PRN SABAH: SAIFUDDIN LUPAKAH CALON PH BERTANDING TIKET PKR?


PEMIKIRAN BELIAU TENTANG RAKYAT MISKIN ..RAMAI TAK SETUJU

 


Anak saya cakap tepat, "Mak orang Melayu tak suka Anwar Ibrahim sebab dia bijak, pemikirannya lain. Mak tengok saja P Ramlee masa hidup dia, mana orang Melayu suka. Bila dah mati, baru cakap P Ramlee genius la.. Dulu masa hidup they made fun of him!"

Benar. Teringat saya Hang Nadim yang dirantai dan dicampak ke dalam laut setelah berjaya menyelesaikan masalah orang kampung yang mati diserang todak!

Pokok pisang penyelamat nyawa. Tidak diberi anugerah kepada jasanya malah diambil nyawanya kerana hasad akan kebijaksanaannya. Konon kebijaksanaannya menjadi ancaman kepada takhta raja!

Begitu juga Magnificent Century sanggup bunuh adik beradik hatta anak sendiri demi takhta dan ingin bersemayam sehingga mati. Bila mati reti pula tidor dalam tanah. Kenapa tak disemadi sahaja atas katil empuk sehingga reput daging tinggal tengkorak.

Begitulah manusia mempertahankan batil sedangkan yang mengikutnya bertemu Tuhan berseorangan ialah adil. Wallhu'alam.


As I see it... Kak Ida



Kerjasama Umno-PAS, kekal muafakat atau ‘mufaraqah’?

Malaysiakini - Anwar guarantees Dr M will surrender power to him, date  talks later

Zin Mahmud

 -

September 28, 2020 8:41 AM

Apabila Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai cukup angka untuk menubuhkan kerajaan, ia disambut dengan kenyataan Zahid Hamidi bahawa beliau tidak boleh menghalang wakil rakyat Umno menyokong presiden PKR itu, maka sudah tentu ia mengejutkan PAS.

Buat pertama kali sejak PAS secara rasmi bekerjasama dengan Umno selepas pilihan raya umum ke-14, terdapat tanda-tanda tidak senang pada hubungan 2 parti itu. Ini bukanlah bermakna hubungan Umno dan PAS itu retak dan akan putus, tetapi terdapat tanda-tanda tidak senang.

PAS menolak untuk menyokong Anwar atas prinsip bahawa dalam Pakatan Harapan, ada DAP dan Amanah. Mereka juga tidak boleh menerima Umno jika parti itu bekerjasama dengan kedua-dua parti itu.

Ini adalah asas Muafakat Nasional, iaitu gabungan antara Umno dan PAS yang diwujudkan untuk menentang DAP dan sesiapa yang menjadi sekutunya.

Amanah dilihat sebagai sekutu DAP dan Pakatan Harapan dengan PKR, dan sebelum ini, PPBM dipandang sebagai alat DAP.

Jika ada dalam kalangan Umno yang tetap berkeras untuk bersedia bekerjasama dengan DAP dan Amanah, maka Muafakat Nasional boleh terbubar.

Inilah apa yang disebut sebagai “Mufaraqah Nasional” oleh para netizen yang menunjukkan reaksi terhadap perkembangan ini.

Istilah “mufaraqah” bermaksud pemisahan. Tetapi setakat ini, perkara itu tidak berlaku lagi kerana politik sedang terus bergolak dengan tanda-tanda pilihan raya umum belum kelihatan.

Gagasan Muafakat Nasional ini mempunyai cita-cita besar, bukan sekedar kerjasama 2 parti Melayu utama negara itu untuk menang pilihan raya dengan mengalahkan Pakatan Harapan.

Ia melihat Malaysia sebagai negara yang berteraskan pada Melayu-Islam dan segala identiti dan dasar nasional harus berpusar daripada situ.

Sebelum ia bernama Muafakat Nasional, kerjasama Umno-PAS hanya disebut sebagai “Penyatuan Ummah” yang secara rasmi terbentuk selepas pilihan raya umum ke-14.

Ia merupakan kerjasama parti pembangkabg setelah strategi untuk menghalang Pakatan Harapan melalui pemecahan undi pembangkang dalam pilihan raya itu gagal.

Untuk mewujudkan kerjasama itu bukannya mudah, terutama dari segi sokongan akar umbi. Dari segi kedudukan politik kepartian, Umno dan PAS berebut pengundi yang sama, iaitu kalangan Melayu-Islam walaupun kedua-duanya mempunyai penyokong tegar masing-masing.

Usaha merapatkan akar umbi dilakukan setapak demi setapak dengan mengadakan program bersama dan pilihan raya kecil memberi ruang untuk merapatkan hubungan sesama ahli.

Apabila ahli kedua-dua parti boleh menyanyi bersama lagu rasmi mereka sambil mengibarkan bendera satu sama lain, maka jelas bahawa mereka sudah dapat menerima kerjasama itu.

Hujah wadah perjuangan mereka adalah mudah. Orang Melayu-Islam perlu bersatu untuk menyelamatkan bangsa, agama dan tanah air.

Perpaduan bangsa, di sini maksudnya bangsa Melayu, bukannya Bangsa Malaysia. Sementara penyatuan ummah, dalam konteks negara ini, bermaksud umat Islam.

Ummah dan bangsa pula adalah sinonim dan perpaduan menjadi wajib kerana jika tidak, orang bukan Melayu-Islam akan menguasai politik, dan kepentingan umat akan terancam. Itulah naratif ethno-nasionalisme Umno-PAS.

Apabila melihat peta kawasan pilihan raya dan undi yang mereka peroleh dalam PRU ke-14, adalah jelas gabungan Umno-PAS boleh menang dalam pilihan raya akan datang.

Rentetan kemenangan Barisan Nasional dengan kempen yang dibantu PAS ternyata merupakan strategi berkesan. Kalangan Pakatan Harapan pula akur terhadap perkara ini dan bertmbah jelas bahawa kerajaan mereka hanya dapat bertahan sepenggal.

Maka Umno dan PAS menjadikan kerjasama mereka rasmi dengan menubuhkan Muafakat Nasional.

Muafakat adalah perkataan Arab yang dimelayukan. Ia meletakkan identiti Melayu-Islam pada kerjasama ini. Ia sebagai nama untuk menambah istilah politik di negara ini bagi menunjukkan kerjasama antara parti.

Sebelum ini sudah ada istilah perikatan, barisan, angkatan, gagasan dan pakatan.

Muafakat Nasional bukan anti bukan Melayu-Islam walaupun mereka menolak DAP. Mereka tetap mahu bekerjasama dengan bukan Melayu-Islam, tetapi dengan kedudukan berbeza dan bukannya setaraf.

Maknanya ada hegemoni Melayu-Islam dalam hubungan antara kaum. Sebab itu Muafakat Nasional menerima BN yang di dalamnya ada MCA dan MIC.

Tetapi hakikat politik ialah PAS tidak akan dapat menyaingi Umno. Pendokong fahaman Melayu Umno lebih banyak daripada Islam PAS sejak penubuhannya lagi.

Ini kerana hakikatnya PAS adalah pecahan daripada Umno.

Cumanya ketika penyokong Umno marah kepada partinya, ia akan mengundi PAS sebagai protes, bukanlah kerana mendokong fahaman politik parti itu.

Ia merupakan keadaan sementara. Apabila kemarahan mereka hilang, maka undi itu kembali pada Umno.

Begitu juga halnya dengan hubungan antara Umno dan PAS. Ketika Umno lemah ia akan menghulur tangan pada PAS. Apabila ia kuat, tiada hal untuknya bekerjasama dengan parti Islam itu.

Dalam sejarah, perkara ini berlaku selepas pilihan raya umum tahun 1969 yang membawa kepada terbentuknya Barisan Nasional.

Begitu juga kali ini. Walaupun secara rasmi Muafakat Nasional ditubuhkan selepas pilihan raya tahun 2018, tetapi proses untuk itu berlaku lebih awal lagi, iaitu selepas pilihan raya tahun 2008 ketika mana Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga.

Selepas Barisan Nasional kalah di Selangor dan Perak, sudah mula timbul gagasan kerajaan perpaduan (UG) antara 2 parti Melayu-Islam itu.

Walaupun ketika itu PAS menang kerusi atas undi bersama penyokong PKR melalui Barisan Alternatif, tetapi tentulah mandat rakyat yang diterimanya adalah daripada pengundi yang menolak Umno dan Barisan Nasional.

Apabila penyokongnya mengetahui ura-ura UG ini, tentulah mereka marah pada pucuk pimpinan PAS. Pucuk pimpinan parti menafikannya, tetapi ia mencetuskan bibit perpecahan dalam PAS dan juga kemudiannya, Pakatan Rakyat itu sendiri.

Ketika itu Umno sudah tidak popular kerana soal integriti dan ada penyokong parti itu mengundi PAS bukan kerana menyokong fahaman parti itu. Tetapi kerana mereka menolak Umno dan tidak mahu pula mengundi Pakatan Harapan.

Tentunya ada kalangan mereka yang kecewa apabila melihat PAS bekerjasama dengan Umno selepas pilihan raya itu.

Kini semua itu menjadi sejarah politik negara. Tetapi selepas penubuhan Muafakat Nasional pun, PAS mempunyai agenda tersendiri daripada Umno.

Penolakannya terhadap Pakatan Harapan adalah jelas, iaitu utamanya kerana DAP. Kedua, kerana Amanah yang bekerjasama dengan DAP. Ketiga, PKR kerana bukan saja bekerjasama dengan DAP dan Amanah, tetapi juga mempunyai fahaman politik liberal yang tidak boleh diterima.

Jadi mereka menolak Anwar. Tetapi mereka boleh pula menerima Mahathir Mohamad dan PPBM walaupun ketika itu ia bekerjasama dengan DAP, PKR dan Amanah. Hinggakan mereka menyatakan akan memberi sokongan kepada Mahathir jika berlaku pertembungan dengan Anwar. Mungkin PPBM dilihat sebagai parti Melayu-Islam seperti Umno.

Keadaan ini menjadi keliru, apabila berlaku Langkah Sheraton. PAS memberikan sokongan pada Muhyiddin Yassin dan bukannya Mahathir.

Ketika mana Umno menolak Perikatan Nasional, PAS pula menghampiri BPPBM. Malah mereka mencadangkan pula gagasan Melayu Raya untuk meraih sama PPBM.

Kini apabila Umno melepaskan wakil rakyatnya untuk memberikan sokongan pada Anwar, PAS menegaskan bahawa mereka tetap bersma Muhyiddin dan Perikatan Nasional.

Jadi apakah kedudukan masa depan Muafakat Nasional?

Pilihan raya umum ke-15 nanti akan menentukan bentuk mana kedudukan sekutu-sekutu PAS ini. Apa yang kekal ialah banyak kawasan yang akan ditandingi oleh Umno dan PAS untuk merebut pengundi yang sama, terutama di Pantai Timur.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

 

 

Tarik balik sokongan kepada Muhyiddin jika KM Sabah dari PPBM, kata Pemuda Umno


Muhyiddin Yassin berkempen untuk ketua PPBM Sabah, Hajiji Noor (tengah) semasa pilihan raya.


FMT Reporters

 -September 28, 2020 9:13 AM

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda Umno mendesak supaya Barisan Nasional (BN) menarik balik sokongan kepada Presiden PPBM Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sekiranya ketua menteri Sabah yang baru dilantik dari PPBM.

Dalam catatan di Facebook, Nazir Hussin Akhtar Husin yang merupakan pemimpin Pemuda Umno Titiwangsa berkata, persetujuan dicapai sebelum pilihan raya negeri pada Sabtu bahawa calon BN akan dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Beliau berkata, janji itu sebagai balasan kerana melepaskan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini dimenangi oleh ahlinya dalam pilihan raya lalu kepada Adun yang melompat parti untuk menyertai PPBM.

Perikatan Nasional pimpinan PPBM menang 17 kerusi, sementara BN memperoleh 14 kerusi.

“Ini dijadikan alasan untuk melantik ketua menteri dari PPBM. Namun kalau perkongsian ini tidak menghasilkan keadilan, maka apa guna perkongsian ini?,” katanya merujuk kepada pelantikan menteri besar Perak dari PPBM walaupun parti itu hanya mempunyai 8 kerusi berbanding BN 25 kerusi.

Katanya, jika PPBM mengingkari perjanjian Sabah, adalah wajar BN menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, sekali gus membuka jalan kepada pilihan raya umum.

“Ini bukan soal UMNO tamak kuasa atau tidak mahu berkongsi kuasa. Umno tidak sombong, namun jangan pula sampai dibuli membuta tuli,” katanya.

Warisan memenangi 29 kerusi, PN 17, BN 14, PBS 7, calon Bebas 3, PKR 2 dan Upko 1 dalam pilihan raya negeri Sabah Sabtu lepas.

Gabungan GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS mengisytiharkan kemenangan selepas memperoleh 38 kerusi.


AKHIRNYA KM ATAU MB BUKAN LAGI DIKALANGAN UMNO HANYA KERANA BACA DOA..SERABUT PEMIKIRAN

 

HAMDAN TAHA

Kami Bermohon Kepada-Mu Ya Allah Lindungilah Kami' – Doa PM Sentuh Hati  Netizen

Apabila melihat cara pemilihan KM di sabah saya merasakan selepas ini semua negeri tidak akan ada MB dari Umno...tamat

Hujahnya bila keputusan keluar sahaja Umno sahaja yang menang rakan BN tak ada yang menang....tapi PpBM akan kira PPBM + PAS = Berapa ?....jika lebih satu dari UMNO maka jawatan MB dia orang yang punya...akhirnya Umno setakat dapat dua jawatan Exco jer mereka bagi....itu pun jaga hal ehwal pengguna dan alam sekitar...

Di Sabah mereka ambil kira PN menang mejoriti lebih besar dari BN maka CM dah tentu mereka punya. Umno pula kata mana pula lagu tu...bersatu ada 10 sahaja...itu pun dulu kerusi kami tapi dah kena bawa pelari nak buat macam mana...dan kena ambil kira kami ada 14 dan jika star bersama kami dah ada 20...anda ada 17 sahaja...tapi hujah begitu tidak terpakai...

Kita rakyat Malaysia ni pelik....cuba sahabat semua fikir hujah rakyat yang sokong Muhyudin termasuk Pas....saya baca wall ramai orang....mereka kata apa...? Huuuu kita punya PM boleh baca doa oiiii....ini lah kali pertama kita ada PM boleh baca doa...mana kita nak cari PM boleh baca doa....sebelum sebelum ini mana ada PM boleh baca doa....ini lah hujah no wahid sebut TSMY jauh lebih bagus dari semuq PM yang pernah ada.....kikikikikiki....terutama hujah orang Pas sampai bawa dalam ceramah umum kisah PM boleh baca doa....

Apa punya koman hujah itu....memang lah semua orang islam itu boleh baca doa....kot tidak bukan orang islam la namanya....kot baca doa itu satu perkara ajaib....baik bagi Haji Hadi jadi PM...atau Tuan Ibrahim tuan Man....atau maulana sahabat saya ada beratus ustaz ustaz boleh baca doa ni...bukan doa pendek tau....tapi 3 jam sekali baca pun boleh....hujah baca doa ni cukup memalukan orang islam...dan merendahkan doa itu sendiri....kita tak boleh jadikan boleh baca doa itu satu syarat tanda dia PM yang bagus...saya rasa kot bab baca doa ni dalam kabinet tu menteri agama hero lah...mujahid pun hebat baca doa ni....khalid samad pun hebat....mat sabu....tapi apakah mereka layak tersenarai sebagai PM...

Hujah sama macam ada orang bagitahu saya...

Ada yang terkejut sampai tergamam dan menangis bila dengar Siti Norhaliza boleh mengaji dan sedap....punya dia sebut takkkkkk sangkaaaa yeee siti baca quran sedappppppp....pandai pula tu.....la dah siti tu orang islam dah tentu lah boleh baca quran dan suara dia pula sedap....apa yang nak hairannya.....tu belum dengar Jamal Abdilah...arwah Syarifah Aini....arwah Muhamad June guru mengaji pula tu...sama dengan ahmad nisfu.....bagi masyarakat artis jer sesat....tak tahu baca quran....tak sembahyang....kot boleh baca quran tu mengejutkan.....

Ini lah masyarakat kita....itu sebab bab memilih pemimpin ni rakyat kita orang melayu BODOH dan Di Perbodohkan oleh ahli politik.....baca doa saja pm kita dah jadi WALI dah dan Haram hukumnya kita lawan dia.....boleh jem otak.

 



TINGGINYA AKHLAK DAN BUDI .MISI SAKIT HATI

 Nizam Aka.



Amboiii..tingginya akhlak dan budi..

Semasa bapa kamu nak dilantik sebgai PM kali yang ke 2,Dsai lah yang telah mengarahkan semua Ahli-ahli Parlimen yang mewakili PKR supaya menyokong bapa sebagai PM dan berdiri teguh di belakang bapa kamu sebagai PM sebagai tanda persahabatan..

Semasa kamu nak dilantik sebagai MB Kedah,maka kesemua Adun yang mewakili PKR menyatakan sokongan dan berdiri teguh di belakang kamu sebagai MB Kedah,sebagai tanda adat berkawan..

Tapi bila tiba masa untuk melantik Dsai PM,maka begitu pula pendirian kamu?Kamu ni belajar sivik dan tatasusila dalam hutan rimba mana ni?Budi dan jasa yang Dsai hulurkan,tapi tahi busuk yang kamu dan bapa kamu balas?

Sememangnya 2 beranak yang tak reti dan tak ada sifat berterima kasih dan tak pandai mengenang budi dan jasa orang lain ini,tak layak dan tak sepatutnya dijadikan sebagai seorang kawan..Sebab jenis yang mcm ni sentiasa Makan Kawan.. Semua orang yang rapat dengan 2 beranak ini,menjadi mangsa makanan mereka..Berhati-hati terhadap 2 beranak ini..

Atau minta perhatian kerana semakin tua semakin tidak releven.Nak kan perhatian..biarkan sahaja..lama lama mati beragan.



TAK RELEVAN

 




AIR yang menjadi sebahagian keperluan asas rakyat pun xdapat disediakan dengan sempurna bak kata Ku Li, "Apa pentingnya PAS,  berpuluh tahun perintah Kelantan,  air masih merah karat…"

"CAKIAP  hadi talak selupa bikin" kata  jiran cina papa… 

KOH KOH KOH… tak guna punya olamak su'!!



SELAMAT BERSARA DAN DOK DIAM DIAM

 Puteri Wangsa



Siapa dia untuk tentukan calon PM pembangkang? Mengapakah dia masih mahu dictate keputusan pembangkang? Sedangkan dia dan partinya tidak ada kena mengena dengan PH langsung.

Sebelum ini, ramai yang menuduh dia merancang segalanya sehingga PH terburai tapi aku masih berpandangan positif. Aku belum mahu bersetuju yang Mahathir sebagai mahu pecahkan PH.

Tetapi semakin lama semakin pasti. Sehingga aku tak mampu menipu diri aku sendiri. Nampak sangat pernyataannya seperti menjemput balah di dalam PH. Dan kerana itu, KESEMUA pemimpin PH sewajarnya menjauhi sosok ini.

Mahathir sepatutnya diangkat sebagai wira sepanjang zaman dalam pembentukan Malaysia Moden. Sayang sekali dia sendiri memadamkan legasinya dengan menyalahi aspirasi rakyat.

Maafkan kami wahai Tun. Tiada siapa dapat nafikan sumbangan Tun untuk negara ini tetapi dalam dinamika politik tanahair, kelibatmu terlihat semakin tidak lagi relevan. Selamat bersara.

Dia nak tarik perhatian saja..lebih baik jangan layan..lama lama dia meninggal sendiri.



BAIK BUNG MOKHTAR ATAU HAJIJI KEDUDUKAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM TETAP TERGUGAT

 

Siapa bakal menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga ini masih lagi tidak dapat dipastikan dan bila majlis angkat sumpah akan berlangsung juga tidak diketahui.

BN dan Perikatan Nasional (PN) Sabah dikatakan gagal mencapai kata sepakat berhubung calon Ketua Menteri, walaupun setelah bermesyuarat selama dua jam untuk membincangkannya.

Kedua-duanya, BN dan PN tetap berkeras dengan calon masing-masing iaitu Bung Mokhtar Radin dan Hajiji Noor untuk jawatan tersebut.

Setelah pertemuan selama kira-kira dua jam di sebuah hotel di Kota Kinabalu yang turut dihadiri pemimpin GRS yang lain – kedua-dua calon, Bung Mokhtar dan Hajiji kemudian mengambil keputusan menuju ke Istana Negeri selepas memutuskan untuk menyerahkan soal perlantikan Ketua Menteri Sabah itu kepada TYT Sabah, Juhar Mahiruddin membuat penentuan.

Bung Mokhtar dilaporkan berkata, “Tunggu TYT putuskan” manakala Hajiji dilihat keluar daripada mesyuarat lebih awal dan enggan memberi sebarang komen.

Begitu pun, selepas menemui Bung Mokhtar dan Hajiji, TYT Sabah dikatakan meminta diberikan sedikit masa untuk membuat keputusan, tetapi berjanji akan melakukannya secepat mungkin.

Ini bermakna, isu perlantikan Ketua Menteri Sabah terus menjadi teka-teki untuk suatu tempoh masa yang tidak diketahui tempohnya.

Antara Bung Mokhtar dan Hajiji, siapakah yang akan jadi pilihan TYT?

Dalam soal ini, UMNO mungkin gembira jika Bung Mokhtar yang menjadi pilihan TYT, begitu juga bagi Bersatu, mereka juga pastinya suka ria jika Hajiji yang diberi keutamaan.

Tetapi, kepada Muhyiddin Yassin, siapa pun yang dilantik, ia tetap merupakan ancaman serta gugatan kepada kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang ketika ini pun beliau seperti sudah berada di atas bara api dengan jawatan itu.

Walaupun ada khabar mengatakan Shafie Apdal mungkin dilantik semula, pandangan tersebut sebenarnya sukar diterima memandangkan GRS yang diwakili PN, BN dan PBS sudah jelas memperolehi majoriti 38 kerusi daripada keseluruhan 73 kerusi yang dipertandingkan.

Pertimbangan setakat ini hanyalah antara Bung Mokhtar dan Hajiji.

Jika Bung Mokhtar yang dilantik, ini sudah tentu amat mengecewakan Muhyiddin kerana beliau sejak awal telah menonjolkan Hajiji.

Dengan terlantiknya Bung Mokhtar yang sedang berdepan kes mahkamah sebagai Ketua Menteri juga seperti memberi laluan kepada Zahid Hamidi untuk melakukan kemunculan semula dirinya selepas PRU akan datang.

Dalam pertimbangan Zahid Hamidi, jika Bung Mokhtar boleh jadi Ketua Menteri, maka tidak ada sebab beliau tidak boleh melakukan kemunculan merebut jawatan Perdana Menteri sekiranya kedudukannya sebagai Presiden UNNO masih kekal ketika PRU diadakan nanti.

Dalam erti kata lain, jadinya Bung Mokhtar sebagai Ketua Menteri adalah laluan dan duluan untuk Zahid Hamidi mencabar kedudukan Muhyiddin.

Sekiranya Hajiji pula yang dilantik, ini sudah tentu akan menambah-renggangkan lagi hubungan UMNO dengan Bersatu dan Zahid Hamidi dengan Muhyiddin.

Gagal meletakkan UMNO mendapat jawatan Ketua Menteri merupakan alasan tambahan untuk Zahid Hamidi dan UMNO meneruskan sokongannya kepada Anwar Ibrahim, tidak kira sama ada akhirnya tindakan itu akan menjadikan Presiden PKR itu sebagai Perdana Menteri atau berkesudahan dengan pilihanraya semula terpaksa diadakan.

Kesimpulannya, meski menang PRN Sabah, kemudian berbalah tentang jawatan Ketua Menteri, tetapi siapa pun yang terpilih mengisi jawatan itu, Muhyiddin tetap diasak dan terasak yang akan menjadikan kedudukannya semakin tergugat serta tidak selamat.

 (Shahbudindotcom 27/09/2020)




GAMBAR-GAMBAR MALAM KENANGAN GERAK 98

 

W.FAUDZIN NS

Alhamdulillah. Meskipun dlm notis yg singkat, majlis ulangtahun Gerak selamat diadakan di Dewan Gombak, mlm tadi. Dewan dipenuhi sehingga melimpah keluar yg rata2nya adalah pendokong reformasi termasuk otai2 lama yg juga diberi peluang berucap selain dari Pengerusi Gerak98 SdrMohamad Ezam Nor dam Prof Aziz Bari. Gerak98 berikrar akan terus membawa obor reformasi dan akan mengangkat tokoh reformasi Anwar Ibrahim untuk menjadi PM di samping akan berdepan dengan pengkhianat yang menjatuhkan kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat.




VIDEO: PAS SEMAKIN TIDAK SIGNIFIKAN



Dalam perkembangan yang berkaitan, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyeru rakyat Kelantan untuk terus bersabar serta lebih memahami bahawa isu bekalan air yang disalurkan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat. “Menukar paip ini memerlukan masa yang lama dan peruntukan yang besar dan ini yang kita usahakan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim..





video : PRINSIP ROH DAN NYAWA PAKATAN HARAPAN


"Saya yakin, untuk bersikap praktikal dalam proses ini, kunci utama kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah berunding dan terus berunding dengan semua pihak. Rundingan adalah untuk mempertahankan prinsip-prinsip yang deminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAKATAN HARAPAN diberi kepercayaan. "Saya hanya boleh berkata setakat ini, apa sahaja hasil yang berlaku, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah BERUNDING demi prinsip kerana prinsip adalah roh dan nyawa PAKATAN HARAPAN. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan PAKATAN HARAPAN tidak mungkin BERKOMPROMI untuk mencapai hasil rundingan jika 'nyawa' Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAKATAN HARAPAN terancam!"





VIDEO: (LIVE) Mohd Ezam Nor: Sambutan Ulangtahun Ke-22 GERAK(UNTUK GENERASI MUDA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA SEKARANG)

VIDEO: Shafie Apdal: Ucapan Kepada Penyokong Di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Di...

SANDIWARA DUA BERANAK

 


Tun and Mukhriz's statement conclude everything. Tun dan TSMY masih sekapal. TSMY dinaikkan PM oleh rencana Tun sendiri. Dibelakang PN ialah Tun sendiri. 

Akhirnya PN dan PH dikawal oleh Tun. Tun cuba wujudkan kerajaan perpaduan lepas letak jawatan, tapi semua x sokong. Plan B ialah naikkan TSMY dalam PN, dan Tun kawal PH. Sebab tu sebenarya mudah je kalau PH nak take over balik kerajaan kalau Tun sokong. Tapi again syarat Tun, ialah Shafie Apdal jadi PM bukan Anwar. So either way, Tun still akan control PM. Yang penting bukan Anwar yang naik. 

Anwar dah tau dari awal game Tun ni. Sebab tu dia tak setuju Shafie Apdal sebagai PM. Dia firm PM mesti dia sendiri. Bila orang salahkan Anwar, sebab gagal kerjasama untuk PH 2.0 form gov, inilah sebabnya. Hari ni, Tun dan Mukhriz melenting kalau TSMY jatuh. Sebab apa? Bukan ke ikut skrip Tun dikhianati TSMY? Patutnya gembira TSMY jatuh. 

Sebab tu saya x teruja dengan PRN negeri Sabah ni. Sama je dua-dua side. PN ada orang Tun, Warisan dah tentu bawah Tun. Amanah dan Dap mungkin kerana masih percaya Tun, sanggup bertanding bawah logo Warisan. Itu sebabnya Anwar tetap nak bertanding dengan logo PKR bukan Warisan.

Rakyat berhak tau apa yang sebenarnya berlaku. Ini belum lagi nak cerita apa punca kejatuhan PH. Tun sabotaj PH sejak awal hingga menjurus kepada naiknya Kjaan PN. Hanya yang nampak saja perasan. Azmin juga tau dari awal. Sebab tu Azmin berani terang-terangan menentang Anwar dari awal. Politician akan playsafe until only if something better awaits him. Dan dia bersama Tun dari awal untuk jatuhkan PH dengan bantuan Hishamuddin dll.

Cukup-cukup lah sandiwara Tun, PPBM, Pejuang. Pada saya mereka ni dah x relevan lg dan x boleh dipercayai lg. Sbb tu Anwar sendiri x nak dah bekerjasama dgn Tun and the geng ni jika bentuk Kjaan baru.


Azizul Abd Hamid




KALAU LIHAT MACAM BUDAK BUDAK JUGA


 

TIADA PEMENANG MUTLAK GRS TIDAK DIDAFTAR TERSERAH KEPADA TYT



Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyaksikan tiada parti yang mendapat kemenangan mutlak untuk membentuk kerajaan negeri.


Walaupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan kemenangan dengan majoriti mudah 38 kerusi, namun GRS tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai gabungan yang berdaftar.


Mengikut Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Sabah perlu melantik ketua sebuah parti yang telah menang dalam pilihan raya umum sebagai Ketua Menteri dan diyakini mampu mendapat sokongan majoriti daripada DUN.


Berikutan itu, berdasarkan artikel berkenaan, Warisan adalah parti berdaftar yang memenangi majoriti kerusi DUN iaitu sebanyak 29.


Perkara tersebut turut ditegaskan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ketika bercakap kepada media tentang keputusan PRN Sabah.


“Kita dapat lihat dalam keputusan ini satu parti yang paling besar memperoleh kerusi ialah Parti Warisan, iaitu dalam jumlah 29 kerusi yang telah kita menangi.


“Jadi saya berharap ini merupakan satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah menunaikan semua tanggungjawab mereka iaitu untuk merealisasikan satu kumpulan ahli-ahli yang terhormat yang dinobatkan untuk membolehkan kita untuk mewakili rakyat di peringkat negeri Sabah.


“Saya melihat bahawa saya juga tidak lupa bahawa keyakinan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat ini kita akan teruskan dan kita tahu keadaan politik yang ada di negara kita tidak begitu stabil , begitu juga keadaan yang kita lihat di bumi Sabah walaupun kita dapat melihat kerusi-kerusi tetapi parti terbesar ialah Warisan yang memimpin kerajaan,” katanya.


SPR dalam pengumuman keputusan penuh PRN malam ini menyatakan Perikatan Nasional (PN) menang 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) menang 14, Parti Bersatu Sabah (7) dan Bebas tiga kerusi.

'Muhyiddin hilang majoriti, kembalikan kerajaan mandat rakyat'

 

Ahli-ahli Parlimen KEADILAN menyokong agar segera dikembalikan kerajaan yang diberi mandat memerintah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

 Menurut Ketua Whip Parlimen KEADILAN, Datuk Johari Abdul, Ahli-ahli Parlimen yang bermesyuarat pada petang ini bersetuju agar kerajaan baharu dibentuk dan memberi tumpuan ke arah memacu pertumbuhan ekonomi.

 "Ahli-ahli Parlimen KEADILAN memberi sokongan penuh kepada langkah yang diambil mengembalikan mandat rakyat pada 9 Mei 2018 dengan memberi tumpuan ke arah memacu pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesenjangan miskin dan kaya.

 "Sebarang sokongan daripada mana-mana Ahli Parlimen harus datang dari keinginan jujur mahu menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi Covid-19 yang memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, dinamik dan kuat," katanya dalam satu kenyataan.

 Menurut Johari lagi, ahli-ahli parlimen yang bersetuju untuk membentuk kerajaan baharu haruslah menunjukkan komitmen terhadap keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memelihara integriti kerajaan. Kerajaan juga mesti fokus memantapkan tatakelola dan melaksanakan reformasi institusi, termasuk badan kehakiman.

 Sehubungan itu, Johari menegaskan kehilangan sokongan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus ditangani segera.

 "Kami turut mengambil maklum dengan kenyataan bahawa ramai Ahli Parlimen Umno BN telah beralih sokongan dan kini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti sebagai Perdana Menteri," katanya.

 Selain itu, Ahi-ahli Parlimen KEADILAN turut memanjatkan doa agar Yang di-Pertuan Agong sembuh daripada kegeringan baginda dan menyelesaikan isu-isu kenegaraan dengan baik.

"Kami memanjatkan doa agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diberikan kesembuhan segera dan dikurniakan kesihatan yang baik," kata Johari lagi.

 Mesyuarat ahli-ahli parlimen KEADILAN yang diadakan petang tadi membincangkan kedudukan terkini Kerajaan Persekutuan berikutan pengumuman Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 September 2020 bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

 

PBS BERSAMA WARISAN PLUS BOLEH BENTUK KERAJAAN