Dalam kes Fikah dulu, ada walaun berhujah, konon untuk membela Mokhtar Senik, yang Fikah adalah perangkap yang sengaja dipasang oleh Alex untuk memerangkap Moktar.
Aku tak bantah kalau nak katakan ia perangkap. Tapi kenyataannya, cerita itu bukan fitnah. Ia kisah benar dan jelas lagi nyata yang Mokhtar Senik mempunyai aras moral yang rendah.
Dan dalam kes Leena ini, kalau diperhatikan, kedua pihak, Alex dan Mokhtar, berbicara tentang perkara yang berbeza.
Alex membongkarkan sifat jengkil Mokhtar yang bermesej lucah. Pada Alex, itu adalah tanggungjawabnya mendedahkan sikap buruk seorang yang menggelarkan dirinya ulama.
Di pihak Mokhtar pula, tiada sebarang penafian. Bahkan Mokhtar hanya menitik beratkan soal aibnya dibuka. Dalam erti kata lain, Mokhtar akui dia ada melakukan perbuatan itu dan hanya marah kerana ianya terbongkar.
Dalam posting mengenai munajatnya, juga Mokhtar tidak menyebut dia difitnah. Sebaliknya Mokhtar mengatakan yang maruahnya telah diinjak. Apakah ini bermaksud benar Mokhtar melakukan perbuatan itu?
Seorang ustaz Pas pernah berkata orang yang solat tetapi masih melakukan dosa bererti solatnya tidak betul. Habis kalau ulama, membawa maksud orang yang berilmu, berbuat perbuatan begini? Adakah solatnya juga tidak betul. Adakah ilmunya juga tidak betul?
Benar Mokhtar juga manusia, punyai nafsu. Tetapi Mokhtar mengaku dirinya ulama. Sepatutnya ilmu yang dimilikinya mampu menjadi perisai menghalang dia melakukan kejelekan begini.
Bahkan Mokhtar gunakan kedudukannya untuk menggoda wanita. Mengajak melakukan zina (berdasarkan tangkap layar yang tidak dinafikan oleh Mokhtar). Ulamakah begitu?
Tambah lagi Mokhtar begitu kerap menaikkan posting menghina orang lain. Dituduhnya khadam kafir, munafik, musuh Allah dan sebagainya sedangkan kelakuannya sendiri seolah khadam syaitan.
Apa yang paling aku pelik, individu yang beriya mempertahankan Mokhtar. Mulanya kena klon. Kemudian kena pukau. Terbaharu, admin pula yang bermesej dengan Leena.
Dari gayanya, individu itu arif bahawa Mokhtar melakukan perkara tersebut. Kerana itu berbagai cara dia cuba buktikan Mokhtar tak bersalah. Di manakah moral orang yang sebegini?
Tidak takutkah dengan dosa bersubahat? Bukan setakat bersubahat dalam hal maksiat (menghampiri zina), bahkan bersubahat menggunakan Islam untuk menipu orang awam.
Kesimpulannya, posting Mokhtar mengenai mahu berdoa minta orang yang memalukannya agar mati tidak begitu menakutkan. Allah tidak tidur dan Allah Maha Mengetahui.
Allah bukan milik Mokhtar dan Allah tidak berkhidmat untuknya. Sesungguhnya Allah Maha Adil. Mungkin sebagai jawapan kepada doa Mokhtar, kita berdoa bersama...
Sekiranya kisah Leena ini bukan fitnah, semoga apa saja doa keburukan yang Mokhtar pohon kepada orang yang dia dakwa mengaibkannya, dikembalikan kepada dirinya.
Aamiin.
- R a j a G e l a p -