TIRU GAYA ANWAR 25 TAHUN DULU. TAPI CEROI..HAPA PUN HANG TAK BOLEH BUAT.MALU KEDAH JA..KENA 3 JAM MENONONG BLAH GITU JA....

 


SHAZLEE ZAINORDIN





Ingatkan panglima perang...

Ingatkan pembela orang miskin...

Sembang kemain langkah mayat saya...

Kat TikTok pumpang 24 jam...

Baru kena 3 jam dgn SPRM

Keluar terus balik ka bang

Awat xda angkat tangan?

Awat sampai laa membisu?

Dah laa jawab 6 ketul jaaa

Telor sangkut kat tekak ke bang?Description: 😂

 


HAMZAH SAHKAN TIADA LANGKAH DUBAI DIRANCANG

 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa pembangkang sendiri tidak tahu menahu mengenai rancangan Langkah Dubai yang didakwa akan digunakan bagi mengguling kerajaan.

Beliau berkata, perkara itu adalah fitnah yang direka dan dimainkan pihak tertentu yang jelas tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat.

“Cerita Langkah Dubai terus berada dalam media sosial. Siapa yang mulakan? Siapa yang menggelabah? Siapa yang terpaksa buat laporan polis? 

“Siapa yang menjawab bahawa pembangkang tidak ada cukup sokongan? Siapa pula yang minta pembangkang bawa dalam Parlimen?” katanya dalam kenyataan di media sosialnya, hari ini.

Laporan mengenai Langkah Dubai bermula pada 30 Disember lalu, apabila BH melaporkan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop, dilaporkan mendakwa Langkah Dubai timbul ketika percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk beberapa wakil parti kerajaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Beliau mendakwa, pertemuan itu berlangsung untuk berunding selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan, semata-mata mahu menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’.

Selain pemimpin PN, beliau dilaporkan mendakwa ada juga pembabitan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang termasuk dikatakan menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim

Hamzah yang juga Setiausaha PN dan BERSATU, menegaskan kenyataan politik semata-mata tidak boleh menyelesaikan masalah rakyat dan tuduh-menuduh bukan jalan penyelesaian. 

Katanya, berdendam sesama rakan atau saudara juga bukan penyelesaian, sebaliknya kerajaan perlu menerima hakikat bahawa mereka juga mempunyai banyak kelemahan dan kepincangan. 

“Ketidakcekapan dalam mengurus ini harus diatasi segera. Ekonomi yang baik boleh membantu. Mencari dan mencipta kekayaan baru negara juga boleh membantu. 

“Kuasa yang ada gunakanlah untuk menyelesaikan kelembapan ekonomi, bukan menakut-nakutkan pelabur -sama ada pelabur tempatan mahu pun pelabur luar negara.

“Yakinkan rakyat bahawa kerajaan mampu mengurus masalah ekonomi, sosial dan keselamatan negara. Yakinkan kepada semua bahawa kerajaan sedang berusaha untuk semua, tak kira bangsa atau agama,” katanya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut, mahu kerajaan menunjukkan keadilan kepada semua dan amalan demokrasi diteruskan dan undang-undang janganlah disalah tafsirkan.

“Jangan menakut-nakutkan semua pihak dalam negara. Jangan cakap lain buat lain. Jangan sampai rakyat meluat dengan segala janji-janji yang dicanangkan. 

“Pembangkang, rakan, penyokong dan sesiapa saja boleh menjadi sahabat, boleh juga menjadi musuh pada bila-bila masa. Bina negara ini dengan keikhlasan, keadilan dan kesungguhan. Insya Allah Malaysia akan berjaya. Demi agama bangsa dan negara,” katanya.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1199485/langkah-dubai-siapa-yang-mulakan-siapa-yang-gelabah


Dakwa hubungan PM-Agong keruh: 'Cytro pembangkang carilah modal lain'



 



Oleh: Abdullah Zaid



Tidak serik dengan kegagalan Langkah Dubai, laskar siber (cytro) dan penyokong pembangkang menyebarkan pula propaganda kononnya hubungan antara Perdana Menteri (PM) dan Yang di-Pertuan Agong keruh serta bakal menggugat Kerajaan Madani.



Salah satu penyokong PN di media sosial berkata, Yang di-Pertuan Agong dilihat merasmikan beberapa program tanpa kehadiran PM Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa hari ke belakangan ini, termasuk perasmian Menara Merdeka 118 pada 10 Januari lalu.



Hakikatnya, kekangan itu berlaku berikutan PM harus berjumpa rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong bagi menyaksikan penyambungan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Malaysia dan republik tersebut.






Menyifatkan penyokong pembangkang ketandusan idea, Ketua Angkatan Muda (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Fadzli Roslan yakin mainan persepsi yang cuba dimomokkan itu semakin 'melalut' tidak akan diterima rakyat.



"Saya berpandangan isu ini (hubungan keruh) amat dangkal sekali untuk dibuat modal politik, kerana PMX ada jadual dan tugas yang berbeza.



"Selain itu, Agong sendiri bertitah tidak akan mencampuri urusan politik sehingga habis tugasnya, jadi apa yang hendak mereka pusingkan?," katanya kepada Suara Keadilan.



Jelas Fadzli, sekiranya perkara tidak bersama PM itu berlaku kepada Yang di-Pertuan Agong baharu, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang naik takhta pada Februari ini maka agak logik juga untuk dijadikan bahan politik pembangkang.



"Jika insiden melibat Agong yang baharu mungkin masuk akal untuk diterima.



"Tetapi, berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk pengumuman Yang di-Pertuan Agong baharu, (maka) saya rasa itu tidak logik akan ada komplot tebuk atap boleh berlaku," ujarnya lagi.

 

Langkah Dubai: Betul-betul atau 'cobaan'?Sebenarnya .langkah Dubai ni tak wujud..ianya diwujudkan oleh scammer tak berguna 3-4 ekoq.



[WACANA SINAR] Langkah Dubai: Betul-betul atau 'cobaan'? Kecoh sejak kebelakangan ini ura-ura wujud usaha untuk menggulingkan kerajaan melalui apa yang dinamakan sebagai "Langkah Dubai". Bermula di platform media sosial melalui pempengaruh politik sehinggalah kepada pendedahan Timbalan Pengarah JKOM di media, kesahihan gerakan ini masih jadi tanda tanya. Selepas setahun Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, masihkah kita perlu menghadap polemik "tebuk atap" sebegini? Dengarkan perkongsian menarik panel jemputan dalam Wacana Sinar Edisi 427 SEKARANG!!! di semua platform digital Sinar Harian.

'Pelik, PM ziarah orang sakit pun penyokong parti Islam hentam'


 

Ziarah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini ke Institut Jantung Negara (IJN) yang dilaporkan cuba melawat Presiden Pas, Hj Hadi Awang di situ tetapi dikatakan baru selesai menjalani rawatan dialisis dan menolak bertemu dijadikan bahan sendaan penyokong parti Pas.



Bagi Ahli Jawatankuasa Jabatan Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN, Syed Mohd Nazli Syed Ahmad Jamalullail, beliau berasa pelik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh para 'pejuang Islam' Pas kerana tiada salahnya lawatan PM untuk bertemu Hj Hadi ketika beliau melawat sahabat lamanya, Prof Ziauddin Sardar di IJN.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_32815722dbb045898d9a55f3ffaf43aa~mv2.jpeg/v1/fill/w_350,h_302,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_32815722dbb045898d9a55f3ffaf43aa~mv2.jpeg

Syed Mohd Nazli Syed Ahmad Jamalullail (kiri)



Menurut Syed Mohd Nazli, melawat orang sakit adalah amal mulia dan sunah Rasulullah tidak kira sama ada berjaya bertemu pesakit atau pun tidak.



"Pelik melihat kutukan ramai penyokong Pas terhadap Perdana Menteri yang menziarahi Presiden Pas di Institut Jantung Negara baru baru ini.



"Kita semua maklum bahawa menziarahi orang sakit adalah ajaran agama Islam dan PM telah mempraktikkan ajaran agama Islam berkaitan anjuran menziarahi orang sakit



"Sesuatu yang sangat pelik, dalam masa yang sama kita melihat banyak kutukan dan seranah terhadap orang yang mengamalkan ajaran agama, dan banyak yang kita lihat mengutuk itu adalah pendokong dan penyokong parti yang dikatakan membawa ajaran Islam sebagai dasar perjuangan," katanya.



Beliau turut mengingatkan hadis Rasulullah yang mafhumnya, “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya.

Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.” [Riwayat Muslim (2162)]



Oleh itu, kata beliau, tiada salahnya tindakan PM. Seharusnya sikap baik PM itu tidak dipolitikkan sama ada beliau bertemu atau tidak Hj Hadi yang mahu dilawatinya.



Terdahulu, laskar siber pro pembangkang cuba menggambarkan lawatan PM tersebut ditolak oleh Presiden Pas, sedangkan tujuan lawatan Anwar bukan sahaja bertemu Hj Hadi tetapi menziarahi mantan pemikir dan penasihat beliau ketika menjawat Timbalan Perdana Menteri tiga dekad lampau, Prof Ziauddin Sardar.

 

Reformasi Parlimen diteruskan, bebas dari pengaruh eksekutif


 

Oleh: Azuan Ab Rahman



Kerajaan kekal tegas memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif menerusi reformasi Parlimen.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hantaran di laman sosialnya berkata, usaha itu bagi memperkukuh demokrasi berperlembagaan di negara ini.



"Parlimen merupakan institusi yang penting dalam sesebuah negara dan berfungsi sebagai semak dan imbang terhadap kuasa eksekutif Kerajaan.



"Kerajaan MADANI telah mengorak langkah memulakan agenda reformasi Parlimen dalam sidang 2023 dengan mengadakan Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara, Perbahasan Laporan SUHAKAM dan penambahbaikan Kamar Khas," katanya.



Kenyataan itu menyusul susulan kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada Jumaat.



Menurut Anwar pada pertemuan itu mereka bertukar pandangan dan membincangkan agenda terkait cadangan dasar untuk menggubal Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen.

 

[FITNAH] SAMAN RM5 JUTA TERHADAP CHEGU-BAD YANG MEMBUAT KENYATAAN FITNAH...



Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut ganti rugi atau pampasan RM5 juta daripada ahli jawatankuasa penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin berhubung hantaran di Facebook yang didakwa berunsur fitnah. Dalam satu kenyataan petang ini, peguam yang mewakilinya, berkata ini adalah antara tuntutan yang disenaraikan dalam notis tuntutan yang dikeluarkan hari ini kepada Badrul, juga dikenali sebagai Chegubard. Pada 6 Jan lalu, Shamsul membuat laporan polis terhadap Badrul berhubung dakwaan rasuah yang dilemparkan terhadapnya. Menurut notis tuntutan itu, Shamsul memberi tempoh lima hari kepada Badrul daripada tarikh menerima surat berkenaan untuk membayar RM5 juta berhubung dakwaan fitnah tersebut. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/692990 2. https://www.malaysiakini.com/news/692989




Mana janji Hadi Awang untuk bubarkan PAS jika Kerajaan Perpaduan tidak t...

SAYA CADANGKAN AGAR SESIAPA MP TAK HADIR DI POTONG ELAUNS. TAK BOLEH MAKAN GAJI BUTA. BANYAK PUNYA LEMAK.

 






Petang tadi saya telah menerima kunjungan hormat daripada Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) untuk bertukar pandangan dan membincangkan agenda terkait cadangan dasar untuk menggubal Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen.


Parlimen merupakan institusi yang penting dalam sesebuah negara dan berfungsi sebagai semak dan imbang terhadap kuasa eksekutif Kerajaan.


Kerajaan MADANI telah mengorak langkah memulakan agenda reformasi Parlimen dalam sidang 2023 dengan mengadakan Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara, Perbahasan Laporan SUHAKAM dan penambahbaikan Kamar Khas.


Kerajaan kekal tegas untuk terus memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif menerusi reformasi Parlimen bagi memperkukuh demokrasi berperlembagaan negara kita, di samping meningkatkan ketelusan pentadbiran institusi Parlimen.


#MalaysiaMADANI



DIA TAK BOLEH NAK SAMAN ORANG SAJA. DIA MAKI ORANG TAK PA. ORANG KUTUK DIA NAK MARAH. BARU HANG TAU. KENA 3 JAM... MENONONG BLAH MACAM TU SAJA. WARTAWAN TUNGGU PUN TAK HENTI DAH


 

JIKA KEKAL DALAM PERNIAGAAN, ASET SAYA KINI RM50 BILION - TUN DAIM


Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mendakwa beliau adalah seorang ahli perniagaan yang kaya dan berjaya, sebelum menyertai politik dan menjawat jawatan awam lagi.


Menurut Daim, jika beliau kekal dalam perniagaan dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembangkan asetnya secara aktif, nilai pegangan saham cair miliknya sahaja akan bernilai lebih RM50 bilion hari ini.


“Itu kos peribadi saya hari ini dalam keputusan untuk menyertai kerajaan…keputusan saya menyertai kerajaan dan berkhidmat kepada negara mendatangkan kerugian kewangan yang besar kepada diri dan keluarga saya.


“Pembabitan saya dalam perniagaan menjadi subjek beberapa buku dan artikel, bahkan sebelum saya dilantik sebagai Menteri.


“Tajuk utama pelantikan saya menyatakan “Malaysia’s New Finance Minister – Daim Zainuddin – The Quiet Millionaire” (Sunday Times, 12 Ogos 1984); “Tycoon Daim Takes Finance – Millionaire entrepreneur Daim Zainuddin, 45, has been catapulted into the Cabinet as Finance Minister” (The Star, 15 Julai 1984),” katanya. 


Daim berkata demikian melalui afidavit sokongan yang dikemukakan beliau dan keluarga dalam permohonan mereka untuk memohon kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap mereka. 


Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, berkata pada atau sekitar 1969, beliau menceburi bidang perniagaan dan mengasaskan bersama rakan kongsi lain, Syarikat Maluri Sdn Bhd, yang terbabit dalam pembangunan hartanah. 


Bekas Ahli Parlimen Merbok itu berkata, syarikat itu bertanggungjawab membangunkan perbandaran yang dikenali sebagai Taman Maluri dan Taman Bukit Maluri di Kuala Lumpur, dengan penilaian hari ini bernilai lebih daripada RM26 billion.


Daim berkata, beliau juga pemilik Malaysian French Bank, dan kemudian UMBC (kini RHB) dan mempunyai kawalan serta kepentingan besar dalam banyak syarikat induk seperti SimeUEP (Sime Darby sekarang), Guthrie, TV3, Maybank, Consplant, Cold Storage dan Nestle Malaysia. 


Katanya, 10 peratus kepentingan beliau dalam Nestle Malaysia hari ini bernilai kira-kira RM3 bilion. 


“Sebelum menyertai Kabinet saya diberitahu boleh memindahkan semua pelaburan saya ke dalam suatu blind trust (pemegang amanah) dan saya bersetuju. Namun, kira-kira setahun kemudian, Kabinet membuat suatu panduan bahawa saya perlu melikuidasi (mencairkan) pelaburan saya dalam syarikat induk dan UMBC. 


“Pada masa itu, aset cair saya berjumlah kira-kira RM750 juta (AS$250 juta). Sekiranya saya telah meletakkan jumlah itu ke dalam suatu dana indeks S&P 500 pada tahun 1984, nilai hari ini akan melebihi RM42 bilion,” katanya. 


Daim berkata, pada Februari tahun lalu, beliau memberikan kenyataan kepada SPRM tetapi tidak mendengar khabar daripada agensi itu lagi sehingga Jun 2023.


Beliau berkata, walaupun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dinamakan dalam Kertas Pandora, mereka tidak disiasat oleh SPRM, dan tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka. 


Empat bulan selepas pernyataan direkodkan, iaitu pada 7 Jun 2023, satu Notis SPRM menurut Seksyen 36 (1)(a) Akta SPRM dikeluarkan kepada beliau dan keluarga yang memerlukan maklumat semua aset dan sumber pendapatan yang dikeluarkan dari Malaysia dari tahun 1997 hingga kini, perlu diberikan dalam tempoh 30 hari. 


Menurut Daim, notis itu dikeluarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, di mana beliau mempunyai “sebab munasabah” untuk mempercayai bahawa kesalahan bagi suapan di bawah Seksyen 23 SPRM Akta telah dilakukan, berdasarkan siasatanmengenai ‘Aduan Yang Tidak Didedahkan’. 


Katanya, pada tarikh sama, Azam juga menyebabkan SPRM mengeluarkan notis kepada mereka menurut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram, 2001 (“AMLA”),yang membekukan akaun bank peribadi dan akaun bank syarikat mereka. 


“Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM atau AMLA. Oleh kerana saya meninggalkan pejabat awam pada Mei 2001, kira-kira 22 tahun yang lalu, saya dinasihatkan peguam bahawa tuduhan yang akan dimulakan terhadap kami tidak berperlembagaan dan tidak sah dan kami tidak akan menerima perbicaraan adil. 


“Itu akan menjadi pencabulan hak kami untuk “kebebasan peribadi” yang dilindungi di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan. 


“Sehingga kini, kami tidak mengetahui dakwaan yang dibuat terhadap kami dalam Aduan Tidak Didedahkan dan tidak mengetahui tindakan yang saya ambil yang mana SPRM percaya adalahkesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM (dan Seksyen 4(1) AMLA). 


“Oleh itu, jelas SPRM menjalankan ekspedisi memancing terhadap kami tanpa sebab yang munasabah,” katanya.


Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1199308/jika-kekal-dalam-perniagaan-aset-saya-bernilai-lebih-rm50-bilion



ANWAR CABAR PEMBANGKANG USUL UNDI TIDAK PERCAYA


 

MALANG PAK KADUK


 

KEPALA BAPAK HANG. KEPALA BAPAK BUKAN MAKI TUAN TUAN. TU PUJIAN.

 


TAK PUAS HATI BUAT UNDI TAK PERCAYA DALAM DEWAN. SAYA BUKAN MACAM BEKAS PM LAIN TAK BERANI BERDEPAN


 

BWF


 

TOK GURU NAK TANDING PUN KENA KUTUK


 

PMX DI MASJID DESA PINGGIRAN PUTRA.








 Alhamdulillah hari ini terus diberi kesempatan untuk makan tengah hari bersama warga Desa Pinggiran Putra.


Usai makan tengah hari, saya terus ke Masjid Al Hijrah untuk menunaikan solat Jumaat.


Semoga kita beroleh keberkatan pada penghulu segala hari, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



JENIS BISING KUAT TAPI PENAKUT NAK HADAP BAHAS... MMMMM.. CEROI.




Siapa Solisidtor ni aku pun tak kenal. Tapi siapa pun dia, dia patut berasa malu. Kutuk Rafizi dan kerajaan bukan main hebat. Bila ajak berdepan, jadi penakut.


Memang macam tu la sifat PN. Dari Mahiaddin kepala dia sampailah ke ekor, semuanya penakut. Mahiaddin dulu nak buka parlimen pun tak berani.


Lepas tu sekali dengan Hadi Awang dan Hamzah, nak soal PM dalam parlimen pun kecut perut. Sanggup lagi ponteng daripada berdepan dengan PMX.


Ini dia punya lasykar upahan pun sama pengecut. Hari tu YB Virus. Ni mamat yang entah siapa-siapa ni. Bagi apa alasan pun, hakikatnya korang memang pengecut.


Memang Rafizi Menteri tapi dia masih lagi ahli politik. Dan podcast ini pun nak jawab segala tohmahan yang mereka halakan kepada kerajaan. Ini sebahagian dari tugas menteri juga!


Jadi jelas yang tak galakkan podcast tu hanya sekadar bagi menutup sifat penakut mereka. Kenapa takut? Sebab selama ni cakap tanpa fakta. Cuma fitnah.


Makhluk-makhluk penakut ni rakyat kena abaikan. Dah diberi peluang tanya berdepan tapi lari sebab mereka nak lindungi temberang mereka. Kalau berdepan habis pecah lobang mereka menipu selama ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 

 

 

#PenjarakanPapaGomo


.



DIA DUDUK DALAM HUTAN AIR TEMPAT DIA TAK MUNCUL MUNCUL. TIBA TIBA DIA CAKAP PASAL PENANG.

 



Aku tengok ada la beberapa walaun mainkan isu air di Pulau Pinang ni. Kelakar rasanya. Walaun ni mungkin jenis tak faham bahasa, atau jenis hati kaudu.


Bekalan air di Pulau Pinang ni dah dirancang dengan tujuan untuk mengganti beberapa peralatan supaya tak berlaku gangguan di masa hadapan.


Penduduk telah diberitahu awal. Malah PBAPP juga sudah sediakan lori-lori tangki air untuk membantu rakyat yang terjejas.


Jangan samakan dengan masalah air di Kelantan. Di sana masalah air bukan saja tak dirancang malah dah berlaku sejak sekian lama tak diberi perhatian.


Sekarang kerja yang dijalankan siap lebih awal dari yang dijangka. Nampak tak bezanya  kerajaan yang prihatin dengan kerajaan yang sampah?


Walaun kalau nak buat isu tu biar cerdik sikit. Jangan main buta-buta buat isu dan akhirnya memalukan diri sendiri sebab terlihat bodoh. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


 

#PenjarakanPapaGomo

 

.



SELURUH BADAN MENGGELETAR


 

FITNAH TERKINI. NYANYI LAGU DALAM BAHASA MANDERIN.


 

WOOOOIIII- PEDUKANG. MANA ADA TANGKAP ORANG MAIN MAIN. DULU ZAMAN BIL? LA NI ZAMAN BILA.

 


PM cabar pembangkang kemuka usul tidak percaya di Parlimen


 

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis melontar cabaran agar pembangkang membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya mahu menumbangkan kerajaan.



Tegasnya, Kerajaan Madani sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat sebelum ini namun langkah itu tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu.

"Dah lama kita tunggu (usul tidak percaya), dah setahun. Hari-hari kita tunggu tetapi tak ada, jadi kita tak ada fikir apa-apa.



"Saya tidak fikir mereka ada kekuatan untuk bawa ini (Akuan Berkanun (SD) bagi menumbangkan kerajaan) selain propaganda untuk menipu penyokong supaya (mereka) tak hilang semangat," katanya dipetik.



Anwar berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas selepas menghadiri satu acara di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor sebagai mengulas dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa bahawa pembangkang telah berjaya memperoleh sekitar 120 SD untuk menjatuhkan pentadbiran diterajui beliau.



Ditanya sama ada SD yang didakwa dimiliki pembangkang itu sebagai tidak sah, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau tidak tahu kesahihan dakwaan tersebut.



"Kalau ada (SD) saya tak tahu," katanya.



Anwar sementara itu menyokong cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim bahawa sokongan terhadap seseorang Perdana Menteri harus diputuskan melalui undi percaya di Dewan Rakyat dan bukannya berdasarkan SD.



"Itu pandangan yang sesuai, kerana hari-hari orang tanya...Langkah Dubai Lah. Sekarang dah terbukti semua itu hanyalah sekadar politik cemas kalangan mereka yang kehilangan modal," tambah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu lagi.



*Foto kredit: Afiq Hambali/PMO