1. Memilih Tun M sebagai PM samalah dengan memilih Azmin menjadi PM. Tun akan ‘serahkan’ jawatan PM kepada Azmin selepas enam bulan atau setahun. Untuk tujuan itu, komplot mereka akan mewujudkan misi seperti Langkah Sheraton 2.0.
2. Azmin adalah pilihan Tun yang sebenar. Bukan Muhyiddin. Apatah lagi Anwar yang kononnya ditawarkan sebagai TPM.
3. Komplot Azmin-Tun telah berlaku lama untuk menghalang Anwar menjadi PM dengan cara apa sekali pun. Keadaan politik Malaysia yang kucar-kacir hari ini berpunca daripada Tun dan Azmin.
4. Sentimen untuk mengembalikan mandat rakyat telah digunakan Tun untuk menumbangkan Muhyiddin. Ia adalah permulaan untuk mengangkat Azmin sebagai PM. Bukan untuk mengambalikan PH menjadi kerajaan yang stabil.
5. DAP dan Amanah telah termakan umpan Tun. Kedua parti itu sanggup mengenepikan Anwar dan “membuka opsyen lain.”
6. Ia sekaligus menunjukkan sikap sebenar DAP dan Amanah terhadap setiakawan Anwar selama lebih 20 tahun. DAP telah kembang hidung apabila beberapa kali dipuji oleh Tun sebelum ini.
7. Tujuan memuji DAP kerana mahu mendapat sokongan daripada DAP yang kini merupakan parti terbesar dalam PH. DAP dan Amanah sangat terdesak untuk kembali berkuasa sehingga keliru dengan tipu muslihat Tun-Azmin.
8. Apabila Tun menamakan Shafie Apdal sebagai calon PM, ia menjadi langkah seterusnya untuk memecah-belahkan PH selepas cara pertama gagal.
9. Dengan perpecahan PH dan menguasai DAP dan Amanah, Tun akan merampas dan menguasai PH untuk membawa masuk parti-parti lain yang tidak mahu bersama Anwar sebelum ini. Semua parti itu akan digunakan untuk menekan Muhyiddin dan mengangkat Azmin.
10. PKR akan ditendang keluar dari PH.
11. Dalam masa sama, Azmin pula akan terus memainkan peranan di dalam PN untuk dilihat terus ‘menyokong’ Muhyiddin.
12. Kalau semua usaha Tun untuk memberi tekanan dan membunuh Muhyiddin dari luar gagal, Azmin masih boleh mengharap Muhyiddin menyerahkan kuasa kepadanya suatu hari kelak. Azmin pula sedang membeli sokongan di dalam PN dengan cuba menguasai PAS, beberapa MP UMNO, GPS dan Warisan.
13. Dia sedang menjadi diktator muda untuk menggantikan diktator tua.
#demirakyat