IMBAS KEMBALI PERISTIWA PENGKHIANATAN DI PERAK TAHUN 2009 DENGAN PENGKHIANATAN TAHUN 2020



SEMUA GAMBAR ASAL ADALAH DARI WRLR YANG BERTUGAS SEBAGAI WARTAWAN SUARA KEADILAN


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, pokok, tumbuhan, malam, jambatan dan luar


Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang berdiri, orang ramai dan luar

Apabila kerajaan PH tumbang angkara perbuatan belot dan khianat, puak-puak  pengkhianat dan sekutunya menjual nama Istana. Agong tidak boleh dilibatkan dengan perbuatan khianat. Bahkan, Agong tidak akan ambil tahu mana-mana pemimpin di dalam parti yang melakukan khianat kepada parti mereka atau khianat kepada mandat rakyat. Istana bukan orang politik.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri


Tahun 2009, sewaktu kerajaan PR Perak di mana MB nya dari pas iaitu YB Nizar jatuh kerana dua adun PKR dan satu adun DAP khianat, maka umno jadi MB perak yang baru. Ketika itu pas kata itu satu perbuatan khianat kerana mandat rakyat adalah untuk PR perintah Perak bukan Umno/Bn.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang ramai dan luar

Ulamak-ulamak Pas buat solat hajat dan melaknat perbuatan khianat tersebut, shinggakan ahli-ahli Pas berbaring di atas jalanraya depan istana untuk menghalang angkat sumpah MB perak yang baru. Sultan Perak akhirnya akui YB Zamri dari umno untuk jadi MB perak.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, orang ramai, langit dan luar

 Pas tidak iktiraf MB perak ketika itu hinggakan speaker dun Perak diusung keluar dari dewan. Wakil-wakil rakyat Pas, PKR dan DAP buat sidang dun bawah pokok kerana tidak iktiraf kerajaan yang dirampas. Pemimpin Pas kata gaji MB Perak itu haram kerana dapat kuasa tanpa mandat rakyat. Itu sejarah Pas di perak.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalam
Apa bezanya dengan kejatuhan kerajaan PH yang dipilih oleh rakyat? Situasinya sama iaitu khianat. Tiba-tiba kali ini Pas juga bersubahat dengan Muhyidin, Umno untuk melakukan khianat sepertimana yang berlaku kepada Nizar di Perak dulu.
Imej mungkin mengandungi: api
Apakah hukum berubah? Bila Pas rugi, kerajaan Pas jatuh, hukumnya haram merampas mandat rakyat. Tapi bila mnguntungkan Pas di mana Pas boleh jadi kerajaan dan menteri, hukumnya boleh pula?
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan luar
Allahu akbar...aku berlindung dari puak-puak yang menjual agama mereka demi kepentingan politik.

WFAUZDIN NS



ROHINGYA: MINDA MELAYU JADI BINGUNG?

COVID-19: KKM kesan satu mutasi lebih ganas, jangkiti 120 individu - Dr Noor Hisham


COVID-19: KKM kesan satu mutasi lebih ganas, jangkiti 120 individu - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia membabitkan kes ke-26, di mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15.
PUTRAJAYA: Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap COVID-19 mendapati terdapat satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia membabitkan kes ke-26, di mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15.


“Jadi, mungkin kes ke-26 ini menjangkiti (pesakit) kerana mutasi tersebut. Jadi, mutasi baharu lebih dahsyat dari segi jangkitan ataupun penularan dalam kalangan indvidu-individu terlibat, itu yang pasti,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah pun melakukan pengasingan virus dan kultur tersebut.
Namun, katanya tumpuan perlu dilakukan untuk mengkaji sama ada terdapat strain yang berbeza.

“Setakat ini yang kita pasti ialah lihat pada gelombang pertama dan peringkat awal gelombang kedua. Kes-kes kita adalah daripada strain B iaitu sama dengan di Wuhan, China berbanding dengan strain A di Amerika Syarikat (AS) dan strain C di Eropah.

“Tetapi apa yang kita perlu laksanakan ialah membuat kajian untuk gelombang kedua (membabitkan) pesakit-pesakit kita yang telah disahkan (positif COVID-19) dan pulang dari negara tertentu, contohnya. Jadi, kita masih melaksanakan pengasingan kultur dan kajian virus tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, penyelidik di Institut Genomik Bioperubatan Negara (NIBMG) India mendakwa mengesan 10 mutasi berbeza, di mana salah satunya disifatkan lebih berbahaya.

Jenis mutasi tersebut diklasifikasikan sebagai A2a dan disifatkan lebih cepat menular dalam kalangan manusia.

SEDIKIT DEMI SEDIKIT AKHIRNYA PASTI AKAN TERBUKTI COVID-19 #AIRBORNE?

ibrahim mat isa


See....I Told You So..!! Dah banyak kali posting aku menyebut pasal ni malah aku ulas mengenainya. Termasuk share dokumentari dari NHK. Sbb itu aku asyik menulis pasal keperluan memakai Face Mask di luar rumah dan "Public Disinfecting" utk #REDUCE keberangkalian dijangkiti cara ini.
Malah aku menyanggah pandangan "The So Called #PAKAR" kononnya "Public Disinfecting" termasuk menyembur "Disinfectant" ke udara itu "MEMBAZIR". Mereka lsg tidak kaji kenapa awal2 lagi China, Korea Selatan, Jepun, Russia, Italy, India, Vietnam, Filipina, Turki dll melakukannya? Pernah mereka kaji dulu, sebelum persoalkan? Ramai hanya kata tiada bukti atau WHO tidak kata begitu. No precaution measures? ðŸ¤”
SEBENARNYA...SEJAK AWAL #EPIDEMIC, BELUM #PANDEMIC LAGI AKU DAH NASIHAT HATI2 SBB BERKEMUNGKINAN BESAR COVID-19 NI "AIRBORNE" SBB DARI PERKEMBANGAN MASA DAN BACAAN2 AKU DI INTERNET DLM JOURNAL2 ANTARABANGSA, ARTIKEL2 LUAR NEGARA, MELIHAT PANDANGAN PELBAGAI PAKAR, TERMASUK UJIAN AWAL DLM MAKMAL DI JEPUN, KEJADIAN DLM CRUISE SHIPS, JANGKITAN DI HOSPITAL DAN CARA COVID-19 MEREBAK YG LUARBIASA TANPA DPT DISEKAT ADALAH INDIKASI IA "AIRBORNE".
SEBAIK SHJ DIAKUI IA MAMPU TERSEBAR SECARA "AEROSOL" MAKA AKU ANGGAP IA MAMPU JD AIRBORNE DAN BERKALI2 PESAN PAKAI LAH FACE MASK. TAPI SAMPAI LAST MINIT WHO TAK GALAKKAN ORG YG SIHAT PAKAI FACE MASK.
NEGARA2 BARAT SUNGGUH TERTIPU DGN NASIHAT INI. TAIWAN, KOREA SELATAN, REPUBLIC CHEZH DAN CHINA ADALAH ANTARA NEGARA YG WAJIBKAN FACE MASK. HARI INI, GERMANY PUN WAJIBKAN FACE MASK.
MENTERI2, DOKTOR2 THE SO CALLED "PAKAR", TV-TV DI MALAYSIA PUN #HANGGUK DGN PANDANGAN WHO INI...SUATU NASIHAT YG AKU PERNAH TULIS SBGAI SUATU #NASIHAT_YG_TAK_BERGUNA". SEE? AKHIRNYA.....I TOLD U SO..!!
Tak perlulah aku nak rewind CD mengulas dapatan saintis dlm makmal di Amerika, Jepun tentang berapa jam Micro Doplets terapung dan jarak ia berterbangan. Dapatan Saintis China ini sebenarnya agak ketinggalan kerana Saintis Amerika, UK, Jepun, Korea Selatan dan Germany telah lebih awal mengujinya.
SATU PERKARA AKU TERFIKIR DAN TERTANYA2...BERAPA ORG DAH #MATI KERANA KECUAIAN AKIBAT DARI NASIHAT TAK PERLU PAKAI FACE MASK INI?
Ini sekaligus membuktikan mereka yg dikatakan "Pakar" walaupun cerdik boleh shj cuai dan lalai. Hanya Allah yg TIDAK pernah cuai dan lalai. Hanya Allah lah Yg Maha Mengetahui.....🤔
Wallahualam.
- Zus Din
29 April 2020
*************************
BEIJING (Bloomberg): Adding to growing evidence that the novel coronavirus can spread through air, scientists have identified genetic markers of the virus in airborne droplets, many with diameters smaller than one-ten-thousandth of an inch.
That had been previously demonstrated in laboratory experiments, but now Chinese scientists studying real-world conditions report that they captured tiny droplets containing the genetic markers of the virus from the air in two hospitals in Wuhan,

PERSIDANGAN PARLIMEN SELAMA SATU HARI MEMPERSENDAKAN FUNGSI PARLIMEN


Beberapa sektor dibenarkan beroperasi, dengan syarat memenuhi beberapa peraturan dalam PKP. Tidak masuk akal Parlimen hanya boleh bersidang satu hari. Gesaan Pembangkang agar diadakan persidangan paling kurang dua hari dengan diadakan beberapa peraturan keselamatan yang bersesuaian dengan PKP adalah lojik dan munasabah agar masalah negara di dalam menghadapi COVID-19 serta membincangkan apakah langkah-langkah  terbaik yang kerajaan boleh lakukan bagi menghadapi Pasca COVID-19.

Muhyidin selaku PM tidak patut melayani perasaan ketakutan yang amat sangat di dalam menghadapi persidangan Parlimen pada 18 Mei nanti. Anwar adalah pemimpin yang bertanggungjawab dan tidak akan tergamak menganggu pemerintahan kerajaan pintu belakang sekarang di dalam keadaan negara dilanda wabak serius ini. Anwar tidak serakus kamu yang sanggup khianat tanpa menghiraukan keadaan negara ketika itu. 

Bukan sekarang masanya untuk PH merampas kembali mandat rakyat yang kamu rompak walaupun itu satu tugas dan kewajipan PH.

Justeru itu, Muhyidin tidak perlu fobia dengan persidangan Parlimen. Persidangan Parlimen selama satu hari seolah-olah mempersendakan fungsi parlimen. Jangan takut jika kamu yakin kerajaan yang kamu rampas dari rakyat itu mempunyai kekuatan.

WFAUZDIN NS

PH URUS DENGAN BAIK BANTUAN QATAR KEPADA ROHINGYA – DR WAN AZIZAH

MASIH ADA PELUANG BERSATU JOHOR BENTUK SEMULA KERAJAAN PH

Kisah benci pada DAP…

Kisah benci pada DAP…
Bakul makanan daripada Adun Lukut bernilai RM100 (Gambar bawah). Gambar di atas adalah bakul makanan daripada JKM.



Ketika negara diperintah Pakatan Harapan (PH) nama salah satu parti komponennya iaitu DAP sering mendapat cemuhan dalam kalangan rakyat negara ini khususnya orang Melayu. Sikit-sikit salah DAP. Apa yang berlaku semuanya salah DAP.
Tambahan pula kebencian ini membuak-buak bila ada pihak yang cuba membangkitkan isu perkauman dan yang menjadi mangsa adalah DAP.
Ketaksuban orang Melayu kepada isu perkauman yang sengaja dibangkitkan tanpa fakta yang sahih hanya mahu menimbulkan kebencian kepada parti orang Cina itu.
Sehinggakan waktu itu Menteri Kewangan Lim Guang Eng melancarkan e-Wallet dengan memberi RM30 kepada setiap rakyat negara ini yang mendaftar e-wallet, ada pula yang memanipulasi usaha kerajaan itu. Ini tidak lain tidak bukan kerana sosok tubuh menteri berkenaan adalah DAP.
Apa yang yang melucukan ada pihak yang menyebar maklumat melalui kumpulan WhatApps mengatakan insentif e-Wallet itu adalah untuk kepentingan Lim Guang Eng dan DAP semata-mata.
“DAP nak ambil data-data kita melalui e-wallet bagi memberi undi DAP dalam PRU15 nanti, tak nak lah undi DAP nanti mereka perintah negara kita,” kata rakan yang berpangkat pencen dalam pasukan keselamatan kepada penulis.
Macam mana dia boleh fikir sedalam itu, pendaftaran e-Wallet bukannya memerlukan maklumat yang terperinci sebagaimana dalam daftar pemilih.
Beliau menunjukkan ketegasan begitu kuat apatah lagi maklumat yang beliau dapat daripada rakan-rakan dalam kalangan bekas pasukan keselamatan.
Kononya ia adalah maklumat sahih bukan propaganda. Nampak begitu menebal kebencian beliau terhadap DAP.
Hari ini, penulis agak terkejut apabila nada si kawan ini agak kendur dengan parti orang Cina yang pernah dicemuhnya sebelum ini.
“Alhamdulillah rezeki,” beritahunya kepada penulis apabila menerima bakul makanan yang bernilai RM100 daripada ADUN Lukut.
PRU14 lalu, kerusi Lukut dimenangi wakil rakyat daripada DAP, Choo Ken Hwa. Wakil rakyat DAP paling ramai dilantik sebagai Exco kerana parti itu menang 11 kerusi DUN pada PRU14, manakala PKR dan Amanah masing-masing menang enam dan tiga kerusi.
Beliau turut berkongsi gambar bakul makanan kepada penulis di dalam WhatApps. Banyak juga barang keperluan yang diperoleh beliau amat berbeza dengan bakul makanan daripada kerajaan PN.
Penulis menyifatkan beliau beruntung kerana dapat bakul makanan bernilai RM100 sedangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya memberi nilaian RM35 sahaja.
“Tidak apalah dapat yang JKM pun, janji dapat juga,” katanya bila penulis mempersoalkan nilai bakul makanan JKM.
Beliau bukan main menyanjungi ketelusan dan keprihatinan wakil rakyat DUN Lukut malah mengesahkan lagi wakil rakyat itu daripada DAP apabila penulis bertanya siapa wakil rakyat yang baik hati tersebut.
“Lukutkan DAP pegang,” katanya dengan meletakkan emoji gembira dan teruja.
Mungkin di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beliau langsung lupa nadanya kepada DAP sebelum ini, demi kelangsungan hidup ianya adalah rezeki walaupun benci.
Jangan benci sangat nanti lama-lama sayang.

*MALAYSIA BERDEPAN DENGAN KERAJAAN YANG RAPUH*




Kerajaan PN bakal runtuh, PAS dan UMNO atau Muafakat Nasional (MN) bersama PN hanya kerana jawatan dan kuasa setealah kalah pada PRU 14. Pelbagai tekanan kepada TSMY di buat demi memenuhi nafsu mereka.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang di harapkan tak kesampaian. Malah jawatan Menteri kanan di penuhi oleh PPBM dan UMNO cuma satu saja.

UMNO paling kecewa kerana Presiden dan Timbalan Presidennya tidak ada dalam kabinet. Malah dalam jawatan Menteri, PPBM melebihi UMNO.

Seperti dalam surat Hj Hadi pada negara negara arab, Hj Hadi menyatakan dengan jelas PAS di janjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Agama.

Sudah tentu PAS begitu kecewa kerana jawatan tersebut tidak di perolehi tanpa sebarang jawatan menteri kanan.

Di fahamkan semua jawatan menteri kanan dan menteri adalah cadangan Azmin Ali pada TSMY. Ini adalah sebab utama mengapa Azmin Ali menjadi sasaran pemimpin pemimpin UMNO.

April 21, 2020 – Halaman 2 – INFO TERKINI POLITIK, SOSIAL DAN ...


Sejak akhir akhir ini pemimpin pemimpin UMNO dengan jelas membuat kenyataan yang mereka tidak mengiktiraf Kerajaan PN yang tidak pernah mendaftar dengan ROS. Malah mereka lebih mengiktiraf BN dan Muafakat Nasional (MN) walapun MN juga tidak pernah berdaftar.

Sudah menjadi kepastian UMNO & PAS tidak akan bersama PN untuk menghadapi PRU 15 di mana mereka lebih yakin boleh memenangi PRU melalui MN.

Seandainya kerajaan PN kelal sehingga PRU 15, dengan ketiadaan UMNO & PAS, maka PPBM akan bersendirian. Umum juga tahu kemenangan calun Bersatu pada PRU 14 banyak di sokong oleh jentera PKR dan DAP. Malah Amanah banyak mengorbankan kerusi mereka untuk di beri pada Bersatu.

Mampukah PPBM bersendirian menghadapi lawan yang besar seperti PH dan MN. Adakah 13 Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke PPBM akan kekal dan terpaksa melawan MN dan PH sedangkan dulu mereka mereka ni menang atas tiket BN.



Begitu juga dengan kumpulan 11 orang yg keluar PKR, adakah mereka mendapat tempat dalam PPBM dan di beri ruang untuk bertanding di tempat yang sama. Jika di beri peluang pun adakah mereka boleh menang sedangkan undi yg di perolehi pada PRU 14 adalah dari rakyat yang menyokong PH. Dalam masa sama mereka akan berdepan dengan MN & PH.

Jelas sekarang kalau PPBM terus bersama dengan PN sehingga PRU 15, PPBM akan menghadapi PRU bersendirian dan berisiko tinggi akan kalah adalah besar.

Secara jelas kerjaan PN sekarang tidak begitu harmoni dan boleh diibaratkan retak mencari belah. Adakah rakyat masih mengharapkan kerajaan yang tidak ada kesefahaman ini mentadbir Malaysia untuk tempoh 3 tahun yang akan datang.

Persoalan sekarang adakah PPBM yang paling berkuasa dalam PN hanya akan tinggal nama selepas PRU 15. Dalam masa yang sama adakah PAS & UMNO atau MN akan membiarkan PPBM berkuasa dalam PN sehingga PRU 15.



KEHABISAN MODAL UNTUK SERANG ANWAR



Anwar ulas tentang pendatang asing kat Malaysia.  Isunya pendatang asing dan ianya memang wujud pun.  Hanya kerana jumlah yang Anwar sebut itu berbeza dengan apa yang mereka perolehi, maka dibuat laporan polis mendakwa Anwar sebar berita palsu.

Punyalah kemaruk untuk mengenakan Anwar.  Hakikatnya, pendatang asing kat Msia ini memang wujud dengan jumlah yang begitu ramai, itu fakta dan bukan berita palsu.  Tapi angka yang berbeza itu yang jadi perhatian mereka untuk mengenakan Anwar.  Takut sungguh kepada Anwar. 

Aku pun boleh kata senarai MP dari Bersatu yang menyokong Muhyidin jadi PM yang dibawa ke Agong itu satu maklumat palsu.  Betulkah Tun M, Mukhriz, Syed Sadiq dan beberapa lagi menyokong Muhyidin?  Lagi besar salahnya jika betul palsu kerana menipu Agong. 

WFAUZDIN NS


USTAZ ABU SYAFIQ “MATI AKAL” UNTUK MENJAWAB TUDUHAN DAN FITNAH YANG DILAKUKANNYA


LEBAI CAP AYAM RUPANYA..


LEBAI ULU KENA HENTAM .LIHAT MORAL LEBAI INI VS LEBAI PENANG : Bahaya Ekstremisme: Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq


22-10-2016 Bahaya Ekstremisme: Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq



APA ADA PADA KERAJAAN TANPA MANDAT RAKYAT DAN MANIFESTO?








Beliau menegaskan UMNO hanya ada persefahaman politik dengan PAS, melalui Muafakat Nasional. Dalam erti kata yang lain, kerajaan PERIKATAN NASIONAL dibina tanpa asas kukuh dan bergerak di atas landasan yang rapuh. Justeru tidak hairan jika setiap pemimpin gerombolan Kerajaan Tebuk Atap atau Pintu Belakang ini masing-masing menyimpan impian untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Muhyiddin. Mohamad secara tidak langsung berkata UMNO akan melakukannya pada Pilihan Raya Umum akan datang. Kita tidak pasti sama ada kenyataan ini boleh dipercayai atau tidak. Ini kerana, sebelum ini UMNO bermati-matian menafikan ia terbabit dalam usaha membentuk Kerajaan melalui Pintu Belakang. Namun apa yang pemimpin mereka nafikan itu ternyata satu pembohongan. Pemimpin-pemimpin mereka terlibat sepenuhnya dengan kudeta melalui Langkah Sheraton itu.


QUO VADIS TUN DR MAHATHIR?







Kenyataan bekas Perdana Menteri ke-7 itu menguatkan hujah bahawa beliau sebenarnya tidak mahu Anwar menggantikannya. Tetapi dalam satu perkembangan yang dilihat bercelaru, pada 18 Mei ini apabila sidang Dewan Rakyat bersambung semula, Tun Dr Mahathir Mohamad akan duduk di blok pembangkang, lapor the Star. Menurut Tun Dr Mahathir BERSATU - dengan dirinya sebagai pengerusi - kini terbelah dua. "Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan. "Dia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan PAKATAN HARAPAN tetapi bukan sebagai anggota Pakatan," katanya. Difahamkan sekumpulan kecil anggota parlimen yang masih setia kepada beliau akan menemankannya dengan duduk di bangku pembangkang. Ketua Pembangkang akan dipegang oleh Anwar berdasarkan sokongan 92 Ahli Parlimen PAKATAN HARAPAN.