Membendung arus kebangkitan konservatisme agama di Malaysia
Mari kita cipta dan sebarkan naratif tandingan kita sendiri yang inklusif dan adil agar menjadi benteng melawan konservatisme agama
Aliran dan Sisters in Islam (SIS) baru-baru ini menganjurkan
forum di George Town, Pulau Pinang mengenai “Kebangkitan konservatisme dan masa
depan hak wanita dan demokrasi Malaysia“.
Forum itu menampilkan empat penceramah: pengarah eksekutif SIS
Rozana Isa, Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid, bekas Ahli
Parlimen Batu Kawan Kasthurirani Patto dan setiausaha kehormat Aliran Dr Azmil
Tayeb. Ia dikendalikan oleh Karen Lai dari Women’s Centre for Change.
Dorongan bagi diadakan forum ini bermula dengan keperluan bagi
NGO seperti SIS untuk meluaskan jangkauannya ke luar Lembah Klang. SIS telah
melakukan banyak kerja yang layak dipuji dalam mempertahankan dan memajukan hak
wanita di Malaysia, khususnya melalui program Telenisa.
Program ini menyediakan nasihat perundangan secara percuma
kepada wanita Islam – 75% daripadanya adalah daripada 40% isi rumah termiskin –
yang menghadapi
kesukaran luar biasa untuk memahami sistem mahkamah Syariah dalam
kes yang melibatkan perceraian, poligami, nafkah dan harta sepencarian.
Kebanyakan orang Melayu hanya mengenali SIS sebagai pertubuhan
“sesat” berdasarkan
fatwa (syor agama) yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam
Selangor.
Namun, usaha SIS yang mengagumkan dalam membantu kaum wanita
Melayu yang miskin dan lemah untuk memperjuangkan hak mereka dalam sistem
mahkamah Syariah yang patriarki itu sebahagian besarnya tidak disedari oleh
masyarakat Melayu. Oleh itu, adalah sebuah keperluan bagi SIS untuk
menganjurkan lebih banyak aktiviti di luar Lembah Klang bagi menyucikan
penyelewengan yang tidak adil ke atas SIS dan mempamerkan kerja penting dan
bermakna yang dilakukan mereka.
Enakmen Islam
baharu yang baru diluluskan di Terengganu baru-baru ini yang
memusykilkan serta menindas ini menyuntik keperluan mendesak untuk menganjurkan
forum awam untuk membincangkan ancaman yang ditimbulkan oleh konservatisme
agama terhadap hak individu orang Islam dan bukan Islam.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Enakmen baharu Terengganu itu bertujuan untuk ‘memperbaiki’
kanun jenayah Syariah negeri dengan menjenayahkan bomoh dan sihir, wanita hamil
atau mereka yang bersalin di luar nikah, wanita ‘berlagak’ seperti lelaki,
serta mereka yang bertujuan melakukan liwat. Hukuman bagi kesalahan ini ialah
penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
READ MORE: 'Pulau' horror for conservatives
Cukup memeranjatkan bagaimana cerdik pandai agama di Terengganu
boleh menghasilkan enakmen ini pada ketika negara – dan dunia – sedang
mengalami peningkatan kos sara hidup dan bersiap sedia untuk menghadapi
kemelesetan global yang semakin meruncing menimbulkan rasa tidak percaya. Ia menunjukkan
kekurangan belas kasihan dan empati oleh para konservatif agama yang menanggapi
mereka ini telah tersasar dari jalan yang benar.
Enakmen hukuman yang tidak diperlukan ini gagal mempertimbangkan
masalah sistemik yang membawa kepada kes kehamilan luar nikah di kalangan
wanita Melayu.
Daripada menghukum wanita-wanita ini, yang berkemungkinan besar
dari golongan miskin dan kurang berpendidikan, mungkin apa pihak berkuasa Islam
negeri Terengganu harus lakukan adalah untuk melindungi hak-hak wanita ini dengan
lebih baik, menangani ketidakadilan sosioekonomi yang mereka hadapi, dan
membantu untuk merumuskan sebuah program pendidikan seks yang komprehensif
dapat dijalankan selain dari hanya berpantang seks semata-mata.
Kekurangan belas kasihan dan empati di kalangan penganut agama
ini juga jelas dalam hingar-bingar baru-baru ini mengenai projek Kementerian
Kesihatan bagi memperkenalkan
ubat profilaksis pra-pendedahan (PrEP) di beberapa hospital
kerajaan terpilih sebagai sebahagian daripada usaha pengurangan bahaya untuk
memerangi penyebaran virus HIV/Aids.