ANWAR SEDIA TUNGGU, TAPI RAKYAT BERSEDIAKAH?


Apabila ditanya oleh wartawan tentang isu peralihan kuasa PM, Anwar sentiasa konsisten dengan jawapannya iaitu akhirnya Majlis Presiden PH yang akan menentukan. Apabila didesak tentang bagaimana jika Tun M menyerahkan jawatan PM kepada beliau selepas Persidangan APEC November ini seperti yang pernah disuarakan oleh Tun M, Anwar tidak melatah dengan pertanyaan berbentuk provokasi tersebut.

Anwar, selaku Presiden PH dan Presiden Keadilan telah menjawab dengan bijak iaitu " Jika 20 tahun beliau boleh menanti, apalah sangat untuk beberapa bulan"? Namun, jawapan beliu itu berlapik iaitu terpulanng kepada Majlis Presiden PH. Anwar faham, wartawan mahu beliau menjawab, "No, saya mesti ambil alih pada bulan Mei 20 ini kerana itu adalah janji Tun M sebelum ini". Jika Anwar menjawab seperti itu, maka isu peralihan kuasa ini pasti lebiih hangat diperkatakan dan Anwar dituduh sebagai rakus untuk menjadi PM.

Hakikatnya, rakyat yang menyokong PH di dalam PRU14 yang lalu percaya bahawa Tun M akan serahkan jawatan kepada Anwar dalam tempuh dua tahun. Tempuh dua tahun adalah janji Tun M sebaik sahaja beliau menjadi PM. Lebih dari dua tahun yang Tun M sebutkan selepas itu hanyalah 'test market" dari Tun M dan beliau dapat lihat sendiri adakah rakyat bersedia untuk menerima Tun M dari seorang PM sementara yang lebih lama berkhidmat dari PM yang sepatutnya.

Adakah Anwar rakus mahu menjadi PM sehinggakan memberi restu kepada Tun M apabila Tun M bertemunya di mahkamah sebelum PRU14 yang lalu? Kalau beliau rakus, tentunya beliau cadangkan PH melantik isterinya Kak Wan untuk menjadi PM sekiranya PH menang dan apabila Anwar dibebaskan dari penjara, Kak Wan letak jawatan dan serah kepada Anwar. Bukankah itu lebih selamat? Rakuskah Anwar apabila berkata beliau masih bersedia untuk menunggu peralihan kuasa dari Tun M? 
Siapa yang rakus sebenarnya?

Saya percaya, Tun M tidak akan mengkhianati Anwar kerana Kak Wan tidak pernah khianat kepada beliau walaupun di hadapan mata Kak Wan ditanya oleh YDP Agong ketika beliau mengadap di Istana selepas PH menang, adakah beliau bersedia untuk menjadi PM, Kak Wan segera menjawab bahawa di dalam PH telah ada perjanjian iaitu Tun M adalah PM. Begitu kuat pegangan Kak Wan terhadap janji.

Sementara menanti bulan Mei ini, kita di bawah mesti tetap pertahankan PH di samping sentiasa mengingatkan Tun M kepada janjinya kerana kita khuatir Tun M terlupa. Majlis Presiden pula jangan buat2 lupa kepada janji2 ini lantaran telah berada dikerusi empuk. Mungkin Anwar boleh bersabar dan menunggu tetapi rakyat mahu melihat reformasi sebenar segera dilaksanakan dan kuncinya ada pada Anwar.

WFAUZDIN NS

Jangan tembak pembawa utusan: Rekod-rekod yang didedahkan oleh SPRM adalah untuk kepentingan awam



By
 Aliran admin
 -

 Feb 2020



MACC chief Latheefa Koya
Pada 8 Januari 2020, pada satu sidang akhbar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiarkan rakaman sembilan perbualan rahsia.
Rakaman tersebut dikatakan adalah perbualan antara pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi termasuk bekas Perdana Menteri Najib Razak dan juga ahli keluarga diraja Timur Tengah mengenai siasatan ke atas skandal kewangan 1MDB.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata bahawa SPRM mengambil tindakan sebegini kerana perbualan tersebut menarik perhatian khalayak ramai kerana melibatkan penyalahgunaan kuasa, konspirasi jenayah, halangan keadilan dan mungkin menjejaskan keselamatan negara. SPRM ternyata bimbang bahawa tanpa pendedahan awam ini, maklumat penting masih disembunyikan.
Setelah tidak lama pendedahan dari SPRM, beberapa orang peguam dan kumpulan yang terlibat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penyiaran rakaman tersebut. Mereka merasakan bahawa pendedahan itu tidak wajar dan boleh mempengaruhi pertimbangan kehakiman (sub judice) atau menghina mahkamah dan akan membawa kepada pengadilan oleh media (walaupun ini mungkin tidak lagi berlaku dengan terhapusnya perbicaraan berjuri).
Selain daripada itu, timbul juga masalah pencerobohan privasi melalui perakaman perbualan telefon dan sama ada ini selaras dengan pelembagaan. Ini harus ditangani dalam masa yang singkat.
Kita perhatikan semua kebimbangan dari segi undang-undang, prosedur dan etika dan mengiktiraf pencerobohan privasi yang berkemungkinan.
Tetapi keadaan luar biasa patut dipertimbangkan. Hal ini bukan perkara remeh atau pun melulu. Kerajaan kleptokratik terdahulu terlibat dalam apa yang dianggarkan di peringkat antarabangsa sebagai salah satu skandal kewangan terbesar di dunia (jika bukan yang terbesar), menambahkan hutang negara pada tahap yang serius. Rekod rakaman yang dikeluarkan oleh SPRM memberikan konteks latar belakang yang berharga mengenai beberapa tindakan yang berlaku di belakang tabir dan personaliti yang terlibat.
Memandangkan keseriusan keadaan, kepentingan umum dan usaha mencari kebenaran dan akauntabiliti mungkin lebih baik disampaikan melalui pembebasan rakaman, yang mengatasi kebimbangan lain yang disebutkan.
Orang ramai mempunyai hak untuk menuntut para pemimpin – bahkan mereka yang berada di lingkungan tertinggi kuasa – yang menyalahgunakan kuasa mereka harus diambil tindakan ke atas mereka.
Jawatakuasa eksekutif Aliran
17 Januari 2020


AHLI PAS AJAK HIJRAH AKIBAT EGO RAZMAN



IPOH: Tindakan seorang ahli Pas menasihati pemimpinnya membawa ‘padah’ apabila beliau dilabel sebagai ‘anwarinas’.

Ahmad Albab di dalam satu komen di laman Facebook telah menasihati Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung komen-komen pemimpin itu yang dilihat keterlaluan.

https://perakinsights.com/2020/02/07/kerana-nasihat-razman-label-ahli-pas-anwarinas/

Pemimpin pas bersikap keras kepala,Ego, tidak menghormati nasihat dan nasihat Ahli2 bawahan....tunggu ape lagi Moh kite berhijrah ramai-ramai.


KHAS BUAT UMNO DAN PAS YG BUAT2 TAK TAU SELALU TIDAK BERSYUKUR.....



KHAS BUAT UMNO DAN PAS YG BUAT2 TAK TAU SELALU TIDAK BERSYUKUR.....

~I-Suri Kwsp Rm40 Sebln(Rm480 -Setahun)

~Rebat TNB Rm40 Sebln(Rm480 Sethn)

~BSH Minima Rm1200 Setahun

~Wad MySalam Rm50 Sehari Utk Selama 14 Hari Dlm Setahun(Rm700 Sethn)

~Bayaran Pnyakit Kritikal MySalam Rm8000

~Bayaran Insentif Penyakit Kanser Peka B40 Rm1000(Rm700 masa daftar/Rm300 Selesai Rawatan)

~Peralatan Utk Rawatan Skim Peka B40 Sehingga Rm20,000 Setiap Org

~Bayaran Kos Tambang Peka B40 Sehingga Rm500 Setiap 
Org(Dikredit ke dlm akaun BSH)

~E-Ehsan Penuntut IPTA Rm1000(Ijazah)

~E Ehsan Penuntut IPTA Rm800(Diploma)

~E Ehsan Pelajar Maktikulasi Rm600

~Bayaran Tol Diturunkan sebyk 18%

~Cola Kakitgn perkhidmatan Awam dinaikkan Rm50 Sebln

~Bonus Kakitangan Awam Minima Rm500 Sethn..

~Dan Byk Lagi Kalau Nak Dihuraikan..

~Itu blm lagi insentif dan bantuan2 yg diberikan oleh kjaan2 ngeri di bawah PH?

~Jadi,Mana Yg Dikatakan Kjaan PH Tdk Membantu Rakyat?

~Rakyat Tak Tahu Sbb Proses Penyampaian Maklumat dan Info Tdk Sampai Kpd Rakyat..


LOKMAN ADAM DIPECAT DARI UMNO



SAYA DIMAKLUMKAN BAHAWA SAYA TELAH DIPECAT DARIPADA MENJADI AHLI UMNO MELALUI PROSES MENGUNDI ANGKAT TANGAN YANG TIDAK SEPATUTNYA MENGAMBIL KIRA UNDIAN PENGERUSI-PENGERUSI PERHUBUNGAN YANG BUKAN MT. SAYA REDHO DENGAN TINDAKAN ZAHID INI, NAMUN SAYA TETAP SETIA KEPADA UMNO.  SAYA AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN SAYA MENENTANG PAKATAN HARAPAN DAN TALIBARUT MUSUH DIDALAM UMNO MELALUI SEBUAH NGO LASKAR SIBER MALAYSIA.  IN SYA ALLAH, BILA DATO' SRI NAJIB KEMBALI MENJADI PRESIDEN UMNO, SAYA AKAN MEMOHON SEMULA MENJADI AHLI UMNO.  APA YANG PENTING, RANCANGAN ZAHID UNTUK MEMAKSA 3.7 JUTA AHLI UMNO UNTUK MENGANGKAT MAHATHIR MENJADI PENGERUSI PAKATAN NASIONAL TELAH GAGAL.

DATO' LOKMAN ADAM

https://www.facebook.com/1060007127376680/posts/2965476556829718/

KELANTAN JUARAI KEMISKINAN PALING RAMAI


Mohd Shah Rim

Tahniah pada kerajaan PAS Mercedes Kelantan.. Ranking pertama di Semenanjung..

HELLO......PDRM, SKMM, PM, KM,TUN M, JUGA SEMUA YANG BERKAITAN....RAZMAN FITNAH LAGI...TQ



Hangpa boleh ajaq dak lebai ni bagi dia ada otak sikit bila bercakap dan menulis..Sebab nak jadi pesuruhjaya ni selain kena cerdik atau bijak..hati juga kena bersih.Tapi kalau standard macam ni selevel Tar Senik saja....tak yah cerita panjang la.....pujaan walauns....



Razman fitnah lagi. Tak serik-serik. Inikah akhlak pemimpin yang harus dihormati?




MEDIA PH BEKU...SEBAB SEMUANYA OTAK BEKU




ROSMAH ARAH BAWA DUIT DALAM 2 BAG SEKOLAH



Hamsina Hamzah


ROSMAH arah menteri percepatkan proses kelulusan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion kepada Jepak Holdings ??!

SIAPA ROSMAH sebenarnya spt ada kuasa utk menentukan perjalanan atau keputusan projek² kerajaan ?

SIAPA PERDANA MENTERI sebenarnya ?

Tak heranlah jika 35 buah beg diisi 'CASH' berjumlah RM114 juta telah dirampas pada serbuan rampasan berkait Najib Rosmah.

Tu pon pembangkang MuaFUCKat Nasional bermati-matian mahu UMNO-BN berkuasa kembali memerintah tu knaper ?!



PAKATAN NASIONAL YANG GAGAL



Walaupun MT UMNO hanya akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan hasrat bekerjasama dengan Bersatu dan Tun Mahathir Mohamad dalam sebuah gabungan baru yang dikenali Pakatan Nasional, perkembangan mutakhir menampakkan usaha itu hampir pasti menemui kegagalan.

Ini berikutan rata-rata ahli UMNO peringkat bawahan menolak sebarang hasrat untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir, sebaliknya ingin parti itu terus kekal bersama Pas dan lain-lain parti dalam Muafakat Nasional.Majoriti ahli UMNO mempersoalkan jika kerjasama itu hanya untuk mengekalkan Tun Mahathir berada lebih lama di kerusi Perdana Menteri, sedangkan beliau telah menghina, mencerca dan mengalahkqn UMNO dalam PRU yang lalu.

Lebih daripada itu, oleh kerana UMNO mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang lebih banyak berbanding Bersatu, termasuk beberapa pemimpinnya mahu melalui Pakatan Nasional, kerusi Perdana Menteri diserahkan kepada UMNO.Susulan itu, beberapa pemimpin tertinggi UMNO segera mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan penolakan terhadap kerjasama itu.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan mengingatkan parti itu supaya tidak “terpesona dengan nafsu” berhubung spekulasi kerajaan campuran membabitkan Bersatu, UMNO dan Pas.Jelas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, “pesona nafsu” sangat merbahaya dan dalam politik perlu ada kejelasan dan tujuan “lamaran”.”Kepada kita yang dilamar ini, janganlah terlalu berbunga-bunga hati kita. Jangan berasa terlalu didambakan. Jangan sesekali terburu-buru hanya kerana sekali dua telah bertentang mata. Pesona nafsu kekadang sangat merbahayakan.”

Dalam politik, kita mesti ada kejelasan dalam tujuan, aspirasi dan tindakan. Paling penting, dalam politik jangan pernah kita lupa apa itu ‘perjuangan’,” ujarnya.Mohamad atau Tok Mat juga mengingatkan, sebuah kerajaan yang dibentuk tanpa restu pengundi lebih mungkin menerima padah pada pilihanraya selepas itu.Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa pula mengatakan ura-ura pembentukan Pakatan Nasional hanyalah polemik politik semata-mata kerana lima parti dalam PH masih bekerjasama erat antara satu sama lain.“Selagi PH kekal sebagai satu ‘coalition’ yang telah pun berjaya membentuk kerajaan berikutan mandat yang diberikan rakyat pada PRU14 lalu, selama itulah teori-teori Pakatan Nasional ini hanyalah satu teka-teki dan polemik politik semata-mata,” katanya.

Begitu pun, berita paling menyentap hati Tun Mahathir tentunya ialah apabila Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Abang Haji Openg turut menegaskan, GPS tidak akan sesekali menyertai Pakatan Nasional.Menurutnya, GPS akan terus bergerak sendiri dan hanya menjadi pemerhati perkembangan politik di Semenanjung Malaysia.Realitinya, tanpa penyertaan GPS yang memiliki 18 kerusi Parlimen, Pakatan Nasional tidak akan dapat menubuhkan kerajaan baru untuk menggantikan PH.Aduhhh, kesiannnya….

(ShahbudinHusin 07/02/2020)


Keputusan MT berpihak kepada Lokman Nur Adam.




Keputusan MT berpihak kepada Lokman  Nur Adam.

Petang ini, demi maruah UMNO, akan berkeputusan  UMNO akan tidak menjadikan kenyataan yang pipih datang melayang yang bulat datang bergolek kepada Dr Mahathir Mohamad.

2.  Walau pun diketahui umum perundingan semua pihak yang terlibat berlaku dalam seminggu dua yang lalu melalui wakil parti yang berkenaan.

3. Keputusan menolak cadangan itu mungkin UMNO tidak mampu lakukan secara konsensus bila usul sama ada percaya atau tidak kepada Dr Mahathir Mohamad boleh dilakukan.

4. Jika mempersetuju atau tidak usul menyokong Dr Mahathkr Mohamad sebagai Perdana Menteri, tidak ada menunjukkan keuntongan laba jangka panjang, sebaliknya kerugian berpanjangan  kepada UMNO.

5. Dr Mahathir Mohamad yang melihat polemik politik kununnya akan wujud Pakatan Nasional dimana  UMNO dan PAS membentuk kerajaan baru dengan  ketiadaan DAP dan PKR saperti rezeki datang melayang dalan keadaan imej dan pengaruh beliau sedang menurun di mata rakyat.

6. Jika berlaku sokongan UMNO kepada Dr Mahathir Mohamad. UMNO akan bermusuh dan kekal terus melawan DAP dan PKR. Dan Dr Mahathir Mohamad dapat menyelamatkan dari mati lemas yang berasal empangan yang dibina bersama DAP dan PKR dahulu dirobohkan oleh UMNO dan PAS.

7. Lokman Nur Adam tidak hadir sebab  berada di luar negeri. Tanggungjawab beliau selaku Majlis Tertinggi sudah dilakukan lebih awal dan mendapat kecaman dari UMNO sendiri. Keputusan tanpa kehadirannya adalah satu kemenangannya kepadanya. Beliau telah memintas gagasan ini lebih awal.

8. Lokman  Nur Adam bukan ahli MKT yang pertama memperkatakan soal kehendak dan keputusan Presiden UMNO.

9. Sejarah UMNO ramai ahli MKT yang bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO. Dari Panglima Bukit Gantang, Jaafar Albar, Aziz Ishak, Sulaiman Palestine, Musa Hitam, Abd Manan Othman.Tengku Razaleigh Hamzah, adalah sederet nama yang pernah berlawanan dengan kehendak Presiden UMNO.

10. Tetapi tidak pernah berlaku ahli-ahli UMNO mencemuhkan mereka. Sebaliknya mereka kemudiannya dikatakan betul  tindakan mereka menyerang Presiden UMNO.

11. Maka tanpa kehadiran Lokman Nur Adam, MKT akan menolak untuk bersama dengan Dr Mahathir Mohamad dalam penubuhan Kerajaan Baru dengan agenda terselindung bagi menghalang Anwar Ibrahim mengambil tugas Perdana Menteri salepas Dr Mahathir Mohamad, adalah kemenangan Ahli UMNO yang menolak UMNO melibatkan diri dalan kemelut di Parti Pakatan Harapan.

UMNO hanya boleh menghulurkan tangan dengan Dr Mahathir Mohamad, jika dia sendiri PPBM keluar dari Pakatan Harapan dan membawa sekutunya PAN, Warisan untuk bersama UMNO dan PAS termasuk GPS di Serawak membentuk Kerajaan Baru dan beliau boleh kekal menjadi Perdana Menteri selagi dia mahu.

Ditulis oleh: Zaharin Mohd Yasin@Sang Kelembai.
Feb 7, 202O

DILEMA MN DAN PN



1. Sehari menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dikatakan menjadi penentu halatuju, samada Umno akan terus mengukuh Muafakat Nasional (MN) atau bersama Tun Mahathir membentuk Pakatan Nasional (PN). 

2. Umno dan Pas sebenarnya berada dalam dillemma yang mahakarma kerana telah terhidang di depan mata, dua pilihan yang memberi impak bertentangan. Kekal MN atau Gerak PN?

3. Kekal haluan bersama MN, Umno dan Pas mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRU15. Namun syarat asasnya ialah, Tun Mahathir mesti kekal sebagai Perdana Menteri hingga habis penggal. Jika DSAI jadi PM8 Mei ini, impian Umno dan PAS untuk menang PRU15 menjadi sangat kabur.

4. Pilihan kedua ialah, Umno dan PAS bersama membentuk kerajaan segera PN acuan Tun Mahathir. Ya mereka mungkin cukup bilangan, tetapi haluan ini sangat berisiko yang boleh menyebabkan impian menang PRU-15 berkecai.

5. Seyogia diingatkan, bebanan paling besar yang ditanggung oleh PH selama menjadi kerajaan hari ini ialah keberadaan Tun Mahathir. Kebencian rakyat akan berganda apabila pengkhianatan demokrasi berlaku, kerajaan berubah tanpa pilihanraya, negara tidak stabil, menteri bertukar begitu menyusahkan, polisi hilang arah, pelabur kekal bungkam, ekonomi makin hancur dan rakyat terus tersepit. Ada berani?

6. Apa yang boleh kalian jangkakan bila Tun Mahathir bergabung dengan Umno, disulami parti Pas yang kita kenali begitu... rakus. Gabungan ini umpama menang belum tentu, kalah dalam tangan.

7. Inilah dillemma Umno dan Pas. Karma akan mengekori mereka jika memilih untuk membentuk kerajaan segera bersama Tun Mahathir. Jika bersabar hingga PRU-15, dikhuatiri Anwar Ibrahim pula akan menghantui mereka apabila menjadi Perdana Menteri yang dilengkapi pakej islamik. 

8. Barang diingat, Tun Mahathir merupakan PM sementara yang menghampiri tarikh luput, sedangkan Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri dalam penantian yang telah sah dipatri hitam putih perjanjian. Well signed by Tun Mahathir himself.

8. Justeru itu, ahli politik yang bijak tidak akan cenderung kepada kebasian dan keluputan kuasa, tetapi memilih jalan yang lebih selamat, kurang risiko dan terjamin. Tun Mahathir tidak mudah mendapat 'numbers', hanya perang saraf untuk menjerat Presiden-Presiden Pakatan Harapan.

9. Saya kira di atas faktor ini, ramai yang sedia bersama Anwar Ibrahim, pemegang tampuk masa depan negara dan juga masa depan mereka selaku ahli politik yang cerdik. 

10. Menyedari hakikat ini, masing-masing dari Umno dan Pas sudah bersuara menghela nafas kecewa. Tok Mat kecewa sambil beri amaran kepada Zahid yang serba haloba. Najib terus menyindir, takut ditinggalkan. Hadi Awang juga bernada kecewa, nak masuk ikut pintu depan katanya. Pakatan Nasional acuan Tun Mahathir temui jalan gagal.

11. Maka jalan terbaik untuk mereka kekal survival (tetapi semakin tidak relevan)ialah dengan mengusulkan undi percaya di Parlimen. Dengan undi percaya ini, mereka tidak terpalit kebusukkan Tun Mahathir secara terus. Sipi-sipi sahaja.

12. Isyarat telah ditiup kepada Umno dan Pas dalam kenyataan Tun Mahathir sebentar tadi kepada wartawan "Jika nak kerjasama, sokonglah saya di parlimen". Dalam bahasa mudah ia bermaksud, undilah Tun untuk kekal PM sampai PRU-15, do we have a deal?

13. Akhir kalam, usul undi percaya tidak akan dilepaskan oleh speaker dewan. Malah hanya pembangkang sahaja yang mahu Tun Mahathir kekal, Amanah, DAP dan Warisan sudah pasti mengelak risiko. Kesimpulannya, Tun Mahathir akan gagal untuk kekal berkuasa. 

14. DAP dan Amanah akan solid bersama Anwar, begitu juga dengan Warisan dan GPS yang secara tradisinya akan solid kepada kerajaan yang sah pada demokrasi. Noktah.

15. Azmin, Zuraidah dan kartelnya bagaimana? Ohh mereka ini sangat tidak penting. Mereka cuma watak picisan ejen Tun Mahathir saja, langsung tiada plot dalam tulisan ini. Mereka akan mereput ditelan kegemilangan Anwar Ibrahim sebagai PM ke-8, Perdana Menteri Rakyat.

Sekian.

𝗘𝗗𝗬 𝗡𝗢𝗢𝗥 𝗥𝗘𝗗𝗨𝗔𝗡
Aktivis Blogger
6 Febuari 2020
7.29pm

~SR

UMUM TARIKH SERAH KUASA, HENTI PN

PAKATAN NASIONAL TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN, KECUALI....



Kalau ditanya kepada Zahid Hamidi, sudah pasti bekas TPM dan Presiden Umno yang kini dihadapkan dengan tidak kurang dari 40 pertuduhan di mahkamah akan teruja dengan perancangan untuk menggabungkan Umno, Pas serta Bersatu bagi mewujudkan kerajaan baru 'pintu belakang'.

Apa lagi cara untuk mengelakkan diri dari pertuduhan seberat itu jika tidak melakukan tindakan sedemikian rupa?  Betul, Lokman Adam kata eloklah Umno dan Pas serta MCA terus dengan Muafakat Nasional sehingga PRU15 untuk membentuk kerajaan, tidak perlu bergabung dengan Bersatu.  Zahid tidaklah bodoh sangat, Lokman bolehlah bercakap begitu kerana Lokman tidak rasa apa yang Presiden parti beliau rasa.  Untuk menanti PRU15, masa ada lebih kurang tiga tahun lagi.  Di dalam tempuh tersebut, Zahid akan bergelut di dalam mahkamah dan siapa boleh jamin Zahid tidak akan sangkut di dalam salah satu dari banyak tuduhan ke atas beliau?   

Satu kes sahaja Zahid sangkut, hukumannya sudah pasti menjejaskan jawatannya sebagai Presiden Umno dan paling ditakuti olehnya adalah penjara Sg Buloh.  Waktu itu, jawatan Presiden Umno akan disapu oleh orang lain.  Sebab itulah Zahid fikir bergabung dengan parti Tun M lebih selamat untuk dirinya.  Dia tak peduli tentang negara dan rakyat, jauh sekali untuk orang2 Melayu.  Dia harap Tun M akan berselera untuk bergabung dengan Umno kerana Tun M boleh jadi PM lebih lama dan Zahid pula pasti selamat. 

Kalau tanya saya, adakah Tun M akan berselera dengan perancangan Zahid itu?  Jawapannya, sudah pasti Tun M tidak sebodoh itu melainkan beliau mengalami gangguan fikiran atau hilang akal.  Tun M tahu, sekiranya Bersatu bergabung dengan Umno dan Pas, kedudukannya sebagai PM juga tidak selamat kerana jumlah MP di dalam Bersatu jauh lebih sedikit dari jumlah MP dari Umno.  Bila2 masa Tun M akan dicampak keluar kerana dendam Umno kepada Tun M bukan sedikit.  .

Oleh itu, tidak masuk akal Tun M yang kini berada di dalam bahtera yang lebih sempurna dan selamat mahu berpindah ke bahtera yang telah rosak, kotor lagi jijik.   PH telah beri peluang Tun M menjadi PM sehingga dua tahun, baki lagi dua tahun lebih adalah untuk pemilik sebenar iaitu Anwar.  Tidakkah itu mewajibkan Tun M bersyukur? Saya tidak fikir Tun M tamak haloba sehingga memakan dirinya sendiri.  

Biarkan Zahid dan Umno syok sendiri.  Jangan kerana mahu jadi PM lebih lama, kita sanggup khianati rakyat.  Jangan kerana tidak mahu Anwar jadi PM, kita sanggup bersekongkol dengan penyamun.  Sehingga kini, Alhamdulillah, Tun M masih berakal dan waras.

WFAUZDIN NS

NIK NAZMI SELAR CUBAAN TUBUH KERAJAAN BARU

WHO PUJI TINDAKAN MALAYSIA HADAPI KORONAVIRUS

PAKATAN BARU TANPA RESTU PENGUNDI AKAN TERIMA PADAH – MOHAMAD

ANWAR YANG SABAR,PEMAAF DAN BERTOLAK ANSUR



Di sebalik ketidaktentuan berhubung tarikhnya menjadi Perdana Menteri, malah dengan ura-ura terbaru wujudnya Pakatan Nasional yang bermakna Tun Mahathir Mohamad mahu memungkiri terus janji peralihan kuasa terhadapnya, Anwar Ibrahim tetap menunjukkan sikap terpujinya.

Katanya, beliau tidak kisah menunggu enam bulan lagi janji peralihan kuasa itu menjadi kenyataan iaitu sehingga November atau selepas Sidang Apec sebagaimaha yang dimahukan oleh Tun Mahathir baru-baru ini.

Dalam temu bual dengan Reuters, Presiden PKR itu berkata, sebelum ini pun beliau sudah menunggu selama 20 tahun.

“Kamu sudah menanti 20 tahun, melanjutkannya enam bulan lagi sebenarnya bukan masalah,” tambah beliau.

Pakatan Nasional adalah gabungan baru yang diura-urakan mahu diwujudkan oleh Tun Mahathir bersama UMNO dan Pas bagi memanjangkan lagi tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri.

Gabungan baru, mengikut perancangannya akan mengenepikan PKR, DAP dan Amanah serta Tun Mahathir tidak terikat lagi dengan janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Bermakna dalam hal ini Anwar bukan saja menunjukkan sikap sabarnya, malah juga rendah diri terhadap Tun Mahathir dan janji peralihan kuasa yang melibatkan dirinya.

Daripada Mei 2020 yang sepatutnya iaitu genap dua tahun selepas Tun Mahathir memegang jawatan itu, ia kini dilanjutkan enam bulan lagi sehingga November depan atas permintaan Tun Mahathir sendiri.

Yang penting di sini, dengan kesediaan Anwar bertolak ansur sehingga November, ia dengan sendirinya menunjukkan Presiden PKR itu bukanlah gelojoh untuk menjadi Perdana Menteri, malah sedia bersabar demi kebaikan PH dan masa depan negara ini.

Selama ini, Anwar dikenali sebagai seorang yang amat pemaaf dan ramai musuh politik atau mereka yang bermusuh dengannya telah dimaafkannya.

Kemuncak sikap pemaafnya ialah bila beliau sedia berdamai dengan Tun Mahathir yang pernah memecat, memenjara dan menyebabkannya dipukul hampir setengah mati dalam lokap polis.

Terbukti kini, selain pemaaf, Anwar juga penyabar, tidak gelojoh dan rendah diri.

Orang sebeginikah yang ingin dikhianati lagi oleh Tun Mahathir?

 (ShahbudinHusin p6/02/2020)