Tak kuat tapi masih PM

 

Tanpa cakap berlapik dinyatakan Muhyiddin Yassin tidak kuat. Bukan fizikal tetapi bercakap daripada sudut politik. Rasanya ramai yang beranggapan demikian.

Sejak beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Mac lalu, umumnya dalam kalangan orang politik (malah orang ramai juga) berkata “Muhyiddin tak lama jadi PM”.

Sebabnya beliau tidak mempunyai sokongan majoriti yang besar di Parlimen. Tipis sebenarnya. Sehingga jika hanya dua Ahli Parlimen yang menyokong berpaling tadah, beliau akan berada dalam keadaan amat tidak selesa (ini cakap berlapik). Dua tiga lagi tarik sokongan jawatan perdana menteri hilang, kerajaannya tumbang.

Beberapa kali kita dengar ini akan berlaku. Si polan si polan kononnya akan paling tadah. Namun itu tidak berlaku. Mengapa? Pelbagai sebab dan alasan diberi yang saya tidak cadang menghuraikan disini. Ramai sudah dengar dan punya tafsiran masing-masing .

Ada usaha menguji Muhyiddin di Parlimen menerusi undi tidak percaya. Itu pun tidak kesampaian sehingga kini. Speaker kata urusan kerajaan mesti diberi keutamaan terlebih dahulu. Terselamat Muhyiddin. Tuah seorang PM.

Timbul keadaan menumbangkan beliau menerusi Belanjawan 2021. Sekat belanjawan Muhyiddin letak jawatan. Sehingga kini langkah menyekat Belanjawan 2021 tidak berhasil. Sebaliknya ia dilihat menuju ke arah mendapat kelulusan Parlimen. Maknanya Muhyiddin kekal PM.

Hakikatnya Muhyiddin tidak kuat tetapi pembangkang yang dilihat gah dan kuat tidak sepakat. Ada yang mahu Dr Mahathir Mohamad jadi PM. Ada yang mahu Anwar Ibrahim. Ada juga yang mahu Shafie Apdal. Yang tersenyum lebar Muhyiddin.

Benar wabak Covid-19 memeningkan Muhyiddin. Namun kerana Covid-19 lah Parlimen yang sepatutnya bersidang pada 9 Mac ditunda. Ketika itu “kemarahan” terhadap kerajaan “pintu belakang” Muhyiddin (atau kerajaan tebuk atap kata Presiden PAS, Hadi Awang) memuncak. Pembangkang ketika itu cukup bersedia merampas semula apa yang dirampas daripada mereka. Hasrat itu tidak kesampaian.

Seperti dikatakan tadi Covid-19 memaksa sidang yang dijadual 9 Mac ditangguh sehingga 18 Mei. Bagaimanapun ia bukan bersidang dalam erti kata bersidang. Kerajaan Muhyiddin memutuskan ia diadakan selama satu hari dan menyaksikan titah pembukaan penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong dan tiada sidang selepas titah Diraja. Pembangkang kecewa.

Sidang Parlimen diadakan pada Julai. Muhyiddin kemukakan usul menamatkan khidmat Speaker Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya, Nga Kor Ming. Usul diterima dengan kemenangan undian tipis.

Pengganti ialah Azhar Azizan Harun sebagai speaker dan Azalina Othman Said timbalan speaker. Mohd Rashid Hasnon kekal timbalan speaker kedua.

Covid-19 juga mendorong Muhyiddin memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat. Agong bagaimanapun menolak. Tamparan buat Muhyiddin kata orang. Namun beliau tetap PM.

Tetapi proklamasi darurat beliau perolehi untuk kawasan Parlimen Batu Sapi di Sabah bagi mengelakkan pilihan raya kecil demi membendung wabak.

Bercakap mengenai pilihan raya, ramai khususnya pembangkang dan penentang beranggapan PRU-15 gelanggang terbaik untk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional. Namun dalam keadaan Covid-19, pilihan raya mengundang bahaya. Lantas Muhyiddin belum boleh diuji. Masih selamat.

Pun begitu UMNO yang dilihat sebagai sekutu PN (kadang-kadang bertindak bukan seperti sekutu) mahu pilihan raya diadakan sebaik sahaja keadaan wabak reda.

Muhyiddin baru-baru ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang menyentuh beberapa perkara penting termasuk mengadakan PRU-15.

Mungkin beliau sudah dalam keadaan selesa dan yakin untuk menghadapi pilihan raya.

Apa pun bukannya semua “plain sailing” buat Muhyiddin. Melihat PN mengingatkan saya filem P Ramlee, Keluarga 69. Filem komedi itu mengisahkan dua keluarga yang bertembung tetapi disatukan menerusi perkahwinan antara mereka dengan cara luar biasa. Yakni kisah kahwin cerai dan kahwin semula yang membabitkan anggota keluarga.

Kesimpulanya dibuat oleh Osman, antara watak utama filem itu, apabila dia berkata di penghujung filem, “keluarga ini telah menjadi tunggang terbalik, keluarga songsang, keluarga 69″. Jika anda pernah menonton filem itu anda akan tahu apa maksud si Osman.

PN dianggotai PPBM pimpinan Muhyididn, PAS, dan dua parti Sabah iaitu STAR dan SAPP.

UMNO-BN bukan komponen PN walaupun beberapa pemimpinnya ada dalam kerajaan Muhyiddin. Hakikatnya ada dalam UMNO yang menyokong PN, ada yang tidak.

UMNO kekal dalam BN bersama MCA dan MIC. UMNO bersama PAS menubuhkan Muafakat Nasional. Seperti semua maklum PAS duduk dalam MN dan PN.

UMNO tidak ada dalam PN sebab tidak senang dengan PPBM. Mereka mahu bersama PAS kerana percaya gabungan mereka boleh beri kemenangan pilihan raya.

PAS pula mahu UMNO bersama dalam PN kerana, kata pemerhati politik, lebih senang berunding untuk kerusi yang mereka ingin bertanding jika rundingan membabitkan juga PPBM. Rundingan secara “direct” dengan UMNO memang sukar kerana PAS dan UMNO sama kuat. Jelas PPBM dilihat sebagai lemah.

Bagaimana pun “selemah-lemah” PPBM, parti itu ada Muhyiddin sebagai PM. Tidak perlu dijelaskan apa seorang perdana menteri boleh lakukan dengan kuasa yang ada.

Walau pun perdana menteri presiden PPBM, ada pemerhati politik berpendapat UMNO yang menekan PPBM, “dictate terms” sehinga dilihat mendera PPBM. Sekurang-kurangnya begitulah gambarannya.

Ada pemerhati politik pula (termasuk orang UMNO) yang melihat sebaliknya. Kata mereka, PPBM yang mendera dan menganaktirikan UMNO.

Bukanlah rahsia UMNO mahu berkuasa semula. Mereka mahu memimpin bukan dipimpin. Jika berada dalam sesuatu gabungan UMNO mahu mendominasi. Seperti dalam BN. Semasa BN memerintah UMNO lah yang menjadi bos.

Untuk itu, walaupun ada bermacam-macam kem dalam parti, UMNO boleh merapatkan barisan bila menghadapi ancaman khususnya pilihan raya. Sengketa diketepikan buat seketika. Menang pilihan raya bersengketa semula.
Realitinya UMNO boleh ketepikan persengketaan sesama sendiri untuk mencapai “common goal”. Mereka menang pilihan raya demi pilihn raya sehinggalah PRU-14 pada 2018. Mereka tewas bukan kerana tidak bersatu tetapi tidak tertahan gelombang anti-BN ketika itu.

Kini UMNO mahu berkuasa semula. Pemimpin UMNO bertindak untuk mencapai matlamat itu. Ini termasuk berunding dengan pelbagai pihak untuk mereka mendapat keuntungan. Tidak ada salahnya mereka cuba mendapat yang terbaik.

Kita dengar mereka berunding dengan pembangkang khususnya Anwar. Ada pihak berpendapat ini digunakan untuk “menakutkan” Muhyididn. UMNO “mengancam” atau memberi gambaran untuk menarik sokongan terhadap Muhyididn jika apa yang mereka mahu tidak dituruti.

Tetapi kerap juga mereka cakap tak serupa bikin. Lantas ramai yang melihat UMNO sebagai “berani berani takut”. Tidak dinafikan UMNO dapat kenikmatan dalam keadaan sekarang lalu ada pemerhati politik berkata parti itu tidak berani bergerak sendirian khususnya tanpa PAS (begitu juga PAS yang perlukan UMNO).

Yang jelas UMNO mahu jadi parti dominan. PPBM tahu ini semua. Pemimpinnya, Saifuddin Abdullah, baru-baru ini menegaskan isu siapa mendominasi tidak perlu timbul jika partinya, UMNO, dan PAS duduk dalam satu gabungan untuk menghadapi PRU-15.

Bagi UMNO, cara terbaik ialah PPBM dibubarkan dan semua pemimpin dan ahli menyertai UMNO. Apatah lagi kebanyakan mereka berasal daripada UMNO. Dengan ini UMNO jadi parti dominan.

Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki, apabila beliau dipetik berkata sudah sampai waktunya Muhyiddin dan partinya “pulang ke gagang”. Ini bukan kali pertama Asyraf mengajak PPBM menyertai UMNO.

Pemerhati politik tidak menjangka Muhyiddin akan menyahut “jemputan” itu.

Kesimpulannya, pembangkang dan kerajaan mempunyai masalah tersendiri masing-masing. Untuk mendapat kuasa, masalah itu semua mesti diselesaikan. Dengan cara dan kaedah tersendiri.

Cukup setakat ini sebelum saya dituduh mahu mengajar orang yang tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana perlu dilakukan.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

PASTIKAN PH BERSATU SEBELUM ANGAN-ANGAN AMBIL ALIH KERAJAAN


KEGAGALAN TOLAK BAJET, KENAPA SALAHKAN ANWAR..??


BOB KELANANG


RAMAI yang kecewa dan marah apabila pembangkang (PH) gagal untuk menumbangkan kerajaan PH pada 26 November lalu menerusi undian menolak Bajet 2021 di parlimen.

Saat pembentangan Bajet itu telah dijadikan detik yang dinantikan untuk melihat dendam terhadap PN terbalas, sebaliknya apa diharap tidak jadi kenyataan dan menjadi anti klimaks pula yang mengejutkan banyak orang.

Ia mengejutkan kerana sebelum itu dunia sudah dibayangkan (psywar) kononnya kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin akan jatuh dengan penolakan Bajet 2021. Penolakan Bajet memberi gambaran Muhyiddin ditolak dan kerajaannya berkubur. Media asing juga memberi perhatian penuh minat kepada sidang parlimen pada hari itu.

Lebih indah lagi selepas Muhyiddin tewas atau gagal menunjukkan beliau mempunyai sokongan di Parlimen, maka akan berlaku perubahan kerajaan, kononnya kerajaan PH yang dihancurkan itu akan bangkit kembali. Bekas menteri yang sudah menyangkutkan kot dan blazer dan membuang name tag yang dipakai semasa menjadi menteri sudah ada yang mengambilnya dan menggilat kembali untuk dipakai semula.

Seorang pemimpin PH semasa berjumpa dengan saya sehari sebelum tarikh ditunggu-tunggukan itu membayangkan penuh semangat apa yang akan berlaku pada 26 November itu bakal memberi implikasi besar sekiranya Bajet ditolak. Beliau begitu yakin yang kerajaan PH akan kembali semula dan Muhyiddin akan tumbang. Kononnya maklumat dalaman memberi indikator menggembirakan.

Saya hanya dengar acuh tak acuh sahaja apa dibayangkan itu sambil di hati terasa dukacita dan kasihan mengenangkan apa diharapkan oleh pemimpin itu dan rakyat yang marah dengan PN. Betapa mereka kemaruk untuk melihat PH berkuasa semula sedangkan harapan itu hanya sebuah ilusi sahaja seperti usaha untuk menemui bangkai MH370.

Cerita yang ditarik jikalau Bajet ditolak ada dua kemungkinan berlaku. Pertama Muhyiddin akan menghadap Yang diPertuan Agong untuk memohon perkenan bagi membubarkan parlimen, atau pun meletak jawatan secara rasmi.

Tetapi beliau membayangkan tidak mudah untuk Yang diPertuan Agong menerima permintaan membubarkan parlimen memandangkan pandemik masih bermaharajalela. Setiap hari kes Covid makin bertambah, sehingga angka kesnya menjadi lebih besar daripada sebelum ini cecah empat angka. Jadi peluang untuk parlimen dibubar sangat tipis.

Makanya kemungkinan kedua, yang ada, menurut pemimpin itu Yang diPertuan Agong akan memanggil mana-mana ahli parlimen yang mendapat sokongan menghadap bagi menerima watikah kemudian angkat sumpah menjadi perdana menteri. Aduh sayang. Pemimpin yang akan dipanggil itu siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim.

Andaian ini pula seakan munasabah dan ada logiknya kerana Anwar dilihat mesra dengan istana dan telah pun dipanggil mengadap baru-baru ini selepas beliau mendakwa mendapat sokonngan. Di sebalik itu juga khabarnya ada usaha sulit yang membabitkan seorang kerabat untuk menaikkan Anwar ke kerusi PM?

Pemergian Anwar ke Istana itu dilihat dengan rasa gembira dan membayangkan akan berlaku sesuatu mengejutkan. Sebenarnya itu hanya perasaan mereka sahaja, perasaan orang yang kehilangan sesuatu yang berharga tetapi tidak dapat menerima hakikatnya. Perasaan keluarga mangsa kehilangan MH370 yang termimpi-mimpin yang pesawat itu masih ada dan familinya selamat.

Saya hanya dengar sahaja cakap-cakap dan andaian-andaian muluk pemimpin itu. Ia sebagai hiburan petang sahaja sambil makan capati di kedai mamak tidak lebih dari itu.

Hari yang ditunggu 26 November sudah pun berlalu. Bajet diluluskan dengan sokongan suara ramai, tidak pun dibuat menerusi pengundian belah bagi. Apabila cadangan untuk mengadakan undi belah bagi gagal kerana suara memintanya kurang 15 orang MP ia jadi hebuh dan menimbulkan kontroversi. Akhirnya perbahasan Bajet di peringkat dasar diluluskan.

Dengan tanpa terhalangnya Bajet diperingkat dasar itu maka satu-satu perbahasan peringat Jawatankuasa di kementerian juga lulus dengan mudah. Satu demi satu perbahasan peringkat kementerian dilulus.

Sebenarnya awal-awal lagi saya sudah membayangkan usaha untuk menolak Bajet itu tidak akan berjaya. Masalahnya bukan kerana Bajet itu diperlukan pada saat ini, tetapi bilangan untuk mengundi menolaknya tidak akan cukup, itu masalahnya. Kalau diadakan undi belah bahagi semasa peringkat dasar, Bajet itu juga gagal ditolak.

Kesalahan Anwar.

Apa yang tidak sedap didengar kini, ekoran kegagalan menolak Bajet itu yang kemudian diharapkan penubuhan kerajaan baru, ianya seperti diletakkan kepada Anwar Ibrahim. Kononnya usaha itu gagal apabila Anwar memberi isyarat di saat-saat akhir agar tidak menyokong undi belah bahagi diadakan. Khabarnya Anwar memberi arahan disaat akhir untuk tidak menolak bajet itu dan membuat tafsiran ada sesuatu yang pelik berlaku.

Hal ini menjadi perbualan dan tafsiran dari pihak-pihak yang sudah bermimpi akan kejatuhan Muhyiddin. Mereka diam-diam meletakkan kegagalkan kepada Anwar dan sehingga mentafsirkan Anwar sudah tidak layak menjadi ketua pembangkang lagi. Satu serangan osykologis yang berat buat Anwar.

Pada saya meletakan kesalahan kepada Anwar seorang tidak betul. Usaha untuk menolak bajet itu seharusnya dilakukan secara kolektif dan ikhlas dan tidak bermotif politik. Iya beliau sebagai ketua pembangkang perlu bertanggungjawab. Tetapi perlu disedari, kalau tiba-tiba beliau menarik hand break di saat akhir tentn ada sesuatu yang tidak kena. Dan mungkin beliau sudah membuat perkiraan dan menghisab kalau diadakan undi belah bahagi Bajet itu tetap juga gagal ditolak.

Ramai yang tidak tahu atau cuba memahami perkara ini dan lebih termakan apa yang ditabur dalam media sosial. Saya mengira Anwar sudah membuat tindakan terbaik mengindarkan undi belah bahagi berlaku setelah beliau menyedari apa yang orang lain tidak tahu bagi menyelamatkan maruah PH.

Umum ketahui pembangkang (PH) tidak berkeupayaan untuk menentang bajet itu kerana masih kekurangan sokongan. Ia mungkin boleh berlaku dengan adanya sokongan daripada ahli Parlimen Umno.

Apa yang difahamkan mulanya terdapat empat orang ahli Parlimen Umno menyatakan sokongan mereka. Malangnya mereka menarik diri pada saat-saat akhir. Maka itulah menyebabkan niat dan cadangan itu berubah dengan tiba-tiba. Takdirlah pembangkang dibenarkan mengadakan undi belah bahagi, ia tetap juga kalah semasa pengundian kelak. Itu memalukan.

Kalau OT95, Azmin Ali, "Jaafar Kamaruddin" dan lain-lain yang sebelum ini duduk bersama boleh berselingkuh, apa lagi dengan ahli parlimen Umno yang menjanjikan untuk sokong itu. Semua pihak perlu sedar realiti ini sebelum meletakkan kesalahan kepada Anwar. Kena sedar bahawa politik itu seni dan sebuah permainan yang membutuhkan kebijaksanaan bukan beremotif bagi mengelak bahana dan malu besar.

Menyalahkan Anwar tidak kena apa lagi telah diketahui sebelum ini beberapa kali beliau gagal

mendapat sokongan untuk mengenapkan angka. Apakah sejarah itu tidak difahami dan semua orang belum mengenali Anwar lagi? Sebelum ini ada yang menyumpah Anwar kerana tidak berjaya mendapatkan nombor membentuk kerajaan. Kalau ketika itu sudah diketahui kenapa kini meletakkan harapan itu kepadanya, apakah kerana desakan jiwa untuk kembali berkuasa itu kuat sehingga melupai kesilapan lepas?

Sebaiknya kalau Anwar sudah tidak mampu untuk mendapatkan sokongan dengan keadaan hari ini, nah orang lain perlu mengambil alihnya. Sesiapa pun boleh menjadi kepala (ketua pembangkang) menggerakkan usaha mencari nombor untuk menjatuhkan Muhyiddin. Mohamad Sabu, Lim Guag Eng, Khalid Samad, Salahuddin Ayub dan sesiapa sahaja boleh acu cuba try test. Kita mahu tengok biar Anwar pula menjadi ekor mereka jadi kepala sekuat mana boleh tarik gerabak.

Saya yakin Anwar akan sedia menyokong sesiapa sahaja yang mahu cuba untuk menjatuhkan Muhyiddin kalau mereka mampu dan berwibawa asalkan jangan OT95 sahaja.

Lama sebelum ini saya sudah melarang jangan bermain dengan angka jangan percaya dengan perjudian. Saya telah tulis acap kali dalam blog dan antaranya saya kumpulkan dimasukkan dalam buku terbaru saya, KEMENANGAN YANG DIKHIANATI, BIPOLAR POLITIK OT95 yang berdar kini. Namun semua semacam memandang enteng dan terus mencari-cari angka dan melihat mangkok Pak Belalang kerana masing-masing menaruh harapan dengan berharap kerajaan akan kembali. Apa sudah jadi?

Terbaik ialah cari solusi baru. Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin mencadangkan ketua-ketua parti pembangkang duduk semeja beruding untuk menguat kedudukan dan mencari terma baharu kerjasama. Saya setuju. Bukan sahaja mencari terma baharu kerjasama tetapi kalau boleh parti pembangkang juga mencari patner baharu untuk bergabung bagi menghadapi pilihan raya nanti.

Misalnya PKR boleh cari Umno, Amanah boleh cari Bersatu dan DAP boleh cari Pas. Haha. [wm.kl. 9: 14 pm 03/12/2020]

MP PEMBANGKANG PERLU SEPAKAT, UMNO TIDAK BOLEH DIPERCAYAI…


Semalam , Belanjawan 2021 di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Azmin hampir kalah dalam undian. 110 undi berbanding 104 undi Pakatan Harapan (PH). Hanya perbezaan enam undi.

Undi PH tiba-tiba meningkat untuk kalahkan Azmin ini datang dari mana?

Pertama, ia datang dari sokongan blok Tun Mahathir.

Tun yang berumur 95 tahun itu pun datang menolak Azmin. Hampir semua Ahli Parlimen Warisan hadir kecuali Presiden mereka dan Ahli Parlimen lain dari PKR dan DAP atas sebab tertentu.

Nampak tak Umno tidak boleh dipercayai? Bayangkan kebencian besar majoriti Ahli Parlimen Umno kepada Azmin.

Apa yang boleh kita belajar dari peristiwa ini? Pentingnya PH bersatu dengan rakan pembangkang yang lain. Biarpun banyak perkara kita tidak setuju dengan mereka. Tidak kira dari blok Tun atau Warisan. Sebab itu pentingnya kerjasama dalam pembangkang yang dipertahankan AMANAH.

Apa yang kita belajar dari Ahli Parlimen Umno? Biarpun Presiden mereka, Najib cuba berusaha menyakinkan Ahli Parlimen menolak kerajaan PN…

TAPI…

Mereka jauh takutkan kerajaan PH yang dipimpin Datuk Seri Anwar dan DAP. Soal prinsip mereka buang ke tepi. Hatta, Ahli Parlimen Pas. Itu realiti yang kita perlu fahami.

Walhal, mereka boleh saja tidak hadir ke Parlimen atas apa-apa alasan. Kalau ada usul nak luluskan GST pun percayalah, Ahli Parlimen Pas akan sokong biarpun sebelum ini mereka fatwakan haram...

Itu sebabnya sejak awal saya kata, kita Ahli Parlimen kena bersatu. Terimalah realiti yang kononnya kita boleh mendapatkan sokongan Ahli Parlimen Umno untuk bentuk kerajaan. Itu tidak mungkin berlaku. Bagi Najib dan Zahid, mereka terdesak untuk bubarkan Parlimen.

Jika PH dapat bersatu dalam satu gabungan, In sya Allah kerajaan PN akan tumbang biarpun tanpa perlu sidang Parlimen dalam Belanjawan atau keputusan belah bahagi.

Perkukuhkan kembali kesatuan dalam PH dan bersama Tun Mahathir dan Warisan. Ketepikan ego masing-masing. Selamatkan negara - Ipohmali, edited by papa

Bob

 

 

SANISIUM ...

 


Mineral apa yang dijumpai di Kedah? Adakah cecair atau pepejal? Mungkinkah vibranium atau sanusium!

Konsep bendalir, ia mengalir dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan bertekanan rendah. Macam minyak dan gas contohnya, dalam reservoir tekanan adalah tinggi. Sebab itu bila kita gerudi, minyak dan gas akan memancut keluar.

Tapi reservoir bukanlah berada di permukaan. Ianya nun jauh beratus kaki ke dalam perut bumi. Kalau setakat di permukaan bumi, tekanan tak cukup kuat. Mungkin mengalir macam air di telaga.

Jadi macam yang MB Kedah kata, mineral baharu ini tak perlu perlombongan, hanya pacak paip 4 inci dan mineral akan mengalir keluar, aku jadi kaget. Mineral apa yang dijumpai di Kedah? Adakah dalam bentuk cecair atau pepejal?

Kalau dari ceritanya, macam cecair. Tapi cecair apa yang dikatakan Rare Earth Element yang bernilai tinggi ini? Entahlah. Tapi kalau bukan cecair, takkanlah mineral itu boleh mengalir sendiri ke permukaan. Agak memelikkan.

Tambah pelik bila dikatakan ia tidak perlukan perlombongan. Sedangkan air telaga pun perlu dikorek. Sedangkan bauksit pun perlu dilombong. Mineral di Kedah ini pula cukup setakat cucuk paip 4 inci? Sumpah, aku keliru.

Aku tak sabar sebenarnya nak tahu apakah mineral yang ditemui di Kedah itu. Sungguh sungguh misteri. Mungkinkah vibranium? Apakah vibranium memang betul wujud? Entahlah. Tapi buat masa ini biarlah aku gelar mineral itu sebagai Sanusium.

.

- R a j a G e l a p -

 

JOM KAIH BALIK SIK.TAK SANGKA KAYA KAYA HANGPA LA NI..SAKSIKAN VIDEO MENARIK PC MB KEDAH




 TAK perlu melombong CUMA cucuk ke tanah guna batang paip 4 inci jer, mineral terpancut keluar…
MINERAL water kot…
KOH KOH KOH… jilaker punya 43 trilion!!

BOB KELANANG

KHALID SAMAD PERLU JELAS SIAPA YANG SEBENARNYA NAK LAGA2KAN AMANAH DGN DSAI & PKR?

 




- MO PLAY VICTIM, BLAME GAME dan RAIH SIMPATI LAGI.

BAGI MEMAHAMI apa yg saya perjelaskan ini, anda perlu membaca satu persatu Screenshot (SS) yg saya sertakan bersama artikel ini. Kenapa saya siarkan begitu byk SS? Sebab saya mahu ia menjadi sebahagian dari Rakaman Sejarah (meminjam kata-kata Free Thinker idola Anai2 KARTEL Oren Masam).

1) Saya menghargai Kenyataan Media Khalid Samad yang menafikan Amanah menuntut atau memberi Ultimatum kpd DSAI utk melepaskan jawatan Pengerusi PH dalam tempoh 7 hari. Beliau menegaskan bahawa maklumat yg disiarkan oleh sebuah portal berita adalah PALSU. Saya juga ambil maklum sahabat-sahabat  penyokong PH memandang sinis kepada kenyataan Khalid Samad. Kenapa? Anda baca keseluruhan Artikel dan SS disertakan maka anda akan memahami akan respon sebegitu.

2) Kenyataan Khalid Samad itu juga, sekaligus MENGESAHKAN bahawa tuntutan terhadap DSAI itu adalah PALSU dan BERNIAT jahat yang mana DSAI telah pada hari yang sama menafikannya. Khalid Samad pergi lebih jauh lagi dgn menuduh penyebar cerita karut itu berniat mahu melaga-lagakan Amanah dgn DSAI. Seperti statusnya sebelum ini yang mengatakan kerja melaga-lagakan sesama kita ialah kerja PN.

3) Apa yang Khalid Samad tidak sedar, beliau telah MENDEDAHKAN dan MENGESAHKAN kerja jahat KARTEL Oren Masam, anai-anai dalam Amanah yang saban hari menyerang DSAI di SocMed. Khalid Samad juga secara tidak langsung MEMBUKTIKAN bagi kesekian kalinya bahawa Anai-anai KARTEL Oren Masam ini "LEBIH #SUDU DARI #KUAH". Pimpinan Amanah TIDAK pun TUNTUT DSAI letak jawatan tapi Anai-anai Oren Masam dok tuntut hari-hari. Mereka yg mula-mula mengejek-ejek dengan perkataaan "dak-dak sudu" tapi ia terkena kpd mereka berkali-kali.

4) Cuba anda lihat Screenshots yang saya sertakan sebagai BUKTI. Yang galak share dan sebar berita palsu KUNUNnya DSAI hanya ada masa 7 hari sebelum letak jawatan adalah AHLI-AHLI AMANAH yang kami panggil anai-anai KARTEL Oren Masam. Mcm mana Khalid Samad pernah kata KUNUNnya yang melaga-lagakan kita ialah PN?

5) Dalam kenyataan terbaharu itu entah pihak mana pula yang Khalid Samad mahu salahkan kerana memberi maklumat palsu kpd portal berita terbabit. Tapi yang PASTI ialah mereka yang MEMBANTU MENYEBARKAN berita palsu dari portal itu ialah AHLI-AHLI AMANAH yang kami panggil anai-anai KARTEL Oren Masam bagi membezakan mereka dari Ahli-ahli Amanah YG KEKAL SETIA dgn Muafakat PH dan DSAI. Anda boleh melihat sendiri semua SS di bawah dan tanya adakah itu kerja anggota PN atau BN atau PKR atau sesiapa shj yg dituduh sebagai "KARTEL dalam PH"?

6) Jika anda belum membaca tulisan saya mengenai Sebahagian Pemuka Utama KARTEL Oren Masam dan MO (Modus Operandi) mereka, anda boleh baca dlm SS yg disertakan atau di link : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1037954043375646&id=100014831801916

7) JIKA anda terserempak dgn tulisan-tulisan mereka cuba faham apa yg mereka cuba SPIN. Salah satu CONTOH : Bila saya menulis tentang tindakan Azmin mengesahkan PT95 adalah dalang penubuhan PN (which dah berulangkali kita sebut dan berhujah) beberapa ekor Anai-anai KARTEL Oren Masam menerjah posting saya dan menuduh saya dan penyokong-penyokong DSAI tidak marah pada Azmin malah sgt mempercayai PNkhianat itu. Mereka cuba membina persepsi KUNUNnya kita belaan Kartel bagi mengalih label KARTEL terhadap mereka.

8) Kemudian mereka bina persepsi KUNUNnya "Kartel dalam PH" mahu merosakkan hubungan antara PT95 dgn DSAI dan PKR. Sdgkan menjadi rahsia umum mereka lah yg setiap hari menyerang DSAI, mengangkat serta memuja PT95 sebagai Legend sedangkan PT95 kerapkali menyerang DSAI yg tidak pun membalas dan mencari haluan sendiri.

9) Banyak lagi komen-komen mereka di SocMed yg membuktikan apa yg saya sebut sebgai "PLAY VICTIM" dan "BLAME GAME" bagi meraih simpati Netizen yg tidak tahu "kepala ekoq" lalu mereka menyalahkan penyokong-penyokong PH pro DSAI.

10) GAME ini akan berterusan. PERHATIKAN, lama kelamaan anda boleh faham cara atau MO mereka SPIN dan BINA PERSEPSI. Saya nasihatkan dan peringatkan diri saya dan anda, TOLONG JANGAN MAKI mereka atau pemimpin Amanah atau parti itu. HENTIKAN perbuatan seperti itu kerana mereka akan menggunakan alasan sebegitu utk TERUS menyerang DSAI dan PKR.

11) Screenshot dan rekodkan. Paling teruk anda sekadar kritik, troll dan ketawakan. Biar satu hari nanti pemimpin Amanah akan tengok dan kita tanya org seperti Khalid Samad kenapa dia membutakan matanya dulu??

12) Sehingga saat ini pemimpin-pemimpin Amanah seolah-olah TIDAK nampak atau IGNORE atau masih dalam DENIAL SYNDROME. Mereka masih menyebut "ada pihak luar" atau PN atau UMNO BN yg punya angkara. LALU...TIDAK HAIRANLAH RAMAI PENYOKONG-PENYOKONG PH PRO DSAI JADI MARAH PADA PARTI ITU SENDIRI kerana sikap TIDAK #PEDULI ini. Apapun....bersabarlah.

Wallahualam.

-Zus Din

03 Disember 2020

 

BELI TANAH DI KEDAH.....KAH....

 Image may contain: tree, outdoor, nature and water, text that says "2h Kanda Lan Maikel is at Kampung Charuk Pelanduk. Sik, Kedah, Malaysia Saya ada tanah di daerah sik utk keluasan setengah relong...tanah x sesuai buat rumah..bel kerbau buat kubang buleh la..harga letak RM 7 juta.. harga xboleh nego ..no broka...fixed price.. sapa beli untung sbb ada mineral rare earth element berharga rm 43 triliun.telepon saya 012-3456789..xdak duit jgn call"

DAH SAMPAI MASA PKR LETAK SEMUA CALON DI SABAH. AHLI TERAMAI PUN DI SABAH.

 

PKR SABAH - Home | Facebook


Takpe yang penting semua PIMPINAN dan PENYOKONG percaya DSAI boleh bawa kita menang PRU15 yang di jangka seawal april 2021 cukup.Jentera PH siap sedia dari sekarang.

Warisan tak mahu ikut undi belah bahagian selagi tak tukar Ketua Pembangkang...Nampak berprinsip? Tak... Sebenarnya mereka meletakkan agenda peribadi melebihi hal rakyat.

Tempohari, sewaktu DS Anwar lepaskan bajet demi membolehkan rakyat mendapat beberapa faedah di dalamnya, berdesup orang hina DS Anwar.Hari ini, Shafie Apdal biarkan bajet lulus peringkat kementerian demi agenda peribadi nak tumbangkan DS Anwar, senyap sunyi masing-masing.Nampak sangat mereka tak fikirkan rakyat. Mereka berpolitik untuk diri sendiri sahaja.

Nampak tak modus operandi dia?

Pada perkiraan aku, Warisan tidak bangkit untuk menyokong undi belah bahagian pada peringkat dasar adalah sebahagian dari rancangan jahat mereka.Seperti hari ini, jika semua MP pembangkang bangkit pun tetapi tanpa Warisan, pembangkang akan tetap kalah dan sekali gus dapat memalukan DS Anwar.

Malangnya DS Anwar mengarahkan kesemua pembangkang tidak bangkit. Jadi Warisan yang memang sudah merancang awal untuk tidak bangkit juga seolah terlibat sama.

Maka rancangan memalukan DS Anwar telah gagal.

Yang seseorang itu pula, pada mulanya dia fikir pengaruhnya sudah cukup

mantap

. Dia percaya yang MP PH akan menurut langkahnya. Malang sekali rupanya, semasa pengundian, baru dia mengerti kesetiaan DAP kepada gabungan PH.

Jadi sekarang dia merasakan ada keperluan baginya untuk menjadi Ketua Pembangkang bagi mengawal PH. Tetapi bagaimanakah caranya?

Dengan cara menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan MP PH terhadap Ketua Pembangkang sekarang. Dan ia diharap terjadi apabila PH berterusan kalah ketika undian belah bahagian setiap kementerian.

Peranan Warisan adalah membuat tuntutan agar Ketua Pembangkang ditukar dengan ugutan enggan mengundi selama tuntutan itu tidak dipenuhi.

Pada perkiraan mereka, jika pembangkang berterusan kalah, MP PH akan geram dan akhirnya akur kepada desakan mereka.

Jadi mereka akan berterusan membiarkan semua undian bajet di peringkat kementerian dimenangi oleh PN. Apa yang bakal terjadi kepada negara, bukan prioriti mereka.

Aku tak pasti sama ada MP PH akan akur atau tidak. Tapi jika MP PH benar menyanjungi rakyat, mereka tidak akan layan tuntutan Warisan yang ketika ini bertindak seolah khadam kepada yang seseorang itu.

Inilah yang terjadi... Pada hemat aku...

Kalau PH nak menang di Kelantan, kempen perlu dipergiatkan di KL, Selangor dan Johor.

Kenapa?

Sebab anak Kelantan yang merantau di negeri negeri ini yang balik dan mengundi Pas.

PH di Kelantan perlu membentuk jaringan kerja dengan PH di 3 negeri dengan membuat kempen bersasar terhadap anak Kelantan mulai sekarang.

Jika tidak, tidak akan berlaku perubahan di Kelantan. Pas akan terus menjawab bumi Kelantan.

- R a j a G e l a p -

 

ANWAR SEORANG PENDOKONG DEMOKRASI...

 

Pakatan Harapan - Community | Facebook

Anwar kata, dia seorang pendokong demokrasi. Jika dia dikatakan tidak boleh lagi memimpin Pakatan Harapan, dia tiada masalah untuk berundur jika PH memilih tokoh yang lebih baik dari dia. Dia sedar tiada insan yang sempurna. Cuma dia nasihat, janganlah pilih orang yang pernah memimpin PH tetapi gagal.

Aku setuju, orang itu bukan sahaja gagal dan kerap mungkir janji, tetapi cuba untuk khianat, membunuh PH dengan niatnya untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Satu kerja yang tidak masuk akal lagi bodoh untuk memilihnya.

Jika orang tua itu juga yang digilai oleh PH, maka aku yakin Keadilan tiada masalah untuk solo. Mustahil Keadilan sanggup berada bersama kumpulan yang sebodoh itu. 

Keadilan, Dap dan Amanah ok je. Siapa kata bergaduh? Yang bergaduh tu adalah di antara pemuja saka tua dengan anti saka tua..

W.FAUDZIN



TERKINI : “Melaka Gateway” Sanggupkah Kerajaan Negeri Hilang Berbilion R...



EDY CHONG


Bukankah kerajaan Negeri yang dipilih lebih jiwa rakyat dan untuk rakyat? Mengapa nak hanya tahu membuli usahawan wanita tempatan daripada berjaya dalam pembangunan Negara??? Ini lah yang berlaku di Melaka sekarang.... AIYO..lebih menakutkan daripada kak limah.....
(Post from other media)






Mampukah negara melepaskan sebuah projek yang sedang dibangunkan bernilai berbilion ringgit dan menjana peluang pekerjaan serta limpahan ekonomi, khususnya ketika persekitaran ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan. Pemajunya, KAJ Developement (KAJD) yang telah melabur sebanyak RM700 juta bukannya dimiliki China. Namun projek yang telah siap 40 peratus itu tidak diteruskan atas arahan kerajaan negeri Melaka.


Pelbagai alasan diberikan dua minggu lalu menerusi notis penamatan perjanjian tambak laut kerana perjanjian telaah tamat tempoh berikutan syarikat gagal menyiapkan projek pada waktu yang ditetapkan.

GUAN ENG vs AZMIN - Tak Terjawab Sampai Terduduk | BAJET MITI

LIVE NOW - Isu

DAULAH TERPENDAM BERLAKU SELEPAS TULARNYA VIDEO SEMBURIT

PAS -SUDAH TERIKAT DENGAN BERSATU ATAU BERSAMA DENGAN UMNO DALAM MN

 

Sementara hubungan UMNO dengan Pas dalam Muafakat Nasional ternampak semakin renggang dan menjauh, Bersatu pula kian merapatkan hubungannya dengan parti Islam itu melalui Perikatan Nasional.

PN yang kini dianggotai Bersatu, Pas, Star dan Sapp bukan saja telah mengadakan mesyuarat Majlis Tertingginya sebagai persiapan menghadapi PRU15 akan datang, malah turut bersetuju membentuk Majlis Presidennya sendiri.

Menurut Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung PN merangkap Setiausaha Agung Bersatu, Majlis Presiden itu akan dianggotai oleh ketua-ketua parti dalam PN.

Katanya, dengan pembentuan Majlis Presiden itu, ia akan menjadi platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan serta mengukuhkan kerjasama antara parti.

Selain itu, tambah Hamzah lagi, PN juga akan segera melaksanakan program-program “flagship” di seluruh negara bagi membantu kebajikan semua lapisan rakyat.

Perkembangan PN ini nyata berbeza dengan MN yang rasanya sudah lama tidak mengadakan sebarang pertemuan antara pimpinan UMNO dan Pas.

Program bersama antara UMNO dan Pas juga tidak kedengaran lagi sekarang ini.

Berbanding awal penubuhan MN dahulu di mana pimpinan UMNO dan Pas kerap bertemu atau bermesyuarat dan mengadakan program bersama, keadaannya itu nampaknya sudah tidak wujud lagi.

Apakah kerana UMNO dan Pas sudah berada dalam kerajaan dan masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, maka mereka tiada kesempatan lagi untuk bertemu seperti dahulu?

Jika keadaan berterusan begini, ke mana akhirnya hubungan UMNO dan Pas dalam MN ini?

Juga, jika berterusan Pas kian aktif bergerak bersama Bersatu dalam PN, apakah mungkin Pas akhirnya akan meninggalkan UMNO dan keluar daripada MN?

Pas – sudah terikat dengan Bersatu atau masih kekal bermuafakat dengan UMNO?


 (Shahbudindotcom 03/12/2020)