KENAPA AYAH ENGGAN TOLONG GLC INI?

Dalam keadaan yang kecoh dan gempar itu, Malaysia Airlines Berhad (MAB) pula menerima perkhabaran yang buruk, apabila Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dilaporkan berkata bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menyelamatkannya, walaupun ia terjejas ekoran wabak COVID-19. Bekas Penasihat Media Perdana Menteri, Dato' A. Kadir Jasin berkata kenyataan itu amat dikesali kalau ia berdasarkan pendirian bersama dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Ayah apa kalau dengan begitu mudah mempersetankan kebajikan puluhan malah ratusan rakyat jelata yang bergantung hidup kepada MAS?” kata tokoh wartawan itu dalam hantaran di Facebook beliau.



No comments: