(007) Siri Kembali Kepada Rakyat. PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa. - yassinsalleh.

(007) Siri Kembali Kepada Rakyat. PRU15 Menentukan Nilai Murni Keadilan dan Kesaksamaan Anak Semua Bangsa. - yassinsalleh.

Kerajaan perlu meneroka industri baharu berasaskan daun ketum
sebagaimana telah dilakukan oleh Thailand.
Ahli parlimen Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH - Hang
Tuah Jaya) berkata, industri tersebut jika dibangunkan dengan betul berpotensi
membantu kemajuan ekonomi
"Kerajaan harus membangunkan ketum sebagai produk dan
tumbuhan herba, kerana terdapat pasaran yang besar untuk produk itu di kawasan
luar bandar
"Malah negara jiran kita Thailand telah mengeluarkan ketum
daripada senarai bahan narkotiknya.
"Saya telah menonton temu bual dengan penyelidik dari
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengenai topik ketum, jadi
saya percaya kami mempunyai keupayaan untuk membangunkan industri dengan lebih
baik," kata Shamsul semasa membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.
Justeru Shamsul menggesa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli untuk
memperincikan masa depan program ketum negara yang mampu untuk memberi petani
pulangan yang baik di samping mempelbagaikan produk herba Malaysia.
Ketum - atau nama saintifiknya, Mitragyna speciosa - adalah
tumbuhan dalam keluarga kopi yang digunakan secara sejarah dalam perubatan
herba. Ia berasal dari beberapa negara seperti Thailand, Indonesia, Malaysia,
Myanmar, dan Papua New Guinea.
NORSHIDAH MOHD DAUD
Rakyat Sarawak seharusnya
menjadi antara yang paling makmur di Malaysia kerana hasil bumi yang banyak
termasuk gas asli, petroleum dan kayu balak.
Bagaimanapun, dalam jawapan di
Dewan Rakyat hari ini, kerajaan mengesahkan Sarawak mempunyai insiden
kemiskinan paling tinggi.
Hal itu, menurut Ketua
Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, menimbulkan
keraguan, ke manakah hasil kekayaan Sarawak selama ini dilonggokkan?
"Saya merujuk kenyataan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee
Shith pagi ini di Dewan Rakyat. Beliau menjawab soalan yang dinyatakan oleh
Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan YB Nga Kor Ming.
"Dalam menjawab soalan
itu, Timbalan Menteri mendedahkan negeri Sarawak antara negeri yang merekodkan
kadar kemiskinan paling tinggi di Malaysia. Pendedahan ini bukanlah satu
perkara baru.
"Umum mengetahui meskipun
sudah sekian lama Sarawak diperintah oleh Gabungan Parti Sarawak yang
didominasi oleh PBB, kadar kemiskinan di negeri itu tidak bertambah baik, malah
kekal di tahap yang sama," kata Shamsul.
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya
itu tertanya tanya mengapakah Sarawak yang mempunyai rizab simpanan tertinggi
berbanding negeri lain di Malaysia, sebanyak RM31 bilion, tidak menggunakan
dana berkenaan untuk membantu rakyatnya yang miskin.
"Amat menyedihkan buat
rakyat Sarawak, di mana negeri ini mempunyai rizab simpanan tunai terbesar.
Pendapatan negeri juga ketiga terbesar, di mana Sarawak menyumbang sebanyak 12%
kepada Keluaran Dalam Negara Kasar selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.
"Namun di mana silapnya
dalam pengagihan kekayaan negeri ini kepada rakyat Sarawak?" tanyanya.
Lebih mengejutkan, kata
Shamsul, ADUN ADUN Sarawak juga diberikan peruntukan pembangunan tahunan yang
jauh lebih tinggi berbanding mana mana ADUN di Malaysia, malah melebihi
peruntukan Ahli Parlimen.
Namun ke manakah perginya dana
berkenaan kerana taraf hidup rakyat Sarawak kekal daif sejak berpuluh tahun.
"Peruntukan yang diterima
setiap ADUN Sarawak antara yang tertinggi di Malaysia.
"Setiap wakil rakyat GPS
menerima peruntukan tahunan sebanyak RM5 juta untuk Projek Transformasi Luar
Bandar (RTP), RM2 juta untuk Projek Kecil Luar Bandar (MRP), RM1 juta untuk
Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) dan RM1 juta untuk Program Tabung
Fasilitasi Pertanian.
"Adakah peruntukan yang
diterima ADUN ini benar-benar sampai ke tangan rakyat untuk menikmati
manfaatnya? Jika ya, mengapa Sarawak adalah antara negeri yang termiskin di
Malaysia," katanya lagi.
GUNI RASUAH vs BAKUL PASAR!
Please share.
More cartoons @ www.zunar.my
#keluargamalaysia #keluargamalaysia
#barangnaik

SERAMAI lebih 600 dan 500 yang memberi komen dan like terhadap survey untuk
mengetahui apakah
perlu untuk Keadilan bertanding menggunakan lambang sendiri dan tidak bersama
DAP dalam pilihan raya ke-15 nanti.
Persoalan yang dilontar untuk mendapat pandangan umum khasnya
dari kalangan pelayar Facebook MSO II, berbunyi; Apakah Keadilan
perlu bertanding sendiri tanpa kerjasama dengan DAP dalam pilihan raya umum
akan datang?"
Survey ini dilakukan untuk mengetahui pandangan dan reaksi umum
ekoran ada berbagai-bagai pendapat yang dilontarkan oleh sesetengah dan
pengikut parti komponen PH berhubung penggunan logo atau lambang Harapan dalam
pilihan raya.
Ia menjadi pertikaian ekoran kekalahan PH dalam Pirane Melaka
minggu lalu. Ada pendapat meletakkan kegagalan PH untuk merampas Melaka itu
disebabkan logo digunakan dalam pilihan raya itu tidak menarik dan dikenali
rakyat seperti lambang Roket atau Mata. Penggunaan logo Harapan dalam beberapa
siri pilihan raya kecil sebelum ini juga mengecewakan.
Dalam pilihan raya lalu PH terdiri daripada gabungan Keadilan,
DAP dan Amanah menggunakan lambang Harapan berwarna merah. Lambang atau simbol
tertulis perkataan HARAPAN itu merupakan simbol rasmi Pakatan Harapan. DAP
hanya menang empat kerusi daripada lapan sebelum ini sementara Keadilan tidak
memenang satu kerusi daripada 11 kerusi dipertandingkan, sementara Amanah
menang satu daripada sembilan kerusi dipetandingkan.
Daripada respon dan pandangan diberi rata-rata bersetuju kalau
Keadilan menggunakan simbolnya, Mata dalam pilihan raya akan
datang dan juga tidak bersama DAP. Maksudnya Keadilan bertanding bersendirian
dan DAP bersendiri atau mungkin boleh bersama Amanah. Keadilan boleh bergerak
sendiri tanpa kerjasama dengan DAP.
Pendapat diberi juga untuk lebih menyenangkan Keadilan mengurus
partinya, kempen menarik pengundi Melayu khasnya. Langkah tidak bersama DAP itu
menurut sesetengah pengomen memudahkan Keadilan, kerana apabila parti itu
bergabung dengan DAP menyebabkan orang Melayu yang skeptikal dengan DAP akan
ikut menolak sama Keadilan. Mereka tidak mahu Keadilan terleset najis DAP.
Bagaimana pun ada juga pendapat yang tidak bersetuju dengan
memberi alasan, Keadilan belum memiliki kekuatan untuk bersendirian. Parti itu
perlu bersama dengan DAP dan juga gabungan parti lain. "Daripada
bersendiri lebih baik berpakat," ujar seorang pengomen agak
rasional.
|
|
|
Anthnony Loke |
Mengenai perkara sama, DAP juga memberi gambaran partinya akan
bergerak sendiri dalam pilihan raya akan datang. Gambaran ini diberikan oleh
Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke, apabila melontarkan
pandangan meminta PH tidak lagi menjaja Anwar Ibrahim untuk jadi perdana
menteri sebaliknya menumpukan kepada agenda reformasi.
Kenyataan terus terang Anthony itu membuka lembaran baru
hubungan DAP dengan Keadilan. Ia membayangkan DAP juga mahu perlahan-lahan
mengenepikan Anwar. Tentunya pandangan Anthony itu mewakili suara batin
para pemimpin parti chauvenis Cina itu.
Anthony Loke gambar sikap DAP.
Bertitik tolak daripada apa digambar dan dikehendaki Anthnoy
Loke itu maka lebih wajar kalau Keadilan juga bersiap sedia untuk kehilangan
DAP dan membuat persiapan mengukuh dan menyakinkan diri sendiri. Membaca
makrifat politik disuara Anthony Loke itu, Keadilan perlu berwaspada dan
bersiap sedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang tidak terfikir sebelum
ini.
Keadilan amnya dan Anwar khasnya jangan terkhilaf membaca
kesetiaan dan permainan politik DAP.
Seperkara perlu disedari bahawa hakikat kerbersama dalam PH
dengan DAP, itu bukan mencerminkan hakikat kerjasama batin sebenar sebab baik
Keadilan dan DAP mempunyai matlamat dan sikap masing-masing yang boleh diukur
kepada idealogi perjuangan dan misi serta wawasan utama pemimpin kedua-dua
parti itu. DAP dan Keadilan hanya bersama dalam hendak memiliki kuasa tetapi
mereka berbeza dalam batin politik?
Ia mungkin juga boleh ditambah dengan sifat politik itu sendiri
yang dinamik, yang mana dinamikanya perlu dikaji, diteliti dan dihadapi
sepanjang masa. Bagi Keadilan dan Anwar perlu ditekankan bahawa Piraum ke-15
adalah pilihan raya terakhir buat Anwar.
DAP, boleh yakin dan bangga dengan pencapaian dalam Piraum ke-15
dahulu yang mendapat 42 kerusi. DAP kini seperti terdesak untuk mengekalkan
kerusi itu. Baginya jumlah itu dikira pencapaian terhebat di sepanjang
penglibatannya dalam pilihan raya dan ia perlu dipertahankan dengan apa cara
sekali pun hatta terpaksa berpiaha dengan kawan dan mengimpikan kawan lama.
Apa yang diperkirakan oleh DAP, mereka mahu kekalkan kerusi itu
untuk dijadikan bargaining power, selepas pilihan raya
nanti. Jika mereka dapat mengekalkan jumlah kerusi tersebut ia kejayaan
berganda buat mereka. Pakar perangkaan dan strategi DAP sudah mengira, bahawa
kelompok Melayu yang mendominasi kerusi parlimen selama ini akan berpecah.
Secara
mudah kelompok Melayu akan terbahagi tiga, dimana tidak ada kelompok yang
mendapat lebih 50 atau 80 kerusi. Masing-masing akan berjaya sekitar 30 hingga
60 sahaja. Dengan kedudukan itu DAP yang memiliki 40 kerusi boleh bertaut dan
berkolaborasi dengan kelompok mana-mana sahaja bagi membentuk kerajaan bersama.
Itu yang terbata-bata dalam minda sesetengah pemimpin DAP kini.
Dengan kedudukan kelompok atau Melayu hilang hegemoni begitu,
mana-mana kelompok Melayu akan mencari rakan untuk menubuh kerajaan. Dalam
situasi ini DAP mengambil kesempatan boleh menjual kerusinya itu untuk
mengenapkan 112 kerusi bagi mewujudkan kerajaan dengan simple majoriti. Soal
idealogi, prinsip dan idealogi perjuangan bukan perkara penting lagu. Yang
penting ialah kuasa dan jadi kerajaan.
Misalnya kalau BN memerlukan kerusi itu, DAP boleh menampungnya
begitu juga dengan PN dan PKR. Soal idealogi tidak menjadi perkiraan lagi yang
penting dapat jadi kerajaan. Peluang menjadi menteri 22 bulan sedikit sebanyak
mengubah persepsi dan cara pemimpin DAP berpolitik. Sedar atau tidak, DAP kini
yang dalam era peralihan kepimpinan sedang membina naratif baru politik
Malaysia. DAP juga sudah hilang prinsip asas dan asalnya sebab itu Ronnie
Liu seakan-akan bertindakan mengherdik DAP menyebabkan beliau tewas
dalam pemilihan Jawatankuasa DAP Selangor.
Berbalik kepada soal menggunakan logo sendiri dan menguzlahkan
diri daripada DAP dalam pilihan raya akan datang Keadilan perlu melihat
perkembangan ini secara mendalam dan mengenal kesan dan implikasinya. Jangan
pula rumah sedia ada hilang untuk bina rumah baru, tapaknya tidak
dipasti. [wm.kl.4:14 pm 29/11/2021]
PICIT BUTANG ATAU PICIT .....