TADAH TIN MILO BAIKI KENDERAAN, MANA PERGI MARUAH?
Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB)
Pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) yang turut dihadiri ahli-ahli yang lain iaitu YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda dan Tan Sri Haji Amrin Buang.
Saya tekankan supaya entiti di bawah YPB iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) perlu memastikan mandat yang diamanahkan kerajaan dilaksanakan dengan cekap dan mengikut tatakelola yang terbaik.
Fokus dan koordinasi antara agensi berkaitan pembangunan bumiputera juga perlu diperkukuh.
Di bawah Belanjawan 2024, saya telah umumkan bahawa institusi pelaburan Bumiputera akan dipusatkan di bawah YPB. Antara lain, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) akan diletakkan di bawah naungan YPB.
Sehubungan itu, bagi memastikan peralihan ini dapat dilaksanakan dengan segera, saya turut mempengerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan YPB.
#MalaysiaMADANI
RENTASAN 1505 | GEMPAR!! ROMBAKAN KABINET PMX TAK DITERIMA POSITIF OLEH ...
𝗦𝗜𝗦𝗜𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗠𝗨𝗦𝗨𝗛 : "𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜" 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡
(Amaran : Artikel agak panjang tapi mesej perlu difahami)
1) 𝗧𝗢𝗡𝗧𝗢𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 "𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗽𝗶𝗸" 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗟𝗼𝗸𝗺𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗔𝗱𝗮𝗺 tentang apa yg berlaku dalam pentadbiran PMX. Media Perpaduan dan Media parti yg bertungkus lumus mempertahankan kerajaan sedangkan 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗔𝗿𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗷𝘂𝗸-𝘁𝗮𝗷𝘂𝗸 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗺𝗶 "𝗰𝗹𝗶𝗰𝗸 𝗯𝗮𝗶𝘁". Tapi di mana kedudukan Media Parti? Adakah maklumat disalurkan secara adil? Adakah Media Arus Perdana shj diutamakan?
2) Saya sokong penuh teguran Lokman Adam 100%. Memang ahli, aktivis parti apalagi penyokong sukar dan mungkin tidak disantuni oleh pegawai-pegawai lantikan politik dan Menteri. Jangan harap pegawai kerajaan nak layan jika sedemikian Menteri dan pegawai lantikan politik perlakukan kpd para penyokong parti dan kerajaan.
3) Kata PMX, Menteri sentiasa dipantau SPRM dan PDRM. Beliau berbangga kerna seorang pun tidak terlibat dengan rasuah. Sewaktu Hannah Yeoh melawat tapak projek yg dulunya saya "𝗶𝗻𝗰𝗵𝗮𝗿𝗴𝗲𝗱" (𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗶), ada pihak yg berautoriti kemudiannya mendekati saya utk menyiasat apa yg disebut oleh Hannah Yeoh. Demikian ketat mereka dipantau. Alhamdulillah. PMX kata BERSIH. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶-𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻?? 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗮𝘁𝘂𝗿 𝘀𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗶𝗻𝗶? Seingat saya di era Atok dah jadi mcmni, KUNUNnya Menteri dan orang politik tak boleh terlibat bagi arahan pada pegawai kerajaan. Anda rasa tak ada pihak yg datang melobi pada pegawai-pegawai ini sbb org politik dah tak boleh terlibat?
4) Time Atok juga, 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡. Ya, itu sesuatu yg baik supaya tidak ada salahguna kuasa dan 𝗸𝗮𝗯𝗲𝗹 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗾 𝗽𝗮𝗵𝗮. Malah era Pak Lah juga pernah berlaku sedemikian tapi apa akibatnya? Akhirnya pegawai-pegawai kerajaan yg "yak yak yey" atur sana sini. Jangan percaya apa saya kata. Siasat la. 𝗧𝗼 𝗯𝗲 𝗳𝗮𝗶𝗿, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗿𝘂𝗽. Tapi lebih kelakar jika yg dapat projek itu adalah puak parti musuh yg berpakat dgn pegawai-pegawai kerajaan tertentu. Ia bukan tak pernah berlaku. Itu biasa. 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻? 𝗦𝗶𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗺𝗮𝘂 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁.
5) Ramai org seperti saya "𝗿𝗲𝘁𝗶𝗿𝗲𝗱 𝗰𝗼𝗻𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻𝘁" dan juga 𝗰𝗼𝗻𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻𝘁𝘀 yg masih aktif, yg byk handle tender projek kerajaan. Tanyalah mereka. Kami faham benar bagaimana 𝗢𝗣𝗘𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥 DIMANIPULASI sbb kami pernah berada dalam tender board. Kadang-kadang saya pelik kenapa sesetengah Ahli Politik dan 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗛 𝘀𝗴𝘁 𝗢𝗕𝗦𝗘𝗦 𝗱𝗴𝗻 𝗢𝗽𝗲𝗻 𝗧𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿 atau Tender Terbuka ni? Confirmed telus ke? Cuba lihat negara maju, kenapa mereka utamakan 𝗙𝗮𝘀𝘁 𝗧𝗿𝗮𝗰𝗸 𝗗𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻 𝗮𝗻𝗱 𝗕𝘂𝗶𝗹𝗱 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗰𝘁𝘀? Macam mana mereka kawal "cost efficiency"??
6) 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 "𝗗𝗲𝗲𝗽 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲" 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗮𝗱𝗷𝘂𝘀𝘁 "𝗠𝗘𝗔𝗡𝗦" 𝗮𝘁𝗮𝘂 "𝗔𝘃𝗲𝗿𝗮𝗴𝗲" 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗗𝗔? Cuba tanya pegawai JKR. Tak boleh adjust dalam Cost Estimate? Anda silap. Itu baru satu contoh "tips". Kalau ada pegawai-pegawai yg tak jujur, mereka boleh atur supaya kumpulan kontraktor tertentu shj "mengepung" julat harga berkenaan meskipun ia open tender. Memang SUKAR dibuktikan ia sengaja dilakukan, sape tahu komunikasi mereka dgn petender? So, satu kebodohan yg nyata bila 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗼𝗿𝗴 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 dlm bab tender dan lepaskan kpd kakitangan kerajaan bulat-bulat. Kalau Menteri tak faham teknikal, kena goreng macamtu shj.
7) Saya pernah tegur Hj Khalid Samad sewaktu beliau jadi Menteri Wilayah Persekutuan kerana buat kenyataan kurang cermat kununnya tidak akan ganggu proses dan serah bulat2 keputusan tender serta perolehan kpd kakitangan kerajaan. Selepas lama berdebat dgn saya baru dia akui dia perlu slowly ubah balik "polisi" itu dan memantau.
8.) Menteri cuba lah bertanya dgn para penyokong PH yg biasa dengan kaedah manipulasi dlm agensi kerajaan drpd dok percaya 1000% kpd pegawai kerajaan bulat-bulat. Mereka undi ANDA ke? Banyak yg kami boleh dedahkan supaya Menteri bijak sket tidak dikelentong hidup-hidup dalam bab teknikal. Sebijak-bijak Rafizi Ramli anda rasa dia tahu semua yg berlaku bawah hidung dia? Kalau kami dedahkan sesuatu di bawah kementerian dia, dia pun terkejut. Cuma bukan salah dia sebab projek itu telah berjalan sekian lama sebelum Rafizi dilantik. Tapi sebijak-bijak seorg akauntan, saya percaya beliau GAGAL hidu apa yg berlaku sbb ia technicality and history of the long standing project.
9) Namun apakan daya, kita ni org kecik. Menteri tak akan pandang pun dan tak akan dengar pandangan kita. Mereka ada masalah negara utk ditangani. Maka kita biarkan shj puak yg memanipulasi sistem itu. Seronok tender demi tender pakej demi pakej puak depa juga yg dapat, cuma nama lesen je berbeza. Menteri tak sedar. DSZH pula tahu ke apa berlaku di Kementerian beliau terutama di peringkat pegawai dalam bab projek? Itu perlukan ketekunan utk siasat.
10) Sejak 1999 sehingga 2015 saya berpeluang menyiapkan beberapa projek KPM. Saya juga percaya di KPM jika bab projek, boleh shj Fadhlina Sidek kena temberang dan boleh jadi dia tak tahu pun akan efficient atau tidak proses pembayaran. Anda tahu mana kementerian yg byk kes saman sbb payment asyik sangkut? Pergi siasat. Di era LGE MenKew saya difahamkan dia pernah mengamuk dan tukar satu seksyen.
11) Saya TAK pasti Hannah Yeoh tahu atau tidak ada projek bawah hidung dia telah berlaku manipulasi kpd "selected tender" di zaman dulu sebelum beliau dilantik jadi Menteri? 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮-𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗿𝗮𝗽𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 "𝗗𝗲𝗲𝗽 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲" 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗜𝗖𝗨 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝟮 "𝘀𝗰𝗿𝘂𝘁𝗶𝗻𝗶𝘇𝗲". Anda fikir ICU di bawah hidung PMX akan berjaya berbuat sedemikian? Tepuk dada, tanya iman.
12) Selaku penyokong yg punya pengalaman dengan projek dan kakitangan kerajaan, saya hanya mengingatkan. Kalau PMX dan Menteri taknak dengar, itu masalah ANDA bukan saya. Cuma dengan polisi Kerajaan Perpaduan MADANI saya percaya PH-BN akan TERUS hilang sokongan at least dari satu sektor yg penting, yg punya sangat ramai pemegang taruh dan keluarga mereka yakni Pembinaan dan Pembangunan Infrastruktur.
13) Kenapa saya kata begitu? Suruh PMX dan Menteri-menteri berkenaan yg buat polisi MADANI fikir sendiri. Kalau kita nak bagitahu pun, mahu ke mereka dengar? Mereka jauh lebih bijak dan pandai dari kita sbbtu mereka jadi Menteri. Tapi saya tetap berpegang bahawa era pemimpin tahu kesemuanya sudah lama berlalu.
Wallahualam.
- Zus Din
13122023
JAGA JAGA LA..NAK PAW TIN MILO LAGI. UMAH NAK SIAP DAH KOT DI JERANTUT.
Mat Mat
Get ready walaon, kopak lagi laa poket koranggg..arituuu mintak derma keta eksiden..nii kanggg, dia mintak derma nak betul tiang seri rumah dia pulokkk..bunga2 dah ada niiii..🤣
KEH..KEH..KEH...WAN JANA NAK JUAL MINYAK TAK LAKU
Lantik Tok mat hassan Menteri Luar untuk lemah kan Pengaruh politik dia?
Alasan wan saiful wan Jan ahli majlis tertinggi Bersatu merangkap idola Ab Jalil Backer Lepas ni Tok mat akan kerap keluar Negara so Pengaruh politik beliau akan melemah di dalam Umno..
Pandai Anwar Ibrahim membantu Zahid Hamidi..
Jangan Lupa tau
Dulu kita ada duta Timur tengah zaman Myabahdin Jadi Pm yg tidak pernah pergi ke Timur Tengah
Hanya duduk di pantai timur sahaja... Sampai sekarang masih kekal sebagai pak Presiden Parti walaun😂😂😂
So saya mahu Nasihat kan Wan Saiful.. Tak payah sibuk pasal Umno lah..
Sila pulih kan sokongan ahli MP Bersatu yg semakin. Galak bergondong gondong menyatakan sokongan kepada PMX.. lebih elok jatuh kan Muhyiddin dari jatuh kan Zahid jika sayang kan BERSATU..
Tumpukan juga kes Rasuah anda..
Kerah kan cytro PN untuk bekup kes Rasuah Jana wibawa.. Lagi baik bossku..😅😅😅
TIADA BULAN MADU BAGI KABINET BARU
Pagi tadi saya mengalu-alukan kebersamaan Ahli-ahli Jemaah Menteri yang baharu iaitu Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Ghani, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim pada Mesyuarat Pertama Kabinet Baharu Jemaah Menteri.
Dalam mesyuarat ini saya tekankan tentang bidang tugas baharu setiap kementerian masing-masing. Mesyuarat juga mengutus penghargaan buat mantan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar sumbangan yang telah diberikan.
Saya turut titip pesan agar tumpuan dan keutamaan kini mesti lebih terarah dan pantas dalam usaha menterjemah cita dan nurani rakyat.
Tiada tempoh berbulan madu buat mana-mana anggota Kabinet, sebaliknya saya tuntut hasil untuk Kerajaan ini segera menyelesaikan masalah rakyat, menoktahkan kemiskinan tegar, menguasai bidang-bidang penting, memacu pertumbuhan ekonomi dan menjamin kemakmuran negara.
#MalaysiaMADANI
PMX BERSAMA ALUMNI PTD
Saya hadir ke majlis Malam Sumbangan Kasih bersama Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) semalam bersama-sama Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Dalam amanat, saya zahirkan hasrat untuk mengembalikan kegemilangan dan kekuatan perkhidmatan awam dengan menggilap dan memperkukuh aspek integriti, kemahiran dan keterampilan perkhidmatan ini.
Suatu ketika dahulu, barisan pimpinan penjawat awam diberi kepercayaan mengemudi tugasan utama termasuk projek-projek raksasa, ekonomi dan seumpamanya.
Namun dampak campur tangan politik yang melampau dan keterlaluan dalam urusan pentadbiran dan dasar awam telah meminggirkan penjawat awam, dan memusatkan perhatian kepada konsultan luar dengan kos jutaan ringgit.
Tekad Kerajaan MADANI adalah untuk mengangkat semula darjat dan martabat penjawat awam menerusi reformasi dan anjakan paradigma yang menuntut dukungan penuh daripada segenap lapisan perkhidmatan awam.
Titik tolak reformasi ini adalah menerusi kajian menyeluruh sistem perkhidmatan awam, yang diabaikan akibat sepak terajang politik tanpa kesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan.
Kajian ini tidak sekadar tertumpu soal gaji, elaun dan saraan penjawat awam, namun turut menyinggung soal menambah baik keupayaan, mutu, profesionalisme serta integiriti penjawat awam. Pastinya hasrat ini hanya mampu terlaksana dengan kestabilan dan tekad politik yang jitu.
Saya turut nyatakan harapan semoga usaha ini dapat menyingkirkan kelemahan dalam perkhidmatan awam yakni tatakelola yang mulai luntur, rasuah menular menjadi sistemik.
Di akhir ucapan, saya turut umumkan peruntukan berjumlah RM500,000 kepada Yayasan Alumni PTD sebagai menghargai pengorbanan dan khidmat bakti kumpulan PTD, utamanya yang sudah bersara.
#MalaysiaMADANI
PEMFITNAH HARUS DIHUKUM
Aku ada dengar rakaman live TikTok PapaGomo dan beberapa agen fitnah PN. Ibarat tak takutkan Allah, dia fitnah DS Anwar sakit AIDS. Siap kata DS Anwar pakai baju Melayu sebab nak tutup lebam di badan.
Tak susah nak buktikan PapaGomo tu fitnah. Gambar di bawah ni gambar tahun ni. Baru berapa bulan. Jelas terlihat sebahagian dada beliau ketika pakai ihram. Ini masa beliau tunaikan ibadah umrah. Ada lebam?
Dan kalau nak bandingkan DS Anwar dengan beberapa pemimpin PN yang sama ada sebaya atau pun lebih muda dari beliau, nampak sangat DS Anwar jauh lebih cergas dan sihat. Umur 75 masih boleh berlari.
Aku rasa si PapaGomo sendiri pun tak secergas DS Anwar. Itu tak termasuk video DS Anwar buat fitness di rumahnya. Umur 75 tau. Ada yang umur 75 cakap pun tak berapa jelas. Dah tu melalut pulak tu.
Pelik dengan orang yang hidup dengan fitnah ni. Tak takut langsung dengan balasan Allah. Selalunya cuma orang yang tak beriman kepada hari akhirat je gang tak takut ancaman dari Allah. Entahlah. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Orang Melayu belum mengenal diri sendiri
PERIHAL LIM KIT SIANG
Kabinet mengukuhkan kedudukan bukan kerajaan ULASAN-MSO
Kabinet mengukuhkan kedudukan bukan kerajaan
ULASAN
| Anwar Ibrahim ambil hati semua pihak. |
Rombakan itu dinanti dan ditunggu setelah setahun kerajaan dibentuk apabila disedari ada beberapa kelemahan kerana kegagalan menteri melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.
Dalam rombakan tadi beliau mengumumkan kemasukan semula bekas anggota kabinet semasa kerajaan PH dan PN lalu ke dalam kabinetnya. Mereka ialah Gobind Singh Deo, Dr Dzulkifli Ahmad, Johari Ghani dan seorang muka baru Amir Hamzah Azizan.
Rombakan itu juga membabitkan pertukaran portfolio dan juga tambahan dua kementerian. Dua kementerian baru diwujudkan, Kemterian Digital pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital, dipegang oleh Gobind Singh Deo, satu lagi ialah Tenaga dan Perubahan Iklim dipegang Nik Nazmi Ahmad dipecah menjadi Kementerian Peralihan Tenaga dan Dayaguna Awam dipindahkan ke Timbalan Perdana Menteri Fadzilah Yusof.
Manakala satu lagi kementerian baru diwujudkan Kementerian Wilayah yang berada di Jabatan Perdana Menteri diwujudkan semula dipegang Dr Zaliha Mustapa yang sebelum ini menjadi menteri Kesihatan.
Seorang lagi bekas menteri dizaman kerajaan BN dibawa masuk ke kabinet ialah Johari Ghani untuk memegang kementerian Perladangan dan Komoditi.
Dalam penyusunan tadi, seorang menteri digugurkan, Sivakumar Varatharaju sebelum ini menteri Sumber Manusia yang diganti dengan bekas timbalan Kewangan Steven Sim.
Beberapa timbalan menteri juga digugurkan dan berubah potfolio, antaranya Aiman Atirah Sabu ke kementerian Kerajaan Tempatan, Akmal Nasir ke kementerian Peralihan Tenaga dan Dayaguna Awam.
Harapan kecewa.
Harapan orang ramai untuk melihat berlaku perubahan atau pengguguran terhadap beberapa menteri yang sebelum ini diramal akan berlaku kerana prestasi mereka tidak memuaskan bagaimana pun tidak menjadi kenyataan apabila mereka masih dikekalkan sebagai menteri walaupun setengahnya dengan mengurangkan tanggungjawab mereka.
Saifuddin Nasution Ismail masih kekal di Kementerian Dalam Negeri, Mohamad Sabu di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Fadzlina Siddiq di Kementerian Pendidikan, Fahmi Fadil di Kementerian Komunikasi dengan dikurangkan tanggungjawab apabila diwujudkan Kementerian Digital dipegang Gobind Singh Deo.
Begitu juga Nik Nazmi Nik Ahmad, yang memegang kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, kekal bagaimana pun kementeriannya dipecah dengan diwujudkan kementerian Peralihan Tenaga dan Dayaguna Awam yang diletak dibawah Fadzilah Yusuf.
Hanya Mohd Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Fadzlina Siddiq tidak terbabit pertukaran dan perubahan kementerian. Pengurangan tugas dan tanggungjawab mereka itu menjelaskan perdana menteri tidak berpuas hati dengan prestasi mereka?
Sementara itu pengambilan muka baru, bekas menteri Johari Ghani, Noraini Ahmad dari Umno sebagai menteri dan timbalan menteri dilihat disamping untuk memantapkan kerajaan ia untuk mengukuhkan kedudukan presiden Umno.
Begitu juga dengan pertukaran kementerian antara Zambery Abdul Kadir ke Kementerian Pengajian Tinggi mengambil alih tempat Khaled Nordin yang beralih ke Kementerian Pertahanan dan Mohamad Hassan yang kini ditukar ke Kementerian Luar mengambil alih tempat Zambery, lebih berdasar atau mirip kepada kedudukan mereka dalam parti semata-mata.
Peralihan itu tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada kerajaan sebaliknya mengekalkan status quo untuk mempertahankan kedudukan Zahid sebagai presiden parti.
Tampak dalam pembentukan dan pengambil muka baru dilakukan Anwar Ibrahim tadi berimbangan dari kalangan parti-parti gabungan PH dan BN. Anwar juga berhati-hati dan menjaga hati semua pihak. Dari parti Amanah, Dr Dzulkifli dibawa semula semula sebagai menteri. Kemasukan Dr Dzulkifli itu tidak menambah jumlah menteri daripada Amanah dan ia sebagai pengganti kepada Allahyarham Salahuddin.
Adly Zahri timbalan menteri pertahanan yang dikira akan dinaikkan pangkat menjadi menteri namun tidak berlaku dan beliau kekal di Kementerian Pertahanan sebagai timbalan. Sebaliknya tempat ditinggal Salahuddin itu diganti oleh Armizan Mohd Ali yang memangku jawatan itu.
Manakala dari DAP, pengguguran Sivakumar Varatharaju sebagai Menteri Sumber Manusia diganti oleh Steven Sim. DAP beruntung kerana mendapat tambahan seorang lagi menteri Gobind Singh Deo yang dilantik menjadi menteri Digital.
Kesimpulannya rombakan kabinet hari ini tidak mempunyai signifikan untuk meperkukuhkan kerajaan sebaliknya lebih kepada pengisian jawatan dikosong yang ditinggal oleh Allahyarham Salahuddin Ayub sambil melakukan pertambahan anggota kabinet dari 28 orang 31 orang dan dalam situasi sama mengukuhkan kedudukan politik ketua parti politik masing-masing.
Kalau pun ada perubahan ketara dan bakal diperhatikan ialah kemasukan tokoh teknokrat Amir Hamzah Azizan bekas Ceo KWSP yang dilantik sebagai Menteri Kewangan ke-II yang akan bertindak membantu Anwar. Yang lain tiada apa-apa perubahan ketara. Sudah pasti prestasi Amir Hamzah akan dinilai dan KPI akan diletakkan buatnya.
Anwar memilih teknokrat untuk menjabat jawatan itu mungkin untuk memastikan hegemoni politiknya tidak tergugat dan terjamin daripada melantik individu dari kalangan parti politik yang tidak menjamin kedudukannya. Amir Hamzah sebagai teknokrat akan berkerja mengikut iktisadnya dan tidak memperhitungkan politik seperti mana Tengku Zafrul.
Sudah semestinya sebagai perdana menteri selain untuk melihat jemaah menterinya mantap dan melaksanakan tanggungjawab dengan mampan, beliau mahu mengawal kedudukan untuk tidak terdedah dengan manipulasi politik kepentingan mana-mana pihak. Sesungguhnya Anwar masih terus dilanda ujian dan kemampuan sebagai perdana menteri selepas ini kerana perubahan kabinet dilakukan itu tidak menjamin beliau diterima umum.
Apapun rombakan kecil kabinet dan membawa masuk beberapa bekas menteri itu Anwar berjaya menokhtah persoalan mengenai kabinetnya. Suara pahat pasti akan berbunyi selepas ini dan itu adalah lumrah, pahat berkokok selepas rumah siap. Namun setidak-tidaknya Anwar telah membaiki kedudukan "rumahnya" yang kuat dikritik pembangkang dan penganalisa politik sebelum ini.
Rombakan dan penyusunan kabinet baru itu pasti tidak memuaskan banyak pihak kerana apa yang mereka harap-harapkan khusnya menggugurkan menteri yang lemah dan digantikan dengan tokoh idola yang mereka harapkan tidak berlaku.























