Projek pembangunan: Unit Kerjasama Awam Swasta akan diteliti


 Oleh: Abdullah Zaid



Kementerian Ekonomi bercadang untuk meneliti projek yang dicadang melalui kerjasama bersama pihak swasta supaya segala yang dirancang dapat memberi manfaat ekonomi kepada negara.



Menterinya, Rafizi Ramli (PH-Pandan) berkata berdasarkan rekod lepas, usaha tersebut dibuat bagi mengelakan sebarang bentuk risiko kewangan yang terpaksa ditanggung kerajaan.



Justeru katanya, usaha itu akan melibatkan kerjasama dengan kementerian yang berkaitan termasuk Kementerian Ekonomi.



"Sebarang projek yang bersabit di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan dipertimbangkan di peringkat khas kemudian dibawa ke kementerian terbabit termasuk Ekonomi bagi sebarang Kerjasama Awam Swasta (PPP).



"Jadi peranan ekonomi untuk memastikan apa-apa yang dicadangkan PPP dan juga peruntukan benar-benar nilai terbaik kepada rakyat dan dibawa ke kabinet untuk diluluskan.



"Buat masa sekarang, kerajaan sedang mengubal dan menyelaraskan supaya kita kaji balik pendekatan PPP kerana sebahagian besar warisan tanggungan PPP yang lepas terpaksa ditanggung oleh kerajaan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.



Rafizi berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai langkah kerajaan dalam kerjasama awam swasta memandangkan UKAS memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.



Bagaimanapun terdapat projek tertentu yang menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung liabiliti kerana projek yang kurang berdaya maju.

 

RENTASAN 1484 | GEMPAR!! AKHIRNYA SEKUTU PAS-BERSATU KANTOI PRO-2I0N!S?





MENARIK DALAM RENTASAN 1483

1. TERPALING BERJUANG YANG MUNAFIK 2. MEREKA TIDAK PERNAH PEDULI 3. USAH DIPEDULIKAN SANG BACUL 4. BILA SI JANTAN BERKOKOK





RENTASAN 1483 | GEMPAR!! AKHIRNYA HAMZAH ZAINUDIN SAHKAN BEBERAPA LAGI M...









MENARIK DALAM RENTASAN 1483
1. BENDA MUDAH YANG DIPAYAHKAN 2. VENTILATOR ROSAK, VAKSIN LUPUT TARIKH, LUNCAI COVID-19 DIBIARKAN TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA? 3. JANGAN BIAR RAKYAT MENAMPI NYIRU HARAPAN 4. ANTARA EGO, DENDAM DAN HASAD DENGKI





[dewan rakyat] MANTAP PENCERAHAN YB RAFIZI, TERDIAM TERUS GURU BESAR NOB...

Selepas MP Gua Musang, giliran MP Jeli sokong PM



Kurang 24 jam Ahli Parlimen (MP) Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim mengumumkan sokongan beliau kepada pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik pula berbuat demikian.



Dalam satu kenyataan Zahari berkata, beliau telah memperhalusi dan mempertimbangkan tentang permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di kawasannya terutama berkenaan kos sara hidup, himpitan mengenai keperluan asas yang mesti diteruskan maka beliau mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar bermula dari tarikh kenyataan tersebut dikeluarkan.



"Saya sedar rakyat mesti diutamakan dan pembangunan mesti diteruskan tanpa sebarang kompromi. Dalam alaf yang serba mencabar ini selaku Ahli Parlimen saya harus memberi khidmat yang terbaik buat rakyat dalam parlimen Jeli.



"Namun demikian, saya akan taat, setia dan kekal sebagai ahli parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)," katanya.



Dalam pada itu, Zahari turut bersedia berdepan tindakan disiplin demi mempastikan pengundi dan rakyat dalam Parlimen Jeli tidak menjadi mangsa keadaan serta tidak ketinggalan menerima pembangunan dari Kerajaan Pusat.



Beliau berikrar akan menyokong dasar dasar dan inisiatif yang Kerajaan lakukan di dalam memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat sebagai fokus utama.



"Sokongan saya ini berterusan sehingga Pihanraya Umum (PRU) yang seterusnya.



"Ingin saya tegaskan bahawa pengisytiharan sokongan kepada Perdana Menteri ke 10 ini dibuat tanpa apa-apa paksaan, pengaruh dan tekanan dari mana-mana pihak. Ianya dibuat atas kerelaan saya sendiri demi rakyat dalam parlimen Jeli," katanya lagi.



Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengambil tindakan menyokong pentadbiran PM Anwar.

Tindakan Ahli Parlimen Jeli ini juga menimbulkan tanda tanya mengenai kepercayaan Ahli ahli Parlimen Bersatu terhadap kepimpinan parti mereka.

 




 

Kerajaan tidak terdesak cari sokongan – Saifuddin Nasution

 

RAKYAT ‘GILA’ MANA YANG RINDUKAN KERAJAAN PN – LOKMAN ADAM


NIAT DIA BUKAN APA . CUMA NAK MEMFITNAH. JADI TAK PAYAH BAGI MASA. SAMAN SAJA. PENANG PUN ADA WAKIL RAKYAT BODO CAM NI YA..


 

LAPORAN TELAH DIBUAT. BUKAN SEMUA DALAM DAP ITU ADALAH KAUM CINA DAN INDIA. MALAH KAUM MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM PUN ADA.


 

SITUASI BERBEZA APABILA ANDA MEMEGANG DOLLAR. IANYA AMAT MENGUNTUNGKAN....PERGI LAH BERKURSUS.


 

LAAA...MANA ADA PARTI YANG BOLEH BERTAHAN DENGAN PAS. MEREKA TIADA CITA CITA NAK MEMERINTAH PUN.


 

FAHAMI KONSEP MADANI MELALUI KARAMATUL INSAN





Konsep negara atau masyarakat Madani tidak akan dapat difahami dengan mendalam tanpa rakyat mengetahui konsep Karamatul Insan (kemuliaan insan) terlebih dahulu.

Menurut Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Mohammad Nur Manuty, konsep Karamatul Insan perlu diajarkan di sekolah yang dengan pemahaman tersebut rakyat pelbagai agama akan lebih menyanjung Islam serta penganutnya di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika mengupas intisari Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa buku yang ditulis oleh Presiden KEADILAN itu.

“Yang ditekankan Anwar dalam bukunya ialah Karamatul Insan. Saya nak tekankan kalau rakyat Malaysia dapat memahami Karamatul Insan, saya, sahabat kita Orang Asli, sahabat dari Sabah dan Sarawak yang banyak suku kaum (akan lebih mudah menghormati semasa manusia).

“Meskipun satu tragedi telah berlaku kerana saya dapati pelajar di sekolah rendah dan menengah tidak pernah didedahkan dengan ayat Karamatul Insan, walhal dia duduk di Malaysia (yang majmuk).

“Ini sangat penting kerana Rasul SAW bersabda, ‘manusia itu adalah tersusun serapi rapinya seperti gigi sikat.’

“IKIM pun (dalam hal ini) kena banyak buat kerja di pelbagai peringkat. Buktinya dari 1,000 orang bukan Islam yang ditemuramah di Lembah Kelang ini 90% tidak memberi apresiasi kepada agama Islam, ‘kami tak faham agama Islam’,” katanya dalam forum anjuran Sekretariat Malaysia Madani Rakyat (SEMARAK) kelolaan Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT) di Kuala Lumpur, petang tadi.

Dr Mohammad Nur yang juga mantan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu seterusnya mengkisahkan sejarah perjuangan Anwar dalam aspirasi Madani yang diingati beliau sejak mula mengenali tokoh berjiwa besar itu.

Katanya, sejak Anwar menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) beliau telah membina gagasan membela orang miskin di kawasan Kuala Kangsar, terutamanya di Bukit Candan dengan menziarahi keluarga miskin.

Begitu juga ketika Anwar menuntut di Universiti Malaya pada 1970an dan aktif dalam Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, beliau mewujudkan kempen gerak kesedaran atau GKK.

Sewaktu menjawat Presiden ABIM, Anwar buat pertama kali sebagai pemimpin persatuan Islam ketika itu berbicara mengenai masyarakat majmuk sehingga mendapat penghargaan dari bukan Islam, khususnya DAP yang berdialog bersama beliau kerana dianggap pemuka Islam moderat di Malaysia.

Anwar juga, kata Dr Mohammad Nur ketika menjadi menteri kerajaan BN berjasa menubuhkan bank Islam, universiti Islam, maktab perguruan Islam dan program tasawur Islam dalam kurikulum sekolah menengah. Sehinggalah beliau dipecat dari UMNO dan melaksanakan gerakan reformasi total dalam KEADILAN yang mengutamakan Karamatul Insan bagi muslim dan non muslim.

Karamatul Insan, tegas Dr Mohammad Nur, berbeza daripada perjuangan Pas misalnya yang amat mengutamakan hal hal penganut Islam tanpa banyak mengambil kira sosio-politik bukan Islam, terutama dalam isu hukum hudud dan beberapa perkara lain.

“Soal hudud dengan Pas kita berbeza. Dari awal lagi saudara Anwar telah berunding di peringkat antarabangsa. Kita diberitahu bukan keutamaan kita hudud dalam konteks masyarakat Malaysia. Ulama besar pun telah berdebat. (Sebelum laksana hudud) perlu persediaan seperti mengurangkan kemiskinan, menyediakan tempat tinggal nyaman, sistem pendidikan baik, air bersih, kemudahan elektrik dan ini sebahagian tuntutan Islam,” katanya.

Dalam pada itu, mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak itu juga menyematkan pesan agar peserta yang terdiri daripada para reformis berkenaan agar bekerja keras mendukung PM supaya konsep Madani berakar umbi dalam budaya rakyat Malaysia dengan mengusahakan Anwar memerintah buat penggal kedua.

“Tiada ada makna jika PM beri banyak goodies tetapi kalau sikap tidak berubah (bagi majoriti orang Melayu). Termasuk ketaksuban agama yang melulu dan ketidak cerdikan akal di Parlimen. Rakyat menyokong parti yang berlawanan dengan yang berkuasa hari ini, sudah tentu berbilion bajet Madani ini akan hangus begitu sahaja.

“Datang PM yang baru dengan gagasan baru. Kita mendoakan mudah mudahan Datuk Seri Anwar bukan sekadar 5 tahun ini tetapi banyak yang mengatakan kepada saya, termasuk di luar negara mereka nak tengok Datuk Seri Anwar memerintah 10 tahun di Malaysia,” katanya disambut tepukan bergemuruh.



 

MALAYSIA JANGKA PELABURAN JEPUN SEHINGGA RM30 BILION TAHUN INI

 



Malaysia menjangkakan pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun akan melebihi RM30 bilion pada tahun ini berdasarkan keyakinan negara matahari terbit itu terhadap pemulihan ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik Bernama berkata, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memaklumkan akan terdapat pelaburan baharu dari Jepun dalam dua bulan berbaki tahun ini.

“Ini sangat mengagumkan daripada syarikat (Jepun) yang sudah pun melabur di Malaysia, yang sentiasa membuat komitmen untuk meningkatkan dan mengembangkan pembangunan mereka ke Malaysia,” kata Anwar dalam sidang media menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar juga menekankan kerjasama bersama Jepun sebagai negara rakan Komuniti Pelepasan Sifar Bersih Asia yang komited untuk melaksanakan usaha menyahkarbon dan mencapai aspirasi pelepasan gas rumah hijau sifar bersih yang lebih besar.

“Perbincangan kami memberi keutamaan kepada peralihan tenaga. Kita berharap dapat mengukuhkan kerjasama dengan Jepun kerana kita telah mengeksport gas asli cecair melalui Petronas selama beberapa dekad dan ini adalah sesuatu yang Perdana Menteri Kishida dan delegasinya sangat berminat untuk lakukan,” katanya.

Perdana Menteri Jepun yang tiba hari ini dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia.




[kaki fitnah] YB AMPANG SEKOLAHKAN MP PAS MEMBUAT FITNAH TANPA RASA MALU!

[terkini] MP MACHANG PN BIADAP SANGAT, AKHIRNYA MP LEDANG BALUN KAW2!

MP JELI PULAK BUAT HAL


 

SOKONG JIKA TIDAK HADIR BOLEH KOSONGKAN KERUSI



 Berita yang tiada kena mengena politik. Tapi untuk dijadikan contoh oleh MP PN. Dalam dunia korporat dan profesional, ponteng dalam tempoh yang lama tanpa alasan boleh dipecat.


Apa keistimewaan MP nak ponteng tanpa sebarang tindakan? Patut MP yang kehadiran kurang dari 60% tanpa alasan boleh dikira tak berminat nak teruskan dan telah mengosongkan kerusi.


Baru betul. Barulah hak rakyat terpelihara. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KISAH LIM

 

Gino Maevela.


Lim Guan Eng, Lim Kuan Yew, Lim Kit Siang, Lim Tayar, Limpbizkit, Lim ji-Yeon & Lim motor's itu memang sepupu. Kesemua mereka ini sejarahnya datang dari Lim College, jalan Kalabakan...belakang hujung hutan!


Antara banyak Lim, Limbizkit paling popular. Bila dia nyanyi dengar bunyi ceng cong ceng.., cong ceng cong ceng bush bush...kiwak kiwak ceng bush. 🤬


Lee dengan Lim pun tak tahu beza. Apa punya "Delulu" la minah untit ni. Sampai Chin Peng pun dia dok pi tambah Lim Chin Peng. 


Tapi tahu tak nama sebenar Chin Peng tu Ong Boon Hua? Ka lepasnih untit tu kaitkan pula Ong Boon Hua dengan Boon Siew Honda?


Haduiiii...karawale!!! 6 Harkat dia punya bengong. Gam jenis apa lah yg dia hisap.


#ajergampang



CARA KEMPEN KERAJAN NEGERI PN. KOMAN HANGPA


Wang Xiang

 MACAM ni punya kempen dan promosi pun tak ada orang nak pi Langkawi dah.

Apa punya tangkal "kepala bapa hang" pakai?




HANG KETURUNAN APA LA...

 


W. Faudzin.

Buka je mulut, fitnah.  Takde rasa malu ke?  Menfirnah susur galur keturunan orang lain termasuk yang telah meninggal.dunia.  Akhlak muslimatkah ini? Apa perasaan hang kalau mereka kata hang ada susur galur keturunan Abu Jahal?

JAHAD MACAM YAHUDI...KEH..KEH..KEH..



Ahmad Mursi.

 Setelah ayam tidak naik harga, mereka fitnah pulak ayam tu tak sembelih?


Apa jahat sangat dorang ni?


Semoga Allah laknat puak-puak kaki fitnah ni


https://m.facebook.com/groups/kerajaanrakyat/permalink/3026327634169889/?mibextid=2JQ9oc



MACAMANA LA HANGPA PILIH MP TAK GUNA MACAM NI

 

Kelakar aku tengok MP Kepala Batas tadi. Nampak  sangat tengah ketakutan. Sampai tak beri orang nak mencelah. Bukan setakat tak beri mencelah, dia tak berhenti bercakap pun. Angkat tangan je sebagai isyarat.


Sebab dia tahu, kalau dia berhenti bercakap je akan keluar soalan atau minta penjelasan tentang fitnah yang dia buat tentang hubungan Chin Peng dengan Guan Eng dan Kit Siang. Dia tahu dia tak boleh nak jawab.


Dia tahu perkara tu tak betul. Dia tahu tak ada fakta nak back up pernyataan dia. Jadi dia tahu ia fitnah. Tapi dia tetap sebutkan juga. Sebab dia letak politik lebih tinggi dari agama, maka dia halalkan fitnah.


Aku rasa la, dia tak fikir video ucapannya akan tular. Dia ingat cuma cakap depan walaun, nanti walaun yang akan sebarkan. Jadi apa-apa hal, walaun la jawab. Bukan dia. Dia tak sangka ada juga walaun berotak yang akan rakam ucapan dia.


Sekarang video dah tersebar. Agaknya masa ni dia tengah cuak sambil gigit kuku. Terbayang saman yang akan dihadapi. Nak minta maaf, tercalar ego. Nak hadap, kalah itu pasti. Serba salah jadinya.


Apa nak risau. Walaun dungu ramai. Letak je tabung Milo. Berebut walaun letak duit nanti untuk bantu bayar saman. Buat style Dusuki. Dia terus terang je tak risau kena saman sebab walaun tolong bayar.


Lain kali, nak bercakap tu tapis la dulu guna otak. Jangan main hembus je macam orang tak beriman kepada hari akhirat. Sekarang dah jadi takut pada bayang-bayang sendiri. Masak la ko. Yang kesian walaun la. Tak pasal-pasal kena isi tabung Milo lagi lepas ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SEKARANG LEBIH BAIK PN UMUM SAJA SOKONGAN ‘EN BLOC’ KEPADA ANWAR


Seorang lagi Ahli Parlimen PN memgumumkan sokongannya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Kali ini giliran Ahli Parlimen Gua Musang daripada Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim yang berbuat demikian.


Bermakna sekarang sudah tiga Ahli Parlimen PN mengalih sokongan mereka di mana sebelum ini, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan) lebih dulu menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.


Sama seperti dua rakannya, Mohd Azizi juga memberi alasan keputusannya ini adalah untuk memastikan kebajikan penduduk di Gua Musang sentiasa terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sehingga tempoh penggal perkhidmatannya berakhir pada tahun 2027 akan datang.


Ertinya, yang dimahukan melalui tindakan mengalih sokongan ini ialah beliau akan memperolehi peruntukan kewangan sebagai Ahli Parlimen daripada dana kerajaan.


Sebagaimana ditulis sebelum ini, masalah peruntukan ini bukan cerita dongeng di kalangan Ahli-Ahli Parlimen BN dan mereka sebenarnya amat berharap kepadanya bagi memastikan khidmat kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.


Sebab itu, adalah dijangka ada beberapa lagi Ahli Parlimen, terutamanya daripada Bersatu yang akan turut mengalih sokongan mereka selepas ini.


Dalam hal ini, tindakan Bersatu menggantung keahlian Iskandar Dzulkarnain selama empat tahun dan Suhaimi selama enam tahun, langsung tidak memberi kesan yang menakutkan kepada Ahli Parlimen yang lain.


Selepas ini Mohd Azizi dipercayai akan turut digantung keahliannya, tetapi percayalah, akan ada lagi Ahli Parlimen Bersatu lain yang akan mengalihkan sokongan mereka.


Lama-kelamaan nanti, letih begitu saja Bersatu melakukan tindakan gantung seorang demi seorang, namun sokongan yang sedia dimiliki tetap juga hilang.


Akhirnya, keadaan itu tentu saja menyebabkan parti Bersatu dan PN semakin hilang sokongan dan tidak lagi diyakini rakyat.


Bersatu dan PN memang tidak ada banyak pilihan di hadapan dan mungkin tidak mampu langsung menghalang pengaliran keluar itu daripada terus berlaku.


Tambahan pula PN sudah disedari tiada harapan lagi untuk menebuk atap dan menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar ini sehinggalah tibanya PRU16 akan datang.


Untuk menangani keadaan ini daripada terus berlaku, satu-satunya pilihan yang tinggal dan terbaik ialah PN harus segera mengumumkan sokongan secara terbuka dan “en bloc” kepada kerajaan dan Anwar.


Dengan demikian, tidak akan berlaku lagi pengaliran keluar sokongan secara pintu belakang oleh Ahli-Ahli Parlimen kepada Anwar, bahkan semua Ahli Parlimen PN turut beroleh peruntukan untuk kawasan masing-masing.


Dalam masa yang sama, Lembaga Disiplin Bersatu atau PN juga tidak perlu lagi kerap bermesyuarat untuk menggantung seorang demi satu wakil rakyatnya yang sudah beralih arah.


Tidakkah ini dapat mengelakkan pembaziran tenaga dan masa serta berupaya pula menjelmakan keharmonian dalam politik negara?


Nak jatuhkan kerajaan…tunggu saja PRU16 akan datang dan ketika itu “berperanglah” habis-habisan. – ShahbudinHusin 08/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/08/sekarang-lebih-baiklah-pn-umum-saja-sokongan-en-bloc-kepada-anwar.html



PUNYA BENGGONG .KENA SCAM DENGAN SCAMMER PUN UP KAT SOC MEDIA.,HA HA..


Mukhlis Eddie


Sembang dengan scammer pun dia blh rs bangga siap up kat sosmed  🤭🤭🤭



LIM GUANG ENG BERI MASA 48 JAM UTK SAMAN

 


Norman Radzuan.


Dewan Himpunan Kafir Pendukung PAS…boleh pula

LIM GUANG ENG BERI MASA 48 JAM UTK SAMAN 


Wanita atau MP ini bergelar Dr… maksudnya bukan org yg bodoh tetapi terpelajar. Dr Siti Mastura mengaitkan Lim Guan Eng, Lim Kit Siang sebagai sepupu Cheng Peng. Malah mengaitkan Lee Kuan Yew dan Lim Kit Siang juga sepupu.


Dr ini sebenarnya tidak tahu nama sebenar Cheng Peng adalah Ong Boon Hua. Harap Ong Kin Swee mantan manager bola sepak Malaysia, Dr ini tidak kaitkan dgn sepupu komunis.


Saya nak tanya apa kena mengena sepupu dgn parti komunis ini? Adakah mahu kaitkan juga keturunan anak, cucu, sepupu dan anak buah Abdullah CD, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Kamarulzaman Teh, Suriani Abdullah, Wahi Anuar dan lain2 sebagai org jahat yg perlu ditakuti di dlm negara?


Sdgkan iman tidak boleh diwarisi inikan pula sikap manusia. Bijaklah utk berpolitik utk selamatkan negara.


Ini zaman teknologi di mana segala ceramah dirakamkan. Maka propa Dr ini utk menaikkan kebencian kpd PH… dikaitkan dgn ahli DAP ada kena mengena hubungan persaudaraan dgn komunis tujuan merancuni pemikiran ahli terbongkar.


Modus operandi pembangkang sgt mudah. 


1)Mainkan isu agama 

2) Mainkan isu bangsa

3) Mainkan isu komunis. 

4) Serang DAP dgn kata2 kafir, anti Islam, komunis


Benar sentimen ini sgt laku utk memperbodohkan bangsa Melayu. Pembangkang akn ulang berkali kali isu2 4 ini utk tanamkan mindset org Melayu bahwa parti lawan mereka ada empat ciri2 tersebut yg wajar ditakuti.


Org Melayu tidak peduli harta rakyat hilang berbillion. Mereka tidak tersentuh langsung minyak masak disorok di dlm gudang, mereka tak tersentuh wang rakyat tiris berbillion dicuri pemimpin Melayu sebab pemikiran mereka telah diracuni dgn perkauman.


Pembangkang yg ada bukan pembangkang sebagai check & balance tetapi mereka adalah pembangkang yg merosakkan pemikiran rakyat Malaysia.


Hingga parti dari Sarawak menegur pembangkang kerana memainkan isu kafir yg langsung tidak menguntungkan negara. 


Benar mereka yg bukan Islam itu kafir tetapi Pas lupa Dewan Himpunan Kafir Pendukung PAS (DHKPP) adalah kafir. 


Mengapa mereka boleh org lain tidak boleh bekerjasama dgn bangsa lain? PAS boleh lakukan apa sahaja… halal bagi kamu haram bagi kami.


Sebab itu saya katakan jika kita ingin berjaya perlu berkawan dgn mereka yg telah berjaya. Jika ingin berfikiran intelektual duduk dgn mereka berfikiran intelektual… jika tidak walaupun berpelajaran tetapi berfikiran rasis.


Rasulullah sendiri pernah bersabda, “Kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan kawannya.”



SUDAH MERATA J-KOM DILABEL GAGAL, MENGAPA DR AGUS MASIH ENGGAN LETAK JAWATAN?


Di Parlimen semalam, beberapa Ahli Parlimen bersuara mengenai kegagalan J-Kom serta mahu agensi itu segera dibubarkan.


Kata mereka, dengan pelbagai isu yang ada dalam negara, daripada kenaikan harga barang hingga konflik di Palestin, J-Kom terbukti gagal memainkan peranannya dengan berkesan.


Dengan itu, kata mereka, baik dibubarkan saja agensi tersebut, setidak-tidaknya wang rakyat dapat dijimatkan.


Sebenarnya, sebelum hal J-Kom ini dibangkitkan di Parlimen lagi, isu kegagalan agensi yang diterajui Prof Dr Agus Yusof itu sudah lama menjadi bualan serta luahan tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong kerajaan.


Hampir tidak ada yang mengatakan J-Kom adalah agensi yang berjaya dan telah berperanan dengan sewajarnya di bawah kendalian Prof Dr Agus.


Rata-rata melihat Prof Dr Agus sebagai penerajui yang gagal dalam mengemudi J-Kom, selain beliau juga dilihat memiliki jiwa yang tak kental dan mudah koyak apabila berdepan duri-duri rintangan.


Malah, mereka yang dekat dengan Perdana Menteri sendiri, semua yang saya pernah bertemu dan ada bercakap dengan mereka, terang-terang meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi Prof Dr Agus.


Ada di antara mereka bahkan sudah “malas” untuk bercakap lagi mengenai J-Kom apabila disuakan lebih banyak soalan Prof Dr Agus.


Tidak dapat tidak, kegagalan J-Kom yang sepatutnya menjadi antara suara paling ke depan dalam menjelaskan isu-isu serta dasar kerajaan kepada rakyat, adalah berpunca daripada Prof Dr Agus selaku Ketua Pengarahnya.


Kalau kementerian gagal disebabkan menterinya gagal dan jika negara gagal kerana Perdana Menterinya gagal, maka J-Kom gagal tentulah kerana kegagalan Ketua Pengarahnya.


Tidak ada individu lain yang boleh disalahkan di sebalik kegagalan J-Kom.


Dengan itu, J-Kom tidak harus dibubarkan, cuma penerajunya saja mesti diganti segera.


Dalam hal ini, sesuai dengan suara gagal yang sudah merata itu, dua tindakan yang sepatutnya diambil ialah;-


Pertama, Anwar Ibrahim segera menamatkan kontrak Prof Dr Agus dan meletakkan orang lain sebagai penggantinya.


Kedua, Prof Dr Agus sendiri secara sukarela mengundurkan diri bagi memberi peluang kepada Perdana Menteri memilih orang lain mengambil alih tempatnya.


Dalam perbualan dengan mereka yang dekat dengan Anwar, mereka berkata, Perdana Menteri adalah manusia yang agak susah untuk memberhentikan orang yang sudah dilantiknya kerana beliau adalah seorang yang mengambil kira banyak faktor sebelum mahu berbuat demikian, kecuali jika sudah benar-benar tiada pilihan lain lagi.


Kadang-kadang juga, tambah mereka, Anwar lebih sanggup menelan sendiri kegagalan itu daripada dilihat bersikap menganiaya atau menyusahkan orang berkaitan.


Di sinilah kadangkala kebaikan hati Anwar mudah diambil kesempatan.


Pun begitu, oleh kerana gagalnya J-Kom ini memberi kesan langsung kepada kerajaan, negara dan Anwar sendiri selaku Perdana Menteri, membiarkan saja Prof Dr Agus terus berada di agensi itu dengan kegagalannya adalah juga pilihan yang tidak bijaksana.


Cuma, yang agak menghairankan sebagai seorang yang berpendidikan, jika menyedari dirinya tidak mampu berfungsi, malah dicemuh merata, mengapakah Prof Dr Agus masih tidak mahu mengundurkan diri?


Untuk apa lagi beliau mahu terus berada di J-Kom jika tiada apa-apa yang mampu dibuatnya untuk kerajaan dan negara?


Tidakkah meletak jawatan lebih awal sebagai mengambil tanggungjawab atas kegagalan yang ada jauh lebih mulia supaya dengannya dapat memudahkan Anwar melantik orang lain mengisi jawatannya itu, malah tidak berterusan membebankan Perdana Menteri?


Atau Prof Dr Agus mahu menunggu sehingga tempoh kontrak dua tahunnya berakhir baru mahu melangkah pergi?


Matilah madani macam ni…- ShahbudinHusin 07/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/07/sudah-merata-j-kom-dianggap-gagal-mengapa-dr-agus-masih-enggan-letak-jawatan.html



UCAPAN PM DI PERHIMPUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN.

 







Dalam amanat semasa perjumpaan dengan warga Kementerian Kewangan pagi tadi, saya sempat menyinggung kepentingan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan. 


Sebagai usaha memperbetul semula struktur ekonomi negara, Kerajaan MADANI telah menggubah beberapa kerangka dan kertas dasar bagi meraih lonjakan pertumbuhan ekonomi yang bermakna. 


Saya mengingatkan semua agar kekal tekad dan cekal dalam melaksanakan kerja dengan baik dan tangkas.


Selain itu, saya juga tekankan kita sebagai rakyat Malaysia harus sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan keterbukaan minda. Ini bukannya bermaksud kita sentiasa mengubah haluan. Sebagai contoh, kita harus kekal dengan pendirian kita dalam menyokong Palestin. Namun, ekspresi sokongan itu perlu dibawa dengan diplomasi yang tegas dan konsisten.


#MalaysiaMADANI



OWHHH...HOW MUCH

 How much.?


Syukurrrr sesangatttt..semua berkat buat posting sedih tak cukup bayar bill air letrik tahfizzz..bak kataa oranggg, hasil penat lelah tuu biar nampakkkk..tull takkkk.? Takebeerrrwalaonbodooo355 🤣..



HA.HA...SERONOK FITNAH

 

Jamzuri Ardani


PAS ni memang jenis kelompok manusia jahat yang perasan suci.  Situ duduk! 


Hutang tak reti nak bayar ... hari-hari sebar fitnah dan kebencian. 


😡😡😡




U CAN DO IT MASTURA.

 



2 hari untuk cari surat beranak chin peng… U can do it Siti Mastura…



NAK APPLY MASUK PAS OK KOT

 


ELOK BAGI MAKAN SAMAN

 


Siapa dah tengok video dia kelentong muslimat Pas pasal DAP?


Dulu kita ada 

Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Sambungan dia Mastura kencing menari.


Mastura ni bukan kali pertama kantoi menipu.



INI LAH YANG DI KATEGORI ZALIM



 Sebab tu sekolah tahfiz perlu didaftarkan. Supaya tak jadi kejadian zalim seperti ini. Tapi ada syaitan yang tuduh usaha mendaftarkan sekolah tahfiz tu sebagai nak tutup sekolah tersebut.


Relakah kita lihat anak-anak yang berjiwa bersih ini dizalimi sedemikian rupa? Di sekolah lama sering dipukul oleh mudir. Di sekolah baharu dipergunakan untuk minta sedekah pula.


Apa beza ustaz yang menjaga mereka berbanding zionis? Sama je. Malah lebih teruk lagi. Zionis tu Yahudi menzalimi muslim. Ini muslim sendiri yang menzalimi kanak-kanak muslim. Memang celakalah hidup penunggang agama selamanya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PATUT AKHBAR INI TAK LAKU. HUTANG TAK BAYAR BERJUTA.




 Pokok Sena bela fitnah yang cuba dimulakan oleh Harakah. Katanya tajuk artikel Harakah "Malaysia di Bawah Anwar Ragu-Ragu Sokong Palestin?" tu ada tanda soal. Jadi ia bukan tuduhan tapi persoalan.


DS Anwar menjelaskan kemarahan beliau berpunca dari Harakah menyiarkan gambarnya dengan latar belakang bendera si penjajah itu. Memang itu satu perbuatan yang jahat dan tidak bertamadun.


Tapi aku nak sentuh kenyataan Pokok Sena yang mengatakan ia persoalan bukan tuduhan. Baik, jika itu persoalan, dan DS Anwar ada buat penjelasan, adakah Harakah siarkan penjelasan daripada PM?


Jika Harakah hanya berniat nak mempersoal, bila dijawab maka wajib disiarkan penjelasan sebesar persoalan itu dibuat. Tapi kalau penjelasan PM itu didiamkan, maka jelas persoalan itu adalah fitnah.


Harakah pengecut. Berselindung di sebalik tanda soal. Meletakkan tanda soal di setiap tajuk artikel sebegini menunjukkan sebenarnya Harakah tahu ia cerita palsu dan fitnah. Diletakkan tanda soal hanya untuk mengelakkan disaman.


Begini cara Islam? Tak. Ini bukan cara Islam. Malah ini jauh lebih jahat dari penjajah berbangsa zionis. Kerja begini, menghasut seperti ini, adalah kerja si iblis. Beginilah cara iblis hasut Adam ingkari Allah.


Manusia yang beriman dan sayangkan iman wajar jauhi Harakah kerana ia hanya akan menjerumus pembacanya ke lembah fitnah yang amat dibenci oleh Allah dan Rasulullah saw. Semoga pemfitnah ini dilaknati Allah dari dunia sampai akhirat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.