Jangan buang masa......
Jika DAP dan Amanah terus melayani karenah Mahathir yang ditentang sendiri oleh pemimpin dan rakyat Borneo dari idea terbarunya... PKR kena jalan terus.
Sebagai pemerhati politik saya anggap sudah ke tahap bodoh pemimpin DAP dan Amanah melayani Tun dan ingin membawa ke mesyuarat parti mereka hasil perbincangan bersama Tun yg memilih Syafie Apdal menjadi PM.
Hairan bagaimana LGE dan rakan akrabnya Mat Sabu tidak menyanggah pendapat Tun yg patut ditolak mentah2. Ia berdasarkan faktor Syafie Apdal bukan anggota PH, malah beliau hanya mempunyai 9 MP dan partinya hanya di peringkat negeri boleh dilantik menjadi PM. Lebih teruk bagaimana Timbalan TPM 2 pula dilantik dari org yg tidak berparti ( gelendangan politik ).
Apa yg difikirkan LGE dan Mat Sabu sampai begitu begitu sekali. Patut TPM 2 mestilah lantik Mat Sabu atau mungkin lebih layak Salahuddin Ayob.
Lupakan sahaja nak dpt mandat rakyat cara begini. Utk ahli PKR kalian fokus pada parti kalian. Kita nak tgk ke mana Tun nak bawa DAP dan Amanah. Kedua mereka ini tidak belajar dari sejarah Tun Musa Hitam dan TS Mohamed Rahmat. Kata P.Ramlee mereka dah nak kena jual.
Buat PKR gunakan segera Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli, Ezam Mohd Nor, Mustapa Mansor, Iswardy Morny, Fahmi Fadzil, Nurul Izzah utk menggerakkan jentera PKR. Ia agak mudah memberi penerangan kerana mengikut kajian UIA mereka yg mengundi PH kebanyakkan golongan intelektual.
Saya melihat PKR ada kelebihan kerana rakyat mahu pembangkang melawan secara total kerajaan kleptokrasi. Sedangkan kini mengikut kajian seorang Prof penerimaan org Melayu terhadap Tun sgt rendah kerana pengkhianatan yg dilakukan beliau.
Kajian melalui undian juga menunjukkan antara Anwar dan Mahathir 90% menunjukkan mereka lebih mempercayai Anwar.
Saya bimbang jika PKR terikut ikut rentak Mahathir 'buy time' dan cuba memecah belahkan PH... ia hanya merugikan PH dan PKR.
Malah terlalu byk isu yg boleh dimainkan atas kelemahan kerajaan PN sekarang ini. Bukan sahaja kelemahan tetapi perpecahan antara PN dan BN memberi byk kelebihan kpd PKR sendiri.
Andaikata berlaku pertandingan 4 penjuru antara Bersatu, BN, PKR dan (Tun, Amanah, Warisan dan DAP )... PKR mempunyai kelebihan sepertimana berlaku kpd PRU 14 yg lalu.
Yg penting nama2 panglima PKR ini mesti bermula dari skg berkempen kenapa mereka menolak PN , BN dan team Tun Mahathir. Gunakan media sosial sebaik mungkin. Nama2 ini adalah pemidato yg hebat selain Anwar Ibrahim sendiri yg hebat berhujah.
Jgn tunggu lagi segala kemungkinan boleh berlaku dlm politik negara. Bagus bersedia daripada melayani perkara yg hanya membuat kalian lemah.