Oleh MOHD ALI HASHIM / September
15, 2021
Menteri Pertanian,
Industri Makanan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
kerajaan Perikatan Nasional kini sepatutnya menjadikan mantan menteri pimpinan
PH sebelum ini sebagai contoh untuk diteladani.
Menurut Pengarah
Mobilisasi AMANAH Pulau Pinang, Rosli Hasan, sepatutnya isu kenaikan bahan
mentah termasuklah harga ayam yang naik secara mendadak diatasi dengan segera.
“Semasa PH menerajui
kepimpinan, sebaik sahaja mereka mendapat tahu ataupun kedengaran keluhan
pengguna dan peniaga mengenai kenaikan bahan mentah dan sebagainya, tiada lagi
masa senggang untuk mereka.
” Mantan Menteri Pertanian, Datuk
Salehuddin Ayub maupun mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna ketika PH memerintah, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan segera
turun padang bagi melihat lebih dekat masalah yang didengari.
”
Mereka segera menjejak kaki ke pasar-pasar basah dan kering, ke bendang maupun
ke jeti-jeti nelayan dengan segera sebaik saja mendengar luahan serta masalah
sedemikian untuk diselesaikan tanpa peduilikan siang ataupun malam, ” tegas
beliau.
Kini
katanya, harga ayam yang mencecah antara RM20 hingga RM25 sekilo bukan suatu
perkara yang boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja kerana ia turut mempengaruhi
kos kehidupan pelbagai pihak terlibat.
Oleh
itu katanya, menteri kerajaan PN 2.0 sewajarnya mengambil tindakan segera
dengan melibatkan semua sektor yang berkaitan bagi memastikan tiada ‘abang
besar’ dalam menentukan harga barangan.
Tambah
beliau, kerajaan kini harus segera. menetapkan harga siling bahan mentah
tertentu supaya rakyat dan golongan bawahan tidak teraniaya dengan manipulasi
harga barang keperluan oleh sesetengan pihak.
Ujarnya lagi, tanpa perhatian segera dan kekerapan pemauntauan, tidak dapat dinafikan, isu ini akan terus berlarutan dan mampu menjadikan rakyat sebagai mangsa kepada percaturan harga yang sedang dilaksanakan.