TANAHAIRKU
Tanahair ku
Ini ku nyanyikan lagu anak merdeka,
Setiarela yang padu ke bumi perut jantungmu
Lantas teguh, waja lah,
Ku junjung mahkota kemerdekaanmu,
Bersama airmata dan darah perjuangan, tuntutan merdeka,
Ketika menyambut kemerdekaanmu
Meski dianggap mudah, pemberian penjajah..
Kuhirup udara kemakmuranmu.
Tanahair ku
Walau telah lama merdeka,50 tahun bukan masa yang pendek
Cuma,
jika di luar Negara sana
ia dapat mematangkan rakyat
ia dapat memakmurkan rakyatnya
dan meskipun sesak hiruk pikuk dengan pembanggunan
Masih terdengar rintih sedih
Anak-anak dalam meminta-minta sedekah didalam Negara sendiri
di perut bumi yang kaya raya,
Rakyat di tindas tanpa sedar
Rakyat digula-gulakan dengan cerita yang momok-momok yang indah
Rakyat dibuai dengan kegembiraan yang macarmerba
Dalam masa yang sama, tanah airku,
elit politik mengumpul kekayaan,rasuah,mengayakan anak pinak
hingga tujuh keturunan,
Anak anak dan marhaen menjadi kuda pacu
pada elit politik yang rasuah,
demi perut dan dibawah perut mereka
Kini,
Tanahairku,
Dengan warna kuning, warna diraja
yang kami pegang sebagai elit kuasa
bagi membela anak bangsa
kami akan menghantar memorandum kepada Seri paduka
demi tanahirku yang merdeka
Hapuskan rasuah,merdekakan suruhanjaya pilihanraya,
Kembalikan kuasa kepada yang tahu mengamalkan amanah rakyat jelata.
OLEH: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
SAJAK PERTEMUAN MAHASISWA
Kita bertanya
Kenapa maksud baik tidak selalu berguna
Kenapa maksud baik dan maksud baik biasa berlaga
Orang kata:”kami ada maksud baik.”
Dan kita bertanya”Maksud baik untuk siapa?”
Ya, ada yang jaya, ada yang terhina.
Ada yang bersenjata, ada yang terluka,
Ada yang duduk, ada yang diduduki.”
Ada yang berlimpah, ada yang terkuras.
Dan kita disini bertanya:
“Maksud baik saudara untuk siapa?
“Saudara berdiri di pihak yang mana?”
Kenapa maksud baik dilakukan
Tetapi makin banyak petani kehilangan tanahnya
Tanah-tanah digunung telah dimiliki orang-orang kota.
Kebun yang luas
Hanya menguntungkan segolongan yang kecil sahaja.
Alat-alat kemajuan yang diimport tidak sesuai untuk petani yang sempit tanahnya.
Tentu kita bertanya
Lantas maksud baik saudara untuk siapa.
Dan didalam udara yang panas kita juga bertanya
Kita ini didiidik untuk memihak kepada yang mana?”
Ilmu-ilmu yang diajar disini
Akan menjadi alat pembebasan,
Atau alat penindasan
Di bawah matahari ini kita bertanya
Ada yang menagis,ada yang menderita,
Ada yang habis, ada yang mengikis.
Dan maksud baik kita
Berdiri dipihak yang mana!
KARYA: RENDRA
Telah disunting untuk ruang blog yang terhad.
LAGU ANAK REVOLUSI KUNING
Atas nama anak revolusi
Yang bertaut cita dan cinta gigih dan berani
Telah gemuruh sumpah dari satu angkatan
Untuk melimpah tuah dipinta sejarah kehidupan
Maka tiada baginya sekadar menanti belas kasih
Untuk mengisi harga diri dan tenang tenteramnya
Pun tidak sekadar melepas keluh-rintih
Pada serik getir yang ditatangnya
Kerana tiap tersiang di bawah hangat mentari
Dan hening malam yang diajuk mimpi
Meminta segala unjuk setia dalam perjuangan.
Memina segala unjuk rela dalam pengorbanan
Berlagulah ia: matanya mengusap pandang laut keluhuran
Berlagulah ia: degup jantungnya menghantar kasih persaudaraan
Jauh meresapi teluk hati anak manusia
Dari gunung dan lurah lalu ke puncak menara
Lantas pabila bangun dan melangkah ia
Antara hiruk pikuk dunia dan bumi Malaysia yang berpura
Suara topan bakal membunuh bicara yang berpura-pura dan dusta
Tangannya api bakal membakar belantara sengsara dan penipuan
Dadanya embun bakal menyiram peluh demokrasi yang subur di Malaysia
Ya, lagu anak revolusi,
Ya, aku dan kami dianggap musuh tradisi
Ya, kami dianggap manusia tak mengerti,
Lagu anak revolusi untuk rakyat marhaen memahami
Tuntutan sebuah Negara yang telus ,harmoni dan Demokrasi
Di susun semula mengikut keadaan semasa dengan izin
AWANG HAD SALLEH
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
SEMUA orang tahu racun sangat berbahaya. Jangankan racun, keracunan makanan pun ditakuti.
Bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa bahayanya dosa. Ia lebih berbahaya daripada racun.
Dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Paling teruk kalau terminum racun orang akan mati tetapi bahaya dosa orang akan dibakar di neraka dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu membakar yakni menyusahkan orang lain di dunia.
Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.
Sangat tidak betul kata-kata itu. Kubur kita orang lain yang gali manakala kubur orang lain terkadang kita yang kena uruskan.
Maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang.
Memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia langgar orang, dah berapa ramai mangsa kemalangan angkara pemabuk. Rumah tangga lintang pukang dek kerana arak. Kan menyusahkan orang tu.
Antara bahaya dosa yang banyak itu ialah:
(1) Akan dicabut daripadanya nur iaitu cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk akan kehilangan serinya. Wajah inilah yang akan menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.
(2) Tertutup daripada kebenaran. Maknanya pendosa mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.
(3) Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Bila sebut syurga dia tidak teringin, bila disebut neraka tidak takut apa pun malah mengejek masuk neraka bukan seorang.
(4) Berat dan payah benar apabila ingin beramal sebaliknya mudah dan ringan apabila diajak melakukan dosa dan maksiat.
Menurut ibnu al Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa pada waktu malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada waktu malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.
(5) Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Payah benar nak dengar nasihat. Dia nasihat orang boleh tapi sangat berat bila ditegur. Suka bertekak, berbalah dan tidak menghormati orang lain. Bahasanya kasar dan tidak menghormati perasaan orang lain.
(6) Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah membalas dengan tindakan anak yang akan menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibubapanya.
(7) Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat yang menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.
(8) Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.
(9) Dosa menjadi penyebab turunnya bala Allah. Ada satu hadis, Rasul bersabda yang maksudnya apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.
ALLAH melaknat iblis dan mengusirnya dari syurga buat selama-lamanya disebabkan kesombongannya. Hukuman itu menyebabkan iblis berdendam dengan Adam, lalu iblis memohon kepada Allah supaya dipanjangkan usia sehingga hari kiamat.
Iblis bersumpah mahu menyesatkan Nabi Adam dan anak cucunya dari jalan benar serta menggoda supaya mengabaikan perintah Allah.
Permohonan itu dikabulkan, namun Allah mengiringi penerimaan itu dengan kutukan.
“Allah berfiman: Keluarlah engkau dari syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya.” (Al-A'raaf: 18)
Selepas iblis diusir dari syurga, tinggallah Nabi Adam keseorangan, tetapi ketika dia bangun daripada tidur tiba-tiba di sisi kepalanya ada seorang wanita (Hawa) yang dijadikan Allah kepadanya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam ketika baginda tidur dan dia tidak berasa sakit.
Adam dan Hawa tinggal di syurga dengan penuh kenikmatan, namun dilarang mendekati sejenis pokok. Tetapi larangan itu tidak dipatuhi menyebabkan pakaian dan perhiasan mereka di syurga terlepas.
“Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Selepas mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?” (Al-A'raaf : 22)
Lanjutan daripada peristiwa itu juga Allah mengingatkan anak cucu Nabi Adam iaitu manusia supaya tidak terpedaya dengan syaitan, sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-duanya dari syurga, sehingga terlucut pakaian mereka berdua.
Nabi Adam sambil menangis menoleh kepada Hawa lalu berkata: “Persiapkanlah dirimu untuk keluar dari sisi Allah. Inilah permulaan munculnya maksiat.”
Hawa menjawab: “Wahai Adam! Aku tidak pernah menyangka ada makhluk berani bersumpah palsu kepada Allah.”
Di syurga Nabi Adam sentiasa berlari kerana malu kepada Allah sehingga baginda mengira azab Allah dipercepatkan, lalu dia menundukkan kepala dan berkata: “Ampun! Ampun.”
Selepas diturunkan dari tempat suci ke tempat yang penuh kelaparan, Adam menangisi kesalahannya selama 100 tahun. Dia sentiasa menundukkan kepala di atas kedua-dua lututnya, sehingga titisan air matanya membasahi bumi, menumbuhkan rumput dan pokok.
Wahab bin Munabbih menceritakan, Nabi Adam berada dalam kemurkaan Allah selama tujuh hari. Pada hari ketujuh, Allah memanggilnya, kemudian memberikan wahyu kepadanya:
“Wahai Adam, kesedihan apakah yang Aku lihat menimpamu hari ini? Bencana apakah menimpamu sehingga menyebabkanmu hanyut?”
Allah meminta Nabi Adam berkata: “Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau wahai Allah dengan segala puji-Mu, aku menganiaya diriku sendiri dan aku melakukan kejahatan, terimalah taubatku. Sesungguhnya, Engkau Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih.”
Kemudian Allah mengirimkan kepada Nabi Adam sebuah khemah dan diletakkannya di tempat berdirinya Kaabah (sebelum Kaabah itu sendiri dicipta). Nabi Adam tinggal di situ dan seterusnya mengembangkan keturunannya.
Ada juga menceritakan Nabi Adam dan Hawa pertamanya tiba di puncak bukit di luar Makkah, dengan Adam di Safa, manakala Hawa di Marwa.
Sesetengah mendakwa Nabi Adam berpindah ke Sri Lanka dan di sana terdapat satu tempat dipanggil Kemuncak Bukit Adam yang dikatakan mengandungi jejak tapak kakinya yang besar.
Pendapat menerangkan Nabi Adam hidup 1,000 tahun. Baginda dimakamkan di al-Hindi, di kawasan sisi bukit dan dikatakan dekat dengan bukit (Abu Qabis) di Makkah. Baginda dikafan, disolat dan dimasukkan ke liang kubur oleh malaikat.
RUMAH TERBUKA PKR NEGERI MENDAPAT SOKONGAN DAN SAMBUTAN YANG PADU DARI RAKYAT PULAU PINANG.
OLEH:Wartawan Rasmi Laman Reformasi
PULAU PINANG- 28 OKT- Majlis sambutan rumah terbuka PKR negeri mendapat sambutan dan sokongan padu dari masyarakat PulauPinang .Majlis yang turut dihadiri oleh pengerusi badan perhubungan negeri Dato Zaharin dan pengarah Pilihanraya Negeri En Mustaffa Kamal ini turut di meriahkan dengan ucapan DSAI yang dirakamkan melalui klip video,turut hadir barisan pimpinan negeri dan berbagai lapisan masyarakat majmuk Pulau Pinang.
Dalam majlis ini juga Dato Zaharin mengadakan sidang media berhubung dengan keadaan semasa iaitu tarikh pilihanraya yang masih menjadi tandatanya. Menurut beliau PM akan mengadakan pilihanraya awal kerana untuk mengabui mata masyarakat kerana kenaikan tol ,minyak dan harga barang yang sudah pastinya tidak akan dapat dikawal oleh kerajaan.
Oleh demikian kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad akan mengadakan pilihanraya awal dalam tahun ini juga dengan alasan mendapat mandate rakyat. Dengan demikian pihak BA akan memastikan sokongan masyarakat di Pulau Pinang akan memihak kepada kami.
AIDILFITRI DI CHEROK TO KUN TETAP MERIAH SEPERTI DAHULU
Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Cherok Tok Kun-20 Oktober, Meski pun dikatakan sudah tidak berupaya dan sudah tidak laku di Malaysia, namun sama seperti sebelumnya apabila majlis sambutan Aidilfitri sama sahaja di ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, Cuma yang membezakannya ialah kehadiran para tetamu adalah lebih menyerlah di kalangan rakyat marhaen.

Dengan berbagai juadah termasuk gerai laksa,bihun sup,gerai minuman dan juga sate serta char koew teow, semua ini memberikan kepuasan kepada para tetamu yang hadir bagi turut menyatakan sokongan yang tiak berbelah bahagi kepada pemimpin ulung dan tokoh reformasi Malaysia.

Turut bersama menyertai majlis jamuan hari raya ialah YB Bukit Mertajam YB Chong Eng, Dato’ Zaharain, beberapa tokoh masyarakat dan juga pemimpin tempatan juga para rakyat marhaen yang turut menyambut menunjukkan sokongan kepada pemimpin Permatang Pauh ini.Buat UMNO jangan terlalu yakin untuk mendapatkan kerusi Permatang Pauh jika gambar ini diambil kira.
MANUSIA memang cenderung menjaga sesuatu yang dianggap berharga. Sebaliknya kita akan membuang sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu semakin bersungguh kita menjaganya.
Sesetengah manusia sangat menjaga hartanya kerana dianggap hartanya sangat berharga. Ada pula sentiasa menjaga dan merawat mukanya supaya kelihatan awet muda kerana cantik adalah segalanya.
Ada juga bermati-matian mempertahankan kedudukan kerana itu dianggap bernilai dan kalaulah begini perilaku kita, rupanya kita masih menganggap material (kebendaan) adalah segala-galanya.
Namun, ada juga yang bermati-matian menjaga hidayah dan petunjuk yang Allah anugerahkan. Orang yang seperti ini berkeyakinan hidup ini tidak akan selamat sampai muara ketenangan di akhirat kecuali hanya dengan bekalan taufik dan hidayah Allah.
Taufik dan hidayah sangat penting di dalam diri manusia. Pernah suatu ketika seorang yang dibutakan matanya dalam permainan diminta supaya berjalan, tiba-tiba menangis.
Dia berasa langkahnya berisiko, mungkin terpelecot, bimbang terhantuk atau jatuh tangga. Begitulah akibatnya sekiranya tidak mendapat panduan.
Orang yang yang berjalan tanpa arah sentiasa berada dalam cemas, takut, bingung. Tidak sedikit orang kaya yang menderita dengan kekayaan. Bagaimana kekayaan yang melimpah semakin membuatnya sengsara.
Pendek kata orang yang jauh daripada petunjuk Allah dan al-Quran, apa pun diberikan Allah kepadanya pasti hanya akan membuatkan dirinya hina.
Harta, pangkat, kedudukan atau penampilan kalau tidak diiringi dengan ketaatan pasti akan menyiksakan.
Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang jika tidak diiringi dengan ketaatan kepada Allah membuatkan kita mudah lalai. Negara saja merdeka tetapi jiwa tidak, malah ditawan syaitan.
Sedarlah, syaitan adalah penjajah yang tidak pernah berputus asa. Dalam satu perisytiharan, menurut hadis Rasulullah s.a.w, syaitan pernah berkata: "Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan.”
Bayangkan kesungguhan syaitan, isytihar perang dengan manusia. Kalau kita masih main-main, mudah tertipu.
Syaitan ibarat tukang joget atau penari. Dia akan menari ikut muzik. Kalau dondang sayang ada lenggoknya, kalau lagu rock pandailah dia meloncat...maknanya syaitan tahu sasarannya kalau orang alim begini caranya, kalau sesatkan pemuda lain caranya, orang kaya lain pula kaedahnya.
Kita memberikan tumpuan kepada yang nampak di mata, yang besar-besar biasanya menjadi tumpuan, yang kecil tidak berapa dipedulikan. Kita kadang kala lupa sesuatu yang tidak nampak itu sangat berharga.
Iman kecil sahaja, tidak nampak tapi sangat berharga. Jadi dalam hidup ini lihat dan utamakan pandangan Allah.
Pesawat Nuri Umpama Besi Buruk

Malangnya ini bukan kali pertama Nuri terhempas.Umum mengetahui bahawa sebut sahaja Nuri, maka anggota tentera sekali pun agak menggeletar kaki untuk melakukan penerbangan, cuma yang terlalu berani dan mahu berhadapan dengan risiko sahaja yang mampu menghadapinya.
Nuri memiliki sejarah pesawat terhemas yang paling tinggi iaitu sejumlah 13 sebelum ini dan ditambah dengan peristiwa di Genting Sempah ia telah menjadi 14.
Berikut ialah antara rekod kejadian pesawat Nuri terhempas sebelum ini sekurang-kurangnya 13 kemalangan dan 73 orang terkorban yang melibatkan helikopter Nuri.
1969 – Nuri terhempas di Sarawak. 4 anggota TUDM terkorban
1976 – Nuri ditembak pengganas komunis dan terhempas di Gubir, Kedah. 11 anggota tentera terbunuh.
1980 – Beberapa kejadian Nuri terhempas dilaporkan di Perak. Tiada yang terkorban.
1981 – Nuri terhempas di Kuching. 2 anggota TUDM terkorban, 13 yang lain cedera.
1981 – Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak. 4 anggota TUDM cedera.
1989 – Nuri terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan - Perak. 21 orang terkorban.
1989 – Nuri mendarat cemas di Felda Sendayan, Seremban. Tiada kecederaan dilaporkan.
1989 – Nuri terhempas di Lundu, Sarawak. 16 anggota tentera terkorban.
1996 – Nuri terhempas ke dalam laut berdekatan Muka Head, Pulau Pinang. 2 juruterbang terkorban, 3 anggota TUDM hilang.
1997 – 2 helikopter Nuri terhempas selang beberapa minit di Sipitang, Sabah. 8 anggota tentera terkorban.
2004 – Nuri terhempas di Butterworth. 2 anggota TUDM terkorban, 1 orang cedera.
2004 – Nuri terhempas di pergunungan Long Seridan, Sarawak. 3 anngota TUDM terkorban, 7 cedera.
2006 – Nuri mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Kuala Sedaka
Bagi saya, ada cara untuk kerajaan tidak lagi menggadai nyawa anggota tentera negara ini, iaitu apa salahnya jika Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (yang dikaitkan dengan komisen pembelian pesawat sejumlah lebih RM500 juta) sendiri yang mencuba menaiki pesawat ini.
Helikopter Nuri itu telah berkhidmat dalam TUDM sejak tahun 1968 dan pada masa ini sebanyak 20 pesawat itu masih lagi beroperasi walaupun telah digunakan hampir 40 tahun.
BAGAIMANA NAT DITAHAN

Pukul 4.30 petang, Jumaat, 13 Julai lalu, tiga orang anggota polis berpakaian biasa datang ke pejabat Yayasan Aman di Phileo Damansara (1) Petaling Jaya.
Salah seorang anggota polis itu meminta Nathaniel Tan mengikut mereka ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disoal siasat.
Menurut saksi, anggota polis berkenaan tidak menunjukan sebarang kad kuasa dan tidak memberi sebarang alasan ketika meminta Nathaniel mengikut mereka.
“Tolong bekerjasama dan ikut kami sekejap, kami nak cakap sedikit.” Kata salah seorang anggota polis itu yang sempat didengari oleh saksi.Anggota polis berkenaan juga meminta Nathaniel membawa bersama komputer ribanya. Dipercayai Nathaniel disoalsiasat berhubung beberapa tulisan di internet. Beliau juga merupakan seorang bloger terkemuka.
Ketika berada ditempat letak kereta tingkat bawah pejabatnya, Nathaniel telah menghubungi peguam Latheefa Koya. Nathaniel diminta supaya berada ditempat letak kereta itu sementara menunggu peguam.
Bendahari Agung KeADILan, William Leong (juga seorang peguam) yang mempunyai pejabat di Phileo Damansara (1) telah bergegas ke tempat parking kereta itu tetapi mendapati Nathaniel telah tiada di situ.
Polis juga telah pergi ke rumah Nathaniel pada petang yang sama dan merampas komputernya.
Pada pukul 10 malam hari yang sama, pihak polis mengesahkan bahawa Nathaniel telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Anggota keluarganya dan 20 orang rakan-rakannya telah berkumpul di luar ibupejabat polis itu, termasuk yang membawa sepanduk mendesak supaya Nathaniel dibebaskan.
Menurut polis, Nathaniel akan ditahan selama 24 jam oleh Unit Jenayah Siber di Jalan Dato Onn untuk membantu siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Nathaniel kemudiannya dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dijangka dihadapkan ke mahkamah majistret untuk ditahan reman pada kira-kira jam 4.30 petang keesokan harinya.
Pukul 1.30 tengahari, Sabtu, 14 Julai lalu, tiga jam lebih awal dari masa yang diberikan malam sebelumnya, Nathaniel telah dikenakan tahanan reman selama empat hari untuk disiasat dibawah Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi 1972.
Nathaniel adalah seorang graduan dari Universiti Harvard pada tahun 2004 dalam Sarjana Sastera pengkhususan Pengajian Keamanan dan Koflik. Sebelum itu, beliau tamat pengajian A Level di Kolej Sunway.Nathaniel adalah aktif dalam pelbagai kegiatan pertubuhan bukan kerajaan dan aktiviti-aktiviti antarabangsa. Beliau pernah bekerja di Dili, Timor Timur; Freetown di Sierra Leone di bawah UN-GOSL SCSL, dan Banda Aceh di Indonesia di bawah JRS Indonesia.Nathaniel yang berumur 26 tahun kini adalah setiausaha Anwar Ibrahim dalam Foundation for Future (FFF).Saya Tidak Pernah Hantar Sebarang Artikel Kepada UmnoReform
Memanglah adakalanya bila kita mengkritik pembangkang ada yang marah. Sebagai sebuah Negara demokrasi kritikan kepada pembangkang bukannya bermakna kita tidak sedar, namun adakala kritikan adalah untuk menyedarkan pimpinan agar sedar akan matlamat perjuangan. Kalau tak tahan dikritik lebih baik jadilah wartawan berita harian atau utusan Malaysia yang sentiasa memuji kepimpinan sampaikan pemimpin jadi tak ketahuan.
Maka kerana itulah menjadi wartawan bebas dan menghantar ke laman-laman bebas adalah agar kita sama-sama menjadi pemerhati politik di negara tercinta ini. Namun menggunakan nama orang lain bagi menjelaskan maksud adalah tidak adil juga.
Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 09.07.2006
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
DSAI Diraikan Oleh Qaryiah Masjid Jamek Kubang Semang
KUBANG SEMANG 05 NOV: Hampir 1000 anak qaryiah Masjid Jamek Kubang Semang meraikan kepulangan DSAI ke Permatang Pauh. Masjid Jamek Kubang Semang adalah antara Masjid Jamek yang dianggap bebas tanpa kongkongan pihak pemerintah kerana bukan sahaja ianya ditadbir oleh anak kampung kubang Semang malahan antara Masjid Jamek yang mempunyai dana tersendiri hasil sokongan anak qaryiah tempatan.
Inilah antara masjid terawal di Permatang Pauh yang boleh meraikan beliau kerana ianya dimiliki oleh anak qaryiah tempatan. Turut hadir ialah isteri beliau Datin seri Wan Azizah merangkap ahli Parlimen Permatang Pauh. Terdahulu dari itu, dalam program berasingan DSWA telah sudi menyampaikan bantuan zakat kepada penduduk miskin dalam Parlimen Permatang Pauh di sebelah petangnya. Sementara DSAI mengadakan pertemuan dengan masyarakat Tionghua di sebelah Pulau.
Turut hadir beberapa ahli pimpinan tertinggi Ustaz Badrul Amin, Sdr Ezam, Sdr Azmin, Sdr N. Gobalakrisnan dan beberapa pimpinan tertinggi peringkat negeri. YB Hamdan juga tidak ketinggalan turut hadir sebagai tuan rumah. DSAI dijangka menyampaikan ucapan setelah selesai mengerjakan solat tarawih pada malam ini.
Berbagai juadah berbuka dari bubur lambok, roti canai,,lemang dan nasi dalca disediakan kepada para tetamu yang hadir. Sementara itu pihak UMNo juga tidak ketinggalan dengan menganjurkan majlis yang sama di dua tempat berasingan sebagai cuba untuk menyaingi program yang dianjurkan dengan menjemput TYT Pulau Pinang dan Adun Penanti. Majlis dijangka tamat dengan qiamulail di sebelah malam hingga ke pagi ini. Berita akan menyusul kemudian.
Seperti biasanya pihak polis juga turut mengambil bahagian mengadakan sekatan lalulintas bagi melicinkan program yang dianjur.
Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 06.11.2004
Benar Atau Tidak Adanya Perjanjian?
Beberapa minggu sebelum Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan, Freeanwar.com, iaitu nama domain yang digunakan dalam kempen pembebasan DSAI telah tidak bermaya. Perlahan-lahan FAC.net mula tidak lagi muncul di kaca Internet. Munculnya makhluk yang menamakan Mahakuda menjadi tandatanya. Beliau telah mengeluarkan berita mulai 18.8.2004, melalui Laman Marhaen (Hakim Harap Penyokong Anwar Tak Ramai Hadir). Seperti biasa para reformis yang mengekses internet seolah-olah hilang kepercayaan terhadap berita rambang tersebut. Pada mulanya insan ini tidak diberikan perhatian. Namun sebagai pengakses Internet, saya memaklumkan kepada webmaster bahawa berita dari Mahakuda boleh dipercayai kerana beliau pernah menghantar maklumat yang tepat ke Laman Mahazalimtwo. Pada 20 Ogos pula, satu lagi berita berhubung dengan penangguhan yang akan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara telah muncul dan menjadi kenyataan (Percubaan Paksa Hakim Ubah Keputusan).
Saya telah menyatakan bahawa manusia ini sebenarnya seseorang yang begitu dekat dengan maklumat atau sumber mahkamah. Ianya telah menjadi tajuk perbincangan termasuk mula menafikan sebuah berita dari seorang penulis. Mahakuda pernah memberikan satu mesej yang tepat beberapa tahun lepas dalam laman Mahazalimtwo. Tak perlu saya jelaskan maklumat itu kerana ianya telah menjadi sejarah.
Kes pembebasan DSAI bermula apabila satu ayat pendek yang dihantar ke Laman Marhaen berhubung dengan keputusan 2-1 yang akan di putuskan pada 28 Ogos lalu. Namun ayat itu kemudiannya telah ditukarkan dengan satu maklumat baru bahawa kes akan ditangguh. Memang betul kes itu tertangguh sehinggalah, kemudian muncul pula artikel dari Raja Petra (sifu FAC) yang turut memuatkan berita mengenai pembebasan DSAI yang akan menjadi 2-1 sebagaimana maklumat awal oleh insan yang menamakan MAHAKUDA. Muncul pula berita MGG Pillai dengan sumbernya yang selalunya mengancam. Akhirnya DSAI dibebaskan pada 2 September yang lalu.
Kes ini dikejutkan lagi apabila 2 September memberikan satu nostalgia lalu. 2 September 1998 rakyat termasuk saya yang baru celik politik telah turun ke Kuala Lumpur sehinggalah kepada gerakan KESAS dan Jamuan Hari Raya di tahun berikutnya yang disambut di Selangor. Memang semasa itu para Reformis hanya bergantung sumber dari ceramah-ceramah Ezam, Azmin, Saifuddin dan gerakan reformasi pada ketika itu begitu hangat sekali dan dianggap sebagai pemberi mesej dan maklumat penting. Mobilasi semasa ialah melalui Internet sebelum diiklankan di layar akhbar alternatif seperti Harakahdaily dan Buletin keadilan, yang kini diambil alih oleh Raja Petra.
Keadaan menjadi bertambah lesu selepas pilihan raya 2004 yang mana Barisan Nasional menipu secara besar-besaran dalam pilihan raya itu dengan berbagai sumber termasuk persekongkolan besar-besaran SPR.
Khairy Jamaluddin memang lah seorang yang disayangi oleh Pak Lah. Khabarnya rundingan dengan beliau juga turut berlaku sebagaimana yang di lakukan oleh Husam Musa dalam petisyen di Kelantan. Namun kedatangan Khairy untuk menguruskan pasport DSAI adalah sesuatu yang luar biasa. Sebagai menantu malahan orang nombor dua dalam hierarki pemuda UMNO, kedatangan beliau menjadi satu tandatanya. Dia tidak perlu datang ikut pintu belakang. Malahan Ezam sendiri menjemputnya tanpa pengetahuan reformis di rumah DSAI. Adalah lebih mudah untuk menelefon dari pejabat Perdana Menteri.
Apabila ditanya kepada Abdullah, beliau memberitahu kedatangan Khairy adalah untuk menguruskan soal pasport,namun apabila ditanya soalan kepada DSAI, beliau memberitahu bahawa Abdullah menyampaikan salamnya.
Kini apa yang menjadi tandatanya, apakah DSAI akan kembali menyertai UMNO??? Akhbar berbahasa Cina empat hari lepas melaporkan keadaan yang amat tidak menyenangkan buat para Reformis jalanan dan marhaen apabila melaporkan DSAI akan kembali menyertai UMNO apabila bertemu pembangkang sekembalinya dari rawatan dan mengerjakan umrah. Apakah ini benar?? Hanya masa sahaja yang menentukan. Namun bukan masanya untuk DSAI menyertai semula UMNO.
Bagi penduduk Permatang Pauh kepulangannya dinanti-nantikan dan ucap utama beliau akan didengar dan di pancarkan ke seluruh dunia di manakah kedudukan politik beliau nanti. Apa yang pastinya, mimbar Masjid Jamek Kubang Semang akan menanti kedatangan beliau memberikan ceramah dan khutbah.
Rakyat Permatang Pauh telah lama menanggung dan membela beliau sejak terpenjara. Jalan kemenangan UMNO tidak lagi kelihatan walau berbagai cara dan kerenah birokrasi dikenakan kepada kakitangan kerajaan. Bukan mudah juga berada dalam pembangkang di Permatang Pauh. Malahan kejadian yang sama juga berlaku di seluruh negara. Bagi yang telah mengetahui sejarah Permatang Pauh, rakyatnya memang cerdik dalam berpolitik.
Buat para juak-juak yang dahulunya meninggalkan perjuangan ini, khasnya rakan taulan dalam UMNO, teman-temannya, mari kita bermuka-muka semula. Mesyuarat yang dahulunya lengang, kini telah penuh, malahan jika dahulu untuk memanggil ke mesyuarat, jangankan H/P tidak diangkat, malahan nak membalas kembali pun tidak mahu. Maklumlah sibuk dengan kerja dan bergaji besar pulak. Bukan mudah untuk menjadi seorang pejuang.
Itulah antara sedikit kerenah para reformis. Yang di luar keadilan berlainan juga. Waktu DSAI meringkuk dalam penjara, jangankan nak tanya khabar, nak sembang fasal DSAI pun tak boleh. Takut, takut projek tak dapat. Takut kena tangkap,takut bermacam-macam takut. Pendek kata, renungkanlah sikap pura-pura kita agar jangan sampai pecah tembelang dan temberang. Apa pun perjuangan mesti diteruskan. Dan yang paling perlu disedari juga perjuangan perlu kepada keberanian selain bijaksana dalam berpolitik. SALAM REFORMASI
Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 12.09.2004
Sahih: Mahathir Adalah Bapa Penindas Yang Tidak Berhati Perut
SAHIH: MAHATHIR ADALAH BAPA PENINDAS YANG TIDAK BERHATI PERUT
OLEH: Dr Abdul Rahim Ghouse
Siri terbaru dalam gerakan Reformasi Negara ialah mengenai penahanan 7 orang Reformis dan pemimpin dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, mengesahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia , Mahathir Mohammad telah menghidapi sejenis penyakit kronik yang selalunya dihidapi oleh para diktaktor yang gementar dengan kebangkitan rakyat. Kempen Antarabangsa Ke atas Pembebasan Anwar (FAC) merasa kesal dan mengutuk dengan keras penggunaan ISA bagi menahan Raja Petra Kamaruddin ,pengarah FAC dan beberapa aktivis dan pemimpin termasuk Tian Chua,Ezam Mohd Nor,Saari Sungip,Hishamuddin Rais, N.Gobalakrishnan, dan Ghani Harun. FAC juga dengan ini mendesak agar mereka ini dibebaskan segera dari tuduhan dibawah ISA, yang mana ianya memberikan kuasa kepada polis bagi menahan seseorang tanpa dibicarakan dan tanpa had tertentu.Dalam akta ini, ianya menghalang seseorang yang ditahan dari dibicarakan, dan sejak dahulu lagi ianya dilaksanakan tanpa memberikan hak dan keupayaan seseorang dari membuktikan segala kesalahannya di mahkamah. Pihak polis mendakwa bahawa penahanan aktivis dan pemimpin gerakan REFORMASI ini adalah disebabkan oleh keterlibatan mereka dalam usaha menjatuhkan kerajaan Mahathir. Mereka juga telah dituduh untuk menggunakan kekerasan dengan menggunakan bom dan molotov cocktails. Dengan tuduhan yang sebegini serius , mereka tiada ruang bagi membela segala tuduhan yang dikenakan keatas mereka. Sesungguhnya , penggunaan akta ISA cukup penting bagi pemerintah. Ianya menunjukkan betapa Regim Mahathir begitu gementar dan gelabah serta tidak yakin terhadap kerajaan pimpinannya. Walaupun telah berjaya mengawal segala media dan mahkamah, ianya masih tidak berdaya mengenakan sebarang pertuduhan di mahkamah keatas pemimpin Reformasi. Segala pertuduhan dan proses perbicaraan kesalahan di mahkamah, sebenarnya menunjukkan betapa bodohnya Regim Mahathir pada hari ini sebagaimana yang berlaku kepada "Perbicaraan Yang memalukan ke Atas Anwar Ibrahim". Regim Mahathir sebenarnya amat malu dan di malukan diatas segala perbuatannya sendiri.Gerakan pembahruan yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim , masih bernyala hingga ke hari ini. Kredibiliti Kerajan juga merosot dimana pemimpin nya juga turut membantah apabila kehilangan sokongan dari pelajar, kakitangan awam, dan juga beberapa pemimpin tentera. Keadaan bertambah meruncing apabila berlakunya masalah kelembapan ekonomi yang berlaku di Amerika Syarikat dan turut dialami di Malaysia dengan dasar-dasar yang sentiasa berubah-ubah,mementingkan kroni dan takut serta membenci orang asing. Untuk meruncingkan keadaan Mahthhir telah dengan tanpa disedarinya telah memutus dan merenggangkan hubungan sesama masyarakat Malaysia.Disebalik keadaan yang teruk ini, dan keadaan ekonomi negara yang merudum, beliau mendapati dirinya menghadapi tentangan dari partinya sendiri.
Sesungguhnya segala media dan editor akhbar yang dikawal oleh pemerintah turut merungut akan kemerosotan dan kejatuhan kredebiliti mereka dimana ianya mengekang kebebasan akhbar. Segala gerak gerinya dilihat sentiasa diperhatikan. Malahan kenyataannya , sebahagian besar rakyat Malaysia mendesak beliau berundur.Lagi lama beliau bertahkta , lagi ramai yang akan membencinya.Mahathir ingat bahawa lagi banyak tangkapan dilakukannya,akan menakutkan rakyat, akan tetapi ianya terjadi sebaliknya. Mahathir lupa bahawa segala kejadian lampau yang melibatkan protes jalanan pada tahun 1998 , sebenarnya dijana oleh rakyat diketika pemimpin Reformasi ketika itu ada yang terpenjara dan berada diluar negara. Segala protes sebenarnya bermula dari rakyat. Dengan menahan pemimpin Reformasi pada hari ini , ia sebenarnya memberi risiko kepada pemerintah dalam menghadapi segala protes dari rakyat. Melihatkan dari semua sudut, Mahathir nampaknya berada dalam situasi yang amat mendesak beliau. Inilah yang menyebabkan beliau makin gabra dan gelabah. Tambahan pula, cara beliau melaksanakan segala arahan sebenarnya merumitkan lagi keadaan yang sedia ada. Dengan penangkapan beberapa pemimpin Reformasi dalam usaha mengingati sejarah penangkapan Anwar, ianya sebenarnya menunjukkan bahawa mahkamah kanggaroo Mahathir adalah diatas segala arahannya dan telunjuknya. Para penyokong gerakan pembahruan Reformasi sebenaranya merancang satu gerakan aman bagi menyatakan sokongan kepada pemimpin yang akan menyampaikan memorendum kepada SUHAKAM, badan bebas hak asasi manusia. Ini menunjukkan bahawa ianya tidak merbahaya , sebagaimana yang dimainkan oleh akhbar arus perdana.
Ini membuktikan bahawa Mahathir makin nyanyuk dan hilang pertimbangan.
Adalah jelas , dan sahih, bahawa Mahathir sedang menanggung penderitaan akibat melakukan penindasan yang tidak berhati perut.
Terjemahan Oleh : Wartawan Rasmi Lamn Reformasi.
"SELAMAT BERHIMPUN PEJUANG NEGARA"
Apa Khabar Umno Permatang Pauh?
OLEH : Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Apa khabar UMNO Permatang Pauh ? Adakah anda sihat - sihat selalu hendaknya? Bagaimana keadaan Masyarakatnya apabila berada di bawah bendera pembangkang? Itulah antara sedikit sebanyak pertanyaan orang-orang UMNO kepada satu parti yang suatu ketika dahulu berada di bawah Dato Sri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Bagaimana dengan projek? Banyak lagikah peluang ? Macamana dengan bisness? Berapa banyak Anwar bagi pada orang UMNO? Siapa yang dapat habuan dengan menjual nama Anwar? Macamana dengan pemilihan tahun ini……….? Tentu menarik. Sebenarnya , diketika saya kembali melalui kawasan perkampungan di sekitar Permatang Pauh, menghala ke Butterworth, tidak lah nampaknya teruk sangat kawasan ini apabila berada di bawah kawasan Pembangkang. Malahan jalanrayanya nampak cantik dan selesa. Rupa-rupanya , inilah perjuangan wakil rakyat di kawasan tersebut. Soal siapa yang buat itu adalah tanggungjawab pemerintah terhadap rakyatnya. Nampaknya perjalanan ini bukanlah kosong semata-mata, cuma sengaja mengambil angin hingga ke Kulim dan kawasan sekitarnya.Tak pulak nampak kawasan setinggan atau banyak peminta sedekah dan juga yang tak makan. Tapi yang saya nampak ialah gajah putih di Permatang Pauh. Sebuah banggunan gajah putih ialah terletaknya rumah UMNO. Tapi sayang kosong dan kering kontang. Dari situlah , saya mula nampak dan meneka apa lah nasib yang menimpa UMNO dulu kini dan selamanya? Kita dah banyak membaca telahan dan gambaran betapa UMNO hanyut dan buktinya memang UMNO sudah hampir 65% telah ditolak oleh orang Melayu, namun bagaimana yang tinggal dalam UMNO dan bakal meninggalkannya. Menurut jangkaan, menjelang tahun 2004 seramai 3.5 juta pengundi baru akan menjadi pemilih. Jika BN hanya memenangi keseluruhan jumlah undi sekitar 686,000(anggaran kasar) sahaja melebihi BA maka nampaknya parti yang memerintah akan lebur. Maknanya BA akan memerintah?
KETUA PEMUDA PEMANDU LORI
Minggu lepas pertandingan jawatan ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh telah berjalan dengan rancaknya. Yang menang ialah seorang pemandu lori Ahmad Nizar yang berjaya mengalahkan seorang peguam. Nampaknya yang menyokong sekarang ini memilih sekadar seorang pemandu lori dan sama sahaja dengan golongan yang memilihnya.Golongan profesional ditolak dan ini sebenarnya memberi kemenagan kepada BA. Jangkaan bahawa dua anak Saad akan tinggal sesaat sahaja sebenarnya membuktikan bahwa memang benar golongan Melayu menolak bekas pemimpin yang pengecut apabila ketua di baham harimau tua. Ibrahim Saad telah lebur di Bukit Mertajam yang memang tak begitu ramai Melayu. Namun banggunan tinggi UMNO nampak tak juga laku , lagi besar banggunan lagi tak ramai yang datang dan meninggalkan UMNO.
Di bahagian Permatang Pauh usaha telah dijalankan bagi mengenepikan Ahmad Saad dengan penggabungan desperado dan bekas YB yang telah bersara. Antaranya Dato Adnan, Cikgu Yahya Jamaluddin, semuanya dengan keparat-keparat masing-masing. Dalam kalah-kalah macam ni pun masih ada hati nak jadi pemimpin, masih tak sedar lagi bahawa orang Melayu tak sokong dah, tak faham-faham betul burung kaka tua ni. Dato Ahmad Saad akan di cabar oleh desperado Dato Adnan, dua -dua ni bekas YB suatu ketika dahulu. Yang menjadi senangnya kumpulan ketua pemuda adalah team Dato Adnan yang mendapat lampu hijau dari Pak Lah. Beliaulah yang berpatah balik dari lapangan terbang apabila mengetahui bahawa DSAI telah dilucutkan jawatannya. Baru dapat gelaran Dato setahun lepas, sekolah tak tinggi sekadar darjah 6 dan bekerja sebagai budak pejabat. Bolehlah join dengan seorang pemandu lori. Kalau Dato Ahmad Saad menang,dan memangnya telah menang pada malam 8 hb April baru-baru ini, dimana keputusan diketahui lewat tengah malam, pada hal cuma berapa kerat sangat perwakilan yang hadir, nampak sangat banyak itu pun tak mampu nak selesaikan, lagi senanglah nak buat kerja. Sebab tak ngam,lagi pula mereka ni tak belaga angin kata orang. Walaubagaimana pun tahniah kepada yang menang dan takziah kepada yang kalah. Pilih lah tempat kampung mana, negeri mana yang nak lari.
KESIAN GURKHA UMNO
Kalau dulu YB dengan tauke besar-besar, la ni kena buat kebun di Relau Kedah, duduk diam-diam dan tak nampak kelibat muka bila kalah. Ohh baru tau la ni ….rupa-rupanya tugas YB semasa jadi YB sahaja, macamana kalau tak jadi YB, tak bolehkah tolong orang, kan kenal banyak orang besar-besar ………? kalau dulu naik Mercedes la ni kena tukar kereta, dan tanggung hutang ratusan juta. Khabarnya Mat Saad hutang hampir RM 170 juta, …….kesian-kesian, hang jual lah tanah yang ada pada mana-mana taukeh cina yang berminat, lepas tu hang pi lah duduk di mana-mana tempat yang sesuai.Kalau dulu YB la ni kena panggil Yang Bersara sebab dah tak jadi YB dan tunggu dicalonkan pada 2004 , itu pun jika panjang umur. Yang kerja pegawai KEMAS, kemas-kemas lah barang tu cari tempat kerja lain atau pindah tempat lain sebab dah tak ada ahli pemuda cawangan. Kata terra sangat, jumpa orang kampung pun tak kenal, jangan kata jumpa , tak berkhariah dengan orang kampung…. Macam mana hang nak jadi pemimpin. Dah dekat 20 tahun berkecimpung dalam UMNO dari ketua pemuda cawangan, nak bertanding ketua bahagian , dari cikgu , berhenti ke ahli perniagaan, kemudian pegawai kemas dan akhirnya opis boy pejabat UMNO….kesian hang ni………Yang jadi Ketua cawangan, kacau bini orang, naik turun mahkamah la ni tak bertanding apa dah. Nasib baik bini jadi EXCO kerajaan negeri, takut-takut jatuh kredibiliti.Yang itu tak apa lagi, yang kesiannya takut kat bini…….eh….eh…eh…..awat la hang ni…………………. Kesian! Kesian,! macam tu lah yang dikatakan apabila Ketua UMNO bahagian Permatang Pauh di tangkap. Tak sedikit pun ahli UMNO yang ada menyatakan sokongan kepada perjuangan Anwar Ibrahim, sebab dari dulu lagi sewaktu DSAI ingin menyertai Permatang Pauh, golongan ini menolak. Sekarang ni alhamdulillah, berebut sakanlah ahli UMNO sesama sendiri, dan penaya sakanlah sesama ahli Parti UMNO karat tu, agar lagi cepat semuanya reput. Yang ada pun yang itu jugalah, tak nampak muka baru pun, tak nampak pun wajah pejuang di air muka hampa.Macam mana hampa nak pejuang nasib Melayu Pulau Pinang. Hangpa habaq mai sat kat aku………………………kata orang Permatang Pauh…..
HEH ! RAKYAT BUKAN BANGANG !
Heh!!!! Sekarang ni rakyat dah tak bangang. Yang bangang cuma sedikit sahaja lagi yang hanya berbicara berapa belanja, berapa gaji, cukup makan dan lepas tu tukar kereta. Itu sahaja matlamat hidup. Biar apa sahaja yang berlaku dah tak kira dah, lagi pula bukan senang nak kumpul harta. Bincanglah dan bicaralah berapa harta yang dah ada, soal lain ketepikan dan tak kisah. Tak apalah , nak buat macam mana kalau dah memang dasar bangang.Tak perlu pedulilah apa yang berlaku selamba sahaja… memang sama macam bangkai bernyawa, jasad ada , tapi roh tak ada. Inilah orang yang dijajah oleh perasaan tidak merdeka. Maaflah sekiranya tutur kata ini memang kasar, tapi hakikatnya kenalah diterima bahawa yang ada dalam UMNO hanyalah bangang dan bangkai bernyawa. Tak ada jiwa merdeka dan semangat juang yang dilaungkan. Terima lah kenyataan bahawa sebahagian besar generasi muda sudah tidak kenal erti sejarah dan perjuangan UMNO sendiri. Jika dahulu ianya memperjuangkan nasib penduduk Melayu,dan sekurang-kurangnya soal memartabatkan agama masih ada sejarahnya , walau pun sedikit benar, kini ianya adalah sebuah parti yang memusnahkan bangsa Melayu itu sendiri. Kerana apa??????? Tanyalah kepala otak hangpa.