MUHYIDDIN HILANG LAGI SATU KERUSI


Dalam hantaran melalui media sosialnya malam tadi, Setiausaha Agung Bersatu pro Tun Mahathir Mohamad menulis kata-kata berikut:-
“Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk’ Dr. Shahruddin Md Salleh kerana memilih untuk terus kekal dengan prinsip perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) demi menyelamatkan parti BERSATU yang berpaksi kepada ketelusan serta menolak amalan kleptokrasi dalam kepimpinan.”
Ungkapan penuh makna itu ditujukannnya kepada Timbalan Menteri Kerjaraya, Dr. Shahruddin yang pada petang Jumaat lalu telah mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir di pejabat Bersatu di Petaling Jaya, Selangor.
Berbeza dengan Menteri Tugas-Tugas Khas, Mohd Redzuan Md Yusof yang turut mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir pada pagi Jumaat di Yayasan Kepimpinan Perdana, tetapi kemudian menafikan perjumpaan itu untuk menzahirkan sokongannya kepada bekas Perdana Menteri itu yang sekarang sedang berusaha menumbangkan Muhyiddin Yassin, Dr. Shahruddin sebaliknya masih lagi berdiam diri mengenai pendiriannya sehingga kini.
Apakah dengan kata-kata yang ditulis Marzuki itu menunjukkan Dr. Shahruddin sekarang sudah bersama Tun Mahathir dan telah menanggalkan sokongannya terhadap Muhyiddin?
Sementara itu, dalam temubualnya dengan sebuah akhbar, Dr. Shahruddin menjelaskan, kehadirannya ke pejabat Bersatu pada Jumaat lalu dan berjumpa Tun Mahathir adalah kerana sayangkan parti itu.
“Saya jumpa pengasas parti, pejuang, bapa dan seorang negarawan.
“Kami sama-sama susah, berkempen ketika lawan BN dahulu,” tambah beliau juga merupakan Ahli Parlimen Seri Gading, Johor.
Yang paling menarik tentunya ialah pengiktirafan yang masih kekal daripada Dr. Shahruddin terhadap kedudukan Tun Mahathir sebagai pengasas Bersatu.
Walaupun kedudukan Tun Mahathir sebagai pengasas Bersatu adalah suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan, tetapi itulah yang kini cuba dipadamkan oleh kumpulan pro Muhyiddin, seperti dapatan dalam wikipedia misalnya.
Dengan apa yang terpapar melalui penzahiran Dr. Shahruddin ini, apakah kini sokongan Ahli-Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin berkurangan satu undi lagi daripada 113 kepada 112?
Dalam erti kata lain, majoriti Muhyiddin hanya tinggal satu undi saja lagi.
Adakah mana-mana kerajaan dalam dunia ini yang hanya ada satu undi majoriti?
Berapa lama lagi Muhyiddin mampu bertahan dengan satu undi tersebut? 
(Shahbudindotcom 01/06/2020)


TU DIA..PUNYA TAK GUNA PUNYA WAKIL NI MAIN GOLF

Rakyat tengah susah, wakil rakyat Umno rentas negeri main golf

Rakyat tengah susah, wakil rakyat Umno rentas negeri main golf

HILANG MANA KA MUFTI NI...DULU CAMPIANG BUKAN MAIN KALAU ADA ISU ARAK,MABUK,UEC,CINA KAPIAQ...SUNYI DAH LA NI..


IBRAHIM MAT ISA


Rakyat mahu Kabinet bersih, jujur - Mufti Perlis | Nasional ...

Berita hampir dua bulan lepas apabila SS Dato' Mufti jadi wakil menyiarkan hebahan bagi pihak Muhyiddin. Bermaksud Mufti menyetujui Kudeta.

Namun kini Mufti berkenaan senyap sunyi umpama walaun lari ke gua apabila terlalu banyak isu timbul. Menteri Pengangkutan umum peruntukan kerajaan sebanyak 58juta kepada Utar pun lidah Mufti kelu. Mana suara lantang Mufti tiga bulan lepas?


Tamrin Tun Ghafar MALAYSIA ISRAEL.


Ahad – 31/05/2020
( 1 – 18 )
1. Belum lagi reda malah suhu ( temperature ) makin hari makin bertambah panas keadaan politik negara khususnya Parti BERSATU dan kedudukan Muhyiddin sendiri selaku Perdana Menteri ‘PINTU BELAKANG, tiba – tiba kita dikejutkan dengan satu berita yang amat MENGGEMPARKAN.

2. Jika berita ini benar maka ia bererti satu lagi PENGKHIANATAN yang disembunyikan selama ini dari pengetahun rakyat KHASNYA kepada umat Islam negara ini TERBONGKAR.

3. PEMBONGKARAN PENGKHIANATAN ini datangnya bukan dari orang biasa tapi dari mahkamah Israel sendiri.

4. Oleh kerana kezaliman Yahudi Israel terhadap penduduk Islam khusunya di Semenanjung Gaza dan Palestin, Malaysia adalah satu – satu negara Islam yang TIDAK mengiktiraf negara tersebut justeru kita TIDAK DIBENARKAN berurusan dengan mereka.

5. Lupakah kita APCO , sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan Organasasi Pengintapan Israel dilantik oleh Kerajaan UMNO/ BN dengan bayaran RM75 juta bagi membantu mereka memenangi PRU14 dulu?

6. Walaupun pada mulanya Kerajaan ketika itu menafikannya namun atas desakan demi desakan AKHIRNYA seorang Menteri tampil membuat pengakuan di dalam Sidang Parlimen.

7. Hari ini Mahkamah Israel memaklumkan Kerajaan Malaysia TELAH membeli beberapa alat pengintipan dari sebuah syarikat Israel.

8. Oleh kerana tidak ada Hubungan Diplomatik maka syarikat Israel dan Kerajaan Najib TERPAKSA membelinya MELALUI negara ketiga, Cyprus.

9. SEPERTI BIASA Najib MENYALAHKAN orang lain seolah – olah tangan dan jiwanya BERSIH seperti juga isu 1MDB , SRC dan lain – lain kesalahan.

10. Tidak hairan juga jika beliau sekali lagi BERSUMPAH di mana – mana Masjid seperti kes PEMBUNUHAN ALTANTUYA .

11. Selain dari BERSUMPAH biasanya mereka akan ke Mekah bagi menunjukkan kononnya betapa ALIM mereka ini, dan orang alim takkan nak buat kerja-kerja kotor begitu – KALAU TAK MEROMPAK BUKAN UMNO NAMANYA!!

12. Cukup dengan SUMPAH , pemakan – pemakan dedak yang senantiasa kelaparan akan terus percaya kepada beliau.

13. Selepas KENYANG seperti ular sawa, mereka TIDAK PEDULI sama ada mereka telah ditipu dan negara dan maruah mereka TERGADAI.

14. Seolah – olah terlebih minum air ketum atau mabuk dadah, yang mereka diajar dan tahu hanya beberapa perkataan sahaja ‘Malu Apa BossKu’, Hidup Melayu dan Takbir , Allahuakhbar’.

15. Kata – kata Najib ada kebenarannya ‘ CASH IS KING ‘.

16. Ini yang dikatakan
‘Menang Sorak
Kampung Tergadai’.

17. Menjelang PRU 14, Najib buat apa saja asalkan menang, ini termasuk berbilion ringgit ditabur – namun bak kata Muhyiddin rakyat sudah kenal permainan UMNO dan PAS – itu Muhyiddin dulu , tapi sekarang bagi mendapatkan jawatan beliau BOLEH pula bercumbu – cumbuan dan tidur bersama dengan kedua – dua Parti tersebut.

18. SAMA ADA MUHYIDDIN BOLEH TIDUR LENA ATAU MENGIGAU DI CEKIK HANTU, SAMA – SAMALAH KITA TUNGGU DAN LIHAT PENYUDAH KEPADA LAKONAN YANG DIPERTONTONKAN ini.

Wassalam
Terima Kasih.



KALAU ANWAR BOLEH BERPEGANG PADA JANJI, MENGAPA KITA TIDAK ?



Semua tahu, sewaktu PH mengadakan perjanjian peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar sekiranya PH menjadi kerajaan, waktu itu Anwar masih di dalam penjara.  Kita semua telah membuat janji dengan manusia yang sedang terpenjara ketika itu.

Bahkan, ketika Tun M mengangkat sumpah menjadi PM iaitu satu jawatan yang diimpikan oleh semua orang politik yang bercita-cita besar, ketika itu jasad tokoh reformasi ini masih di dalam penjara.  Dari sebalik tirai besi penjara, insan ini melakukan sujud syukur kerana negara ini telah berjaya diselamatkan dari rejim kleptokrasi. 

Sebaik sahaja beliau diberi pengampunan penuh oleh Agong, perkataan atau ucapan pertama yang keluar dari mulut beliau adalah bersyukur kepada Allah dan menyeru agar kita semua memberikan sokongan padu kepada PM, Tun M.  Di kala ramai rakan-rakan seperjuangannya yang tersenyum simpul memasukkan kad perakam waktu di pejabat kementerian masing-masing di Putarajaya, Anwar hanya orang biasa sekadar menyaksikan hari penuh bersejarah itu.

Begitulah keadaannya sepanjang tempuh 22 bulan kerajaan PH berkuasa sebelum dikhianati oleh petualang yang tamak dan rakus kuasa.  Sehingga ke saat akhir kerajaan PH, mulut Anwar terus memberikan sokongan kepada Tun M selaku PM.  Beliau menundukkan kepalanya dan merendahkan dirinya untuk terus memberikan masa kepada Tun M untuk terus menjadi PM sehingga tarikh yang Tun M tentukan sendiri.  Begitu sekali Anwar berpegang kepada janji sehinggakan beliau lupa janji kedua adalah beliau patut diangkat menjadi PM ke 8 setelah semua proses perundangan membenarkan beliau ke posisi itu.

Malangnya, PH diuji dengan ujian yang berat di mana PH diperlihatkan tentang beberapa wajah para pengkhianat dan munafik.  Ujian ini mungkin mempunyai hikmah yang besar di mana Allah mahu PH dibersihkan dari golongan munafikun. Kita patut bersyukur dengan ujian ini kerana jika tidak berlaku sedemikian, kita masih menyimpan puak-puak ini yang akhirnya nanti membusukkan nama PH.

Anwar telah melaksanaan amanahnya.  Anwar telah menunaikan janjinya sehingga ke penghujung.  Bagaimana yang lain?  Sekarang, kita diberi peluang oleh Allah untuk mengambil semula mandat rakyat yang telah dikhianati itu.  Apakah di dalam keadaan sekarang, di waktu kita telah diberi 'kifarah' dengan kehilangan kerajaan dua bulan yang lalu, kita masih tidak mahu menunaikan janji-janji kita kepada Anwar?  Apakah kita lupa kepada janji-janji kita kepada rakyat yang masih tidak tertunai? 

Rakyat telah merasai baik buruknya berada di bawah PH yang dipimpin oleh Tun M selama hampir dua tahun.  Rakyat sekarang ingin merasai pula bagaimana berada di bawah kerajaan PH yang akan dipimpin oleh Anwar Ibrahim.  Kita pernah melihat Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan yang pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Asia.  Apakah kita tidak teringin mahu melihat bagaimana Anwar memimpin negara ini sebagai PM?

PH harus memberikan peluang ini kepada Anwar bukan kerana janji-janji yang telah kita meterai dahulu semata-mata, tetapi Anwar adalah tokoh yang tidak pernah wujud sejak merdeka yang mencipta sejarah beraya mengetuai Pembangkang berpuluh tahun dengan penuh gemilang.  Auranya terpancar ke seluruh dunia walaupun jasadnya terpenjara. 

Amat malang sekali jika pimpinan PH melupakan insan ini kerana memikirkan kembali keempukan kerusi di pejabat menteri masing-masing.  Rakyat menanti Anwar sebagai PM bukan kerana Tun M tidak hebat tetapi Tun M telah pun diberi peluang dua kali menjadi PM dan sepatutnya beliau bersyukur kerana rezekinya itu bukannya terus mencuba untuk mencuri rezeki orang lain yang sepatutnya.

WFAUZDIN NS

Anwar Ibrahim: Isu Dibincangkan Dalam Mesyuarat Pakatan Harapan Pada Hari Sabtu 30/05/2020


Anwar Ibrahim: Segala Curangan, Mengangkat Orang Tidak Layak, Ini Bertanda Tak Ada "Check & Balance"


NETIZENS BERANG MENTERI PENGANGKUTAN BERI RM58 JUTA KEPADA TAR-UC





"Di zaman PH terdahulu, satu negara diterbalikkan oleh malaun-malaun Melayu Muslim UMNO-PAS apabila RM6 juta disalurkan kepada 3 buah sekolah Cina swasta. Menggadai semangat nasionalisme menggadai maruah kata malaun-malaun tersebut. "Di zaman PN kini, RM58 juta diagih kepada sebuah sekolah Cina swasta. MCA kata keputusan ini menerbalikkan polisi PH. Maksudnya, MCA dengan bangganya mengaku bahawa dulu PH cancel peruntukan berpulu-puluh juta kepada sekolah Cina swasta. "MCA juga dengan bangganya mengaku bahawa pembatalan PH itu telah diterbalikkan oleh MCA. Kini MCA mendabik dada dan menghebohkan kepada seluruh negara bahawa merekalah yang mengembalikan peruntukan berpuluh-puluh juta kepada sekolah swasta Cina.

Mahfuz Omar: Ulasan Mengenai Kerajaan "Tebuk Atap" Perikatan Nasional Kedah


UTAR dapat RM58 juta, institusi pengajian Melayu Islam dapat berapa?

UTAR dapat RM58 juta, institusi pengajian Melayu Islam dapat berapa?





Presiden MCA dapat peruntukan RM58 juta dari mana? Presiden parti-parti lain tidak mahu minta juga ke terutama untuk institusi pengajian Melayu dan Islam.
Menteri Kewangan cakap, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin antaranya menarik bajet-bajet Kementerian lain untuk fokus pada rangsangan ekonomi.
Kesan PKP silap-silap banyak universiti awam pun bungkus nak tampung kos operasi dan juga kesan besar penggantungan pengajian yang menyebabkan pendapatan melalui bayaran yuran tidak dapat dikutip. RM58 juta bajet kementerian mana yang dialih kepada UTAR?
Semua institusi pembelajaran dan pengajian tinggi terkesan. Kementerian Pelajaran tidak mahukah mohon bajet tambahan? Mengapa Menteri Pengangkutan pula yang umum UTAR sebagai institusi pengajian tinggi bawah Kementerian Pelajaran umum pemberian RM58 juta?
Menteri Pelajaran masih main TikTok ke? Pusat didikan anak-anak tidak dibuka, belajar dari rumah yuran bayar penuh. Sesi pembelajaran UTAR beroperasi seperti biasakah tergesa-gesa nak umum RM58 juta?
*Penulis merupakan Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Tenggara.

Kami pilih PKR, DAP, AMANAH untuk memerintah bukan Umno-Pas

Kami pilih PKR, DAP, AMANAH untuk memerintah bukan Umno-Pas


JIKA PH NAK BAWA CARA LAMA, LEBIH BAIK PILIHANRAYA SAHAJA



Assalamualaikum wbt....

Tuan dan Puan,

Dah lama saya tak bersiaran. Tetapi, bila melihatkan kecelaruan Politik yang berterusan, saya terpanggil untuk menulis semula.
Menjawab isu PERTUKARAN kembali Kerajaan kepada PH...suka saya memberitahu anda bahawa ianya bukan 129 kerusi tetapi mungkin 123 kerusi sahaja. Simple Majoriti memang boleh di miliki oleh Pakatan Harapan. Kita tunggu sehingga minggu hadapan dan jika ianya dapat di persepakati @ di persetujui oleh semua pimpinan tertinggi komponen PH.

PN masih mengguna pakai sistem kuno UMNO dengan menawarkan atau mengula-gulakan MP2, Adun2 dan juga rakyat dengan pemberian yang kita anggap sebagai 'saguhati berbudi' dan...mereka berjaya!. Itu fakta yang tepat. Maksudnya...'Aku bagi ko sesuatu, ko kena balas dengan kesetiaan". 

Dalam masa yang sama, PN juga sepatutnya bersyukur kepada kerjaan PH yang banyak lebih lagi wang negara hasil pentadbiran 22 bulan mereka. 

Namun, perlu kita ketahui bahawa ekonomi tidak akan pulih sehingga 2023 (atau mungkin lebih). Kemampuan PN juga terhad ketika mereka terpaksa 'membayar harga' yang mahal untuk berkuasa dengan suatu jumlah yang terlalu mewah.

Secara umumnya...PN telah GAGAL dan akan terus menghadapi masalah yang berterusan. Terutama apabila ada ahli2 UMNO atau PAS yang jelas menolak persepakatan PN. Mereka hanya mempergunakan kedudukan Muhyiddin dan Azmin bagi merencanakan pelan UNTUK BERKUASA SEMULA!. Mustahil untuk mereka mempercayai PPBM dan orang-orang yang terbuang dari PKR. Ya...ianya amat2lah mustahil.
Tetapi...bagaimana pula dengan kedudukan pemimpin-pemimpin PH sendiri?.

1. Siapa pula yang bakal menerajui negara sebagai PM ke-9?. DS Anwar atau Tun M?. Dapat sokongan majoriti atau camane?

2. Jika PH berjaya mengambil alih semula Putra Jaya..adakah Menteri2 PH masih mengekal idea2 yang tidak popular, lapuk, bodoh dan mendatangkan kemarahan rakyat?

3. Adakah pentadbiran PH akan meneruskan dasar-dasar yang penuh dengan sopan santun (yang bodoh) sehingga dengan mudahnya di fitnah dan di cerca serta di hina oleh pembangkang?..atau,

4. Mereka (Menteri PH) masih berterusan mengekalkan balaci-balaci UMNO/PAS di dalam pentadbiran negara atau masih melantik orang UMNO @ PAS menjadi Pegawai Khas dn S/Usaha Politik?

5. Masih terus membiarkan penyokong PH 'kehausan'? atau,

6. Masih terus membelakangi penyokong-penyokong mereka?..atau,

7. Ada di antara Menteri @adun PH yang terus mengekalkan sifat lagak, angkuh, sombong dan takabbur?.

Jika itulah yang akan berlaku seperti sebelum ini...maka biarkanlah sahaja PN memerintah ketika ekonomi TIDAK MUNGKIN DAPAT DI PULIHKAN DALAM MASA SETAHUN DUA INI.
Tak percaya? Maka percayalah dan ada komen tak? Saya tanya ikhlas jer ni.


Mohd Asri Bakar.
(Pengerusi perwakilan suara dan harapan rakyat)


JIKA DIJATUHKAN, MUHYIDDIN TAK MUNGKIN MOHON PARLIMEN DIBUBARKAN


Antara kelebihan yang dikatakan ada pada Muhyiddin Yassin jika beliau kalah dalam usul undi tidak percaya atau PN ditumbangkan dalam waktu terdekat ini ialah pilihan untuk membubarkan Parlimen.
Ramai yang meyakini Muhyiddin akan menggunakan kelebihan yang ada padanya itu dan dengan demikian PH tidak dapat sesegera itu menjadi kerajaan semula.
Lebih daripada itu, ada juga yang berkata, usaha untuk melihat hadirnya seorang Perdana Menteri baru jika Muhyiddin dijatuhkan adalah sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku berikutan kelebihan untuk membubarkan Parlimen tersebut.
Tambah mereka lagi, usaha menjatuhkan Muhyiddin atau PN sebenarnya hanyalah kerja sia-sia saja buat PH atau Tun Mahathir Mohamad kerana yang muncul akhirnya adalah pilihanraya umum secara mengejut, bukan pertukaran kerajaan.
Muhyiddin, jelas mereka yang mempunyai keyakinan sedemikian yang rata-rata adalah penyokong Perdana Menteri, UMNO dan Pas, tidak akan membiarkan dirinya dijatuhkan begitu saja tanpa berbuat apa-apa.
Memohon kepada Agong untuk pembubaran Parlimen adalah kelebihan dan pilihan yang dikatakan terbaik buat Muhyiddin agar beliau dapat menjaga air mukanya bila kalah dalam usul undi tidak percaya dan kemudian sama-sama bersaing semula untuk menjadi Perdana Menteri.
Adakah benar itu yang mungkin dilakukan oleh Muhyiddin?
Dalam keadaan biasa, memang diakui itulah pilihan paling logik untuk diambil oleh Muhyiddin.
Tetapi, dalam keadaan luar biasa seperti sekarang ini, adakah Muhyiddin cukup keberanian untuk membubarkan Parlimen?
Sekurang-kurangnya ada empat keadaan luar biasa sedang membelenggu dan tidak memihak kepada Muhyiddin jika beliau memilih untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat ini.
Pertama, Bersatu sedang parah berpecah belah dan perseteruannya dengan kem Tun Mahathir Mohamad ketika ini tengah berada di kemuncaknya.
Oleh kerana difahami kira-kira 90 peratus orang Melayu yang masuk menjadi ahli Bersatu adalah kerana Tun Mahathir dan bukan disebabkan Muhyiddin, berapa peratus keyakinannya mampu mencipta kemenangan jika diadakan pilihanraya umum?
Lebih penting, sesiapa pun yang menjadi Perdana Menteri, apabila mengambil keputusan membubarkan Parlimen, keutamaan dan keyakinan tertinggi ialah untuk menang, bukan sebagai pelarian kerana kalah dalam usul undi tidak percaya yang lebih mungkin menyebabkan kalah kemudiannya.
Adakah dalam situasi Bersatu sedang berpecah dan kemungkinan kalah lebih tinggi berbanding menang, wajar bagi Muhyiddin berdepan dalam pilihanraya?
Kedua, Perikatan Nasional atau PN bukan saja belum didaftarkan, malah banyak parti-parti dalam kerajaan sekarang ternampak tidak sedia dengan pendaftaran gabungan tersebut.
Oleh itu, jika pilihanraya umum diadakan, Muhyiddin dan kem dalam Bersatu yang ada bersamanya mahu bertanding atas tiket apa?
Ketiga, melalui kenyataan beberapa pemimpin utamanya seperti Najib Razak, Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan, UMNO dengan jelas mahu meninggalkan Bersatu dalam PRU15 akan datang, sebaliknya hanya ingin bekerjasama dengan Pas saja melalui Muafakat Nasional atau MN.
Walaupun dalam kerajaan, UMNO berada di bawah Muhyiddin dan Bersatu, tetapi dari sudut politik PN yang tidak didaftarkan, khususnya disebabkan BN adalah blok terbesar dengan jumlah 43 Ahli Parlimen, parti itu adalah “abang besar” yang sebenar-benarnya dalam gabungan tersebut.
Jika UMNO tidak setuju dengan sesuatu perkara, apa cadangan pun berkaitan PN tidak akan menjadi kenyataan.
Tujuan UMNO hanya mahu bekerjasama secara sementara dengan Muhyiddin dalam kerajaan PN dan bukan sehingga pilihanraya akan datang adalah kerana kedua-dua parti Melayu itu bertanding di kawasan yang sama dalam pilihanraya.
Melalui kerjasama dengan Pas pun soal pembahagian kerusi dijangka rumit untuk diselesaikan oleh UMNO, membawa sekali Bersatu tentulah akan perbincangan tiga pihak bertambah-tambah kronil jalan penyelesaiannya.
Maka, meninggalkan Bersatu dan menumpukan kepada Pas saja adalah pilihan terbaik dan ideal bagi UMNO, sesuai dengan keinginan parti untuk berkuasa semula secara dominan sebagai ketua dalam kerajaan.
Lagi pula, berbanding Pas yang mempunyai akar umbi serta jentera pilihanraya yang lebih kuat berbanding Bersatu yang ditafsirkan banyak pihak hanya sebagai “parti sepenggal” saja, mendakap erat parti Islam itu dan melepaskan pelukan Bersatu yang kini berpecah hampir merupakan keputusan yang tidak dapat dielakkan lagi buat UMNO.
Akhirnya, dengan ditinggalkan UMNO serta BN dan tidak pula dipedulikan oleh Pas, Muhyiddin dan geng Bersatu mahu bertanding atas kekuatan apa untuk berhadapan dengan PH?
Selain itu, sebagai faktor keempat, meskipun memohon kebenaran membubarkan Parlimen adalah kelebihan yang ada di tangan Muhyiddin sekiranya beliau kalah dalam usul undi tidak percaya, namun keputusan akhirnya adalah di atas budi bicara Yang Dipertuan Agong.
Dengan PRU14 baru saja diadakan pada Mei 2018, negara masih diancam bahaya Covid-19 dan soal ekonomi masih perlu ditangani dengan serius, besar kemungkinan Yang Dipertuan Agong akan menolak permohonan membubarkan Parlimen yang dipohon oleh Muhyiddin.
Sebagai ketua negara, Yang Dipertuan Agong tentu lebih setuju pertukaran kerajaan tanpa kos serta beban kepada kewangan negara berbanding mengadakan pilihanraya yang bukan sedikit belanjanya.
Tolak campur darab bahagi, jika ditakdirkan jatuh terlentang dalam waktu terdekat ini, pilihan paling munasabah dan terpuji diambil Muhyiddin ialah berundur secara baik serta menyerahkan kepada penggantinya yang ada sokongan majoriti mengurus negara ini, bukannya memohon pembubaran Parlimen.
Setidak-tidaknya dengan bersara secara baik, kemudian berehat bersama keluarganya, Muhyiddin sudah ada rekod pernah juga merasa duduk sebagai Perdana Menteri, walaupun dengan tambahan “kecemerlangan” hanya dalam tempoh paling singkat dalam sejarah negara.
Dan, itu tentulah jauh lebih baik berbanding jika memanggil pilihanraya umum mengejut dan kemudian kalah teruk akibat dibiarkan bertanding sendirian serta tidak disokong oleh rakan-rakan sendiri.

 (Shahbudindotcom 31/05/2020)

BERHUBUNG DENGAN ARTIKEL HAYAT PN DALAM GENGGAMAN ANWAR: INI DARI UMNO...*Siapa Pemimpin PN Khianat Sesama Sendiri Punca PH Kembali Kuat?*



Aku tak nak ulas panjang kecoh 129 MP katanya sudah menyokong PH menjadi kerajaan. Tetapi sebagai muhasabah, PN harus salahkan diri sendiri.

PN dipenuhi pemimpin tamak haloba menyebabkan berlakunya tikam menikam sesama sendiri. Pertamanya, parti aku sendiri UMNO. Walau pun jumlah kerusi paling besar, perlu diingat tanpa MP Bersatu dan PKR yang melompat keluar PH, kita tidak dapat menjadi kerajaan.

Jadi, apabila membuat tuntutan melampau termasuklah memenuhi jawatan di GLC-GLC utama dan beberapa permintaan yang lain, pastinya mendatangkan rasa terancam Tan Sri Muhyiddin terhadap UMNO. Lebih berat lagi khabarnya ada desakan untuk melepaskan kes-kes melibatkan tokoh-tokoh UMNO yang didakwa di mahkamah. Ia sesuatu yang menekan rakan sekutu baru yang kita baru berpakat.

Keduanya, team Azmin Ali. Mangkuk seekor ini mempunyai keinginan tinggi untuk menjadi PM. Jika UMNO tidak berkeras membantah di awal Sheraton Move, maka hari ini beliau sudah menjadi TPM. Dengan jumlah 10 MP bersama beliau, tetapi bernafsu besar untuk menjadi ketua negara. Akibat tamak, habis jawatan Menteri yang penting diberikan kepada kelompok beliau. Malah di Parlimen, kedudukan Azmin di sebelah PM, memberi isyarat beliaulah TPM.

Tindakan bodoh Azmin inilah antara penyebab dalaman UMNO semakin membara. Seperti api dalam sekam menanti masa untuk meletup.

Tidak ramai yang sanggup menjadi seperti PAS, sanggup menerima apa sahaja walau diberi kementerian tidak penting dan GLC yang tidak penting, demi memastikan kerajaan PN ini terus bertahan.

Akibat nafsu serakah sesama sendiri ini, berlaku usaha khianat sesama sendiri. Biar aku dedahkan SEGALANYA.

DS Zahid Hamidi khabarnya telah bertemu pemimpin PH tertentu berunding untuk membentuk kerajaan baru. Ia tindakan sangat mengecewakan dan membawa kepada usaha dalaman UMNO untuk menggantikan beliau sebagai Presiden. Tetapi logik Zahid ada. Beliau sebagai Presiden tidak dilantik sebagai Menteri dalam keadaan kes mahkamah beliau belum diputuskan bersalah. Kenapa dihukum awal?

Fraksi Hadi Awang dalam PAS yang berbeza dengan Fraksi Takiyudin Hassan telah bertemu Tun M Ramadhan yang lalu menawarkan 18 undi PAS untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Ini tindakan sangat hipokrit dari parti agama.

Fraksi Bersatu bekas UMNO yang melompat diketuai Hamzah Zainuddin telah bertemu Anwar menawarkan 9 MP untuk menyokong Anwar menjadi PM. Ini betul-betul bullshit. Tidak pasti adakah benar-benar Anwar akan bekerjasama dengan beliau yang pernah menuduh Anwar dengan skandal tertentu dan mengkhianati rakannya di PH.

Muhyiddin sendiri selepas gagal memujuk Mahathir, khabarnya sedang berusaha juga mencari pakatan baru untuk menyelamatkan kedudukan beliau sebagai PM. Tiada maklumat detail, tetapi yang pasti berlaku pertemuan 4 mata beliau dengan Anwar.

Bagi aku, kesemua fraksi dalam PN sekarang bersalah kerana pentingkan diri, tamak dan tidak sabar. Jadi apabila PH kembali kuat, jangan disalahkan mereka. Salahkan diri sendiri. Aku tidak rasa PH yang hilang kerajaan secara mengejut akan selamanya bodoh untuk percaya Zahid, Hadi, Hamzah atau Muhyiddin. Pasti mereka ada move tersendiri.


*Zainal Sadom*
UMNO SELAMANYA….



*Khabar Angin: Hayat Kerajaan PN Berada Dalam Genggaman Anwar Ibrahim?*


Awang bin Ahmad Awang

Bermula semalam, beberapa maklumat yang  telah cuba untuk memastikan kesahihannya. Secara amnya semua maklumat-maklumat ini tidak ada kenyataan rasmi tapi sudah timbul dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

1) Sekarang ini, hanya bergantung kepada Anwar Ibrahim sahaja untuk memberi persetujuan. Secara umumnya bilangan MP-MP yang menolak PN sudah pun lebih dari mencukupi. Namun, ia memerlukan sokongan 39 MP PKR. Sekiranya Anwar Ibrahim bersetuju, maka jatuhlah kerajaan Muhyidddin dan PN ini.

a. Diberitakan PH telah pun bersetuju untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri buat sementara waktu. Setelah beberapa ketika, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri kerana Dr Mahathir sudah pun tua dan tidak akan dapat meneruskan kerjaya beliau untuk jangka masa yang lama

b. Amanah dan DAP sudah pun menyetujui saranan ini.

c. Namun, ada fraksi dalam PKR yang cenderung kepada Rafizi mahukan PKR dan PH kekal sebagai pembangkang. Namun cadangan ini tidak dipersetujui oleh Amanah dan DAP kerana jangka masa 3 tahun adalah terlampau lama dan ada kemungkinan PKR dan DAP akan diharamkan sebelum PRU15 nanti.

2) Ada parti yang dah hantar wakil berjumpa Dr. M dan Anwar menawarkan sokongan mereka kepada kerajaan baru tapi dengan syarat Amanah (bukan DAP) dikeluarkan dari kerajaan baru ini. Parti ini dahlu ke hulu ke hilir maki DAP dan panggil DAP kapir harbi tapi sekarang ni cuma hendakkan Amanah sahaja ditendang keluar. Ini petanda jelas bahawa kerajaan Muhyiddin sekarang ini ibarat telur di hujung tanduk.

a. Khabarnya yang datang jumpa Dr. Mahathir itu adalah Presiden dan Spender. Ini bererti parti itu benar benar yakin yang kerajaan Muhyiddin tidak kekal lama. Kalau tidak, sudah tentu mereka tidak membuat tawaran ini.

3) Ada tiga orang Menteri dan Timbalan Menteri BERSATU yang bercadang untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin semalam tetapi ubah fikiran di saat akhir. Namun, isu ini masih belum selesai lagi dan mungkin akan meletup sekali lagi

4) Pemecatan Dr Mahathir dari BERSATU umpama menjerut leher sendiri bagi Muhyiddin Yaasin kerana selama ini diberitahu kepada akar umbi BERSATU bahawa Dr Mahathir cuma bersandiwara sahaja menentang Muhyiddin bagi menghalang Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Namun, apabila Dr Mahathir dipecat membuktikan apa yang Dr. Mahathir buat selama ini bukan sandiwara. Ramai akar umbi BERSATU sudah merasa tertipu.

5) Orang-orang Muhyiddin juga sedang aktif mahu bertemu Anwar Ibrahim untuk membuat tawaran-tawaran baru. Yang terbaru ada tawaran untuk membuang UMNO dari PN dan menggantikan dengan PKR.

6) Harapan untuk pilihanraya mengejut juga amat tipis memandangkan keadaan Covid 19 ini menghalang orang ramai kembali untuk mengundi. Maka, akan berlaku pertukaran kerajaan

7) Kedudukan Muhyiddin belum disahkan sebagai Perdana Menteri secara berpelembagaan memudahkan YDPA memecat beliau dari jawatan Perdana Menteri. Muhyiddin tidak mampu membuktikan beliau mempunyai sokongan 112 minima dalam Parlimen untuk mengesahkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri mengikut Artikel 43-2(a) Perlembagaan Persekutuan yakni Muhyiddin masih belum membuktikan kepada YDPA yang beliau mempunyai sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Rakyat dalam Parlimen.

8) Di Melaka sepertinya persetujuan telah dicapai dan kemungkinan PH akan kembali memerintah Melaka dengan sokongan 5 orang ADUN PN. Marilah kita berdoa supaya perkara ini terjadi.

9) Respon-respon dari Azmin Ali, PAS dan UMNO seperti di bawah ni menyatakan mereka sendiri tak yakin Muhyiddin ada majoriti di Parlimen. Panggilan membubar PArlimen adalah bukti mereka sudah nampak kejatuhan kerajaan mereka.:

KESIMPULAN: Nampak gayanya hayat kerjaaan Muhyiddin sekarang ni terletak dalam tangan Anwar Ibrahim.  Kalau Anwar kata jalan, maka jalan lah Muhyiddin dan kuncu-kuncu nya.

Kalau Anwar tidak bertindak sekarang, PKR kemungkinan besar takkan wujud lagi selepas ini kerana telah diharamkan bersama-sama DAP.



SEKALI KHIANAT, SELAMANYA BERKHIANAT

TUN MELUTUT PADA PAS DAN UMNO BENTUK KERAJAAN???

DARI MANA DATANGNYA ANGKA 129 KERUSI?