KAK IDA ABDULLAH
Yang DERHAKA YDPA dibiar bermaharajalela, terus memijak rakyat,
yang keluar membela maruah Agong dan nasib rakyat dicari jalan tangkap pula.
Salah siapa ya?
Atau memang sengaja derhaka Agong kerana nak tangkap Anwar Ibrahim
sebab kes liwat tidak dipercayai rakyat lagi?
Akhirnya darurat boleh dibatal tanpa persetujuan Agong di luar
parlimen dan Anwar menjadi mangsa sekali lagi?
Peguam dan ex hakim, balaci seseorang pun dah mengesahkannya!
Jawapan dalam kepala saya ini paling tepat kerana saya kenal
siapa punca kerajaan khianat?
Mahiaddin sekadar bersandiwara derhaka dan kekal kuat?
Dan selagi Anwar bebas diluar rakyat akan terus mendapat
maklumat dan menjadi lebih berani humban perasuah keparat?
Mereka bukan dari kalangan rakyat tetapi dari kalangan yang
diberi amanah menjaga rakyat?
Jika amanah Tuhan mereka permainkan, apa lagi harapan?
Mungkinkah seorang manusia yang tidak takut Allah, tidak pernah
cinta Rasul, tidak hormat malah memegang institusi diRaja dalam genggamannya
yang mementas sandiwara ini?
Dia nak sangat MAGERAN kerana dia nak berkuasa.
Dia mahu kuasai Raja dan rakyat negara ini.
Adakah impiannya akan menjadi nyata wawasan yang ditunda setahun
kerana COVID19 melanda?
Adakah rakyat masih buta? Adakah Anwar Ibrahim akan
ditewaskannya kali terakhir sebelum nyawanya berakhir??
Adakah rakyat akan membiarkan?
NO MAGERAN!
Lihat apa berlaku setelah Darurat dipersetujui.
Keadaan negara lebih teruk.
MAGERAN hanya akan memperkuatkan 1 orang sahaja BUKAN 32 juta
rakyat yang akan terus dikorbankan untuk sekumpulan manusia terus berkuasa.
FIRAUN namanya dan dia sudah pernah ditumpas Nabi Musa a.s. dengan
bantuan Allah yang mencipta keduanya.
Adakah kita mahu sejarah berulang dengan membiarkan DNA Firaun
hidup semula?
Nabi Musa a. s. menentang Firaun selama 400 ratus tahun.
Kita umat Muhammad s.a.w. Umur kita tidak sepanjang umur umat
Nabi Musa a.s. Kita lawan!
Hanya Allah sahaja dapat membantu kita rakyat teraniaya melawan
Firaun zaman ini.