Lifter - Embraer KC-390 / C390 Millennium

 

Uniforms Original







Lifter - Embraer KC-390 / C390 Millennium

Negara yang telah menerima dan mengoperasikan pesawat pengangkut Embraer KC-390 (dikenali di pasaran global sebagai C-390 Millennium) ialah Brazil, Portugal, dan Hungary.
Negara-negara negara yang telah membuat tempahan pesawat ini (Termasuk 3 Negara Pengoperasi Semasa Telah Diterima)
1) Brazil - Tentera Udara Brazil (Tentera Udara yang pertama mengoperasikannya).
2) Portugal - Tentera Udara Portugal (Operator pertama di Eropah).
3) Hungary - Tentera Udara Hungary.
Negara Yang Telah Membuat Tempahan / Pembeli Baharu 👉
1) Republik Czech - bakal menerima pesanan pertama.
2) Korea Selatan - Pesawat pertama dalam fasa produksi akhir sebelum penghantaran.
3) Uzbekistan - Pelanggan pertama di Asia Tengah.
4) Belanda - Pembelian bersama dengan Austria.
5) Austria - Pembelian bersama dengan Belanda.
6) Sweden - Perolehan yang dimuktamadkan untuk Tentera Udara Sweden.
7) Emiriah Arab Bersatu (UAE) - Perjanjian perolehan armada antarabangsa terbesar bagi pesawat ini.
😎 Greece - Perolehan rasmi yang dipersetujui untuk Tentera Udara Greece.
9) Slovakia & Lithuania - Turut berada dalam senarai negara yang telah memilih platform ini.
Kelebihan Utama Embraer C-390 berbanding C-130 adalah 👉
Kelajuan Lebih Tinggi - Dikuasakan oleh enjin turbofan berkembar, C-390 boleh terbang pada kelajuan sehingga 870 - 980 km/j (bergantung kepada variasi), menjadikannya kira-kira 15% hingga 40% lebih pantas daripada variasi C-130 yang menggunakan kipas turboprop. Ini membolehkannya melengkapkan misi dengan lebih cepat dan selamat di ruang udara berisiko.
Kapasiti Muatan Lebih Besar - C-390 mampu membawa muatan sehingga 26 tan, berbanding had kapasiti C-130J yang berada sekitar 20 tan. Ia mampu memuatkan muatan yang berat seperti kenderaan perisai atau satu helikopter Blackhawk dengan lebih efisien.
Prestasi dan Kos Operasi - Reka bentuk Embraer yang moden mengurangkan beban kerja juruterbang melalui teknologi fly-by-wire dan menawarkan kos pembelian serta operasi yang lebih rendah.
Standard Pengisian Minyak di Udara - C-390 datang standard dengan kemampuan untuk mengisi minyak pesawat lain di udara (untuk varian KC-390), manakala keupayaan ini hanya terhad pada varian khas C-130 tertentu.
Walaupun pesawat C-130 milik Lockheed Martin terkenal dengan ketahanan lasaknya dalam mendarat di kawasan yang belum siap dibina, C-390 menawarkan reka bentuk berteknologi lebih tinggi yang menumpukan kepada mobiliti strategik dan pantas
Rujukan pelbagai,
Oleh Salman Al Farisy

Embraer C-390 - kos operasi lebih MESRA $$$





Salman Al Farisy II







 Embraer C-390 - kos operasi lebih MESRA $$$

Merujuk laporan comptroller.war.gov - kos operasi sejam Embraer C-390 Millennium dianggarkan sekitar $4,500 hingga $5,000, jauh lebih menjimatkan berbanding pesawat Lockheed Martin C-130J Super Hercules yang berada pada julat $6,000 hingga $7,000, dan varian lama C-130H boleh mencecah kos lebih $10,000 sejam ($ USD).
Kos Operasi dan Selenggara
Embraer C-390 - Kos operasi direka bentuk lebih rendah 30% berbanding pesawat pengangkut taktikal lain.
Dilengkapi dengan dua enjin jet turbofan (IAE V2500-E5), ia tidak memerlukan penyelenggaraan berkala pada sistem kipas (propeller) yang kompleks.
C-130 Hercules - Variasi C-130J menggunakan empat enjin turboprop, sementara C-130H jauh lebih mahal untuk diselenggara kerana reka bentuk lama. Faktor kos kitaran hayat ini sering menjadi pertimbangan utama bagi pasukan udara.
Spesifikasi dan Muatan Embraer C-390 - Direka dari awal sebagai pesawat / jet berkelajuan tinggi dan berkapasiti besar. Mampu membawa muatan maksimum 26 tan, terbang pada kelajuan 470 knot (kira-kira 870 km/j), dan mempunyai jarak operasi sejauh 2,600 batu nautika.
C-130 Hercules - Model C-130J mempunyai kapasiti muatan 20 tan dan kelajuan krus sekitar 390 knot.
Pesawat ini terkenal dengan keupayaan berlepas dan mendarat di landasan pendek atau tidak berturap / kemampuan short-take-off ✅
Embraer C-390 juga dilengkapi dengan sistem fully fly-by-wire dan kokpit kaca yang mengurangkan beban kerja juruterbang. Pesawat ini hanya memerlukan 2 juruterbang dan 1 ketua muatan.
C-130 Hercules pula memerlukan krew operasi yang lazimnya lebih besar (juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan, dan ketua muatan) bergantung pada model dan misi.
Mana admin dapat info ini ?
Oleh Salman Al Farisy
Jangan lupa support admin dengan Like, Follow, Comment & Share, terima kasih support 👍

Aiks?... Bukan lawan Dap???

 





Selepas menunggu 3 tahun akhirnya helikopter EC-725 AP







 Selepas menunggu 3 tahun akhirnya helikopter EC-725 AP Tentera Udara Diraja Malaysia telah dilengkapi dengan persenjataan general-purpose machine guns FN MAG 7.62mm di dua side helikopter

Pada tahun 2022 Kementerian Pertahanan telah mengeluarkan 1 tender perolehan 5 unit general-purpose machine guns FN MAG 7.62mm untuk 5 buah Helikopter EC-725 AP
Perkara ini sangat baik kerana boleh guna dalam misi Combat Search and Rescue
Kini EC-725 AP yang dipasang dengan persenjataan general-purpose machine guns FN MAG 7.62mm sedang dipamerkan di Pangkalan Udara Kuantan TUDM




Media Harus Jadi Rakan Reformasi, Elak Jadi Ejen Perpecahan Masyarakat – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Butterworth pada 20 Jun 2026.

BUTTERWORTH, 20 Jun – Organisasi media perlu terus memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam usaha memperkukuh tatakelola dan membanteras rasuah, bukannya menjadi saluran yang memperdalam polarisasi serta perpecahan dalam masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan media yang melaporkan penyelewengan dan rasuah secara objektif amat penting bagi memastikan agenda reformasi serta usaha membersihkan sistem pentadbiran negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Anwar berkata, kebebasan media yang dinikmati hari ini perlu dimanfaatkan secara bertanggungjawab dan tidak disalahgunakan untuk menyebarkan naratif yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sambutan Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Butterworth pada 20 Jun 2026.

“Dahulu, media kita terkekang dengan pelbagai akta seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, serta ISA. Sekarang, ruang itu sudah lebih luas. Namun, janganlah ruang luas ini diisi dengan naratif yang boleh memecah-belahkan rakyat.

“Kita lihat bagaimana algoritma media sosial sekarang cenderung untuk mengukuhkan bias kita. Jika kita suka benci sesuatu kaum, media sosial akan terus menyuap kita dengan bahan yang menambah kebencian tersebut,” katanya ketika berucap pada Sambutan Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan mengenai pengaruh algoritma media sosial yang dilihat semakin mengukuhkan kecenderungan dan prasangka pengguna terhadap sesuatu isu atau kelompok masyarakat.

Anwar berkata, fenomena itu merupakan sebahagian daripada cabaran era digital yang disifatkannya sebagai ‘Post-Normal Times’, iaitu keadaan dunia yang berubah dengan pantas, penuh percanggahan dan ketidakpastian.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengamal media supaya terus mempertahankan prinsip kewartawanan yang berasaskan fakta, integriti dan tanggungjawab sosial dalam mendepani cabaran landskap media yang semakin kompleks.



Teknologi Perlu Perkukuh Kesejahteraan Insan, Bukan Hakis Nilai Kemanusiaan

 


Datuk Chang (tengah) ketika menyampaikan anugerah Inovasi Terunggul yang dimenangi oleh kumpulan Penjara Sungai Buloh pada majlis penutupan 2nd International Counselling and Wellness Innovation Competition 2026 (INNOCARE 2026) di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI pada 20 Jun 2026. Foto Shahidah Abu Hassan

TANJONG MALIM, 20 Jun – Teknologi perlu dimanfaatkan sebagai alat untuk memperkukuh empati, memperluas akses kepada bantuan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat, bukannya menjauhkan manusia daripada nilai kemanusiaan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang.

Beliau berkata inovasi yang sebenar bukan sekadar menghasilkan teknologi baharu atau sistem digital yang canggih, sebaliknya perlu mampu menyelesaikan masalah manusia, meningkatkan kualiti hidup dan memberi manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat.

“Dalam bidang kaunseling dan kesejahteraan, teknologi mesti dipandu oleh nilai, etika, keselamatan, privasi, empati dan tanggungjawab sosial. Teknologi tidak harus dibangunkan hanya kerana ia canggih, tetapi kerana ia menjawab keperluan sebenar manusia,” katanya ketika merasmikan penutupan 2nd International Counselling and Wellness Innovation Competition 2026 (INNOCARE 2026) di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini.

Datuk Chang (tengah) bergambar kenangan bersama barisan pengurusan UPSI serta peserta INNOCARE 2026 di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI pada 20 Jun 2026. Foto Shahidah Abu Hassan

Menurut beliau, tema pertandingan tahun ini, ‘Re-humanising Care in a Digital World: Innovation for Wellbeing, Equity, and Purpose’, amat bertepatan dengan cabaran dunia semasa yang menyaksikan teknologi semakin mempengaruhi cara manusia belajar, bekerja, berhubung dan mendapatkan sokongan.

Chang berkata tema tersebut membawa tiga mesej utama iaitu inovasi untuk kesejahteraan, inovasi untuk kesaksamaan dan inovasi yang mempunyai tujuan jelas dalam memenuhi keperluan masyarakat.

Beliau berkata setiap teknologi, modul, intervensi atau produk yang dibangunkan perlu membantu masyarakat mengurus tekanan, membina daya tahan, meningkatkan kesedaran diri serta mendapatkan sokongan secara lebih mudah dan selamat.

Datuk Chang ketika menyampaikan ucapan perasmian pada majlis penutupan 2nd International Counselling and Wellness Innovation Competition 2026 (INNOCARE 2026) di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI pada 20 Jun 2026. Foto Shahidah Abu Hassan

“Kemajuan teknologi juga tidak boleh mewujudkan jurang baharu, sebaliknya perlu membuka peluang kepada semua golongan termasuk pelajar, belia, pekerja, komuniti luar bandar, golongan B40, orang kurang upaya, warga emas dan kumpulan rentan.

Beliau turut menegaskan bahawa perkhidmatan kaunseling kini bukan lagi pilihan sampingan, sebaliknya menjadi keperluan sosial penting di sekolah, universiti, tempat kerja, komuniti dan ruang digital berikutan peningkatan cabaran berkaitan kesihatan mental, tekanan hidup, ketagihan digital dan kesunyian sosial.

“Platform seperti INNOCARE 2026 memainkan peranan penting dalam menghimpunkan ahli akademik, kaunselor, penyelidik, pelajar dan profesional untuk berkongsi idea serta menghasilkan penyelesaian yang praktikal dan berimpak tinggi kepada masyarakat,” ujar beliau.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata INNOCARE 2026 menjadi platform strategik yang menyokong agenda negara dalam memperkukuh kesihatan mental, kesejahteraan emosi dan pembangunan insan yang mampan melalui penghasilan inovasi berteraskan kesejahteraan manusia.

Menurut beliau, pertandingan itu berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan termasuk pelajar sekolah, mahasiswa institusi pengajian tinggi, penyelidik dan profesional dengan 128 penyertaan inovasi diterima, manakala 86 inovasi berjaya mara ke peringkat akhir.

“Inovasi yang dihasilkan mempunyai potensi untuk diketengahkan ke peringkat nasional dan antarabangsa seperti International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX), Malaysia Technology Expo (MTE) dan Innovathon,” katanya.

Pada majlis sama, turut diadakan sesi penyampaian anugerah kepada para pemenang bagi mengiktiraf kecemerlangan inovasi dalam bidang kaunseling dan kesejahteraan. Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Inovasi Terunggul, Anugerah Inovasi Profesional, Anugerah Inovasi Pascasiswazah, Anugerah Bakat Inovasi Harapan, dan Anugerah Inovasi Belia.

Oleh Bazli Razak




Jaminan Telaga Minyak Turkmenistan Pastikan Bekalan Tenaga – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth pada 20 Jun 2026. Foto PMO

BUTTERWORTH, 20 Jun – Keputusan Kerajaan Turkmenistan menyerahkan penyelenggaraan telaga gas terbesar mereka kepada PETRONAS disifatkan melakar sejarah baharu dalam menjamin keselamatan bekalan tenaga jangka panjang negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perjanjian yang diumumkan pada lawatan beliau ke negara itu akan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam sektor tenaga global di samping menyokong komitmen bekalan jangka panjang kepada pasaran antarabangsa utama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth pada 20 Jun 2026. Foto PMO

Beliau turut berkongsi, kejayaan luar biasa itu dicapai hasil rundingan ‘hati ke hati’ beliau bersama Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedov, susulan lawatan rasmi pemimpin berkenaan ke Malaysia pada 2024.

Anwar menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian luar biasa kerana meletakkan PETRONAS dalam kedudukan strategik di salah satu negara yang memiliki rizab gas terbesar dunia, sekali gus membantu memastikan Malaysia terus mempunyai kapasiti membekalkan gas kepada pasaran utama seperti Jepun, Korea Selatan, China dan negara-negara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth pada 20 Jun 2026. Foto PMO

“Saya buat perbincangan hati ke hati, bincang tentang pengalaman PETRONAS selama 30 tahun, dan saya minta diberi ruang kerana PETRONAS telah diurus dengan baik, mempunyai prestasi membanggakan tapi belum dapat merobos dalam cari gali, minyak atau gas yang berskala besar walaupun ada di Kanada dan beberapa negara Afrika lain.

“Saya ucap terima kasih, satu setengah tahun berlalu, Presiden Serdar semalam mengumumkan di depan saya bahawa kerana hubungan baik dengan Malaysia, beliau bersetuju menyerahkan telaga gas di antara paling besar di dunia untuk diuruskan Malaysia, melalui PETRONAS,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth pada 20 Jun 2026. Foto PMO

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyifatkan perkembangan itu amat signifikan kerana ia meningkatkan kapasiti Malaysia untuk mengurus perdagangan tenaga berskala besar dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada ekonomi-ekonomi utama.

Beliau turut melahirkan rasa syukur atas pencapaian bersejarah itu yang membolehkan negara menguruskan pasaran tenaga pada skala yang sangat besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth pada 20 Jun 2026. Foto PMO

“Dalam sejarah kita, ini adalah jaminan bekalan jangka panjang. Keduanya, ia memperkukuh keupayaan pengurusan dagangan tenaga kita untuk memenuhi semua permintaan pasaran utama seperti Jepun, Korea, China, Australia dan negara-negara lain yang kini berdagang dengan kita bagi jangka masa panjang,” katanya.

Menjelaskan keunikan model operasi PETRONAS di luar negara, Perdana Menteri menegaskan syarikat minyak dan gas negara itu bukan hadir sebagai entiti asing yang mengeksploitasi hasil bumi rakan dagang sebaliknya membawa pendekatan perkongsian pintar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth pada 20 Jun 2026. Foto PMO

“Pengalaman PETRONAS ini unik, kita bukan syarikat multinasional biasa yang datang untuk mengeksploitasi. Kita datang sebagai rakan kongsi, kita kongsi teknologi, melatih pakar tempatan dan membawa pelajar terbaik mereka (Universiti Teknologi PETRONAS).

“Malah, kita turut membuka ruang kepada syarikat tempatan Turkmenistan untuk dilatih, diberikan pendedahan sewajarnya dan bekerjasama. Disebabkan faktor itu, beliau (Presiden Turkmenistan) bersetuju menyerahkan telaga besar termasuk beberapa kemudahan lain untuk dikelola oleh PETRONAS,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth pada 20 Jun 2026. Foto PMO

Perdana Menteri berkata, ruang yang diberikan oleh Turkmenistan meletakkan keupayaan PETRONAS dan Malaysia pada tahap yang lebih tinggi dalam industri tenaga antarabangsa.

Katanya, Turkmenistan memilih PETRONAS berdasarkan kredibiliti, kepakaran teknikal dan pengalaman mengurus projek tenaga berskala besar sejak 30 tahun di negara itu.