KPDN pertimbang kembalikan semula kad diskaun pelajar IPT

 


Kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula kad diskaun pelajar institut pengajian tinggi (IPT), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.



Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata cadangan itu adalah usaha membantu mengurangkan beban dan menjaga kebajikan golongan berkenaan.



Pada sidang akhbar Program Jelajah Rahmah dan Townhall Menteri KPDN Bersama Rakyat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Seri Iskandar pada Sabtu, beliau menjelaskan perbincangan mengenainya akan dilakukan bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat.



"Ini kerana ia berada di luar bidang kuasa saya tetapi idea itu boleh dipanjangkan sepertimana banyak program Rahmah dilaksanakan untuk siswa seperti menu makanan berharga di bawah RM5.



"Program-program ini diadakan untuk memudahkan mereka mendapatkan makanan di universiti, malah ada 'food bank' untuk mereka yang memerlukan mendapatkan barangan tertentu secara percuma," katanya



Sebelum ini, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) direka untuk berfungsi sebagai kad debit, ATM dan diskaun hingga 60 peratus untuk pelbagai produk bagi penuntut IPT.



Dalam pada itu, Salahuddin berkata kerajaan turut bercadang meneruskan Jualan Rahmah di kesemua 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara secara bergilir-gilir bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

 


Pimpinan Perpaduan: Ceramah Jelajah Madani Kedah 2023 Peringkat Dun Sung...

SELEPAS KJ BERTEMU PMX, PN UMUM TIADA CALON MB DI SELANGOR

TEMPAT LAIN ORANG TAK PEDULI PUN.

 



RMS


Perempuan seksi catwalk depan replika Al Quran di Taman Hijau dan di hadapan pintu gerbang al-Quran depan Istana Balai Besar , K.Bharu Kelantam..


CC : Harakah Daily , PAS Pusat, Takiyuddin, Nik Amar,Kamal Mohammadm  Nasruddin Cecupang , Wan Razali Wan Nor MP Kuantan..

MUHYIDDIN DIDAKWA ATAS PENGUBAHAN WANG HARAM.


 

MAHATHIR DAN MUHYIDDIN BUAT HUTANG.


 

DARI MANA DATANGNYA SUMBER KEWANGAN PN ?


 

KHIDMAT MASYARAKAT- BERHATI HATI. SEMOGA ORANG INI DITANGKAP POLIS


 

PN PAKAT BEREBUT NAK JADI MB DI SELANGOR


 

WOOIII ORANG KEDAH....HANGPA NAK SIMPAN LAGI KA MB MACAM NI ? WOOIII HANGPA KALIH LA..BANYAK LAGI YANG LEBIH BERKEBOLEHAN. DIA BUAT APA .


 

MAHATHIR SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI


 

Syed Saddiq Perlu Cermin Diri Sendiri

 





ULASAN: Celupar sungguh “Pakar Lipat” iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melemparkan tuduhan yang bersifat separa benar (half-truth) sehingga memburukkan Kerajaan Perpaduan secara tidak adil.



Tuduhan separa benar yang dibangkitkan oleh “Pakar Lipat” terkait dengan peningkatan kos dan pengurangan jumlah kapal untuk projek Kapal Tempur Pesisir (LCS), namun kesemua perkara yang dibangkitkan oleh “Pakar Lipat” telah pun dijawab oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari di dalam sidang Parlimen pada tarikh 8 Jun 2023.



Kebiadaban “Pakar Lipat” itu terserlah apabila menuduh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul sebagai tidak adil dan cuba melindungi siasatan LCS. Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga turut diserang oleh “Pakar Lipat” dengan tuduhan mengugut, AMK dalam isu ini hanya ingin mempertahankan integriti dan maruah Kerajaan Perpaduan daripada tuduhan separa benar “Pakar Lipat”.



AMK pejuang tatakelola baik



AMK sentiasa berpegang teguh terhadap usaha reformasi yang cuba di bawa oleh Kerajaan Perpaduan yang kini dipimpin oleh PMX. Penekanan terhadap tata kelola yang tegas telah ditekankan berkali-kali oleh PMX dalam setiap ucapan beliau, malah semua ahli kabinet Kerajaan Perpaduan tahu tentang prinsip PMX yang tidak akan bertolak ansur terhadap rasuah dan penyelewengan.



PMX sedar dalam keghairahan beliau melaksanakan tata kelola yang tegas, beliau juga harus patuh terhadap proses undang-undang yang telah ditetapkan. Siasatan terhadap tuduhan penyelewengan projek LCS masih berlangsung sehingga kini, tiada sebarang arahan dikeluarkan untuk mengugurkan siasatan tersebut oleh PMX.



Syed Saddiq menganggap keadilan dalam isu tersebut hanya boleh dicapai sekiranya berlaku tangkapan besar melibatkan orang kenamaan. Namun beliau seakan-akan lupa bahawa Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor telah didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat lebih RM21 juta berkaitan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS).



Siasatan LCS disokong



Alasan bahawa siasatan projek LCS perlu dipercepatkan kerana mempunyai kepentingan orang ramai yang melibatkan wang rakyat adalah disokong oleh pimpinan AMK, namun proses undang-undang perlu dihormati dengan membenarkan pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka.



AMK menghormati proses undang-undang tersebut seperti mana AMK menghormati proses undang-undang yang melibatkan tuduhan terhadap penyelewengan “Pakar Lipat”. Tuduhan terhadap “Pakar Lipat” melibatkan penyalahgunaan dana Youth Power Club (YPC) yang telah diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO).



Cermin diri sendiri dahulu



Namun AMK tidak pernah menggesa agar proses undang-undang yang sedang dihadapi oleh “Pakar Lipat” untuk disegerakan walaupun tuduhan penyelewengan tersebut membabitkan dana dan kepentingan rakyat.



AMK faham keadilan perlu dilaksanakan dengan berhati-hati agar tiada pihak teranaiya, jika AMK boleh mengambil pendirian berlapang dada maka mengapa “Pakar Lipat” harus mengambil pendekatan sebaliknya?



“Pakar Lipat” harus cermin dirinya dahulu sebelum membuat sebarang gesaan dalam isu siasatan LCS. Jika gesaan yang sama dilakukan oleh AMK terhadap pertuduhan yang sedang dihadapi oleh “Pakar Lipat”, adakah “Pakar Lipat” akan turut menyokong gesaan tersebut?



_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor

 


TAK SOKONG PARTI YANG KAMI SOKONG .KAMU BUKAN SEBAHAGIAN DARI AHLI KAMI BUKAN ISLAM


 

ISU AIR KELANTAN TAK SAMPAI PUN 8 BILLION, PUNYA NAK MENYAKAW...

 


SEMALAM JUMPA PM, MINGGU DEPAN JUMPA PN

 

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik tersebut.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah menetapkan tarikh iaitu dalam minggu hadapan untuk perjumpaan tersebut diadakan.

“Saya sudah tetapkan tarikh dan rombongan beliau (Khairy) akan datang berjumpa dengan saya minggu depan.

“Kita harap beliau akan sertai (PN), bagaimanapun kita serahkan kepada beliau. Beliau sudah cukup bijak dan cerdik untuk membuat pilihan,” katanya ketika ditemui selepas Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.

Tawaran dikemukakan selepas Khairy dipecat daripada UMNO, mengambil kira kemampuan beliau memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

Bagaimanapun, Khairy sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan berhubung tawaran tersebut.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini memaklumkan, Khairy masih belum memuktamadkan keputusannya untuk bersama PN.

Kemungkinan Khairy menyertai PN itu juga bagaimanapun kembali menjadi tanda-tanya apabila bekas Menteri Kesihatan itu dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta ahli ekonomi dan pakar industri pada Jumaat bagi membincangkan hala tuju ekonomi negara.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan peranan bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan dalam perjumpaan bersama Anwar tersebut yang turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani.




Institusi pondok perlu mendalami pelbagai ilmu tunjang negara Madani


 Institusi pondok di negara ini berjasa besar dalam mempertahankan nilai keislaman orang Melayu ketika era penjajahan Inggeris.



Hal itu diungkapkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele di Kedah.



Katanya, institusi pondok di Malaysia dan pesantren di Indonesia adalah benteng umat mempertahankan akidah daripada dilanggar penjajah Barat.



Bagaimanapun, katanya, institusi pondok perlu juga mengembangkan pendidikan kepada ilmu ilmu selain agama untuk menjawab perkembangan terkini.



"Walaupun pondok pondok kekal tradisi dan turath tetapi juga perlu menguasai pelbagai ilmu supaya dapat menghadapi tantangan zaman. Kalau kita kekal dengan yang lama sahaja maka kemungkinan arus perubahan, tekanan dari luar tak dapat di tahan.



"Bagaimana boleh kita cantum semangat kedua duanya?



"Sebab itu di negara ini kita ungkap dalam Madani. Madani tidak sama dengan konsep yang dibawa oleh filasuf atau dari Barat. Ia masih berakar kepada keyakinan, nilai dan akhlak



"Sama ada kita bicara soal ekonomi, atau negara, digital, dia tidak boleh terpisah daripada nilai



"Sebab itu kita bicara soal kemampanan yang mesti ditegakkan dengan nilaai," katanya.



Justeru PM menekankan, sama ada yang belajar di pondok atau yang mengurus ekonomi negara, semua perlu faham falsafah Madani.



Katanya, rakyat tidak boleh rakyat dibiar miskin dalam masa yang sama pentadbir pula tidak boleh sering berhutang sehingga RM1.5 trilion untuk memenuhi keperluan rakyat.



"Sebab itu orang yang mengurus ekonomi harus faham apa itu Madani. Belanja lebih, apa itu defisit. Pendapatan RM1000, belanja RM1500. Ini yang kita alami puluhan tahun. Sekarang kita ubah. Kurangkan belanja. Jangan bebankan rakyat," katanya.



Selain itu, kata Anwar, dalam pentadbirannya beliau juga mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyelami dan mendalami lebih banyak daripada bidangnya; termasuk ekonomi, digital dan sebagainya.



Biar pun ada orang bukan Islam, katanya, mula mencurigai apakah PM mahu JAKIM menyerapkan fahaman Islam ke dalam semua institusi negara.



Namun bagi beliau hal itu penting bagi melahirkan muslim yang sederhana dan Madani dalam semua sektor agar negara tidak terlibat dalam pertentangan golongan keras dan sederhana yang akan menyusahkan semua rakyat sekiranya tidak dibendung.



 

MGNews: Terima Kasih PM Datang Melawat Kami – Penjaja



Penjaja di Pusat Penjaja Madani di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di ibu negara, berbesar menerima lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MAT SABU SELALU KACAU DSAI WAKTU BERUCAP


 

Pakaian jururawat: Jangan terlalu prejudis, skeptikal


 Kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor terhadap pemakaian jururawat yang dikatakan terlalu ketat dan tidak patuh syariah disifatkan sebagai terlalu prejudis dan skeptikal.


Menurut Ketua Srikandi Keadilan Negeri Sembilan, Nadhirah Halim, pimpinan pembangkang yang bercakap di parlimen seharusnya lebih mendasari tugas sebagai seorang Ahli Parlimen terutama untuk peka pada isu dan masalah utama rakyat terutamanya di dalam memperbaiki ekonomi atau kos sara hidup rakyat dalam peralihan fasa endemik pada waktu ini.


Namun katanya, sikap Ahli Parlimen PN dalam perbahasan Dewan Rakyat pada Khamis lalu amat mengecewakan kerana lebih mempersoalkan isu peribadi dan mengaitkan soal agama dalam isu kerjaya kejururawatan.

Nadhirah Halim

"Bagi saya pihak pembangkang harus lebih bijak dalam memahami keperluan pemakaian tertentu menurut kerjaya.


"Kod dan etika pemakaian jururawat adalah berdasarkan keperluan pekerjaan kerana setiap pegawai perubatan berdepan dengan risiko dalam mengendalikan peranti perubatan berwayar, mesin pengesan ritma jantung dan pelbagai mesin perubatan yang menggunakan pendawaian dan elektrik bervoltan tinggi seperti mesin ECG dan ventilator.


"Golongan ini harus memakai pakaian yang tidak terlalu longgar agar mudah menjalankan tugas dan mengendalikan mesin peranti perubatan berwayar.


"Pemakaian yang terlalu labuh dan longgar akan meninggikan risiko kepada pegawai perubatan dalam mengendalikan mesin peranti perubatan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat KEADILAN itu, uniform bagi setiap pekerja kesihatan juga dicipta khusus mengikut spesifikasi khas yang telah ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia di bawah etika kod pemakaian dan penilaian risiko bagi memudahkan mereka menjalankan tugas memandangkan golongan tersebut berdepan risiko tinggi dalam mengendalikan pesakit seperti cecair, darah dan infeksi dari pesakit.


Malah, katanya, telah ditetapkan pakaian khusus jururawat dibuat daripada 65% poly dan 35% kain kapas yang memberi tapisan maksima terhadap kuman. Kain ini bukan jenis melekap di tubuh dan tidak menyerap.


Oleh itu, beliau menyarankan agar pihak pembangkang tidak mengkritik secara semberono sebaliknya menggunakan ruang sebagai Ahli Parlimen untuk membincangkan isu rakyat yang lebih relevan lagi idealis dalam mewujudkan dasar atau undang-undang yang memihak kepada keperluan rakyat semasa, bukan berbahas isu peribadi dan mengkritik berperisaikan alasan agama.


"Berhentilah mendefinisikan nilai iman dan agama seseorang atau sesetengah kerjaya hanya daripada pemakaian, sebaliknya lihatlah kepada keperluan pekerjaan dan sumbangan mereka dalam bidang perubatan.


"Fokus pada saranan dasar yang lebih menjaga hak kebajikan golongan pekerja kesihatan ini yang paling besar sumbangannya ketika musim pandemik.


"Budaya menghakimi nilai agama seseorang atau sesebuah profesi hanya dari pemakaian yang terzahir adalah tidak wajar.


"Di dalam sebuah hadis bersanad Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kalian tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian."," katanya lagi.


Justeru, Nadhirah yang juga seorang pengamal undang undang menasihati pembangkang supaya menghormati kerjaya dan kod etika kerja seseorang kerana setiap daripada mereka berkhidmat menurut keperluan dan risiko tersendiri.