KUNCINYA MUHYIDDIN YANG KUCAR-KACIRKAN NEGARA, KATA AHLI MT UMNO

 

Memang salute kepada Datuk Azalina. Pertama menyatakan pendirian tegas bahawa legislatif lumpuh bila Parlimen digantung.

Kedua, Azalina hantar surat kepada Peguam Negara dengan peringatan, tugas Peguam Negara ialah menjadi penasihat perundangan yang bebas kepada Kerajaan.

Peguam Negara mesti tidak takut dan tidak memihak. Mesti saksama (impartial). Justeru dia mahu AG beri nasihat perundangan yang telus kepada Perdana Menteri.

Beranikah AG? Semoga TS Idrus Harun ada hati nurani yang kuat. Kita tidak mahu Tommy Thomas 2.0.

Azalina juga mahu Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committees) berfungsi ketika darurat. Betulkah Peguan Cara Negara tidak setuju?

Azalina turut cadang supaya Kabinet sekarang digantung dan diganti dengan “Kabinet Khas Darurat” yang fokus kepada kementerian yang relevan sahaja.

Sekarang “Eksekutif” termasuk Jamaah Menteri terlalu bebas mentadbir negara. Tiada pertanggungjawaban Parlimen. Siapa boleh persoal bila kuarantin Menteri balik dari luar negara dikurangkan kepada 3 hari dari 10?

Agaknya itu sebab Rina Harun boleh buat kerja sambilan dan pejabatnya jadi tempat sesi fotogarfi menjadi model. Kalau ada Select Committee, Rina mungkin dihadapkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas.

Inisiatif Azalina wajar dipuji dan disokong. Tetapi kuncinya ialah PM. Muhyiddin yang “mengkucar-kacirkannya”.

Beranikah AG?

DR PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO

18 Februari 2021.



ENGGAN MINTA MAAF, SAYA AKAN LAWAN SAMAN PM DI MAHKAMAH – DR. PUAD

 

Saya sahkan telah menerima LOD daripada Peguam Perdana Menteri. Dia akan ambil tindakan saman RM10 juta terhadap saya.

Saya akan serahkan kepada Peguam saya untuk respond surat LOD tersebut.

Sebagai individu yang dijamin kebebasan bersuara, saya tidak akan benarkan diri saya dibuli oleh TS Muhyiddin seperti mana UMNO dibuli.

Saya tidak perlu memohon maaf dan tidak perlu memadam posting dalam FB saya.

Justeru saya memilih ke Mahkamah. Ini akan memberi peluang kepada saya untuk bersama rakyat yang membantah amalan “antara dua darjat” dalam isu kuarantin.

Saya dituduh memfitnah Perdana Menteri. Sedangkan saya hanya bertanya dan meminta penjelasan. Kalau itu pun di saman maka amat wajar saya melawan di Mahkamah.

Oleh kerana peraturan kuarantin 3 hari untuk Menteri dibuat tergesa gesa, maka ia isu “kepentingan awam” yang perlu ditanya dan dipersoalkan.

Ini kerana dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan disebut dengan jelas rakyat berhak mendapat layanan yang adil dan saksama. Maka apakah “kuarantin” 3 hari tidak bertentangan dengan Artikel 8?

Pada saya amat jelas tindakan saman ini bertujuan untuk menutup mulut dan menakutkan para pengkritik. Saya tidak berganjak.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO

19 Februari 2021.




BETUL LA TU...KALAU JUJUR MEMANG KENA LA...

 May be an image of text that says "Arif z @kuarifz Selalunya orang yang setia dalam hubungan akan sering ditinggalkan. Kerana orang yang pergi meninggalkan lebih memilih kesempurnaan berbanding keikhlasan."

Tentera kepung Yangon, tunjuk perasaan Myanmar masuk dua minggu

 


Image result for PEMBERONTAKAN DI MYNMAR



Tunjuk perasaan anti junta tentera di Myanmar masuk hari ke 14 berturut-turut.

Kepungan tentera ke atas pusat kewangan Yangon sejak 4 hari lalu tidak menggentarkan penunjuk perasaan. Sebaliknya, demonstran kekal bertahan di tengah kota Yangon dan bandar kedua terbesar, Mandalay.

Pada 17 Februari lalu, ketua tentera yang merampas kuasa dan menahan tokoh demorasi Myanmar Aung San Suu Kyi, Jeneral Min Aung Hlaing mengancam untuk bertindak tegas ke atas penunjuk perasaan.

Bagaimanapun tentera masih mengambil sikap berhati-hati bagi mengelakkan kebangkitan rakyat yang lebih besar sekiranya kekerasan bersenjata digunakan.

Dalam pada itu, Channel News Asia melaporkan penggodam mula menyerang laman web kerajaan Mynamar sebagai protes penutupan internet sejak 4 hari lalu. Manakala di pusat kewangan Yangon rakyat mengadakan protes dengan memperlahankan kenderaan atau menghalang lalu lintas.

“Trafik berjalan amat perlahan di bandar Yangon untuk menunjukkan sokongan kepada penunjuk persaan.

“Kenderaan juga diparkir bagi menghalang lalu lintas untuk membatasi pergerakan tentera (ke jalan dikuasai penunjuk perasaan) dan menghalang orang untuk ke tempat kerja,” kata CNA.

Menurut stesen itu lagi, di Mandalay polis menembak pekerja perkhidmatan keretapi yang mogok untuk menyuraikan mereka kembali bekerja.

“Ketengan meletus pada tengah malam di Mandaly selepas polis dan tentera melepaskan tembakan peluru getah menyuraikan mogok pekerja keretapi, mencederakan sekurang-kurangnya seorang,” lapor CNA.

Media antarabangsa mengesahkan sehingga kini lebih 400 penunjuk perasaan, aktivis dan ahli politik telah ditahan atau didakwa.

Namun tunjuk perasaan masih kekal dalam saiz puluhan ribu demonstran di beberapa bandar utama.

Malah baru-baru ini, pengawal trafik udara di lapangan terbang juga menyertai kempen ‘pengabaian kepatuhan hukum’ yang bermula sejak lebih seminggu lalu.



AHLI PARLIMEN KL BOIKOT MESYUARAT BERSAMA ANNUAR MUSA

 

Image result for annuar musa


DIAM LAH KAU....KES ENGKAU PUN LARI LINTANG PUKANG.KENAPA TAK BUAT LAPORAN POLIS ?

 


Panas! Mokhtar Senik kata jangan benarkan ‘orang luar’ yang mengatur PAS

Panas! Mokhtar Senik kata jangan benarkan ‘orang luar’ yang mengatur PAS

Pas masih ada ‘mak ayah’ iaitu Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kata Ahli Jawatankuasa kerja Pas Pusat, Mokhtar Senik.

Beliau berkata, Pas boleh dikritik dan ditegur tetapi jangan sampai orang luar yang mengatur jemaah tersebut.

“Ramai yang minat untuk menjadi golongan pemikir tetapi tidak berminat untuk duduk dalam organisasi dan mahu kita mendengar kata-kata mereka berbanding ucapan pimpinan utama kita.

“Awas, mereka sanggup menghuru-harakan kita dengan mencipta pelbagai cerita dan spekulasi.

“Ini kerana, kaedah berkeluarga perlu untuk anak-anak menyelesaikan masalah dengan mak ayah dan bukan mencari jiran untuk membantu,” katanya pada Khamis menurut laporan Harakah Daily.

Sementara itu, Mokhtar berkata, dalam jemaah perlu untuk berjalan lurus dan bukan zig-zag.

“Cari redha Allah dan Rasul serta taat dan patuh kepada pemimpin. Ikut tanzim parti dan jangan banyak duduk sembang dengan musuh dan orang luar yang anti pimpinan dan parti kita, Insya-ALLAH kita tenang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas merasa bertuah kerana dianugerahkan presiden dan timbalan presiden yang terbaik untuk jamaah serta Mursyidul Am yang tawadhu.

Pada Rabu, tular dakwaan di media sosial bahawa wujudnya gerakan yang sedang berjalan bagi menjatuhkan Abdul Hadi.

Dakwaan itu juga menyatakan, berlakunya perpecahan dalam Pas yang kini terbahagi kepada dua kumpulan membabitkan kumpulan Pro Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kumpulan Pro UMNO. 


Bersatu gesa UMNO cepat buat keputusan mengenai kerjasama politik mereka

 


Bersatu gesa UMNO cepat buat keputusan mengenai kerjasama politik mereka

BERSATU meminta Umno segera membuat keputusan mengenai kerjasama politik mereka, menuju pilihan raya umum akan datang (PRU15) yang dijanjikan sebaik saja perintah darurat ditarik balik dijangka Ogos ini, kata sumber kedua-dua parti.

Bersatu membuat permintaan itu untuk ia memuktamadkan hala tuju dan strategi Perikatan Nasional (PN) menjelang PRU15, kata sumber. 

Genap 4 tahun himpunan RUU355: Ahli PAS persoal mana suara 18 MP nya setelah jadi kerajaan

 


Genap 4 tahun himpunan RUU355: Ahli PAS persoal mana suara 18 MP nya setelah jadi kerajaan


Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid secara terbuka mempersoal kesungguhan 18 Ahli Parlimen Pas dalam pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Genap empat tahun berlalunya Himpunan RUU 355 di ibu negara, beliau yang dikenali sebagai Asri Janggut mengimbas kembali detik ketika Pas masih bergelar parti pembangkang.

“Saya bawa anak lelaki yang berusia 8 tahun dan isteri saya pada himpunan RUU 355 pada 18 Februari 2017 di Padang Merbok.

“Tujuannya untuk ajar anak apa itu perjuangan, apa yang orang Islam perlu perjuangkan. Saya beritahu isteri undang-undang Islam perlu diperkasa untuk masa depan Islam,” tulisnya di Facebook.

Bagaimanapun, kesalnya, semua laman media sosial atau Facebook peribadi para pemimpin Pas, wakil rakyat, Ahli Parlimen atau media rasmi parti Pusat, Negeri tidak lagi menaikkan isu RUU 355.

“Malah sepi begitu sahaja, ke mana suara 18 orang wakil kita (Pas) di Parlimen?

“Masihkan kita ingat ada seorang pakcik kayuh basikal dari Baling Kedah hingga ke Padang Merbok?

“Adakah kita dah lupa titik peluhnya? Adakah kita semakin lalai?” soal Asri Janggut lagi.

Sehubungan itu, penyokong Pas tersebut berharap pemimpin parti yang memegang jawatan Menteri Undang-Undang memberi penjelasan mengapa RUU 355 “masih tergantung-gantung”.

Untuk rekod, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaari pada 25 Julai tahun lalu berkata, pembentangan kali kedua RUU 355 perlu mengikut tertib tertentu jika dibawa oleh kerajaan, berbeza dengan pembangkang.

Wakil rakyat Pas itu berkata banyak prosedur perlu dilakukan sebelum pembentangan di Parlimen termasuk mengadakan perbincangan dengan semua negeri dan selepas itu akan dibawa ke Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Proses seterusnya adalah mengangkat perkara berkenaan kepada Majlis Raja-Raja selaku ketua agama negeri dan bagi negeri yang tiada Raja akan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong sebelum ke proses terakhir pembentangan di Parlimen,” kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu lagi. – MD

Kenapa Peguam Negara tak bertindak terhadap portal muafakatnasional.net?

 

Oleh Zamzani Husin

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh hari ini mempersoalkan keputusan peguam negara untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemilik portal muafakatnasional.net kerana menyebarkan fitnah membabitkan dirinya.

Memetik laporan media, katanya, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador pada Julai 2020 telah mengesahkan kontroversi yang melibatkan beliau itu adalah berpunca daripada poster yang dibuat oleh portal berkenaan. 

“Mengapakah pihak yang mengeluarkan kata-kata palsu itu tidak dikenakan tindakan walaupun KPN secara terbuka telah mengenalpasti dalangnya? 

“Adakah Peguam Negara tidak langsung mempertimbangkan kenyataan yang dibuat oleh KPN dalam membuat keputusan Tiada Tindakan Lanjut (NFA)?

“Adakah keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara selari dengan peruntukan undang-undang atau terdapat sebab lain yang tidak ada kaitan dengan undang-undang?” soalnya dalam kenyataan, hari ini. 

Hannah dipanggil ke Bukit Aman pada Jun tahun lalu untuk diambil keterangan berhubung hantaran berbaur hasutan yang dikaitkan dengan dirinya. 

Siasatan polis mendapati hantaran fitnah itu tiada kaitan dengan Hannah sebaliknya dilakukan portal muafakatnasional.net.

“Siasatan mendedahkan hantaran yang menjadi fakta isu dalam kes ini ialah daripada poster yang dibuat oleh muafakatnasional.net dan bukannya daripada Twitter atau Facebook milik Hannah Yeoh.

“Keterangan suspek telah dirakam dan gajet yang dipercayai digunakan untuk memuat naik poster itu juga telah dirampas,” kata Hamid Bador seperti dipetik Bernama. 

Pun begitu, Hannah yang juga Naib Pengerusi Wanita DAP berkata, beliau dimaklumkan oleh polis bahawa setakat ini kes berkenaan telah distatuskan sebagai NFA oleh peguam negara. 

“(Justeru) Saya ingin mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan NFA terhadap siasatan kata-kata palsu yang dilemparkan terhadap saya yang telah menyebabkan kegusaran ramai,” ujarnya.



ISLAM TERANCAM NIH.....MANA DIA PUAK PUAK YANG DOK HASUT DULU DULU NIH...DIAM TERUS WALAUNCAI...KAH.....ISLAM TERANCAM..ISLAM TERANCAM...KAH...KAH....

 

Penganggur didakwa atas tuduhan mabuk, langgar sebabkan kematian anggota polis

Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.

KLUANG: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis, pada 12 Feb.

Tertuduh, T. Yogarajah, 58, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret ND. Arun.

Mengikut kertas pertuduhan, Yogarajah memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang banyak dalam badan, sehingga kadar alkohol dalam nafas melebihi had yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian Lans Koperal Bradford Bernard, pada pukul 10.57 malam.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zahidah Muhammad Ruzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nur Zahidah memohon mahkamah untuk tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh, manakala tertuduh memohon perbicaraan dilakukan dengan segera dan tidak merayu untuk dikurangkan jaminan, kerana tidak mampu membayar jaminan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tiada jaminan diberikan setelah tiada bantahan daripada tertuduh, selain lesen memandunya digantung sehingga perbicaraan kes selesai.

Mahkamah turut menasihatkan tertuduh mendapatkan peguam menerusi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), bagi membantunya menghadapi perbicaraan walaupun tertuduh memaklumkan dia tidak mampu menggunakan khidmat peguam.

Mahkamah juga menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes.

Dalam kemalangan Jumaat lepas, Bradford maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol di Kilometer 6, Jalan Kluang-Teck Wah Hing dari arah Kluang menghala ke Renggam.

Mangsa berusia 28 tahun ketika itu baru tamat bertugas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam.



[[LIVE]] 18.2.2021 Rosmah minta bela diri. Apa itu prima facie?



[[LIVE]] 18.2.2021 Rosmah minta bela diri. Apa itu prima facie? Mb kedah putar belit fakta mengenai bola sepak kedah. Covid buktikan Digital ekonomi Sarawak GAGAL!. MAJLIS Presiden PH tidak pernah setuju bergabung dengan Mahathir.


AUDIO " Can I advise you something" - BUKTI KES SOLAR ROSMAH




Ini dia audio perbualan telephone antara Rosmah dan Najib yang didedahkan oleh SPRM pada 8 January 2020. Hakim mendapati audio ini sebahagian daripada bukti kes rasuah Solar membawa kepada Rosmah membela diri. #kesrosmahmahsor #rosmahbeladiri #kessolarrosmah #audiocaniadviseyousomething #najibrosmah #rosmahnajib #rosmahmansur #kesmahkamah #rosmahmahkamah





BOLEH DAH STOP DARURAT ?

 


May be an image of 1 person and sitting





BOB KELANANG


BOLEH DAH STOP DARURAT??

Mulai esok... makan dah boleh ramai kat kedai... bukan dua orang semeja... mulai esok jugak semua kenderaan boleh naik full passenger balik... ikut kapasiti kereta...

So... kalo ikutkan... dah lega la dah Covid-19 nih...

Vaksin pun depa kat dah nak sampai... dan ada yang kena sampel pertama...

Jadi... boleh la tamatkan Darurat kan... boleh la Parlimen dan Dewan Undangan Negeri beroperasi dan bersidang... sebab Mahkamah pun dah boleh jalan macam biasa... operasi lain pun dah okey

Apa lagi mau block... apa lagi tak mau bagi Parlimen dan Dewan Undang Negeri jalan... apa takut?? Pondan ka???

Atau ader agenda lain...

KOH KOH KOH…

Atau benarkan makan ramai satu meja pasai nak selamatkan Annuar Musa??

KOH KOH KOH… 

 

DR MAZA HARUS ADIL DALAM MENGKRITIK

 




MOHD MUKHLIS

Drmaza, memang kerja tukang sertu tolong jual nama Allah ke? Bab langgar SOP kali ke 2 SSST ada tegur tak? Bab dia benarkan jual beer ( sebab beer bukan arak ikut istilah kerajaan melayu isle) ada tegur tak?

"Lesen-lesen yang diluluskan sebelum ini yang begitu banyak menjadikan usaha itu tidak semudah yang disangka. "

Takkan baru tahu, ingat time jadi juru cakap langit kata dapat rahmat untuk kerajaan pengkhianat sudah tahu semua benda; tapi lembut gigi dari lidah zaman PN la. Nak sebut islam terancam pun tak berani.

Kiranya arak dibenarkan dan langgar SOP oleh golongan VIP ini "rahmatan lil kafirin" ke?

PS; kenapa komen tak instagram pun limited? Join geng kartunis sohor koyak juga ke; kritik orang boleh, orang kritik dia koyak?

Ke macam pepatah arab yang SSST selalu guna,

"Dia yang pukul, dia yang mengadu."

 

 

ADAKAH RUU 355 HANYA UNTUK TUJUAN POLITIK PAS ?

 




MOHD MUKHLIS


Saya dah kata dari 2016 lagi yang RUU355 ini scam politik hanya untuk dapat kuasa, Tapi deme tak percaya, dema kapir kan orang yang kritik. Ini ولعون sampai ke Mekah, rumah Allah tunggang RUU355. Tapi nak hairan apa dengan Mekah, orang yang dah arwah pun depa tunggang demi modal politik. Sekali kena tipu berjemaah, semua pakat tutup mulut macam kena scam piramid pakman telo.

Bentang, tangguh, baca tajuk, pastu olok2 tangguh, tak dan bacaan ke dua. Nak undi pun tak sempat apa tah lagi nak bahas. Dah la bawak usul persendirian, menteri mana yang bawa buat bacaan ke dua pun tak tahu; tapi dah siap kapirkan orang. Ingat YDP PAS Padang Serai nak tanam Kak Wan kat Jirat?

Lepas tu tangguh, balik kat airport pun dah di anggap wira. Padahal apa pun tak mula lagi, undi pun belum. Ada ke orang celebrate kemenangan perlawanan bola, sebelum wisel sepak mula oleh pengadil?

Depa bukan kisah pun RUU355 tu cacat, tak ada limit dalam hukuman, depa tak kisah pun yang bab mahkamah syariah sendiri ada beza kuasa dari mahkamah civil, depa tak kisah yang hakim mahkamah syariah gaji berbeza dengan mahkamah sivil.

Depa ingat kalau laksana RUU355 terus dapat redha Allah. Sampai 5 tahun kena tipu, bentang tajuk lepas tu sendiri tangguhpun dah di angkat jadi hero. Kena heret sampai ke padang merbuk turun dari pantai timur. Boleh pula mereka salahkan Amanah dan DAP sebab tolak RUU355 padahal bentang pun belum? Apa punya mewa boleh tahu siapa yang tolak dan siapa yang sokong kalau belum bentang. Macam match final bola belum mula dia dah marah kata orang tak sokong.

Bila dah ada kuasa melalui istidraj, boleh kata RUU355 bukan perkara utama. Nampak sangat RUU355 hanya untuk mempergunakan penyokong dan penuhkan tabung milo. Ada tak lebai minta maaf?

Macam inilah sebab susah sangat hendak selesai; saya pun penat ulang benda sama.

Moga yang di tipu dan yang menipu di kumpul bersama-sama di akhirat. Cuma berdoalah yang di jamin dan yang menjamin tadi tidak akan berlepas diri dari apa yang di jamin semasa di dunia.