HARAKAHDAILY KAKI FITNAH TANPA MOHON MAAF. KERAJAA. SELANGOR BOLEH SAMAN KALAU MELIBATKAN KERAJAAN NEGERI


 

RAKYAT KEDAH NI DAKWA SANUSI BAWA USTAZ KURANG AKAL...USTAZ TAPI KAKI. MERAPU DAN FITNAH

 


TURUN LA SANUSI...


 

PEMBOHONG....


 

DI SIASAT DAN PERTUDUHAN KEDUA MENIPU- TAK GUNA PUNYA LEBAI.PMBOHONG BANYAK ORANG.



 

MOHON MAAF PULAK TUKAQ LAIN AYAT DAN KONA....TAPI BETOI USTAZ..USTAZ TUJU PADA DAJJAL KAKI FITNAH...TERBAIK


 

PAS PARTI FITNAH DAN SERINGKALI KALAH SAMAN FITNAH


 

RAKYAT KELANTAN KENA TIPU


 

Malaysia komited berubah ke arah tenaga boleh diperbaharui

 



Malaysia akan meningkatkan penyertaan ke dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dengan pelaburan lebih besar pada dekad akan datang.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara juga bersetuju untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 45% menjelang 2030 berbanding tahap 2005.



"Usaha ke arah mencapai NDC kita telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Negara Dasar Tenaga 2022 – 2040.



"Dokumen dasar ini secara strategik menggariskan keutamaan bagi sektor tenaga pada masa akan datang. Ia meletakkan sektor tenaga sebagai pemangkin utama untuk pembangunan sosio-ekonomi dan akan memastikan rakyat Malaysia mampu memanfaatkan peluang yang timbul daripada peralihan tenaga untuk kekal berdaya tahan dan mampan.



"Untuk melaksanakan dasar ini dengan jayanya supaya mendapat hasil yang sepenuhnya daripada kemajuan sosio-ekonomi, kerajaan sedang membangunkan beberapa lagi pelan strategik. Yang paling penting ialah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) yang akan menggariskan strategi menyeluruh dan inisiatif berimpak tinggi untuk mempercepatkan usaha peralihan tenaga," kata Anwar dalam ucapannya pada persidangan antarabangsa Energy Asia 2023 edisi pertama di Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur pagi tadi.



Selain itu, katanya, Malaysia juga melihat gas asli cecair (LNG) penting sebagai campuran sumber tenaga rendah perlepasan karbon memandangkan LNG lebih bersih daripada petroleum atau arang batu yang mencemarkan alam sekitar.



"Kami menyedari kepentingan menguruskan pelepasan metana sebagai sangat mujarab dan telah komited untuk menyertai global dalam mengurangkan pelepasan sebanyak 30% menjelang 2030 berbanding tahap 2020," katanya.




                                        DS Anwar bertemu usahawan sektor tenaga diperbaharui dari Timur Tengah



Di samping itu, kata Anwar, untuk menjadi negara maju yang mapan Malaysia juga telah merangka pelan pembangunan keupayaan tenaga kerja, terutamanya golongan belia.



Katanya, Malaysia telah mengadakan kerjasama kerajaan - swasta dalam menyediakan latihan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional kerana modal insan yang betul dan dilengkapi kemahiran relevan menjadi sangat penting dalam memastikan kejayaan negara.



"Usaha dan inisiatif ini akan membuka potensi selanjutnya untuk ekonomi Malaysia, membuka peluang untuk pertumbuhan

untuk semua, selaras dengan rangka kerja Malaysia MADANI yang merangkumi enam nilai teras kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, kepercayaan dan penjagaan dan belas kasihan," ujarnya lagi.



Bagi Anwar, walaupun cabaran semakin meningkat, rantau ASEAN mempunyai inovasi, kepintaran, pemacu dan komitmen yang teguh untuk memberikan penghidupan yang lebih baik kepada rakyatnya.



Beliau berharap sidang yang mengumpulkan pakar pakar dari rantau ASEAN dan dunia itu akan menghasilkan resolusi yang membantu membentuk penyelesaian praktikal dan konkrit ke arah peralihan inklusif kepada teknologi bersih karbon dan menjadikan masa hadapan Asia lebih mampan.

 


ULANG TAYANG SEMULA SUPAYA KITA FAHAM TAKTIK PERSEPSI YANG DIGUNAKAN.




 INGAT BETUL BETUL ,JIKA GABUNGAN UMNO/PH INI BERJAYA, BERMAKNA SEMUA DUN BOLEH DITAWAN IKUT PERKIRAAN PRU 15. TAPI KITA PERLU FAHAM, GABUNGAN INI JUGA NANTI AKAN DIKUCARKAR KACIR DENGAN INDIVIDU INDIVIDU YANG BERADA DI DALAM DEMI KUASA DAN TAMAK HALOBA.



 

ADAT BERKAWAN

 

ADAT BERKAWAN

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 

Bagus kata kata ini...Idea siapalah agaknya

 

Dari kawan ada yang menjadi rapat.

Dari kawan ada yang menjadi sahabat.

Dari kawan ada yang menjadi kekasih.

Dari kawan ada yang menjadi isteri /suami.

Dari kawan ada yang menjadi ipar.

Dari kawan ada yang menjadi biras.

Dari kawan ada yang menjadi bisan.

Dari kawan ada yang menjadi mertua.

Dari kawan ada yang menjadi  madu.

Dan dari kawan ada yang menjadi lawan.

Itulah lumrah kita dalam berkawan...

 

Bila berkawan dengan ramai kawan ini...

 

Baru kita sedar...

Bukan semua kawan kita hidup sempurna...

Mungkin dia banyak duit...

TAPI ada broken famili...

Ada yang tak berduit...

TAPI ada keluarga yang bahagia...

Dari kawan itulah kita belajar sesuatu...

 

Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan- kawan...

Sampai bila2 takkan habis...

Namun disebabkan nak HUBUNGAN itu kekal panjang...

Kena 'fake'kan semuanya...

 

Fake smile...

Fake feelings...dan Fake emotions...

Kerana sayangkan kawan2...

 

Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa...

Sering tersenyum...

Tidak bererti dia tidak boleh terluka...

Kita sama-sama manusia...

ADA HATI dan PERASAAN...

 

Jadi, jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati...

 

Dalam berkawan kena ada satu prinsip...

Tak puas hati tanya depan2...

Jangan dengar dari orang lain sebab setiap lidah manusia itu ada 'RACUN' yang berbisa!!!

 

Demi mengelakkan dari salah faham dan permusuhan...

Tak kiralah jika kita ada kawan yang jenis nakal..

Masuk air kaa...

Suka buat lawak merapu sekali pun...

Jika dia seorang kawan yang baik...

Dia akan berani menegur salah dan silap kita!!!

 

Seorang kawan yang baik akan menerima teguran dari kawan2 sebaik2nya...

Dengan hati yang terbuka...

Lebih-lebih lagi tentang kebaikan dan mengingatkan kita kepada TUHAN...

 

Kawan ketawa memang ramai...

Kawan menangis sukar dicari...

TAPI mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah...

Namun siapa tahu, dalam diam mereka tetap mendoakan kita...

 

Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan2!!!

 

Suatu masa nanti...

Satu demi satu kawan akan meninggalkan kita...selama nya...🥲🥲🥲

 


Mmmmm..KASIHAN...




 

TERBAIK


PUAK PUAK INI KALAU CERAMAH BAB AGAMA KEMAIN. MEREKALAH YANG ALIM. BAB POLITIK NO WAHID MEMFITNAH SENANG SENANG. PENGAJARANNYA MUDAH. SAMAN ATAU LUCUTKAN SAHAJA WAKIL RAKYAT DAN PILIHANRAYA KECIL SEMULA.INI YANG KAMU PILIH SEBAGAI WAKIL KAMU.




 

TUUU DIA...APA PUNYA MANIFESTO

 


Jilaker punya manifesto pas janji bukan main lagi menyediakan 20,000 peluang pekerjaan pada trengganu yang mampu dilaksakan hanyalah MENYEDIAKAN BAS BAS untuk bekerja di Selangor..





CERITA YAKIN MENANG

 

Cerita yakin menang ni buatkan aku teringat satu gabungan tu sebelum PRU14 dulu. Dia punya yakin akan bentuk kerajaan memang another level. Kalau dengar pengerusi dia cakap, memang seram sejuk.

Tapi ditakdirkan, bukan setakat kalah tapi hilang deposit di hampir semua kerusi yang ditandinginya. Sampai digelar PHD - Parti Hilang Deposit. Rupanya Cerita saja gempak, tapi haprak. Apa pun tak boleh.

Cerita boleh menang besar ni memang satu cara meraih undi. Ada sesetengah pengundi yang buang undi untuk parti yang diyakini akan menang. Jadi tak usahlah terpedaya dengan cerita macam bagus sesetengah puak tu. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

RAKYAT SELANGOR MASIH BELUM ‘KABUR’


“Politik Azmin makin terumbang-ambing dan seperti sudah sampai ke penghujung. Mungkin juga Azmin akan berhadapan dengan isu-isu yang sukar ditepis jika beliau diletakkan sebagai ‘poster boy’. Semua ini serba mungkin dan menjadi tumpuan. “Presiden BERSATU, Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin menaruh harapan kepada Azmin untuk “menghadiahkan” Selangor kepada PN dan impian ini seperti angan-angan untuk memeluk gunung,” tambah Dahlan.



NASIB PENGKHIANAT, CHEGU BARD HATI2 SIKIT MULUT TU

Bila Amirudin Dah Mula Bersuara, Azmin Gerenti Akan Panas Telinga

🔥PANAS❗DENGAR❗APA KATA LOKMAN TENTANG PMX💥

PELARASAN TARIF ELEKTRIK: 99% PENGGUNA TIDAK TERLIBAT KENAIKAN

 




Pelarasan tarif elektrik bagi Semenanjung Malaysia yang bermula pada 1 Julai hingga 31 Disember ini tidak akan menyebabkan kenaikan tarif bagi 99% pengguna elektrik domestik.

Hal itu diumumkan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, semalam.

Manakala melalui Facebooknya hari ini, Nik Nazmi menegaskan pengguna domestik voltan rendah dan pertanian spesifik tidak akan mengalami kenaikan sebagaimana yang digembar gemburkan dalam media sosial pro pembangkang sejak sebulan lalu.

“Hanya 1% pengguna lebih 1,500 kwj iaitu bil lebih RM708 sebulan akan alami kenaikan kepada surcaj 10 sen/kwj. Itu pun kerajaan masih beri subsidi 58 juta untuk kategori ini,” katanya.

Sebaliknya, menurut Nik Nazmi kerajaan bermurah hati pula menurunkan surcaj kepada syarikat pengendali perkhidmatan air dan pembetungan daripada 20 sen/kwj kepada 3.7 sen/kwj.

Hal itu, katanya, bagi memudahkan penyedia kemudahan awam berkenaan menyerap sebarang kos kenaikan yang dialami dan tidak akan memohon untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka terhadap rakyat.

Pengguna domestik voltan tinggi dan sederhana juga, dalam kenyataan itu, alami penurunan surcaj dari 20 sen/kwj kepada 17 sen/kwj.



KENYATAAN TONY PUA TIDAK WAKILI DAP – ANTHONY LOKE

 

Kenyataan yang kurang menyenangkan terhadap komponen Kerajaan Perpaduan dikeluarkan oleh mantan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua sebagaimana dilaporkan media merupakan pendapat individu dan bukannya DAP.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata Tony Pua tidak lagi sebahagian daripada pimpinan DAP dan beliau bercakap dalam satu majlis di Petang Jaya kelmarin tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.

“Ucapan tersebut yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan (uncalled for).

“Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik.

“Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini,” kata Siew Fook dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luar.

“Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap di pentas DAP,” katanya lagi.



SAMAN ZURAIDA BUKTI PKR PELIHARA MANDAT RAKYAT


 Tuntutan RM10 juta dari KEADILAN ke atas bekas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menjadi bukti parti yang diasaskan oleh gerakan rakyat sejak 24 tahun lalu itu mempunyai komitmen tinggi dalam memelihara mandat rakyat.

Bagi Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek, keputusan mahkamah semalam adalah pengajaran kepada mana mana pemimpin KEADILAN untuk tidak sewenang wenangnya melanggar syarat bon parti yang wajib ditandatangani mereka sebelum menjadi calon pilihanraya.

“Keputusan ini jelas merupakan kemenangan yang berpihak kepada rakyat yang memberikan mandat kepada individu individu yang bertanding di bawah tiket parti.

“Perbuatan khianat dan kacau ganggu demokrasi telah pun meletakkan negara di kancah ketidakstabilan politik dan ekonomi serta kos sebenar (kerugian negara) adalah melangkaui jumlah RM10 juta itu pada dasarnya,” kata Fadhlina dalam satu kenyataan.

Tegas Ahli Parlimen Nibong Tebal tersebut, KEADILAN akan terus memelihara sistem demokrasi berparlimen dan tidak akan mensia siakan sokongan rakyat kepada parti itu atau mana mana calonnya

“Sistem demokrasi berparlimen harus dipelihara dalam apa juga keadaan sekali pun.

“Perbuatan beralih dari satu parti ke satu parti hanya atas kapasiti kepentingan peribadi wajib dinokhtahkan sekarang

“Ini merupakan signal jelas kepada rakyat bahawasanya KEADILAN komited dalam memelihara mandat yang diberikan,” katanya lagi.



ABIM MAHU PELAJAR INTERN DIBAYAR


 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pihak industri di negara ini segera mempertimbangkan elaun sara diri berpatutan bagi pelajar yang menjalani latihan industri atau ‘internship’.

Menurut Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, luahan kebimbangan seorang pelajar universiti awam baru baru ini sama ada beliau dapat bertahan sepanjang menjalani internship pada bulan Oktober 2023 sepatutnya diberi perhatian serius.

“ABIM menggesa Kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia meneliti isu ini supaya ia mendapat pertimbangan sewajarnya.

“ABIM menegaskan ‘intern’ tidak boleh dianggap sebagai buruh percuma, malah telah dibangkitkan dalam Persidangan Buruh Antarabangsa pada Jun 2023 di Geneva supaya majikan tidak memberikan bayaran yang terlalu rendah terhadap pelajar yang sedang menjalani latihan industri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Faisal berkata, ABIM menyedari elaun bagi pelajar intern tidak wajib di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265).

Namun katanya, dalam negara Madani yang mengutamakan prinsip Ihsan dan ekonomi manusiawi sebaik baiknya majikan mempertimbangkan sejumlah kewangan kepada pelajar untuk menampung kos minimum perjalanan atau perbelanjaan harian pelajar berkenaan, selain insentif peralatan seperti komputer riba dan sebagainya.

“ABIM juga dalam hal ini menyarankan para pelajar mendapatkan maklumat berkenaan tempat latihan intern terlebih dahulu supaya isu bayaran elaun dapat diatasi di peringkat awal, serta tempat intern adalah bersesuaian dengan bidang pengajian.

“ABIM turut menggesa pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk membantu menjadi pemudah cara dengan pihak industri, seperti memastikan tempat praktikal adalah kondusif dan selamat untuk pelajar menimba dan menjana pengalaman berharga,” katanya lagi.



TINGKATAN ENAM TIDAK PERLU IKUT CARA BELAJAR SEKOLAH


 YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika Majlis Minum Petang bersama Diaspora Malaysia di Hotel Shangri La, Bangkok pada 9 Februari 2023. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pic

Tingkatan enam tidak perlu ikut cara belajar sekolah



Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terlalu diikat dengan peraturan sekolah, sebaliknya perlu diberi sedikit kelonggaran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjawab soalan diajukan seorang pelajar pada Program Temu Anwar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai petang semalam, Anwar berkata, Tingkatan 6 adalah pascasekolah dan budaya perlu diubah dengan tidak lagi dilayan seperti sesi persekolahan biasa.

Jelasnya, ramai pelajar Tingkatan Enam pada sesi dialog sebelum ini telah mengeluh mengenai peraturan dan budaya lama persekolahan lalu mengusulkan agar ia diubah.

“Tingkatan Enam, kita perlu tentukan kaedah supaya cara guru melayani (pelajar) dan suasana yang perlu diberi banyak ruang untuk mereka lebih bebas, berinteraksi dan tidak seperti peraturan sekolah.

“Jadi ada cadangan supaya tak semestinya ia kolej berasingan. Kalau pun sebahagian daripada (kawasan) sekolah tetapi jangan terikat dengan peraturan sekolah dan beri sedikit kelonggaran,” tambahnya sambil berkata akan membawa perkara itu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Sementara itu pada program serupa, Anwar berkata kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mempertimbangkan untuk memulakan projek hospital universiti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau berkata, projek hospital universiti antara dua permohonan mendesak yang diperlukan oleh universiti berkenaan selain kolej kediaman.

 


FAHMI. TOLONG JANGAN CAKAP SAJA. PRN: SKMM BERTINDAK TEGAS KEKANG FITNAH PEMBANGKANG

 



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan lebih tegas terhadap penyebaran sebarang bentuk fitnah di media sosial terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil (KKD) berkata selain memastikan penguatkuasaan lebih tegas pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan penyedia perkhidmatan media sosial, termasuk Telegram dan TikTok dalam mengekang fitnah.

“Kita mengadakan pertemuan dengan TikTok pada hujung tahun lalu dan awal tahun ini, selain pertemuan dengan pihak Telegram baru-baru ini (19 Jun).

“Alhamdulillah kerjasama dengan penyedia perkhidmatan media sosial setakat ini sangat baik. Selain itu, kita juga melihat ada keperluan untuk melakukan pertemuan dengan Meta.

“Kerjasama yang baik antara polis, SKMM serta penyedia platform perkhidmatan media sosial amat penting bukan sahaja untuk mengekang fitnah tetapi untuk memastikan ia tidak disalah guna,” katanya.

Fahmi berkata begitu pada sidang media selepas program pra-pelancaran komuniti Madani di Dewan Wawa di Kota Bahru pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, terdapat keperluan untuk meneliti pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia agar SKMM mempunyai lebih kuasa dalam isu berkaitan.

Hal itu jelasnya bagi memastikan tidak berlaku provokasi atau fitnah membabitkan elemen 3R (“race, religion, royalty”) selain menghalang agama dan institusi raja-raja dipolitik dan diperolokkan.

“Kita lihat fitnah serta maklumat yang salah ini akan membina persepsi buruk selain tohmahan terutama membabitkan elemen 3R perlu dikekang. Selain menangani fitnah, perkara ini juga perlu untuk mengekang salah guna jenayah siber.

“Saya berharap perkara ini dapat dilakukan menjelang hujung tahun ini,” tambahnya.

 


PERCAYA LAGI KAH PADA LEBAI NI


 

RANGKUMAN FITNAH DARI PUAK PUAK YANG TAK ADA OTAK- JOM KITA LIHAT


 

SEMBANG IKUT PARTI TAPI APA PUN HANGPA TAK SUMBANG.


 

USTAZ... AWAT BODO SANGAT


 

USTAZAH MAZNAH PERSOAL TINDAKAN SHEIKH INI. BAGAIMANA PULA DENGAN GERAKAN DIDALAM PARTI MEREKA.


 

KENYATAAN HADI AWANG ?


 

KUTUK PN PAS PUN KO. KE LAUT


 

TEMPAT DIA PUN ORANG TOLAK..


 

TAK ADA SISAT DULU KAH


 

ISU TUNGGANG AGAMA


 

Saifuddin Nasution - Ucapan Penuh Di Majlis Pelancaran Jentera Angkatan ...

BYE BYE PALING MAHAL DALAM DUNIA. WORLD RECORD


 

KENAPA TIDAK ISHAM JALIL SAJA YANG CADANGKAN SUPAYA UMNO BERPISAH DENGAN DAP?

 


Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil, sambil membidas bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua kerana menggelar BN sebagai ‘pakatan korup’, turut mencadangkan agar DAP segera meninggalkan UMNO.

Menurutnya, Tony Pua dalam hal ini boleh memberi cadangan kepada pemimpin parti DAP supaya meninggalkan UMNO daripada kerajaan perpaduan sekiranya parti itu dilihat terlalu korup.

“Jika UMNO ini korup dan kotor sangat, tidak perlu tunggu PRU16.

“Sekarang pun kamu boleh cadang kepada pemimpin DAP untuk tinggalkan UMNO daripada kerajaan perpaduan.

“Saya ‘ok’ sahaja jadi pembangkang. Jika tidak kerana titah Yang di-Pertuan Agong dahulu, UMNO dan BN memang bersedia untuk jadi pembangkang selepas PRU15 tempoh hari.

“Kamu sedia jadi pembangkang?” tanyanya kepada Tony Pua.

Berita penuh di sini – https://pru.sinarharian.com.my/info-berita/8700/bn-sedia-jadi-pembangkang-dap-boleh-tinggalkan-umno—isham

Apalah punya pemikiran pemimpin UMNO yang seorang ini?

Kalau benar kamu ok jadi pembangkang, kenapa mesti menyarankan agar DAP yang meninggalkan UMNO?

Bukankah kamu salah seorang ahli MT UMNO, kenapa tidak cadangkan saja kepada UMNO agar keluar daripada kerajaan perpaduan dan memisahkan diri daripada DAP jika terguris hati dengan teguran Tony Pua itu?

Mengapa pula mesti Tony Pua yang mencadangkan kepada DAP agar meninggalkan UMNO?

Lagi pun, Tony Pua bukan berada dalam barisan kepimpinan tertinggi DAP, jadi tiada saluran untuk dia berbuat demikian.

Kamu yang ada saluran, buatlah jika benar-benar sedia sangat mahu jadi pembangkang.

Dan jangan tanya DAP sama ada ok atau tidak jadi pembangkang, parti itu sudah sekian lama pun memang jadi pembangkang pun.

Tapi tanya UMNO dan Zahid Hamidi dulu, benar-benar ok atau tidak jadi pembangkang? – ShahbudinHusin 25/06/2023.


SALAHKAN PMX BERGURAU MINTA NOMBOR TELEFON?

 

Menjadi bualan ramai di alam maya dan alam nyata sejak semalam tentang gurauan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kepada seorang pelajar perempuan dalam program “Temu Anwar” di Nilai, Negeri Sembilan.

Ramai juga rakan dan kenalan menghubungi saya untuk bertanyakan perkara yang sama.

Dalam gurauannya selepas pelajar berkenaan, yang dikenali sebagai Adriana yang dengan petah bertanyakan soalan kepadanya, Anwar berkata – “Jika saya lebih muda, saya akan meminta nombor telefon anda.”

Anwar kemudian berkata, beliau hanya bergurau sambil memberitahu isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menonton siaran langsung tersebut.

Salahkah Anwar bergurau demikian?

Bergurau sedemikian dalam acara sosial di depan dua tiga kenalan barangkali masih boleh diterima dan difahami sekadar suka-suka serta modal untuk ketawa, tetapi melakukannya di depan ribuan hadirin, di pentas terbuka yang disiarkan secara langsung dan pelakunya pula seorang Perdana Menteri, ia memang tidak wajar dan tidak manis sama sekali.

Seorang Perdana Menteri adalah ketua kerajaan dan dalam acara sedemikian, Anwar harus menunjukkan watak seorang pemimpin yang serius terhadap tugas serta tanggungjawabnya dan menjawab soalan yang ditanyakan tanpa melencong kepada apa juga maksud lain.


Beliau boleh bergurau, tetapi hendaklah bergurau dengan matang dan tidak bersifat seksis atau seperti ada keinginan lain dalam jiwa yang ingin dipenuhinya.

Perdana Menteri mesti fokus dan serius kerana yang hadir hanya ingin mendengar jawapan, idea dan wawasannya tentang negara ini.

Seorang orang politik pula berkata, dalam keadaan OPR naik, ringgit jatuh teruk dan rakyat mengeluh macam-macam, bagaimana Anwar masih boleh bergurau seperti itu?

Lagi pula, dalam usia melebihi 76 tahun dan anak-anak muda yang hadir dalam program “Temu Anwar” itu lebih umpama anak serta cucunya, gurauan yang memperlihatkan kegatalan lebih menampakkan kejengkelan daripada untuk menghiburkan.

Yang berada dalam program itu pun hadir bukan untuk mendengar Perdana Menteri melakukan gurauan, tetapi mahu mendengar idea dan pemikiran daripadanya.

Kalau mahu ketawa dan berhibur, sudah tentu pilihan mereka ialah menonton lawak jenaka Sepahtu atau sitcom komedi yang lain.

Najib Razak dan Ismail Sabri Yaakob ketika menjadi Perdana Menteri, usia kedua-duanya jauh lebih muda daripada Anwar, namun tidak pernah kita mendengar atau melihat mereka bergurau seperti itu kepada kaum wanita di mana-mana program sekali pun.

Apa yang tidak manis lagi ialah ini bukan kali pertama Anwar cuba bergurau seperti itu dalam acara bersama anak-anak muda.

Dalam program bersama anak-anak muda yang dihostkan oleh artis Amelia Henderson di KLCC tidak lama sebelum ini, Anwar juga didapati melakukan gurauan yang hampir sama maksudnya.

Sebaik Amelia yang cantik manis itu bertanyakan soalan kepadanya, Anwar berkata – “Bila Amelia tanya soalan, saya perhati dia, saya lupa soalan”.

Anwar kemudian berkata, bellau hanya bergurau dan memaklumkan Dr Wan Azizah sedang menonton program berkenaan.

Adakah setelah dua kali bergurau dengan memperlihatkan kecenderungan yang sama, Anwar boleh dinilai benar-benar bergurau?

Selain itu, Anwar juga dikenali sebagai tokoh pejuang Islam yang dikenali di dalam dan luar negara sejak sekian lama, dengan cop paling melekat di kepala setiap kita ialah sebagai bekas Presiden Abim.

Kerana ketokohannya juga, beberapa ulama dan tokoh Islam besar dunia telah datang ke negara ini, antaranya Habib Umar, Dr Ali Juma’ah dan ramai lagi.

Malah, jika Yusof Al-Qardawi masih hidup ketika ini, sudah pasti beliau menjadi ulama besar yang pertama datang ke Malaysia untuk meraikan menjadinya Anwar sebagai Perdana Menteri.

Maknanya, Anwar adalah seorang yang hebat serta tiada tandingan dari segi pengaruh, ketokohan dan kenalannya di kalangan ulama dan ilmuan Islam di seluruh dunia.

Bak kata orang Indonesia – tidak pantas begitu Pak perilaku seorang tokoh Islam yang dikenali seantero dunia.

Tulisan ini bukanlah suatu kritikan atau serangan yang bermaksud tidak baik kepada Anwar, tetapi lebih berupa teguran membina kepadanya agar di lain masa lebih berhati-hati jika ingin mengusik dan bergurau senda, terutama kepada golongan wanita.

Lebih-lebih lagi sebagai Perdana Menteri yang ada imej Islam melekat kukuh pada dirinya, sikap berhati-hati itu sepatutnya menjadi pendinding utama kepada Anwar ketika ini. – ShahbudinHusin 26/06/2023.