PENCAPAIAN PEMBANGKANG PN ‘MERAPU’ DALAM SETAHUN – LOKMAN




 Pasca Kerajaan Perpaduan merayakan pencapaian setahun memerintah pada minggu lalu, rakyat tertanya tanya apakah pula pencapaian pembangkang PN sepanjang tempoh yang sama.

Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, sepanjang 2023 PN dilihat hanya mempunyai satu matlamat iaitu menjatuhkan kerajaan dan tidak menyumbang kepada sebarang praktik semak dan imbang mengawasi kerajaan sebagaimana tugas hakiki pembangkang.

Katanya sebagai pembangkang, PN seharusnya mempunyai kabinet bayangan untuk mengkritik kerajaan.

“Dalam tempoh mereka bergelar pembangkang dan enggan untuk bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, sepatutnya mereka terima hakikat dan move on.

“Tetapi mereka tak boleh terima hakikat. Kalau mereka terima hakikat sudah pasti mereka akan fokus buat kabinet bayangan

“Misalnya setiap Ahli Parlimen akan mark menteri, katakan jaga komunikasi dia akan mark apa Fahmi buat. Kalau mereka ada kabinet bayangan jaga MITI, maka dia akan jaga Tengku Zafrul buat,” katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.

Sebaliknya kata Lokman, PN hanya mengulang ulang teori dan tarikh untuk tumbangnya Kerajaan Perpaduan.

Apabila tidak berlaku perubahan pada tarikh yang dinyatakan maka mereka mencetuskan naratif baharu dan tarikh lain pula.

“Ini menjadi fokus mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Mereka yakin nak turunkan kerajaan melalui pilihanraya 6 negeri (PRN). Selepas PRN, mereka fokus pula berpolitik nak rampas kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram untuk tukar kerajaan. Kemudian nak rampas DUN Pelangai untuk tukar Kerajaan Negeri Pahang.

“Di PRK Kemaman pun perkara yang sama berlaku. Mereka kata mahu angkat (calon Kemaman) Samsuri sebagai PM. Semua usaha ke arah untuk menukar kerajaan. Kalau ikut Hj Hadi, menjadi kerengga menebuk atap,” katanya.

Akhirnya, kata Lokman, Ahli Parlimen PN sendiri berasa bosan dengan hala tuju pembangkang yang tidak jelas lalu 5 orang di antaranya menyatakan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibtrahim.

Tegas Lokman, untuk menjadi pembangkang yang berkesan dan diyakini menuju PRU ke 16 kelak seharusnya PN menumpukan tugas sebagai pembangkang hakiki dan menghentikan naratif menukar kerajaan.

“(Hakikatnya) kerajaan kita semakin kuat semenjak mereka guna Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar) untuk tarik sokongan dari PMX, kemudian bala pula yang menimpa. Contohnya dulu kita ada 148 kerusi, mereka pujuk Syed Saddiq (keluar kerajaan) kita tinggal 147, lepas itu 5 Ahli Parlimen PN pula sokongan PMX.

“Hari ini Syed Abu Hussin Ahli Parlimen Bukit Gantang kata ada 8 orang pemimpin PN bila bila masa akan berikan sokongan kepada PMX.

“Makin hari makin (PN) lose ground. Sepatutnya mereka move on dan menjadi pembangkang yang berintegriti dan berwibawa,” katanya lagi.



PANGKALAN DATA PADU KEJAYAAN KEMENTERIAN EKONOMI


 Pangkalan Data Utama atau PADU yang akan mula dibuka kepada rakyat Malaysia untuk tujuan validasi adalah kejayaan utama Kementerian Ekonomi sepanjang 2023.

Pangkalan data tersebut yang julung kali diwujudkan oleh kerajaan Malaysia, menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akan mampu mengenalpasti isi rumah yang memerlukan bantuan mengikut keperluan masing masing dan memudahkan kerajaan dalam pengagihan subsidi bersasar.

“Setelah penjawat awam dari seluruh jabatan kerajaan bertungkus lumus sejak Mei 2023, InshaAllah sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan dibuka kepada orang ramai untuk validasi bermula Januari ini.

“Begitu jugalah dengan beberapa keputusan dasar yang lain. Tahun 2023 memberi tumpuan untuk mencapai sepakat keputusan-keputusan penting yang tertangguh oleh pentadbiran-pentadbiran lalu.

“Bermula 2024, pelaksanaan dasar-dasar menyeluruh ini akan mula dirasai dan difahami oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi Rafizi, selesai membangunkan PADU yang merupakan beban besar sejak beliau menjawat Menteri Ekonomi setahun lalu maka terdapat masa terluang untuknya menumpukan kepada satu lagi tugasan penting iaitu memberi pencerahan untuk melawan propaganda pembangkang.

Perkara itu yang sering beliau lakukan ketika menjadi pembangkang, katanya, tidak mampu lagi dilakukan secara berkesan setelah bergelar menteri.

“Pembangkang sekarang memilih untuk membodohkan rakyat dengan mainan sentimen perkauman, menolak fakta dan mengalihkan pandangan rakyat dari perkara sebenar.

“Tujuan mereka ialah supaya rakyat berterusan mengeluh dan menolak fakta-fakta yang ada di depan mata mereka.
Itu hak mereka untuk memilih strategi masing-masing.

“Sebagai salah seorang pemimpin PH dan kerajaan, menjadi tanggungjawab dan hak saya untuk melawan usaha pembodohan rakyat demi kuasa ini.

“Sebelum ini, saya tidak terlalu memberi perhatian untuk menjawab kerana saya tumpukan sepenuh masa untuk memastikan keputusan-keputusan dasar penting dibuat untuk menambahbaik struktur ekonomi negara,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, beliau akan menggunakan pendekatan menunjukkan kebodohan pembangkang selepas ini yang sering digunakan ke atas pemimpin parti lawan sejak kembalinya beliau ke arena politik secara sepenuh masa pada 2011 lalu.

“Sebahagian daripada caranya ialah dengan menunjukkan kebodohan hujah pembangkang.

“Saya tahu ada penyokong pembangkang yang akan melenting. Bila mereka tidak boleh menjawab, alasan yang selalu diberikan ialah “ini bukan kerja menteri”, atau “ini je level menteri” dan yang sama waktu dengannya. Itulah reaksi mereka bila menteri mula menjawab.

“Saya diajar beberapa perkara asas, kalau ada yang memukul secara tidak adil, jangan teragak-agak untuk pukul balik.
Ini masa untuk memukul balik siri pembodohan Perikatan Nasional.” kata Rafizi lagi.



ROMBAKAN KABINET BANTU PERDANA MENTERI CAPAI SASARAN EKONOMI



Barisan kepimpinan baharu dalam kabinet Kerajaan Perpaduan diyakini mampu merancakkan lagi usaha kerajaan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat selaras dengan tekad Malaysia MADANI.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran optimis kehadiran muka-muka baharu yang juga terdiri daripada tokoh teknokrat mampu memberi impak baik kepada ekonomi negara selain menstabilkan suhu politik pada ketika ini.

“Saya yakin barisan kehadiran tokoh baharu ini bukan sahaja boleh menstabilkan politik negara tetapi ia juga boleh memberikan idea-idea baharu yang baik untuk negara.

“Ia bukan sahaja memenuhi ruang kekosongan dan jawatan kabinet tetapi dengan kepakaran dalam bidang masing-masing itu mampu membantu Perdana Menteri untuk terus memacu negara,” katanya.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lima menteri serta timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam kabinet baharu Kerajaan Perpaduan.

Antara menteri baharu yang dilantik ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi; Ahli Parlimen Damansara dan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo (Menteri Digital); serta Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan).

Manakala, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan kini memegang jawatan Menteri Sumber Manusia, manakala Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pula Menteri Kewangan II yang dilantik sebagai senator.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan penyusunan semula kementerian berdasarkan keperluan semasa, melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Kementerian Komunikasi dan Digital pula dipecahkan kepada Kementerian Digital serta Kementerian Komunikasi.

Rombakan itu juga, turut menyaksikan jumlah ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang, manakala timbalan menteri pula meningkat daripada 27 kepada 29 orang, dengan jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini mencecah 60 orang.


SILA GERAK CURSOR KE HADAPAN, Sidang Media Menteri Kesihatan Berhubung COVID-19 | 18 Dis 2023

[panas] MP MACHANG ‘BEBAL’ KATA PUAD, ISHAM TERUS MEROYAN KERANA DIPECAT!

[gempak] BERSATU SEMAKIN TENGGELAM! ABAHCOW JUGA SEMAKIN TERDESAK? RANC...

[bongkar] PENDEDAHAN PANAS LOKMAN! SIAPA SEBENARNYA YANG KHIANAT!

[bongkar] GENG KAKI FITNAH MAKIN SASAU, PENCERAHAN PADU BRO ISWARDY!

RENTASAN 1507 | PANAS!! MOTIF SEBENAR ROMBAKAN KABINET AKHIRNYA DIDEDAH?





MENARIK DALAM RENTASAN 1507

1. ROMBAKAN KABINET BUKAN MAIN PONDOK-PONDOK 2. HANYA JAUHARI KENAL MANIKAM 3. SIMPATIKAH PN KEPADA PENGUNDI MEREKA? 4. RAKYAT TAHU KERAJAAN MANA LEBIH BAIK



JIKA UMNO BERKUASA SEMULA. ORANG LAIN PUN TAK BOLEH MAKAN JUGA...

 


UMNO YANG DIRINDUI…


Minggu lalu, saya secara kebetulan terjumpa dengan dua kawan lama yang sudah bertahun-tahun tidak ditemui.


Mereka – seorang Melayu dan seorang Cina – adalah ahli perniagaan yang selama ini banyak terlibat dengan tender-tender kerajaan.


Dapat berbual seketika dengan kedua-dua mereka, macam-macam topik menjadi tajuk perbualan, termasuk mengimbas cerita-cerita lama.


Tidak terkecuali apabila lama tidak berjumpa, persoalan tentang kehidupan semasa dan apa perniagaan yang mereka dilakukan sekarang tentu saja turut disentuh sama.


Secara kebetulan, kedua-dua kawan itu mengeluh tentang perniagaan mereka yang jauh lebih perlahan berbanding sebelum ini.


Secara khusus, oleh kerana mereka mengetahui saya pernah aktif dalam UMNO sebelum ini, tanpa berselindung mereka mengatakan, perniagaan mereka mula mengalami kejatuhan sejak parti lain mengambil alih kuasa.


Kata mereka, ketika zaman UMNO berkuasa, banyak peluang perniagaan boleh diterokai dan diperolehi kerana pemimpin UMNO yang ada kuasa secara umumnya adalah kalangan yang mesra kepada ahli-ahli perniagaan.


“Pemimpin UMNO secara umumnya senang ditemui, kami boleh bercakap macam-macam perkara dan semua cadangan perniagaan “boleh dicerita”, tambah mereka lagi.


Ditanya tentang perniagaan semasa di bawa kerajaan sedia ada sekarang ini, kedua-duanya mengatakan, mereka masih memasuki tender-tender kerajaan seperti dahulu tetapi belum ada kontrak yang berjaya diperolehi lagi setakat ini.


“Ketika zaman UMNO dahulu, kami boleh berjumpa dengan orang-orang parti tertentu dan mereka dengan senang hati sedia memberi pertolongan untuk membawa berjumpa dengan menteri atau timbalan mereka bagi meminta perfolongan.


“Tetapi sekarang, walaupun ada orang parti yang kami temui, tetapi mereka sendiri tidak pasti boleh menolong kerana mereka sendiri sukar berjumpa pemimpin yang sudah ada kuasa itu.


“Itulah masalahnya, kami tiada masalah dengan sistem tender, tetapi mesti ada ruang untuk mengajukan masalah dan meminta pertolongan,” kata mereka seterusnya.


Kawan saya yang Melayu itu pula menambah, sebelum dapat kuasa, pemimpin selalu berkempen untuk diberi kuasa, tetapi setelah ada kuasa dalam tangan, apabila kita cuba untuk minta tolong, kami diberitahu itu bukan kuasa mereka tapi kuasa pegawai kerajaan.


“Siapa yang sebenarnya berkuasa dan untuk apa kuasa sebagai kerajaan diberikan,” soal beliau.


Sejujurnya dalam pergaulan sehari-hari dan bertemu ramai orang, saya sendiri amat kerap dihidangkan dengan cerita-cerita sebegini.


Kadang-kadang terkedu juga mendengar rungutan rakyat marhaen ini, terutama daripada orang-orang parti yang berjuang berpuluh tahun, bermandi peluh serta darah untuk memastikan berlakunya pertukaran kerajaan.


Tetapi, setelah dapat kuasa…ehhh…tiba-tiba semua kuasa semacam hendak dilonggokkan begitu saja kepada pegawai-pegawai kerajaan sehingga nak minta tolong berkaitan pindah sekolah dan masuk asrama pun macam nak minta projek berjuta.


Ada seorang menteri dilaporkan pernah berkata, jangan bercakap soal-soal kontrak atau tender jika datang ke pejabatnya.


Walhalnya, sama ada dalam PRU atau PRN yang lalu, kakitangan kerajaan bukanlah menyokong parti yang menjadi kerajaan sekarang ini.


Majoriti undi pegawai kerajaan adalah kepada parti lain yang kini berada di blok pembangkang.


Entahlah Labu….suara-suara rindu kepada zaman UMNO nampaknya bukan lagi suatu ilusi di kalangan sebahagian rakyat sejak kebelakangan ini.


Memang pertikaian tentang kepimpinan dalam UMNO tetap ada, tetapi era parti itu berkuasa seringkali diimbas, dikenang dan dirindui semula. – ShahbudinHusin 18/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/18/umno-yang-dirindui.html



TAHUN 2024- TAHUN MELAWAT PERAK

 

Nga Kor Ming







Demi menyambut Tahun melawat Perak 2024, saya telah melawat Taman DR utk memastikan transformasi dan pencahayaan taman awam ini berjalan lancar & menepati sasaran. Turut hadir Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi, ADUN Pinji YB sdr Goh See Hua & barisan pimpinan MBI. #VisitPerak2024




PMX DAN DELIGASI MALAYSIA HADIR SIDANG AZEC

 










Saya dan delegasi Malaysia bersama pemimpin utama ASEAN dan Australia hari ini hadir ke Mesyuarat Pemimpin Asia bagi Komuniti Pelepasan Karbon Sifar Asia (Asia Zero Emission Community- AZEC) bersempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun. 


Sayugia, Malaysia menghargai peranan Jepun dalam menyediakan platform ini bagi perbincangan dan persediaan dalam melaksanakan peralihan tenaga.


Saya singgung kepentingan pemuliharaan dan pemugaran alam sekitar dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon sekali gus mampu mencapai Pelepasan Karbon Sifar menjelang 2050. 


Sementelahan, saya turut menekankan kebersamaan semua negara dalam memainkan peranan lebih aktif berkaitan kerjasama dana hijau, insentif, fasilitasi teknologi dan juga infrastruktur dalam membantu Malaysia mempercepatkan peralihan tenaga. 


Intiha, AZEC secara sebulat suara turut meluluskan Kenyataan Bersama AZEC (Leaders Joint Statement) sebagai afirmasi dan kesediaan Negara anggota melaksanakan peralihan tenaga secara tuntas.


#MalaysiaMADANI



DIA TENGAH CETAK DUIT


 

Goda isteri orang dibenarkan Kerajaan Madani?














1. Masalah utama sebahagian besar rakyat Malaysia ialah apabila gagal memahami konsep pemisahan kuasa.


2. Malaysia mengamalkan sistem pemisahan kuasa diantara Eksekutif(PM dan Kabinet) , Kehakiman (Mahkamah) dan Perundangan (ahli parlimen/legislatif).


3. Konsep pemisahan kuasa adalah penting supaya kerajaan menjalankan pemerintahan dengan adil. Undang-undang zalim yang dibuat oleh parlimen atas kehendak Eksekutif boleh dimansuhkan oleh Mahkamah. 


4. Apabila seksyen 498 Kanun keseksaan dimansuhkan oleh Mahkamah Persekutuan,  ia bukan bermaksud Mahkamah dan kerajaan membenarkan isteri orang digoda dan dirampas.


5. Sebaliknya menjadi satu tanggungjawab Mahkamah untuk mendengar kes yang dibawa kepada mereka.


 Terdapat seorang lelaki yang didakwa mengurat isteri orang telah mencabar undang-undang ini kerana hanya suami sahaja yang boleh menggunakan undang-undang ini, tetapi tidak isteri. Maka isu diskriminasi dan ketidaksamaan undang-undang dibangkitkan. 


6. Mahkamah Persekutuan juga sebelum ini telah membatalkan akta pelarasan pencen 2013. Sekiranya kerajaan tidak mengamalkan konsep pemisahan kuasa, tentu sekali kerajaan akan menghalang mahkamah dari membatalkan akta ini, dimana kerajaan telah bersusah payah membuat akta ini, malah kesan pembatalan oleh mahkamah menyebabkan kerajaan juga terpaksa membayar ganti rugi yang banyak kepada pesara yang terjejas.


7. Konsepnya mudah, sesiapa sahaja boleh mencabar dan menyemak semula peraturan dan undang-undang ke mahkamah. Hakim akan menentukan Definisi serta keabsahan sesuatu undang-undang itu mengikut Perlembagaan Persekutuan. 


8. Berkaitan seksyen 498 ini, walaupun dimansuhkan, bagi seorang Islam mereka masih lagi tertakluk kepada seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (wilayah persekutuan) jika melakukan perkara yang sama. 


Malah dalam Islam, tunang orang juga haram dingorat.


9. Pihak jabatan agama islam mesti mengkaji kesan pembatalan oleh mahkamah Persekutuan terhadap undang-undang syariah. 


10. Saya fikir keputusan mahkamah dalam hal ini khususnya berkaitan diskriminasi tidak semestinya betul, ini kerana ada hal yang dibenarkan oleh Perlembagaan contohnya Perkara 8(f)  hanya orang Melayu berhak menyertai Askar Melayu DiRaja.


11. Oleh itu kerajaan Malaysia dan Menteri undang-undang perlu memikirkan bagaimana untuk mengembalikan seksyen 498 ini dan sah disisi Perlembagaan. Mungkin perlu masukkan dibawah senarai pengecualian Kesamarataan- Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. 


12. Kepada pembangkang dan pembangang jangan terus bodohkan diri dengan menganggap keputusan mahkamah adalah keputusan dan kehendak kerajaan. 


13. Jangan nafikan hak rakyat termasuk diri anda sendiri untuk menyemak undang-undang di mahkamah tinggi.


14. Fitnah terhadap lawan memang sedap, namun fitnah ini pastinya merugikan akhirat anda.


Terima kasih. 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka.

#KerajaanPerpaduan 

#MalaysiaMadani



PENGEMIS . TAPI DIA NI MINDA MISKIN JIWA PENGGEMIS


 

KELUARGA FIGHTER


Ada pihak Indonesia mengaku Johan Ghazali ialah rakyat Indonesia pula.🤭



TAK HABIS SETAHUN KERAJAAN BAYANGAN DAH UBAH PM BAYANGAN


 Baru 1tahun bayangan PM dah pinda muka macam mana nak stabil Negara kita😢Kerajaan bayangan gagal.





PATUT TANGKAP DIA NI


Afif Muslimin.


 Kenapa tak kena lokap atau penjara? Nampak sangat undang2 sangat lemah. Dusuki tau rm 50 juta kena bayar saman sekali pon kalau tak Kena lokap takkan insaf punya.



TERLEBIH BIJAK DARI HAKIM

 

Che Ibrahim




Lelaki goda anak dara tak salah, 

lelaki goda janda tak salah. Yang salah hanya jika dia berstatus suami orang goda isteri orang.....tu pun jika yang report tu suami dia, orang lain report tak laku. 


Alik wanita pula.. samada dia bini orang ke, dia janda ke, dia anak dara ke.. menggoda suami orang atau goda mana mana lelaki tidak menjadi apa apa kesalahan. 


Inilah kepincangan undang undang yang membawa Mahkamah Persekutuan membatalkan undang undang tersebut. Malangnya ramai yang terlebih bijak dari para Hakim.




KENYATAAN MEDIA BERKENAAN SITUASI COVID-19 DI SELANGOR


 


Kerajaan Negeri Selangor ingin memaklumkan tentang situasi terkini kes COVID-19 di Negeri Selangor. Sehingga hari ini, kes COVID-19 telah dilaporkan meningkat di peringkat global, termasuklah di Malaysia.


Adalah dijangkakan bahawa terdapat kemungkinan berlakunya lonjakan peningkatan kes susulan daripada pergerakan dan perjumpaan sanak-saudara dan sahabat-handai semasa musim perayaan Krismas, ditambah pula dengan musim cuti sekolah yang akan bermula pada 16 Disember 2023. 


Sehingga setakat Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023), terdapat peningkatan sebanyak hampir dua kali ganda dalam bilangan kes COVID-19 di Negeri Selangor yang mencatatkan sebanyak 4,326 kes, berbanding Minggu Epidemiologi 48/2023 yang sebelumnya, iaitu sebanyak 2,278 kes yang dilaporkan. Secara keseluruhan, peratus kadar kematian akibat COVID-19 di Negeri Selangor sejak 1 Januari 2023 sehingga 9 Disember 2023 pula adalah sebanyak 0.2%.


Oleh yang demikian, sebagai langkah berjaga-jaga, Kerajaan Negeri Selangor menasihatkan masyarakat agar sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang berikut:


1) Elakkan daripada mengunjungi tempat sesak: sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Jika tiada keperluan, elakkan daripada mengunjungi tempat-tempat yang sesak atau yang menjadi pusat tumpuan orang ramai, terutama sekali sekiranya mengalami sebarang gejala.


2) Pemakaian Pelitup Muka: memakai pelitup muka, terutama sekali sekiranya berada di kawasan tertutup, sempit atau sesak. Amalan ini amat penting bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu yang menghidap penyakit kronik, mereka dengan sistem imun yang rendah, dan ibu hamil.


3) Penjagaan Kebersihan Diri yang Rapi: sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi/pembersih tangan dengan kerap, terutama sekali selepas bersentuhan dengan permukaan yang sering disentuh orang ramai.


4) Amalan TRIIS: Sekiranya mengalami sebarang gejala, amalkan protokol TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek).

Konsultasi dengan Doktor: Jika gejala bertambah serius, segeralah mendapatkan nasihat dan pemeriksaan perubatan, khususnya bagi individu dalam kumpulan berisiko tinggi.


5) Pengambilan Vaksin: Orang ramai juga disarankan untuk mendapatkan dos primer dan dos penggalak vaksin COVID-19, terutama sekali mereka yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko, morbiditi, dan kematian akibat virus ini.


Justeru, Kerajaan Negeri Selangor menyeru kepada semua warga Selangor untuk terus mematuhi garis panduan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga. Orang ramai juga diingatkan dengan tegas untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam memerangi penularan COVID-19 demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.


YB PUAN JAMALIAH JAMALUDDIN

EXCO Kesihatan Awam & Alam Sekitar



DEPA KATA DIA NI BUKAN ISLAM. DIA KAPIAQ....

 

Zainuddin Omar




Semasa reman jangan bagi dia minum coke aje. Ahaks


Parpukari pujaan walaaun. 


*****************

SEORANG pengguna media sosial Salim Iskandar ditahan polis semalam bagi siasatan berhubung siarannya di platform X yang didakwa berkait Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


Salim yang pernah beberapa kali disiasat polis berhubung kritikan ke atas Anwar menyebut, beliau ditahan lagi semalam.


“Saya telah ditahan polis dan kini sedang dibawa ke Balai Polis Dang Wangi,” coretnya di platform itu.


Laporan Sinar Harian pula menyebut, peguamnya Rafique Rashid mengesahkan Salim ditahan pada jam 11 malam tadi dan akan direman polis.


“Tangkapan dibuat atas keperluan siasatan merujuk laporan berkenaan ciapan di X berkaitan akuan bersumpah yang dikaitkan dengan perdana menteri,” katanya seperti dipetik.


Semakan di platform itu menunjukkan Salim menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan dokumen didakwa sebagai akuan bersumpah mengandungi tuduhan ke atas Anwar.


Salim dilaporkan pernah ditahan beberapa kali pada Mei lalu dan disiasat Bukit Aman ekoran siaran video, foto dan tulisan yang kritikal ke atas pentadbiran Anwar. – 15 Disember, 2023.



ME NO ENGLISH


 

KEH KEH...KAPIAQ ORANG JA PANDAI


 

GILA TALAK- PARTI DIA SKONG PENUH PERASUAH


 

PARTI PLANTA


 

𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 & 𝗨𝗡𝗧𝗜𝗧 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗚𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡, 𝗣𝗠𝗫 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗔𝗣𝗔?




1) MESKIPUN Kedah terbukti adalah negeri miskin yg dikuasai oleh 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗣𝗡𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔, PMX dan Kerajaan Perpaduan MADANI 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗮𝗸𝘁𝗶𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗶𝘁𝘂 malah terus menyalurkan peruntukan pembangunan yg pasti akan terus dimaki hamun oleh puak 𝗣Ngamal 𝗔jakan 𝗦ETAN "𝗶𝗻𝘀𝘁𝗲𝗮𝗱 𝗼𝗳" mereka berterima kasih. Padan muka PMX.


2) Berkali-kali kita bagitahu PMX dan TPM1 bahawa tidak ada guna cuba ambil hati puak 𝗞𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷 𝗠𝗼𝗱𝗲𝗻 kerana puak ini 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗹, membenci melampau (sehingga tahap ugut bunuh) dan tidak pernah anggap PMX mampu membuat sebarang kebaikan. Tapi PMX tetap PMX, kesabaran dan kedegilan beliau sama taraf, "𝗧𝗔𝗛𝗔𝗣 𝗗𝗘𝗪𝗔" meskipun mendisiplinkan walaun & untit adalah salah satu langkah yg patut diambil melalui undang-undang.


3) Kali ni dipetik melalui laman web 𝗠𝗞𝗡 - 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, Link : https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/12/14/garisan-jalan-glow-in-the-dark-terpanjang-malaysia-di-kedah/

Daerah Padang Terap di Kedah negeri walaun & untit yg mendapat teknologi baru 𝗚𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 ‘𝗚𝗟𝗢𝗪 𝗜𝗡 𝗧𝗛𝗘 𝗗𝗔𝗥𝗞’ 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔. Barangkali garisan bercahaya dalam gelap ini sangat sesuai bagi walaun & untit yg melalui jalan berkenaan kerna muka mereka 𝗠𝗨𝗡𝗚𝗞𝗜𝗡 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗡𝗨𝗥 akibat menunggang Agama secara agresif atau PNunggang tegar. Bijak jugak PMX ya?


4) Dengan hadiah pembangunan seperti ini saya yakin PMX akan dapat kejian, FITNAH Liwat dan maki hamun lagi dari 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗣𝗡𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔 lalu 𝗣𝗠𝗫 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗟𝗔.


InsyaAllah.


- Zus Din 

17122023

******************

𝗚𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 ‘𝗚𝗟𝗢𝗪 𝗜𝗡 𝗧𝗛𝗘 𝗗𝗔𝗥𝗞’ 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛

14 Disember 2023


alam memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan memberikan nilai tambah di sesuatu kawasan luar bandar, pendekatan kreatif dan teknologi baru perlu diperkenalkan bagi menarik perhatian dan meningkatkan potensi kawasan sebagai lokasi yang boleh dibangunkan. Usaha ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan penyediaan infrastruktur lengkap secara perlahan-lahan berdasarkan kemampuan yang ada. Justeru, pengenalan garisan jalan glow in the dark yang diusahakan di daerah Padang Terap merupakan hal terkini dalam usaha membangunkan daerah ini. Penggunaan teknologi glow in the dark ini adalah atas faktor yang berikut :


Daya Tahan Cahaya Lama: Garisan jalan ini mampu memancarkan cahaya untuk tempoh yang lama selepas terkena cahaya dan membolehkannya bersinar sepanjang malam.


Penambahbaikan Keselamatan Jalan: Kewujudan garisan jalan yang bersinar dalam kegelapan dapat meningkatkan keselamatan jalan, terutamanya pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk.


Tahan Cuaca: Garisan jalan glow in the dark mampu bertahan dalam cuaca ekstrem dan faktor-faktor alam sekitar yang mungkin mempengaruhi kualiti dan keupayaan mereka untuk bersinar.


Pemasangan Mudah: Garisan jalan ini mudah dipasang pada jalan raya dan menjimatkan masa dalam proses kerja.


Teknologi garisan jalan glow in the dark juga boleh dipasang di laluan pejalan kaki, tempat letak kereta, dan bahagian tertentu jalan raya untuk memberikan panduan visual kepada pemandu dan pejalan kaki pada waktu malam. Ia tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi berbanding penggunaan cat yang mudah pudar dan perlu diganti..


Usaha sebegini selari dengan Teras Keselamatan ke 7 iaitu Pembangunan Mampan (Impak Pembangunan Bandar & Luar Bandar) di dalam Dasar Keselamatan Negara 2023 – 2025.


Artikel: Puan Sharida Shafie


Foto: Facebook Mohd Sharafee Shazalee



MEMBAZIR.,.


 Zunar Cartoonist Fan Club.


PM bukan Melayu?









Adakah LKS cuba cetuskan ketegangan?


1. TS LKS telah bercakap di London bersama pelajar dan rakyat Malaysia tentang impian Malaysia. 


2. Apa yang ingin ditekankan oleh LKS ialah Perlembagaan Persekutuan sama ada selepas merdeka atau selepas pembentukan Malaysia tidak mensyaratkan PM mesti datang dari orang Melayu. 


3. Ramai orang Melayu sendiri yang tidak membaca Perlembagaan Persekutuan menganggap PM mestilah dari kalangan orang Melayu. 


4. Kekeliruan ini mungkin timbul dari Perlembagaan negeri-negeri Melayu seperti Perlis,Kedah,Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Johor,Pahang,Terengganu dan Kelantan. 


5. Negeri-negeri ini meletakkan syarat supaya Menteri Besar MB mestilah seorang Melayu. 


6. Didalam politik, selain merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, kita juga wajib memahami 'Real politic'


7. Ahli Parlimen Melayu berjumlah 120 orang, lebih dari keperluan 112 untuk membentuk Kerajaan dengan majaroti mudah.


8. Jumlah penduduk Malaysia juga menyaksikan 70% adalah bumiputera dengan lebih 58% dari kalangan orang Melayu. 


9. Kadar kelahiran orang Melayu juga adalah tertinggi iaitu 2.1 orang.


10. Sebab itu bapa kemerdekaan dan bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman merasakan mengikat jawatan PM dengan Perlembagaan bukanlah satu keutamaan kerana beliau faham demografi Tanah Melayu dan Malaysia. 


11. Negeri-negeri Borneo juga tidak akan mengundi menyertai Malaysia jika awal-awal lagi Perlembagaan mensyaratkan jawatan PM mesti orang Melayu. Malah cadangan Wan Fhysal supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda agar hanya orang Melayu sahaja boleh menjadi PM ditolak mentah-mentah oleh wakil Sarawak.


12. Orang Melayu harus faham bahawa selain dari Perlembagaan membenarkan orang bukan Melayu menjadi PM, Perlembagaan yang sama juga menjamin,

Islam sebagai agama Persekutuan, 

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, 

Kuasa Raja-raja Melayu, 

Hak bumiputera dari segi kuota pendidikan,  lesen dan pekerjaan sektor awam.


13. Isu PM dari kalangan bukan Melayu ini, sebenarnya bukan satu isu pun, walaupun dibenarkan Perlembagaan,  hanya masa menentukan ia berlaku atau tidak.


14. Amerika Syarikat memerlukan 230 tahun untuk mendapat Presiden kulit hitam yang pertama. 


15. United Kingdom pula memerlukan lebih kurang 300 tahun untuk kaum pendatang menjadi PM pertama.


16. Tajuk ini sebenarnya lebih baik tidak diperkatakan. 66 tahun kemerdekaan Malaysia sebenarnya masih muda dibandingkan dengan US dan UK.


17. TS LKS kena faham, kenyataan beliau bukan sahaja menyukarkan kerajaan Perpaduan,  tetapi lebih lagi menyukarkan UMNO.


18. Walaupun kenyataan itu tiada salahnya dari segi undang-undang dan Perlembagaan,  tetapi dari segi politik banyak masalahnya.


19. Dalam politik, kita bukan sahaja perlu bercakap dan berjuang soal kebenaran,  tetapi juga perlu mengelakkan memberi peluru kepada musuh.


20. Apatah lagi jika peluru tersebut mampu meretakkan kerajaan kita.


Terima kasih. 


Muhammad Fairul Al Qasas 

#KerajaanPerpaduan 

#MalaysiaMadani




CYBERPUNK CITY & BANDAR TANPA PENGEMIS


DI GUANGZHAOU. ..PENGEMIS DIAJAR DENGAN TVET.,KEMAHIRAN. DI NEGARA KITA...MALAS ADALAH PUNCA UTAMA. NAK SURUH BELAJAR AMBIL TVET PUN MALAS....DAN TAK ADA LAGI PIL RAJIN YANG DICIPTA SELAIN SIKAP.











Tarikhnya 1 April 2004. Tetapi ini bukan April Fool's Day.


Kerajaan menguatkuasakan undang-undang "bandar tanpa pengemis".


Sesiapa yang didapati mengemis atau tidur di tempat awam akan dikutip oleh pihak berkuasa.


Dalam sekelip mata sahaja, bandar dengan 8 juta penduduk ini telah bersih daripada pengemis.


Pada bulan November tahun 2011, akhbar The Guardian melaporkan insiden seorang warga Britain mengemis di bandar ini.


Eh?? Apa?? Mengemis pun masuk berita ke? Aneh sangat ke? Tak pernah jumpa pengemis ke?


Ye. Kat bandar ini, penduduk tempatan dah bertahun lamanya tak jumpa pengemis. Sebab itu pada tahun 2011, insiden seorang warga Britain mengemis di bandar ini masuk berita.


Dah 7 tahun tak jumpa pengemis, memanglah nampak pengemis kat bandar ini menjadi sesuatu perkara yang luar biasa.


Itu tahun 2004 dan 2011. Lebih sedekad yang lalu.


——


Baru-baru ini, saya berpeluang menjejak kaki ke bandar tersebut.


Saya tanyakan penduduk tempatan:


"Mana perginya semua pengemis, kenapa seorang pun tidak nampak?"


Penduduk tempatan menjawab:


"Bandar ini mana ada pengemis? Dah 20 tahun takde pengemis. Semuanya orang kaya. Yang tak kaya pun ada pekerjaan dengan pendapatan yang selesa."


——


Bandar bebas pengemis ini ialah GUANGZHOU, sebuah bandar di selatan China yang cukup bersih, futuristik, moden dan berteknologi tercanggih.


Sesetengah pihak menggelar bandar ini "cyberpunk city" kerana pencakar langitnya berkelip-kelip pada waktu malam. Bukan satu dua bangunan, tetapi berpuluh-puluh buah bangunan di sepanjang Sungai Mutiara (Pearl River / 珠江).


Perasaannya seolah-olah masuk ke alam yang berbeza, seperti masuk dalam computer game.


-—


Guangzhou berjaya membersihkan pengemis kerana dua faktor.


Faktor pertamanya pusat-pusat "transit" di mana pengemis akan dijaga dan disiapsiagakan dengan kemahiran-kemahiran tertentu untuk bersaing di pasaran pekerjaan.


Faktor kedua dan faktor terpenting ialah polisi-polisi kerajaan sejak 20 tahun lalu yang mengutamakan ekonomi, di mana ekonomi yang pesat membangun akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendatan tinggi.


Di Guangzhou, sejak 10 20 tahun yang lalu, memang takde orang miskin dah.


Selain sindiket-sindiket dan organisasi-organisasi pemerdagangan manusia, memang takde orang nak jadi pengemis dah, kerana rakyat biasa mempunyai pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi atau selesa.


Gaji pelayan restoran pun mencecah 10,000 yuan (sekitar RM6,500). Apatah lagi gaji kakitangan sektor kewangan dan digital dalam cyberpunk city ini. Perkara normal untuk jumpa penduduk yang bergaji 20 30 ribu yuan (RM13 - RM20 ribu) sebulan.


Tak percaya saya takpe. Tanya je kawan-kawan yang pernah menjejak kaki ke Guangzhou. Tanyakan apa yang mereka nampak kat Guangzhou.


Bersih. Terang. Futuristik. Moden. Canggih.


Makan semangkuk mi kat kedai biasa mencecah 60 70 80 yuan (RM35 - RM50).

Makan kat Big Mac set kat McD mencecah 80 yuan (RM50).


Makan, minum, menginap semuanya mahal. Tapi orang Guangzhou mampu dan ini dianggap “harga biasa” untuk mereka kerana mereka bergaji tinggi.


——


Di Malaysia, Kerajaan terdahulu (2021) mempunyai niat ke arah seumpama. Salah satu langkah yang diambil ialah memperkenalkan cukai LVG (Low Value Goods / Barangan Bernilai Rendah), di mana barangan import di bawah RM500 akan dikenakan cukai sebanyak 10%.


Tujuannya tidak lain bukan, membantu syarikat dan kilang tempatan meningkatkan keluaran dan hasil jualan.


Sifirnya mudah.


Sekiranya barangan import menjadi lebih mahal, orang tempatan akan switch kepada barangan tempatan yang lebih murah. Maka hasil jualan barangan keluaran tempatan pun meningkatlah.


Susulan peningkatan jualan barangan buatan tempatan, lebih banyak pekerjaan boleh diwujudkan.


Selain itu, syarikat yang sedang menghasilkan barangan bernilai rendah di luar negara akan berfikir sama ada perlunya membuka kilang di negara Malaysia.


Mereka berfikir berbuat sedemikian kerana mahu mengelak barangan mereka dianggap barangan import dan mengelak cukai LVG.


Hasil daripada pemindahan kilang-kilang luar negara ke Malaysia ialah pengwujudan lebih banyak peluang pekerjaan.


——


Berbalik kepada Guangzhou, China, mereka dah lama meninggalkan level mundur dengan pekerjaan-pekerjaan bergaji sederhana.


Mereka telah berada di level maju dengan pekerjaan-pekerjaan bergaji tinggi.


Level 1: Takde pekerjaan (mundur)

Level 2: Pekerjaan bergaji rendah (mundur / membangun)

Level 3: Pekerjaan bergaji sederhana (membangun)

Level 4: Pekerjaan bergaji tinggi (maju)


Kita kat Malaysia pula, masih sedang mempertikai langkah-langkah pengwujudan pekerjaan-pekerjaan bergaji sederhana dan rendah.


Nampaknya perjalanan kita masih jauh nak capai level negara maju pekerjaan bergaji tinggi.