PAS SELANGOR TIDAK SEHALUAN DENGAN PUSAT?


MENGAPA TERUS KAITKAN ANWAR DENGAN SD SOKONGAN UMNO?


MENGAPA TUBUH PLATFORM MP WANITA HANYA UNTUK PN?


WOIII...SETANG..SETANG...SETANG....SETANG SUKA GANGGU ORANG ...BAIK DAN JUGA JAHAT

 


Sanusi dakwa pihak yang cuba pecahkan PAS, Bersatu, UMNO adalah setan

Sanusi dakwa pihak yang cuba pecahkan PAS, Bersatu, UMNO adalah setan

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan mana-mana individu atau pihak yang menjadi ejen kepada perbalahan dan perpecahan ummah adalah syaitan.

Jelas beliau, cubaan mana-mana pihak dalam memecahkan perpaduan ummah yang disepakati bawah Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) membabitkan tiga parti Melayu, iaitu UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah tindakan yang tidak wajar dan merugikan.

Menurutnya, perkara itu juga tidak harus dibiarkan berlaku secara berterusan memandangkan ia boleh memberikan kesan yang besar dan merugikan umat Islam itu sendiri.

Sanusi menegaskan kerjasama yang membabitkan Pas menerusi PN dan MN bukan sekadar kerjasama politik semata-mata.
Sebaliknya, menurutnya ia adalah platform untuk mengukuhkan perpaduan umat Islam dan Melayu yang memerlukan kesatuan yang kukuh serta utuh terutama dalam menguasai arena politik tanah air.

Sehubungan itu, beliau berharap usaha dalam membentuk dan memupuk perpaduan ummah tidak seharusnya melibatkan tiga parti berkenaan sahaja, namun memerlukan penglibatan semua pihak di negara ini termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pengamal media.

“Kita kena berusaha untuk menjayakan perpaduan, siapa-siapa pun, parti apa pun… NGO, wartawan pun kena berusaha kepada perpaduan.

“Janganlah menulis berita yang boleh mencetuskan perbalahan dan perpecahan. Pengamal media sosial pun sama, carilah perkara yang boleh membawa kepada keutuhan umat manusia

“Ejen perpecahan, pergaduhan, perbalahan adalah syaitan, (manakala) ejen perpaduan adalah kerja kita, ejen penyatuan kerja kita,” ujarnya.

Sanusi berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman pada Selasa.

Pada Isnin, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa parti itu mahu melihat ‘muafakat politik’ yang termeterai di bawah PN antara Bersatu, Pas dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), demi masa depan negara.

Justeru, beliau menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk terus mendukung kerajaan sedia ada sekali gus memberi fokus kepada isu rakyat yang menanggung beban berikutan pandemik COVID-19 dan kurangkan politik dalaman yang mengganggu tumpuan. 



Industri minyak sawit dan undang-undang antarabangsa: Kisah dua amalan bertentangan



Adakah majoriti pekebun kecil dan pekerja dalam industri kelapa sawit berpendapatan lumayan?

 

ALIRAN KESEDARAN NEGARA

 

Jentera berat sedang menceroboh tanah kebun sawit milik penduduk Orang Asli - FILE FOTO

Saya tertanya-tanya sama ada Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang baru dilantik, Ngozi Okonjo-Iweala dari Nigeria, tahu bahawa Malaysia “mencuri” kelapa sawit negaranya (elaeis guineensis)?

Atau ia sebenarnya perbuatan “Tuhan” kerana pihak British yang bertanggungjawab membawa benih kelapa sawit dari Nigeria ke Malaya pada awal tahun 1870-an sebagai tanaman perhiasan – bak tersirat dalam slogan terkini menteri perusahaan perladangan dan komoditi: “Sawit Anugerah Tuhan”?

Nigeria pernah mejadi pengeluar dan pengeksport minyak sawit terbesar di dunia. Malangnya bagi negara itu, pokok kelapa sawit juga berkembang maju di benua Asia khususnya Timur Jauh. Didorong oleh peningkatan permintaan minyak sawit sebagai minyak sayuran dan kegunaan teknikal lain semasa Revolusi Perindustrian di Eropah, kerajaan British ketika itu mengambil langkah yang bijak untuk membangunkan kelapa sawit sebagai tanaman jualan, dengan estet komersial pertama ditubuhkan di Kuala Selangor pada tahun 1917.

Selepas pihak berkuasa British meninggalkan wilayah jajahanya, kebanyakan ladang kelapa sawit komersial berskala besar terus diusahakan oleh syarikat minyak sawit milik kerajaan negeri, persekutuan dan korporat swasta di Semenanjung Malaysia, diikuti oleh Sabah dan kemudian Sarawak.

Ini mengancam industri minyak sawit tradisional di Nigeria dan negara-negara lain, yang menjejaskan beratus-ratus ribu pekebun kecil dan ramai lagi pekerja di sana.

Hari ini, industri kelapa sawit adalah sektor keemasan Indonesia dan Malaysia, dua pengeluar dan pengeksport utama minyak sawit di dunia.

Kerana Eropah adalah antara pengguna minyak sawit terbesar di dunia dan pasaran utama untuk biodesel sawit Malaysia, kerajaan Malaysia bimbang akan kehilangan pasaran utama Eropah.

Malaysia dilaporkan telah memfailkan tindakan undang-undang dengan WTO tentang sekatan oleh Kesatuan Eropah (EU) terhadap penggunaan minyak sawit sebagai bahan api bio.

READ MORE:  Edict kecam kes penderaan ke atas tahanan di Penjara Pulau Pinang

 

Ditegaskan berulang kali oleh kerajaan Malaysia, tindakan EU itu mengancam mata pencarian 650,000 pekebun kecil dan kepentingan lebih 3.2 juta rakyat Malaysia yang bergantung kepada industri sawit, memacu mereka semua ke dalam kemiskinan.

Jadi, kerajaan Malaysia yang ‘penyayang’ memberi amaran akan mengambil tindakan untuk melindungi hak dan mata pencarian pekebun kecil kita jika EU melaksanakan sebarang larangan ke atas minyak sawit.

Parlimen Eropah memutuskan pada 17 Januari 2018 untuk menahapkan penggunaan minyak sawit menjelang 2021 dan mengehadkan produk biodiesel berasaskan tanaman dalam penggunaan negara anggotanya pada 2017 dan pada 7% daripada semua bahan api pengangkutan sehingga 2030, di bawah pelaksanaan Renewable Energy Directive (Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui), undang-undang EU yang menyelia semua peraturan mengenai tenaga boleh diperbaharui, termasuk bahan api minyak sawit.

Saya setuju kita perlu menyokong petani dan pekebun kecil kita. Namun, meninjau kembali selama ini, adakah model ekonomi kapitalis yang dominan sesungguhnya mendukung peranan wanita, lelaki dan belia di kalangan masyarakat pribumi dan golongan miskin lain di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dalam pertanian sara hidup dan kebun kecil mereka?

Lakukan carian pantas laporan tahunan syarikat-syarikat tertentu yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Hai! Bukti yang mencukupi mendedahkan bahawa syarikat besar-besaran dimiliki kerajaan negeri, swasta dan tokoh terkenal yang lazimnya menguasai industri kelapa sawit di Malaysia Barat dan Timur. Apa jua retoriknya, bukankah jelas bahawa mereka bimbang akan kehilangan berbilion ringgit pendapatan minyak sawit?

Kerajaan Malaysia meyakini bahawa sektor kelapa sawit menyediakan jalan keluar daripada kemiskinan untuk lebih 650,000 pekebun kecil. Tetapi adakah majoriti pekebun kecil dalam industri kelapa sawit berpendapatan lumayan?

Walaupun Malaysia (dan Indonesia) boleh berbangga menjadi dua pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia, keadaan kehidupan dan pendapatan ramai pekerja ladang, terutamanya wanita dan keluarga golongan miskin terendah tetap mendesak dan menyedihkan. Ini jauh berbeza dengan pemilik ladang berskala besar yang berkuasa berganding bahu dengan ahli-ahli politik yang tamak dan melindungi kepentingan mereka sendiri dalam gerombolan kekayaan.

Kerajaan negeri memasuki dan mengambil alih tanah masyarakat Orang Asal dan golongan miskin lain lalu memberikan kepada syarikat milikan kerajaan negeri dan swasta bagi projek penanaman kelapa sawit komersial berskala besar masih krusial di mana-mana. Kes baru-baru ini di Kampung Lubuk Perah di Bera, Pahang, misalnya (“Syarikat mahu usahakan tanah lepas menang saman ke atas Orang Asli”).

Di manakah keadilan untuk mangsa gangguan dan deraan seksual?

Adalah malang dan ironik bahawa kerajaan Malaysia tidak menunjukkan kegigihan yang sama dalam isu mendesak yang didedahkan oleh sebuah media antarabangsa: dakwaan rogol pekerja wanita yang dilaporkan berlaku dalam ladang-ladang kelapa sawit di Malaysia.

Selain daripada seruan seorang pegawai tertinggi dalam Majlis Minyak Sawit Malaysia bahawa pelaku jenayah ini harus ditangkap dan dihukum di bawah undang-undang jenayah kerana ia merupakan kesalahan jenayah apabila berita itu terbongkar, setakat ini, semacam tiada susulan dilakukan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Nampaknya, kerajaan persekutuan dan negeri Malaysia dan pihak berkuasa penguatkuasaan terus bertelinga pekak kepada tanggisan untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang berada di penempatan terpencil dan terpinggir, terutamanya mangsa yang telah mengalami keganasan yang berterusan.

Namun, seorang menteri berani menuduh EU pada tahun 2017: “Dalam urutan perbuatan yang serupa dengan bentuk diskriminasi aparteid tanaman, Parlimen EU telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan sekatan perdagangan, yang membawa kepada pelanggaran muktamad komitmen EU dengan prinsip amalan WTO”.

READ MORE:  Fikirkan perihal pengganti eksport minyak sawit

 

Dalam urat yang sama, bukankah kes rogol paksa dan serangan seksual lain yang berlaku di ladang-ladang Malaysia (serta dalam rumahtangga dan di lokasi lain), bertentangan dengan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw), yang Malaysia ratifikasi pada tahun 1995, dan instrumen hak asasi manusia yang lain?

Carol Yong ialah seorang aktivis veteran yang telah lama berkhidmat di Sarawak dan kemudian di Sabah

Daripada Mana TSAM Dapat Surat DSZH Kepada TSMY? PN Kerajaan Minoriti Ya...



Datuk Kamal Amir mengulas isu TSAM yang mempersoalkan kewajaran Presiden UMNO DSZH menghantar surat kepada Presiden BERSATU sambil menggelar tindakan menghantar surat tersebut sebagai pramatang. Datuk Kamal juga hairan mengapa 42 Ahli Parlimen UMNO seolah-olah takut kepada Ahli Parlimen BERSATU yang hanya ada beberapa orang sahaja.



Patutlah Tok Guru & pelajar pondok benci kepada Dr Maza

THROWBACK UCAPAN DSAI ISU PAS TERIMA DUIT 90 JUTA / HARI INI TERNYATA BE...

Apabila mufti cuba tutup pembohongan dengan penipuan

 


Apabila mufti cuba tutup pembohongan dengan penipuan


BILA MUFTI CUBA TUTUP BOHONG DENGAN PEMBOHONGAN..

Lebih teruk Ego dan Sifat “Al Kibr” dalam diri Muftii Utara lebih teruk dari Haji Hadi.. dah terkantoi berbohong.. Mengelat buat alasan berbeza konteks..masa dan waktu pulak.. Hakikatnya yg dikatakan Mujahid taknak jumpa.. Bagi pulak alasan Mesej terpadam..

Mufti tu hanya nampak reaksi bukan Islam..Tapi dia tak sedar, masih belum terpadam dia sendiri pernah hina penganut Hindu dengan puisi berbunyi ” Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu “.. bayangkan kalau depa balas tuduh Islam penyembah batu di Mekah..apa perasaan ?

Orang jahil takpe lah..Ini Mufti.. masa baca post Mufti tu aku tak faham level IQ dia, Standard Shahidan Kasim..kalau Mufti yang sepatut menjaga Adab dari dilihat sebagai menghina sembahan agama lain..apa yg kita harap dari org Kafir yang jahil.. kalau Mufti berperangai mcm tu.. ada nampak tok Sami kat Malaysia hina Islam ? belum lagi penghinaan pengikut Zakir naik yg lain hat tukang tanya soalan tu..

Masa tu pun, Mufti mengelat mengatakan takda niat hina Agama.. kononnya merujuk Modi di India.. tak kira dimana, Kalau keganasan Ekstremis Budha keatas etnik Rohingya, tak menghalalkan penghinaan Budha disini..

pasai si Zakir Naik..habis di bantai orang lain hat tak bersalah.. walhal MIC pun sama serang zakir naik.. Sekarang elok senyap tak berbunyi si Zakir naik.. hari hari dok perkena tosai lah kut..takda dah nak buat roadshow.. Tu sebab Indon, bangladesh larang dah ceramah Zakir Naik..buat orang berbalah.. hat larang tu bukan negara Kapir..bukan negara Modi..

Takkan Mufti tak tahu larangan menghina sembahan agama lain dalam Quran , tak belajar fiqh Maalat, Fiqh implikasi.. jelas kan Allah pesan.. Itu sebabnya, Di dalam Islam.. adanya larangan menghina sembahan Agama lain, Sebagaimana firman Allah..

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ..

” Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan..”

( Surah Al-An’am Ayat 108 )

Antara sifat ruwaibidhah disebut orang Bodoh yang Banyaknya bicara urusan manusia.. contohnya Mufti dok sebuk pasal Politik dan Ekonomi..Dia tu Bodoh nak sembang pasal kempen BMF, pasal Ekonomi..Nak sembang pasal kes jenayah..pasal Covid-19 nak sembang pasal Politik.. Sia sia bayar gaji buat kerja agama..Akhir hanya keluar idea tiap tahun naik basikal bagi bantuan kat Asnaf..entah apa apa.. sembang mcm pandai..

Tapi nabi Habaq dah, Sifat ruwaibidhah..Membenarkan pembohongan..dan itu yg berlaku..perasan pandai… kata Nabi.. …

سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ..

” ..Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah..”

Apa yang Nabi kata..Itu yang berlaku.. aku bersyukur Allah zahirkan apa disebalik hati dia yg tersembunyi selama ini sebagaimana hadis Nabi akan sifat Ulamak Su’ mulut mereka semanis gula, tetapi berhati serigala..

Dah Salah tu mengaku jer lah..Kuat mengelat.. orang kuat mengelat ni jaga jaga lah.. petanda kuat membohong , Sifat orang…… 🙂

Ipohmali



Asyraf nak Mat Sabu taat setia dengan Saudi macam Najib lafazkan janji pada Trump ke?

 


Asyraf nak Mat Sabu taat setia dengan Saudi macam Najib lafazkan janji pada Trump ke?


ASYRAF WAJDI NAK MAT SABU TAAT SETIA DGN SAUDI MCM NAJIB LAFAZKAN JANJI PADA TRUMP KER ?

Seperti aku tulis..Kalau nak tengok perangai lebai PAS dalam UMNO..tengok si Asyraf Wajdi.. Macam mana dia kata tindakan Kerajaan Malaysia, Mat sabu ketika memimpin Kementerian Pertahanan menarik tentera dari operasi di Yaman sebagai mengguris hati..

Ingat Menteri PH nak jaga hati US macam Najib ker… Atau barua US Saudi hat menyerang Negara Ummat Islam..Takkan Menteri dan PM PH nak janji depan Trump macam Najib buat taat setia dengan katanya.. Your enemy is our enemy too “..Atau janji bantu ekonomi US..

Tak belajar Agama ker..Menyerang Negara Ummat Islam tu lah perkara Mungkar..Dosa..Yaman tu negara Islam.. Pi Bodoh apa Malaysia nak terlibat bantu depa serang Yaman.. Itulah masuk dalam tafsiran dilarang kita jadi “Auliya”..Iaitu menolong Kuffar..

Serang Saudi itu membunuh kanak kanak.. Orang tua, Ramai dari depa hilang tempat Tinggal , Ini ker kita nak Sokong ? Hat Sokong geng seluar singkat aliran pak Wahhab jer.. Harap ketua Pemuda UMNO baca la ayat ni..tak jumpa tanya Haji Hadi..Haji Hadi pun antara hat anti Saudi.. u sebab dilarang ke Saudi..

Ingat ni Asyraf..

مَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

” Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim… ”

( Surah Mumtahanah Ayat 9)

Kalau ikut hangpa..Dengan US tunduk..Dgn China tunduk..Dgn Saudi pun tunduk..

Zaman PH, Tak perlu PM pun, Wan Azizah, Dr Maszlee elok jer mengadap Raja Salman.. yang terguris tu UMNO, Sebab cerita Derma kononnya dari Raja Saudi kantoi membohong.. 🙂

Ipohmali





PERSEPSI ATAU BERDUSTA?



1. Persepsi dibentuk bertujuan untuk mengukuhkan kepentingan sesuatu naratif guna mempengaruhi minda orang ramai. Semasa saya menjadi Menteri Agama, naratifnya adalah "Islam tidak dibela oleh kerajaan PH" Menteri Agama waktu itu menjadi sasaran persepsi dibentuk begitu rupa sehingga semua tindak-tanduk saya diletakkan dalam naratif besar 'tidak bela Islam!'

2. Saya tangani persepsi dengan counter naratif (balas naratif) berpandukan kepada fakta dan dasar-dasar yang jelas. Saya mengangkat dasar Rahmatan Lil Alamin (RLA) yang dipersetujui oleh MRR (Majlis Raja-Raja) pada 4 July 2019 dan semua polisi pentadbiran Islam saya menepati dengan kehendak dasar ini. Ini balas naratif saya kepada isu 'tak bela Islam'. Rujuk kepada FB saya dan portal berita serta jawapan-jawapan di parlimen dalam hansard. Hanya yang sengaja mahukan persepsi buruk ke atas saya sahaja yang buta, pekak dan tuli kepada segala penjelasan yang telah saya buat.

3. Isu LGBT, Nisha Ayub, Tandas LGBT, mesra LGBT sangat berguna sebagai alat propaganda mereka membentuk persepsi. Saya menafikan sekerasnya saya yang membina persepsi tersebut tetapi hakikatnya ada manusia yang mahu memaksa persepsinya ke atas orang ramai. Ramai sahaja yang mendekati gologan ini dalam kerangka berdakwah, tetapi bila Menteri Agama PH yang buat ia menjadi bahan fitnah!

4. Dasar LGBT sangat jelas dalam jawapan di Parlimen dan penjelasan-penjelasan saya di luar parlimen. Pertemuan dengan Nisha Ayob tanggal 11 Ogos 2018 adalah untuk menjelaskan kepadanya kenapa saya mengarahkan diturunkan gambar beliau dan ikon LGBT yg lain dalam pameran sempena bulan kemerdekaan di Dewan Seri Pinang Pulau Pinang tempoh hari. Saya juga menjelaskan kepadanya sikap kerajaan PH menolak advokasi LGBT. Beliau juga membuat beberapa aduan tentang masalah transgender yang tertekan dengan sikap masyarakat dan kebanyakan mereka dieksploitasi untuk menjadi mangsa industri maksiat.

Isu tandas LGBT telah terjawab atas kekeliruan laporan berita dan telahpun dinafikan oleh saya dan dilaporkan pada 13hb Ogos 2018 ( https://www.bharian.com.my/.../saya-minta-maaf-atas... ). Adakah pendusta berlaku adil menjelaskan laporan ini? Rasanya tidak! kerana itulah yang diulang-ulang untuk menjadi bahan dan alat naratif mereka.

5. Kelemahan dari sudut komunikasi saya mungkin ada namun bukan bermakna persepsi itu betul, hakikatmya ialah penipuan yang berulang-ulang akhirnya diterima sebagai kebenaran seperti falsafah Joseph Goebels dalam propagandanya mengkultuskan Hitler. Amat malang bagi umat Islam yang ingin bersandar kepada keilmuan seseorang tetapi sesorang itu terikut dengan cara propaganda Hitler walaupun mengaku ikut Sunnah Nabi s.a.w.

6. Apa yang distilahkan kelemahan komunikasi menangani persepsi sebenarnya adalah kerana kita hidup dalam zaman 'post-truth' atau pasca-kebenaran. Di dalam politik, hakikat yang mendasari fenomena ini adalah kebenaran (truth) dan penjelasan dasar-dasar (policies) sudah tidak relevan berbanding dengan sentimen dan emosi yang lebih disukai dan lebih mudah mempengaruhi orang ramai. Inilah yang dieksploitasikan oleh pihak tertentu malah penyokong PH pun turut menjadi mangsa post-truth ini.

7. Saya sebagai mantan Menteri Agama zaman PH adalah sasarannya walaupun banyak usaha yang saya lakukan atas kejelasan dasar RLA dan sebagai Menteri, saya bertemu dengan semua pihak mengaplikasikan dan menjelaskan dasar RLA. Selain Nisha Ayob saya mendamaikan perbalahan Dr Maza dan Prof Ramasamy pada 30 July 2018 dalam pertemuan di pejabat saya. Saya bertemu dengan Dong Zhiao Jong dalam kontraversi isu pembelajaran Jawi. Saya bertemu dengan Ustaz Abdul Somad, saya bertemu dengan wakil dari suara umat Islam minoriti dari Uighyur, Thailand, Kemboja dan wakil isu besar umat Islam seperti Palestine. Kenapa mereka selektif hanya kaitkan isu LGBT dan Zakir Naik sahaja? Sebab mereka mahu kukuhkan persepsi " Mujahid sedia jumpa Nisha (LGBT) tetapi tak mahu bertemu Zakir Naik (Bela Islam). Semakin mantaplah naratif mereka!

8. Ada beberapa perkara yang saya sedia jangkakan dari peribadi sahabat saya SS Mufti Perlis tetapi saya tidak pernah menjangkakan SS Mufti Perlis memilih untuk berbohong secara umum mengatakan saya enggan bertemu dengan Dr Zakir Naik. Ini bukan lagi membina persepsi tetapi pembohongan yang tidak sepatutnya menjadi contoh dari sosok tubuh seorang Mufti.

9. Pada 13 March 2019 bertempat di Pejabat JAWI, Wilayah Persekutuan, saya bertemu dengan Dr Zakir Naik. Saya menjelaskan sikap kerajaan tentang kenyataan kontraversinya dan berkesempatan menjelaskan dasar RLA kepadanya. Pertemuan berjalan dengan penuh kemesraan dan kami menikmati makan tengahari bersama sambil bertukar pandangan tentang dakwah dan keberkesanannya dalam masyarakat berbagai agama dan kaum di Malaysia.

10. Apa yang ditularkan dalam FB Dr Maza dalam program sembang santai isu semasa bersama Mufti Perlis yang disiarkan secara live pada 7 March 9.30 malam masih pekat dengan naratif antiknya. Namun ada sesuatu yang saya tidak menjangkakan dibuat dalam live itu, iaitu pemalsuan fakta terang-terangan.

11. Cara dikendalikan pula penuh dengan rasa bangga dengan kejayaan persepsi palsu dan kemudian berani pula menyalahkan saya kononnya saya yang membina persepsi itu. Mereka pun membuat perbezaan dengan Menteri Agama hari ini tanpa merasa insaf pembohongan persepsi yang mereka lakukan terhadap saya.

Ada batasan kalau hendak berpersepsi dan bernaratif kerana membentuk persepsi mungkin melambangkan kelemahan kita tidak mahu mengakui fakta, tetapi awas kepada ingatan Nabi s.a.w bahawa seseorang Muslim tidak mungkin akan berdusta sama sekali!

Marilah kita ikut Sunnah, tinggalkan Fitnah!

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden AMANAH

9hb March 2021

 

May be an image of 5 people, people sitting and text that says ""Pada Pada 13 Mac 2019 bertempat di Pejabat JAWI, Wilayah Persekutuan, saya bertemu dengan Dr Zakir Naik. Saya menjelaskan sikap kerajaan tentang kenyataan kontroversinya dan berkesempatan menjelaskan dasar RLA kepadanya. Pertemuan berjalan dengan penuh kemesraan dan kami menikmati makan tengahari bersama sambil bertukar pandangan tentang dakwah dan keberkesanannya dalam masyarakat berbagai agama dan kaum di Malaysia. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Naib Presiden AMANAH Ahli Parlimen Parit"





TANDA PILIHANRAYA MAKIN DEKAT , MENTERI MAKIN BANYAK BERLAKON.

 

ZUBAIDI SUDIN

AWAS...!! Selepas ni mungkin ada Menteri-menteri, MP-MP  yang akan pi menoreh, lepak kat tangga rumah orang kampung, minum di gerai dengan orang kampung, naik motor masuk kampung macam lagi HIPOKRASI yang tidak pernah berlaku JIKA BUKAN MUSIM PRU. Kalau depa bagi hadiah, bagi duit, AMBIK. Tapi undi tetap bagi pada Pakatan Harapan...!! (Pesanan Kempen awal)


Menteri naik bas ekspres tanda besar PRU sudah muncul

malaysiadateline.com
Menteri naik bas ekspres tanda besar PRU sudah muncul
Rata-rata warga maya menganggap tanda besar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sudah muncul apabila ada menteri yang sudah menaiki bas ekspres untuk balik kampung. Reaksi itu muncul selepas tular di media sosial gambar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menaik...




SEBELUM LEBIH RAMAI DIUMPAN SEPERTI SHAHIDAN, UMNO MESTI KELUAR KERAJAAN SERTA-MERTA

 

Hanya beberapa hari selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis merangkap Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mengumumkan tindakannya menolak keputusan MT UMNO yang tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, sebaliknya akan terus bekerjasama dengan parti tersebut dalam PRU15 akan datang, habuan sebagai Pengerusi Prima pun jatuh ke ribaannya.

Hakikat ini dengan sendirinya menunjukkan Bersatu memang memerlukan watak-watak dalam UMNO yang sedia jadi pemecah-belah, lalu kemudian akan diberikan habuan yang lumayan sebagai ganjaran.

Sekaligus juga ini memperlihatkan Bersatu kini beralih arah kepada usaha melemah dan memecah-belahkan UMNO setelah cubaan mendapatkan sokongan parti itu melalui rundingan dan hubungan baik telah menemui kegagalan.

Sehingga ini, berdasarkan keputusan MT UMNO, usul yang diluluskan majoriti bahagian-bahagian dan surat Ahmad Zahid Hamidi kepada Muhyiddin Yassin, UMNO memang kekal dengan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU akan datang.

Pendirian UMNO itu tidak dinafikan adalah suatu tamparan dan merupakan halangan terbesar dalam usaha Muhyiddin mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Tanpa kerjasama UMNO dan tanpa kesediaan UMNO berkongsi kerusi, walaupun andai kata terus disokong oleh Pas, Bersatu tidak cukup kekuatan untuk memastikan Muhyiddin berupaya mengekalkan lagi kedudukannya.

Pilihan terbaik untuk Muhyiddin kekal ialah hanya dengan adanya kerjasama daripada UMNO, tetapi langkah tersebut jika dipersetujui bermakna UMNO seperti meminum racun membunuh diri dan masa depannya sendiri.

Memandangkan usaha tersebut sudah dikira gagal, Bersatu kini nampaknya beralih kepada pendekatan melemah dan menghuru-harakan UMNO pula.

Setakat ini, selain Shahidan, seorang lagi pemimpin yang berwatak duri dalam daging atau di luar berbaju UMNO tetapi berhati Bersatu ialah Annuar Musa.

Semenjak dua menjak ini, dalam usahanya melawan arus semua keputusan UMNO dan ingin memastikan parti itu akhirnya sedia mengalah untuk terus mengekal dan mempertahankan Muhyiddin, beliau seolah-olah sudah menjadi muncung meriam yang sedia melepaskan tembakan kepada kepimpinan partinya sendiri pada bila-bila masa.

Dengan Shahidan sudah diberikan ganjaran lumayan secara serta-merta susulan keberaniannya menolak keputusan MT UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, malah mengumumkan UMNO Perlis terus akan bekerjasama bersama Bersatu dan Pas, ini sebenarnya adalah bahaya yang mula mengancam kedudukan UMNO.

Tidak mustahil selepas ini akan muncul lagi beberapa pemimpin UMNO bersuara senada dengan Shahidan, lalu kemudiannya mereka turut diberikan habuan serta ganjaran lumayan sepertinya juga.

Dalam dunia sekarang di mana nilai perjuangan bergantung kepada tebalnya poket, tidak mengejutkan kiranya apa yang dilakukan kepada Shahidan itu adalah umpan untuk Bersatu dan Muhyiddin memperolehi lebih banyak sokongan daripada pemimpin UMNO melalui pintu belakang.

Kiranya ia berterusan berlaku dan sampai ke tahap tidak dapat dibendung lagi, bukan saja keputusan MT UMNO akhirnya boleh diterbalikkan, malah kedudukan Ahmad Zahid sendiri bakal dipelantingkan.

Apa yang nyata di sini, sementara UMNO menetapkan pendirian enggan bekerjasama dengan Bersatu, tetapi membiarkan dirinya terus kekal dalam kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar, ia adalah suatu keputusan yang salah dan merbahaya.

Ia memberi ruang terbuka kepada Bersatu untuk mengumpan dan menawarkan habuan kepada pemimpin UMNO yang barangkali ramai tengah lapar dan dahaga atau mahu kekal bergaya seperti sebelum ini.

Maka, untuk menyelamatkan diri dan bagi mengelakkan lebih ramai watak seperti Shahidan terus muncul, menikam dan menghuru-harakan parti, UMNO sebaiknya harus keluar segera daripada kerajaan PN ini dengan serta-merta.

Selain duit tidak pernah tidur, mereka dalam Bersatu yang takut kehilangan kuasa juga tidak pernah tidur daripada berusaha dan mencari jalan bagi menyelamatkan diri masing-masing daripada tenggelam begitu saja.


 (Shahbudindotcom 09/03/2021)



PRODUK PELANCONGAN BARU-CUCI DOSA ...KAH...



 

 May be a meme of 1 person and text that says "Hebat negara kita ada soerang MB pandai cuci dosa orang.. Ok lah sape2 nak cuci dosa mai dtg kedah naah.. LIVE 257 " SAYA MG CUCI DOSA KERAJAAN LAMA "7 MalaysiaGazette SYAFIQ AMBAK MB paling Bodoh!! Asal bercakap je kompom bodoh."

ADA KEMUNGKINAN PENASIHAT PEMULIHAN EKONOMI


IBRAHIM MAT ISA


Mungkin akan wujud jawatan Menteri Pemulihan Ekonomi kerana Menteri

 

Ekonomi sudah rabak ekzosnya.

 

Kalau SPRM tak buka mata juga tak tahulah!




 May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini BERITA Muhyiddin Yassin Facebook PM janji saya jawatan bantu pulihkan ekonomi negara Choong"

DEPA KATA MAKAN GAJI BUTA...???

 

HAMZAH RIE NA


Lebai Hadi kata antara tugas beliau dilantik Duta Khas Ke Timur Tengah tarik pelabur Asia Barat. Skrg ni dah berapa billion trilion dari Asia Barat masuk?

Dah 2 kali lawatan kerajaan ke Arab Saudi, tetapi TAK PERNAH SATU PUN Hadi turut sekali bersama lawatan rasmi/ kerja ke sana, tu kenapa??!

DAH SETAHUN bergaji & elaun RM85,227.20 SEBULAN tu buat apa? Apa hukum makan gaji buta..

#MakanGajiButa

SR



May be an image of 1 person and text that says "Duta Khas Ke Timur Tengah GAGAL 周 E Makan Gaji Buta Ka Apa? 19 Feb. 2021 Hishammuddin ke Arab Saudi Hadi Awang tidak ikut serta 6 Mac 2021 PM Muhyiddin ke Arab Saudi Hadi Awang tidak ikut serta"