BAGAIMANA PEROLEHAN TANAH DAN JUGA KEUNTUNGAN CARA SALAH ATAU SAH

 


Larry Jabol


Kadang- kadang kita perlu berfikir dari sudut moral tentang sesuatu perkara... Jika Keuntungan yang diperolehi secara saalah adalah tetap salah dari segi moral... 

 Mungkin perlu juga dilihat n dikaji bagaimana perolehan tanah tapak Projek tersebut diperolehi... Antara perkara yang perlu di pertimbangkan ialah Adakah tanah tersebut diperolehi mengikut harga pasaran semasa?

 Adakah Projek tersebut dibina pada harga yang terlalu mahal drpd kos yang sebenar?? Jika mungkin keuntungan itu bakal menyebabkan kerugian kepada pihak lain, maka keuntungan itu sebenarnya bkn sesuatu yg harus dibanggakn..




MAIL PULAK KENA. PATUT RAMAI KE DUBAI...


Nazril Iznil

 SPRM telah memulakan siasatan terhadap dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.




INGAT DUDUK JKOM SUKA SUKA KAH ? TIBAI GAJI KERJA TAK TAU BUAT. ADA LAGI PENDEDAHAN TEAM DAPAT PULUH RIBU KERJA TAK NAMPAK.

 

SUSULAN MAIN ISU ‘LANGKAH DUBAI’, PEMIMPIN UMNO GESA J-KOM SEGERA DIROMBAK.



Seorang pemimpin Umno menggesa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah Kementerian Komunikasi dirombak secara menyeluruh selepas agensi itu mendakwa wujud “Langkah Dubai”.

Minggu lalu, Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Ismail Yusop mendakwa wujud “Langkah Dubai” ketika percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menyifatkan dakwaan Ismail “cetek” dan menyebabkan kerajaan menjadi defensif susulan beberapa nama dalam kerajaan disebut-sebut terbabit dalam gerakan itu.

“Apa keperluan timbalan KP J-Kom mainkan isu Langkah Dubai? Imej J-Kom makin merudum selepas kontroversi bekas ketua pengarahnya, Agus Yusoff dan pembantu beliau, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.


“Maka, amat wajar J-Kom dirombak secara menyeluruh, ‘rebranding total’ dan dipimpin oleh mereka yang lebih kompeten,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, Ismail dilaporkan mendakwa gerakan menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim di Dubai turut membabitkan tokoh politik veteran berpengaruh yang bergelar Tun menggunakan dana asing.

Pertemuan itu didakwa bertujuan membahagikan tugas kepada “ejen” untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang boleh menukar sokongan kepada pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau tahu mengenai “Langkah Dubai” sebelum individu terbabit mendarat di bandar raya itu, tetapi enggan mendedahkan nama individu berkenaan.


Kelmarin, Ahli Parlimen Lipis, Abdul Rahman Mohamad membuat laporan polis berhubung tuduhan beliau bersubahat dengan pembangkang dalam usaha menjatuhkan kerajaan.

Timbalan menteri sumber manusia itu berkata, tuduhan jahat beliau terlibat “Langkah Dubai” sengaja direka untuk menimbulkan polemik dan mencetuskan kegelisahan rakyat.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/03/imej-makin-merudum-pemimpin-umno-gesa-rombak-j-kom/


RENTASAN 1517 | GEMPAR!! 'LANGKAH DUBAI' PASTI GAGAL, TUN M BUNTU?

RENTASAN 1517 | GEMPAR!! 'LANGKAH DUBAI' PASTI GAGAL, TUN M BUNTU?





MENARIK DALAM RENTASAN 1517

1. LANGKAH DUBAI LONGLAI 2. TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG 3. 2024 LEBIH CERAH DAN POSITIF 4. AHLI PARLIMEN, TOLONG PERGI BUAT KERJA





[panas] GAGAL HABIS GENG TEBUK ATAP, SUDAH SUDAH LA BERANGAN PN!

[gempak] MANTAN PM TAHUN 2020 HINGGA 2022 DISIASAT LIBATKAN KOS RM700 J...



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung isu penggunaan wang RM700 juta dibelanjakan bagi promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022 ketika pentadbiran dua perdana menteri sebelum ini. Sumber berkata, SPRM sudah ke Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi proses siasatan dan mengumpulkan maklumat serta mendapatkan dokumen berkaitan hari ini. “SPRM mengambil tindakan proaktif menjalankan siasatan sebagaimana pendedahan mengenai penggunaan wang RM700 juta, baru-baru ini. “Siasatan awal menjurus kepada bagaimana wang tersebut dibelanjakan dan adakah prosesnya mengikut tatacara yang betul,” katanya. Sumber Berita 1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat... 2. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...



USTAZ KONTENT


 Zunar Cartoonist Fan Club



NI YB YANG BERKHIDMAT...DIA MEMANG RAJIN.BANYAK AKU. TENGOK VIDEO DIA....TAHNIAH.


 

DIA NI PENAKUT.


 

MALU BESAQ


 

CHOIIIHHH...YELEPATHI YELLEK.,


 

MAIL PULAK KENA

 

SPRM telah memulakan siasatan terhadap dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.



Sejarah politik Mahathir yang paling hebat ialah "pecah belah"



 Che Ibrahim


- pernah pecahkan institusi raja raja melayu hingga wujud Mahkamah Khas.

- pernah pecahkan institusi kehakiman hingga terpecatnya Tun Salleh Abas.

- pernah pecahkan UMNO hingga UMNO lama diharamkan dan dia tubuh UMNO Baru.

- Hampir semua tokoh tokoh utama politik negara berjaya dimusnahkan oleh Mahathir... Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim, Ku Li, Najib Razak dan ramai lagi adalah antara mangsa politik Mahathir.

- Kelahiran banyak parti parti politik melayu - UMNO Baru, S46, PKR, PPBM, Pejuang -adalah kesan dari percaturan politik licik Mahathir. 


Kita tunggu apa kesan sentuhan Mahathir kepada Pas, satu parti yang pernah Mahathir kata kafir @ sesat.


Setakat ini hanya Anwar yang mampu bangkit dari cengkaman politik Mahathir.



JUALAN RAHMAH

 




Fauziah Salleh.


Pencapaian Jualan RAHMAH dan Jualan RAHMAH Bergerak tidak dapat disangkal lagi.


Sehingga 29 Disember 2023, usaha ini telah memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat Malaysia dengan nilai jualan sebanyak RM231,611,748.65. 


Manakala, bagi Jualan RAHMAH Bergerak telah membantu hampir dua juta pengunjung di 2,360 lokasi seluruh negara.



Terkini* Isu ini dikatakan telah diperbetulkan.


Pendakwah Teknologi



 Terkini* Isu ini dikatakan telah diperbetulkan.

*******

Macam tu lah dia punya security. Adoila.

Tak tegur nanti orang kata walanon. 

Tegur nanti orang kata walaun.


Kelemahan pada API (Application Programming Interface) sistem PADU membolehkan pihak tidak bertanggungjawab mengubah maklumat login (password) kita dengan hanya menggunakan maklumat nombor kad pengenalan.


Mana nak dapat nombor kad pengenalan? Banyak dah bocor. Tak perlu cari dekat dark web, Internet forum biasa pun berlambak dah.


Rafizi Ramli

Fahmi Fadzil

Dr. Ong Kian Ming - 王建民




MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN









Dr Mujahid.


Pagi tadi saya bersama  Dato Ismail Salleh Jk AMANAH Nasional  dan team ARiF Kedah/Penang melakukan cucian di Sekolah Kebangsaan Telok Jering, Tumpat, Kelantan.


Saya juga meninjau rumah penduduk kampung Telok Jering yang masih tenggelam akibat banjir baru-baru ini.



BODO PUNYA OLANG.


 Zunar Cartoonist Fan Club.

SABAH HARUS MAJU MACAM SARAWAK







 Sungguh mengecewakan melihat media Parti Warisan berusaha menggagalkan usaha kerajaan negeri Sabah dalam perdagangan karbon. Berbanding dengan negeri Sarawak yang terus melangkah ke depan, memperkukuhkan sumber pendapatan negeri dengan bijak dan berkesan. 

.

Pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang bersama-sama mengutamakan kemakmuran negeri Sarawak. Berbeza dengan pendekatan parti pembangkang di Sabah yang lebih kepada "menghentam" untuk menghentikan usaha kerajaan negeri.

.

Perdagangan karbon sepatutnya menjadi salah satu punca ekonomi baru dalam mempertingkatkan ekonomi Sabah sambil menjaga kelestarian alam, malangnya terus terhambat oleh sikap negatif Parti Warisan. Ini bukan sahaja mengecewakan, tetapi juga menunjukkan kurangnya visi mereka dalam memelihara keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan perlindungan alam sekitar.

.

𝐌𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐏𝐞𝐠𝐮𝐚𝐦 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐍𝐨𝐫 𝐀𝐬𝐢𝐚𝐡, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐂𝐀 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐢𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐤𝐭𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧. 


Antaranya:

1. Harus dipersetujui oleh Peguam Besar Negeri dan ahli kabinet, semua syarat perjanjian NCA yang tidak adil dan tidak munasabah dipinda serta dihapuskan daripada perjanjian.

2. Harus mendapat kebenaran dan memperolehi kebenaran daripada semua komuniti tempatan yang akan terlibat 

3. Harus mengenal pasti kawasan yang sesuai serta boleh digunakan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/808829/perjanjian-nca-belum-dimuktamadkan-peguam-besar-sabah 

.

Sabah perlu mengambil iktibar dari Sarawak! Kita perlu bersatu, bergerak ke hadapan untuk memastikan masa depan yang lebih cerah. Jadilah pembangkang yang membina dengan memberi teguran, memberi cadangan, bukan hanya tahu "menghentam" dan menggagalkan usaha kerajaan.

.

Selain syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri Sabah di atas, mungkin parti Warisan boleh gunakan media social media mereka untuk memberi cadangan atau pandangan? atau hanya bisa membangkang?




MISI MEMBANGUNKAN NEGARA


 

REDHO.,..NAK DUIT KA NOK SYURGA.


Mukhlis Eddie


 Betoi ka ni ? Kejamnyaaaaa




SILA DAFTAR


 

AZMIN BAKAL DIDAKWA


 

CIAN HANG WALAUN... TAK SEMPAT FITNAH


 

YB VIRAL TU.. KIOK


 

ISLE MAKIN SUBOQ DI KELANTE

 

Isley Makin subuq di kelate!

Konsert sokmo..

Krah pley sokmo la sep dio🤣😅😂😂




PADU UNTUK ELAK WARGA ASING PUNYA HAK YANG SAMA.










 Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang saya luncurkan hari ini, adalah selaras dengan pendekatan dan transformasi digital malah kemudahan dan manfaat yang diberikan kerajaan ini bakal dinikmati sepenuhnya oleh golongan berhak.


Kerana itulah kerajaan melalui Kementerian Ekonomi memperkenalkan PADU yang dilihat mampu mengurangkan ketirisan dan perbelanjaan subsidi yang ditanggung kerajaan melebihi RM80 bilion.


Saya singgung, marcapada menuntut tekad baharu dan jangan tolak ansur dengan sistem lama yang terlalu banyak ketirisan, kebocoran dan penipuan sehingga masih ada kelompok miskin dalam negara.


Penyaluran subsidi tanpa pendekatan digital hanya menyebabkan golongan maha kaya dan warga asing mendapat manfaatnya tanpa taakul yang betul.


Pendaftaran PADU dibuka secara langsung bermula Selasa sehingga 31 Mac depan bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.


Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU yakni https://padu.gov.my/.


PADU, yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosio ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.


#MalaysiaMADANI



TAJUDDIN RAMLI JELASKAN SIKAP DAIM

 




Tersebar video Tajuddin Ramli berkenaan pembelian MAS. Ketika itu MAS hampir lingkup dan bagaimana Tajuddin dipaksa beli MAS pada harga lebih tinggi dari pasaran. Bila Tajuddin tolak, Daim Zainuddin katakan kepadanya "you don't say NO to the Prime Minister."


Kita tak perlu nak tengok aspek teknikal, tentang harga pasaran dan sebagainya. Yang penting ialah melihat sifat diktator Mahathir yang memerintah dengan kuku besi. Apa lebih menarik, peranan Daim dalam soal ini. Kata-kata Daim tu umpamakan satu ugutan keras.


Bayangkan apa yang Daim dan Mahathir buat ketika kuasa ada di tangan mereka. Ini yang dah dibuka. Ada lagi yang masih terpendam. Mungkin ada yang lebih dahsyat lagi. Jadi fahamlah kita kenapa Mahathir dan konconya menggelupur nak tebuk atap. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KOMEN YANG TAK PERNAH CERDIK

 






Saya rasa kelakar dengan perbandingan yang dibuat oleh  Fadhli Shaari ni.


Dalam masa sama saya sedih. Sedih sebab ahli parlimen Pasir Mas yang dah masuk penggal ke dua ni buat perbandingan yang tak berapa cerdik.


Pertama, MB Sanusi ni dia menghina fizikal MB Amiruddin dengan mengatakan tak cukup inci dan Intelektual dengan mengatakan MB cokia.


Tak cukup dengan itu dia secara tak sengaja sebab mulut terlalu laju telah menghina DYMM Sultan Selangor apabila mengatakan DYMM Sultan Kedah yang hebat tidak akan melantik MB cokia macam Amir. Membawa maksud Sultan Selangor tak hebat sebab lantik MB cokia.


Ya Sanusi ada minta maaf, tapi terpulang pada Tuanku Sultan Selangor. Bukan pada Azlina.


Ahli Majlis Diraja Selangor juga merasakan ia satu penghinaan dan mereka yang buat laporan polis.


Siapa Ahli Majlis Diraja Selangor ni? Bukan sebarang orang, bukan jenis karaoke dengan anak dara orang jam 2-3 pagi..


Bekas Ketua Audit Negara,  Tan Sri Ambrin Buang adalah salah seorang Ahli Majlis Diraja dan beliau turut membuat laporan polis.


Dalam soal ini,  DS Azlina selaku Menteri Undang-undang tiada kuasa untuk menerima maaf dan membuang kes.


Takkan YB Fadhli tak faham?


Negara kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa di antara Eksekutif (kabinet) Legislatif (Parlimen) dan Judiciary (Kehakiman)


Kalau ahli parlimen pun tak faham, berat lah. Kena pi tuisyen. Saya boleh bagi tuisyen percuma untuk YB Fadhli.


Kemudian kita tengok pulak siapa yang bawa kes ini. Beliau ialah Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh. Ahmad Terrirudin kini dilantik sebagai Peguam Negara. 


Nak bagi tahu pentingnya isu ini sehingga Peguam Cara Negara sendiri yang mendakwa. 


Baru-baru ini seperti kita tahu seorang aktivis Parti Keadilan Rakyat-PKR iaitu Ustaz Wan Ji telah dipenjarakan kerana kes menghina DYMM Sultan Selangor. Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun ahli PKR, tiada campur tangan dari kerajaan Perpaduan walaupun PM adalah dari parti PKR.


Ok baik sekarang kita tengok perbandingan yang dibuat oleh YB Fadhli ni, iaitu soal YB Ngeh yang dikatakan menghina Islam.


Pertamanya YB Ngeh dia memberikan cadangan. 


Cadangan ni boleh diterima atau ditolak.


Pengerusi MKI DYMM Sultan Selangor telah tolak.


YBM Senator Dr Naim selaku Menteri Agama pun tolak.


YB Anthony Loke selaku Setiausaha Agong DAP pun tolak dan meminta maaf.


Keduanya kita lihat punca cadangan tersebut, ia kerana telah beberapa kali berlakunya pertembungan diantara bukan Muslim dengan Mahkamah Syariah. 


Iaitu dalam soal perebutan mayat dan anak.


Ini menunjukkan asas cadangan itu ada. Itu bukan menghina.


Sebab itu perbandingan yang cuba dibawa oleh YB Fadhli itu ibarat kata sahabat saya saudara Faizal Rahman ,  perbandingan antara Epal masam dan Musang King.

Mana sama.


Oleh itu dari buat perbandingan tidak cerdik seperti itu, adalah lebih baik YB Fadhli tolong mangsa banjir di Kelantan dan cari idea untuk memajukan negeri Kelantan. 


Cuba lah juga cari soalan yang membina untuk ditanyakan dalam parlimen nanti.


Jangan lah tanya soal istilah bahasa MAHAKAYA dan soal taman permainan kanak-kanak lagi. Buang masa parlimen.


Sekian,


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka



BEBERAPA ISU SEMASA.

 

Gino Marvela.


Kembali bersiaran, sebulan bercuti menguruskan pelbagai situasi. Ingat nak lajak sampai lepaih raya. 😅


Ok, GM hari ini nak bercakap beberapa situasi. Pertama isu FDI, kedua isu yg terkait Daim & Mahathir. Ketiga berkaitan tebuk atap langkah Dubai. 


Berkaitan FDI, ya memang mencurah masuk tapi ada banyak napoleon yg gagalkan. Lebih tepat lg, deep state yg gagalkan FDI jauh lebih terus berkembang dari sepatutnya. Rupanya rasuah yg Anwar nak bersihkan, amat2 parah di belakang. Dan barah ini lebih berkembang biak sebaik saja pembentukan kerajaan tebuk atap yg kalian dh maklum.


Dan...kebanyakan pelabur sedia ada merungut birokrasi yg terlalu menebal menunggu duit rasuah dgn pelbagai taktik sebelum di luluskan. Hal ini SPRM dh masuk campur, cuma belum agresif membuat tangkapan ekoran bukti2 yg perlu di perkukuhkan.


Kedua, isu Daim & Mahathir... Dari apa yg kami lihat & dengar, mereka cuba lemahkan pasaran ekonomi dgn alihkan aset strategi penting ke dunia luar. 


Lebih menakjubkan, rupanya duit yg lesap semasa zaman 22 tahun, cuba di sucikan dgn kerajaan 22 bulan pinjam dr luar. Sebenarnya ia berpusing pd pemain yg sama. Cukup jika GM cerita hal ini sampai di sini saja, nanti habis peluru. 😊


Isu menara Ilham yg di sita SPRM, dah tentu ada pembuktian serta siasatan. Masakan pula SPRM kembali mengaum jika tidak punyai sokongan dr Sultan Johor yg bakal jadi YDPA seterusnya pd awal tahun ini.


Ok, hat nih yg paling penting...isu langkah Dubai!


Dari siasatan dalaman kami sendiri, RM10 juta - RM50 juta adalah bayaran kepada setiap individu dalam kerajaan perpaduan jika mahu menyebelahi tebuk atap. Angka jumlah ini RM10j-RM50j, berbeza ikut portfolio penting dlm kerajaan. Ini bukan bayaran pd setiap parti, tapi kepada setiap individu yg berjaya di bawa tebuk atap. 


Dan bayaran bukan di buat dlm Malaysia. Kebanyakan mereka ada akaun di luar pesisir. Kenapa hal langkah Dubai terdesak ini berlaku ? 


Antaranya banyak penyangak2 ini yg kebanyakannya suatu ketika dahulu berada dalam umno telah berpindah ke parti Penyakau Nasional. Dan sekiranya SPRM berjaya di letakkan di bawah YDPA, ia lebih merumitkan lagi keadaan buat penyangak tebuk atap tersebut. 


Bagi kali, jika Sultan Johor titah agar SPRM di letakkan bawah Agong...hal ini kami setuju. Tapi kalau Petronas, maaf kami tak setuju. 


Hal lebai dan kroni kelarah, itu kita bincang kemudian.


Ok, berhenti setakat ini. Nanti sambung lg. 😊



Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM





 Oleh  NOOR AZLIDA ALIMIN 02 Januari 2024


KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli undi untuk Pilihan Raya Umum (PRU13), pada 11 tahun lalu.

Saksi pendakwaan ke-49, Penguasa Kanan, Nur Aida Arifin berkata demikian semasa perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau yang juga pegawai penyiasat skandal 1MDB ini berkata, maklumat diterima pada 4 Mei 2015, menyatakan pada tahun 2013, Najib telah menerima wang tersebut daripada syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kerajaan Saudi iaitu Tanore Finance Corporation, melalui Falcon Private Bank Singapore.

Sebelum ini, Tanore Finance dikatakan syarikat yang dikawal oleh Eric Tan Kim Loong, iaitu sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

 Nur Aida, 37, berkata, wang tersebut dimasukkan ke akaun Amprivate Banking milik Najib yang berakhir nombor 694.

Selain itu, wanita itu berkata, pada 17 Mei 2018 pula, aduan diterima menyatakan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan, menerima suapan.

“Rasuah itu diperoleh melalui dana pelaburan 1MDB berjumlah RM3.217 billion, dipercayai untuk kepentingan peribadi Najib, di akaun bank sama, antara tahun 2011 hingga 2013.

“Fokus siasatan ialah di bawah seksyen 23 Akta SPRM 2009 iaitu berkenaan dengan kemasukan wang dalam jumlah yang sangat besar ke dua akaun peribadinya, berakhir nombor 694 dan 880 antara tahun 2011 dan tahun 2014,” katanya.

Beliau berkata, Najib dikatakan telah menggunakan kedudukannya bagi mendapat suapan yang mana ketika itu bertindak sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu, Tanore Finance memindahkan AS$681 juta ke akaun peribadi AmIslamic Bank milik Najib.

Dana itu sebahagian daripada terbitan bon 1MDB keseluruhannya berjumlah AS$3 bilion yang sepatutnya dilaburkan bagi usaha sama 1MDB dengan Aabar Investment PJS yang dikenali sebagai Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).

Menurut Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB, Adam Ariff Mohd Roslan, pada hari sama Tanore Finance menerima AS$640 juta iaitu pada 21 Mac 2013, ia mengarahkan Falcon Bank memindahkan AS$681 juta ke nombor akaun bawah nama 'AmPrivate Banking–MR' di AmIslamic Bank secepat mungkin.

Najib, 71, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bersambung dengan Nur Aida membaca pernyataan saksi setebal 95 muka surat.

Pada 5 Mei 2013 lalu, Barisan Nasional (BN) diumumkan menang di 133 kerusi Parlimen sekali gus dapat membentuk kerajaan dengan majoriti tipis.

Sementara Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 89 kerusi parlimen.

UMNO selaku tunjang utama BN mendapat 88 kerusi.

 

SINAR HARIAN ONLINE

 


Raja dadah Malaysia dikehendaki PDRM sejak 2018

 


Sinar Harian melaporkan pelarian warga Malaysia yang dikehendaki di Thailand kerana menyeludup dadah ditahan selepas bersembunyi di Laos. Gambar kecil: Mohd Kamarudin.


SINAR HARIAN ONLINE



 Oleh

AHMAD ISMADI ISMAIL 02 Januari 2024 05:17


KUALA LUMPUR - Warga Malaysia yang diberkas di Laos pada Jumaat lalu kerana aktiviti penyeludupan dadah disenaraikan sebagai individu dikehendaki oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2018.

Penahanan lelaki berusia 39 tahun didakwa raja dadah berasal dari Parit Buntar, Perak itu dilakukan hasil pertukaran maklumat dan risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) dan Biro Pembanterasan Narkotik (PNSB) Thailand.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, lelaki berkenaan disenarai hitam selepas disyaki menjadi dalang utama sindiket pengedaran dadah di kawasan Segi Tiga Emas membabitkan tiga negara iaitu Myanmar, Laos dan Thailand sejak 2006.

"Tindakan menyenarai hitam dilakukan selepas pihak berkuasa Thailand menahan tujuh rakyat mereka dengan rampasan 998 kilogram methamphetamine di wilayah Ratchaburi pada Jun tahun lalu.

"Lelaki ini juga mempunyai rangkaian pengedaran di negara ini," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan pelarian warga Malaysia yang dikehendaki di Thailand kerana menyeludup dadah ditahan selepas bersembunyi di Laos.

Suspek dipercayai menggunakan Thailand untuk pengubahan wang haram dan sebagai transit untuk penyeludupan dadah, termasuk ke negara ketiga seperti Malaysia, Taiwan dan Australia.

Susulan penahanan itu, pihak berkuasa Thailand merampas aset lelaki itu termasuk sebidang tanah dengan bangunan, dua kondominium, tiga kapal layar, dua kereta, tiga motosikal, senjata api, wang tunai dan barang berharga lain di Bangkok, Trat, Chiang Rai dan Chon Buri.

Jumlah anggaran nilai aset yang dirampas ialah RM11 juta (85 juta baht).

 


PADU: Celikkan rakyat tentang transformasi digital, elak ketirisan subdisi




 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan hari ini adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital negara bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati segala kemudahan kerajaan termasuk subdisi dengan lebih berkesan.



Perdana Menteri berkata melalui sistem berkenaan, sebarang ketirisan dalam proses penyaluran bantuan dan subsidi kerajaan dapat dielakkan.



"Kita bangunkan sistem negara yang lebih canggih, yang mampu bersaing. Perlu tekad baharu dan jangan tolak ansur kerana tanpa PADU terlalu banyak ketirisan, banyak kebocoran dan penipuan



"Kalau tidak, tidak ada sebab masih ada kelompok miskin dalam negara," katanya ketika berucap melancarkan sistem tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.



Hadir sama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Sri Mohd Zuki Ali



PADU yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia merupakan pangkalan data sosio ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.



PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selain kerjasama pelbagai agensi lain.



Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata menegaskan penyaluran subsidi tanpa pendekatan digital hanya menyebabkan golongan terlalu kaya dan sebanyak 3.5 juta warga asing di negara ini mendapat manfaatnya.



Jelas beliau, dalam banyak kajian yang dilakukan menyatakan subdisi kerajaan tidak sampai sepenuhnya kepada golongan sasar.



"Subsidi diberi kerajaan dikira dengan nilai ringgit sekarang cecah RM80 bilion dan tidak mungkin Malaysia bertahan mengurus kewangan belanjawan negara kalau hal ini tidak dapat diperbaiki," katanya.



Sebagai contoh katanya, amalan negara sebelum ini yang memberikan subsidi kepada semua rakyat hingga membolehkan golongan kaya turut mendapat manfaat meskipun mereka menggunakan elektrik jauh lebih tinggi.



"Hasilnya kalau ikut unjuran dapat jimat RM4 bilion kerana subdisi tidak diberikan kepada golongan maha kaya dan warga asing. Yang masih menerima subsidi 85 peratus rakyat. Tetapi insentif lain diteruskan dan tahun lalu lonjakan pelaburan tinggi," katanya.



Anwar berkata kemampuan membangunkan sistem PADU jelas menujukkan jentera kerajaan mampu melaksanakan perkara baharu tanpa bergantung kepada perunding antarabangsa yang melibatkan kos tinggi.



Sementara itu, Anwar meminta Ketua Setiausaha Negara memantau pelaksanaan sistem PADU agar ia mencapai matlamat iaitu bukan sahaja mahu menjamin bantuan kerajaan sampai kepada golongan sasaran malah ia melibatkan penyertaan masyarakat.



Beliau mengingatkan seluruh jentera kerajaan agar tidak mengabaikan masyarakat miskin bandar, pedalaman dan desa dalam pelaksanaan PADU.



"Kaedah PADU memaksa setiap warganegara faham mengenai transformasi digital dan guna sistem PADU dan ia menunjukkan ada kecelikan budaya dan digital," katanya



PADU dibuka kepada orang ramai mulai hari ini sehingga 31 Mac ini bagi mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.



Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU itu bermulai hari ini hingga 31 Mac ini.

 


Kerajaan beri jaminan segerakan skim gaji baharu penjawat awam




Oleh: Helmi Mohd Foad



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi memberikan jaminan bahawa pihak kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang ditangguhkan sebelum ini.



Perdana Menteri memberitahu skim tersebut tidak dapat dilaksanakan tahun lalu kerana Kerajaan Perpaduan mewarisi kedudukan kewangan yang merumitkan daripada pentadbiran terdahulu.



"Kita lihat prestasi penjawat awam umumnya sangat membangakan dan kita (perlu) menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam.



"Saudara harus percaya kita tidak dapat segerakan pada tahun lalu kerana kita mewarisi hutang RM1.5 trilion dengan defisit sekitar 5.6 peratus," katanya ketika berucap merasmikan Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.



Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya bersyukur hasil kerjasama Jemaah Menteri dan penjawat awam serta swasta, defisit tersebut berjaya dikurangkan kepada 5 peratus.



"Maknanya kalau kita ada fokus jelas dan komitmen, iltizam, laksanakan dengan baik (itqan fil amal), saya percaya kita boleh lakukan sebagaimana unjuran yang dilakukan oleh PADU," katanya.



November lalu, Anwar dilaporan berkata, skim gaji baharu untuk penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun ini selepas beberapa garis panduan akan disediakan.



Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri mengumumkan pemberian Bayaran Insentif Awal SSPA sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta bayaran insentif RM1,000 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.



Terdahulu dalan ucapannya Perdana Menteri memberikan penghargaan kepada jentera kerajaan yang mampu membuktikan keupayaan membangunkan PADU tanpa menggunakan khidmat konsultasi antarabangsa.



Beliau dalam ucapannya turut memuji keupayaan jentera kerajaan yang mampu membangunkan sistem baharu untuk kerajaan dan tidak menggunakan konsultan luar seperti sebelum ini.