pada ketika ini.

AGONG KATA UNDI PERCAYA, MAHU DERHAKA LAGI?

JADI APA PENYELESAIAN COVID HAJI ???KRIT...KRIT...KRIT....BUNYI TIKUS BAIKI LABU...

 

NOR HISAM


Jadi apa penyelesaian covid cadangan Ayoh Chik...? Setakat statement, semua orang boleh buat


May be an image of text that says "23:12 Tweet Abdul Hadi Awang @abdulhadiawang Kami memperkenalkan penyelesaian Islam yang menjadikan manusia sebagai satu keluarga besar daripada Adam AS dan Hawwa' AS. Sekali gus mewajibkan bertolong-tolongan antara satu sama lain dalam hubungan masyarakat madani yang majmuk laksana sebuah keluarga. Terjemahkan Tweet 20:30 04 Sep 21 Twitter for iPhone 34 Tweet semula 3 Tweet Petikan 126 Suka A Tweet balasan anda"

ALAA..MASA TU KITA SAJA NAK PROMOSI BAJU DAN PROMOSI KERAJAANG MELAYU ISLANG JA..PAS TU KITA CONG JA PENYOKONG KITA...


SAM LIM

Kata-kata hikmah setelah 5 hari 😘
Sebenarnya himpun kat Padang Merbok tu nak jual T Shirt je kan.. 🙄
Ko beli 3 helai kan Usop 🤣🤣🤣


 May be a meme of 1 person and text that says "Hudud dan RUU355 tiada dalam lima agenda inisiatif Menteri Agama September 2021 7:05 pm 00"

NAK UCAP TAH NIAH TAPI TAK KENAL ATLIT- TEDIA AIHH...







AZRIN ADNAN


Hurmm apa nak jadi ni Hariz Faisal hahahaha mcm nie kaa level exco tugas tugas khas armanja... atlet paralimpik pun tak kenal... seb baik laa hang takde kat klia... buat malu armanja jaaa..


 

NAJIK....AWAT SIKITJER KOMEN NIH...MANA GELARAN BEKAS PM RAJA TROLL.....


HAMZAH RIE NA


Najib Razak sebelum ni bukan main garang lagi hentam kerajaan Din Pagoh.

Sekarang bila UMNO dah jadi kerajaan hanya mampu berdoa saja. Taknak pulak dia tanya siapa yang nak bertanggungjawab jika murid dijangkiti Covid?. Padahal kes Covid sekarang semakin meningkat tinggi.

SR


 May be an image of one or more people and text

WOIII JOM JADIKAN KOLA LUMPOQ BERTARAF WORLD- BAIK PUNYER


KAK IDA ABDULLAH

Dah la bahasa sendiri kelam kabut, bahasa orang pun depa buat ribut! Habis konpius Mat Saleh! ðŸ˜‚😂😂


 May be an image of text that says "TAMAN RIMBA BUKIT KERINCHI ATTENTION TO ALL DEAREST VISITORS, PLEASE DO NOT ASKING US AS SECURITY ABOUT VACCINE, ITIS BECAUSE WE HAVE COMPLETED OUR CLOSE. PERHAPS ,YOU DON'T HAVE ANY RIGHT TO ASK ABOUT IT EXCEPT IF YOU GUYS WEAR AN UNIFORM. THANK YOU FOR YOUR COORPERATION. KAN CEC VID ARAHAN: DATUK BANDAR KUALA LUMPUR"

OWHHHH....ADA LAGI MABUK MABUK- HEY INI NEGARA MELAYU ISLE...SAPA MABUK JATUH KAPIR...KAH..KAH..KAH

 Panas! Lelaki mabuk rempuh roadblock, menteri agama masih membisu


Panas! Lelaki mabuk rempuh roadblock, menteri agama masih membisu



Seorang lelaki yang memandu kereta jenis Toyota Estima dalam keadaan mabuk telah merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Simpang Ampat dekat Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Dalam kejadian jam 8 malam Khamis itu, jurutera di sebuah kilang berusia 41 tahun itu nyaris melanggar enam anggota polis dan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, (SPS) Supritendan Lee Chong Chern berkata, kesemua anggota bertugas sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kenderaan lelaki tersebut kemudian melanggar dan mengheret peralatan seperti kon keselamatan, papan tanda pemeriksaan, payung dan lampu sejauh 200 meter.

Ekoran kejadian itu, suspek ditahan dan siasatan mendapati lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bertemu pelanggan.

“Suspek memandu dari arah Bukit Mertajam mahu pulang ke rumahnya di Simpang Ampat. Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek hilang kawalan dan merempuh SJR di situ.

“Suspek cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas anggota polis yang mengejarnya dan pemeriksaan awal mendapati dia berada di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Chong Chern berkata, meskipun tiada anggota bertugas dilanggar dalam insiden tersebut namun lelaki itu tetap ditahan untuk siasatan lanjut.

Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis dan Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sumber | AA

PETAI...PETAI...PETAI...10 -5 HINGGIT SAJA...IDEA NAK JAGA DAN AMBIK TAHU PESAKIT COVID KELAUT

 Saat dikecam teruk, menantu Hadi promosi petai


Saat dikecam teruk, menantu Hadi promosi petai

PETAI – Sumber ‘MAKANAN ANTIBIOTIK’ Semulajadi

Petai adalah biasa digunakan oleh masyarakat Orang Asli di Malaysia untuk ‘merawat’ masalah jangkitan kuman pada saluran kencing

Kajian juga menunjukkan petai boleh merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya setara dengan antibiotik

Bahan antibakteria dalam petai dikenali sebagai polisulfida

Walau bagaimanapun, kandungan potasium dalam petai agak tinggi, justeru pesakit buah pinggang perlu hadkan penggambilannya

Terdapat kajian menunjukkan petai boleh bertindak sebagai antidiabetis, antikanser, antiradang dan boleh bantu turunkan kolesterol (disebabkan kehadiran bahan faitosterol)

Bahan berkhasiat faitosterol ini banyak dalam kulit petai, justeru, petai seeloknya dimakan bersama kulitnya

Polisulfida (bahan sulfur) juga merupakan bahan berbau dalam petai.

Untuk kurangkan air kencing berbau, minumlah susu segar selepas makan petai

Petai juga elok direbus dahulu sebelum dimakan untuk kurangkan baunya

Memakan petai pada kuantiti yang banyak sebaliknya boleh menyebabkan kembung perut
Ia juga boleh sebabkan panas badan disebabkan oleh kandungan sulfur

Oleh :
Dr Suri Roowi,
Ph.D (Glasgow), KMN Principal Scientist

Antara khasiat petai :

1. Membantu Diet
Serat juga menambahkan rasa kenyang, mengurangkan kolesterol LDL (buruk), dan memperlahankan pelepasan gula daripada makanan ke dalam darah.

Apa yang lebih penting, serat larut dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, Diabetes Type 2, dan obesiti.

2. Tinggi Kalium
Setengah cawan petai sarat dengan 224mg kalium (potassium).

Komponen ini memainkan peranan mengawal keseimbangan air badan untuk dan fungsi jantung.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) potassium amat penting bagi kesihatan jantung.

5. Tinggi Kandungan vitamin C
Jangan ingat vitamin C hanya ada dalam buah oren tau.

Tahukah anda, terdapat 20mg vitamin C dalam setengah cawan petai cukup untuk memenuhi kira-kira separuh daripada keperluan vitamin harian kita.

Seperti yang kita sedia maklum, vitamin C ini penting bagi pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian tubuh kita.


ORANG YANG GAGAL TADBIR NEGARA DILANTIK NAK PULIH NEGARA ? WAH LAWAK SATU DONIA


W.Faudzin

 Dia jadi PM, dia gagal pulihkan negara hingga terkenal disebut kerajaan gagal.  Dia mengaku dia tak kisah orang panggil dia bodoh.


Tiba2 dilantik pengerusi pemulihan negara?  Adoiiiiiii.....





BAB RAKYAT KETEPIKAN,,KITA BAHAGIKAN DULU JAWATAN..


 

APA MACIAM NAJIB...KAH..KAH..KAH..

 

Faezuddin Puat


Siang malam Najib Razak terpekik di media sosial tegaskan kegagalan Mahiaddin.


Tak cukup dengan itu, 15 orang ahli parlimen UMNO bersungguh-sungguh tarik sokongan hingga tercabut jawatan Perdana Menteri daripada sosok Mahiaddin juga kerana alasan gagal.


Dakwa mereka Mahiaddin gagal kawal covid-19, ramai rakyat mati, ekonomi merudum, pendidikan tak terurus. Senang cerita gagal serba serbilah.


Akhirnya Mahiaddin kembali semula hari ini.


Bukan calang-calang, dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri.


Kalau UMNO jatuhkan Mahiaddin kerana beliau gagal pulihkan negara, mengapa UMNO lantik semula Mahiaddin sebagai orang yang bertanggungjawab pulihkan semula negara?


Itu satu hal, satu hal lagi, mengapa perlu bazir wang dengan pelantikan ini? 


Apakah Perdana Menteri Ismail Sabri sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara tak berkeupayaan pulihkan negara sehingga perlu lantik pemimpin yang dijatuhkan dan didakwa gagal oleh partinya UMNO?

KEERAJAAN 69 MEMANG BENAR BERLAKU


NORA JAMILAH


Umno tumbangkan dia konon atas sebab dia gagal tangani pandermik covid19. Sekarang umno lantik dia jadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Covid19.....hahahahahahah lawak tak? Welcome to Malaysia Darul Lawak....🤣🤣🤣🤣



LEBAI MANA TAU BAB DUNIA NI....AKHIRAT SAJA BILA ANAK ANAK TAK BERJAYA .ITU SAIA ALASANNYA.

 

PERNAH SEKOQ WALAUN SEMASA BIMBINGAN KERJAYA TERHADAP ANAK..APA YANG DIA CAKAP?...DIA KATA BUKA KEDAI BURGER JADI LA CIKGU. KALAU DIA DUDUK KOLOMPO BOLEH LA TAHAN TAPI KALAU SETAKAT PEKAN KECIK DAN BERPULOH PENIAGA BURGER  DIA BAGI PANDANGAN SEJAUH ITU SAHAJA.

REZEKI MEMANG DITANGAN TUHAN..TAPI IDEA DIA TU SEJAUH ITU SAHAJA...KITA BAGI BIMBINGAN SUPAYA ANAK DIA BOLEH PERGI JAUH DALAM BIDANG KEMAHIRAN TVET BILA KE SEKOLAH MENENGAH...DIA PUNYA PANDANGAN, ANAK AKU TAK PANDAI BUKA KEDAI BURGER...NAMPAK.....BODO PIANG...


Mohd Shah Rim


MRSM hanya menerima pelajar dari sekolah kebangsaan, jadi pelajar sekolah Agama tak layak masuk MRSM..



TAKBIRRRRRRRR...............APA MACIAM PAS PAHANG ? HANGPA TAK P HINGGUT TIANG GENTING SANA KA ?

 


W.FAUDZIN

Menteri ucap syukur kepada Allah kerana Genting dah boleh dibuka. Ini semua keberkatan kerajaan melayu Isle yang menteri agamanya dari puak lebai. Tunggu apa lagi walaun, takbir lah!!!



May be an image of text that says "MALAYSIA MD dateline HOME BERITA VIDEO RENCANA CIE GENTING BERHAD Alhamdulillah Genting Highland dah boleh dibuka, kata Menteri Pelancongan Oleh MALAYSIA DATELINE September 2021"


USUL PERCAYA: APA YANG ISMAIL SABRI TAKUTKAN?


SYARAT BAHARU MASUK MRSM PENUH DISKRIMINASI?


PEMBANGKANG JANGAN BAZIR MASA SELESAI MASALAH DALAMAN


JIKA BEGINILAH PERANGAI PEMIMPINNYA, MEMANG WAJIB UMNO DITUMBANGKAN SEKALI LAGI

 

Belum pun sampai sebulan UMNO beroleh kembali kerusi Perdana Menteri yang gagal dipertahankan sejak 2018, lagak dan gaya lama pemimpinnya sudah mula menjadi bualan semula.

Kalau dulu, bersama keangkuhan bahawa UMNO tidak mungkin kalah pilihanraya, lagak dan kesombongan mereka yang bergelar pemimpin bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Ia sudah menjadi tontonan yang merata di mana-mana, bahkan jika ada sekumpulan orang sedang makan di penjuru coffee house hotel lima bintang sambil diselang-seli hamburan derai ketawa yang kuat, pastilah ia gerombolan pemimpin UMNO bersama pengikut tegar serta kroni mereka sedang menjamu selera.

Orang lain kalau makan di hotel selalunya agak sopan dan tidak mengeluarkan suara bila ketawa, hanya orang UMNO saja yang berani berkelakuan sebegitu rupa.

Tetapi, apabila UMNO kalah pada PRU 2018, perubahan sikap dan perangai mereka yang bergelar pemimpin sudah mula kelihatan.

Bukan saja mereka lebih merendah diri, kurang berlagak dan jarang-jarang mengunjungi hotel lima bintang, malah kalau makan beramai-ramai di gerai pun mereka sudah pandai memperlahankan ketawa.

Di mana-mana saja ketika itu, lebih mudah melihat kelibat pemimpin UMNO dan bekas menteri bersama kelompok bawahan berbanding dengan kroni dan tauke-tauke.

Ahli bawahan dan rakyat biasa yang mahu bergambar dan berselfie pun lebih mudah mendapat layanan, disertai lagi dengan senyum dan tawa yang lebih ramah.


Kalau ada pilihanraya kecil atau PRK pula, lagilah kita dapat melihat mereka begitu merendah diri, mudah diajak berbual dan tak kisah duduk di tepi parit sekali pun.

Perubahan mula menjelma apabila UMNO dapat semula berada dalam kerajaan melalui pengkhianatan yang dilakukan oleh Mahiaddin Md Yasin bersama kawan-kawannya pada awal 2020 lalu.

Pada waktu itu, bermulalah terdengarnya rungutan daripada dalam UMNO sendiri tentang berubahnya sikap dan watak mereka yang dulunya ramah ketika tiada jawatan, kini telah berubah setelah beroleh kembali kedudukan dalam kerajaan.

Banyak rungutan kedengaran, bukan saja yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan lain-lain diperhatikan mula mempamerkan kesombongan dan tidak menjawab panggilan, tukang bawa beg dan pencacai pun terjangkit sama dengan penyakit sombong itu.

Hari ini UMNO beroleh kembali kerusi Perdana Menteri, meski mandat kemenangan dan menubuh kerajaan pada hakikatnya adalah milik pihak lain.

Namun, kesombongan era BN dulu jelas sudah muncul semula, walau belum sampai tempoh sebulan mengetuai kerajaan.

Hakikat kesombongan ini bukan rungutan rakyat biasa atau orang luar parti, tapi luahan daripada mereka daripada dalam UMNO sendiri.

Melalui perbualan dan percakapan dengan beberapa pemimpin pertengahan dalam UMNO, jelas sekali sindrom sombong, berlagak dan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan kroni telah menjelma semula di kalangan mereka yang bergelar pemimpin dan berjawatan menteri dalam kerajaan.

Ada yang mula menyusun orang-orang terdekat untuk mengaut projek kerajaan dan ada pula yang sewenang-wenangnya membuat lantikan politik yang ramai dalam kementerian masing-masing di sebalik negara sebenarnya tidak lagi punya banyak wang dan masih berdepan wabak Covid19 yang mengancam nyawa.

Apa sebenarnya prioriti mereka itu – mengaut habuan selagi sempat atau untuk membantu parti mampu menang pada PRU akan datang melalui jawatan dalam kerajaan yang dipegang?

Tidak sedarkah mereka ramai rakyat tengah kesusahan, tidak cukup makan dan ada yang memilih membunuh diri akibat tekanan perasaan?

Seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian berkata, pemimpin UMNO hanya boleh dibuat kawan ketika mereka tiada kuasa saja atau setelah tidak lagi menjadi menteri.

Baik sebelum UMNO kalah atau setelah diberi pengajaran hilang kuasa, perangai mereka sama saja jika ada kuasa, kata pemimpin bahagian itu ketika berbual-bual sambil minum petang dengannya.

Apa yang dirungutkan ini baru tidak sampai sebulan UMNO menerajui semula kuasa di Putrajaya, itu pun sebenarnya masih banyak menumpang kekuatan parti lain dalam kuasa yang sedang dipegang.

Tentulah tidak sukar membayangkan bagaimana lagak dan kesombongan mereka serta keghairahan menggunakan kuasa dalam tempoh-tempoh mendatang nanti.

Kalau dalam UMNO sendiri pun ramai yang bersungut tentang perangai mereka, pastilah rakyat biasa lebih menyampah lagi.

Kalah pilihanraya, menumpang kuasa dan sekarang pun masih menumpang lagi, walau kerusi Perdana Menteri sudah diperolehi, hakikatnya tiada apa-apa yang berubah dalam sikap dan perangai pemimpin UMNO.

Dulu, kini dan selamanya – perangai pemimpin UMNO tetap sama.

Tiada ubat mujarab untuk mengubati mereka melainkan UMNO mesti dikalahkan selagi lagi dalam PRU15 akan datang nanti.

Kalau boleh kali ini biarlah lebih lama ia hilang kuasa – 15 atau 20 tahun sekurang-kurangnya, agar tunas baru yang akan mengambil alih kepimpinan UMNO benar-benar berbeza dengan pemimpin dan saki-baki yang ada sekarang ini. – 


ShahbudinHusin 04/09/2021.



UNDI18 - MAHUKAH KERAJAAN MELAKSANAKANNYA??


Mahkamah Tinggi arah k’jaan turunkan usia mengundi mulai 31 Dis


malaysiakini.com
Mahkamah Tinggi arah k’jaan turunkan usia mengundi mulai 31 Dis
Pesuruhjaya kehakiman mahkamah di Kuching itu membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh lima anak muda yang dinamakan kumpulan Undi Sarawak.


BOB KELANANG

Satu persoalan yang wajar kita tanya... Undi18, mahukah kerajaan melaksanakannya? Ini persoalan yang agak klise untuk kita tanya sebab walaupun ada desakan... walaupun ahli Parlimen dah bersetuju... tapi nampaknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat agak perlahan untuk melaksanakannya...

Seakan macam ada usaha-usaha yang sengaja tegar melambat-lambatkan proses Undi18 ni...

Ada agenda ke?? Ntah la... susah nak jangka... cuma Kerajaan tahu yang agak sukar untuk membaca jalur politik orang muda... tambah lagi orang muda biasanya dikatakan anti-establishment...

HAHAHAHAAA…

 

Menteri umum Genting Highlands telah bersedia untuk beroperasi ikut SOP. PAS Pahang kata masa sesuai untuk tutup genting. Pas mimpi ka apa ?

 


Menteri umum Genting Highlands telah bersedia untuk beroperasi ikut SOP



Pagi ini saya diberi taklimat oleh Head of Business Operations and Strategies, Genting Malaysia Berhad GENM, Lee Thiam Kit mengenai kesediaan pihaknya untuk membuka operasi sebagai usaha memulihkan sektor pelancongan di situ.

Menurut beliau, Genting World Resort, (RWG) akan mencapai 99% liputan luas (wide coverage vaccinated) pekerja yang mendapat vaksin lengkap pada 12 September ini.

Beliau juga berkata RWG juga melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dan bersedia sepenuhnya untuk beroperasi.

Alhamdulillah, saya menyambut baik keputusan mereka dan menyatakan pertimbangan mengenainya adalah tertakluk kepada kesediaan pihak industri yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti pekerja sektor ini yang telah mendapat vaksinasi lengkap serta kemudahan pusat kuarantin yang terdapat di situ.

Saya juga memaklumkan kepada beliau bahawa 3 SOP untuk penggiat industri pelancongan di pusat peranginan Genting Highland yang dikemukakan MOTAC kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) telahpun mendapat kelulusan.

SOP tersebut melibatkan sektor perhotelan, agen pelancongan dan acara perniagaan (Business Events).

Mengenai permintaan untuk membuka aktiviti taman tema, MOTAC telah mencadangkan untuk kebenaran aktiviti tersebut pada Fasa Ke-2.

Pada masa ini, aktiviti tersebut hanya dibenarkan pada Fasa ke-4.

Kita memahami keperluan untuk semua membenarkan aktiviti-aktiviti pelancongan dan kebudayaan di negara ini demi menyokong dan memulihkan semula pelancongan domestik di Genting yang melibatkan lebih 11,000 pekerja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam eko-sistem di pusat peranginan berkenaan.

Sumber | GD