Ketika istiadat
pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Dato' Saarani Mohamad
sebagai Menteri Besar negeri itu yang ketiga, Sultan Nazrin bertitah secara sinis
terhadap sejarah yang berlaku di negeri tersebut. “Tetapi perkara ini bukanlah
sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah
sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan,” titah baginda.