Inisiatif pasang lampu jalan berkuasa solar elak kecurian

 




ADUN Bukit Naning Md Ysahrudin Kusni mengambil inisiatif sendiri memasang lampu jalan berkuasa solar di jambatan kampung Sungai Sarang Buaya di Mukim Sungai Balang, Batu Pahat.

Katanya, lampu jalan perlu di kawasan berkenaan kerana sering berlaku kecurian berikutan keadaan jalan yang gelap. Manakala laporan yang dihantar kepada pihak berkuasa tidak mendapat maklum balas memuaskan.

"Kawasan ini seringkali berlaku kemalangan dan kecurian. Aduan rakyat berkaitan isu ini telah lama dibawa ke pengetahuan agensi yang terlibat, tapi peruntukan tidak dapat disalurkan ke kawasan ini.


"Oleh itu atas insentif pihak kami sendiri, pemasangan lampu solar ini bagi memenuhi kehendak dan aduan rakyat ditunaikan," katanya.

YB sahrudin yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Johor berkata inisiatif itu diharapkan akan memberi faedah kepada ratusan penduduk yang tinggal di kampung berkenaan.



 

Lapor polis wakil rakyat tidak hadir sidang Parlimen - MEMO

 

Wakil rakyat tidak hadir sidang Parlimen wajar diambil tindakan kerana tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pengundi kepada mereka.

NGO Majlis Gabungan Media Digital Malaysia (MEMO) dalam satu kenyataan menyarankan agar rakyat membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap mana-mana Ahli Parlimen yang ponteng sidang Dewan Rakyat.

"Sejak akhir-akhir ini sikap segelintir Ahli Parlimen Malaysia semakin menjengkelkan. Mereka tidak menunjukkan sikap yang profesional, sebaliknya bersikap seperti kebudak-budakan dan tidak bertanggungjawab

"Dengan senang hati, tanpa rasa bersalah mereka tidak hadir ke Parlimen untuk melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat, dengan turut serta dalam undi belah bahagi

"Siapakah yang mereka wakili? Diri mereka sendiri? Atau rakyat di kawasan mereka?

"MEMO menyarankan supaya rakyat bertindak terhadap Ahli Parlimen yang tidak menjalankan amanah sebagai wakil rakyat

"MEMO mengusulkan supaya rakyat membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau laporan polis terhadap mereka yang mengkhianati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Menurut MEMO lagi, wakil rakyat yang dibayar gaji sepatutnya membawa suara rakyat dan berdebat di dewan.

Terutama ketika perbahasan Belanjawan 2021 yang menyangkut kesukaran rakyat menghadapi kehidupan harian.

"MEMO mendapati banyak perkara di dalam belanjawan tidak mengutamakan kebajikan rakyat seperti yang dititahkan oleh oleh Yang di-Pertuan Agong, iaitu menangani isu pandemik Covid-19 serta kesan ekonomi yang dideritai rakyat

"Kelakuan Ahli Parlimen pula jelik, kasar, membuat bising dan mengganggu majlis. Manakala Speaker bersikap tidak bebas seperti sewajarnya," kata kenyataan itu.

Selain itu, MEMO juga mengambil maklum terhadap pemfailan saman oleh 10 pengundi di Parlimen Gombak terhadap Datuk Seri Azmin Ali seperti yang ditularkan di dalam media.

NGO itu mengusulkan agar pemfailan saman yang sama dibuat ke atas semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang melompat parti dan menggunakan Manifesto PH dalam PRU ke 14.

"MEMO mencadangkan laporan polis dan SPRM dibuat terhadap mereka kerana menipu rakyat kawasan mereka

"Rakyat telah berusaha dengan peluh dan air mata, untuk memenangkan mereka pada PRU lalu, demi menghapuskan rasuah dan kleptokrasi

"Rakyat kecewa kerana wakil rakyat yang melompat itu telah secara tidak bertanggungjawab membelakangkan mandat yang diberi oleh rakyat," kata MEMO lagi.

Sehubungan itu MEMO mahu wakil rakyat, sama ada di pihak pembangkang mahupun kerajaan memahami bahawa mereka bertanggungjawab terhadap rakyat bukannya parti atau pemimpin mereka semata-mata.

Justeru, MEMO berpendirian wakil rakyat memahami dan wajar melaksanakan tanggungjawab mereka serta tidak mengkhianati janji semasa PRU 14 dahulu.

 

 

 


PENJAJARAN BARU DI PERAK..ZAHID SEDIA KENA KAPIAQ...KAH....

 

Politik Perak: UMNO, BN tidak tolak kemungkinan penjajaran baharu - Ahmad Zahid

Harits Asyraf Hasnan
Politik Perak: UMNO, BN tidak tolak kemungkinan penjajaran baharu - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid bercakap kepada media selepas menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, di Ipoh, hari ini. Astro AWANI

Umno mungkin tubuh kerajaan bersama PH di Perak, kata Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan menubuhkan kerajaan baru di Perak bersama Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, Amanah dan PKR susulan kenyataan dikeluarkan Bersatu dan PAS sebelum ini.

Zahid berkata, Umno mengambil kira semua pertimbangan politik agar kerajaan yang akan terbentuk di Perak lebih kukuh dukungannya.

“Kita tahu kenyataan Setiausaha Agung PAS dan Bersatu, jadi satu pendekatan akan diambil oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menentukan pembentukan kerajaan baru,” kata ahli Parlimen Bagan Datuk itu ketika ditemui pemberita di perkarangan Istana Kinta di Ipoh hari ini.

“Oleh itu, saya akan kemukakan cadangan nama kepada Sultan Perak untuk perkenan Tuanku dan Tuanku yang akan tentukan secara mutlak.

“Kerana, itu kuasa Tuanku sepenuhnya bagi menentukan siapa yang akan diperkenankan sebagai menteri besar Perak yang baru.”

Pada Jumaat, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti itu menetapkan untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baru sementara Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Umno menyingkirkan timbalan presiden partinya Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar.

Zahid berkata, Umno dan BN akan melihat segala kemungkinan yang ada, termasuk bekerjasama dengan parti-parti dalam PH seperti DAP, Amanah dan PKR.

“Kita akan lihat semua kemungkinan. Saya sebutkan, seboleh mungkin kita kekalkan jajaran terdahulu, tetapi kalau itu kita tidak dapat lakukan, tentu ada penyesuaian yang harus dilakukan untuk penjajaran yang baru.

“Semua kemungkinan akan ada. Itu tertakluk kepada keputusan muktamad oleh pihak parti,” katanya.

Zahid berkata, Umno dan BN akan melihat segala kemungkinan yang ada, termasuk bekerjasama dengan parti-parti dalam PH seperti DAP, Amanah dan PKR.

Zahid berkata mesyuarat Badan Perhubungan Umno Perak malam tadi dihadiri semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno.

“Dan, perbincangan dengan parti-parti lain di negeri Perak diadakan oleh pemimpin-pemimpin Umno and BN Perak. Manakala saya akan adakan perbincangan di peringkat pusat,” katanya.

Zahid berkata selepas perbincangan dapat dimuktamadkan, Umno akan mengemukakan nama calon menteri besar Perak yang baru.


Jumaat lepas Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti Adun dalam usul keyakinan terhadap menteri besar yang dikemukakan pada sidang DUN Perak.

Dalam undian sulit yang dijalankan, Faizal yang juga Adun Chenderiang, hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.

DUN Perak merangkumi 25 Adun BN yang kesemuanya daripada Umno, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.



SAARANI DIKATAKAN MEMPUNYAI 32 AKUAN BERSUMPAH ADUN PH

 

Kerajaan UMNO dan PH di Perak?

Irwan Muhammad Zain
Kerajaan UMNO dan PH di Perak?
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad pula disebut-sebut bakal menggalas jawatan Menteri Besar Perak yang baharu. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: UMNO dijangka membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan di Perak susulan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu ditolak oleh majoriti wakil rakyat sewaktu undi diadakan untuk menentukan sokongan ke atasnya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Jumaat.
Menurut sumber yang rapat dengan UMNO Perak, kerajaan bersama UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP itu akan dibentuk dalam masa terdekat.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad pula disebut-sebut bakal menggalas jawatan Menteri Besar Perak yang baharu.
"Setakat ini kerajaan baru, kerajaan UMNO dan Pakatan Harapan dengan MB-nya dari UMNO, kemungkinan besar Saarani," kata sumber yang enggan namanya didedahkan itu.
Sebelum ini portal Suaratv melaporkan Saarani telah mempunyai sekurang-kurangnya 32 akuan bersumpah (SD) dari ADUN BN, PKR dan DAP bagi membolehkan beliau menjadi menteri besar.
Difahamkan lima ADUN dari Amanah juga telah bersetuju memberikan sokongan menerusi akuan bersumpah kepada Saarani untuk dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Ahmad Faizal.

ALAHAI CEK MEK....


NIZAM AKA

 Alahai mek comel..nak sembang politik dia..

Mek tomel wehhhh..Yang Bersatu dan Pas bermain kayu 3 di belakang umno,itu mek tomel tak nak komen?

Kalau dah Umno tu khianati,buat apa lagi parti mek tomel terhegeh-hegeh dan tersengeh-sengeh masih nak berkawan dengan umno?Kalau dah khianat,putus je dengan umno..Apa yang susah sangat?Atau parti mek tomel ni kecil sebesar batang lidi,maka nak tumpang umno yang sebesar pokok balak?

Image may contain: 1 person, text that says "Malaysia Gazette SPROUT YOUR MIND Home Politik Pas- -Srikandi POLITIK Tak pernah terfikir UMNO khianati Bersatu, Tak pernah terfikir UMNO khianati Bersatu, Pas- Srikandi By Nizam Zain- December 2020 KUALA LUMPUR Peristiwa yang berlaku pada Kerajaan Negeri Perak semalam memang sesuatu yang di luar jangkaan dan tidak pernah terfikir UMNO akan mengkhianati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas."


Daripada mek tomel sibuk-sibuk dengan politik Bersatu yang merapu tu,baiklah mek tomel sibuk-sibukkan diri cari politik yang lebih bermanfaat..Ada juga faedahnya..

Umno tidak tolak kemungkinan bentuk kerajaan bersama parti lain, termasuk PH, kata Zahid-Pas boleh melepas....


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno dan BN perlu engambil pendekatan baru bagi membentuk kerajaan di Perak.

IPOH: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan parti itu akan bergabung dengan beberapa parti lain, termasuk Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.

Beliau berkata, langkah itu terpaksa dibuat susulan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin sebelum ini.

“Kita tahu dari kenyataan setiausaha agung PAS dan PPBM, maka satu pendekatan baru akan diambil oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bagi membentuk kerajaan baru.

“Tetapi ia akan mengambil kira semua pertimbangan politik agar kerajaan yang terbentuk lebih kukuh dukungannya,” katanya kepada pemberita di luar Istana Kinta selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebentar tadi.

Jika ada usul Undi Percaya terhadap MB, PH Johor sedia sokong

 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor terdedah kepada tindak balas Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri hari ini susulan kenyataan pemimpin Bersatu, Datuk Osman Sapian sebelum ini.

Osman pada 5 Disember lalu menyifatkan langkah Umno di Perak menjatuhkan Menteri Besar Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai tidak boleh diterima dan Bersatu Johor harus bertindak balas terhadap MB Umno.

Bagi ketua-ketua parti komponen Pakatan Harapan (PH) Johor, sekiranya Bersatu mahu 'balas dendam' terhadap pengkhianatan di Perak maka PH sedia memberikan sokongan."Majlis Pengerusi PH Johor telah bermesyuarat di Kluang.

"Kami ambil maklum berkaitan laporan berita oleh portal Utusan Malaysia bahawa Datuk Osman Sapian berkata, MB Johor boleh terima nasib sama seperti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kalau 12 ADUN PPBM di negeri ini 'balas dendam' melalui usul undi percaya.

"Sebarang langkah atau usul yang ingin dibangkitkan oleh ADUN PPBM akan disaksikan pada esok hari (hari ini)," kata kenyataan bersama PH Johor.

Dengan selisih 2 kerusi, menurut PH Johor, usaha menjatuhkan MB Datuk Hasni Mohammad tidak sukar untuk dilakukan.

PH Johor yang mempunyai 27 ADUN yang akan mengundi menentang MB Umno.

"PH Johor memiliki 27 ADUN. Jumlah ini signifikan dalam setiap usul yang ingin dikemukakan di Dewan Negeri Johor.

"Kami berpendirian sebarang usul atau langkah yang bakal dibawa oleh ADUN PPBM akan diteliti oleh PH Johor dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan kestabilan negeri," kata mereka lagi.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi KEADILAN Johor Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.





 


PARTI YANG TERGESA GESA DAN TAK BERMAKLUMAT.

 

Hamdan Taha

Islam ialah agama pendamai dan agama yang benar...

Jika guna islam wajib tugas dia ialah pendamai dan memberikan ketenangan pada sesiapa sahaja dan dalam keadaan apa juga....itu lah islam agama yang cukup lengkap...

Islam tak boleh di jadikan asas perpecahan dan mengujudkan ketidak selesaan manusia malah termasuk haiwan dan pokok ciptaan Allah yang lainnya..

Itu sebab parti islam tak boleh di buat main main dan terburu buru...bayangkan kes di Perak dan di Kedah....Perak apabila menteri besar tidak mendapat kepercayaan ahli dewan mereka melalui setiausaha agungnya terus mengeluarkan satu surat keputusan parti menolak kerja sama dan kerajaan baru...

Apakah itu sikap orang islam dan parti islam...buat lah kajian sikit kenapa menteri besar itu di tolak....atau tunggu lah sehari atau dua hari baru buat keputusan bukan dalam masa sejam dua....dan keputusan pula tidak langsung mengambarkan islam dan ajaran rasulullah..tergesa gesa dan tidak bermaklumat...itu bukan cara kerja islam ....itu cara kerja syaitan...

Tunggu lah keputusan tuanku perak baru lah keluarkan kenyataan. Kerana sebuah parti islam tak boleh setiap dua hari berubah watak dan kenyataan. Apakah tak ada perasaan malu sebuah parti yang guna islam tapi menyokong pemimpin secara melulu...

Apakah laungan dan ceramah ceramah pas selama 60 tahun. Mereka sebut cara islam pilih pemimpin....jangan pilih pemimpin sekular....jangan pilih pemimpin tidak beraklak...jangan pilih pemimpin tidak berilmu agama....jangan pilih pemimpin isteri dia tidak menutup aurat....jangan pilih pemimpin ada masalah moral...jangan pilih pemimpin gay...homosek...jangan pilih pemimpin rasuah...jangan pilih pemimpin yang asabiyah.....65 tahun ini lah isi ceramah itu...

Tapi hari ini semua yang dia tentang itu lah yang dia pilih dan bersama....itu sebab saya tentang pas di era hadi awang ini....cakap lain perbuatan lain....tapi saya antara penyokong pas di zaman ustaz fadlil noor....

Saya tentang kerana pas sudah jadi pemecah belah bukan pendamai....pas bukan lagi tempat bernaung dan menuntut ilmu tapi tempat penuh dengan politik sampah....walaupun ahli mereka taksub tapi nak buat macam mana kerana mereka merasakan parti mereka sahaja yang benar yang akan di terima oleh Allah dan parti mereka sahaja yang berjuang untuk islam...parti lain tak di iktiraf pun....

Tapi apakah benar dawaan mereka benar...kita tengok cara mb kedah menangani masyarakat india....kasar....walaupun mereka salah tapi pendekatan dan kata kata mb kedah tidak gambarkan pendakwah dai dan pendamai....

Masa kerajaan bn di Selangor berdepan dengan meroboh kuil kuil hindu tahun 2004 ke 2008...di mana pas ketika itu....apakah pas pernah buat kenyataan menyokong tidakan kerajaan umno...jawapannya tidak....malah mereka pula terlibat dengan pemimpin india dalam PKR...DAP...dan sebagainya dalam ajuran bersih dan menentang usaha kerajaan Selangor meroboh kuil...itu sebab mereka di sokong oleh india tahun 2008 dan 2013....kerana mereka di lihat bersama masyarakat india.....


Tapi sekarang ....apa dah jadi....Gay pun dia sokong dan angkat untuk jawatan tertinggi kerajaan



UNTUK KESTABILAN PERAK,ADALAH MUNASABAH UMNO KETEPIKAN BERSATU DAN AMBIL PH SEBAGAI RAKAN GABUNGAN

 

Sementara siapa pemimpin UMNO yang akan mengisi jawatan Menteri Besar Perak belum dapat dipastikan lagi, apa bentuk kerajaan baru yang bakal terbentuk di negeri itu juga masih merupakan teka-teki.

Bagi jawatan Menteri Besar, difahamkan tiga nama sedang bersaing – Sharani Mohamad, Zambry Abdul Kadir dan Shahrul Zaman Yahya.

Tetapi, berdasarkan kedudukannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, barangkali Sharani adalah calon pilihan utama untuk mengisi jawatan tersebut.

Jika bukan Sharani menjadi Menteri Besar Perak, UMNO Perak akan terdedah kepada perpecahan dan pergolakan sesama sendiri.

Dari segi bentuk kerajaan pula, beberapa pemimpin UMNO Pusat seperti Setiausaha Agung parti itu, Ahmad Maslan dan Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan misalnya, mereka lebih mahu PN terus kekal mentadbir Perak selepas jatuhnya Peja.

Bagi kedua-dua mereka, hanya jawatan Menteri Besar yang perlu diisi baru dan status quo Exco Kerajaan Negeri haruslah dikekalkan, selain Bersatu dikehendaki berjiwa besar menerima perubahan yang berlaku.

Walaupun nampak mudah, realitinya tidaklah semudah itu bagi Bersatu, khususnya Peja sendiri untuk menerima pemimpin UMNO sebagai Menteri Besar setelah beliau sendiri dijatuhkan oleh parti itu dengan cara yang begitu mengaibkan melalui undi percaya yang sebenarnya bermaksud undi tidak percaya terhadapnya.

Siapa pun akan terasa hati bila dikhianati begitu, dengan itu saranan UMNO agar Bersatu berjiwa besar menerima pemimpin mereka pula menerajui kerajaan negeri nampak tidak munasabah.

Bahkan, jika pun Bersatu akhirnya sedia menerima UMNO menerajui Perak, keikhlasan dan kemungkinan mereka pula menjatuhkan semula Menteri Besar tidak mustahil akan berulang kembali.

Ini kerana, PN dengan UMNO ada 25 kerusi, Bersatu 5 dan Pas 3, kedudukan kerajaan negeri tetap dengan majoriti tipis dan tidak menjanjikan kestabilan jangka panjang.

Pemimpin berpengalaman UMNO, Nazri Aziz sebelum itu mencadangkan agar UMNO bekerjasama dengan PKR dan Amanah bagi membentuk kerajaan baru.

Saranan beliau itu susulan kenyataan Pas yang mempunyai 3 Adun Perak enggan menyertai kerajaan negeri susulan kecewa dengan cara Peja dijatuhkan oleh UMNO.

Cadangan Nazri ini juga agak mustahil kerana PKR dan Amanah tidak mungkin meninggalkan DAP semata-mata untuk bersama dengan UMNO.

Maka itu, untuk keharmonian kestabilan jangka panjang, UMNO sebenarnya tiada pilihan lain selain harus bekerjasama dengan PH secara pukal untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

Dengan UMNO ada 25 kerusi dan PH mempunyai 24 kerusi, jumlah 49 kerusi yang tergabung itu bukan saja menjanjikan lebih kestabilan, malahnya kukuhnya sukar untuk digoncang oleh sesiapa jua.

Lagi pula, berbanding bekerjasama dengan Peja yang pernah mengkhianati PH, gabungan itu tiada masalah menerima Menteri Besar daripada UMNO dan untuk saling bekerjasama demi kepentingan negeri Perak seluruhnya.

Tambahan lagi, dengan jumlah kerusi UMNO lebih banyak berbanding PH, PH tentu saja faham bahawa kerusi Menteri Besar memang selayaknya diberikan kepada parti itu.

Yang lebih penting lagi, bekerjasamanya UMNO dengan PH membentuk kerajaan negeri, ia hanya melibatkan kerjasama dalam kerajaan semata-mata dan tidak termasuk soal berbahagi kerusi dalam pilihanraya.

Maknanya, walaupun bersama dalam sebuah kerajaan, apabila tiba masa pilihanraya, UMNO dan PH boleh bebas bertanding di kawasan yang masing-masing biasa bertanding sebelum ini.

Dengan itu, kedudukan UMNO sebagai parti dominan orang Melayu dan perlunya mereka bertanding banyak kerusi Melayu tidak terjejas apa-apa.

Berbeza jika bersama Bersatu dengan Pas, sudahlah kena berkongsi jawatan dalam kerajaan, UMNO juga kena berkongsi dan mungkin perlu berkorban dengan menyerahkan banyak kerusi tradisinya, khususnya kepada Bersatu.

Kerajaan campuran UMNO dan PH itu juga adalah lambang sebenar dinamika politik ke arah kestabilan serta keharmonian pelbagai kaum, bukan saja di Perak, tetapi juga di Malaysia secara terangkumnya. 

(Shahbudindotcom 06/12/2020)



TANDA TAK MAU HILANG NIKMAT DUNIA..JANJI SONDOL ..KAH.....

 Ini tanda Pas akhirnya tak sanggup kehilangan jawatan Exco Kerajaan Negeri Perak...😜😜





Mat Sabu: Kerajaan Ini Tidak Menghormati Demokrasi & Keputusan Rakyat, Y...

Mat Sabu: Kalau Wakil Rakyat Menjadi Pegawai Kebajikan, Dia Akan Terdeda...

Mat Sabu: Semua Parti Hadapi Pimpinan Lari Keluar Parti, Ianya Adalah Pe...

MG VIRAL : Bergaduh Rebut Pelanggan Di Plaza Low Yat

Tiada yang mustahil, Amanah Perak sedia kerjasama dengan parti lain


Amanah Perak sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menubuhkan kerajaan yang stabil.

IPOH: “Tiada yang mustahil” apabila tiba masanya untuk membentuk gabungan baru, kata Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

“Dalam situasi mencabar ini, kami sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menubuhkan kerajaan yang stabil,” katanya kepada Bernama ketika ditanya sama ada Amanah Perak sanggup bekerjasama dengan parti lain di Perak untuk menubuhkan kerajaan negeri baru.

Asmuni antara 3 pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini selepas Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti dalam undi percaya terhadapnya di Dewan Undangan Negeri semalam.

Dua lagi pemimpin PH ialah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Semalam, Faizal hanya mendapat 10 undi menyokong berbanding 48 undi menolak dan seorang lagi Adun berkecuali dalam usul undi percaya terhadapnya yang dibawakan Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru).

DUN Perak terdiri daripada 25 Adun Barisan Nasional yang semuanya Umno, DAP (16), PPBM (5), Amanah (5), PKR (3), PAS (3) dan masing-masing satu daripada Gerakan dan bebas.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz dilaporkan mencadangkan Umno bekerjasama dengan Amanah dan PKR untuk membentuk sebuah kerajaan baru di Perak.

Beliau dilaporkan berkata, tidak mustahil berbuat demikian kerana parti itu bersama menolak usul undi percaya terhadap Faizal.

Kenyataan sama juga dibuat Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari yang berkata, apapun boleh berlaku selagi ia mematuhi Perlembagaan dan tidak bertentangan norma.

Bagaimanapun, dalam mesyuarat khas Umno Perak malam ini yang dihadiri Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan Nazri sendiri, tiada pemimpin PH yang hadir.



Nazri Aziz cadang UMNO, Amanah dan PKR tubuh kerajaan di Perak

 

Irwan Muhammad Zain
Nazri Aziz cadang UMNO, Amanah dan PKR tubuh kerajaan di Perak
Apa yang berlaku di Perak, tidak ada kena mengena dengan kerajaan Pusat, kata Nazri Aziz. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan di Perak susulan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.
Nazri juga mencadangkan agar UMNO bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu.“UMNO Perak perlu bekerjasama dengan Amanah dan PKR bagi membentuk kerajaan baharu yang diterajui UMNO.
“Apa yang berlaku di DUN Perak hari ini, Amanah dan PKR telah bersama UMNO menolak usul percaya terhadap Menteri Besar. Bersatu dan Pas tidak bersama UMNO,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Bagaimanapun, Nazri menjelaskan, apa yang berlaku di Perak tidak akan menjejaskan kerajaan Pusat.
“Ini hanya berlaku di Perak, tidak ada kena mengena dengan Pusat... tidak semestinya bila di Perak berubah kerajaan maka di Pusat juga akan berubah. Ini norma baharu,” katanya lagi.
Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang dilantik sebagai Menteri Besar semasa Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan negeri dalam pilihan raya umum lalu.
Selepas penjajaran semula politik tanah air yang menyaksikan PH ditumbangkan Februari lalu, Ahmad Faizal kekal menjadi Menteri Besar dengan sokongan BN dan Pas.
Pada Jumaat, Ahmad Faizal kalah dalam undi percaya yang dibawa oleh wakil rakyat UMNO, menyebabkan Timbalan Presiden Bersatu itu hilang majoriti sebagai Menteri Besar.
Hanya 10 daripada 59 ADUN menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak sementara satu undi rosak atau berkecuali.

JOHOR: JIKA & ANGKA

 

Image may contain: sky

1. Jika Johor ikut formula Perak, kerajaan negeri akan lebih stabil.

2. UMNO Johor pada masa ini memiliki 14 kerusi DUN, PPBM 12, MIC 2 dan PAS 1. Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi DUN.

3. Jika formula Perak digunapakai, UMNO (14 kerusi) bergabung dengan PH (27 kerusi) akan membentuk jumlah 41 dimana jumlah ini adalah jauh lebih besar berbanding sekarang ini.

4. 41 kerusi DUN membentuk majoriti lebih 2/3 DUN Johor. Kedudukan ini sangat stabil dan meyakinkan.

5. Bezanya hanyalah, Menteri Besar sedia ada pada ketika ini datangnya dari UMNO. Ini sedikit berbeza dari situasi di Perak dimana MB nya adalah dari parti PPBM.

6. Soal bersetuju atau tidak, itu perkara lain. Tetapi dari segi angka, ya. Memang jika UMNO dan PH berkerjasama di Johor, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan negeri.

YB

Sheikh Omar Ali

Siapa Bakal MB Perak Dan Apakah Bakal Berlaku Di Johor, Melaka Dan Kedah...

RENTASAN MINGGUAN 093 | SAH, 'GAME' UMNO MELALUI USUL DI PERAK MENJADI!

RAKYAT WAJAR BERTINDAK TERHADAP AHLI PARLIMEN KHIANAT

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PENGERUSI PAKATAN HARAPAN NEGERI JOHOR


5 DISEMBER 2020 / 19 RABIUL AKHIR 1442

1. Majlis Pengerusi PH Johor telah bermesyuarat hari ini di Kluang.

2. Kami ambil maklum berkaitan laporan berita oleh portal Utusan Malaysia pagi ini. Dato Osman Sapian berkata, MB Johor boleh terima nasib sama seperti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kalau 12 ADUN PPBM di negeri ini 'balas dendam' melalui usul undi percaya.

3. Esok adalah hari terakhir Sidang DUN Johor. Sebarang langkah atau usul yang ingin dibangkitkan oleh ADUN PPBM akan disaksikan pada esok hari.

4. PH Johor memiliki 27 ADUN. Jumlah ini signifikan dalam setiap usul yang ingin dikemukakan di Dewan Negeri Johor.

5. Kami berpendirian sebarang usul atau langkah yang bakal dibawa oleh ADUN PPBM esok akan diteliti oleh PH Johor dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan kestabilan negeri.

TAMAT

YB Aminolhuda Hassan

Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Johor

YB Syed Ibrahim Syed Noh

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor

YB Senator Liew Chin Tong

Pengerusi DAP Negeri Johor

#PakatanHarapan

 

SIAPA Bakal Menteri Besar Perak ?

KRISIS PERAK! PAS MARAH UMNO - TETAP JILAT BERSATU!

AKHIRNYA PEJA BELAJAR MENGENAI PENGKHINATAN?