W. Faudzin
Mantop sungguh kebodohan ostat ni.....
MSO
Anwar Ibrahim beramah mesra dan bersapaan dengan Khalid Yunus sahabat lamanya di malam anugerah sukan negara. Khalid atau Abang Haji malam ini diumumkan tokoh kepimpinan suka negara.
Melihat gambar mereka berdua ini teringat saya satu insiden di parlimen tahun 1993 dimana dalam insiden itu turut membabitkan saya.
Demikian budi dan hormat tinggi Anwar kepada kawan tidak pernah luntur walau di mana beliau berada atas apa juga status dan martabatnya. Trims.
Najib Bakar
Lepas JKOM kena jentik, baru muncul hantu-hantu JKOM yang beramai-ramai serang aku di X. Ini mengesahkan hipotesis aku.
Dalam JKOM, ramai yang berdarah walaun. Banyak yang dapat dibuktikan di sini.
Hampa sebagai penjawat awam di JKOM, serang isu subsidi diesel.
Tau dak yang subsidi diesel ni di bawah MOF, KPDN, dan KPKM?
Sebab tu pengumuman dibuat oleh Menteri Kewangan 2.
Siapa Menteri Kewangan 1? PMX Anwar Ibrahim sendiri.
Bila hantu-hantu JKOM berdarah walaun ni serang isu diesel, maksudnya hampa serang Perdana Menteri tau dak?
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli tak terlibat dengan subsidi diesel.
Kemudian, hampa serang PADU. Itu inisiatif kerajaan yang juga didokong oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil , bos hampa.
Maksudnya, sebagai penjawat awam, hampa boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Dan, bila hampa beramai-ramai serang aku, maksudnya hampa ada kemampuan untuk serang walaun dan pertahan Kerajaan.
Tapi, yang aku nampak defend Kerajaan kat X, FB, TikTok mostly aku kenal, kawan-kawan. Kami ni ramai ja probono.
Tapi hampa pi mana?
Awat tak pernah serang Sanusi?Samsuri?Wan Fayhsal?
Sebab hampa sokong depa?
Kalau tak serang pun, sebab jaga imej penjawat awam yang takmau jadi cytro kononnya, pi la beramai-ramai bagi penerangan kat akaun media sosial pemimpin pembangkang yang suka fitnah.
Perbetulkan fakta fitnah depa. Hampa kan ada akses maklumat.
Tapi ada ka hampa buat?
Attack aku yang pro Kerajaan boleh pulak? 😆
Harap YB Fahmi hati-hati dengan JKOM berdarah walaun yang ramai tu.
Depan muka senyum-senyum tapi tak pernah sokong Kerajaan sekarang.
Ambillah tindakan cepat. Ramai kawan-kawan dah bising.
Ya memang betul dalam JKOM ada dalam 50++ orang yang memang pro Kerajaan.
Tapi yang baki, 250++ lama-lama tu. Kena tapis betul-betul.
Sebab tu boleh bocor maklumat dalaman JKOM kat Parpukari sebelum ni.
Ha, apa lagi. Bantu la sebarkan status ni sampai top management baca.
Kemudian depa boleh siasat siapa pegawai kerajaan di JKOM yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Kepada hantu JKOM berdarah walaun, terima kasih makan umpan aku. 😉
MSO
Hari ini diviralkan surat dari Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri kepada Setiausaha Politik Menteri Kesihatan yang memberi tahu ada beberapa kontraktor yang dinilai sebabagai pra kelayakan untuk tander sebuah hospital.
Surat itu sebenarnya perkara biasa dalam urusan atau pun hubungan di antara ketua dengan pegawai bawahannya. Tidak ada apa pun yang perlu di kemusyilkan.
Bagi saya surat itu tidak membawa apa apa natijah boleh mencemarkan moral kerajaan Madani. Mereka pertikaikan surat itu dan jadikan isu mungkin kerana tidak suka dengan ketua setuausaha politik PM itu.
Isu peribadi jangan bawah ke dalam medsos. Tak baik. Dan mereka bertanggungjawab dedahkan surat itu patut cerminkan diri dan anda boleh dianggap sebagai pengkhianat atau anai anai kerajaan Madani. Trims.
Mohd Redza
Sebagai seorang pengguna 4x4 Isuzu Dmax berminyak Diesel, 1 benda yang saya suka adalah kereta Isuzu Dmax ni minyak jimat. Saya biasa isi minyak seminggu sekali, full tank sebelum ni RM150. Dengan full tank tu boleh pergi lebih 900km. Dulu 70 liter RM150.50, sekarang 70 liter RM234.50, beza RM84. Kalau kita average sebelum ni sehari RM21.50, dengan harga sekarang ia jadi RM33.50 average sehari, kenaikan RM12 sehari (kalau tak claim BUDI). RM234.50 tu kalau kita kali 4 minggu = RM938 untuk 4 minggu. Harga sebelum ni RM602 untuk 4 minggu. Kemudian ada pulak lagi si BUDI RM200 (yang aku belum claim & belum register pun) maka jadilah RM938-RM200 = RM738. Jadi kenaikan berbanding sebelum ni hanyalah RM136 untuk 4 minggu, bersamaan RM34 seminggu bersamaan RM4.85 sehari (which is tak tepat sangat sebab aku kira 4 minggu sedangkan BUDI RM200 sebulan yang mana sebulan adalah 4 minggu lebih sikit), point dia kena bayar lebih RM5-RM6 la sehari.
Anyway last isi minyak full tank pada Ahad malam Isnin 09/06/2024 dengan harga RM2.15 seliter. Minyak masih banyak lagi dan mungkin akan isi balik pada hari Ahad sebelum raya qurban nanti dengan harga baru RM3.35 seliter. Terbeban ke? Untuk aku tidak. Untuk orang lain yang barangkali kereta dia 3000CC 4000CC tu aku tak tahulah, kan. Kereta aku CC 1.9 sahaja. Atau mungkin diorang punya 4X4 jalan 900km sehari.
Ini cerita kenderaan peribadi, kenderaan kerja pulak ambulans, Diesel ambulans sebelum ni RM2.15, sekarang cuma RM1.88 sahaja, turun harga.
Lepas tu orang tanya kenapa aku senyum Diesel mahal. Aku senyumlah sebab aku dah kira, masih menang banyak pakai 4X4 Diesel sebagai kenderaan peribadi 😌
Mohd Fadli Faddy
Isi lambat, lambat dapat kad.
Ni baru sampai pulok hok Ambo. Kad subsidi utk Caltex pulok 😬
Sebab tu orang niaga kena alert molek bare lagu ni.
“Saya beritahu isteri saya, keluarga saya termasuk abang saya, saya tidak kisah hilang gaji puluhan ribu dan nak balik kampung. Saya hanya mahu hidup tenang, saya boleh ambil gaji RM50 sehari janji keluarga saya selamat saya tak nak hidup dalam ketakutan.
“Apa yang berlaku ini di luar jangkaan, saya tak boleh terima keluarga saya dalam ketakutan,” kata tonggak utama pasukan bola sepak Selangor FC, Faisal Halim.
📷: Astro AWANI/ Shahir Omar
#AWANInews
Calon Kerajaan Perpaduan Sungai Bakap.Anak Jati bukan tunggul kayu mati macam calon ISRAEL PN,ZIONIS PAS.Melayu Islam dan Ahli ABIM.Tengok CV memang padu.Entah apa agaknya kempen racist dari geng² pembangkang kali ini ya.Sama² kita nantikan.
STRATEGI WALAUN,MACAI PN TERSAKITI:
PRK Kuala Kubu Bharu galas Ubi Kayu ❎
PRK Sungai Bakap guna Tong Diesel dia galas ❎😅🤣😜
Gelak aku baca berita ni. https://tinyurl.com/yef9v9rm
Bukan apa, sehari dua lepas ada yang DM aku cerita walaun bising 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗸𝗼𝗻𝗸𝗿𝗶𝘁 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗱𝗶𝗮𝗽𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻. Menjerit-jeritlah walaun macam dia pun tauke buat rumah.
Kemudian lalu di 𝘧𝘦𝘦𝘥 aku posting seorang usahawan yang mengatakan syarikat pembinaan memang cuma dibenarkan 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮. Mereka kena ada tangki sendiri.
Aku ada 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘦 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘪𝘯𝘨 tersebut.
Jadi bila harga diesel diapungkan, industri pembinaan sepatutnya 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴. Sebab itulah industri tersebut tak diberikan subsidi. Sebab memang dari dulu lagi tiada subsidi untuk mereka.
Jadi yang mereka bising 𝗻𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 tu dah kenapa? Ambil kesempatan? Atau selama ni mereka isu guna diesel bersubsidi? Maknanya mereka 𝗰𝘂𝗿𝗶 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁!
Dah curi subsidi, lepas tu marah bila subsidi dah tiada di pam. Apa jenis ni? Dia macam jiran kita curi pakai wifi kita, lepas tu bila kita lambat bayar, wifi kena 𝘣𝘭𝘰𝘤𝘬 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸.
Tapi itu tak kelakar lagi. Paling kelakar bila walaun beriya sangat bela nasib dorang. Nak jadi apa walaun ni? 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮? Sibuk sangat nak bela nasib 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝘂𝗱𝘂𝗽 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗰𝘂𝗿𝗶 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶!
Pengapungan harga diesel ni dah berjaya kantoikan beberapa pihak. Antaranya mereka yang tak ada lesen berniaga yang mana 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗷 dan juga 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝘂𝗿𝗶 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶.
Lebih jelas terkantoi adalah walaun. Melalui isu ni kita boleh nampak yang 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗽𝗮𝗻𝗴𝗴𝗶𝗹 𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. Mereka cuma buat bising apa saja yang kerajaan buat.
Ibarat anjing yang jaga rumah. Asal ada orang lalu je, semua dia salak dan kejar. Sampaikan posmen yang cuma nak hantar surat pun dia hambat. Demikianlah walaun. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Dr Akmal ni sesuai jadi chief Walaun je. Kjaan TIDAK tarik subsidi tapi cara salur ditukar dari pukal kpd bersasar ke account pengguna. Kesian Umno ada Ketua Pemuda otak Walaun. 🤣🤣🤣. Kalau Khairi kena cantas, apalah sgt Akmal racist ni Wak Zahid 💪💪💪
Bila Pakar Ekonomi Separuh Masak Berhujah: Tukang Batu Api Lebih Sudu dari Kuah
✍️ Norman Radzuan
Seperti dijangka, muncul lah pakar-pakar ekonomi ‘separuh masak’ menggila di ruang Facebook semalam. Pagi ini saya nak menulis guna bahasa mereka supaya senang mereka faham.
Terdapat 3 kategori, ada yang bijak sikit, bijak ikut-ikutan dan paling teruk tak tahu apa-apa main hentam atau orang Melayu kata main belasah sahaja.
A) Yang Bijak Sikit
Mereka ini mempersoalkan adakah pemberian RM200 itu mencukupi atau tidak. Sebenarnya, RM200 itu untuk kegunaan personal bukan untuk perdagangan. Namun jika perlu dibuat kajian semula, mungkin pemberian RM300 juga boleh difikirkan selepas melihat dua tiga bulan pelaksanaan subsidi bersasar ini.
Ini kita anggap mereka yang memberi pandangan yang agak bijak sikit. Hujahnya logik walaupun fakta masih belum ada lagi kerana baru bermula semalam.
B) Bijak Ikut-ikutan
Mereka ini ikut apa yang orang cakap. Harga barang akan naik. Nampak macam cerdik tapi sebenarnya MALAS membaca dan hanya ikut ikutan. Apa orang tulis mereka akan tulis. Atau mungkin tak faham apa dibaca.
Dengar sini, BACA di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 penyasaran subsidi juga diperluaskan kepada 23 jenis kenderaan diesel termasuk kenderaan mengangkut hasil pertanian, buah-buahan dan sayur-sayuran. Jenis kenderaan ini diberikan Fleet Card untuk mendapat diesel yang bersubsidi.
Ikutkan tiada sebab harga barang naik. Sedangkan lori itu ada subsidi melalui Fleet Card. Jika ada barang naik, pengguna please report untuk diambil tindakan.
Kelompok jenis ini sentiasa melihat perkara negatif. Cakap macam Profesor Diraja… Sedangkan sebenarnya mereka ini bukan berhujah dengan PMX tetapi pakar-pakar ekonomi dan penasihat ekonomi negara yang mereka telah berkhidmat dengan 5 Perdana Menteri.
Sebab itu kesemua Perdana Menteri sejak zaman Najib Razak bersetuju untuk subsidi bersasar cuma tiada keberanian melakukannya.
Ia perlu dilakukan atas beberapa faktor. Pertama, kerana kecurian berpuluh billion, kedua, subsidi dinikmati orang kaya dan ketiga, kewangan negara tidak mampu dengan hutang yang tinggi hingga sukar untuk kerajaan membina pembangunan untuk rakyat.
C) Kategori Ketiga
Kategori ketiga yang paling kritikal. Jenis tak tahu apa-apa tapi main tulis atau main hentam sahaja. Kalau berhujah bukan dengan fakta tapi kata-kata kesat.
Mereka jenis yang akan tulis komen:
- “Bangang Madani…”
- “Jangan jadi penjilat waliwat…”
- “Harga minyak naik barang mesti naik...”
- “Kau buat perbandingan bongok…”
Lepas itu main video 2008, kalau PH naik, esok harga turun. Itu sebab mereka tidak faham politik ini dinamik.
Faham apa itu dinamik? Maksudnya asal namanya politik ianya tidak statik. Ia sentiasa bergerak dan berubah. Walaupun sebuah parti politik mungkin mempunyai prinsip-prinsip asas yang dipegang teguh, namun akhirnya terpaksa akur dan mengalah dengan tuntutan perubahan dalam masyarakat.
Ia termasuk perkembangan ekonomi dan faktor lain yang sering kali mendorong kepimpinan untuk beradaptasi dan berubah dalam sikap dan pendekatan mereka.
Jika nak main video lama… Hadi kata UMNO kafir, Hadi suruh pangkah DAP, PAS kata nak bagi percuma PTPTN, PAS kata nak buat RUU355… SEMUA itu tidak dilakukan ketika PN menjadi kerajaan malah pendirian Hadi juga berubah-ubah.
Kategori ketiga ini antara yang dikesan memberi komen yang mencerminkan tiada pemikiran intelektual. Saya sendiri berhujah dengan mereka, kita bicara soal ekonomi, dia kata saya Wahabi. Pengsan.
Mereka jenis apa sahaja akan ‘menyalak’. Ingat dulu bila harga ayam diapungkan dan tiada subsidi, menyalak siang malam. Terbukti harga ayam stabil.
Mereka ini jenis bila kerajaan naikkan gaji kakitangan awam pun mereka menyalak nanti harga barang akan naik.
Sejak bila harga barang akan turun? Jadi jangan naikkan gaji kakitangan awam biar sahaja mereka begitu? Bercakap guna akal.
Saya tidak hairan mereka berkata begitu sebab pemimpin mereka sendiri membodohkan rakyat dengan mengatakan langkah kerajaan nak beri makanan jualan Rahmah pun mereka hentam sampai sanggup kata tidak baik untuk kesihatan boleh akibatkan autism.
Akhirnya kualiti pengikut bercakap yang bukan-bukan. Sepatutnya apabila PAS sendiri menyokong mereka beri maklum balas yang positif. Jadi pembangkang yang bijak dengan beri nilai tambah positif kepada subsidi bersasar.
Berikan solusi dan bila saya berhujah dengan mereka yang mengkritik apa solusi kamu? Diam atau mula memaki hamun saya.
Tentang pencen mudah sahaja mereka kata… ”Pandai-pandailah kerajaan nak cari duit bayar pencen…” Wah wah hutang dah sampai RM1.5 trillion, solusi mereka pandai-pandailah. Macam uruskan duit kutu mereka buat.
Moralnya, bagi saya mereka yang mengkritik membuta tuli ini adalah mereka yang MALAS membaca dan berfikir secara intelektual.
MALAS itu terbawa-bawa hingga suruh isi:
- E-Wallet - Malas Nak Mohon
- STR - Malas Nak Mohon
- PADU - Malas Nak Mohon
- BUDI - Malas Nak Mohon
Lepas itu mereka kata kerajaan ZALIM sedangkan mereka yang MALAS. Jika bab ini pun nak kena suap sampai dalam mulut, payahlah.
Bila kita membaca dan berfikir baru kita faham bahawa subsidi bersasar ini bukan maksud hapuskan subsidi. Konsepnya mudah je, kerajaan beri bantuan kewangan tapi hanya kepada mereka yang benar-benar perlukan.
Hidup ini kena rajin… Rajin membaca, rajin berfikir, rajin mencari fakta, rajin bekerja… TIADA manusia yang malas akan berjaya dalam hidup.
Ingat nak masak telur dadar pun kena potong bawang, cili padi, pecahkan telur, kacau dalam mangkuk, panaskan minyak, masukkan telur dan masak dalam masa 1-2 minit. Ambil nasi dengan kicap kena suap sendiri… Faham?
#RakyatBijak #KekalPerpaduan
Menitik Malam
Dr Johari Ariffin telah diumum sebagai calon mewakili Harapan dipilihan raya Sungai Bakap. Dr Johari merupakan anak jati Sungai Bakap berpengalaman luas dalam bidang kependidikan.
Nama Dr Johari diumumkan Timbalan Presiden Keadilan Rafizi Ramli sekejap tadi dihadapan tibuan penyokong Harapan. Trims.
Jamzuri Ardani
Ini kenyataan dari orang yang disebut-sebut sebagai bakal PM jika PN menang PRU16.
Maknanya kalau rakyat tolak PH kerana marah atas isu perlaksanaan subsidi diesel pun tidak mengubah polisi kerajaan.
Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki, Dr. Joohari Ariffin Calon PH di Sungai Bakap
✍️ Saiful Nizam
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memilih calon profesional dengan latar belakang agama untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dalam pilihan raya kecil (PRK) yang akan datang. Calon tersebut adalah bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr. Joohari Ariffin.
Kerusi DUN Sungai Bakap menjadi kosong susulan kematian penyandangnya daripada PAS, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan PRK tersebut akan diadakan pada 6 Julai.
Dr. Joohari Ariffin diharapkan dapat membawa perubahan dan memperjuangkan isu-isu tempatan dengan kepakaran serta pengalaman yang dimilikinya. PKR yakin bahawa latar belakang profesional dan agamanya akan menjadi aset penting dalam menarik sokongan pengundi di Sungai Bakap.
#RakyatBijak #PilihPerpaduan
Untuk rakyat semua, kalau harga barangan naik lepas ni, 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Jangan salahkan kerajaan tau. Kenapa?
Sebab walaun yang 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻 peniaga naikkan harga barang. Walaun yang susah payah 𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 konon ada kenaikan kos. Dia kasi pusing cerita bagi tunggang terbalik. Contohnya dalam gambar ini.
Peniaga, kenderaan yang membaca barangan makan, 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶. Pemberian subsidi ini dalam bentuk 𝘧𝘭𝘦𝘦𝘵 𝘤𝘢𝘳𝘥. Bila mereka isu guna kad tu, automatik akan dapat subsidi macam harga dulu.
Aku ada 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘦 gambar resit dalam posting semalam. Jadi tak timbul pun cerita kos bertambah. Sebab tu la 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝘀𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽 𝗷𝗲. Tapi walau yang bising terlajak. 𝗪𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗻𝗮𝗶𝗸.
Fahamkan betul-betul. Ini bukan subsidi ditarik. Bukan. Sebaliknya subsidi 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁. Tapi walau punya 𝘴𝘱𝘪𝘯 jauh tersasar cerita. Ya la. Itu memang kepakaran dia.
Syarikat yang ada lesen, boleh memohon 𝘧𝘭𝘦𝘦𝘵 𝘤𝘢𝘳𝘥. Kalau tak dapat tu maknanya tak ada lesen. Baguslah tak dapat sebab 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗻𝗶 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝘁𝘂 𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶. Padan muka tauke dia. Guane boh?
Raja Gelap II
.
KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NASIONAL
12 Jun 2024
KERAJAAN DAN PEMBANGKANG SEPAKAT: BUKTI RASIONALISASI SUBSIDI ADALAH TEPAT
Kesepakatan pembangkang dalam dasar rasionalisasi subsidi diesel yang diumumkan oleh kerajaan adalah bukti bahawa kerajaan mengambil langkah berani dan tepat demi memastikan keadilan ekonomi untuk rakyat Malaysia terbanyak.
Dalam menghadapi cabaran ekonomi global dan domestik, adalah penting bagi kita untuk memastikan bahawa setiap sen yang dibelanjakan oleh kerajaan digunakan dengan sebaik-baiknya demi manfaat rakyat.
Rasionalisasi subsidi diesel adalah salah satu cara untuk memastikan bahawa bantuan kewangan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, dan pada masa yang sama mengelakkan pembaziran serta penyalahgunaan sumber negara.
Sebagai contoh, pada tahun 2023 sahaja, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM13 bilion untuk subsidi diesel, namun lebih 30% daripada subsidi tersebut didapati disalahgunakan oleh pihak yang tidak layak.
Dengan rasionalisasi ini, kerajaan dijangka dapat menjimatkan sehingga RM4 bilion setahun, yang boleh disalurkan kepada program pembangunan lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat.
Kenyataan rasmi daripada PAS yang turut menyokong rasionalisasi subsidi diesel ini merupakan bukti bahawa kerajaan berada di landasan yang betul. Apa yang dilakukan hari ini adalah pendirian kerajaan sejak era Najib Razak dan ia bersesuaian dengan konteks pada hari ini.
Apabila kedua-dua pihak, Kerajaan dan Pembangkang, bersetuju dan seia sekata dalam sesuatu dasar, ia menunjukkan bahawa dasar tersebut adalah bertepatan dengan keperluan dan kepentingan negara.
Kami juga ingin menegaskan bahawa sebarang langkah yang diambil oleh kerajaan haruslah telus dan bertanggungjawab, serta sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat sebagai keutamaan utama. Hanya dengan cara ini, kita dapat membina negara yang adil dan makmur untuk semua.
YB SENATOR HASBIE MUDA
Ketua Pemuda Amanah Nasional
#PemudaAMANAH
#PartiAmanahNegara
Selepas Takiyuddin, MB Samsuri pula sokong subsidi bersasar yang diumumkan oleh Kerajaan Madani.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/06/12/mb-terengganu-puji-penyasaran-subsidi-diesel-langkah-tepat-berani/
Betul jugak. Orang Singapura 𝘂𝗽𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗚𝗗. So kenapa nak kena 𝘤𝘰𝘯𝘷𝘦𝘳𝘵 pulak, kan? Kalau ikut angka, murah lagi diesel di Singapura.
Tapi pelik juga aku. Kenapa tak ada pulak orang nak 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗱𝘂𝗽 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗶𝗻𝗴𝗮𝗽𝘂𝗿𝗮 dan jual di JB ek? Kan boleh untung sebab diesel Singapura lebih murah.
Sebaliknya orang Singapura pulak yang 𝘀𝗶𝗯𝘂𝗸 𝗿𝗲𝗺𝗯𝗮𝘁 minyak Malaysia. Haish. Macam tak kena la. Memang pening jadi walaun sebab bukan senang nak 𝗺𝗮𝗶𝗻𝘁𝗮𝗶𝗻 bodoh. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Izlin Idris
Rupanya sektor pembinaan memang tak dapat subsidi diesel sejak dulu...
Sepatutnya bila dilaksanakan penyasaran subsidi ni mereka terkait apa² le sebab mereka beli minyak harga sama macam dulu jugak..
Melainkan selama ni mereka dapatkan diesel dengan cara tidak sah...
MSO
Semua marah semua tak kena kenapa. Bagi duit rahmah RM1000 setahun marah, buat subsidi diesel bersasar marah. Beras tempatan dikatakan tiada marah. Tanam bawang sendiri pun marah.
Semua marah marah. Sebab satu saja kerana parti yang kita sokong tak jadi kerajaan, wakil rakyat kita tak jadi menteri.
Anak buah kita tak berpeluang untuk bekerja.
Itu saja sebabnya. Marah yang tak rasional. Marah begini orang gila, orang gila tak perlu layang sangat nanti gila dengan kita kita. Trims.
DI MANA-MANA KETIKA INI SEMUA ORANG TENGAH MARAH KEPADA KERAJAAN MADANI
Sejak diumumkan tiada lagi subsidi pukal untuk diesel bermula 10 Jun lalu, apa yang ketara berlaku di negara kita ialah semua orang sedang marah kepada kerajaan.
Di kedai makan, di kedai runcit, di pasaraya, di masjid, surau atau ketika berbual dengan kenalan melalui telefon – semuanya yang terhambur ialah marah-marah dan rasa tak puas hati kepada kerajaan.
Semua rasa marah dan tak puas hati itu tiada lain melainkan kerana tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dengan menarik balik subsidi pukal dan menggantikannya dengan subsidi bersasar.
Hari ini menanggg, esok minyak turunnn…inilah ungkapan paling popular ketika ini.
Jika ada royalti, pencipta kata-kata di atas pasti kaya raya sekarang ini.
Di media sosial, khususnya Tik Tok, macam-macam orang mengungkapkan kata-kata tersebut dalam pelbagai versi cemuhan dan sindiran terhadap kerajaan.
Pendeknya, semua orang sedang marah kepada Anwar Ibarhim kerana tidak berpegang kepada janji untuk menurunkan harga minyak sebagaimana kerap dijanjikannya sebelum ini, kali terakhir janji itu diungkapnya pada 2022 lalu.
Meskipun ada subsidi bersasar, tetapi rata-rata melihat kenaikan harga minyak (diesel) telah berlaku dan bukannya penurunan harganya sebagaimana dijanji sebelum ini.
Kalau masa bertunang, kita pernah berjanji dengan bakal isteri mahu membelikannya Myvi, tetapi tentulah pasangan kita akan terus mengungkit jika gelang senipis rambut pun tak juga dibeli sehingga sudah beranak lima.
Begitulah pentingnya janji, tambahan lagi jika dimungkiri sama sekali.
Dengan kenaikan harga diesel berikutan penarikan subsidi pukal, sama ada secara langsung atau tidak, ia tetap akan menyebabkan harga barangan juga meningkat.
Ini kerana bukan semua orang layak menerima subsidi bersasar, tetapi semua orang kena berbelanja untuk membeli keperluan harian.
Subsidi bersasar sebanyak RM200 sebulan untuk golongan B40 yang memiliki kenderaan persendirian misalnya, syaratnya ialah mereka mesti mempunyai pendapatan bawah RM100 ribu setahun.
Berpendapatan lebih daripada itu dianggap tidak layak kerana mereka sudah dikira termasuk termasuk golongan M40 dan T20 serta kelompok maha kaya yang diharamkan daripada menerima subsidi.
Tetapi di Sabah Sarawak, semua pemilik kenderaan diesel, tak kira B40, M40 atau T20, mereka boleh pula menikmati diesel yang bersubsidi.sebebas-bebasnya.
Apa bezanya golongan M40, T20 dan maha kaya di Semenanjung dengan di Sabah dan Sarawak?
Peraturan yang berbeza ini seolah-olah menjadi golongan M40, T20 dan maha kaya ketika era madani di Semenanjung ini suatu dosa dan tidak begitu diraikan berbanding di Sabah dan Sarawak.
Selain itu, beberapa pemilik kenderaan diesel yang dihubungi hampir sekata nenyatakan jumlah RM200 itu terlalu kecil untuk menampung kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20 daripada RM2.15 sebelumnya kepada RM3.35 sen sekarang ini.
Dalam sektor pengangkutan pula, meskipun subsidi dikekalkan untuk beberapa jenis kenderaan, tetapi ada yang terkecuali seperti lori penunda kenderaan, pengeluar konkrit simen dan bas persiaran.
Begitu juga bagi pengusaha sayuran di Cameron Hinghlands, kira-kira 80 peratus daripadanya dilaporkan tidak layak menerima subsidi diesel kerana tidak memenuhi syarat kelayakan iaitu jualan mesti melebihi RM300 ribu setahun.
Ini menjadikan mereka tiada pilihan lain melainkan terpaksa menaikkan harga.
Akhirnya, siapa yang terkesan kalau bukan pengguna?
Kalau mahu dikutip, banyak lagi sektor atau manusia malang yang tidak dapat subsidi diesel ini, termasuk orang-orang kampung yang mungkin ada masalah untuk mendaftar dengan Budi Madani atas pelbagai kekangan.
Akibatnya, semua yang tidak layak menerima subsidi bersasar itu akan semakin rabak poket mereka untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Ini baru diesel dihapuskan subsidinya, semua orang boleh lihat kemarahan rakyat yang terzahir amat nyata sekali.
Tak tahulah apa jadi pada kerajaan madani ini jika nanti petrol pula dimansuhkan subsidinya.
Tak tahulah juga sama ada PKR, parti di mana Anwar menjadi ketuanya boleh menang atau tidak dalam PRK Sungai Bakap tidak lama lagi selepas ini. – ShahbudinHusin 12Jun2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/06/12/di-mana-mana-semua-orang-ketika-ini-tengah-kepada-kerajaan-madani.html
Harakatdaily
MB Kedah jelaskan penajaan Nanostix untuk pasukan KFA bersifat sementara.
“Lepas Kulim Airport dibina nanti, banyak syarikat akan menaja pasukan ini sampai ketiak pun kita bubuh logo,” ujarnya berdekah..
𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜 𝗗𝗜𝗘𝗦𝗘𝗟
Ini contoh resit bagi kenderaan yg menggunakan 𝗳𝗹𝗲𝗲𝘁 𝗰𝗮𝗿𝗱
Tiada alasan untuk syarikat nk naikkan harga barang..sbb dpt fleet card SUBSIDI BERSASAR Diesel..
Jika berlaku kenaikan harga, hampir pasti peniaga yang naikkan harga tu ialah:
1. TIADA Fleet Card.
2. TIDAK berdaftar @ berniaga secara haram.
3. Perniagaan milik warga asing.
4. Perniagaan walaun yang ambil kesempatan nak burukkan kerajaan.
Bersatu akan menyerahkan notis kekosongan enam kerusi parlimen dan satu kerusi DUN kepada speaker Dewan Rakyat dan spekaer negeri Selangor dalam masa terdekat. Demikian menurut kata presiden Bersatu, Udin anak Yassin selepas mesyuarat tertinggi PN semalam.
Bagaimana pun katanya sebelum notis itu dihantar Bersatu akan memaklumkan terlebih dahulu perkara itu kepada kesemua wakil rakyat berkenaan. Maksudnya masih ada lagi pujukan dan rayuan.
Mereka ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang Abdul Rashid Asari.
Apabila Mahiaddin masih lagi memberi peluang kepada wakil rakyat berkenaan ini menunjukkan Bersatu seperti tidak yakin akan berlaku kekosongan ke atas kerusi-kerusi yang diduduki wakil rakyat itu walaupun diberikan notis kekosongan.
Speaker akan memutuskan kedudukan mereka nanti.
Beradasarkan kepada kuasa mutlak yang ada kepada speaker, saya yakin kedudukan mereka itu tidak akan terjejas, atas alasan mereka memenangi kerusi itu atas tikit parti yang memberikan kebenaran kepada mereka sebelum pindaan parti diadakan.
Atau pun kalau speaker ingin bertimbang rasa, dia akan membiarkan ketujuh wakil rakyat itu membawa kes mereka ke mahkamah menentukan kedudukan mereka. Berdasarkan kepada percedent (kes terdahulu) yang berlaku sebelum ini perlembagaan persekutuan dan negeri menjamin keadilan buat mereka, maka kerusi itu tidak menjadi kosong secara automatik. Perlembagaan parti tidak akan dapat mengatasi perlembagaan persekutuan dan negeri.
Tidak percaya tunggulah apabila isu ini sampai ke kemuncak. Dan saya nak sebutkan kepada ketujuh-tujuh wakil rakyat yang berani bertindak menyokong perdana menteri itu tidak akan mengalami apa-apa masalah dengan kedudukan mereka. Malahan selepas mereka diistyharkan selamat, ada beberapa orang lagi wakil rakyat PN dari Bersatu dan dua daripada PAS akan ikut menyokong kerajaan Madani. Trims.
Mohd Fairul Al Qasas
Ada orang kaya fikir, aku bayar cukai banyak, aku patut layak dapat semua subsidi dan kemudahan kerajaan.
Ada pula fikir, aku kaya, aku tak perlukan subsidi dan semua kemudahan kerajaan.
Yang pertama pun betul, cuma kerajaan sekarang tak mampu nak bagi semua.
Yang kedua pun ok, syukurlah kan sebab Allah bagi kaya.
Kaya tak dapat subsidi lebih baik rasanya dari miskin mengharap subsidi.
Ada golongan T20 dengan komitmen yang tinggi, hanya cukup-cukup sahaja kehidupannya.
Tapi cukup-cukup T20 tak sama cukup-cukup B40.
Cukup-cukup T20 dapat selalu pergi Mall, hampir setiap hari posmen hantar barang belian online, setiap bulan jalan tidur hotel, kereta elok rumah selesa, makan tak putus.
Cukup-cukup B40, makan bercatu, kereta rosak, rumahnya sempit, bajunya lusuh. Jalan ke Mall seperti bercuti ke Cameron..fuh dapat ambil aircond.
Jadi yang Allah cukupkan...yang Allah kayakan..syukurlah ya...
Allah izinkan.
Malah T20 ni biasanya peluang tambah duit dan pendapatan itu lebih cerah kerana pengalaman dan ilmunya banding dengan B40, walaupun usaha dan tenaga yang dikeluarkan mungkin lebih lagi B40.
T20 mungkin dalam 10 minit tekan-tekan handphone dan buat jualan RM100.
Tapi B40 potong rumput satu jam, berpeluh satu badan, busuk satu badan, baru dapat RM100.
Kehidupan kita tak akan sama. Peranan kerajaan lah untuk sasarkan bantuan kepada yang layak. Supaya setiap rakyat tidak terpinggir. Supaya keadilan itu berlaku dan jurang dapat dikurangkan.
Moga kita dapat sedikit kefahaman.
Jika setuju, like dan share ya.
Kah kah....ATOK SAKA Tua TAKUT DAH GELABAH. GAGAL HALANG RCI. WALATOK, walargon, walaun & untit PNyembah dan PEMUJA ATOK, NAIK JULIN BIJIK MATA PENIN ATOK NAK TERLONDEH LEPASNI. 🤣
******
*Mahkamah juga menolak permohonan pemohon (Dr Mahathir) untuk menangguhkan prosiding RCI sehingga penyelesaian akhir permohonan semakan kehakiman berkenaan.*
https://harapanmadani.com/rci-batu-puteh-mahkamah-tolak-permohonan-mahathir-laksana-prosiding-terbuka/