MALAYSIAKU AMAN


Hamdan Taha

 Berkenaan covid di malaysia ni sepatutnya dah sampai masanya seorang sahaja wakil kerajaan cakap dan beri arahan sudah la...

 Ini sampai ramai ramai ni apa ke jadahnya...

 Ismail sabri petang nanti cakap itu ini itu ini yang semua karut marut....

 Keluar pula Ketua Pengarah 6 petang lebih cakap macam tu macam ni nasihat tu nasihat ni berlain pula dengan menteri kanan..

 Lepas tu keluar pula menteri pelajaran dah gitu gini gitu gini lain pulak lagi...

 Lepas keluar pula menteri paling kanan sop lain pula gitu gini gitu gini....

 Sudahnya carca marba semuanya...

 Kes meningkat tak pernah turun turun...

Akhirnya keluar pula Perdana Menteri umum darurat...tapi darurat tu di dua tempat sahaja Dewan Rakyat dan Dewan Negeri kenapa jadi gitu di situ pula PKP dan Darurat kerana ikut kata PM covid 19 jenis baru dan cepat menjangkit dan merebak dan paling bahaya berada di dua tempat itu....Dewan Rakyat dan Dewan Negeri....covid jenis ini vaksin belum dapat di buat kecuali dengan cara Darurat sahaja boleh selesai.....

 

Kan aman malaysia ni