KINI TIBA MASANYA SAPURA DISIASAT- SPRM sahkan dua kertas siasatan dibuka terhadap Sapura

 



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan terhadap syarikat Sapura Energy Berhad (SEB) selepas didakwa terbabit kes rasuah dan penyelewengan.



Sumber memberitahu, siasatan dibuat selepas SPRM menerima maklumat berhubung salah laku membabitkan syarikat tersebut.

Difahamkan, siasatan ini berdasarkan siasatan awal yang dibuka SPRM pada penghujung tahun 2023 yang turut melibatkan tuntutan-tuntutan yang dibuat syarikat berkenaan.

“Dua kertas siasatan ini dibuka menjurus kepada kegiatan pengubahan wang haram dan penyelewengan membabitkan tuntutan sekitar 2018 ketika syarikat itu dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Berhad.


“Selain jenayah rasuah, siasatan juga akan memberi fokus kepada isu kelemahan tatakelola dan kelemahan pengurusan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu, memaklumkan kertas siasatan dibuka mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.



Semalam Perdana Menteri berkata, suntikan dana kepada SEB bukan satu bentuk ‘bailout’, sebaliknya untuk membantu vendor yang terkesan akibat masalah kewangan dihadapi syarikat berkenaan.

Katanya, suntikan dana terbabit bukan diberi begitu sahaja, sebaliknya kerajaan memulakan langkah dengan menjalankan audit forensik untuk mengenal pasti masalah sebenar dihadapi syarikat itu





Manusia bernama Anwar Ibrahim ini tak takut siapa, dia buat apa dia rasa betul



Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah gentar dengan ancaman mana-mana pihak.


Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden PKR, Datuk Romli Ishak berkata, sepanjang beliau mengenali bos nya itu, Anwar tidak takut kepada sesiapa kerana beliau sudah merasa duduk dalam “neraka dunia”.


Tempoh 11 tahun dipenjara membuatkan Anwar lebih berani dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak.


“Anwar Ibrahim ni dia tidak takut sesiapa. 11 tahun duduk dalam penjara, dia dah duduk dalam neraka dunia.


“Orang yang dah duduk 11 tahun dalam penjara, bila dia keluar…tuan-tuan nak pi cabar dia? Dia tak peduli, dia tak takut siapa.

“Manusia macam ini dia tak takut siapa dah. Dia dah melalui neraka dunia yang paling teruk sebab itu dia kata, hangpa nak fitnah, fitnahlah. Nak kata apa katalah. Aku dah lalu lagi teruk daripada itu,” katanya dalam satu klip video ceramah dimuat naik di TikTok.


Romli berkata, Anwar telah melalui banyak ujian besar yang diberikan Allah SWT sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Katanya, Perdana Menteri beruntung kerana mempunyai seorang isteri seperti Dr Wan Azizah yang sangat setia.


“Hari ini dia jadi Perdana Menteri pun orang tak berhenti habis bercakap. Saya cakap bos tangkap lah bos, kutip habis semua. Dia balas ‘hang nak aku jadi macam Mahathir ka’,” katanya lagi.





" SEMBOYAN KINI SEMBUNYI " - Aktivis Semboyan Yusuf Azmi buat hal, didakwa curi kenderaan

 


Nama aktivis Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi menjadi kontroversi selepas didakwa menceroboh dan mencuri beberapa kenderaan milik sebuah syarikat kapal kurier, MV Malaysia Star.


Menurut peguam kepada pemilik kapal, Jeremy M Joseph, anak guamnya telah membuat laporan polis berikutan pencerobohan ke Fasiliti Penyimpanan yang didakwa berlaku di VV eMall, Jalan Bayu Laut, Kota Bayuemas, Pendamar Klang.


“Dengan dukacitanya, kami ingin memaklumkan kepada orang awam bahawa seorang individu yang dikenali sebagai Yusuf Azmi dan kumpulan aktivis yang dikenali sebagai Semboyan Malaysia menceroboh masuk ke dalam Fasiliti Penyimpanan itu dan mencuri sejumlah kenderaan yang belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau mendakwa, tindakan ini adalah satu perbuatan jenayah yang melanggar hak undang-undang pemilik kapal, dan adalah suatu tindakan yang tidak berpatutan.


“Laporan polis sudah dibuat terhadap Yusuf Azmi dan kumpulan aktivis Semboyan Malaysia,” katanya.


Katanya, susulan itu, pemilik kapal akan mengkaji semua tindakan undang-undang yang tersedia, sama ada dalam bentuk tindakan sivil ataupun jenayah.



‘Cuma Allah mampu balas budi Anwar’, Sarimah sebak dapat balik hak cipta selepas 36 tahun



Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak mampu menahan air mata selepas penantiannya selama 36 tahun untuk mendapatkan kembali empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi, akhirnya selesai.


Dalam nada sebak, pelakon legenda tanah air berusia 83 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Komunikasi yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau.


Dia berjaya mendapatkan filem “Dia Ibuku”, “Jejak Bertapak”, “Kabus Tengah Hari”, dan “Detik 12 Malam” yang diambil oleh syarikat produksi terlibat di bawah perjanjian tayangan pada 1989.



Beliau yang sebak juga menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan Perdana Menteri.


“Saya mengucapkan terima kasih terutama kepada Kerajaan MADANI, khususnya kepada Perdana Menteri kita, saya tak dapat membalas budinya. Cuma Allah saja yang mampu membalas budi beliau (Anwar).


“Saya doakan beliau (Anwar) diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian, saya tak pernah berjumpa berdepan dengan beliau, hanya sekali itu pun kami berselisih ketika saya sedang merakam penggambaran filem,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya semalam.

Pada program itu, Teo Nie Ching yang turut hadir telah menyerahkan sumbangan wang tunai dan keperluan asas bagi meringankan beban Sarimah yang kini pulih daripada kanser usus selepas disahkan menghidap penyakit itu pada 2022.



Hari itu dapat RM830k bagi kepada DAP, kata pembaca kepada usaha Pas buka ‘Tabung Milo’

 

Pemuda Pas kini mula menggerakkan tabung derma bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.

Menerusi poster dikongsikan, parti itu menyasarkan bantuan orang ramai sebanyak RM50,000.


Ia turut menyertakan akaun Bank Islam bersama kod QR untuk mereka yang ingin menderma.


Poster itu mendapat perhatian ramai kerana Pas sekali lagi menggerakkan “tabung milo” yang sinonim dengan parti itu.

Pengguna Facebook membangkitkan kembali soal derma berjumlah RM830,000 dihadapi Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang diberikan kepada DAP.



“Sayang duit RM830,000 hari itu bagi kepada DAP. Kalau tak, boleh buat bina tahfiz,” kata Zul Asrin.

“Baik saya infaq pada pembinaan masjid atau surau. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini,” komen Ahmad Khairumuzamil.


Sebelum ini, tersebar surat pekeliling yang dihantar kepada pemimpin utama pusat, negeri dan sayap Pas memohon ‘derma jihad’ bagi membiayai saman Siti Mastura berjumlah RM825,000.

Kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning berlaku susulan kematian penyandangnya, shsam Shahruddin, 59, selepas rebah ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 April sebagai tarikh penamaan calon, diikuti undi awal pada 22 April dan hari mengundi pada 26 April, melibatkan 31,897 pengundi berdaftar.




RENTASAN 1688 | PANAS!! GANGGUAN BEKALAN MINYAK MASAK BOTOL, INI PUNCANY...

AKU NAGA - HANG CICAK KOBENG AJA! | PM AJAK PN JUMPA DIJALAN | URA

14 MP UMNO BAKAL MELOMPAT BETULKAH? “KAMI BUNU4 CITA CITA PAS JADI KERAJ...

PM Anwar Lawat Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, Santuni Peniaga

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peniaga pada Sesi Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan Kamunting pada 14 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TAIPING, 14 Mar – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Perdana Menteri tiba kira-kira jam 6 petang diiringi Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peniaga pada Sesi Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan Kamunting pada 14 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamalludin Ismail.

Anwar meluangkan masa selama kira-kira 20 minit melawat gerai-gerai sambil beramah mesra dengan penjual serta pengunjung bazar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peniaga pada Sesi Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan Kamunting pada 14 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau juga dengan gembira menerima juadah yang diberikan oleh peniaga-peniaga.

Sementara itu seorang peniaga air, Azri Ifwat, 31, berkata jumlah pengunjung hari ini agak luar biasa apabila ramai yang datang ke bazar untuk bertemu dengan Perdana Menteri setelah dimaklumkan melalui kumpulan WhatsApp penduduk.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peniaga pada Sesi Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan Kamunting pada 14 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Alhamdulillah jualan saya juga berganda hari ini, ini tahun kedua saya berniaga di sini, kedatangan pengunjung hari ini antara yang paling ramai,” katanya.

Sebanyak 172 gerai jualan terdapat di Bazar Ramadan berkenaan dan hari ini sebanyak 800 insentif e-wallet bernilai RM20 ditawarkan untuk ditebus oleh pengunjung terawal.



4 aktivis failkan saman terhadap bekas cikgu kerana memfitnah




Empat orang aktivis politik telah memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang bekas guru kontroversi, Mohd Fadli Salleh yang didakwa membuat hantaran berbaur fitnah.

Empat aktivis itu adalah Najib Bakar; bekas Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Marzuki; Muhammad Fairul Al Qasas dan Ustaz Abu Mishkat.


Tidak dapat dipastikan hantaran apa yang dibuat Mohd Fadhli, namun ada beberapa komen dibuat pempengaruh itu yang menuduh salah seorang plaintif sebagai “barua kafir” dan “membiarkan Islam direndahkan”.


Difahamkan ia adalah berikutan isu stesen radio Era FM didenda RM250,000 baru-baru ini.


Liyana dalam satu perkongsian di X sebentar tadi berkata, sepanjang tujuh tahun beliau menulis, tidak pernah sesiapa disaman olehnya.

Namun kali ini beliau terpanggil untuk bertindak agar menjadi pengajaran kepada orang lain juga.


“Hari ni, 4 serakan, aktivis media sosial bersama peguam sudah mulakan tindakan. Tindakan saman fitnah ke atas seorang pesara guru yang sudah berlebihan.


“Ia akan dipusing dan dimanipulasi seolah-olah kami menentang “pejuang agama”. Namun, saya percaya, golongan centrist dan majoriti senyap sudah celik mata. Siapa yang berhemah, siapa pula yang suka sengketa,” katanya.





Wakaf Mara Madani pertama kali dilancar demi martabat agenda Melayu

 


Wakaf Mara Madani yang bertujuan memartabatkan agenda bangsa Melayu dan bumiputera di negara ini dilancar secara rasmi hari ini.

Lapor Bernama, Perdana Menteri berkata, inisiatif wakaf itu akan menunjukkan bahawa orang Melayu sudah sampai ke tahap bukan sahaja menerima peluang dan peruntukan semata-mata, tetapi adalah bangsa yang bermaruah, boleh menentukan masa depan sendiri.

Sementara itu Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam ucapannya menyasarkan kutipan wakaf mencapai RM100 juta tahun ini sebagai usaha memperkukuh kebajikan dan pembangunan masyarakat.


Beliau menyeru 2.8 juta alumni Mara supaya menyumbang ke dalam program wakaf berkenaan, agar bantuan kepada golongan yang memerlukan dapat diperluaskan lagi.

Pelaksanaan Wakaf MARA MADANI (WMM) terdiri daripada 3 fasa iaitu pendanaan, pengembangan dan agihan.

• PENDANAAN : TERIMAAN DANA WAKAF DARI PEWAKAF

• Semua terimaan dana wakaf akan dikenali sebagai Mauquf.

• PENGEMBANGAN : MARA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH

• Dana wakaf (Mauquf) yang terkumpul akan dilaburkan atau dikembangkan dalam pelaburan yang patuh syariah dan unit mauquf haruslah terpelihara.

• PENGAGIHAN : AGIHAN MANFAAT 


• Keuntungan pelaburan/ hasil pengembangan akan diagihkan mengikut % yang telah ditetapkan kepada 6 sektor yang telah dikenalpasti.



DIBAWAH PAS KELANTAN SEMAKIN MUNDUR! PARA WALAUN KOYAK CUBA PERTAHAN LEB...

Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim di Majlis Peluncuran Wakaf MARA MADANI

“CUMA ALLAH BOLEH BALAS BUDI ANWAR” ANTARA KATA KATA PENGARAH SENIWATI P...

ZAID IBRAHIM KATA PMX BERI ALASAN BODOH! SEDANG MENCARI POPULIRITI POLIT...

SI PENCERITA QAZAF YANG TIDAK SEDAR.



 Tengok macamana sebuah fitnah boleh beri kesan. Macam 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗽𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮. Si pembuat fitnah tu sendiri dah mengaku ia 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮𝗱𝗮-𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 tapi malangnya masih ada yang 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗯𝗮𝘁𝘂.





Mereka masih mainkan cerita  ini. Yang paling malang, penjaja cerita ini sebenarnya telah 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳. Maka dia dianggap 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗾 dan kesaksiannya tertolak selama-lamanya. Musnah iman.


Sebab itu pemfitnah 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻. Meskipun si pemfitnah minta maaf dan menyesal, kesan fitnah tetap berjalan, kepada yang difitnah dan kepada para 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗼𝗹𝗼𝗹. Amat jelas merosakkan ummah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



HANG NAK KATA ORANG TAK LAYAK...PERIUK NASI SAKAW DAH TAK BOLEH MAKAN DAH.


 

DIA PUNYA MELALAK DALAM DEWAN MACAM MACAM FAKTA MERAPU. TENGOK BASIKAL DIA NAIK ?

 


KALAU SANUSI CAKAP...BUKA MULUT JA MUHONG...APA DIA BUAT 2 PENGGAL JADI MB...YELLEK.



 

ORANG KALAU PERNAH MURTAD , JANGAN PERCAYA APA DIA CAKAP.


 

PMX DI BAZAAR KAMUNTING TAIPING

 



PERANGAI MACAM HARAM JADAH. DIA TAK JUMPA SAIZ DIA LA GAMAKNYA.


 Tampar budok, tumbuk budak sekolah sampai berdarah idong.


Pengerusi surau tapi perangai lahanat. Berjubah takde ciri islamik pon. Rupa rupanya walaun. Phui!!




HARAP ISMAIL SABRI TERUS SIHAT by..by.



by..by.


Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yakob berjanji akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga siasatan selesai.


Apa lagi yang boleh beliau ucapkan selain memberi jaminan untuk bekerjasama. Memang kena bekerjasama sampai ke akhirnya, apa lagi kalau beliau bukan sahaja dipanggil untuk menjadi saksi tetapi menjadi suspek ke atas pertuduhan itu nanti.


Sama-sama kita mendoakan semoga Ismail Sabri diberikan kesihatan oleh Allah dan kewarasan akal fikiran disepanjang kerjasama nanti. 


Yang tidak mahu kita saksi nanti kalau dia kena berulang alik ke mahkamah seperti bekas-bekas PM sebelum ini. Malu dan sedih. Trims.



SEMOGA KITA TEMUI AL QADAR. MAHAZALIM TEMUI APA?

 Selepas Sahur

SEMOGA KITA TEMUI AL QADAR



Puasa saya hari ini cukup damai dan tidak terganggu, apabila Dr Mahathir Mohamad seperti sudah menemui punca untuk melihat kebenaran itu sebagai benar apabila beliau menyokong langkah kerajaan untuk memberi suntikan sebanyak RM1.1 billion bagi membantu Sapura Energy. 


Jarang sekali, bahkan tiada langsung kedengaran Mahathir sependapat dengan Anwar Ibrahim sebelum ini. Semua kerja buat Anwar Ibrahim dilihat serba tidak kena dan salah. 


Terbaru sebelum ini Mahathir turut terheret mengkritik dan sinis kerajaan untuk meminda akta bandar (URA) dengan menyifatkan langkah itu menyebabkan Melayu di bandar akan ketepi seperti nasib Melayu di Singapura.


Namun berbeza dengan isu Sapura Energy ini, tiba-tiba sahaja beliau bertindak diluar tabiatnya sebelum ini, menyokong penuh langkah Anwar itu. Rupa-rupa Mahathir nampak kebaikan dan hikmah dengan apa dilakukan Anwar itu. Baguslah, sikap dan pendirian menyokong begitulah yang kita perlukan daripada seorang bekas PM.


Walaupun beliau berlapik dengan sokongan itu mengharap kerajaan sudah membuat kajian keperluan untuk membantu Sapura Energy, tetapi pokoknya Mahathir bersetuju kali ini. Dan Anwar menegaskan suntikan itu bukan hangus tetapi harus dibayar.


Seperti kata Anwar suntikan modal itu untuk menyelamatkan 2,000 vendor bumiputera daripada gulung tikar, kerana kalau tidak diselamatkan menyebabkan kita terpaksa bergantung kepada syarikat asing. 


Adalah wajar kalau Dr Mahathir bersikap sebaliknya kali ini. Apa yang kita nampak, Dr Mahathir masih ada kewarasan dalam melihat kerajaan Madani ini. Ternyata dia jauh lebih cerdik daripada budak-budak parlimen yang bercakap faktanya ke laut dan ke gunung. 


Walaupun puteranya ada terlibat dengan syarikat itu, namun sokongan beliau itu bukan berdasarkan itu, kerana anaknya Mukhzani sudah lama (2017) melepaskan pegangannya dalam syarikat berasaskan minyak dan gas itu.


Bukan setakat itu sahaja sebenarnya banyak benafit diperolehi Mahathir kalau dia bersikap terbuka dengan Anwar. Isu saman menyaman juga boleh diselesaikan di luar mahkamah.


Justeru, sokongan dibuat itu saya lihat ikhlas, dan waras, sekaligus Dr Mahathir dalam membela Anwar dalam soal ini turut mahu mengajar budak-budak parlimen yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak berpegang kepada fakta.


Kita mengharap semoga Mahathir dan kita semua (termasuk Tok Dor) akan menemui al qadar pada Ramadhan kali ini. Trims.



PADAN LA.

 

Man Toba


He he he.. keno la kau.




STEVEN SIM PALING TERUK DIFITNAH

 

Dalek Awang


Sy sekadar copy paste dr grup lain







Steven Sim antara pimpinan non muslim yg paling byk menolong marhaen tanpa mengira kaum dan agama, sejak sebelum menteri


Pernah difitnah cytro pembangkang muslim  dalam isu bantuan, motor kepada seorang pemuda Food Panda hanya kerana beliau tidak mahu nama beliau diletak dalam resit pembelian tapi akhirnya pemuda itu sendiri memgesahkannya setelah teruk beliau difitnah secara berjemaah


Sejak sebelum menjadi menteri… segala bantuan kewangan yang diberi… tidak pernah sekali pon beliau mengeluh GAJI DAN ELAUN MP BELIAU TIDAK MENCUKUPI


Kerana beliau merupakan seorang Christian yang  patuh kepada agamanya dalam konsep besedekah seperti mana disebut dalam chapter Luke “. Give, and you will receive back”….  dengan terjemahan…@ setiap pemberian kamu…. akan diganti semula”


Itulah konsep yang diajar dlm islam dalam bab bersedekah…. Jadi amat pelik kalau seorang ahli parlimen muslim sendiri takut untuk bersedekah dengan alasan Gaji dan Elaunnya TIDAK MENCUKUPI


Firman Allah SWT:


وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ


Maksudnya: “dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.”


(Surah Saba’: 39)


TULISAN INI BUKAN UTK MEMPROMOSI AGAMA LAIN SELAIN DR ISLAM, SEMATA2  UTK MEMBERIKAN CONTOH NILAI2 MURNI YANG KITA SEMUA TERMASUK DIRI SAYA SEBAGAI DORONGAN UNTUK KITA SEMUA MELIHAT KELEBIHAN BERSEDEKAH… TERUTAMA PADA BULAN RAMADHAN




PAS PATUT HATI HATI

 

Joe DS



Walaon berangan semua negeri.. Gua takut 4 yang ada 2 3 hilang kahkah.... yela skandal-skandal dah nak meletus.. Yang dah didakwa dah nak bicara. 


Jika bersalah kalu.. Jadi BNNajib la ghuyub.. Sebab 60% pengundi penentu mana2 PRU PRN PRK adalah pengundi atas pagar.. Diorang paling anti sakau.. Penyokong parti 30-40% sahaja bukan penentu kemenangan..



LEBAI YANG TAK SABAR


 Jamzuri Ardani


Budak tu dikata memandu secara merbahaya. Lebai tu marah, dipukulnya budak tu sampai patah batang hidung. 


Memandu secara merbahaya, jika sabit kesalahan hukuman maksima penjara 7 bulan. Kesalahan mencederakan orang lain, jika sabit boleh kena penjara 7 tahun. 


Campur tolak campur tolak ... lebai tu jugak yang rugi. 


Belajarlah bersabar dan bertenang. Ia satu kemahiran yang boleh menghindarkan kita dari petaka yang besar.  


Hidup jangan ikut emosi. Baik di tempat kerja, atau dalam masjid, dalam rumahtangga, dalam perniagaan, dalam politik ... apa saja. 


Bersabar dan bertenang itu lebih baik. Walaupun mungkin bagi sesetengah orang bersabar dan bertenang tu dianggap tidak sensitif, barua, liberal, dan seumpamanya ... yakinlah bahawa bersabar dan bertenang itu selalunya adalah pilihan yang lebih baik. 


Alkisahnyer ...



TOLONG MACAM TU PUN KENA MAKI LAGI, SAJA TAK DA HATI PERUT JA.


 

BUKAN SEMUA BANGSA TAK TAHU.. ADA YANG TAHU DAN AJAR ANAK. YANG KITA BIMBANG, TAK TAHU AJAR ANAK.


 

DEMI NAK BANTU VENDOR YANG NAK. MELINGKUP


 

TANAM TINGGAI ZAMAN TOK NADOQ DULU LAIN.. PI BENDANG HARI HARI BUANG RUMPUT


 

SEMOGA DIHUKUM.


 

Semoga Walaun ini diberikan hukuman semaksimum sebagai pengajaran kepada Walaun yang lain yg bermain isu 3R


Kes disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta 588 dan jika sabit kesalahan, (individu tersebut) boleh dikenakan denda hingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” .




KALAU IKUT CAKAP PEMBANGKANG 33 BULAN, BUKAN DIA ORANG NI KISAH..ASAL JADI ISU BOLEH DITUNGGANG . RAKYAT KELUAR KWSP..MASA TUA..NAK MAKAN APA ?

 


Menarik 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶 tulis tentang orang kampung yang katanya lebih kaya dari orang bandar. Tapi kalau baca betul-betul, kita akan perasan. Dia bukan cerita tentang orang kampung. Dia sebenarnya cerita tentang 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻!





Buat rumah 𝙘𝙖𝙨𝙝, hutang kereta 𝗱𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 (ada geran), tak payah pergi kerja, lepak kedai kopi, itu kan gaya hidup orang pencen. Paling jelas, dia tulis 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮.


Eh kalau orang pencen, nak pelik apa. Aku sendiri pun, InsyaAllah pencen nanti ada sejuta lebih KWSP aku. Memang itulah 𝘱𝘭𝘢𝘯 aku. Buat rumah 𝘤𝘢𝘴𝘩, beli kereta 𝘤𝘢𝘴𝘩, habiskan masa di surau.


Tapi tak semua orang pencen dapat hidup macam tu kot. Yang 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻 𝗮𝘄𝗮𝗹 mungkin la tak dapat merasa. Dan lagi yang 𝗴𝗮𝗹𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗞𝗪𝗦𝗣 zaman 33 bulan dulu.


Memang ada orang kampung yang kaya. Tapi ramai juga yang 𝘴𝘵𝘳𝘶𝘨𝘨𝘭𝘦. Ada yang sampai 𝗴𝗮𝗱𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 nak hantar anak belajar di universiti. Lepas tu anak dia tu sibuk 𝙗𝙚𝙧𝙘𝙤𝙪𝙥𝙡𝙚 dan beli 𝗶𝗣𝗵𝗼𝗻𝗲 16 𝗣𝗿𝗼 𝗠𝗮𝘅.


Tak pasti apa motif 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶 tulis macam ni. Tapi aku cuma nak nasihatkan, kalau nak rasa hidup macam yang 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶 tulis dah pencen nanti, duit KWSP tu 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗯𝘂𝗿-𝗵𝗮𝗯𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴.


Jangan dengar hasutan pembangkang yang 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗹, asyik nak gunakan isu pengeluaran KWSP untuk burukkan kerajaan. Duit tu untuk kegunaan kita di hari tua nanti. Supaya kita 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 di hujung usia.


Bukan soal orang kampung kaya, orang bandar miskin, tapi soalnya siapa bijak merancang perbelanjaan dan memperkemas masa depan. Tu je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



UMNO AKAN TERJERAT DENGAN PENGUNDI YANG SAMA..HADI CUBA BUNUH UMNO

 


Tak pasti kalau 𝗛𝗮𝗱𝗶 memang betul-betul bodoh politik atau dia 𝗯𝘂𝗮𝘁-𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 untuk 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗱𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 ahli UMNO. Sebab hakikatnya, tindakan bersama PN dan PAS-lah umpama UMNO 𝗯𝘂*𝘂𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶.





Buat perumpamaan, semua parti politik ibarat bengkel kereta. 𝗨𝗠𝗡𝗢 bikin enjin, 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 bikin aksesori dan 𝗗𝗔𝗣 pula jual tayar. Manakala 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 dan 𝗣𝗔𝗦 bikin enjin, sama macam UMNO.


Sekarang ni UMNO bersama Keadilan dan DAP. Walau sama bisnes bengkel kereta, tapi produknya tak sama. Mereka 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 bahkan 𝘀𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽𝗶. Lepas bikin enjin, boleh terus buat 𝘢𝘭𝘪𝘨𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 tayar atau 𝙨𝙝𝙤𝙥𝙥𝙞𝙣𝙜 aksesori.


Sedangkan dengan PAS dan Bersatu tak dapat begitu. Sebab UMNO, PAS dan Bersatu 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗷𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮. Ertinya, kalau UMNO tambah pelanggan, PAS dan Bersatu 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻.


Tak mustahil PAS dan Bersatu akan rasa 𝘁𝗲𝗿𝗴𝘂𝗴𝗮𝘁 bila melihat 𝗯𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀 UMNO 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗺𝗮𝗷𝘂. Jangan terkejut kalau tiba-tiba PAS dan Bersatu 𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 dan akan cuba bu*uh UMNO.


Begitulah realitinya. UMNO, PAS dan Bersatu adalah 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Mereka berharap kepada pengundi dengan 𝗽𝗿𝗼𝗳𝗶𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮. Parti-parti ini juga akan bertanding di tempat yang sama.


Ingat PAS nak ke bertanding di 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴? Jangan haraplah. Walaupun PAS asyik kutuk DAP, tapi mana PAS berani nak singkirkan DAP dari Pulai Pinang. PAS akan bertanding di kerusi UMNO bertanding.


Ingat PAS nak benarkan UMNO kuasai 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂, 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻, 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 dan 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀? Jangan haraplah. Nak bertanding di negeri tu pun 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶 𝗹𝗼𝗴𝗼 𝗣𝗔𝗦. Lebai punya tamak sebijik Yahudi 


Perkara itu takkan terjadi bila UMNO bersama dengan PH. Sebab profil pengundi PH berbeza dengan UMNO. DAP di kawasan majoriti bukan Melayu. Keadilan pula di kawasan urban majoriti Melayu. UMNO boleh kuasai kawasan 𝘁𝗿𝗮𝗱𝗶𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂.


PH takkan cemburu dengan kebangkitan UMNO sebab ia akan bawa keuntungan buat PH juga jika sekiranya bekerjasama dengan UMNO. Tak macam Bersatu dan PAS yang rasa tergugat dengan kebangkitan UMNO. 


Bodoh sangat ke Hadi tak boleh nak faham benda ni? Sebenarnya tak. Tapi dia nak 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗨𝗠𝗡𝗢. Hadi bukan kira kebangkitan UMNO. Dia cuma nak dapatkan kuasa je.


Bila UMNO ikut PN, cengkaman PAS kawasan Melayu selamat dan takkan tercabar. Lepas menang, UMNO dah boleh 𝗱𝗶𝘀*𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗵. PAS bukan asing pun dengan perbuatan khianat ni. 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦.


Tapi terpulanglah kepada pimpinan UMNO. Kalau rasa nak UMNO terus 𝘴𝘶𝘳𝘷𝘪𝘷𝘦, UMNO kena hapuskan PAS dan Bersatu. Kalau UMNO pilih bekerjasama dengan mereka, sedialah 𝗴𝗮𝗹𝗶 𝗹𝘂𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



UMNO BOLEH LINGKUP KALAU ADA ORANG MACAM DIA NI

 


Biasanya 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 ni orangnya hebat. Cerdik dan ada idea. Tapi 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢 sekarang ni nampaknya tak ada ciri-ciri tersebut.





Selain 𝗺𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗰𝗲𝗹𝘂𝗽𝗮𝗿, 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗱𝗲𝗮 dan 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯, dia juga terkenal dengan perangai 𝗷𝗶𝗹𝗮𝘁 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯. Macam yang terbaru ni. Konon nak 𝘀𝗶𝗻𝗱𝗶𝗿 𝗣𝗠𝗫.


Apa yang PMX buat pada SEB sekarang 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮 dengan apa 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗰𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗹𝘂. Aku nak ceritakan pengalaman aku sendiri.


Tahun 2001, aku ada kawan yang buat bisnes 𝙗𝙧𝙞𝙙𝙖𝙡. Pada masa tu bisnesnya 𝗱𝗶 𝗮𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗿𝘂𝗽𝗮𝗻. Dia nak pinjam duit dari aku.


Tapi takkan aku nak beri suka-suka. Sorang pekerjanya  cadangkan 𝗮𝗸𝘂 𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘁𝘂. Maksudnya, aku bukan beri pinjam tapi aku 𝙟𝙤𝙞𝙣 bisnesnya.


Aku setuju. Jadi aku keluarkan duit. Tapi duit tu aku tak beri padanya. Sebaliknya buat selesaikan 𝘀𝗲𝘄𝗮 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶, 𝗯𝗶𝗹-𝗯𝗶𝗹 dan lain-lain hutang.


Disebabkan aku dah keluar modal, jadi aku ada 𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 dalam bisnes tu. Jadi lepas tu aku pun terlibat dalam 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗺𝗼𝘀𝗶 dan sebagainya.


Alhamdulillah, untuk beberapa bulan selepas tu kedai tu mula buat untung. Tapi untung tu aku tak ambil lagi sebab nak selesaikan baki hutang lain. Sampailah...


Kawan aku tu 𝘁𝗶𝗯𝗮-𝘁𝗶𝗯𝗮 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮. Semua baju pengantin dia jual, kedai ditutup tanpa aku tahu apa. Sampai hari ni aku tak tahu dia pergi mana.


Tapi yang aku nak cerita, itulah yang PMX buat untuk SEB sekarang. Beri RM1.1 bilion tapi 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻. Sebaliknya untuk 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 syarikat itu kepada 𝘃𝗲𝗻𝗱𝗼𝗿-𝘃𝗲𝗻𝗱𝗼𝗿 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻.


Selain itu, dibuat juha audit forensik dan pengurusan syarikat ditukar, bagi memastikan syarikat itu tak terus alami 𝗸𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻.


Konsep Najib macamana pula?


Konsep Najib macam yang lawan aku cuba buat mula mula dulu. Mintak pinjam duit. Bila beri duit, dia boleh buat apa dia suka. Mungkin 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 dan akhirnya, 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗻𝗴𝗸𝘂𝗽 𝗷𝘂𝗴𝗮.


𝗕𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 ni sesekali jadilah cerdik. Nak bercakap tu, cuba 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗱𝘂𝗹𝘂. Kaji fakta, dapatkan segala maklumat, baru bercakap. Taklah kelihatan dungu.


Tak. Dia bukan bodoh. Tapi dia nak perbodohkan ahli UMNO. Dia tahu ada perbezaan sebab ianya 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀. Tapi sebab dia nak 𝗯𝗼𝗱𝗲𝗸 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯, dia pusingkan fakta nak bagi nampak konon Najib betul.


Tapi rakyat boleh nampak tindakan terdesak dia untuk angkat Najib. Makin dia buat makinlah rakyat nampak yang Najib tu sebenarnya 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



.


KAMUNTING MENGIMBAU KENANGAN LAMA.

 

Dalam lawatan kerja ke Perak hari ini, saya berkesempatan mengunjungi Bazar Ramadan Kamunting. Dalam kesibukan orang ramai memilih juadah berbuka, saya luangkan masa menyantuni warga setempat, berbicara, dan menelusuri sejarah yang pernah terukir di sini.




Kamunting bukan sekadar sebuah tempat bagi saya. Ia menyimpan sebahagian daripada perjalanan hidup yang sukar namun penuh makna. Hampir lima dekad berlalu, tetapi masih segar di ingatan saat saya ‘disimpan’ di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun pada 1974 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 


Hari ini, dalam hiruk-pikuk bazar yang sesak dan meriah, saya bertemu wajah-wajah yang masih mengenali saya, sambil mengingat tentang perjuangan lalu, dan berkongsi kisah tentang kemiskinan yang pernah menghimpit petani serta pesawah miskin di Baling, termasuk di Perak pada ketika itu.


Insya-Allah, selagi nyawa dikandung badan dan amanah ini terpikul di bahu saya, saya akan terus berjuang untuk rakyat dan memastikan agar tiada lagi yang terpinggir, agar setiap jiwa dapat merasai nikmat kemakmuran yang sepatutnya menjadi milik semua.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja