MENTERI PH....JANGAN BERLAGAK DAN BERGANTUNG HANYA PADA ANWAR

 

NORMAN RADZUAN


Semakin ramai mula berkata kata lagak Menteri

Menteri PH kena belajar ‘skill’ pemimpin UMNO

KITA TIDAK BOLEH BERGANTUNG KEPAAD ANWAR SORANG

Percayakah anda keghairahan dan pujian masyarakat kpd Kerajaan Perpaduan bergantung kepada populariti Ds Anwar. Ketokohan dan kebijaksanaan PMX berpolitik telah banyak menyelamatkan kerajaan ini dari teruk dicemuh.

Kehebatan PMX diperkatakan hingga ke negara jiran Indonesia tentang kebijaksanaannya berhujah, sanggup tidak mengambil gaji dan pelbagai lagi yang enak di dengar.

Tapi bagaimana dengan Menteri kabinetnya? Sampai bila kerajaan ini perlu bergantung kepada populariti PMX seorang?

Jurang antara PMX dan jamaah Menterinya terlalu jauh. Kehebatan PMX bukan sahaja kebijaksanaanya membantu rakyat atau menguruskan negara ini tetapi beliau bijak berpolitik mengambil hati rakyat.

Beliau pergi ke kampung-kampung, bertemu rakyat setiap minggu di masjid-masjid menyatuni rakyat selain fokus bagaimana untuk membantu rakyat meningkatkan ekonomi.

Tapi sayang para Menteri terutama dari PH ketika ini masih belum perform seperti diharapkan. Tidak mengapa kita tunggu 100 hari untuk menilai KPI mereka.

Saya mencalonkan Hanna Yeoh sebagai Minister Of The Month atau paling perform untuk bulan Januari.

Malu saya, Hannah Yeoh Menteri yang hadir menziarahi jenazah Dr Rani hingga ke kuburan. Mana Menteri-menteri Melayu yang lain?

———————————————————————————

Semalam dari siang hingga lewat malam bersama rakan-rakan politik. Kami berbual pelbagai isu dan apabila sesuatu isu itu semakin diperkatakan lantas saya secara terbuka terpaksa menegur.

Sebelum ini saya mendengar keluhan penulis-penulis  politik, kemudian kakitangan awam dan semalam mereka yang orang-orang parti sendiri yang berkhidmat di Putrajaya. Alangkah bimbang jika rakyat marhaen akan turut merasainya.

Isunya sama iaitu Menteri-menteri  PH tidak seperti pemimpin UMNO. Kata mereka kebanyakkan Menteri PH tiada ‘personal touch’ sedangkan ia adalah basic dalam berpolitik.

Beberapa majlis kakitangan kerajaan di Putrajaya berkata… pemimpin PH memasuki Dewan terus menuju ke kerusi tanpa menoleh apatah lagi berjabat tangan. Kata mereka paling kurang lemparkan senyuman kepada hadirin.

Mereka berkata jelas perbezaan Menteri-menteri UMNO memasuki Dewan menyantuni hadirin. Malah mereka yang dikenali mereka akan bertegur sapa. Hampir 10 minit barulah mereka duduk di seat yang disediakan.

Isu ini juga diluahkan beberapa penulis-penulis veteran dan saya sendiri bersetuju dengan luahan hati mereka. Jika Menteri UMNO dahulu, mereka yang dikenali menghubungi jika di dalam meeting… mereka tetap menjawab panggilan sambil berbisik ‘in the meeting’…

Selepas meeting mereka akan menghubungi kita. Malah mereka sangat meraikan wartawan. Jika sibuk sekalipun Menteri UMNO Pegawai-pegawai mereka akan melayani kita.

Lalu mereka bertanya kepada saya kenapa mereka seperti itu ( Menteri PH )?

Jawab saya, “Ramai Menteri-menteri PH ini golongan akademik dan pastinya intelektual. Mereka bukan orang politik. Mereka hanya bekerja seperti pensyarah-pensyarah di Universiti atau di Bank. Tetapi itulah kesilapan besar kerana mereka terlupa mereka berpolitik di Malaysia yang majoriti berbangsa Melayu.

“Orang politik mahu tak mahu terpaksa hipokrasi. Orang politik kena ada personal touch. Ingat orang-orang tua kita bila Menteri bagi RM 300 ringgit… 10 kali raya dia cerita waktu anak dia nak masuk Universiti Datuk tu la yang tolong dia. Begitulah pertolongan-pertolongan  yang lain.

“ Menteri kerajaan sebelum ini (BN atau PN) dahulu ada yang berada di Putrajaya 3-4 hari sahaja. Selebihnya masa mereka turun padang bersama rakyat.

“ Nasihat saya kepada para Menteri PH terutamanya, mahu tak mahu kurang kan ego belajar ‘skill’ PMX atau pemimpin UMNO menyantuni rakyat. Kita tidak akan menang hanya dengan reform ekonomi… tetapi kita WAJIB menyantuni rakyat. Sebab rakyat ini yang mengundi hingga menjadi Menteri.

“Kita kena hadir majlis-majlis bersama rakyat. Kita kena hadir majlis-majlis  agama atau kita kena ‘lepak’ dengan orang-orang kampung. Kalian pelik kenapa orang Melayu sayangkan kerajaan dahulu walaupun korup. Jawapannya mudah, pemimpin-pemimpin mereka bijak menyantuni rakyat dan kemahuan rakyat.

Sebab itu tanya saya wajar berikan sedikit kelonggaran kepada pemintaan mereka tentang pengeluaran KWSP. Jika faham sikap orang Melayu bagikan sahaja wang mereka.

Saya harap teguran ini akan diambil peduli oleh beberapa Menteri PH secara positif. Masih belum terlambat utk melakukan perubahan. Nak jumpa secara personal kita masing-masing sibuk, jadi saya tegur di sini.

 

SALAH SATU PUNCA KEKALAHAN DI PERMATANG PAUH , IALAH MEREKA SENTASA MEMBANDINGKAN ANTARA DSAI DAN WAN AZIZAH DI PERMATANG PAUH.


(PENULISAN YANG BAIK TIDAK TERLALU BANYAK MENGGUNAKAN PERKATAAN SINGKAT SECARA BERLEBIHAN,WALAU PUN MENULIS DI FB)