PH HILANG SATU LAGI KERUSI DI JASIN...

Mohd Abdullah

Aduhai...PH hilang lagi satu kerusi Parlimen Jasin...nampaknya bertambah kuatlah PN dengan bertambah satu kerusi lagi...


BERITA KARUT YANG BERLEGAR



Disebarkan berita kononnya di antara sbb abg mat, salahudin dan khalid samad beriya2 nak sgt kembali mnjadi kjaan hingga tak kisah siapa PM, samada Mahathir atau Shafie, dan sanggup melupakan nama Anwar seperti yg dijanjikan sblm PRU14 dulu, adalah kerana masalah 'budak2' mereka ini.  Dikhabarkan, hanya dgn menjadi kjaan sahaja masalah ini boleh diselesaikan. 

Aku sedikit pun tidak percaya berita ini.  Takkan la sebangsat itu perjuangan mereka.  Aku kenal mereka ini adalah pmimpin dan pejuang hebat.  Kalau pun mahu digunakan alasan ada 'masalah' atau "kes" terhadap "budak2" mereka, itu tidak masuk akal.  Anwar pun tahu beliau masih belum selamat dari bahana fitnah yg 'tertangguh" iaitu kes Yusof Rawther.  Jika difikirkan, tentulah Anwar pun mahu cepat jadi kerajaan dan sanggup sujud pada kaki Mahathir.  Jadi kerajaan tentu boleh selamat kan?

Tidak.  Itu bukan Anwar.  Anwar lebih sanggup masuk penjara daripada sujud kpd kaki seorang pendusta dan munafik, lebih2 lagi diktator.

Sebab itulah Anwar sebut, kita wajib usahakan dapatkan kembali mandat rakyat yang telah dirampas ini, tetapi jangan sesekali sampai sanggup jual prinsip dan maruah.  *Jangan berpaut di dahan rapuh"*.

Kita berharap agar kesemua mantan pegawai kanan mantan menteri yang ditangkap atau disiasat itu diadili dengan adil.  Jika kita menjadi kerajaan semula itulah yang akan kita lakukan. 

WFAUZDIN NS

HARAKAH PADAM LINK HENTAM MUJAHID : DULU APA SAJAT BUAT PH SALAH..SEKARANG MACAMANA PULAK




SALAHUDDIN



Dulu Sajad pergi Makkah, pakai telekung, walaun PAS bantai Mujahid. Masa tu punya la terdesak sampai apa yang Sajad buat jadi kesalahan kerajaan. Menteri kena bantai.
Tapi hari ni, sekarang ni Sajad separuh bogel, tunjuk lurah, tunjuk bontot kat media sosial, walaun senyap pula.
Woi Walaun PAS kenapadiam, dah bisu ke? Dengan sajad pun jadi ke? 🤣
Motif padam sebab takut kena hentam balik ke tu? Perangai walaun PAS macam ....
Kah kah kah

HINANYA PARTI LEBAI


AHMAD MUNIR ABDULLAH

Ya Allah..lagi kehinaan menimpa parti lebai..
Ingat tak kes Timb Menteri P.I.GS pulun duit Jakem bagi kat sekolah pasti yg posting dipadam tuu.?
Rupanya yang tukang terima moq cheque tuu adalah si tukang fitnah yang dah menyungkur dikaki Dap..
hinanya Pas hari niii..malanggg..

UMNO PERLU DILIHAT KETUA DI PERAK



HAMDAN TAHA

Perak adalah negeri yang dua kali kalah dalam PRU sama seperti negeri Kedah. Pertama kali kalah adalah PRU tahun 2008 dan PRU ke 14.
Walaupun kalah tetapi UMNO perak masih kekal kuat berbanding parti Pas dan Bersatu. Pada pru ke 14 umno masih boleh memenangi kerusi sebanyak 27 itu lambang kekuatan umno di negeri Perak. Apabila keputusan PRU di umum tidak ada pihak yang boleh membentuk kerajaan negeri. Tetapi MIC dan MCA juga Gerakan langsung tidak membantu kerana mereka gagal menang mana mana kerusi yang di pertandingkan. Jika MCA kekal di Chenderiang bermakna kerajaan BN masih boleh membentuk Kerajaan. Atau pun masa itu pas betul betul berkerjasama dengan umno...
Kita juga tau kekalahan umno di mana mana ketika itu di sebabkan sunami isu terhadap serangan 1MDB dan Najib di jadikan bahan kebencian yang berjaya di gunakan pihak lawan. Seperti mana sekarang DAP di gunakan untuk melemahkan PH...walaupun begitu umno di perak masih boleh bertahan dan masih menang besar berbanding parti lain. Hanya dua parti yang kuat di perak iaitu umno dan dap..
Sekarang umno dapat kembali menjadi kerajaan tetapi dalam pakatan PN. Walaupun pengerusi perhubungan umno dato sharani menjadi exco kerajaan negeri saya melihat umno tidak cukup gagah dan gah antara sebabnya Pengerusi Perhubungan berada di dalam barisan Exco sahaja. Sedangkan UMNO perak ada tokoh yang lebih baik bagi saya untuk menerajui UMNO Perak. Tambahan pula presiden parti dari perak....jika Dato sharani kekal sebagai Yb sahaja tampa menjadi Exco dan mengambil jawatan pengerusi GLC di pusat saya fikir UMNO akan nampak lebih kuat...
Untuk memimpin negeri seseorang itu wajib di segani oleh kawan dan lawan. Walaupun sharani pandai berceramah tetapi dia belum lagi sampai ke peringkat di segani oleh pihak kawan dan lawan. Bukan saja perlu di segani oleh pihak lawan dan kawan pengerusi perhubungan juga perlu ada hubungan yang baik dengan Pihak Istana terutama Sultan Perak. Kerana politik perak tidak boleh lari dari suasana itu.
Perak juga ada tokoh tokoh hebat selain Presiden Parti seperti Tajuddin Rahman,Nazri Aziz dan ketua penerangan umno dr nasarah yang telah menjadi Menteri. Juga kita masih ada Dr Zambry Kadir dan pemimpin baru Datuk dr azahar Ahmad kita juga ada dato khusairi talib. Jikq kita susun dan bariskan semula Perak tidak calang hebatnya. Perak perlukan satu rombakan barisan kepimpinan untuk bersedia ke arah PRU. Jika tidak Umno akan hanya jadi pelapik sahaja kepada bersatu dan Pas. Sedangkan di perak sepatutnya tidak boleh begitu...
Umno perlu bertanding 34 ke 35 kerusi Dun untuk di lihat menguasai kembali negeri perak. Walaupun ada suara suara menyebut umno perlu sedar bahawa mereka kalah sebelum ini. Betul tu tetapi pru ke 14 lalu tidak ada parti yang kuat sebenarnya. Bukti apabila ada yang lompat tumbang lah PH. Maknanya bergabung baru lah kuat....
Umno perlu di lihat ketua di perak....

APA KHABAR UMNO?

TOK UBAN



Sebelum berlakunya perubahan kerajaan pada akhir Mac 2020, sudahpun adanya perbincangan sesama kepimpinan UMNO di peringkat pusat dan peringkat bahagian.
Ramai juga berminat untuk UMNO dan BN menyertai kerajaan baru, iaitu tanpa DS Anwar Ibrahim, PKR, PAN dan DAP.
Saya menegaskan kepada rakan2 saya diperingkat pusat bahawa setiap langkah UMNO haruslah berprinsip dan bermaruah, dan bukan semata-mata untuk mendapat jawatan dalam kerajaan.
Pandangan saya telah disanggah olih seorang pemimpin muda yang menyindir dengan berkata bahawa, bagi dia, maruah itu tidak bermakna tanpa kuasa. Dan kuasa itu datangnya dari jawatan.
Memang kuat tarikan jawatan dan kuasa dalam politik. Apa tujuannya politik kalau tidak untuk kuasa? Tanpa kuasa, tidak guna bercakap pasal prinsip dan maruah.
Kuasa politik itu sebenar datangnya dari rakyat yang mengundi dan "meminjamkan" kuasa mereka itu bagi tempoh yang tertentu. Dan kerana ianya kuasa yang dipinjam, ianya bolih ditarik balik.
Sebab itulah, semasa UMNO dan BN berada sebagai pembangkang, rakyatlah yang menarik balik kuasa yang diberikan kepada PH dan berikannya balik kepada BN melalui 6 PRK yang lalu.
Pengundi2 di 6 kawasan yang terlibat tahu mereka tidak akan dapat apa2 dan tidak minta apa2 pun apabila mereka menolak calon2 PH.
Hanya kerana prinsip dan maruah, mereka tolak PH.
Kerana prinsip mereka telah ditipu olih PH dan janji2 manifesto PRU14 dan kelakuan angkuh PH sebagai kerajaan.
Juga, kerana maruah mereka tidak mahu ditipu lagi.
Pendekata, rakyat yang memilih pun berpandu kepada prinsip dan melakukan apa yang bermaruah.
Itu semasa BN di luar kerajaan.
Itu semasa pemimpin BN dan PAS tidak ada jawatan.
Sekarang sudah ada jawatan dan ada kuasa. Jangan pula sudah mula nada berubah kepada nada sebagai menteri.
Tidak menghormati pula rakan2 yang tidak ada jawatan kerajaan dan hanya ada jawatan parti. Cepat menyanggah pendapat pemimpin parti yang tidak berjawatan kerajaan. Ini pun sudah melanggar prinsip dan suatu yang tidak bermaruah.
Tanpa disedari, jawatan dan kuasa itu bolih mengubahkan perspektif dan sikap seseorang itu.
Sebab itu, keputusan mengistiharkan TS Muhyiddin perlu dijelaskan sebagai suatu keputusan yang tidak akan merugikan BN dari segi kerusi, penggunaan lambang dan tawaran kepada pengundi dan rakyat.
Saya beri satu contoh. Contoh Johor Bahru.
Semasa kerajaan negeri PH, jawatan2 diperingkat kampong dan majlis bandaraya dikongsi olih wakil parti2 gabungan PH. Apabila berubah kerajaan, alih2 bagi jawatan2 ini, BN bukan sahaja kena berkongsi dengan PPBM tapi juga dengan G10, iaitu penyokong2 Azmin Ali.
Dah terselit masuk pula wakil2 G10!
Adakah kerana Zuraidah, seorang rakan Azmin Ali, jadi menteri kerajaan tempatan? Walaupun Azmin dan G10nya bukan ada parti pun!
Lagi hebat apabila kerusi parlimen seperti Johor Bahru yang dimenangi olih PKR pada PRU14 nanti diistihar sebagai kerusi untuk calon dari G10 pula pada PRU15.
Andaian ini kerana sudah berlaku pun pemberian kuota jawatan untuk G10.
Apa yang sudah berlaku ialah kerana BN sedang diheret untuk mengiktiraf sebuah Perikatan Nasional. Ialah pemimpin PN ialah TS Muhyiddin. Azmin Ali pemimpin kanannya.
Dan bagi PRU 15, sudah diistihar TS Muhyiddin sebagai PM. Kerusi yang bukan ori PPBM pun jadi kerusi PN, tapi bukan BN?
Azmin bagaimana pula? Semua kerusi PKR, G10 punya?
Wah, wah, wah.
Dan pemimpin2 BN yang sudah berjawatan dalam kerajaan dan dengan itu, sudah bermaruah, harap janganlah menghampakan pengundi2 yang secara berprinsip dan demi maruah sudah dan sedia menolak PH dan kembali kepada BN dan PAS.

UNTUK ELAK MALU HARAKAHDAILY PADAM KES SAJAT..ADA JUGA AKHBAT PARTI AGAMA TIPU ?

Harakah Daily padam berita salahkan Mujahid isu Sajat

Harakah Daily padam berita salahkan Mujahid isu Sajat

Portal berita milik Parti Islam SeMalaysia (PAS), Harakahdaily didapati memadam berita bertajuk “Sajat : Mujahid dan K’jaan PH patut disalahkan” yang disiarkan di pautan https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/07/sajat-mujahid-dan-kjaan-ph-patut-disalahkan/ pada 7 February yang lepas.
Pengguna media sosial mula membuat carian berkaitan berita itu setelah tersebar video separuh bogel Sajat yang dimuatnaik ke media sosial baru-baru ini.
Polemik tercetus pada bulan Februari tahun ini sewaktu kerajaan PH memerintah, dimana Sajat mencetuskan kontroversi memakai telekung sewaktu menunaikan umrah.
Kes itu mendapat perhatian yang menggemparkan negara dimana para penyokong parti Islam menyalahakan Dr Mujahid dan kerajaan PH kerana tidak bertegas dengan Sajat.
Mujahid yang kemudiannya bertindak pantas, memanggil syarikat Umrah yang membawa Sajat dan memberi amaran. Namun para penyokong parti Islam terus menerus menyalahkan Mujahid dan kerajaan PH pada waktu ini.
Semalam, bila video yang tular Sajat mengenakan pakaian bikini, netizen melihat reaksi penyokong parti Islam tidak seperti sebelum ini. Ini menimbulkan tanda soal, apakah sikap double standard begini adalah amalan dalam parti Islam tersebut.
Justeru, orang ramai mula mencari kembali berita-berita lama yang pernah mengaitkan Sajat dengan kerajaan PH. Hasilnya pautan yang dijumpai telah dipadam oleh pentadbir laman tersebut.
Sumber: Info Rakyat

UMNO BENGANG BILA DIKATAKAN TIDAK KUAT

Pemimpin Umno ingatkan Bersatu, jangan uji kesabaran Umno!

Pemimpin Umno ingatkan Bersatu, jangan uji kesabaran Umno!

Kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar YB Dato’ Dr Abdul Latiff Ahmad yang tular hari ini sama sekali tidak boleh diterima oleh pemimpin dan ahli UMNO seluruh negara.

Kenyataan yang menyifatkan UMNO Sabah sebagai tidak laku adalah satu kenyataan yang cukup biadap, angkuh dan tidak mencerminkan realiti.
UMNO tak perlu menjustifikasi kekuatannya. Keputusan-keputusan PRK termasuklah di Kimanis sudah cukup sebagai bahan bukti bahawa UMNO bukan sekadar “laku”, malah dalam proses kebangkitan yang berterusan, insya Allah.

Maka persoalannya bukan sama ada UMNO “laku” atau tidak. Persoalannya, mengapa seorang Menteri bejawatan di PPBM tergamak mencemuh seorang rakan kongsi besar dalam Kerajaan hari ini?

Persoalannya, mengapa seorang Menteri bejawatan di PPBM mahu memperkecil parti yang menang 54 kerusi di PRU14 termasuklah kerusi Mersing?
Persoalannya, mengapa seorang Menteri berjawatan di PPBM tiada rasa segan silu setelah melompat meninggalkan kapal sewaktu susah, malah tidak langsung berterimakasih kepada jentera dan institusi yang memenangkan beliau di Mersing?

Perlu diingat, kerjasama antara parti yang membantu Kerajaan hari ini adalah kerjasama yang baru dan belum sempurna. Jika mahu kerjasama ini bertambah kukuh, pertama perlu ada keikhlasan dan kedua perlu ada sifat saling menghormati. Kenyataan seperti yang dikeuarkan Menteri KPLB hari ini langsung tidak membantu malah mengeruhkan situasi.
UMNO telah banyak berkorban dan berjiwa besar setelah kejatuhan Pakatan Harapan. Tidak perlu disenarai disini tetapi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik akan tahu bahawa UMNO memaparkan keikhlasan dan meletak ego ketepi demi kepentingan rakyat yang dianggap lebih besar dari kepentingan parti.

Tetapi jangan uji kesabaran UMNO seolah-olah kami hanya penumpang yang boleh dicemuh sesedap rasa. Sebaliknya, PPBM perlu juga memaparkan keikhlasan yang sama.

Ke arah itu, saya berharap pimpinan PPBM boleh respon terhadap perkara ini dan segera memperbetul keadaan. Saya tidak akan masuk campur hal parti dalaman mereka – terserah kaedah apa yang mereka mahu laksanakan, tetapi sesuatu perlu dibuat.

Jika pimpinan PPBM hanya diam seribu bahasa dan membiarkan perkara ini berlalu tanpa tindakan, maka UMNO tiada pilihan selain menganggap kenyataan Menteri KPLB mewakili PPBM dan bukan sekadar kesilapan besar seorang individu.
Disaat itu, pimpinan PPBM boleh congak sendiri apa potensi kesannya jangka pendek dan panjang.

Kepada sahabat-sahabat UMNO Sabah, kita satu keluarga. Cubit peha kiri, peha kanan terasa. Percayalah bahawa UMNO di seluruh negara amat menghormati segala pengorbanan anda yang kekal istiqamah dalam perjuangan meskipun ramai lain yang memilih jalan lebih mudah. Teruskan usaha dan komitmen anda yang menjadi inspirasi kami di Semenanjung.
SHAHRIL HAMDAN
Ketua Penerangan Umno



PROFESOR AGUS BELASAH PENTAKSUB TEGAR PAS…


Sudah dua hari saya marahkan pentotok tegar PAS. Saya sudah terlalu kasar dan gunakan perkataan ‘saya benci’ dengan puak ini. Itulah gambaran kemarahan saya.
Kenapa marah? Kerana apabila saya menulis meminta kerajaan negeri memperhatikan keselesaan dan keselamatan rakyat sempena Hari Raya, mereka ini menasihati pula saya supaya tidak mengkritik kerajaan negeri.
Saya tidak mengkritik pun, saya cuma menegur dan memperingatkan kerajaan negeri supaya beri perhatian kepada masalah air, jalan dan sampah. Buatkan rakyat negeri bangga dengan negeri dan kerajaan mereka. Tidak ada soal politik pun.
Malangnya, pentaksub tegar ini menganggap teguran saya kepada kerajaan negeri sebagai satu kesalahan yang bertentangan dengan agama. Mereka mengatakan kerajaan tidak boleh dikritik; kerajaan hanya boleh ditegur secara berhemah. Bagi memperkuatkan hujah, diselitlah hadis-hadis berkaitan.
Saya tanya balik pentotok ini? Apakah kerajaan negeri maksum sehingga tidak boleh dikritik? Jika kerajaan negeri tidak boleh dikritik, apakah PAS tidak mengkritik kerajaan BN semasa kempen PRU 1999, 2008 dan 2013 ketika PAS berada dalam pakatan BA dan PR?
Mereka menjawab pertanyaan saya dengan menyatakan kerajaan negeri tidak boleh dikritik kerana kerajaan negeri adalah kerajaan Islam. Bagi mereka, tidak mempertahankan kerajaan negeri akan menerima balasan Allah nanti.
Inilah yang saya tegur. Apa kaitan mempertahankan kerajaan negeri dengan meminta kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyatnya? Tanpa menjawab pun pertanyaan saya, alih-alih saya pula yang dimarah oleh pentaksub tegar ini.
Mereka dakwa pula saya hanya berani tegur kerajaan negeri. Mengapa tidak kritik kerajaan pusat yang rasuah dan lainnya. Mereka juga suruh saya balik Kelantan dan buat sama baiki air dan kutip sampah. jangan sekadar hanya bercakap dan mengkritik, kata mereka.
Apakah bangangnya pentaksub ini? Saya tegur kerajaan negeri untuk keselesaan rakyat yang hendak beraya, biarlah saya selesaikan hal ini dahulu. Mengapa pula perlu dikaitkan dengan kerajaan pusat? Lain saya tulis, lain mereka bahas.
Inilah yang menyebabkan saya marah dengan pentaksub ini. Bagi saya puak ini adalah perosak agama, imej parti dan pemecah belah masyarakat.
Saya tidak bermaksud menujukan tulisan ini kepada kawan-kawan saya dalam PAS dan penyokong PAS kerana saya tahu pemikiran kita tidak sebegitu.
Saya menulis ini untuk menunjukkan kemarahan saya kepada pentaksub tegar ini yang sememangnya bangang tahap gaban, tetapi perasan lebai dan cerdik.
Jika saya jumpa pentaksub sebegini, saya akan bawa mereka ke pakar psikiatri untuk mendapat rawatan jiwa sebelum terus merosakkan keharmonian bangsa dan negara ini.
Mohammad Agus Yusoff.
Demikian satu status yang diperolehi dari FB Prof Mohammad Agus Yusoff beberapa hari sebelum menjelangnya Hari Raya. Dihantar oleh seorang rakan.
GB tak mahu ulas panjang tapi demikianlah apa yang ditulis oleh Prog Agus tersebut adalah kebenaran yang perlu didedahkan bahawa pentaksub tegas PAS suka mengkritik tetapi tidak suka dikritik.
Bagi mereka kerajaan PAS Kelantan tidak boleh dikritik kononnya kerana kerajaan Kelantan adalah kerjaan Islam.
Demikian taksubnya pegangan ahli-ahli PAS.
Sedangkan jika kerajaan Kelantan itu kerajaan Islam sewajarnya ia telus dan terbuka untuk dikritik oleh sesiapa juga.
Segala kelemahan, segala penyelewengan dan segala unsur rasuah perlu ditutup semata-mata kerana kononnya ia kerajaan Islam.
Jika demikian, yakinlah kerajaan Kelantan pasti tumbang kerana anai-anai yang merosakkan kerajaan dibiarkan tanpa pembetulan dengan pandangan bahawa segala kelemahan itu tidak boleh dikritik.
Memang tepat kata Prof Agus: pentaksub tegar ini yang sememangnya bangang tahap gaban, tetapi perasan lebai dan cerdik.

RENTASAN 707 | BEKAS TIMBALAN KEWANGAN DEDAH KERAJAAN PN TIADA JALAN PENYELESAIAN UNTUK HUTANG 1MDB?


MENARIK DALAM RENTASAN 707
1. SELEPAS PILIH PERDANA MENTERI UMNO-BERSATU BERANTAKAN 2. BENAR DAN SALAH DICATAT MALAIKAT WAHAI MENTERI AGAMA! 3. PASTI PAS GANTI UMNO? 4. 1MDB - PENGKHIANATAN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA





PH kini bergerak sederap

PH kini bergerak sederap

PH kini bergerak sederap


Para penyokong Pakatan Harapan (PH) pastinya menarik nafas lega dengan pendirian gabungan politik itu Isnin lalu. Mereka melihat PH kini kembali bergerak sederap selepas menempuhi fasa ‘goyah’ beberapa minggu lalu.
Kebersamaan yang diterbitkan daripada mesyuarat Majlis Presiden PH itu amat penting dalam memperkemas usaha mendepani Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.
Apa yang terjadi beberapa minggu sebelum ini hanyalah perbezaan pendapat dan ia tidak menggugat fokus PH untuk mengembalikan mandat rakyat sekali gus meneruskan momentum reformasinya yang dilihat terhenti selepas peristiwa yang disebut-sebut sebagai ‘Langkah Sheraton’.
PH yang digerakkan oleh PKR, Amanah dan DAP kini dilihat lebih rapat, tertumpu dan tersusun dengan komitmen baharunya menjelang sidang Parlimen bermula 13 Julai depan.
Dalam masa sama, harapan yang besar juga diletakkan kepada kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang merupakan rakan strategik PH atau secara kolektifnya, PH Plus.
Pastinya di bawah bendera PH Plus, usaha mengembalikan mandat rakyat serta meneruskan agenda reformasi akan memberi impak yang lebih signifikan. Dalam masa sama, opsyen untuk penyertaan lebih banyak pihak dalam gabungan politik berkenaan perlu sentiasa terbuka.
Ini selaras dengan pendirian Majlis Presiden bahawa semua usaha ke arah pengembalian mandat rakyat perlu dijalankan dan memerlukan sokongan semua pihak.
Dengan semangat baharu ini, berikut adalah lima perkara yang dilihat perlu terus menjadi keutamaan PH ketika ini dalam mempersiapkan diri mendepani pilihan raya umum akan datang:
1. Bawa suara rakyat
Fokus PH dan PH Plus kini adalah untuk menggalas perjuangan rakyat merangkumi soal kehidupan rakyat terutama ketika fasa pasca Covid-19 yang menyaksikan rakyat dibelenggu pelbagai dugaan termasuk kehilangan punca pendapatan dan perniagaan-perniagaan gulung tikar.
Perlu diingatkan, kadar pengangguran di negara ini dilaporkan melonjak kepada lima peratus iaitu seramai 778,800 orang pada April tahun ini. Menerusi Survei Tenaga Buruh (STB), angka tersebut merupakan peningkatan 48.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Angka ini amat membimbangkan. Ia dekat dengan hati rakyat dan perlu ditangani seberapa segera mungkin.
2. Terus dampingi rakyat
Pujian harus diberikan kepada wakil-wakil rakyat PH yang dilihat aktif turun padang sejak bermula tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Kita dapat menyaksikan pelbagai program dijalankan oleh mereka dalam usaha mengurangkan beban masyarakat setempat. Dari semasa ke semasa, pelbagai kaedah telah dilaksanakan wakil-wakil rakyat demi matlamat membantu masyarakat.
Usaha ini perlu digandakan. Khidmat bakti kepada rakyat adalah satu keutamaan.
3. Pertingkat komunikasi
PH Plus melibatkan beberapa parti yang berbeza. Pastinya, elemen komunikasi memainkan peranan penting dalam menjamin segala bentuk usaha dan mesej dapat dijalankan serta disampaikan dengan lancar.
Semua gerak kerja antara parti terlibat perlu berjalan dengan sederap bagi memastikan ada persefahaman dalam kalangan parti komponen.
Pastikan unit-unit komunikasi parti masing-masing memainkan peranan dalam menyampaikan sebarang perkembangan atau keputusan melibatkan gabungan.
4. Terus perjuang integriti
Kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dilihat sebagai satu reaksi rakyat menentang budaya kleptokrasi. Ketika pentadbirannya, PH dilihat terus mengetengahkan pelbagai reformasi institusi ke arah Malaysia yang lebih bersih.
Kesinambungan usaha membanteras rasuah dan membudayakan integriti oleh PH ini perlu diteruskan meskipun bukan lagi memegang tampuk pemerintahan kini. Penerapan nilai integriti dan usaha membantu rakyat perlu menjadi tonggak perjuangan.
Komitmen ini pastinya bukan sahaja membawa kebaikan kepada negara hari ini tetapi juga memanfaatkan generasi seterusnya pada masa depan.
5. Bawa suara anak muda
Ketika pihak tertentu memainkan sentimen perkauman, PH perlu berada selangkah di depan dengan mengangkat suara semua lapisan masyarakat terutama golongan muda. Lebih-lebih lagi apabila golongan muda merupakan pengundi teramai.
Ini kerana masa depan golongan muda adalah masa depan negara. Oleh itu, PH perlu terus mengetengahkan muka-muka segar dalam pilihan raya akan datang. Anak muda mempunyai potensi besar dalam membawa anjakan kepada negara ini.
Sebagai contoh, perbahasan Parlimen Digital yang berlangsung baru-baru ini mempamerkan kematangan dan kepetahan yang terserlah melibatkan golongan muda. Justeru, PH perlu di hadapan dalam meletakkan calon-calon muda selepas ini.
Sebagai kesimpulan, kesinambungan semangat permuafakatan serta persefahaman PH ini perlu diteruskan untuk gabungan itu memenangi pilihan raya umum kelak. Sentiasa utamakan tiga elemen ini — Persefahaman, keikhlasan dan komitmen.
Ketiga-tiga elemen ini dapat menjamin survival PH pada hari ini dan masa depan.


AMANAH TERUS SUBUR DI BUMI KELANTAN SELEPAS PAS DAN UMNO “NIKAH GANTUNG”



Program Ziarah Cawangan AMANAH  dalam Dun Apam Putra, peringkat Parlimen Rantau Panjang untuk penerangan isu isu semasa dan persiapan  untuk PRU15 malam ni.

Malam tadi di kampung lain, InsyaAllah akan diteruskan hingga selesai semua 68 cawangan AMANAH.

Malam ini Majlis diketuai oleh YBrs Dr Wan Shahjihan Wan Din, Ketua AMANAH Rantau Panjang, Tn Hj Aziz - Pengerusi JDUN Apam Putrajaya, Sdra Ridhzuan Nuar - Ketua Pemuda, Sdra Zack, Sdra Fadhli, Sdra Din dan Ajk2 Kawasan & Dun serta Ketua Cawangan.

Alhamdulillah AMANAH terus subur di bumi Kelantan, terutamanya bila PAS dan UMNO istihar “nikah gantung”.

Syam Ghaz
Naib Ketua AMANAH Rantau Panjang
Penyelaras DUN Apam Putra

#TurunPadang #JelajahCawangan #AmanahRantauPanjang #AmanahApamPutra


USAHA TETAP DITERUSKAN



Saya kurang berminat (letih sebenarnya) untuk mengikuti perkembangan usaha merebut balik kuasa yang dirampas, akhir Feb lalu. 
Tadi menanti mata terlelap, terdengar siaran fb live bersama khalid samad, pengarah komunikasi Amanah. Rupanya usaha itu masih belum berakhir walaupun secara zahirnya Pakatan Harapan Plus nampak retak dan berselisih pendapat.
Maknanya, di samping (sudah semestinya) bersiap hadapi PRU15 yang mungkin diadakan secara mengejut, kerajaan pintu belakang Muhyiddin-Azmin tidak akan dibiarkan selesa menunggang kuasa yang dicuri itu.
Sidang Dewan Rakyat tidak lama lagi mungkin menyaksikan pertembungan terbuka tersebut, dimulakan dengan percubaan menukar Speaker.



Saya sekadar mengharapkan dan berdoa agar mandat rakyat PRU14 dapat dimartabatkan kembali sesegera mungkin.
 Bagaimanapun saya sudah capek untuk meneliti dari dekat usaha2 yang dibuat PH, apatah lagi mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan, tanpa ada rumusan-ketetapan yang jitu.
Biar pemimpin PH sesama mereka, tanpa riuh-rendah mengatur langkah, menyusun strategi, membina hubungan, memupuk persefahaman, meramaikan sekutu, mengurangkan sengketa. Bukan asyik mendabik dada, memperaga kekuatan, bersikap keras kepala kunun mempertahan prinsip.
Kita nak lihat hasilnya saja, sudah lelah untuk beri komentar dengan permainan kuasa elit politik ini.

NAJIB TAK BERCAKAP BENAR

08hb Julai 2020
19.25

Kenapa Najib Tidak Berkata Benar...???

Perjanjian Terowong Dasar Laut Pulau Pinang telah dihadiri mantan Perdana Menteri Najib Razak serta Perdana Menteri China pada 28 April 2011.

Terkini tersebar laporan SPRM yang bocor dan viral disebut Perdana Menteri ( pada waktu itu adalah Najib) ada disebut nilai sebanyak rm15juta untuk selesaikan kes dibawah AMLA yang disiasat SPRM melibatkan kontraktor utama projek terowong tersebut.

Dalam laporan Sprm itu juga ada disebut bagaimana penglibatan Nazri Aziz, manakala nama seperti  Azeez Rahim serta  Zahid Hamidi juga disebut.

Diketuai secara umum Nazri Aziz adalah kawan rapat kepada Lim Guan Eng...

Untuk rekod Ahli perniagaan yg disebut dalam laporan SPRM sebagai orang tengah telah didakwa di Mahkamah namun tidak mengaku bersalah.

Laporan terkini juga pihak parti PAS menyambut baik laporan SPRM berkaitan kes tersebut tidak ditutup.

Dan sehingga kini tiada komen daripada wakil parti UMNO atau pemimpin tertinggi UMNO yang menyambut baik siasatann SPRM berkaitan kes terowong diteruskan.

Untuk ingatan kerajaan sekarang diketuai oleh parti BERSATU ABAHCOW bersama campuran dengan PAS dan UMNO...!!!

KENYATAAN MEDIA 8 JULAI 2020



Saudara Mohd Azhar bin Che Mat Dali, Setiausaha Politik Presiden AMANAH telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan atas tuduhan rasuah pada petang semalam.

Susulan dari itu SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di ibu pejabat parti di Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur pada awal pagi ini.

Tindakan geledah itu telah dilakukan tanpa dikemukakan terlebih dahulu dokumen waran geledah kepada pegawai keselamatan Wisma Amanah Negara. Apabila ditanya, mereka menjawab waran itu akan diserahkan kepada Saudara Azhar yang telah dibawa bersama.

Seterusnya SPRM telah membuat permohonan reman terhadap Saudara Azhar di Mahkamah Majistret Putrajaya. Mahkamah telah memberikan kebenaran reman selama 6 hari.

AMANAH menuntut agar SPRM bersikap profesional dalam menjalankan tugas siasatan dengan mengikut lunas-lunas perundangan dan prosedur dengan teratur.

AMANAH yakin Saudara Azhar mampu memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan SPRM dan oleh itu tiada keperluan SPRM memohon penahanan reman. Hanya sekiranya beliau tidak hadir bila dipanggil dan tidak memberi kerjasama dengan SPRM mungkin ada alasan untuk dia direman.

AMANAH memandang serius tindakan SPRM yang bersifat keterlaluan (excessive). AMANAH memohon supaya beliau diberikan hak untuk bertemu peguam sejajar dengan prinsip hak asasi dan perlembagaan.

Kegagalan SPRM untuk menjalankan siasatan secara adil dan telus boleh menimbulkan tanggapan bahawa tindakan SPRM bermotif politik dan boleh menjejaskan imej SPRM.

DR MOHD HATTA BIN MD RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara (AMANAH)

BERSEDIAKAH ZAHID HAMIDI MEMBERI LALUAN KEPADA MUHYIDDIN AMBIL ALIH PRESIDEN UMNO


Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu kembali menyertai UMNO demi untuk mengukuhkan parti terbesar orang Melayu itu, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz.
Menurut Nazri, semua ahli dan pemimpin UMNO perlu bersikap terbuka dan menerima Muhyiddin kembali menyertai parti itu.
Kata beliau, dengan kembalinya Muhyiddin ke pangkuan UMNO, banyak masalah akan dapat diselesaikan, antaranya pembahagian kerusi antara UMNO dan PAS.
“Muhyiddin tidak tinggalkan kita (UMNO) tetapi dipecat dan sekiranya beliau kembali, sumbangannya amat besar kerana bawa balik jawatan Perdana Menteri kepada UMNO.
“Tidak berbangkit apa akan jadi kepada Presiden UMNO kerana yang penting adalah parti, kita kena terima dengan tangan terbuka,” katanya kepada Astro Awani.
Nazri mencadangkan, sekiranya Muhyiddin kembali ke pangkuan UMNO, jawatan presiden parti juga perlu diserahkan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.
Hujah beliau, secara tradisinya, Perdana Menteri adalah merupakan Presiden UMNO dan pemimpin serta ahli parti perlu menerima penyertaan semula Muhyiddin dengan tangan terbuka.
“Kita sebagai orang Melayu kena sentiasa sedia bermaaf-maafan demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air.
“Kita kena bagi jawatan Presiden UMNO sebab beliau kembali bukan dengan tangan kosong tetapi dengan jawatan Perdana Menteri, kita kena terima, kena berkorban dan menerima dengan terbuka.
“Saya seorang anak Melayu, pada saya tidak ada pengorbanan yang tidak boleh kita lakukan demi agama dan bangsa kita,” katanya lagi.
SHAHBUDIN HUSSEIN


UMNO TOLAK MUHYIDDIN



HORAS

Apakah dengan kenyataan ini akan meyakinkan kita bahawa sampailah masa nya BERSATU dibawah Muhyiddin memikirkan kembali bahawa Umno jauh sekali ingin menerima BERSATU sebagai kawan dalam siasah sepertimana yang pernah diakukan oleh AMANAH, DAP dan PKR semasa pru14...inilah masanya ahli BERSATU harus memikirkan tindakan yang dilakukan oleh TSMY adalah salah dan perlu diperbetulkan dan hakikat politik diMalaysia sesiapa sahaja berfikiran berendirian dalam siasah seolah ingin menguburkan partinya sendiri sebab parti yang bersendirian tidak mampu memerintah sendiri malah ia dikenal sebagai berangan angan sahaja...fikirkan

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks

ISU AIR KELANTAN: PELAWOK SEPANJANG ZAMAN