Lantik guru tanpa kemahiran umpama ajar di pusat tuisyen, kata bekas pengarah

 

Antara mata pelajaran dikesan mengalami kekurangan guru di sekolah rendah adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

KOTA KINABALU: Bekas pengarah pendidikan Sabah, Jame Alip berkata, pelantikan guru tanpa kemahiran dan ilmu pedagogi umpama guru mengajar di pusat tuisyen, bukannya di sekolah.

Katanya, pelantikan guru tanpa kemahiran itu juga boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP), termasuk pengurusan bilik darjah serta murid.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada menteri dan Kementerian Pendidikan (KPM) atas keprihatinan serta ambil peduli terhadap masalah kekurangan guru opsyen yang dihadapi sekolah sejak dulu dan ada kalanya bilangan guru lebih di sekolah tertentu, tetapi tidak memenuhi opsyen diperlukan.

“Kita belum pasti prosedur dan perancangan jangka panjang untuk bakal guru yang dilantik secara ‘one-off’ seperti diumumkan. Adakah kaedah sama dibuat seperti sebelum ini, iaitu KPM pernah melantik guru sandaran tidak terlatih dan guru interim, kemudian mereka wajib menghadiri kursus setiap cuti semester di IPG (Institut Pendidikan Guru) tertentu dalam masa ditetapkan untuk melengkapkan mereka sebagai guru terlatih.

Bekas pengarah pendidikan Sabah, Jame Alip

”Adalah kurang profesional dalam bidang perguruan, jika seseorang yang dilantik menjadi guru tanpa mempunyai kemahiran dan ilmu pedagogi, ibarat kata seorang ilmuan, guru yang tiada ilmu pedagogi umpama guru mengajar di pusat tuisyen…ia boleh menjejaskan PdP, termasuklah pengurusan bilik darjah dan murid,” katanya kepada FMT.

Ahad lalu, Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, KPM akan membuat pengambilan khas guru secara “one-off” bagi mengisi kekosongan guru di seluruh negara, khasnya di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor yang akan membabitkan pengambilan 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41.

Katanya, langkah itu adalah perancangan KPM di bawah Pelan Pemulihan Negara susulan kekurangan calon guru dari IPG, selain ketidaksepadanan opsyen untuk mata pelajaran tertentu.

Beliau berkata, antara mata pelajaran dikesan mengalami kekurangan guru adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi di sekolah rendah, manakala Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah menengah.

Jame berkata, lebih baik KPM melantik siswazah tamat pengajian dalam aliran pendidikan, sebelum melaksanakan dasar pelantikan guru secara “one-off” kerana ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan pengangguran dalam kalangan mereka.

“Saya difahamkan masih ramai guru siswazah, mungkin ratusan atau ribuan yang terlatih dan memiliki ijazah sarjana muda pendidikan dari IPG dan universiti awam atau swasta yang menamatkan pengajian mereka, tetapi belum dilantik Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), walaupun telah memohon.

”Semoleknya sebelum dasar KPM melantik guru secara ‘one-off’ dilaksanakan, lebih baik mereka melantik siswazah telah tamat pengajiannya dalam aliran pendidikan itu,” katanya.

Jame yang pernah berkhidmat 38 tahun dalam bidang perguruan dan pendidikan turut mencadangkan KPM tidak menutup mana-mana cawangan IPG di seluruh negara yang mampu menangani kekurangan guru opsyen di sekolah, jika isu itu dianggap kritikal.

“Lebih baik meneruskan dasar IPG dulu agar peranan institut berkenaan dan rohnya berterusan, dengan mengekalkan fungsi cawangan IPG untuk melatih bakal warga guru terlatih.

“Semua pensyarah yang ada di IPG berpengalaman, bukan saja menguasai isi kandungan subjek, tetapi juga dari aspek ilmu pedagogi dan pengalaman mengajar sebagai guru terlatih, sama ada pernah berkhidmat di bandar, luar bandar atau pedalaman.”

Bagi menangani isu kekurangan guru opsyen, katanya, pihak berkepentingan seperti Bahagian Pendidikan Guru (BPG), IPG, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta persatuan guru perlu berbincang kerana mereka lebih memahami masalah di peringkat akar umbi.

“Kita tidak mahu strategi pengambilan guru secara ‘one-off’ ini dipandang seolah-olah bertujuan mengatasi lambakan siswazah yang sedang menganggur.”

Bila fatwa dipadam Musang Berjanggut

 


Bila fatwa dipadam Musang Berjanggut


Hari ini heboh katanya Fatwa “Haram” Amanat Haji Hadi hilang dari radar pautan di Web JAKIM, Bayangkan..Fatwa pun boleh padam.. Sudah pasti ini kerja Menteri Datuk Nikah Kahwin..

Itu sebab tajam seorang Faqih seperti P Ramlee menterjemahkan sifat Ulama jahat dalam sebuah Kerajaan yg Khianat dalam filem Musang berjanggut.. antara Dialog dalam filem tersebut..

Puspa Wangi: Salah atau tidak jikalau seorang lelaki, masuk di rumah seorang perempuan, semasa suaminya tak ada di rumah?

Datuk Nikah Kahwin: Hoi, itu salah besar… salah besar.

Puspa Wangi: (Menuding jari) kalau begitu, kanda ni kan salahlah.

Datuk Nikah Kahwin: Eh salah jugaklah. Tapi itu tak jadi apa, sebab… undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin. Itu semua boleh padam (ketawa).

Betul lah tu.. Undang2 ni Kanda yang bikin.. Nasib watak perempuan tu Puspawangi, Bukan Mawar.. Tapi tetap sama, sama sama bunga, sama sama wangi..

Yang penting semua boleh padam.. 🙂

Ipohmali




Pertemuan Hishammuddin dan Al-Sisi : Lelaki ini persoal mana pergi suara Ulamak Pas dan Duta Timur Tengah?

 Pertemuan Hishammuddin dan Al-Sisi : Lelaki ini persoal mana pergi suara Ulamak Pas dan Duta Timur Tengah?

Bayangkan Pertemuan dan kerjasama ini dilakukan Ketika Dunia membantah tindakan Kerajaan Mesir menghukum mati pemimpin Ikhwanul Muslim.. Dan pada tarikh yang hampir sama Morsi mati dalam tahanan..

Aku tak pelik Muhyidin atau Hishamuddin takda rasa bersalah sebab depa lahir dari UMNO dan alat Penjajah yang menghalalkan Judi dan Arak.. Tapi aku hairan PAS diam membisu..

Kita tak suruh putuskan hubungan Diplomatik atau bekonfrantasi dengan mesir, Cukup menunjukkan sikap tidak bersetuju dengan Kezaliman regim Asisi..

Mana pergi Suara Ulama PAS dan Duta timur tengah ? Apakah ini boleh ditafsirkan sebagai Musuh Islam ?

Ipohmali

HADI AWANG TAK SETUJU DENGAN HADI AWANG


RIDWAN ABU BAKAR


Inilah yang dikatakan 'pusing tengkok nas' supaya ikut dia.

Dato' Sri Hj Abd Hadi Awang (2019) tidak bersetuju dengan Tuan Guru Hj

 Abd Hadi Awang (2013).

 


 May be an image of 2 people, people sitting and text

PENDUSTAAN POLITIK YANG MENJIJIK KAN

 

Pak Aji B sememangnya penganut politik Machiavelli. Matlamat menghalalkan cara lepastu dia kata org lain yg amal politik sekular walhal dia la pegamal sekularTAHIKlisme. Tu pasal jadi JIJIK. PNdengki no wahid, Suu' betoi la Iblis berserban tu. Elok lah dia kawan sama SETAN Tua. Dah kena dahh.....MSO kata kembar siam sebab sama2 benci dan dendamkan DSAI.

Wallahualam

- Zus Din (22 June 2021)

******************************

PENDUSTAAN POLITIK YANG MENJIJIKKAN

Saya perhatikan sahabat saya yang juga merupakan aktivis Pas suatu masa dahulu Tarmizi Mohd Jam membuat catatan dan pengepos dalam medsos beliau bermacam macam pendapat, hukum dan cita cita Hadi Awang yang bercanggah antara satu sama lain. Macam macam bentuk pendustaan politik Hadi Awang.

Ada percanggahan pendapat presiden Pas yang kini keuzuran itu sangat menjolok mata dan jijik sekali. Ia semacam dilontarkan oleh bukan oleh orang yang sama. Kontrasnya ketara sekali. Saya tidak mahu memetiknya kesemua percanggahan pendapat, atau pun pendustaan politik Hadi, yang pernah dilakukan itu yang seperti disebut Tarmizi. Anda boleh selek dan menelitinya sendiri.

Tetapi cukup kalau saya mengutip pandangannya dan pendustaan politiknya terhadap Umno sebelum ini. Fatwanya sangat berat mengenai Umno sehingga menuduh Umno sebagai kafir. Pernyataan beliau yang dikenali dengan Amanat Haji Hadi, menjelaskan apa yang menjadi pendirian dan pegangannya.

Hadi sesudah berdekad menanamkan kebencian itu kepada Umno dalam kalangan pengikutnya, (orang Pas), tiba tiba beliau menarik handbreak, dengan menukar fatwa bukan sahaja boleh berkawan dengan Umno tetapi meminta ahli Pas mengundi MCA. Perubahan itu sungguh mengejutkan. Sebuah pantunnya menghalalkan MCA tentu masih ingat. Apa dilakukan itu semua demi kuasa bukan kerana prinsip hukum diyakininya sebelum ini

Sebenarnya bila kita kenali Hadi Awang dan tahu sejarah dan genetiknya tidak akan berasa pelik dengan perubahan dirinya itu. Beliau terkenal tokoh yang hadir dengan sejuta anologi dan dalil yang naif. Dia seorang pengamal politik Machiavellism yang tegar, sampai sanggup membolak balikkan hukum agama dan menodai prinsipnya sendiri. Sejahat jahat politis lain tidak tergamak untuk menunggangkan hujum agama semata mata kerana politik. Beliau bernasib baik kerana pengikutnya sudah terbius.

Yang dikesali dan hairan ialah kepada ahli Pas dan mereka menyokongnya. Apakah mereka yakin dengan menyokong parti dipimpin oleh orang seperti itu mereka masih menganggap benar dan haq? Masih dapat mengetuk pintu syurga dengan terus berpegang demikian. Apakah mereka menyetujui apa yang Hadi kata tanpa bahas?

Itu yang dikesali. Dan dusta dusta politik Hadi Awang tidak akan luput selagi beliau tidak meralatkan apa apa yang disebut dalam pernyataan dipanggil Amanah Haji Hadi itu. Dosa Hadi dengan Umno tidak terampun jika beliau tidak menarik dengan taubat sebab ada yang boleh melupainya tetapi ada yang tidak akan memaafkannya. Demikian juga kemenangan Pas di Terengganu hasil mempengaruhi rakyat dengan fatwa dan hukum gilanya itu boleh dianggap sebagai tidak halal. Trims.

- MSO

 

COVID-19 : AUSTRALIA ANTARA NEGARA PALING BERJAYA MENANGANI PANDEMIK

 



ZUBAIDI SUDIN


SEJAK AWAL PANDEMIK pd Jan 2020 saya sering mengikuti perkembangan dua negara yg sgt berdisiplin dan Kerajaan mereka "allout" menangani pandemik COVID-19.

Ya. Ekonomi rakyat mereka turut terjejas tapi mereka bingkas bangun dan mengatasinya dgn SOP yg tidaklah separuh masak atau cacamerba mcm Malaysia.

New Zealand sgt

hebat

kerana kepimpinan negara itu. Tapi jumlah populasinya hanya 4.859 juta org. Oleh itu saya lebih berminat memerhatikan Australia dgn jumlah populasinya sekitar 26.289 juta org.

MESKIPUN Australia meneruskan program vaksin secara berhati2, sgt terbuka dan telus tentang kematian akibat vaksin, "Negara pharmaceutical" itu begitu aktif mencari PENAWAR atau UBAT kpd COVID-19 dan tidak menolak keberangkalian ubatan atau penawar yg berkesan utk COVID-19.

Mereka hampir berjaya mencipta ubat yg hampir sama seperti Ivermactin (IVM) tapi ia khusus utk COVID-19, digelarkan "Head Seeking Missile" yg mengejar virus itu sehingga ke paru-paru. Manakala di negara "Pasir Berdengung", IMV pun dirampas.

Kajian itu diketuai penyelidik dari Queensland, Prof Dr Nigel McMillan dan kini dlm proses Clinical Test. Ini adalah "A Major Breakthrough" yg tidak disukai oleh pembuat vaksin.

Lihat bagaimana Australia berjaya menekan lekuk pandemik dgn Pelan Tindakan dan Pemulihannya yg serious dan bersungguh.

Mereka hanya menghadapi sedikit masalah dgn Victoria State yg menjadi tempat paling teruk diserang COVID-19 tetapi ia terkawal.

Jumlah keseluruhan kes hanya 30,356 org dgn kes kematian hanya 910 org. Kes jangkitan harian mereka hanya sekitar 8 org. Cubalah bandingkan dgn Malaysia? Hampeh. KPK patut letak jawatan bersama Abah Kau dan Menteri2 #PNGAGAL.

Wallahualam.

- Zus Din

22 June 2021

#KERAjaanPNGagal

#PNGAGAL

#PNderhaka

#KPKLetakJawatan

 

MUHYIDDIN DIKEJUTKAN! PERLETAKAN JAWATAN! PENGERUSI & TIM PENGERUSI!


PARTI BERSATU SEMUA SAKAI DAPAT KUASA SEMUA PUN MASING2 BEREBUT DAN MENUNJUKKAN KUASA!! PARTI NI MMG TIDAK BOLEH PAKAI!! SEMUANYA ORANG DALAM SANA PUN MMG PENGKHIANAT PARTI DAN MCM JENIS!!

RENTASAN 911 | PANAS!!! KINI MAHIADDIN SAHKAN SIDANG PARLIMEN DILEWATKAN?




MENARIK DALAM RENTASAN 911

1. ANTARA JAHAT DAN JIHAD 2. FITNAH ITU KEMBALI KEPADA ASAL-USULNYA 3. KERAJAAN HILANG KEYAKINAN PERLU BERUNDUR 4. JANGAN DERHAKA KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG




SIAPA "UNTA TUA" ? SYED SHAH JAWAB ..

KAH..KAH....SIAPA WOIII...SIAPA ?


W.FAUDZIN

Cuba beritahu, negeri mana nak berkongsi dengan mu? Kongsi balak? Air paip teh

 tarik? Hudud? RUU 355? Kongsi mercedes? Kongsi kemiskinan? Cer cakap...


INI YANG PASTINYA....


Apabila kerajaan tebuk atap yg didokong oleh Pas sekarang tampak goyang

 dan semakin rebah, tunggulah saat dia betul2 rebah. Ketika itu, yakinlah Pas

 akan kembali main lagu penyatuan melayu dan Islam dlm Muafakat Nasional

 bersama Umno. Waktu ini, dia tak pandang Umno kerana sayangkan kerusi

 empuk menteri. Nanti akan keluar fatwa baru dari Hadi tentang wajib Pas

 bersama Umno. Harap Umno boleh kenal Pas sebagaimana kami lama kenal

 Pas.



 May be an image of 1 person and text

NOOR HISHAM BUKAN MY HERO...!!!

 


NORMAN RADZUAN


Maaf lah jika saya katakan ini....

Pandangan peribadi saya, Tan Sri Noor Hisham kini anda from hero to zero. Apalah guna bercakap setiap hari di kaca TV minta rakyat patuhi SOP, minta Lockdown tetapi sektor perkilangan tidak ditutup? Sedangkan 70% bermula di situ. Sasaran lockdown bukan pada tempatnya. Jika hendak menangkap tikus bukan di dalam kolam tetapi di longkang-longkang Tan Sri. Bagaimana mahu putuskan rantaian ini Tan Sri... realistik la.

Akhirnya kes terus tinggi. Jika sektor perkilangan ditutup sejak 1hb Julai lalu kes kita sudah boleh berada di bawah paras 3,000. Akhirnya rakyat terus ditakutkan dgn numbers...Rakyat terus dipaksa stay at home sdgkan ramai rakyat rasa nak mati dan saya sudah tidak dpt menahan sebak di hati mendengar rintihan mereka lagi.

Jika saya jadi Tan Sri saya lepas jawatan dan serahkan kpd mereka yg lebih berkelayakan. Maaf Tan Sri saya terpaksa bersuara bagi pihak rakyat... bagi saya Tan Sri gagal. Tan Sri kata staff KKM keletihan. Bagi saya mereka keletihan sb Tan Sri biarkan kilang beroperasi. Jadi mereka kini terpaksa menanggung beban tersebut.

Terpulanglah kpd siapa yang masih menganggap Tan Sri hero... utk saya Tan Sri bukan my hero lagi.

SALAHKAN NEGARA MAJU PULA DAH..

 


HAMZAH RIE NA


DULU.. salahkan negeri maju, Selangor.

SEKARANG.. salahkan negara maju pulak.

Dengan negara Kemboja pun kita kalah bab vaksin, lagi nak salahkan negara maju..

Patut salahkan diri sendiri sebab kerajaan PN punya reputasi antarabangsa yang teruk !!

#KerajaanGagal

SR

May be an image of one or more people, people sitting and text that says "KERAJAAN LEMBAB VAKÅ INAS MASIH LAGI NAK SALAHKAN NEGARA LAIN? Metro Negara maju bolot bekalan vaksin Covid-19 Covid SR Khairy Jamaluddin"



MACAMANA KES TAK TURUN, LIHAT JADUAL INI .

 

May be an image of text that says "NAK TAHU KENAPA ANGKA KES BAHARU HARI INI TURUN LAGI Jumlah Saringan Sehari Kes Baharu Peratusan (%) Kes Baharu 1Jun 20Jun Jun 19Jun 58,534 77,651 83,713 4,611 5,293 5,911 29 Mei 7.90 6.82 7.06 126,480 (Rekod saringar sehari paling tinggi) 9,020 (Rekod kes baharu paling tinggi) 5.45 (Hari pertama PKP 3.0) SR Kalau jumlah saringan pun dah dikurangkan, memanglah kes baharu juga boleh berkurang"

HAMZAH RIE NA


Kecoh hari ni kat berita kononnya jangkitan Covid-19 dah menurun..

TAK YAH NAK TEMBERANG !!

Memanglah dah turun sebab dah kurangkan lebih darrpada separuh jumlah saringan sesebelum ini.

Hakikatnya kadar peratusan jangkitan hari ini sebenarnya TELAH NAIK dan yang tertinggi dalam tempoh Lockdown iaitu 7.90% berbanding sehari sebelum Lockdown hanya 5.45%.

Tang mana satu ABAHcow kata DARURAT dah berjaya melandaikan graf tu ??!

SR

 

JAKIM ‘semak’ dakwaan padam fatwa Amanat Hadi


Tangkap layar pengguna Twitter yang bertanyakan sama ada JAKIM sudah memadam fatwa berkaitan Amanat Hadi di laman web semakan fatwa Sumber Maklumat Al-ahkam al-Fiqhiyyah (E-SMAF).

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata akan menyemak dahulu dakwaan mengatakan pihaknya telah memadam fatwa berkaitan Amanat Hadi di laman rasmi sesawangnya.

“Nanti saya semak,” kata Unit Komunikasi JAKIM ketika dihubungi FMT.

Sebelum itu, tular tangkap layar seorang pengguna Twitter bertanyakan JAKIM adakah pihaknya telah memadam fatwa Amanat Hadi.

“Apakah benar @MyJakim telah memadam fatwa Amanat Hadi yang telah difatwa haram pada 2002.

“Jangan permainkan hukum sebab politik,” soal pemilik akaun Twitter berkenaan.

Carian FMT di laman web semakan fatwa Sumber Maklumat Al-ahkam al-Fiqhiyyah (E-SMAF) mendapati tiada rekod berkaitan fatwa itu dipaparkan.

Laman kelolaan JAKIM itu berfungsi merakam fatwa dari seluruh negeri, mengelaskannya mengikut kategori dan merekodkan statusnya sama ada diwartakan atau tidak.

FMT sudah menghubungi dan sedang menunggu maklum balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad dan Ketua Pengarah JAKIM, Abdul Aziz Jusoh berhubung status fatwa itu.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin dalam tulisannya seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 2018, dipetik berkata Majlis Fatwa Kebangsaan sudah melaksanakan tugas apabila mengisytiharkan Amanat Hadi sebagai sesat.

Asri berkata, beliau percaya Amanat Hadi memainkan peranan menyebabkan tragedi berdarah Memali 1985 dan perpecahan umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, dakwaan itu ditolak sebelum ini oleh Hadi dan penyokongnya.

Amanat Hadi merujuk kepada sedutan ceramah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

BERGILIR-GILIR MEREKA JAGA MEREKA SAMPAI RAKYAT MAMPUS!

 

KAK IDA ABDULLAH


Jika salah satu terpilih bagi menggantikan PM9 yang derhaka, maka rakyat kena sedarlah semuanya sandiwara sahaja.

Bersedialah rakyat sekelian untuk derita sehingga PRU15 dipimpin mereka yang tiada halatuju selain dari sekat Anwar Ibrahim sahaja.

Jika Anwar bising semasa pemerintahan mereka, drama liwat III akan muncul untuk menghalalkannya ke penjara. Beginilah selama 20 tahun cerita berulang dan Malaysia terus ketinggalan....

Beginilah nasib rakyat yang malang oh Tuhan...


May be an image of 3 people and text that says "Calon-calon Calon- PM9"

LAGI MENTERI BUAT JAMUAN....

 

MUHD MUKHLIS MOHD SYARIF

Eh ada makan-makan ke kat rumah Timbalan Menteri? Next time jemput polis bagi mudah nak buka kertas siasatan. Kes Takkurantini dan MB selut tak settle lagi, mai pula kes baru. Janji Melayu Isleyy kan?


May be an image of one or more people, people sitting, people standing and text that says "g IS at KG Sg Ling Maran Pahang. hour ago Maran, Pahang Majlis Sambutan Hari Bapa di kediaman YBTM KPKT. and9others and others Like 2Commens.1Share Comment Share"


Mayiaddin Mengaku Bodoh Minta Simpati Rakyat? - Kata Dato Zaharin

((PANAS)) DATO KAMAL & NAJIB BERJAYA DEDAH "PUTAR BELIT" MAHIADDIN & TAK...

TEMPOH 14 HARI JUGA MENUNJUKKAN UMNO TIDAK BEGITU FAHAM ERTI ‘SEGERA DAN SECEPAT MUNGKIN’

 

UMNO memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin untuk membuka langkah mengadakan sidang Parlimen sebagaimana yang disarankan oleh Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Dalam kenyataan selepas mengadakan mesyuarat Biro Politik UMNO, Presidennya Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kegagalan melaksanakan titah Raja-Raja Melayu adalah perbuatan menderhaka serta tidak menghormati institusi Istana.

“UMNO berpendirian tegas untuk mendesak kerajaan menghormati titah Agong dan Raja-Raja berkaitan sidang Parlimen itu dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan ini,” katanya.

Zahid Hamidi seterusnya memberi amaran, sebagai parti yang diasaskan untuk memelihara dan membela institusi Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO, satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi akan diadakan bagi memuktamadkan tindakan selanjutnya jika PN terus berdegil dan berdiam diri.

Meskipun tindakan UMNO ini dikira positif, tetapi masih ramai yang masih melihatnya sebagai satu lagi “silat pulut” daripada Zahid Hamidi.

Soalnya, kenapa masih mahu memberi tempoh 14 hari?

Bukankah titah Agong dan titah Raja-Raja Melayu adalah amat jelas iaitu sidang Parlimen perlu diadakan dengan segera dan secepat mungkin?

Apakah dengan masih memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan PN ia menunjukkan Zahid Hamidi juga tidak begitu faham dengan maksud segera dan secepat mungkin sebagaimana yang telah dititahkan oleh pihak Istana?

Setelah kerajaan PN dan Mahiaddin sudah melengah-lengahkan titah Agong dan titah Raja-Raja Melayu hampir seminggu dengan tidak berbuat apa-apa, diikuti dengan tempoh 14 hari yang diberi oleh UMNO, tidakkah ini memperlihatkan Zahid Hamidi sebenarnya hampir tiada beza dengan Mahiaddin dalam memahami maksud perkataan segera dan secepat mungkin?

Ramai yang merasakan UMNO seharusnya mengambil tindakan lebih pantas dan konkrit dalam perkara ini kerana selama ini sudah terbukti banyak kenyataan oleh kerajaan PN berkaitan pembukaan Parlimen tidak lebih hanya untuk melengah-lengahkan masa saja.

Misalnya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan pernah mengeluarkan kenyataan pada 5 November 2020 untuk mengkaji cadangan mengadakan sidang Parlimen secara maya, diikuti pada 4 Jun 2021, sekali lagi dengan kenyataan mahu mengkaji juga perlaksanaan sidang Parlimen secara hibrid.

Kedua-dua kenyataan itu akhirnya hanya tersangkut di peringkat kajian dengan langsung tiada apa-apa tindakan, disusuli dengan Mahiaddin pula pada semalam mengeluarkan kenyataan bahawa sidang Parlimen akan diadakan setelah beliau mendapat laporan daripada sebuah jawatankuasa yang diwujudkannya.

Ternampak jelas daripada semua kenyataan selama ini hanya bertujuan untuk melengah-lengahkan masa, sedangkan hakikat sebenarnya kerajaan PN ini tiada keinginan sama sekali untuk membenarkan Parlimen bersidang.

Maka itu, perlukah lagi UMNO terus memberi amaran dan meletakkan tempoh tertentu kepada kerajaan PN dan Mahiaddin untuk memenuhi titah Agong?

Kiranya UMNO benar-benar serius dalam menjunjung titah Agong serta titah Raja-Raja Melayu, sambil dalam masa yang sama menyedari kerajaan PN dan Mahiaddin sebelum ini sudah beberapa kali cuba melengahkan masa, tindakan terbaru memberi tempoh 14 hari bukan saja dikira lambat, malah dibimbangi tidak berkesan.

Tindakan terbaik ialah UMNO sepatutnya segera keluar meninggalkan kerajaan PN bagi membolehkan kerajaan baharu terbentuk dan selepas itu, sudah pasti sidang Parlimen akan diadakan dengan sendirinya.

Dengan demikian, ia bukan saja mampu memperlihatkan UMNO sebagai pembela dan menjunjung institusi Istana, malah juga dapat menyelamatkan nasib rakyat daripada terus sengsara di bawah sebuah kerajaan yang nampaknya tidak begitu peduli dalam membela nasib mereka.

Barulah selepas itu, UMNO lebih berpeluang cerah memenangi banyak kerusi berbanding parti-parti Melayu lainnya. 

(ShahbudinHusin 21/06/2021)



Bentuk jawatankuasa, taktik Muhyiddin lengah sidang Parlimen, kata DAP


Lim Guan Eng berkata, tiada keperluan untuk mengkaji sebaliknya Muhyiddin Yassin perlu mematuhi perintah Agong melaksanakan sidang Parlimen secepat mungkin.

PETALING JAYA: DAP mendakwa jawatankuasa dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang yang dibentuk untuk meneliti aspek penting sebelum sidang Parlimen diadakan adalah taktik Muhyiddin Yassin untuk melambatkan pembukaan Dewan Rakyat.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, langkah itu bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu supaya Parlimen diadakan secepat mungkin.

“Pengumuman Muhyiddin bahawa kerajaan akan membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji sama ada Parlimen perlu bersidang adalah tidak masuk akal, tidak bertanggungjawab dan taktik tidak jujur untuk menangguhkan persidangan tersebut sehingga September atau Oktober, bukannya secepat mungkin seperti dititahkan Agong dan Majlis Raja-raja.

“Membentuk jawatankuasa untuk mengkaji sama ada Parlimen perlu bersidang semula secepat mungkin adalah sama seperti membentuk jawatankuasa untuk mengkaji sama ada perdana menteri perlu meletakkan jawatan sedangkan keputusan tersebut terletak di tangan perdana menteri sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Lim berkata, tiada keperluan untuk mengkaji sebaliknya Muhyiddin perlu mematuhi perintah Agong melaksanakan sidang Parlimen secepat mungkin.

“Jika Muhyiddin tidak bersedia untuk melakukannya, ini menunjukkan dia tidak ikhlas mematuhi titah diraja untuk memanggil semula sidang Parlimen. Muhyiddin terdesak sehingga berani menentang titah diraja, menunjukkan dia sudah tiada keabsahan politik dan kehilangan majoriti Parlimen dalam kalangan Ahli Parlimen,” katanya.

Katanya, Muhyiddin sepatutnya membenarkan Parlimen menentukan jalan keluar daripada krisis yang melanda negara dengan memangggil sidang Dewan Rakyat dan memberi notis 28 hari atau jangka masa lebih pendek mengikut Peraturan Mesyuarat 11 Parlimen.

“Sekiranya Muhyiddin dengan degil menolak untuk berbuat demikian, Ahli Parlimen mungkin tidak mempunyai pilihan selain terpaksa merayu kepada Agong untuk menggunakan kuasa baginda bawah Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat 2021 untuk memanggil semula Parlimen,” katanya.

DI MANA YANG BERJAYA ? HUDUD ? RUU 355 ? AIR PAIP BERSIH ? TANAMAN SEMULA BALAK YANG DISAPU? FDI MASUK BERBILLION BILLION ...MANA DIA KEJAYAAN ?

 


Pas mahu kongsi kejayaan tadbir Kerajaan Kelantan

Pas mahu kongsi kejayaan tadbir Kerajaan Kelantan

PAS Kelantan akan memanfaatkan pelbagai media dan medium bagi mengetengah kejayaan kerajaan negeri sejak ditadbir PAS pada Oktober 1990 sehingga sekarang.

Usaha itu dilakukan secara berterusan sejak dahulu sehingga sekarang termasuk melalui Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri (UPKN), Harakah dan laman-laman berita.

Ketua Penerangan PAS negeri Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, kejayaan itu sebelum ini dikongsi melalui pelbagai medium milik kerajaan negeri dan PAS untuk dikongsi rakyat di seluruh negara.

Katanya, biarpun perkara itu sudah lama dilaksanakan namun kaedah promosi perlu diulang-ulang bagi membolehkan ia disebarkan secara meluas.

Malah kata beliau pada 10 tahun pertama kerajaan Kelantan berjaya merintis 100 perubahan terutamanya perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kerajaan Kelantan melakukan perubahan awal berkaitan perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri antaranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“PBT menguatkuasa peraturan melarang premis perjudian dengan tidak mengeluarkan lesen premis sejak awal 1990-an.

“Begitu juga hiburan yang melampau tidak dibenarkan. Penguatkuasaannya di bawah bidang kuasa PBT. Kelantan juga mempunyai Enakmen Kawalan Hiburan,” katanya di sini.

Konvensyen Penerangan dan Media Baru PAS Pusat Sabtu lepas mahu usaha mempromosikan kejayaan kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Kerajaan Persekutuan dilakukan melalui pelbagai platfom media dan organisasi parti.

Resolusi juga meminta setiap ahli PAS memperbanyakkan perkongsian bahan penerangan dalam Harakah dan Harakahdaily serta lain-lain media online PAS kepada khalayak awam.

Mohd Nassuruddin yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, ahli-ahli PAS hendaklah beriltizam untuk menjadi ejen penerangan yang berkesan dengan konsep semua ahli adalah ejen penerangan.

“Ia selaras dengan gesaan Timbalan Presiden PAS Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man supaya setiap ahli dan penyokong perlu bertindak sebagai agen penerangan,” katanya.

HAI..BELUM RETAK DAH PECAH ? BIAR BETOI..

 Panas! Wanita ini dedah berlaku peletakan jawatan beramai-ramai ajk Srikandi Bersatu di Johor



Panas! Wanita ini dedah berlaku peletakan jawatan beramai-ramai ajk Srikandi Bersatu di Johor

1. Semalam melalui hantaran yang disebarkan melalui media sosial dan “whatsapp” menunjukkan perletakan jawatan beramai-ramai Srikandi Johor Bahru yang jelas menunjukkan parti BERSATU sedang menghadapi kemelut yang meruncingkan.

2. Sebab-sebab yang dinyatakan di dalam surat itu juga jelas menunjukan bahawa parti BERSATU tidak stabil dalam pentadbiran nya. Sebelum ini pada May 2021 , Pengerusi Srikandi Muda BERSATU Johor juga meletakkan jawatan.

3. Bagaimana parti yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri sendiri begitu lemah dalam menjaga hal ehwal ahli jawatan kuasa wanita nya?. Bagaimana pula ingin menjaga sebuah negara?

4. Negara bukan sahaja ditadbir oleh satu kerajaan yang tidak stabil tetapi juga Perdana Menteri yang mengetuai parti yang tidak stabil juga.

5. Bagaimana ingin menyelesaikan masalah pandemik covid ini jika perkara ini berlarutan?. Dubai sudah membuka lapangan terbang antarabangsanya , Thailand akan membuka negaranya, Singapura sudah membuka banyak sektor ekonomi nya. Banyak negara sedang ke fasa pemulihan sepenuhnya. Bagaimana dengan Malaysia?. Perdana Menteri nya sedang bergelut dengan partinya sendiri.

6. Negara ini memerlukan satu kerajaan yang kukuh dan Perdana Menteri yang bijak dalam strategi untuk selamatkan negara ini dari pandemik dan juga dari segi ekonomi bukan Perdana Menteri yang hanya pandai membuat perutusan dan kelam kelibut dengan partinya sendiri.

NAPSIAH KHAMIS
KETUA WANITA KEADILAN JOHOR
MAJLIS PIMPINAN WANITA KEADILAN PUSAT.