MASZLEE KEMUKA TUJUH (7) PERSOALAN KEPADA MENTERI PENDIDIKAN

 

BOB KELANANG


Image may contain: 2 people, suit






Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Kanan Pendidikan dan seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia di atas pengumuman penting sebentar tadi.

Sekurang-kurangnya terdapat 2 pengumuman penting yang telah disampaikan iaitu penutupan semua sesi persekolahan sehingga Januari 2021 serta pindaan tarikh beberapa peperiksaan penting seperti SPM, STPM, SVM & STAM.

Sejak pengumuman tadi juga, saya dihujani dengan pelbagai reaksi dan maklum balas dari pelbagai pihak. Timbul beberapa persoalan dan kebimbangan yang saya fikir wajar disuarakan dan diberikan tumpuan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Persoalan-persoalan ini mungkin kelihatan operasional, namun ianya memberikan dampak yang langsung dan menyentuh soal kehidupan rakyat seharian. Saya percaya rakyat yang sedang berdepan dengan kesukaran ekonomi di luar sana tidak boleh dibebankan dengan isu operasional KPM yang tidak jelas.

#Pertama, pengumuman saat akhir penutupan sekolah ini telah menyukarkan ibu bapa yang terpaksa mencari cara untuk merentas negeri untuk mengambil anak-anak di asrama. Persoalan yang dibangkitkan ialah mengapa pengumuman penting seperti ini dibuat secara tiba-tiba? Bagaimana dengan 2.4 juta keluarga miskin & B40 yang terpaksa mencari wang untuk membeli tiket dan membiaya kos perjalanan dalam masa terdekat?

#Kedua, apakah status guru duka lara yang telah lama berjauhan dengan pasangan masing-masing? Selama ini mereka terpaksa menanggung beban membeli tiket berkali-kali akibat pengumuman saat akhir YBMK. Adakah mereka dibenarkan kembali bersama setelah berbulan-bulan tidak bersua muka, terutama untuk mereka yang terpaksa berulang alik antara Sabah, Sarawak & Semenanjung?

#Ketiga, apakah nasib lebih dari 600,000 murid penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang hari ini tidak boleh ke sekolah? Apakah YBMK mempunyai perancangan khas untuk membantu lebih setengah juta anak warga miskin & B40 ini yang selama ini bergantung sepenuhnya dengan pengambilan RMT?

#Kempat, apakah perancangan untuk lebih dari 70,000 pekerja kantin yang hari ini tiada gaji harian kerana sekolah ditutup? Saya percaya jumlah mereka yang banyak ini memerlukan perhatian yang lebih besar oleh Kerajaan kerana mereka rata-ratanya datang dari golongan miskin & B40.

#Kelima, apakah perancangan YBMK untuk 36.9% murid yang tiada peranti di rumah? Apakah perancangan alternatif untuk memastikan golongan ini tidak ketinggalan ketika rakan-rakan mereka yang lain melaksanakan kelas dalam talian bersama guru mereka? Bagaimana pula dengan keluarga miskin & B40 yang bukan sahaja tidak mempunyai peranti, bahkan tidak mempunyai talian internet di rumah?

#Keenam, apakah perancangan YBMK untuk murid cicir setelah sekolah dibuka kelak? Saya difahamkan murid Tingkatan 2 & 3 hanya akan kembali ke sekolah pada Mac 2021. Ini bermakna mereka akan berada di rumah sekitar 3 bulan. Terdapat kajian yang menyatakan ketidakhadiran murid ke sekolah selama 14 minggu boleh menyebabkan anak-anak kehilangan pembelajaran seolah-olah 2 tahun lamanya. Adakah pihak KPM akan mengeluarkan data murid cicir pasca PKP kepada umum kelak?

#Ketujuh, apakah KPM ada melaksanakan bantuan psikologi & mental untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan penting seperti SPM & STPM? Saya percaya mereka adalah golongan yang paling terjejas akibat beberapa pengumuman tundaan peperiksaan. Peperiksaan penting yang akan mereka duduki akan menentukan masa depan mereka kelak. Cadangan saya, KPM harus segera melaksanakan saringan mental dan mempunyai perancangan untuk memastikan motivasi mereka tidak jatuh berkecai semata-mata kerana kegagalan kita semua merancang yang

terbaik

buat mereka.

Saya percaya kesemua soalan-soalan ini adalah rintihan rakyat terbanyak, dari ibu bapa yang bergelut dengan masalah ekonomi, dari anak murid di sekolah, yang tiada peranti di rumah, yang kehilangan motivasi untuk menduduki peperiksaan, dari guru yang berjauhan dengan suami dan isteri masing-masing serta dari pekerja di sekolah yang akan terjejas akibat penutupan sekolah.

YBMK perlu menjelaskan kepada rakyat apakah perancangan mereka secara menyeluruh. Rakyat tidak boleh dibiarkan berada dalam keadaan resah semata-mata kerana kegagalan komunikasi atau ketiadaan perancangan yang baik buat mereka.

YBMK juga perlu menjalankan libat urus dengan kesatuan-kesatuan guru seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru Malaysia Barat dan juga NGO-NGO berkaitan pendidikan dan meneliti input-input berguna dari mereka kerana mereka mewakili suara terbanyak para guru di Malaysia.

Saya merayu agar YB Menteri menjawab semua soalan ini dalam masa terdekat. Saya juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak KPM untuk mempermudah sebarang urusan dan juga memastikan bukan sekadar nyawa anak-anak yang boleh diselamatkan, tetapi juga masa depan pendidikan mereka.

YB Dr Maszlee Malik

8 November 2020

 

TIADA YANG HEBAT DALAM BAJET 2021, KENAPA DIRAIKAN?


RAKYAT TUNGGU LAIN, DAPAT LAIN

 

Yang ditunggu rakyat itu lanjutan moratorium supaya rakyat boleh adjust perbelanjaan.

Yang ditunggu rakyat itu kebenaran untuk pakai duit mereka sendiri melalui KWSP secara one-off supaya boleh menyelesaikan keperluan mendesak.

Yang ditunggu rakyat itu bantuan untuk mereka yang hilang pekerjaan dan pendapatan.

Tetapi yang rakyat dapat adalah…….. 81 Juta untuk cybertrooper kerajaan…

Beginilah nasib jika sebuah kerajaan itu dipimpin oleh mereka yang dapat kuasa melalui pintu belakang…

#TolakBelanjawan

 

PKPB SELURUH NEGARA MEMBEBANKAN RAKYAT

 GERAK98 mengutuk sekeras-kerasnya keputusan kerajaan laksana PKPB di hampir semua negeri di Malaysia mulai esok.

2. Ianya jelas satu keputusan tidak bertanggungjawab.Tidak langsung ambil kira kesan buruk langkah ini kepada ekonomi rakyat.

3. Tidak munasabah sama sekali rakyat dibebankan sekali lagi dengan kepayahan perintah berkurung dalam negeri-negeri dan kawasan yang gejala masih boleh dikawal tanpa perlu rakyat dikurung.

4. Kita punya alasan untuk merasa sangsi motif sebenar keputusan kerajaan ini.Ianya adalah muslihat politik terdesak oleh pemimpin-pemimpin kerajaan yang tidak ada sokongan dan integriti sama sekali.

5. GERAK98 gesa perintah berkurung ini ditarik balik dengan kadar segera demi memberi ruang dan nafas kelegaan kepada jutaan rakyat biasa meneruskan kehidupan mereka khususnya mencari rezeki seperti biasa. Ramai yang terjejas mata pencarian dengan perintah berkurung ini.

6. Kami juga menggesa Ahli Parlimen menggunakan sidang Parlimen yang bersambung sidang esok mendesak kerajaan menarik balik keputusan yang tidak munasabah, tidak bertanggungjawab dan amat membebankan rakyat ini.

Mohamad Ezam Mohd Nor/Pengerusi Gerak98/8 November 2020.



TOLAK BELANJAWAN TIDAK BERMAKNA INGKAR AGONG, TAPI UNTUK SELAMATKAN DERITA RAKYAT

 Majoriti rakyat secara umumnya menolak tiga perkara berikut sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021, Jumaat lalu.

Pertama, rakyat menolak dan tidak gembira dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP dengan jumlah maksimum RM10 ribu.

Kedua, rakyat juga menolak, kecewa dan tidak gembira kerana kerajaan enggan melanjutkan moratorium pinjaman bank antara 3 hingga 6 bulan lagi.

Ketiga, rakyat turut menolak,kecewa dan marah dengan keputusan kerajaan mahu menghidupkan semula Jasa serta memberi peruntukan besar untuk jabatan itu memulakan operasinya tahun depan sebanyak RM85.5 juta.

Tanpa ragu-ragu, boleh dikata lebih 90 peratus rakyat didapati menolak tiga perkara di atas, malah ia juga dipercayai akan menjadi inti perbahasan Ahli-Ahli Parlimen PH,BN dan lain-lain yang sealiran dengannya yang bermula hari ini.

Dalam erti kata lain , penolakan itu adalah suara besar rakyat yang jelas tidak setuju dan ia boleh didengar di mana-mana – di kedai kopi, lobi hotel, dalam perbualan suami isteri di meja makan, dalam media sosial dan sebagainya.

Walaupun Yang Dipertuan Agong ada bertitah agar Belanjawan 2021 diluluskan oleh Ahli-Ahli Parlimen, tetapi asas baginda mengeluarkan titah demikian tentulah dengan harapan agar kepentingan dan keperluan rakyat sentiasa diambil kira oleh kerajaan.

Ternampak sekarang, disebalik titah Agong itu, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin seolah-olah cuba mengambil kesempatan daripadanya dengan merangka belanjawan yang tidak berpihak kepada rakyat, bahkan lebih menjurus kepada agenda politik peribadi.

Bagi Ahli-Ahli Parlimen pula, oleh kerana mereka sendiri dipilih oleh rakyat, sudah tentulah mereka akan dianggap songsang jika menyokong Belanjawan 2021 yang nyata tidak disukai rakyat.

Keutamaan bagi Ahli-Ahli Parlimen ialah mereka berperanan melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk rakyat dan menolak perkara-perkara lain yang tidak dipersetujui rakyat.

Jika mereka menyokong juga perkara yang tidak dikehendaki rakyat, kemungkinan mereka ditolak dalam PRU seterusnya adalah cerah sekali.

Tidak guna sebenarnya bagi Ahli-Ahli menyokong Belanjawan 2021 ini jika hasilnya tidak memberi manfaat, malah terus menjadikan kehidupan rakyat dalam derita yang lebih panjang.

Untuk itu, adalah penting bagi Ahli-Ahli Parlimen berbahas secara kritikal, mengemukakan cadangan yang pro rakyat serta mengambil sikap berani menekan kerajaan agar tiga perkara di atas yang ditolak rakyat itu dapat ditarik balik oleh kerajaan sebelum hari pengundian.

Jika kerajaan berkeras juga mahu melaksanakannya, maka pilihan yang ada ialah menolaknya ketika pengundian diadakan.

Bukan saja Ahli-Ahli Parlimen PH, BN dan lain-lain yang harus menolaknya, bahkan mereka daripada kelompok PN sendiri pun seharusnya berani mengambil pendirian yang sama.

Hanya dengan sikap sedemikian, Ahli-Ahli Parlimen benar-benar akan dilihat berperanan secara terpuji untuk kepentingan rakyat serta layak digelar wakil rakyat.

Buat apa menyokong Belanjawan 2021 yang dalam waktu yang sama sokongan itu juga bererti memanjangkan lagi hayat politik Muhyiddin, sedangkan tindakan sedemikian boleh menyebabkan kemarahan serta kebencian rakyat.

Menolak belanjawan yang tidak memberi manfaat rakyat bukanlah bermakna Ahli-Ahli Parlimen ingkar kepada titah Agong, malah lebih untuk mengutamakan rakyat yang berada di bawah naungan Agong itu sendiri.

Lagi pula, untuk jangka panjang, yang lebih diperlukan oleh Ahli-Ahli Parlimen ialah sokongan dan berbuat apa yang disukai rakyat, bukannya menyukakan hati Muhyiddin.

Sama ada dengan penolakan Belanjawan 2021 akan menyebabkan sebuah kerajaan baru dibentuk atau PRU mengejut terpaksa diadakan, mereka yang bersikap mengutamakan rakyat pasti sentiasa ada dalam hati dan jiwa rakyat, selain tiga perkara yang menjadi kebencian itu dapat diubahsuai segera. 

(Shahbudindotcom 09/11/2020)




NAMPAKNYA NAJIB CERDIK BILA TAK JADI PM

 Image may contain: text that says "Najib Razak 20m Sebab apa PKPB boleh dilanjutkan berkali-kali tapi moratorium pinjaman automatik tidak boleh dilanjutkan secara pukal sekali terutamanya untuk peminjam M40 sedangkan bank-masih catat keuntungan? Kerajaan kena fikir perkara ini. BN akan terus lawan sampai dapat. 10K 1k 316 Najib Razak 9h Peruntukan RM85.5 juta bagi JASA untuk berperang dengan Covid sambil memupuk semangat perpaduan? BH ONLINE The Subscriptions a Log JASA bukan bermotif politik, bantu kerajaan perangi COVID-19 Oleh Suzalina Halid- November 2020 suzalina@bh. 7:25pm Budget 2021: Allocation will enable Jasa to focus on uniting the nation, says Communications and Multimedia Ministry"

OWHHH ....LAGU TU YA...NGOKSSSS.....

 

Image may contain: text that says "Nik Kamariah 1 hr Sampai bila nak ikut WHO (yahudi ni), baliklah pada islam, gunalah habatussauda, madu, ayat2 al Quran sbg penawar. Masa ni lah nak tunjuk kehebatan islam."


Walauntit ni kata ikutlah Islam, jangan ikut WHO (Kesatuan Kesihatan Sedunia) yang beliau kata Yahudi. Bagi walauntit, ikut Islam tu maksudnya ikut parti lebai la tu.  Maksud dia, nak hadapi Covid jangan ikut cakap WHO, ikut cakap lebai iaitu makan Habatussauda, madu, kurma, kismis, nasi arab, roti arab, minum air jampi dari ostat Dusuki, makan daging unta, dan apa-apa lah asalkan dari Arab.  Lihat, betapa jumudnya walauntit dan mmg layak la dok dalam jemaah jumud.

W. FAUDZIN

(Live) Anwar Ibrahim: Perbahasan Belanjawan 2021 Ketua Pmbangkang

WRLR AKAN MENYIARKAN SIARAN LANGSUNG DARI DEWAN RAKYAT HARI INI

 


Image may contain: 2 people, text

PAKAR KESIHATAN RAGUI KENAPA PKP DISELURUH NEGARA

 


MEMANG BETUL PUN. BUKAN SEMUA TEMPAT TERJEJAS SAMPAI PERLU TUTUP MASJID DI SELURUH NEGARA, HADKAN AKTIVITI EKONOMI DI HAMPIR SELURUH NEGARA KECUALI 3 NEGERI?

INI AKAN MENYEBABKAN EKONOMI RAKYAT LUMPUH. TAPI SETIAP HARI KES TETAP BERIBU JUGA. DI MANA KEWAJARANNYA? DI MANA SILAPNYA KAEDAH PENGAWALAN PANDEMIC COVID-19 INI/KERAMITA MCM "CLUELESS" DAN SEDANG MENCUBA ITU INI YG EKSTRIM DAN DRASTIK? Wallahualam.

- Zus Din

08 November 2020

+++++++++++++++++++++++++

Dari FB wall Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman

Profesor Kesihatan Awam, IMUKL

Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM sebelum besara pilihan pd 2017

Description: 👇Description: 👇Description: 👇Description: 👇Description: 👇Description: 👇

Saya tak faham mengapa PKPB dilaksanakan seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis dan sehingga sebulan sekali gus. Atas pertimbangan apa tindakan drastik ini diambil? Kecuali Sabah dan Labuan, saya tak nampak sebarang perubahan ketara yang luar biasa dalam insiden kumulatif SAR-CoV-2 (Rajah 4).

Perubahan insiden mingguan SAR-CoV-12 di negeri-negeri yang terlibat juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara (Rajah 5). Insiden mingguan di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terenganu terlalu rendah sampai tak nampak, menyamai rendahnya insiden di Pahang dan Kelantan. Namun tetap dikenakan PKPB.

Sekalipun jika dikeluarkan negeri “outlier” (Sabah & Labuan) seperti di Rajah 6, insiden di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terengganu adalah rendah di bawah 5 per 100,000 penduduk seminggu. Bagi yang faham ilmu epidemiologi, keputusan untuk melaksanakan PKPB berdasarkan angka sebegini adalah terlalu drastik dan keterlaluan. Malah Kedah yang sudah menunjukkan tren penurunan yang signifikan turut dikenakan tindakan yang sama.

Hatta bagi Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, apakah PKPB menyeluruh seluruh negeri satu-satu jalan mengawal keadaan? Apakah PKPP (dipertingkat) terhadap mukim atau kejiranan yang bermasalah tidak boleh dilaksanakan, yang sudah tentu memberi impak ekonomi yang lebih sederhana berbanding PKPB menyeluruh?

Timbul pertanyaan apakah sebenarnya “end game” yang ingin dicapai melalui tindakan ini? Apakah kita mahu memutuskan langsung penularan virus ini dalam masyarakat melalui PKP? Jika itu matlamatnya, saya katakan ia ADALAH SESUATU YANG MUSTAHIL dicapai dalam tempoh 6 bulan sekalipun, tampa adanya vaksin dan ubat yang berkesan. Jika dilaksanakan selama 6 bulan, saya jamin ekonomi Malaysia akan lumpuh.

Jika sekadar untuk menurunkan insiden, apakah paras insiden yang hendak dicapai? Jika insiden di Johor antara 0.2 hingga 1.5 per 100,000 penduduk seminggu sudah dianggap tinggi dan perlu melaksanakan PKPB, apakah angka yang hendak dicapai sebelum PKPB boleh ditamatkan, 0.5 per 100,000 penduduk? Penentuan “end game” ini amat penting bagi mengukur kejayaan sesuatu tindakan. Rasional bagi penetapan angka ini mesti berasaskan bukti (evidence-based public health intervention).

Mungkin ada bukti-bukti epidemiologi yang hanya kerajaan saja yang tahu dan tidak boleh dikongsi dengan umum. Saya berharap ia benar-benar bukti yang kukuh. Saya juga berharap, kerajaan mengambil kira keberkesanan kos bagi setiap strategi yang dilakukan. Saya dan beberapa pakar kesihatan awam lain telah berulang berulang kali mencadangkan agar dikaji semula kaedah mengurus wabak ini. Keberkesanan kos wajar dijadikan landasan dalam membuat keputusan. Kaedah yang lebih kos-efisien mengelakkan pembaziran bagi mencapai hasil yang sama.

Lebih berat, jika rakyat sudah tekun melaksanakan SOP solat berjemaah, apakah kewajarannya ditutup semua masjid termasuk di kawasan tidak bermasalah? Sejak PKP yang lalu, dan selepas masjid Sri Petaling, di masjid mana telah berlaku kluster Covid-19? Kita cukup sensitif, hanya satu kes di kalangan jemaah, seluruh masjid ditutup sedangkan tiada cluster yang terjadi. Dan kini berdasarkan SOP PkPB, seluruh negara kecuali di 3 negeri ini, aktiviti ibadah berjemaah dihentikan untuk tempoh 1 bulan lagi (kami di Lembah Klang dah nak masuk bulan ketiga). Allah menguji siapa sebenarnya? Saya terpanggil membangkitkan isu ini kerana saya mempunyai sedikit ilmu dalam bidang epidemiologi penyakit berjangkit dan saya mempunyai keraguan mengenai kewajaran tindakan menutup masjid di negeri-negeri terlibat di bawah PKPB sekarang ini. Saya dengan ini menyuara pandangan sayabdan berlepas tangan dari keputusan yang diambil. Moga Allah mengampuni dan melindungi saya dan kita semua.

Sekadar memberi pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak.

- LHS08112020.



 

Anwar Ibrahim bakal bahas Belanjawan 2021 hari ini

 

Esok saya akan membahaskan dengan lebih lanjut Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat pada jam 11 pagi, InshaAllah.
Image may contain: 2 people, text
79

(Media) Fahmi Fadzil: Batalkan Cadangan Wujud Semula JASA, Guna Wang Rak...

INI SEBABNYA MUHYIDDIN SEMAKIN TERDESAK DAN TERTEKAN...

[[LIVE]] 8.11.2020 - DSAI bahas bajet Apa jadi kalau bajet ditolak?

PAKAR KESIHATAN RAGUI KENAPA PERLUNYA PKPB SELURUH NEGARA

 

SAYA tak faham mengapa PKPB dilaksanakan seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis dan sehingga sebulan sekali gus. Atas pertimbangan apa tindakan drastik ini diambil? Kecuali Sabah dan Labuan, saya tak nampak sebarang perubahan ketara yang luar biasa dalam insiden kumulatif SAR-CoV-2 (Rajah 4).

Perubahan insiden mingguan SAR-CoV-12 di negeri-negeri yang terlibat juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara (Rajah 5). Insiden mingguan di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terenganu terlalu rendah sampai tak nampak, menyamai rendahnya insiden di Pahang dan Kelantan. Namun tetap dikenakan PKPB.

Sekalipun jika dikeluarkan negeri “outlier” (Sabah & Labuan) seperti di Rajah 6, insiden di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terengganu adalah rendah di bawah 5 per 100,000 penduduk seminggu.

Bagi yang faham ilmu epidemiologi, keputusan untuk melaksanakan PKPB berdasarkan angka sebegini adalah terlalu drastik dan keterlaluan. Malah Kedah yang sudah menunjukkan tren penurunan yang signifikan turut dikenakan tindakan yang sama.

Hatta bagi Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, apakah PKPB menyeluruh seluruh negeri satu-satu jalan mengawal keadaan?

Apakah PKPP (dipertingkat) terhadap mukim atau kejiranan yang bermasalah tidak boleh dilaksanakan, yang sudah tentu memberi impak ekonomi yang lebih sederhana berbanding PKPB menyeluruh?

Timbul pertanyaan apakah sebenarnya “end game” yang ingin dicapai melalui tindakan ini? Apakah kita mahu memutuskan langsung penularan virus ini dalam masyarakat melalui PKP?

Jika itu matlamatnya, saya katakan ia ADALAH SESUATU YANG MUSTAHIL dicapai dalam tempoh 6 bulan sekalipun, tanpa adanya vaksin dan ubat yang berkesan. Jika dilaksanakan selama 6 bulan, saya jamin ekonomi Malaysia akan lumpuh.

Jika sekadar untuk menurunkan insiden, apakah paras insiden yang hendak dicapai?

Jika insiden di Johor antara 0.2 hingga 1.5 per 100,000 penduduk seminggu sudah dianggap tinggi dan perlu melaksanakan PKPB, apakah angka yang hendak dicapai sebelum PKPB boleh ditamatkan, 0.5 per 100,000 penduduk?

Penentuan “end game” ini amat penting bagi mengukur kejayaan sesuatu tindakan. Rasional bagi penetapan angka ini mesti berasaskan bukti (evidence-based public health intervention).

Mungkin ada bukti-bukti epidemiologi yang hanya kerajaan saja yang tahu dan tidak boleh dikongsi dengan umum.

Saya berharap ia benar-benar bukti yang kukuh. Saya juga berharap, kerajaan mengambil kira keberkesanan kos bagi setiap strategi yang dilakukan.

Saya dan beberapa pakar kesihatan awam lain telah berulang berulang kali mencadangkan agar dikaji semula kaedah mengurus wabak ini. Keberkesanan kos wajar dijadikan landasan dalam membuat keputusan. Kaedah yang lebih kos-efisien mengelakkan pembaziran bagi mencapai hasil yang sama.

Lebih berat, jika rakyat sudah tekun melaksanakan SOP solat berjemaah, apakah kewajarannya ditutup semua masjid termasuk di kawasan tidak bermasalah?

Sejak PKP yang lalu, dan selepas masjid Sri Petaling, di masjid mana telah berlaku kluster Covid-19? Kita cukup sensitif, hanya satu kes di kalangan jemaah, seluruh masjid ditutup sedangkan tiada cluster yang terjadi.

Dan kini berdasarkan SOP PkPB, seluruh negara kecuali di 3 negeri ini, aktiviti ibadah berjemaah dihentikan untuk tempoh 1 bulan lagi (kami di Lembah Klang dah nak masuk bulan ketiga). Allah menguji siapa sebenarnya?

Saya terpanggil membangkitkan isu ini kerana saya mempunyai sedikit ilmu dalam bidang epidemiologi penyakit berjangkit dan saya mempunyai keraguan mengenai kewajaran tindakan menutup masjid di negeri-negeri terlibat di bawah PKPB sekarang ini.

Saya dengan ini menyuara pandangan saya dan berlepas tangan dari keputusan yang diambil. Moga Allah mengampuni dan melindungi saya dan kita semua.

Sekadar memberi pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Kredit – Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman, Profesor Kesihatan Awam, IMUKL, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM sebelum besara pilihan pd 2017.



LAPORAN AUDIT : SERLAHKAN SIFAT AMANAH PENGURUSAN DANA HARAPAN..



Oleh Ipohmali


Dalam laporan Audit semalam didedahkan bagaimana Dana Harapan diuruskan cukup amanah oleh Lim Guan Eng..yang sebelum ini difitnahkan kepada kerajaan PH dan Harapan..

 mereka fitnahkan kononnya Lim Guan eng telah gunakan dana tersebut..lebih malang..yang sebarkan Fitnah ini datang dari kalangan orang Agama... diatas mimbar khutbah dan Kuliah..Hatta Group Whatsapp Masjid.. Walaun PAS menjerit jerit bertanya dimana dana Harapan.. Tidak kah kamu rasa Berdosa dengan fitnah2 kamu ?

Dalam laporan Semalam.. sejumlah RM 205.44 Juta telah digunakan untuk bayar hutang 1MDB.. dari jumlah Rm 205.44 juta kutipan sebenar hanya RM202.71 juta dan selanjutnya faedah pelaburan sebanyak RM2.77 juta.. 

Mungkin ramai tak percaya dengan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan sebelum ini..Dan Semalam dalam laporan Audit didedahkan bukan hanya RM 205.44 juta.. Hatta faedah Simpanan tetap sebanyak RM 0.81 juta atau RM 810 ribu Itu pun digunakan untuk bayar Hutang 1MDB..  Tabung tu Sifar, keuntungan Pelaburan dan faedah tetap pun depa guna bayar hutang 1MDB..

Bayangkan faedah tetap dari Keuntungan Pelaburan pun depa tak ambil.. Punyalah Amanah lim guan eng.. Kalau ustaz ustaz Selebriti..ustaz hat minta Derma ..uruskan derma tahfiz belum tentu akan pulangkan hasil dividen atau faedah dari simpanan dan hasil derma depa....  Dana derma Memali dan Kohilal pun jangan kata Dividen..Wang Modal dan Pelaburan pun hilang ..punya lah tak ada sifat Amanah..

Nampak tak berhempas pulas Kerajaan PH bayarkan Hutang 1MDB.. Bukan takat gunakan Pinjaman untuk selesaikan pinjaman 1MDB.. tetapi hasil derma..Kerja jahat..yang buat taik semua ini adalah seorang pengkhianat negara dengan nama Najib Razak..Najib ini lah disanjung kelompok Asatizah,Ulama hatta Haji Hadi..

Maka benarlah Kata Nabi akan gambaran kelompok Ruwaibidhah..


سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ؛ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ...

“Sesungguhnya,akan datang kepada manusia tahun-tahun yang sangat menipu. Para pendusta pada zaman itu dianggap sebagai orang yang jujur, sementara orang yang jujur dianggap pendusta. Para pengkhianat pada zaman itu dipercayai, sementara orang-orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada zaman itu pula Ruwaibidhah banyak berbicara...”


قِيلَ... وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قَالَ:..

Ditanya kepada Nabi Saw.. Siapakah kelompok Ruwaibidhah? jawab nabi..

الرَّجُلُ التَّافِهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ...

“Orang Bodoh yang membicarakan urusan manusia(Masyarakat/Politik)...”

Kerosakan dalam negara hari ini bukan sebab orang jahat..Tetapi orang Alim dan Agama yang membela orang jahat dan Khianat termasuk Mufti Utara..


Ipohmali