Bila Prof Kamil Majid
sindir pimpinan Amanah
Tiga tokoh
intelektual Amanah tolak Mahathir
MAT, DIN AYOB, LID,
FUZ PUNCA PH LEMAH
Menjelang Konvensyen
Amanah... sila lah perwakilan Amanah bertanya kpd pimpinan mereka di manakah
relevannya utk Amanah bersama Mahathir???
Selepas Husam Musa
memberi hujah dgn fakta secara intelektual, diikuti Dr Mujahid.. hari ini Prof
Kamil Majid juga memberi gambaran yg serupa. Ketiga tiga mereka ini sememang
dikenali pimpinan intelektual yg ada dlm parti Amanah. Mari kita baca sedikit
komen Prof Kamil yg tular di wall FB beliau hujah Prof Kamil..
"POLITIK
Malaysia betul betul gawat. Setiap parti politik menghadapi kemelut kepimpinan.
Hatta parti baru sepertu Amanah pun tidak terlepas dari keadaan itu.
PAS zaman Fadhil Nor
dan TGNA masih menyeru kpd idealisme perjuangan Islam. Teapi apabila HH di
kelilingi para profesional seperti Shamsuri dan TAKI ia menyanjung politik
kuasa. Hingga tertubuhnya AMANAH yang ingin mengekal idealisme. Tetapi selepas
menang PRU 14 dan jadi sebahagian kerajaan PH. AMNAH juga mengekal politik
kuasa sehingga kuat mendokong Tun M berbanding kesetiaan kepada DSAI.
Harap Dr Mujahid
terus memperjuangkan رحمۃ للعالمین. Tokoh lain nampanya lebih tertarik dengan
politik kuasa."
Ya semua pemerhati
atau penganalisis politik terkejut dan hairan dgn hujah yg sgt dangkal dari
empat pimpinan Amanah yg tidak putus asa saban bulan mahu PH bersatu dgn Tun.
Saya juga puas memikirkan apa yg ada dibenak pemikiran 4 org ini.
Dgn audio, saksi dan
tingkah laku Mahathir sendiri yg ingin sengaja mahu mengkhianati PH... mahu
diangkat semula oleh Mat, Din Yob, Lid dan Fuz. Mahathir itu bukan sekali tapi
sudah dua kali mengkhianati Anwar.
Kita berhujah sedikit
dgn 4 org ini. Mat mungkin dia terhutang budi dgn Mahathir. Ye lah belajar tak
habis boleh jadi Menteri Pertahanan dan begitulah juga Mahfuz. Tapi Lid dan Din
Ayob kita ingin bertanya?
1) Jika kita serahkan
sekali lagi 30-40 kerusi Parlimen kpd Mahathir & The Gang dan sekali lagi
dia mengkhianati PH... lalu bagaimana? Grand Coalition konon...fikirlah
implikasi jangka panjang.
2) Mahathir sendiri
berkata ( melalui audio ) dan disahkan oleh Zahid Md Arip yg dia tidak mahu DAP
dan Anwar? Jadi kalian ini bagaimana mahu Anwar jadi PM tapi mahu Mahathir
bersama...yg buat kalian berempat hilang jawatan Menteri dulu siapa? DAP mahu
Mahathir sdgkan terang2 Mahathir bencikan DAP..???
3) Sdgkan kita boleh
anggarkan 2 juta ahli dan penyokong PH secara terang terangan menolak Mahathir
utk bersama PH sekali lagi. Mahu 4 ahli Parlimen atau mahu kehilangan lebih 2
juta pengundi?
4) Sepatutnya Amanah
perhebat perkuatkan Amanah tetapi sibuk perhebatkan utk PH bersama Mahathir. Ia
boleh diibaratkan org Melayu yg hendak berniaga terus mahu membuka perniagaan
yg besar dgn meminjam sana sini? Mee segera...
5) Betul lah pimpinan
utama Amanah ini dilihat hanya mengejar jawatan. Malah menjadi jurucakap
Mahathir. Mahathir bawa UMNO tak mengapa, Anwar mahu kerjasama dgn UMNO tak
boleh... ? Lid dan Din hampa kata hampa tak berjuang utk mengangkat mana2 pemimpin
menjadi PM... dulu hampa duk letak nama Tun kemudian Anwar tu apa? Perangai PAS
tu terbawa bawa sampai dlm Amanah.
6) Sayang di saat PN
dan BN berentakkan, PH pula berentakkan hanya kerana geng 4 ini sibuk mahu
bersama Mahathir dan bukannya mahu perkuatkan Amanah dan PH... memang Melayu
asli depa ni.
Just nak cabar
pimpinan Amanah... mahu tak Amanah bersama Mahathir dan Wawasan bentuk satu
kerjasama. PKR, DAP dan UMNO bentuk satu kerjasama hanya utk jatuhkan PN...
menjelang PRU15 kita lwan secara profesional... apa pendapat kalian. Kerjasama
dgn Tun dan UMNO sama sahaja risikonya...
Yg saya bimbang ialah
pasti akn berlaku sabatoj dari penyokong Anwar kpd pimpinan Amanah. Begitulah
sebaliknya cuma Amanah kita tahu ahli dan pendokongnya tidak ramai. Sekaligus
akn menjejaskan suasana kempen PRU15 nanti. Pasti ahli PKR dan Amanah serta DAP
sukar bekerjasama seperi sebelumnya.
Kedegilan Mat, Ayob,
Lid dan Fuz boleh diibaratkan sebagai Lebai Malang. Yang dikejar tak dapat yg
dikendong berciciran.