BONGKAR !! MASJID DISAMAN, PARLIMEN DITUTUP, TAPI FUNFAIR DIBUKA DI MALA...
Tahukah anda ada masjid disaman kerana langgar SOP Covid? Tahukah anda banyak masjid ditutup kerana Covid? Anda juga perlu tahu ada Funfair boleh beroperasi di malam Ramadhan? Di mana? Mengapa tutup mata?
HASHTAG #KERAJAANGAGAL DENGAN CIAPAN LEBIH 150 RIBU BUKTI NYATA RAKYAT TAK PUAS HATI DENGAN PN
Betul ke sedang viral hashtag #KerajaanGagal digunakan secara meluas di media sosial sejak beberapa hari lalu?.
Hashtag #kerajaangagal malah dikatakan antara hashtag paling popular digunakan rakyat Malaysia ketika ini.
Beberapa media dalam talian (online) melaporkan hashtag tersebut pernah mencecah naik sehingga angka 150 ribu.
Sekali gus meletakkannya sebagai hashtag nombor satu di Malaysia yang paling banyak digunakan oleh pengguna Twitter.
Tiba-tiba badan kajian Merdeka Center kelmarin mengumumkan dapatan tinjauannya mendapati majoriti rakyat sokong kerajaan PN.
Kajian yang cuma melibatkan 2,111 responden itu dilakukan melalui panggilan talian tetap dan telefon bimbit.
Ironi mereka tiba-tiba telefon anda dan tanya anda sokong kerajaan atau tidak?
Walau apa pun hasil kajian sana sini dikemukakan, realitinya hashtag #kerajaangagal sedang berleluasa di maya.
Saya fikir ini satu lagi manifestasi rasa tidak puas hati masyarakat Malaysia terhadap pentadbiran kerajaan PN.
Ordinan Darurat menggantung sistem demokrasi negara dengan alasan membendung Covid-19, namun pandemik terus meningkat.
.
Rakyat marhain kerap dipersalahkan diatas kenaikan kes Covid-19 dan dikompaun, tetapi kluster kayangan bermaharajalela melakukan pelanggaran SOP.
Keadaan ekonomi negara selalu diilustrasikan sebagai memberangsangkan dan stabil dalam kebanyakan ‘perutusan’ kerajaan.
Walau apa pun hasil kajian sana sini dikemukakan, realitinya hashtag #kerajaangagal sedang berleluasa di maya.
Saya fikir ini satu lagi manifestasi rasa tidak puas hati masyarakat Malaysia terhadap pentadbiran kerajaan PN.
Ordinan Darurat menggantung sistem demokrasi negara dengan alasan membendung Covid-19, namun pandemik terus meningkat.
.
Rakyat marhain kerap dipersalahkan diatas kenaikan kes Covid-19 dan dikompaun, tetapi kluster kayangan bermaharajalela melakukan pelanggaran SOP.
Keadaan ekonomi negara selalu diilustrasikan sebagai memberangsangkan dan stabil dalam kebanyakan ‘perutusan’ kerajaan.
Tetapi realitinya rakyat sedang berdepan tekanan ekonomi yang maha dasyat sehinggakan kenaikan harga ayam pun gagal ditangani.
Jangan tuduh hashtag #kerajaangagal yang sedang tular dalam kalangan rakyat itu mainan propaganda UMNO.
Mustahil UMNO mampu menyediakan ribuan tentera siber untuk tujuan tersebut dengan sumber kewangannya disekat.
UMNO tiada peruntukan sebanyak itu atau sekurang-kurangnya RM40.5 juta untuk menyediakan pasukan siber sebesar itu.
Saya fikir hashtag #kerajaangagal ‘organik’ oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan PN menguruskan negara.
Kemarahan rakyat ini wajar dibendung dengan mengembalikan amalan sistem demokrasi Malaysia.
Benarkan Parlimen kembali bersidang kerana di situ tempat mencapai kaedah terbaik untuk menyelamatkan negara sebelum terlambat.
AHMAD ZAHID HAMIDI
Presiden UMNO.
Bekas menteri pendidikan desak kerajaan PN segerakan pemberian laptop yang dijanjikan

April 26, 2021
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menggesa kerajaan menyegarakan pemberian 150,000 komputer riba kepada pelajar seperti yang dijanjikan di bawah Belanjawan 2021.
Dia mengatakan ini kerana ketika sekolah di beberapa daerah ditempatkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), para pelajar, terutama dari kumpulan B40 dan luar bandar, sekali lagi menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).
Ahli parlimen Simpang Renggam itu menekankan bahawa PDPR tidak bererti jika pelajar tidak mempunyai alat untuk belajar dan jika kawasan itu mempunyai sambungan Internet yang lemah.
Dia menyatakan bahawa beban itu juga ditanggung oleh para guru yang harus mengeluarkan wang tambahan untuk membeli alat untuk anak-anak mereka selain melanggan data Internet tambahan.
“Dalam sesetengah keadaan yang tiada capaian internet, mereka (guru) terpaksa mengedarkan latihan dan kertas aktiviti untuk kegunaan murid menggunakan duit mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Maszlee menggesa kerajaan melakukan tiga perkara iaitu.
1) Kerajaan menyegerakan pemberian 150,000 laptop yang telah diluluskan dalam belanjawan tempoh hari kepada keluarga B40 dan anak-anak para guru di kawasan PKP di seluruh negara, terutamanya Kelantan.
2) Insentif khas diberikan kepada para guru untuk pembelian data dan alat bantuan mengajar demi memudahkan urusan PDPR sepanjang tempoh PKP.
3) Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) harus segera bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk memastikan kawasan-kawasan yang tiada atau lemah capaian internet disegerakan kemasukan infrastruktur yang membolehkan murid dan guru menikmati capaian internet untuk tujuan PDPR.
“Tindakan pro-aktif dan segera mestilah dilakukan demi mengelakkan anak-anak dari keluarga miskin terus tercicir dari pelajaran mereka,” katanya.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada November tahun lalu mengatakan bahawa GLC dan GLIC akan menyumbang RM150 juta ke dalam dana Cerdik untuk menyediakan 150,000 komputer riba kepada pelajar di 500 sekolah dalam projek perintisdi bawah Yayasan Hasanah.
Projek ini dikritik kerana laman webnya menyatakan bahawa pelajar akan diberikan komputer riba secara pinjaman.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq adalah antara ahli politik yang lantang dalam isu ini.
“Sekiranya (komputer riba) rosak, adakah pelajar dari keluarga miskin harus menggantinya? Sekiranya demikian, sistem ini bermasalah.
“Komputer riba akan digunakan untuk jangka masa yang panjang, tidak seperti buku teks di mana pelajar hanya menggunakannya mengikut tahap,” kata Syed Saddiq.
Kira-kira 13,000 sudah diedar
Sementara itu, program Cerdik, dalam satu kenyataan, mengatakan sekitar 13,000 peranti telah diedarkan ke jabatan pendidikan negeri.
“Berdasarkan kapasiti rantaian bekalan semasa, Cerdik menyasarkan sekurang-kurangnya 50,000 pelajar akan menerima peranti mereka pada akhir bulan Mei ini,” katanya.
“Berdasarkan kapasiti rantaian bekalan semasa, erdik mensasarkan sekurang-kurangnya 50,000 pelajar untuk menerima peranti mereka pada akhir Mei,” katanya.
Ia menambah bahawa baki 100,000 dijangka akan diedarkan pada akhir September.
“Kesemua peranti telah disahkan yang terkini dengan kapasiti yang mencukupi untuk penaikan taraf perisian (software upgrades) bagi menyokong pembelajaran akademik di sekolah selama sekurang-kurangnya tiga tahun.
“Selain itu, pengesahan kualiti, fungsi dan keselamatan setiap alat juga perlu dipastikan untuk mencegah atau meminimumkan sebarang isu atau gangguan dalam pembelajaran kelak,” katanya lagi.
Kenyataan Cerdik itu turut memetik komen Menteri Pendidikan Radzi Jidin yang mengatakan bahawa peranti tersebut akan dilengkapi dengan sokongan teknikal dan jaminan yang diperlukan untuk mengurangkan gangguan pembelajaran.
Antara agensi yang telah menyumbang kepada dana Cerdik termasuk Khazanah Nasional Berhad, Yayasan Petronas, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Tabung Haji.
TERBAIK LAH....NAIK SIKIT JA....APA DA HAL...TANYA PAK LEBAI PAS PASAI MINYAK SAWIT....

Selepas ayam, harga minyak masak 5kg pula naik mencanak
Harga minyak masak botol bersaiz 5 kilogram (kg) dikesan naik mendadak hingga 10 peratus sejak awal tahun ini berbanding tahun lalu hingga membebankan pengguna terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri.
Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake), Mohd Yusrizal Yusoff berkata, tinjauan mendapati harga minyak masak botol bersaiz 5kg kini boleh mencecah antara RM28 hingga RM34 berbanding RM25 hingga RM27 tahun lalu.
Menurutnya, harga minyak masak 5kg berkenaan didapati naik setiap tahun dan meningkat semula sejak awal Januari lalu sebelum mengalami peningkatan lagi ketika musim perayaan ini.
“Kita melakukan tinjauan di beberapa kedai di Kedah termasuklah Langkawi selepas menerima banyak aduan tentang kenaikan harga barang runcit khususnya minyak masak lima kilogram.
“Melalui pemerhatian, kita mendapati sememangnya harga minyak menunjukkan peningkatan mendadak hingga 10 peratus dan dikhuatiri membebankan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan di sebuah pasar raya mini di Jalan Seberang Perak di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Mohd Yusrizal berkata, kenaikan harga minyak masak tersebut tidak hanya berlaku di Alor Setar, sebaliknya dipercayai turut dialami pengguna di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang dan Johor.
“Bayangkan, minyak masak kualiti paling rendah sekalipun harga dijual dirasakan luar kemampuan dan membebankan pengguna, tambahan pula ramai yang terjejas akibat Covid-19.
“Pengguna tiada pilihan lain dan terpaksa membeli minyak masak berkenaan walaupun dijual pada harga tinggi memandangkan memerlukan bahan itu untuk memasak,” katanya.
Mohd Yusrizal, Cake berharap sesetengah peniaga dan pemborong tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati mereka khususnya ketika majoriti rakyat Malaysia beragama Islam akan meraikan Aidilfitri.
Selain itu, katanya, Cake turut berharap minyak masak dapat dimasukkan dalam senarai barangan kawalan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMO) 2021 yang dikuatkuasakan sejak 21 April lalu hingga 20 Mei depan.
Katanya, pihaknya berharap kerajaan mempertimbangkan memasukkan minyak masak yang mendapat permintaan ketika musim perayaan di bawah skim berkenaan seperti tahun-tahun sebelum ini.
“Selain itu, beberapa barangan lagi, termasuklah santan serta sayur-sayuran juga diharapkan dimasukkan dalam skim memandangkan jumlah 12 barangan kawalan diumumkan sebelum ini dirasakan agak sedikit,”katanya.
Dalam perkembangan sama,Mohd Yusrizal tidak menafikan pengguna boleh membeli minyak masak subsidi yang dijual pada harga lebih rendah, bagaimanapun menjelaskan jumlah pembelian barangan berkenaan dihadkan.
“Ada had pembelian minyak masak subsidi ditetapkan untuk pengguna, misalnya dua bungkusan sahaja untuk orang awam dan lima bungkusan minyak untuk peniaga, itu pun untuk individu dikenali dan kemungkinan tidak dijual kepada pembeli tidak dikenali,” katanya.
Tinjauan pendapat tunjuk kerajaan baharu perlu dipilih, kata Guan Eng

PETALING JAYA: Undian bagi memilih kerajaan baharu, baik oleh Parlimen mahupun rakyat, adalah satu keperluan walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendapat peratusan sokongan tinggi dalam satu tinjauan pendapat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.
Memetik tinjauan terkini oleh Merdeka Center, Lim berkata, 46% responden percaya negara kini “menuju arah yang salah”, berbanding 41% yang percaya negara bergerak “ke arah yang betul”.
“Jelas kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak dipilih ini gagal membawa negara ke arah yang betul sekali lagi,” katanya dalam kenyataan, sekali gus menggesa supaya demokrasi ditegakkan dengan membenarkan Parlimen atau rakyat memilih kerajaan yang baharu.
Lim berkata, walaupun Muhyiddin mencatatkan kadar sokongan 67% “setelah gagal mengurus tiga krisis Covid-19, ketidakstabilan politik dan kemelesetan ekonomi”, beliau tetap dilihat tidak selamat dari segi politik.
Beliau mendesak Muhyiddin “membuka semula Parlimen dengan penuh keyakinan” dan bersedia mengadakan pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat pilihan raya.
Sistem konsesi bunuh kontraktor kecil Bumiputera, perlu kajian semula - ADUN Senggarang

Sistem konsesi yang diamalkan dalam pemberian projek-projek
kerajaan didakwa 'membunuh' kontraktor kecil Bumiputera.
Sehubungan itu, ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim bersama persatuan kontraktor kecil Bumiputera baru-baru ini menyerahkan memorandum kepada beberapa kementerian kerajaan Perikatan Nasional di Putrajaya menggesa agar sistem berkenaan dikaji semula dan diperbaikki.

Ir Khairuddin A Rahim
"Serahan memorandum adalah antara tujuan lawatan kami ke
Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Kerjaraya Malaysia dan Unit
Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
"Kita membantah hal ini. Perjuangan kita akan diteruskan lagi dengan membongkar kegiatan konsesi yang sebenarnya merosakkan atau membunuh kontraktor kecil bumiputera.
"Kita mahu hal ini terus dibangkitkan kerana sistem ini sudah ketinggalan zaman dan menguntungkan sebahagian kecil pihak sahaja," katanya.
Khairuddin yang sebelum ini membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Johor berkenaan salah laku pemberian projek kepada konsesi berkata, Jawatankuasa Bertindak Hapuskan Konsesi di Negeri Johor yang baharu ditubuhkan tidak akan berdiam diri menghadapi ketidakadilan itu.

Katanya, jawatankuasa tersebut juga akan menjelaskan kepada orang ramai dan pihak berkuasa mengenai kezaliman yang wujud dalam sistem berkenaan.
"Kita akan terus membongkar permasalahan yang berlaku dan ini sebahagian langkah kami dalam usaha menghapuskan sistem konsesi
"Apa yang kita lakukan ini selain memperjuangkan kontraktor kecil bumiputera, ia juga membantu orang ramai kerana tidak akan ada lagi projek alibaba akan berlaku.
"Kerajaan seharusnya memandang serius perkara ini. Kami tidak akan berdiam diri dan akan terus melawan demi kepentingan semua pihak, bukan sebahagian individu atau kumpulan sahaja," katanya lagi.
Hadir bersama dalam rombongan itu ialah Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Malaysia, Tukiman Radion, Yang Dipertua PERKOBF Johor, Zahrul-lail Abd Moez, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hapuskan Konsesi di Negeri Johor, Ruzman Samsudin serta Ahli Jawatankuasa dan kontraktor perseorangan yang hadir memberikan sokongan.
Pendidikan Seks: Guru harus faham isu, Kementerian harus kaji kaedah mengajar

Ungkapan
melampau, memalukan atau mengganggu emosi tidak wajar digunakan dalam mengajar
mata pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK) di sekolah.
Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Zaliha Mustafa, pengajaran mata pelajaran PJK seharusnya dilakukan oleh guru yang berpengalaman dan faham tujuan mata pelajaran tersebut diwujudkan.
"Saya memuji dan merasa bangga dengan pelajar perempuan yang telah mendedahkan sikap atau ‘attitude’ seorang guru lelaki yang mempersendakan jenayah rogol dalam mata pelajaran PJK ketika membincangkan isu ”Sexual Harrasment” di sebuah sekolah dan kini telah menjadi perhatian umum.
"Apapun kejadian seperti itu adalah suatu perkara yang tidak wajar dan perlu segera dihentikan agar tidak berulang.
"Pendidikan seks di bawah sukatan pelajaran PJK dengan tajuk Pendidikan Reproduktif dan Pendidikan Kesihatan Sosial (PEERS) bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dibawa oleh seorang guru kurang pengalaman mengajar, apatah lagi ia perlu disulami dengan
rasa
empati dan pemahaman isu yang mendalam kenapa subjek ini harus diajar di
peringkat sekolah, dan apakah hasil akhir yang perlu dicapai," katanya
dalam satu kenyataan.
Menurut Pengerusi Biro Dasar, Strategi dan Latihan, Majlis Pimpinan Wanita Pusat itu, satu kajian semula perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan untuk mengenal pasti kaedah yang lebih baik dalam pengajaran PJK.
Katanya, kaedah yang tidak sesuai dan menimbulkan kesan negatif terhadap pelajar lelaki atau perempuan mesti dihindari.
"Saya menggesa selain dari siasatan yang dilakukan ke atas kejadian ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus juga melihat kepada latarbelakang guru yang bakal dipertanggunjawabkan untuk mengajar.
"Juga cara atau metodologi terbaik untuk mengajar subjek ini perlu dikaji, dengan menggunakan bantuan alat pandang dengar atau mungkin teknologi terkini agar suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif kepada guru dan pelajar, dan akhirnya mencapai objektif yang dikehendaki," katanya lagi.
Kelmarin, tular seorang murid memuat naik di aplikasi tik tok bahawa guru lelaki di sekolahnya memberitahu murid bagaimana undang-undang melindungi wanita berumur 18 tahun ke bawah.
Kemudian didakwa guru itu berjenaka, ‘nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18.’
Ciapan pelajar itu di twitter mendapat kecaman warganet yang menuntut guru terbabit disiasat dan dikenakan tindakan.
APA BARANG SYED SADDIQ TIBA-TIBA SERANG ANWAR

Apa barang Syed Saddiq tiba-tiba serang Anwar
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman yang tidak akan menyokong sebarang kerjasama di antara Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan individu tertentu daripada Umno yang beliau sifatkan sebagai pemimpin kleptokrat kelihatan pelik dan janggal.
Bagi Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Syukri Razab, kenyataan itu dibuat secara tidak semena-mena oleh Syed Saddiq dan ada apa-apa peristiwa duluan mengenai perkembangan muktahir hubungan KEADILAN – Umno yang boleh beliau ulas.
“AMK merasakan terjahan Syed Saddiq terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ini amat pramatang dan dangkal setelah Datuk Seri Anwar berulang kali menyatakan bahawa tidak wujud sebarang usaha rasmi seperti yang didakwa.
“Secara terbuka juga Presiden KEADILAN telah menegaskan bahawa yang berlaku hanyalah sekadar pertemuan-pertemuan tidak rasmi bersama kepimpinan daripada pelbagai parti dalam rangka usaha Pakatan Harapan (PH) mengambil alih semula tampuk kepimpinan Kerajaan daripada Kerajaan pintu belakang.
“AMK juga tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba Syed Saddiq melancarkan serangan ini terhadap Presiden KEADILAN.
“Nada kenyataan Syed Saddiq ini juga sangat seiring dengan kenyataan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang cuba menyerang Datuk Seri Anwar melalui isu yang sama. AMK percaya ini adalah langkah terdesak untuk menggagalkan usaha Datuk Seri Anwar membentuk semula Kerajaan PH,” katanya dalam satu kenyataan.
Oleh yang demikian, Syukri menasihatkan agar pemimpin parti Muda itu tidak menjadi sebahagian daripada juru bicara PN dengan membuat dakwaan tanpa asas yang jelas dan kukuh.
Katanya, dalam masa yang sama AMK juga ingin menggesa Syed Saddiq agar konsisten menolak sebarang anasir kleptokrasi termasuk terhadap idola Syed Saddiq, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.
“Setelah apa yang didedahkan oleh Senator Liew Chin Tong baru-baru ini mengenai sikap Tun semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan, tidak kedengaran pula suara Syed Saddiq dalam menegur atau menyerang Tun Mahathir.
“Hanya kerana Tun Mahathir tidak pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah, tidak bermakna sejarah pentadbiran beliau yang dikotori dengan pelbagai pencabulan demokrasi boleh dipadamkan begitu sahaja,” katanya lagi.
Kapal selam Nanggala 402 terbelah tiga, kru sah terkorban
Bernama
-

JAKARTA: Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto hari ini mengumumkan semua kru kapal selam KRI Nanggala-402 telah terkorban.
“Seramai 53 personel KRI Nanggala-402 telah gugur, berdasarkan bukti-bukti “authentic” itu, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.
Menurutnya berdasarkan visual dari “Remotely Operated Underwater Vehicle” yang digunakan dalam pencarian kapal itu, telah terakam keadaan kapal berkenaan yang “terbelah menjadi tiga bahagian” di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.
KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.
Tak perlu ‘sentuh’ KWAN jika ekonomi diurus baik.

PETALING JAYA: Kerajaan tidak semestinya harus memanfaatkan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk perbelanjaan vaksin sekiranya pengurusan ekonomi dilakukan sebaiknya, kata seorang pemimpin Pejuang hari ini.
Anggota Jawatankuasa Pusat Pejuang, Tariq Ismail Mustafa mendakwa kerajaan tidak cekap menguruskan kewangan negara, malah mempersoalkan sama ada bajet tahun lalu dibuat berdasarkan keperluan politik dan bukannya dengan berfikir panjang mengenai senario risiko terhadap ekonomi akibat wabak.
“Sekiranya segala pakej ransangan ekonomi dan pemilihan wabak telah dirancang baik sebelum pakej ransangan diumumkan, tiada sebab Dana KWAN perlu disentuh,” katanya dalam kenyataan.
“Seharusnya kerajaan sudah dapat menjangka risiko dan kesan ekonomi akibat pandemik, dan awal lagi merangka langkah strategik bagi menimbal balik kekurangan hasil yang dijangka berlaku.
“Sebaliknya, perbelanjaan kerajaan banyak dihabiskan bagi menampung 70 menteri kabinet dan kerenah mereka.”
Kerajaan baru-baru ini meluluskan ordinan darurat baru yang meminda Akta KWAN 1988 untuk membolehkannya digunakan bagi pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan.
Dana yang ditubuhkan pada 1988 dan diuruskan Bank Negara Malaysia itu dilaporkan mempunyai aset bernilai RM16.9 bilion setakat akhir 2017, dengan Petronas sebagai penyumbang paling penting.
Tariq, bekas anggota Majlis Tertinggi PPBM, juga menyelar kenyataan Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan kerana membandingkan KWAN dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam.
Beliau menyatakan, dana KWAN disimpan secara amanah untuk tujuan tertentu, iaitu pembiayaan alternatif pembangunan negara.
Katanya, dana itu membolehkan pendapatan dilaburkan secara berhemah dan tidak disalahgunakan kecuali dengan alasan yang disepakati di Dewan Rakyat.
“Dari segi prinsip perakaunan, ianya suatu “accounting provision” bagi projek-projek tertentu di mana dana wang diperuntukkan dan dilabur bagi menjamin pembiayaan projek tidak terjejas.
“Ianya bukan akaun simpanan kerajaan sepertimana KWSP suatu bentuk simpanan untuk pekerja.”
MAKIN PELIK PAS SEKARANG NI…

BOB KELANANG
Apa yang aku lihat sekarang ni PAS dah tak macam dulu... PAS dah
kecamuk... PAS dah macam xder pendirian... PAS dah macam ikut sedap kepala
pimpinan jer... dah xder jatidiri... dah xder pegangan...
Ketua Pemuda PAS bertegas mengatakan PAS xkisah bermain sampai
10 kolam sekaligus janji perpaduan ummah terjah... Giler ke aper... dengan team
ini lain janjinya... dengan team itu lain janjinya... dengan team sana lain
janjinya... dengan team sinun lain janjinya...
Dah macam pelacur... adoilah...
Sudah pasti xder satu pun yang betul... sebab deal belakang
macam ni memang selamanya ada benda hanky panky... ada benda yang deal tapi
takkan buat...
Tak pernah ada dalam sejarah politik Malaysia perangai macam
ni... ini memang jahanam...
Adoilah... Teruknya PAS la ni...
DAH macam jalang seperti kata KULI..!!
AHLI UMNO KENA KENCING LAGI....
Majlis Ketiadaan Telor (MKT) telah memutuskan tidak menarik
sokongan kepada kerajaan tebuk atap. Sekali lagi warga parti keris telanjang
tak bersarung yang memekik-mekik dengan penuh semangat di perhimpunan di PWTC tertipu
dengan sandiwara pemimpin mereka.
Slogan, "No Dap, No Anwar, No Bersatu" hanyalah sebuah
lagu dendangan penyedap halwa telinga perwakilan. Hakikatnya, "YES
Bersatu, Yes PN".
Mana korang nak letak muka? Susah kalau parti dipimpin oleh
orang yang ada masalah kerana pemimpin ini mudah untuk dipicit telor mereka.
.MKT umno takkan berani tinggalkan PN. Kalau setakat desak PN buka parlimen dan tamatkan darurat, NGO dan PH dah lama buat.
Sekarang, rakyat nak tengok sampai bila Umno mahu berlutut dgn PN?
Kalau mlm tadi Umno umum tarik sokongan kpd PN, esok tumbanglah kjaan PN, maka
keadaan negara boleh diubah segera. Tapi bila Umno terus sokong PN, maksudnya
Umno redho dgn apa yg kjaan PN buat skrg.
Sembang kencang, tapi habuk pun tarak. Muhyiddin mampu
Hebatnya Keadilan adalah pemimpin kami tiada masalah. Siapa
boleh ugut Keadilan? Mahathir? No Way. Malah, Mahathir pun kami terajang ke
longkang. PN tidak boleh ugut Keadilan. Sekor dua dalam Keadilan yang ada
masalah, dipicit telor mereka, maka mereka lompat ke seberang. Tapi mereka
bukan pemimpin besar kami. Mereka ke seberang pun tidak bawa seorang pun ahli
Keadilan ikut mereka.
Wahai rakyat Malaysia. Sekarang korang boleh lihat parti mana
satukah yang betul2 ada maruah dan tidak takut kepada ugutan Sang Penguasa.
Parti berlambangkan 'mata lebam' lebih berwibawa, bermaruah dan berani
berbanding dengan parti keris telanjang tanpa sarung. Itu fakta dan buktinya
jelas depan kita.
Tidak guna Najib hari2 belasah Muhyiddin di media sosial.
Muhyiddin hanya ketawa. Tidak guna Zahid lucutkan jawatan Shahidan Kassim di
Perlis, Shahidan kassim sekarang terguling2 ketawa. Anuar Musa pula terbahak2
ketawa sambil makan budu.
PRU15, rakyat tiada pilihan lain kecuali bersama parti Keadilan
kerana inilah satu2nya parti yang beregang erat dengan slogan "Lawan tetap
lawan".
WFAUZDIN NS
Subscribe to:
Posts (Atom)