HANGPA INGAT DIA CERDIK KA?


 

HANGPA NI DOK PELEKEH MB KAMI... DIA MB SEMPOI DAH... PEDUKANG MANA KA DOK KATA TERPAKSA NAIK.... AMBIK OEDUKANG SPM PUN TAK DAK... DIA NAK CAKAP BAB EKONOMI LAGU MANA?. KIOK LA.


 

HAMZAH DIJANGKA KUASAI BERSATU.. KESIAN YIDDIN


 

NEGERI HANG NAIK CUKAI APA BARANG? HANG TOLONG LA RAKYAT KEDAH TU


 

KEH KEH KEH.... KIOK


 

MINTA LEBIH LEBIH, TAPI BUDGET TAK SOKONG. HULU TERENGGANU BODO JAWAB JUGA. PALA HOTAK BETOI


 

KENAPA SAYA PULUN TENTANG. ART

 

Khairil Yee


Ramai PM saya Tanya pasai apa Sya pulun sangat supaya orang faham apa yang tersurat Dan tersirat dalam Perjanjian ART ini. 




Ini Sebab nya. 


Saya dulu pernah belajar di US  6 tahun lebih. Budak Kpg dapat la merasa tengok dan tinggal di negara orang sambil menimba ilmu. 


Saya balik Malaysia 1986 Dan Kerja  sebagai pensyarah selama  3 tahun .

Pastu saya berhenti Sebab nak Kerja yang lebih challenging. 

Lebih mencabar. 


Saya dapat tawaran Kerja dengan AMD pada tahun 1989 di Penang.  AMD merupakan Syarikat technology US kedua terbesar selepas Intel. 

Masa tu AMD Ada 4 buah Kilang Di Penang. Pekerja ada 6000-8000 orang. 

Berjalan 3 shifts. 


Kilang kami buat semiconductors Dan PC board Dan ekspot balik ke US. 

Revenue Billions of ringgit. 


Pada masa era itu bekerja dengan US company memang hebat.  Antara gaji yang paling tinggi dalam Negara. 

Kami dipanggil Yuppies. 


Mula2  sya masuk Sya lihat Kebanyakan engineers adalah Cina hanya segelintir sahaja Engineers Melayu. 

Lama kelamaan bilangan engineer Melayu  bertambah. 

Ramai Di antara mereka adalah graduan dari local U. Budak Kpg juga. 

Dan mereka ini tak pernah pun keluar negara. 


Bila Kerja Di Syarikat ini ramai mereka dihantar ke HQ di Silicone Valley California. 

Latihan Sambil bekerja. 

Peluang keemasan untuk mereka melihat Negara orang sambil menimba ilmu Dan bekerja. 


That is normal when you work with American companies. 

Peluang untuk Meningkatkan kemahiran Dan ilmu di samping melihat Negara luar. 


Ramai di antara mereka hari ini ada lah somebody today. 

Salah seorang ada lah CEO MIDF. 

Junior saya di AMD. 


Bila saya tengok orang orang yang dok kata  US ni nak menjajah kita dengan memaksa kita akur dengan ART dorang ni memang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. 


Seperti Sya katakan dalam perdagangan dua hala semua pihak akan mendapat keUntungan masing masing. Tidak ada pihak yang rugi. 


Keuntungan Bukan sepatutnya dinilai segi  Wang ringgit sahaja  tapi mesti menyeluruh. 


Kita dah dapat penurunan dari 25%ke 19%.

Pastu 1700 lebih produk kita Zero tariffs. 

Tu pun dok kata kena jajah. 


Kalau kita tak mahu bertolak ansur  Trump dah kata Dia tak teragak agak akan kenakan Tarif 100%.


If that happens apa cerita. 

Semua Kilang Kilang seperti ini terpaksa berpindah ke Negara lain .


Pastu Baru sedar kot kita ni siapa.

Pastu nak salahkan sapa pulak?





MELAYU MUSLIM TENGOK PESTA AGAMA

 

Adrian Lim.


Sekumpulan lelaki Muslim berkopiah dilihat menghadiri upacara perayaan penganut Tao, iaitu Nine Emperor Gods Festival (Perayaan Sembilan Maharaja Dewa).





Video tersebut telah menjadi perbualan masyarakat Cina sehingga ada yang tertanya-tanya, “adakah ini dibenarkan oleh agama Islam?”


Untuk makluman semua, Nine Emperor Gods Festival (Perayaan Sembilan Maharaja Dewa) adalah upacara keagamaan yang disambut secara besar-besaran oleh penganut Tao (Buddha) seminggu dua yang lalu.


Perayaan ini diadakan untuk memanggil dan menghormati para dewa atau roh, di mana beberapa ritual keagamaan Tao (Buddha) seperti membaca mantera, mengalun kitab, membakar jolok dan kertas, memakai pakaian putih, membuat perarakan dari tokong ke laut / sungai, memakan vegetarian dan sebagainya akan diadakan sepanjang sembilan hari perayaan berlangsung.


Kejadian ini telah berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan kumpulan lelaki Muslim berkopiah yang hadir adalah mewakili parti Pas.




NOHHH TAK DAK ORANG UNDI.BIAQ BETOI


Ustaz Al Asri

Weh lawak wehh


https://www.threads.com/@zarfeykasim/post/DQnGq0hjLAr?xmt=AQF0gL2hiFrqBEorcXmmsaHGC6ihFIo8IFo39YUiRT1eog&slof=1


Sorang pun tak undi. Gila babun 🤣🤣


Reach sampai puluh ribu tapi langsung takde siapa nak undi..









SETIAUSAHA PM ANWAR MEWAKILI BELIAU

 


Apabila Perdana Menteri keuzuran dan tidak dapat hadir memenuhi undangan dibeberapa program di Pahang, beliau mewakilkan kepada Setiausaha Politiknya Datuk Farhan Fauzi. Kepercayaan dan tanggungjawab diberikan kepada Farhan itu suatu penghormatan tinggi.






Kepercayaan itu tepat kerana Farhan bukan sahaja Setiausaha Politik tetapi beliau juga Pengerusi PH Pahang dan juga Ketua Cabang Indra Mahkota. 


Pejabat PM boleh sahaja hantar timbalan perdana menteri, atau menteri bersangkutan, tetapi bila beliau pilah Farhan ini menunjukkan PM  punya kepercayaan dan keyakinan kepada Setiausaha Politiknya ini. 


Semoga Farhan akan ikut jejak beberapa bekas Setiausaha Politik PM sebelum ini yang mencatat rekod cemerlang dalam kerjaya masing masing. Trims.



KES ANAK MUALAF


Che Ibrahim


 Ambo pernah nasihatkan Riduan supaya serah anak tersebut sebagaimana perintah mahkamah. 


InsyaAllah dalam situasi anak itu kini hampir mencecah 18 tahun, ambo yakin anak itu mampu menjaga aqidahnya. Ianya adalah lebih baik drp Riduan hidup sebagai "pelarian". 


Jika anak tersebut tidak mampu menjaga aqidahnya sendiri jika hidup bersama ibunya, maka ada sesuatu yang tidak kena sepanjang tempoh pengislamannya hampir 18 tahun itu. Lagi pun bila genap 18 tahun, dia bebas untuk memilih agamanya sendiri, maknanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.






KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 3 NOVEMBER 2025


Ketua Polis Negara dan KDN Diseru Bertindak Segera Mencari dan Memulangkan Anak Perempuan M. Indira Gandhi Yang Dilarikan Oleh Bekas Suami

==========================================


Isu pelarian anak perempuan Puan M. Indira Gandhi oleh bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah (nama asal: K. Pathmanathan), timbul semula apabila terdapat bukti bahawa bekas suaminya masih berada di Malaysia, menggunakan kad pengenalan negara ini, dan malah menerima bantuan daripada Kerajaan.


Bukti bahawa bekas suami Puan M. Indira Gandhi masih berada dalam negara menimbulkan persoalan serius daripada masyarakat umum: Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penemuan baharu ini?


Keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2014 telah memberikan hak penjagaan anak perempuan secara penuh kepada Indira Gandhi. Walau bagaimanapun, bekas suaminya terus menghilangkan diri dan enggan mematuhi perintah mahkamah untuk memulangkan anak perempuannya kepada Indira Gandhi sehingga ke hari ini.


Saya menyeru Ketua Polis Negara (KPN), Dato’ Sri Mohd Khalid bin Ismail, yang berpengalaman luas dalam PDRM, untuk menggunakan kuasanya bagi mengesan dan memulangkan anak perempuan Indira Gandhi, Prasana Diksa, kepada ibunya. Prasana Diksa telah dilarikan oleh bekas bapanya sejak tahun 2009.


Kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada tahun 11 September 2020 (https://www.sinarharian.com.my/article/100672/BERITA/Nasional/PDRM-beri-jaminan-selesai-isu-keluarga-Indira-Gandhi)  — bahawa pasukannya sentiasa berunding untuk memujuk beliau walaupun tidak dapat bersemuka antara kedua-dua pihak memang memberi harapan kepada ibunya bahawa anaknya akan dapat dikesan.


Saya percaya dengan teknologi yang canggih dan bukti-bukti baru yang menunjukkan Riduan Abdullah berada di Malaysia, pihak PDRM pasti akan dapat menemui lokasi persembunyian Riduan Abdullah dan anaknya dalam masa terdekat.


Puan Indira Gandhi sebelum ini pernah menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk mengembalikan agama anak perempuannya kepada agama Hindu. Beliau sedia menerima hakikat bahawa anak perempuannya kini seorang penganut agama Islam.


Kes ini bukan soal agama atau kaum — sebaliknya, ini adalah soal kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang. Seperti yang diungkapkan oleh Indira Gandhi sendiri:

“Saya tidak pernah menjadikan ini isu agama. Saya hanya mahu melihat anak saya.”


Keadilan tidak boleh dilayan secara terpilih mengikut latar belakang agama atau kaum. 


Jika keputusan mahkamah tertinggi negara pun boleh diabaikan tanpa sebarang tindakan, maka kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara akan terus terhakis.


Sudah terlalu lama seorang ibu menanggung penderitaan yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang menjunjung prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang.


Saya menyeru PDRM dan pihak Kerajaan mengambil pendirian yang tegas, berlandaskan prinsip dan jiwa MADANI, untuk mengembalikan keadilan kepada Puan Indira Gandhi dan anak perempuannya dengan secepat mungkin. 


Teresa Kok

Ahli Parlimen Seputeh




HANG BAWA LA DIA BALIK OI KEDAH..TAK SILAP DIA ORANG KEDAH..AMBIK JADI S/U HANG OUN BOLEH LA.

 




Ini 𝘳𝘦𝘢𝘭 punya 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁 ni.


Bab kena buang kerja tu, secara peribadi aku pun tak berapa setuju. Bagi aku agak keras. Tapi tu keputusan 𝗥𝗛𝗕 𝗕𝗮𝗻𝗸. Bukan keputusan kerajaan.


Mungkin RHB menjaga imej mereka. RHB tak dapat terima yang staf mereka melakukan kejelikan. RHB tak seperti PAS yang anggap 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗷𝗲𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 tu sebagai 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮.


Tapi bab dia kata terlalu 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗴𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻  buat aku loya. Siapa dia nak bercakap soal taksub ni? Dia tak sedar ke dari kesekian makhluk di cakrawala ni, walaunlah makhluk yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯.


Cuba kalau orang buat perkara yang sama pada 𝗛𝗮𝗱𝗶. Edit gambar dia pakai 𝘀𝗮𝗿𝗶 bercorak 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹. Dia boleh nak terima? Ada kena bunuh orang tu.


Sedangkan yang dedahkan perbuatan 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 langgar  undang-undang PKP pergi 𝙩𝙚𝙨𝙩 𝙙𝙧𝙞𝙫𝙚 kereta dulu pun teruk orang yang dedahkan tu 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗿𝘂 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗺.


Sedangkan Sanusi tu setakat MB je. Hadi tu lagilah. Bukan siapa-siapa pun. Setakat ahli parlimen biasa je. Itu pun 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗼𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴. Pun walaun boleh meroyan. Ini PM! Perdana Menteri. Kenapa nak persoalkan orang marah? Ada otak ke takde dia ni?


Benda ni mudah je. Lebai tolong 𝗮𝗷𝗮𝗿 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 supaya hidup tu 𝗯𝗶𝗮𝗿 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗯. Jangan samakan diri mereka dengan 𝗯𝗶𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 yang tak ada otak. Apatah lagi iblis yang dilaknati Allah.


Lebai berhenti menghasut, berhenti buat fitnah, usah adu domba lagi. Kalau lebai buat begitu, nescaya isu seperti ini takkan berlaku. Semua ni salah lebai yang terlalu gila nak berkuasa sampai 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗷𝗶𝗷𝗶𝗸. Guane boh?


 

Raja Gelap II


.




ANWAR MASIH KUAT

 


Antara DS Anwar, Hadi Awang dan Mahathir, DS Anwar la yang paling tak logik nak dikatakan pakai 𝙨𝙩𝙤𝙢𝙖 𝙗𝙖𝙜.


DS Anwar relax je. Jalan laju kemain. Petang siap berjogging. Walaupun umur dah 78, beliau masih 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘁.


Berbeza dengan Mahathir. Jalan pun tak larat dah. Masuk mahkamah 30 minit dah 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸. Tak tahan katanya.


Hadi lagi la. Umur sebaya dengan DS Anwar. Tapi nak berdiri pun kena papah. Berjalan pun 𝘴𝘭𝘰𝘸 ala pengantin.


DS Anwar macam tu punya cergas dia kata pakai 𝙨𝙩𝙤𝙢𝙖 𝙗𝙖𝙜. Dia dah memang iblis, satu hal. Yang walaun punya bodoh pergi percaya apa kes? Otak alignment lari. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

MASANYA TELAH TIBA UNTUK PAS TERAJUI PN



3 November 2025


Seramai  16 Ahli Parlimen Bersatu dilaporkan telah mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin menyuarakan rasa tidak setuju dengan keputusan memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan dan menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal.


Mereka turut tidak setuju dengan tindakan Bersatu cuba menghadapkan Timbalan Presiden Bersatu merangkap Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin ke Lembaga Disiplin parti.


Sebagai rekod, Hamzah sebenarnya sudah pun menerima surat untuk mengadap Lembaga Disiplin, tetapi beliau tidak hadir pada temujanji yang ditetapkan sebelum ini.


Tidak dipastikan sama ada Ahli Parlimen Larut itu akan diberi tarikh baru untuk mengadap Lembaga Disiplin  selepas ini atau beliau bakal terus dihukum berikutan ketidakhadiran itu.


Kumpulan 16 Ahli Parlimen berkenaan melihat tindakan terhadap tiga pemimpin itu melemahkan keyakinan rakyat terhadap Bersatu serta menggugat usaha PN untuk memenangi PRU16 akan datang, selain menyukarkannya menang  lebih banyak kerusi pada PRN Sabah, 29 November depan.


Seterusnya, 16 Ahli Parlimen berkenaan  mahu Muhyiddin bertindak membetulkan keadaan agar Bersatu tidak menjadi mangsa keegoan mana-mana pemimpin.


Dengan kemelut Bersatu adalah difahami merupakan pertembungan antara Muhyiddin yang disokong oleh Azmin Ali selaku Setiausaha Agung dengan Hamzah, adalah jelas surat daripada 16 Ahli Parlimen itu  merupakan pemihakan terbuka kepada Timbalan Presiden Bersatu.


Bersatu memiliki 31 Ahli Parlimen dan enam daripadanya telah beralih arah menyokong Anwar Ibrahim sebelum ini, dengan itu jumlah mereka kini ialah 25 orang.


Daripada 16 yang mengutus surat itu, ia tidak termasuk nama Hamzah, Wan Saiful dan Wan Fahysal.


Dua lagi lagi Parlimen yang memegang jawatan Naib Presiden – Radzi Jidin dan Ronald Kiande – sengaja tidak diajak untuk menandatangani surat berkenaan atas alasan menghormati kedudukan kanan mereka dalam parti.


Ini bermakna, jika termasuk tiga Ahli Parlimen yang dijadikan subjek mengapa surat itu diutus kepada Muhyiddin iaitu Hamzah, Wan Saiful dan Wan Fahysal, jumlah yang tidak memihak kepada Muhyidin ialah 19 orang.


Jika dimasukkan pula Radzi Jidin dan Ronald Kiande, jumlahnya bertambah lagi menjadi 21 orang.


Ertinya, daripada jumlah keseluruhan 25 Ahli Parlimen Bersatu, yang masih bersama Muhyiddin kini hanyalah antara 4 hingga 6 orang saja.


Tanpa perlu disuluh lagi, ini adalah isyarat yang cukup tidak cantik bagi seorang Presiden parti yang telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ke-11.


Begitu pun, untuk mengharapkan Muhyiddin memahami kemelut ini dan seterusnya sedia melakukan tindakan pembetulan atau berundur dengan rela hati, walaupun penolakan itu tidak diragui lagi, ia barangkali seumpama jauhnya jarak Kutub Utara dengan Kutub Selatan.


Muhyiddin tidak akan berundur atau mengalah kerana tidak mahu Hamzah mengambil tempatnya menerajui Bersatu.


Hakikat ini bukan sangat soal Muhyiddin, tetapi kerana ada kuasa lain yang begitu kuat mempengaruhi dan mencatur di belakangnya.


Sukar ditelah sama ada kuasa itu benar-benar sayangkan Muhyiddin atau mereka hanya “trojan horse” semata-mata.


Dalam keadaan ini dan bagi memastikan PN kekal relevan untuk memenangi PRU akan datang, jalan terbaik ialah PAS sebagai parti tergagah dalam gabungan itu harus segera berbuat sesuatu untuk menyelamatkan keadaan.


Muhyiddin yang sudah kehilangan sokongan Ahli Parlimen partinya sendiri, gagal mengawal Bersatu dan kepimpinannya gagal menterjemahkan penyatuan dalam keadaan gelombang rakyat mahukan perubahan, adalah dirasakan tidak sesuai lagi untuk terus menerajui PN.


Masanya telah tiba kini untuk PAS mengambil alih dan mengetuai PN bagi mengemudi gabungan itu menghadapi PRU16 datang.


Sebagai parti terkuat dan tergagah dalam PN, siapa calon PM11 setelah PN menang PRU16 nanti pun biar ditentu dan diputuskan oleh PAS. – ShahbudinHusin 03November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/masanya-telah-tiba-untuk-pas-terajui-pn/




MEMBALAS HUJAH ISHAM JALIL DAN ERIC ATAS ATR

Alif Jamil


 Setelah kita tengok hujah Uncle Eric, Isham Jalil dan sebagainya, saya dapati hujah mereka berkenaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Amerika Syarikat - Malaysia ini tidak komprehensif.  









Pertama, naratif yang mereka mainkan adalah perjanjian ini adalah berat sebelah. Justeru, adalah disarankan untuk kita tidak menandatangani perjanjian ini sejak awal. 


Apa yang mereka selalu sembunyikan pada umum adalah, sekiranya kita tidak menandatangani perjanjian ini, kebarangkalian tariff yang dikenakan kepada kita adalah lebih tinggi berbanding 19% dan juga berkemungkinan lebih tinggi daripada 24% yang dikenakan kepada kita bermula Liberation Day pada 2 April 2025. 


Mereka tidak mahu para penyokong mereka sedar bahawa tariff timbal balas ini memang bersifat unilateral dan dikenakan kepada negara-negara seluruh dunia, termasuklah negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan Amerika Syarikat seperti Singapura. 


Jika kita benar-benar perhatikan, memang hujah mereka akan bersandarkan kepada perbezaan 19% dan 24% sahaja. Sedangkan tariff yang bersifat unilateral ini boleh saja dikenakan jauh lebih tinggi daripada sekadar 24%. Seandainya tariff yang dikenakan kepada eksport kita melebihi 24%, seluruh nilai eksport negara kita yang bernilai RM198.906 bilion akan terjejas. RM198.906 billion ini adalah 13.18% daripada keseluruhan eksport negara. Tak sikit nilai eksport yang terkesan. Ini lah yang selalu para pengkritik secara terang dan jelas bungkamkan atas beberapa matlamat politik. Tiada satu pun para pengkritik yang berani mengatakan bahawa, tanpa perjanjian ini eksport negara secara keseluruhan tidak terjejas.


Kedua, naratif mereka adalah negara kita boleh saja mencari peluang perdagangan dengan negara-negara lain. 


Ini pun naratif yang amat dangkal memandangkan Amerika Syarikat merupakan destinasi eksport no 2 terbesar selepas Singapura. Kalau kita mahu pivot kepada China, sudikah China menerima eksport negara kita jauh lebih besar berbanding nilai RM187.764 billion berdasarkan data tahun 2024? Sedarkah kalian bahawa kita mempunyai defisit dagangan dengan China sebanyak RM108.716b, meningkat sebanyak RM72.17b sejak 2021. Dalam tempoh yang sama, kita ada lebihan dagangan dengan Amerika Syarikat sebanyak RM279.38b! Rakan dangangan mana para pengkritik sekalian cuba maksudkan sebagai alternatif perdagangan kita? Adakah kita lupa berkenaan isu "market-capture" dan dumping daripada China? Adakah kita lupa bahawa ledakan eksport barangan dari China ini menyebabkan negara-negara dunia garu kepala sehingga Indonesia bercadang untuk mengenakan tariff 100%-200% untuk barangan import seperti pakaian dan tekstil daripada China? Dalam keadaan dimana export China ke Amerika Syarikat jatuh, eksport mereka ke negara-negara lain meningkat. Lebihan dagangan mereka dengan negara-negara dunia adalah sekitar USD1 trillion. Jadi, macam mana kita nak harapkan China untuk kita tingkatkan eksport dan mengurangkan defisit dagangan?  


Ketiga, kita boleh batalkan perjanjian ini. Ini memang kelakar, sebab Isham Jalil dan Uncle Eric seperti tidak sehaluan dalam hal ini. Isham Jalil minta supaya perjanjian ini dibatalkan setelah dia baru sedar berkenaan kewujudan klausa 7.5 dalam ART. Manakalah Uncle Eric pula berpendapat bahawa nak tamatkan perjanjian bukan mudah kerana bukan semudah "tekan button unsubscribe" katanya. Bermaksud, Uncle Eric sendiri tidak sependapat dengan Isham Jalil dalam hal pembatalan perjanjian ini. Mungkin takda group WhatsApp bersama, sebab itulah bertelagah. 


Pendapat saya mudah, memang betul kita boleh batalkan perjanjian ini. Namun, negara perlu menanggung kemungkinan tariff yang lebih tinggi seperti saya sebutkan diatas. Bukan sekadar 24% atau 25%, tetapi lebih tinggi daripada itu pun boleh. Perlu ingat, tariff unilateral ini hanya perlu Arahan Eksekutif oleh Trump tanpa perlu melalui Kongres. Ini kuasa mutlak beliau. Contoh macam India, hanya sebab mereka beli petroleum daripada Russia, mereka dikenakan tariff sehingga 50%. Kesannya? Dalam masa 5 bulan (May-September), eksport mereka ke Amerika Syarikat jatuh sebanyak 37.5%.  Mungkin ini lah kot yang para pengkritik mcm Isham Jalil mahukan.


Keempat, naratif yang dibawa adalah kedaulatan negara telahpun dijual. Tapi, bila kita teliti dan minta penjelasan lebih terperinci daripada para pengkritik, kedaulatan apa yang dijual? Tetap tiada jawapan yang konkrit. Sedangkan kita semua tahu bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang2 tertinggi dalam negara seperti yang termaktub dalam Perkara 4. Segala perjanjian antarabangsa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negara luar adalah tertakluk bawah senarai persekutuan. Contoh, ART tidak meletakkan kewajiban untuk REE mentah digali daripada tanah negeri kerana sumber hasil tanah memang bawah kerajaan negeri. Kalau negeri tak bagi gali, apa US boleh buat? Tak boleh buat apa juga. Malah, banyak lagi terma dalam perjanjian ini yang memerlukan penggubalan akta peringkat kementerian dan memerlukam kelulusan di Dewan Rakyat. Ini semua adalah proses. Sekiranya tidak, perjanjian perdagangan antarabangsa ini kekal perjanjian. 


Kelima, komitmen negara lebih besar berbanding Cambodia. Saya pelik, kenapa mesti banding dengan negara kecil seperti Cambodia. Kita tengok pula negara-negara setara atau lebih besar seperti Thailand, Korea Selatan dan Jepun. Mereka juga terpaksa meletakkan komitmen tertentu bagi memenuhi kehendak Amerika Syarikat. Kita tunggu sehingga perjanjian ditandatangani oleh mereka untuk kita kaji apakah galang ganti yang ditawarkan oleh mereka demi mengekalkan kadar tariff sedia ada.



TOLAK BELANJAWAN ..TAPI AKHIRNYA KIOK.

 

Ahli² Parlimen Pembangkang tolak Belanjawan 2026. 




Ahli² politik yang mapuh deposit pula mintak Anwar Ibrahim letak jawatan. 


Maka diadakan undian belah bahagi terhadap Usul RUU Perbekalan 2026 harini. 


Penyudahnya : 

Setuju - 120

Tidak Setuju - 67

Tidak Mengundi - 0

Tidak Hadir - 35


Usul diluluskan dan Anwar Ibrahim kekal Perdana Menteri. 


Sikit lagi gaiss 🤏



NAMPAKNYA LAMBAT LAGI KJ DAPAT KEMBALI KE PANGKUAN UMNO



4 November 2025


Media melaporkan bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kononnya beliau ada mempelawa bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk kembali menyertai parti itu.


Penafian tersebut dibuat susulan laporan beberapa portal berita sebelum ini yang mendakwa Khairy atau KJ yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dijangka menyertai semula UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung hujung bulan depan.


Menurut laporan tersebut, KJ yang kini bertugas sebagai penyampai radio dan mengendalikan podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan telah mendapat restu daripada Ahmad Zahid sendiri untuk kembali semula ke pangkuan parti berkenaan.


Difahamkan, Khairy menyatakan hasrat untuk kembali menyertai UMNO dalam satu pertemuan tidak rasmi bersama Ahmad Zahid pada majlis resepsi perkahwinan anak Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman, baru-baru ini.


Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan perbualan dengan KJ seperti dakwaan media itu tidak pernah berlaku.


Kata beliau, pertemuannya dengan KJ hanyalah secara kebetulan dan tidak melibatkan sebarang perbincangan politik.


“Saya cuma bertemu dengan beliau di majlis perkahwinan dan kami tidak berbincang apa-apa pun.


“Apa yang terpapar di media hanyalah berita yang ditulis oleh media,” jelas Ahmad Zahid lagi.


Dengan penafian ini, bermakna lambat lagilah KJ dapat kembali semula ke pangkuan UMNO.


Merujuk kepada kes Tajuddin Abdul Rahman misalnya, beliau diterima kembali ke pangkuan UMNO hanya setelah menulis lebih tiga surat rayuan bagi tujuan tersebut.


Itu pun, Tajuddin hanya digantung keahlian, berbeza dengan KJ yang dipecat keahliannya.


Bagi tujuan untuk kembali, KJ bukan saja perlu menulis surat rayuan, bahkan juga perlu mengisi semula borang keahlian UMNO.


Soalnya, sediakah KJ melakukan dua tindakan tersebut?


Buat sementara waktu, dengan penafian Ahmad Zahid itu, bolehlah disimpulkan bahawa tidak ternampak jalan untuk KJ kembali kepada UMNO dalam waktu terdekat ini.


Harus diakui bahawa ruang untuk kembali itu hanya ternampak jika Presiden UMNO sendiri bersikap positif terhadap perkara itu, disertai dengan sebelumnya KJ sendiri perlu menunjukkan minat untuk kembali.


Tetapi, sehingga ini tidak pernah terdengar KJ ada berbuat sesuatu yang menunjukkan minatnya untuk kembali itu.


Tambahan pula, dengan Presiden UMNO sendiri menafikan ada pertemuan atau perbicangan ke arah itu, segala-galanya nampak masih negatif ketika ini.


Seperti mana dimaklumi semua, sejak dipecat daripada UMNO, hubungan KJ dengan Ahmad Zahid tidaklah berjalan dalam keadaan baik.


Selain KJ ada beberapa kali melontarkan kritikan, Ahmad Zahid juga sesekali membalasnya dengan sindiran pedas.


Dalam satu reaksinya, Ahmad Zahid pernah menukar nama podcast KJ daripada Keluar Sekejap kepada Keluar Selama-lamanya.


Sindiran itu seolah-olah KJ tidak dialu-alukan untuk kembali ke pangkuan UMNO, sekurang-kurangnya selagi Ahmad Zahid menerajui parti itu.


Dalam hal ini, adakah KJ pun sebenarnya lebih selesa menunggu pemimpin lain menerajui parti itu untuk beliau kembali ke pangkuan UMNO? – ShahbudinHusin 04 November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/nampaknya-lambat-lagi-kj-dapat-kembali-ke-pangkuan-umno/




KERAJAAN PERLIS JV DGN ANAK SYARIKAT VINCENT TAN NAK BANGUNKAN REE










Jika gambar ni MoU pihak kerajaan, comfirm PAS/PN hentam Kerajaan dan tajuknya jadi “MB Perlis bagi 3,000 ekar tanah kepada anak syarikat Tauke Judi untuk projek REE” kan ?


Maklumat: Majlis menandatangani MoU dianjurkan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2025, disaksikan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, bersama tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan.


Butiran Projek Rare Earth

 • Eksplorasi bermula Julai 2025

 • Permohonan lesen: Januari 2026

 • Aktiviti perlombongan: November 2026

 • Pelaburan permulaan: RM15 juta

 • Perbelanjaan tambahan untuk kilang pemprosesan: RM120 juta

 • Kerjasama melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) Perlis


Butiran Projek Perladangan

 • Lokasi: Mukim Titi Tinggi, Perlis

 • Keluasan: 3,000 ekar

 • Fasa penanaman bermula 2024

 • Pokok yang telah ditanam: 25,000 pokok durian Blackthorn

 • Kos pembangunan setakat ini: RM60 juta

 • Hasil projek akan dikongsi dengan kerajaan negeri melalui MBI, termasuk sewaan tanah yang menyumbang kepada hasil negeri.


SG



ALOQ SETAQ.. KEPALA PENUH KAKI KETAQ


 

ART DAN TARIF ADALAH BERLAINAN


 

CHINA BAGI AMARAN KERAS.


 

SETAKAT INI DARI PAS DAN BSRSATU, TAK NAMPAK SIAPA AKAN MENYAINGI PM ANWAR

 


) RINGGIT MENINGKAT


 

YB BODO NI GUNA BAHASA CAM OELAQ OOO


 

KELAKU BEKAS HAKIM...DIA TERASA JUGA BEKAS HAKIM GINI


 

AGAK AGAK KALAU SOH SEMBANG NGAN ORANG PUTIH TEPI JALAN PUN DIA AKAN KATA ME NO ENGLISH...TAPI KURANG AJÀR KEMAIN


 

KAMI WALAUN... APA SAHAJA KEBAIKAN KAMI BANTAH.


 

AZMIN LAGI


 

TOK PETI PUJI PMX ...WALAUN ADA YANG TAK SETUJU...PAK ARAB PUN TAK BERANI CAKAP BERDEPAN

 


HULU TERENGGANU NI SEMBANG CAM LA SAMSENG SANGAT... KALAU SOH BERDEPAN DENGAN TRUMP LA..AGAK AGAK...ME NO ENGLISH ...JANGAN SEMBANG BERDEGAR DEGAR LA.


 

Pengajaran Buat Kaki Travel : Hati-Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra


Viral Muafakat






Dalam flight ke Dubai, ada seorang makcik duduk sebelah aku. Dia mintak tolong angkatkan luggage dia, tapi ada abang baik kat seat seberang yang tolong dia instead. 


Aku memang jenis tak tinggi, jadi aku avoid sangat nak usik compartment atas tu.


Lepas settle duduk, makcik ni terus borak dengan aku. Friendly gila, kami borak sepanjang flight. Tapi masa flight nak landing, tiba-tiba dia mengadu sakit perut teruk. 


Risau jugak aku, jadi aku panggil pramugari, dan dorang pun bagi bantuan basic. Lepas tu, makcik ni start panggil aku "anak", pegang tangan aku kuat-kuat. 


Semua orang kat sekeliling mula anggap kami ni related.


Masa dah landing, abang yang tolong dia tadi keluarkan beg dia dan bisik kat aku, suruh aku jangan rapat sangat dengan makcik ni. 


Dia jugak pesan untuk explain kat cabin crew yang kami tak travel sekali. Nasib baik aku dengar cakap dia.


Crew flight tanya sama ada kami kenal, aku terus jawab yang kami baru je jumpa dalam flight. 


Masa nak keluar dari flight, makcik tu merayu suruh aku bawakan handbag dia. Aku blur kejap, tapi abang tadi geleng kepala kuat-kuat, macam suruh aku jangan buat. 


Dia siap bagi aku nota kecil, suruh aku biarkan crew yang handle dia.


Aku ikut nasihat abang tu, keluar je dari flight tanpa usik barang makcik tu. 


Makcik tu tunggu wheelchair, dan aku pun blah. Tak lama lepas tu, kecoh kat airport. 


Rupa-rupanya, makcik tu lari dari wheelchair sambil bawak luggage dia. Polis airport cepat-cepat tahan dia.


Masa tu la makcik tu menjerit, panggil aku "anak" dan tuduh aku tinggalkan dia. 


Baru aku sedar, makcik ni rupanya bawak barang terlarang dan nak libatkan aku dalam hal ni.


Nasib baik abang tadi datang back up aku, explain yang aku ni stranger je. Polis mintak makcik tu bagi full name aku, tapi dia tak boleh sebab aku tak pernah share nama aku dengan dia. 


Barang aku semua kena check habis-habisan, tapi takde connection pun dengan barang dia. Akhirnya, aku dilepaskan.


Benda ni ajar aku satu benda penting: Jangan sentuh luggage atau barang orang lain kat airport atau dalam flight, walaupun nampak macam harmless. 


Barang dorang, tanggungjawab dorang. Barang kau, tanggungjawab kau.


Sekarang ni, kalau ada orang mintak tolong angkat barang kat compartment atas atau apa-apa, aku terus panggil cabin crew. 


Call me cold, tapi ini semua pasal self-preservation.


Pengajaran Buat Travelers: Baik hati tu boleh, tapi sentiasa berhati-hati. Kadang-kadang, nyawa kau boleh jadi taruhan..





HATI HATI TUDOH YB WAHABI

 Rasidijusoh


Ambo paling tak setuju dengan list WAHABI ni. Bahaya amat besar. Buleh jah ambo nok timbuk sebab ramai pemimpin PAS dalam ni, tapi ambo berfikiran  waras.





Mustahil YB Nik Amar, YB Marzuk, YB Presiden  PAS ni WAHABI. Tegamok ko demo tuduh? 


Ambo x sealiran mazhab politik jah dgn YB2 ni. Tapi nak mengwahabikan mereka tidak sama sekali.


Hati2 menuduh WAHABI sb kalau demo kata wahabi SESAT seolah2 Tuan Guru Haji Hadi Awang sesat la yer????? Cer jawab.




ART: Penjelasan Tengku Zafrul ‘Diamkan’ Naratif Palsu Pembangkang

 


Penjelasan panjang lebar Tengku Zafrul kepada pemimpin pembangkang termasuk kepada Rafizi menunjukkan ketelusan sebenar tanpa penjelasan separa benar yang mengelirukan rakyat.

PENDAPAT, 4 Nov – Kecoh di media sosial kononnya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia – Amerika Syarikat (AS) ‘bermatlamat’ menggadaikan kedaulatan negara.

Sebaliknya langkah kerajaan menandatangani perjanjian berkenaan merupakan langkah diplomasi strategik untuk memperkukuh kedudukan dan ekonomi negara di peringkat global.

Ini bukan sahaja menjamin kedudukan strategik negara dari segi ekonomi malah memastikan para pekerja yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pasaran AS tidak terkesan malah pengecualian 1,711 produk menambah keyakinan pelabur untuk menambah pelaburan mereka.

Kesemua persoalan yang dibangkitkan dijawab sendiri Tengku Zafrul dalam Bahasa Malaysia mengikut setiap isu yang dibangkitkan tanpa berselindung tanpa sebarang kekeliruan.

Kejelasan dan kepantasan penjelasan kerajaan inilah yang menyebabkan mereka yakin dapat menyusun langkah bersesuaian terutama dari segi kos pengeluaran bagi menyesuaikan harga produk yang akan dipasarkan ke AS.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, langkah itu membolehkan Malaysia mengekalkan kadar tarif import sebanyak 19 peratus, iaitu kadar terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS.

“Tanpa ART, tarif berpotensi meningkat kepada 25 atau 40 peratus seperti yang dikenakan ke atas Myanmar dan Laos. Jika tarif dinaikkan, eksport Malaysia akan kurang berdaya saing berbanding negara lain yang tarif lebih rendah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghadiri majlis rasmi pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) AS-Malaysia di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Bila eksport rendah, pengeluaran kilang terpaksa dikurangkan dan akhirnya pekerjaan rakyat turut terjejas, dalam jangka masa panjang, kilang sedia ada ditutup dan pelabur memilih negara lain dengan tarif lebih rendah.

“Tetapi dengan ART, alhamdulillah kita dapat kekalkan dengan tarif 19 peratus yang merupakan terendah di ASEAN bagi negara yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS,” katanya menerusi hantaran video di Facebook pada Isnin.

Beliau dipercayai menjawab ‘kupasan’ Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membangkitkan perjanjian AS dengan Kemboja kononnya lebih baik berbanding Malaysia-AS.

Ini ditambah lagi dengan kupasan penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata perjanjian itu dimeterai berlandaskan dasar berkecuali, tanpa menjejaskan kedaulatan dan autonomi negara.

Beliau menjelaskan perubahan geopolitik ketika ini menuntut Malaysia untuk meningkatkan kerjasama simbolik bersama kuasa-kuasa besar dunia namun pada masa sama, tidak memihak secara terus kepada mana-mana blok ekonomi.

“Perjanjian Malaysia ini lebih berfokus kepada perdagangan, pelaburan dan ekonomi bukan hubungan diplomatik dan politik. Itu harus dijelaskan. Bila bercakap tentang soal kedaulatan, sudah pasti ia soal kebebasan hak sesebuah negara.

Artikel 5.1 yang diputar belit sesetengah pihak kononnya Malaysia menggadaikan kedaulatan ekonomi negara.

“Dalam konteks ini, tidak ada kenyataan yang menyatakan bahawa kita harus mengikut bulat-bulat apa yang dinyatakan oleh negara lain khususnya dalam konteks ini Amerika. Jadi kita kekal berdaulat dalam urusan kenegaraan.

“Tidak ada negara lain yang boleh menyentuh kedaulatan negara, malah dalam peraturan perkara 75 ART jelas menyatakan sekiranya tidak bersetuju, kita boleh menamatkannya dengan serta-merta untuk pertahankan maruah, reputasi dan kedaulatan negara,” kata beliau ketika menjadi tetamu secara dalam talian menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media.

Dr Sivamurugan berpandangan, perjanjian itu telah meletakkan kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik AS, sepertimana negara lain seperti Jepun dan Korea yang mempunyai perjanjian seumpama itu.

Setelah taklimat khas diadakan kepada pemimpin pembangkang Ogos lalu, nampaknya Tengku Zafrul bingkas menjawab naratif jahat sesetengah pihak termasuk pembangkang menerusi video pada 3 November 2025.

Beliau optimis perjanjian tersebut menjadi platform terbaik membuka ruang pelaburan dan perdagangan serta memacu ekonomi serantau.

Penjelasan Tengku Zafrul termasuk siri-siri video kepada beberapa pemimpin yang cuba mengelirukan rakyat pasti akan lebih memberi pencerahan kepada mereka yang sebelum ini terkeliru mana satukah yang benar sebenarnya.

Usahlah mendengar cerita-cerita separa benar yang ditularkan sesetengah pemimpin termasuk komen seorang bekas menteri yang terbuang sendiri seolah-olah ‘sabdanya’ sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah!


Fitnah kononnya PM Anwar dihalang bercakap dengan Xi Jinping terbongkar


 


Dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang daripada bercakap dengan Presiden China, Xi Jinping, ketika pertemuan rasmi baru-baru ini disahkan sebagai fitnah yang tidak berasas.

Aktivis politik, Syam Ghaz berkata, tuduhan yang disebarkan pembangkang termasuk Eric See-To dan Lim Sian See itu telah memutarbelitkan fakta sebenar.

Mereka mendakwa lelaki dalam gambar bersama Xi Jinping dan Anwar adalah “pegawai keselamatan” yang menghalang Perdana Menteri daripada mendekati Presiden China.



“Kononnya lelaki dalam gambar itu adalah pegawai keselamatan Presiden China. Tunjuk jari supaya tak bagi rapat dengan Presiden China,” tulis Syam Ghaz.

Beliau menjelaskan, individu yang dimaksudkan sebenarnya ialah Menteri Luar China, Wang Xi yang hadir di tengah-tengah kedua-dua pemimpin berkenaan bagi menterjemahkan perbualan rasmi antara Anwar dan Xi Jinping.

“Terdapat video penuh dalam talian internet, Xi Jinping sangat gembira melihat PMX dan berdiri untuk berjabat tangan dengannya semasa hari kejadian,” katanya.



Ia sekali gus menolak dakwaan kononnya hubungan kedua-dua pemimpin tersebut tegang.

“Xi Jinping sangat gembira melihat PMX dan berdiri untuk berjabat tangan dengannya semasa hari kejadian,” katanya.

Syam juga mempersoalkan motif individu seperti Eric See-To dan Lim Sian See yang didakwa sengaja mencetuskan persepsi buruk terhadap hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Eric See-To, Lim Sian See — kamu tu Cina, kenapa suka adu domba seolah-olah Menteri Luar China dan Presiden China tak ngam dengan PMX? Cina murtad ke?” sindirnya.


Beliau menambah bahawa fitnah seumpama itu mudah dipatahkan kerana teknologi kini membolehkan sesiapa sahaja mengesahkan identiti melalui carian imej di Google, yang jelas menunjukkan wajah dan jawatan sebenar Wang Xi.

“Ini bukan zaman Pak Kaduk dan macai-macai dulu, boleh putar belit media,” katanya lagi.

Terdahulu, pertemuan rasmi antara Anwar dan Xi Jinping di Beijing berlangsung dalam suasana mesra dan produktif.

Kedua-dua negara menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan serantau.



Howard balas Ka Siong: YB ke mana masa sejam penggulungan MITI?



Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee tampil menjawab kenyataan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong berhubung sesi penerangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri di Parlimen mengenai perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia -AS.

Katanya, tiada siapa pun menuduh Wee tidak hadir ketika sesi itu berlangsung, kerana ia hanyalah sesi penerangan 30 minit tanpa sebarang perbahasan seperti yang diakui sendiri oleh MP MCA itu.

Namun katanya, Wee tidak pula menjelaskan bahawa Tan Sri Speaker telah memaklumkan segala soalan berkaitan boleh dikemukakan semasa sesi penggulungan belanjawan oleh MITI pada hari berikutnya.


Menurut Howard, ketika sesi itu berlangsung, MITI menjawab hampir sejam, lebih lama berbanding mana-mana kementerian lain, menunjukkan ruang dan peluang luas diberikan kepada semua Ahli Parlimen untuk bertanya dan membangkitkan isu.

“Kalau nak soal, nak bangkitkan isu, nak dapat jawapan terus, nak tembak, nak hentam dengan peluru atau meriam, itulah waktunya, di situ tempatnya.

“Soalannya: masa itu YB di mana? Bangun tak? Tak bangun. Taklimat tak hadir. Penggulungan MITI pun tak hadir. Sudah diberi peluang, tak mahu guna. Sudah diberi masa, tak mahu datang.



“Apa punya alasan kononnya lambat dapat teks Perjanjian AS–Kemboja? Punya lama dimuat naik dalam laman web rumah putih sudah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Howard berkata, perkara itu lebih menghairankan apabila rakan-rakan pembangkang lain telah pun membangkitkan isu sama berkaitan Perjanjian AS–Malaysia dan AS–Kemboja semasa penggulungan MITI dijalankan.

“Padahal, masa penggulungan MITI, rakan-rakan YB di sebelah pembangkang sudah tanya berulang kali pasal Perjanjian AS–Malaysia dan AS–Kemboja. Hujah mereka sama dengan YB. Berpakat atau tidak itu biar rakyat yang bagi penghakiman. 

“Kalau YB hadir masa tu, boleh tanya terus, tak perlu nak buat video berbelit-belit sekarang.


“Sekarang giliran YB pula jawab. Kenapa ponteng sesi MITI kalau betul-betul mahu perjuang isu ini?,” soalnya.