Pengguna masih dapat subsidi, jadi siapa sebenarnya terjejas bila diesel mahal?


 


Isu lonjakan harga diesel hangat diperkatakan, sehingga tersebar dakwaan ia telah membebankan golongan tertentu seperti pesawah dan nelayan.

Di sebalik naratif “diesel mahal” itu, kerajaan sebenarnya masih mengekalkan subsidi bersasar kepada beberapa sektor penting termasuk nelayan, pengangkutan awam dan lori barangan.

Mengikut data Kementerian Kewangan, nelayan masih menikmati diesel pada harga RM1.65 seliter, manakala pengangkutan awam pada RM1.88 seliter dan lori pengangkutan barangan RM2.15 seliter.

Bagi pemilik kenderaan diesel individu, kerajaan turut menyediakan bantuan tunai melalui program BUDI bagi mengurangkan kesan kenaikan harga.

Untuk rekod, bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026, harga diesel mencatatkan peningkatan sebanyak 80 sen kepada RM5.52.

Namun, tidak semua pengguna membayar harga yang sama.

Terdahulu, tersebar dakwaan kononnya petani dan pesawah, termasuk di Pantai Timur marah kepada Kerajaan MADANI susulan kenaikan harga diesel.

Sedangkan sektor pertanian sebenarnya tidak terjejas dengan kenaikan harga diesel kerana kerajaan telah melaksanakan subsidi diesel bersasar khusus bagi melindungi petani atau pesawah.

“Diesel Malaysia paling mahal atau sekadar naratif malas semak fakta? Sedap bunyi bila ulang-ulang. Tapi hakikatnya, ia separuh benar.

“Betul kah Kerajaan naikkan harga diesel secara total? Hakikatnya, setiap liter diesel: Nelayan masih bayar RM1.65; Bas awam RM1.88; Lori barang RM2.15. Rakyat yang memiliki kereta diesel pula ada bantuan tunai. Jadi mahal untuk siapa sebenarnya?

“Masalahnya bukan harga semata.Masalahnya ada yang suka ambil satu angka, terus buat kesimpulan,” demikian ulasan ISLAH berhubung isu ini.


Lelaki terpaksa bawa keranda ke stesen minyak demi buktikan beli diesel bukan untuk sorok


 

 

Seorang pengurus mayat terpaksa membawa keranda mengandungi jasad ke sebuah stesen minyak sebagai bukti bahawa pembelian diesel dilakukan untuk tujuan pembakaran bukan mahu menyorok bahan api.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di wilayah Chonburi, Thailand selepas stesen berkenaan enggan menjual minyak termasuk diesel di dalam bekas sebagai sebahagian daripada langkah anti-sorok.

Pengurus mayat dikenali sebagai Preecha itu memaklumkan bahawa beliau sebelum ini membawa sebuah bekas 18 liter ke sebuah stesen di Lebuhraya 344, perbandaran Ban Bueng untuk membeli diesel.

Namun kakitangan di stesen minyak itu memberitahu bahawa mereka tidak dapat menjual bahan api dalam bekas pada waktu itu kerana terdapat sekatan untuk menghalang aktiviti menyorok bekalan.

Preecha tetap dihalang walaupun sudah menjelaskan bahawa diesel itu diperlukan untuk pembakaran mayat membabitkan keluarga berpendapatan rendah yang bergantung kepada sumbangan untuk menampung kos bahan api.

Pengurus mayat itu tidak mengalah sebaliknya kembali ke stesen sama keesokkan harinya dengan membawa keranda mengandungi mayat serta bekas bahan api sebagai bukti beliau tidak berniat menyorok diesel.

Keranda itu turut dibuka untuk ditunjukkan kepada kakitangan stesen yang kemudian memaklumkannya kepada pengurus lalu memberikan persetujuan untuk mengisi bekas bahan apinya dengan minyak diesel.

Difahamkan, Preecha bekerja sebagai pengurus mayat sejak 2005 dan membeli diesel dalam bekas dari stesen sama secara berkala selepas kuil beralih menggunakan diesel daripada tungku kayu.

Sehubungan dengan itu, Preecha menggesa pengendali stesen minyak untuk mempertimbangkan pengecualian terutamanya bagi kuil yang memerlukan bahan api untuk pembakaran mayat, serta buat petani bagi mengendalikan mesin ketika musim tuaian.




KJ mampu tumpaskan PAS di Kepala Batas, PAS kurang selesa KJ masuk Umno


 

WAN FAYSHAL SURUH PILIH, KEM HAMZAH KE KEM MUHYIDDIN?


 

MAT SABU FOKUS BERAS, LEMBU & KAMBING


 

MANUSIA MAKAN HASIL FITNAH INI PUN MENJADI PUJAAN WALAUN.


 

RAKAMAN GAMBAR PEMANDU MABUK LANGGAR ORANG. .



Zainuddin Omar











 Gambar ini merakam detik tragis apabila seorang pemandu mabuk melanggar penunggang motosikal hingga meragut nyawanya.


Di negara Barat, kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dianggap sangat serius. Penguatkuasaan ketat dan pemeriksaan rambang dilakukan secara konsisten.


Di Malaysia, undang-undang sebenarnya tidak kurang tegas, tetapi penguatkuasaan secara rawak masih belum meluas.


Jika kemalangan melibatkan kematian atau kecederaan, hukumannya amat berat:


• Penjara sehingga 15 tahun

• Denda RM50,000 hingga RM100,000

• Larangan memandu 10 tahun atau lebih


Namun, di sebalik angka dan hukuman ini, ada harga yang jauh lebih mahal.


Seorang anak kehilangan ayah.

Seorang isteri kehilangan suami.


Semuanya berpunca daripada satu keputusan - memandu dalam keadaan mabuk.



NAK CERITA 4 MB YANG GAGAL.

 


Bukti jelas lebai tak faham pun isu global. Tatkala 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 dihimpit krisis tenaga, ketika bekalan bahan api 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 kritikal, dia boleh anjurkan 𝗸𝗼𝗻𝘃𝗼𝗶? Ni konvoi semua kenderaan EV ke apa?



Banyak negara sudah surut stok bahan bakar mereka. Cuma kita antara yang bernasib baik. Sebab itulah kerajaan berusaha nak jimatkan penggunaan bahan bakar supaya dapat kurangkan kesan pada ekonomi.


Tiba-tiba lebai nak buat konvoi. Dan tentulah konvoi ni akan libatkan 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶. Ini boleh cepatkan bekalan petrol negara habis. PAS memang nak sabotaj ekonomi negara ke? Ataupun memang 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵?


Kalau krisis tenaga pun tak boleh faham, isu global pun tak boleh hadam, macamana nak memerintah negara? Patutlah masa jadi kerajaan dulu rakyat tak makan tapi dorang sibuk 𝗿𝗲𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶!


4 orang MB yang gagal majukan negeri. Tak mampu nak buktikan kecekapan memerintah. Akhirnya cuma mampu buat acara membazir sebegini. Sanggup dia sabotaj ekonomi negara demi politik. Begini, kalau tak bodoh, sah iblis. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TERKINI


 

IRAN BENARKAN..


 

PAKAI VELLFIRE... TAPI ALAHAI...


 

PAS MENUAI HASIL PERJUANGAN TETAPI TIDAK MERASAI NIKMAT BUAH YANG DIJOLOK.







Saya sediakan analogi mudah.


Benih PAS yang semai, pokok PAS yang siram dan baja. Pokoknya tumbuh subur dan dijaga tanah pula digembur. Pokok sudah berbuah, galah pula tidak sampai. Akhirnya mohon pertolongan Pakcik DAP. Hampir sampai jolokan...tiba-tiba galah bertukar tuan.


UMNO juga yang untung, tak perlu jolok buah, buah yang gugur sendiri...


Galah yang sama diguna untuk jolok Muhyiddin sehingga jatuh tersungkur...


PAS yang angkat DAP ke puncak kuasa, solat hajat, makan setalam, ajak baca Quran. Bila DAP jadi kerajaan atas makbul doa dan pertolongan PAS, DAP tidak bersama PAS..ini dinamakan melePAS.


Maka DAP Kenang jasa punya Olang, oleh kerana jasa PAS kepada DAP tidak boleh dinafikan, maka DAP Bantu PAS peroleh RM400 juta. Wah...manyak ong maa..


Maka belilah unta merah...sedap sungguh naik kereta baru, kita pusing Kota Bharu.


Sekian laporan saya...





Begitulah tuan-puan.









Hari ni tiba-tiba Ketua Pemuda PAS berlakon jadi terpaling tunggang isu pemandu mabuk pula.


Seperti biasa, PAS hanya bising kes kematian melibatkan pemanduan mabuk (alkohol & dadah) ni, bila berlaku  di negeri Madani je.


Bukan sahaja PAS, bahkan hari ni semua tiba-tiba pakat marah Madani pula. Dari influencer, ustaz, mualaf, pendakwah, peguam, rektor, doktor semua pakat beri 'idea' agar kerajaan Madani ambil tindakan tegas itu ini siap cadangan beri pampasan lagi,  hanya disebabkan berlaku kes kematian akibat pemandu mabuk semalam yang berlaku di negeri Madani.


Betul, tak salah pun beri 'idea' tu.


Cuma, kenapa bila ada kes yang sama berlaku di negeri PAS, di mana suara anda semua masa tu?


Juga, dii mana suara Ketua Pemuda PAS bila ada kes pemandu mabuk di Kedah?


Tahun lepas pun ada pemandu mabuk di Langkawi rempuh orang ramai, takkan dah lupa kot?


Macam kes kuil haram juga la, takde siapa pun yang mahu dedah kuil-kuil haram di negeri PAS.


Bila aku dedah kuil-kuil haram di negeri PAS, aku pula dikatakan selek.


Hipokrit betul.


Apa-apa pun, aku bersetuju dengan semua 'idea' yang dilontarkan oleh anda semua, dan semoga kerajaan Madani ambil cakna dengan cadangan yang diberikan.


Dan jangan lupa, penjualan arak masih dihalalkan di kesemua negeri PAS, dan arak paling murah di Malaysia, boleh dibeli di negeri PAS.


:)




BUNUH SAJA.

 


Saja nak usik walaun.. kalau yg langgar tu melayu, yg kena langgar dan mati tu pun  melayu, kena hukum bunuh juga ke??





LETAK 10 TAHUN 15 SEBATAN.



 Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal direman empat hari


Polis berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


*Baca berita selanjutnya di ruangan komen








KITA BERURUSAN DENGAN BANGSA ISRAEL YANG SANGAT JAHAT


 

DEPA TAK MACAM KO LA LEBAI



 Hahahaha... Penerima STR tu kalau pakai kereta pun, kereta proton saga yg buruk, minyak tak habis pun 50L sebulan.




BILA KAKI HASUT PERKAUMAN BERSUARA. KENAPA TAK TANGKAP JA ..DIA BUKAN BAGI SOLUSI..DIA HASUT




 Kemalangan maut libatkan pemandu mabuk ni bukan hanya berlaku sekarang, dari dulu berlaku.. 






Tapi sebab kesumat, diheret isu kaum.. 


Sepatutnya yang dihukum individu yang buat salah.. bagilah hukuman maksimum.. Penjara mandatori dengan tempoh yang lama dan sebat!


dan perlu fight untuk keraskan lagi hukuman supaya tiada lagi ‘binatang’ yang sanggup memandu dalam keadaan mabuk, bukan main sentimen perkauman!





OWHHH KINI LAGU TU AIR..


 

PAKAR KESAN TAIK BABI MERAPU APA.


 

SANUSI... DEPA TANYA HANG MAHLIGAI TU ADS KAITAN DAK?


 

HA HAA.. BETOI KAK... BUAT PALATAO


 

OWHHH ADA SERBOK EMAAA#


 

TAK SEKOLAH


 

TU DIA AIHHH... APA PUNYA MB


 

AKHIRNYA ZAID AKUI KEHEBATAN ANWAR


 

BILA TAK SEKOLAH.


 

PARA PESAWAH...JANGAN GUNDAH. BANG MAT USAHAKAN YANG TERBAIK.

 


Sekarang ini ada beberapa pesawah yang padinya belum dituai telah menyuarakan kebimbangan kepada Bang Mat, khususnya berkaitan peraturan pembelian diesel yang perlu mengikut spesifikasi tong yang ditetapkan. 






Bang Mat dah buat semakan dengan pegawai berkaitan, serta berbincang bagi mencari kaedah terbaik demi mempermudahkan urusan pembelian diesel untuk kegunaan jentera penuaian padi.


Isu ini sedang dalam tindakan agensi berkaitan termasuk MADA, LPP, Jabatan Pertanian Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Satu sesi libat urus akan diadakan dalam masa terdekat bagi meneliti dan menambah baik prosedur sedia ada supaya lebih praktikal dan tak menyusahkan pesawah.


Insya-Allah, Bang Mat yakin penyelesaian terbaik akan dapat dicapai dengan segera kerana kebajikan pesawah sentiasa jadi keutamaan KPKM dan Kerajaan MADANI.


Berkaitan aduan lain yang berkaitan dengan kesan kenaikan harga bahan api terhadap sektor pertanian, perkara ini juga sedang dalam tindakan Kementerian. Jadi janganlah bimbang kerana Kementerian dan Kerajaan sentiasa mendengar semua aduan dan maklumbalas yang diterima.  


Kita selesaikan satu persatu ya.. Yang penting jangan panik. Kita sama-sama cari jalan untuk mengatasi apa jua cabaran yang mendatang.


#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja

#KPKMMalaysia

#CukupDanTerjamin





LAMA DAH PENYOKONG DAN RAKYAT BERSUARA ISU MACAM NI..DAN TAK ADA TINDAKAN BALAS YANG JITU...

 Che Ibrahim


MCMC perlu bertindak tegas ke atas penyebar berita palsu. Jangan biarkan penyebaran berita palsu menjadi satu kegemaran dan trend bagi melempias kebencian politik.





TAK CAKAP TAK NAMPAK BODO



 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 ni kalau tak bercakap pun tak nampak cerdik. Sekali bila dia bercakap..., confirm!







Dah nak habis penggal dah. Dia masih lagi bercakap pasal peruntukan. Kali ni dia cadangkan peruntukan untuk ahli parlimen kerajaan pula 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗻𝘀𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻.


Dia tak sedar ke peruntukan tu untuk rakyat. Bukan untuk ahli parlimen belanja ikut suka hati. Agaknya dia fikir peruntukan tu macam elaun MP kot. Tu yang dia meroyan sangat tak dapat tu.


Itulah ciri orang ada 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗵𝗮𝘁𝗶. Bila dia tak dapat, orang lain pun tak boleh dapat.


Padahal MP pembangkang tak dapat peruntukan tu sebab masalah ego sendiri. Kalau ego 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗲𝗴𝗼 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀,, dah dapat dah peruntukan tu.


Dan atas sebab 𝗶𝗿𝗶 𝗵𝗮𝘁𝗶, dia keluarkan cadangan yang sebegini. Dia tak kisah kepentingan rakyat terjejas, asal dia puas. Macam ini cara lebai fikir. Ikut nafsu.


Tapi sebenarnya mamat yang 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠 ni mengulas cadangan daripada 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (MBM).


MBM cadangkan agar, antara lain, kaji semula 𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹 untuk MP sebanyak RM1,500 sebulan. Dan aku rasa ia adalah cadangan yang munasabah untuk dilaksanakan.


Iyalah. Kerajaan nak jimatkan bahan bakar. Kan bagus kalau dimulakan dengan ahli parlimen. Tapi agaknya itu yang buat budak Fadhli ni tak puas hati.


Marah la dia bila income dia 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘂𝘀𝗶𝗸! Itu yang dia mengarut beri cadangan sampai sanggup jejaskan kepentingan rakyat.


Tapi satu lagi cadangan MBM yang aku rasa PMX DS Anwar Ibrahim patut berikan perhatian. Iaitu buatkan subsidi diesel untuk kenderaan persendirian seperti pemberian subsidi petrol.


Daripada beri RM300 sebulan mungkin kerajaan boleh pertimbang untuk beri kuota 200 liter sebulan macam yang dilaksanakan untuk subsidi petrol RON95.


Rasanya itu lebih munasabah, lebih adil dan mampu mengurangkan rasa tak puas hati kalangan pengguna kenderaan diesel.


Yang pasti, MBM lebih cerdik dan 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗼𝘁𝗮𝗸 dari lebai pemimpin PAS ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Alahai Wee Ka Siong! Alahai!


 Sebagai ahli parlimen penyokong Kerajaan (walaupun sokongan tak berapa jelas dan main banyak kolam), takkan Wee Ka Siong tak tahu dah nak masuk dua tahun Diesel diberi subsidi secara bersasar?

PENDAPAT, 28 Mac – Ramai yang menunggang isu harga Diesel meningkat.

Kalau pemimpin-pemimpin MCA setiap peringkat buat video menunggang isu kenaikan harga Diesel termasuk Presiden mereka sendiri Wee Ka Siong.

Walaupun berita dalam dan luar negara melaporkan perang di Timur Tengah masih lagi berlangsung, harga minyak dunia meningkat dan masih tinggi, pengeluaran minyak di negara-negara teluk terjejas.

Dek keghairahan seorang ahli parlimen yang tidak lagi berpengaruh (jauh sekali membantu kerajaan), komen-komen netizen yang dituai jelas menunjukkan Wee Ka Siong mempunyai agenda tersirat menunggang isu kenaikan diesel ekoran konflik di Asia Barat.

Sudahlah mereka kira kos Diesel pun guna penanda aras yang salah sebab guna pakai pengiraan sesat Eric See-To – Lim Sian See, lagi nak cakap pasal kenaikan kos barangan.

Sebagai ahli parlimen penyokong Kerajaan (walaupun sokongan tak berapa jelas dan main banyak kolam), takkan MP Ayer Hitam tak tahu dah nak masuk dua tahun Diesel diberi subsidi secara bersasar?

Takkan Presiden MCA tak tahu Kenderaan Pengangkutan Darat Awam dan Barangan menerima subsidi Diesel di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) yang meliputi 33 jenis kenderaan dan merangkumi 400 ribu kenderaan di luar sana?

Dek keghairahan seorang ahli parlimen yang tidak lagi berpengaruh (jauh sekali membantu kerajaan), komen-komen netizen yang dituai jelas menunjukkan Wee Ka Siong mempunyai agenda tersirat menunggang isu kenaikan diesel ekoran konflik di Asia Barat.

Kenderaan pengangkutan darat barangan seperti lori rigid kargo am, lori tangki rigid, lori penggerak utama, lori rigid hasil pertanian, lori tangki rigid tepung, lori rigid kandang haiwan, lori, van dan bas food catering, lori rigid curtainsider dan macam-macam lagi pengangkutan awam barangan masih diberi subsidi pada kadar harga Diesel RM2.15 seliter?

Ini bermakna harga barang terutamanya harga barang makanan akan terkawal dan tidak akan meningkat kerana faktor kos pengangkutan yang meningkat.

Jika ada kenaikan yang berlaku pun kerana faktor lain selain daripada kos pengangkutan.

Dek keghairahan seorang ahli parlimen yang tidak lagi berpengaruh (jauh sekali membantu kerajaan), komen-komen netizen yang dituai jelas menunjukkan Wee Ka Siong mempunyai agenda tersirat menunggang isu kenaikan diesel ekoran konflik di Asia Barat.

Tujuan Kerajaan terus mensubsidi sektor pengangkutan darat barangan adalah supaya kos penghantaran dan logistik barangan tidak meningkat.

Tidak pernah dinafikan ada sektor yang tidak menerima subsidi seperti sektor perkilangan, pembinaan, industri bas persiaran dan beberapa industri lain tetapi sektor pengangkutan darat barangan yang merupakan sektor penting untuk akses kepada barangan seperti makanan dan minuman ke seluruh negara masih menerima subsidi pada kadar RM2.15 seliter.

Jadi alasan harga Diesel naik akan meningkatkan kos barang tidak tepat.

Ahli Parlimen patut lebih banyak akses kepada maklumat Kerajaan dan boleh sahaja bertanya kepada Kementerian-Kementerian berkaitan tapi apa barang cari fakta, buat video merapu-rapu lagi senang viral dan banyak likes.

Satu soalan last.

Semasa harga Diesel naik daripada RM2.15 kepada RM3.35 seliter serta merta selepas subsidi bersasar dilaksanakan pada Jun 2024, barangan asas apakah yang naik harga secara mendadak?

Oleh Syahir

Lapan Juta Turun Protes Trump Di Seluruh AS






 

Sekurang-kurangnya lapan juta orang berkumpul di lebih 3,300 acara protes di kesemua 50 negeri, termasuk bandar-bandar besar dan pekan-pekan kecil membantah Trump pada 28 Mac 2026.

NEW YORK, 29 Mac – Jutaan penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Amerika Syarikat (AS) semalam bagi menentang tindakan Presiden Donald Trump, dengan melepaskan kemarahan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai gaya pemerintahan autoritarian, dasar imigresen yang keras dan perang dengan Iran.

Penganjur berkata, sekurang-kurangnya lapan juta orang berkumpul di lebih 3,300 acara protes di kesemua 50 negeri, termasuk bandar-bandar besar dan pekan-pekan kecil.

Ia merupakan kali ketiga dalam tempoh kurang setahun rakyat Amerika turun ke jalanan, sebagai sebahagian daripada gerakan akar umbi dipanggil ‘No Kings’.

Penunjuk perasaan memegang kanvas mengandungi kata-kata pembukaan Mukadimah Perlembagaan AS ketika berarak di Bandar Raya New York pada 28 Mac 2026. Foto AFP

Di New York, puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun, manakala protes juga berlaku dari Atlanta ke San Diego, negeri California, dengan penduduk di Alaska turut menyertai perhimpunan tersebut kemudian.

“Tiada negara yang boleh memerintah tanpa persetujuan rakyat,” kata veteran tentera berusia 36 tahun, Marc McCaughey kepada AFP di Atlanta.

“Kami berada di sini kerana kami merasakan Perlembagaan terancam dalam pelbagai cara. Keadaan tidak normal. Keadaan tidak baik,” tambahnya.

Di bandar West Bloomfield, negeri Michigan, orang ramai keluar ke jalanan ketika suhu di bawah paras beku.

Di ibu negara AS, Washington, beribu-ribu penunjuk perasaan, dengan ada yang membawa sepanduk bertulis ‘Trump Mesti Berundur Sekarang’ dan ‘Lawan Fasisme’ berpusu-pusu ke National Mall.

“Trump terus berbohong, berbohong, berbohong dan berbohong, namun tiada siapa yang berkata apa-apa. Jadi, situasi yang kami hadapi sangat teruk,” kata pesara berusia 67 tahun, Robert Pavosevich, kepada AFP.

Suasana anti-Trump turut melangkaui sempadan AS, dengan perhimpunan semalam juga berlaku di bandar-bandar Eropah termasuk Amsterdam, Madrid dan Rom, di mana 20,000 orang berarak di bawah kehadiran polis yang ramai. – AFP

Pembangkang ‘kona’ isu minyak, akhirnya akui realiti sebenar


 


Oleh JAMZURI ARDANI

Penyokong pembangkang akhirnya sedar serangan mereka ke atas kenaikan harga pasaran minyak sudah jadi macam peluru angin.

Sebab mereka pun tahu jika mereka jadi kerajaan, mereka hadap isu yang sama. Mereka pun tidak ada idea alternatif atau cadangan yang bernas untuk mendepani isu ini.

Akhirnya mereka ‘kona’.

“Kami faham isu kenaikan harga minyak. Tapi dulu Anwar juga yang bising melalak bila harga minyak naik, sekarang bila dia sendiri hadap … baru padan muka. Jilat balik ludah”.

Saya begini, kalau dulu Anwar silap, maka silaplah. Namun, dulu suasana banyak berbeza, maka tentu sikap politik juga berbeza.

Anwar Ibrahim

Waktu itu negara kita net exporter minyak, sekarang sudah jadi net importer. Waktu dulu beban subsidi kerajaan hanya sekitar RM30 bilion setahun.

Sekarang jika teruskan subsidi pukal boleh cecah RM100 bilion. Dulu tiada subsidi bersasar, sekarang sudah ada subsidi bersasar.

Melangkaui kebencian

Politik harus melangkaui kebencian dan dendam peribadi. Jangan kerana perasaan tersebut, kita menentang secara membabi buta.

Jika apa yang Perdana Menteri buat ini baik untuk negara, sokong sajalah. Buat apa mahu ungkit kisah silam.

Najib dulu pun jatuh bukan sebab harga minyak. Najib jatuh sebab isu 1MDB. Bila Najib minta pengampunan, Anwar yang angkat permohonan itu ke Lembaga Pengampunan.

Kita sebagai rakyat tidak perlu pun ambil kisah pasal pergaduhan peribadi antara pemimpin. Biasalah politik memang begitu.

Sahabat Nabi Muhammad SAW pun berperang sesama sendiri kerana pertikaian politik. Apa nak hairan sangat kalau pemimpin politik hari ini bercakaran.

Alhamdulillah, zaman ini kita ada sistem demokrasi dan pilihan raya. Tak payah lagi nak kena pergi perang untuk selesaikan pertikaian politik macam zaman dulu.

Saya fikir mudah sahaja. Kalau pembangkang ada idea yang lebih baik, sila kemukakan kepada rakyat.

Jika betul mereka boleh buat lebih baik, tiada masalah pun untuk saya undi mereka pula.

Namun, jika sekadar bermodalkan fitnah, perkauman, kebencian dan sikap assabiyah, lebih baik tidak perlu diteruskan.




28 pelajar AS nikmati pengalaman bermakna di masjid Pulau Pinang


 


Seramai 28 pelajar Amerika Syarikat (AS) dilihat menikmati pengalaman bermakna sepanjang kunjungan ke Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang.

Reaksi spontan kumpulan penuntut terbabit dikongsikan menerusi TikTok Persatuan Dakwah Islam Antarabangsa (IPSI).

Mereka dilihat tekun mendengar penjelasan yang disampaikan oleh Pengasas dan Presiden IPSI, Kamarudin Abdullah.


Difahamkan, Kamarudin merupakan individu yang mempelopori usaha mewujudkan Kesedaran Melalui Lawatan Masjid (ATMT).

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata memuji penyampaian Kamarudin yang jelas dalam memberi penerangan mengenai ibadat solat kepada golongan bukan Muslim.

“Untuk saya yang dah lama Islam pun rasa terpanggil untuk semakin dekat dan cuba untuk belajar lagi dan lagi,” demikian antara kata warganet.

Sementara itu, pentadbir TikTok IPSI dalam antara reaksinya berkata, orang ramai dialu-alukan berkongsikan rakaman video itu kepada rakan-rakan bukan Islam.

Menurut IPSI, perkongsian klip itu bagi membolehkan mereka dapat memahami Islam dengan lebih baik serta memperbetulkan salah faham yang mungkin berlaku.



JP Morgan ramal Malaysia, China dapat bertahan jika Asia berdepan kejutan tenaga global


 


Penganalisis JP Morgan meramalkan kebanyakan ekonomi di Asia  berisiko terjejas sekiranya berlaku kejutan dalam sektor tenaga global, kecuali Malaysia dan China.

Beliau berkata, Malaysia dan China mampu bertahan lebih baik kerana mempunyai struktur tenaga serta kekuatan ekonomi yang lebih stabil berbanding negara lain di rantau ini.

Kejutan tenaga merujuk kepada peningkatan mendadak harga minyak dan gas atau gangguan bekalan yang sering berpunca daripada ketidaktentuan geopolitik.

Situasi ini boleh memberi kesan besar kepada ekonomi global, khususnya negara yang bergantung kepada import tenaga.

Menerusi perbincangan antara Rajiv Batra dengan CNBC, penganalisis berkata, kebanyakan negara Asia merupakan pengimport bersih tenaga dan amat bergantung kepada bekalan dari luar.

Keadaan ini menjadikan mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga global, sekali gus memberi tekanan kepada inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

Namun katanya, Malaysia dan China dilihat berada dalam kedudukan lebih stabil berbanding ekonomi Asia lain.

“Malaysia mempunyai beberapa penampan kukuh termasuk kedudukannya sebagai pengeksport bersih tenaga.

“Selain itu, defisit fiskal negara berada pada tahap terkawal hasil dasar kerajaan yang berdisiplin, manakala kadar inflasi juga kekal sederhana

“Keadaan ini menyediakan ruang perlindungan yang bukan sahaja menyokong pasaran ekuiti sebagai kelas aset, malah turut membantu menstabilkan nilai mata wang negara,” ujarnya,” ujarnya.